Pembaca Setia

Sunday, December 23, 2012

Tragedi Hiroshima dan Nagasaki; Siapa Petualang?


Tragedi Hiroshima dan Nagasaki; Siapa Petualang?
Muhammad Nuruddin bin Bashah
Silibus Sejarah Dunia Tingkatan 4 yang dipelajari oleh seluruh rakyat Malaysia hanya akan memahamkan kita bahawa Perang Dunia II hanya berjaya ditamatkan selepas pengguguran dua butir bom pemusnah bernama The Little Boy di Hiroshoma dan The Fat Man di Nagasaki pada Ogos 1945. Kita mungkin tidak didedahkan bahawa Perang Dunia II yang juga dimainkan oleh Nazi telah menyerah kalah kepada Berikat lebih awal lagi.

Malah maklumat selepas perang menemui fakta sebenar berkenaan kekalahan Pakatan Paksi yang sebenarnya memang telah jelas dan ketara sekali. Hal ini boleh dilihat bagaimana keadaan Jepun yang mulai menyerah kalah dalam beberapa operasi di kawasan tertentu termasuk menarik keluar tenteranya daripada lokasi asal.

Jepun yang juga bersedia dalam pelan operasi bom atomnya sendiri sebenarnya telah berusaha untuk menampilkan hasrat untuk berunding selepas mendapati perang tidak menyebelahi mereka lagi. Namun begitu kenapa bom atom dibuang ke Jepun dan tidak kepada Jerman yang menjadi tulang belakang Pakatan Paksi[1]? Kenapa perundingan tidak dijadikan wadah pilihan utama pemimpin yang terlibat apabila melihat tanda-tanda kekalahan pada pihak musuh sebaliknya memilih kaedah pemusnahan massa yang cukup dahsyat malah memberi kesan yang berdekad lamanya!

Kesalahan dan dosa Jepun VS balasan yang diterima.
Jepun tetap bersalah kerana beraja di mata bersultan di hati sepanjang kempen Perang Dunia II yang disertai oleh empayar tersebut. RJ Rummel menganggarkan kematian akibat serangan Jepun sekitar 5,424,000 orang.
Jika dipecah mengikut negara:
China 3,695,000;  Indochina 457,000,  Korea 378,000  Indonesia 375,000; Malaya-Singapura 283,000; Filipina 119,000, Myanmar 60,000 dan Kepulauan Pasifik 57,000.
Rummel menganggarkan kematian  Tahanan Perang dalam jagaan Jepun sekitar  539,000 yang jika diperincikan  mengikut negara:
China 400,000; Indochina-Perancis 30,000; Filipina 27,300; Belanda 25,000; Perancis 1,000; UK 13,000; jajahan Britain 11,000; AS 10,700; Australia 8,000[2].
Sejarawan Chalmers Johnson telah menulis bahawa "Jepun telah menyembelih sebanyak  30,000,000 nyawa di  Filipina, Melayu, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Burma, sekurang-kurangnya 23 juta daripada mereka adalah etnik Cina.”

Daripada "60,000" tawanan perang Tentera India yang ditawan di Singapura, 11,000 mati dalam kurungan[3].

Terdapat 14,657 kematian di kalangan 130,895 rakyat awam akibat kebuluran dan penyakit[4].
Apa pula balasan yang diterima Jepun selepas tragedi atom? Letupan di Hiroshima telah mengorbankan lebih 66,000 nyawa dan menyebabkan lebih 69,000 orang lagi cedera. Nasib yang serupa telah menimpa penduduk Nagasaki dimana lebih 39,000 terkorban dan 25,000 orang tercedera. Malah 600 ribu rakyat Jepun terbunuh akibat dibom oleh tentera Berikat[5]. Manakala 2 juta tentera Jepun maut.

Little Boy: A Gun-Type Atomic Bomb (Hiroshima)

Little Boy: A Gun-Type Bomb 3D cut-away


Yahudi berusaha mendorong kepada perang.
Yahudi yang dibahaskan atas nama pemodal atau pemegang kuasa kapital dalam tulisan-tulisan forensik sejarah perang telah didapati sebagai petualang utama yang menjurus dunia ke kancah peperangan.
Dr Yusuf Al Qaradhawi pernah memetik satu syair arab yang berbunyi
Pada zaman ini orang yahudi mencapai hasrat tertinggi,
Mereka hidup mulia dengan harta melimpah ruah,
Bahkan ada yang emnjadi penasihat raja,
Wahai penduduk Mesir,
Saya nasihatkan agar kamu semua menjadi yahudi sahaja,
Sebab seluruh dunia kini menjadi Yahudi[6].
Suatu ketika dahulu Yahudi juga menjadi konspirator kepada pakatan menghancurkan dakwah Nabi Muhammad semasa mereka masih terlibat dengan perjanjian perdamaian di Madinah.
Buktinya, terdapat 4 golongan Yahudi di dalam Madinah,
  • Bani Qainuqa di dalam kota (Iktiraf perjanjian)
  • Bani Nadhir, Bani Khaibar dan Bani Quraizah di pinggir kota Madinah (tidak mahu mengiktiraf Piagam Madinah, tetapi terpaksa akur).
  • Yahudi yang berjiran dengan Madinah seperti Bani Auf, Bani Najjar, Bani Harits, Bani Sa’adah, Bani Jasyim, Bani Aus dan Bani Tsa’labah (terpaksa akur dengan Piagam Madinah).
Bagaimana mereka mencetus perang di zaman Nabi[7]?
  1. Yahudi Bani Qainuqa' diusir dari Madinah setelah terjadi peristiwa yang mengaibkan seorang Muslimah yang disingkap auratnya.
  2. Kemudian Yahudi Bani Nadhir mewujudkan ketegangan dalam negara dan berkonspirasi dengan musuh terutama selepas tentera Islam tewas dalam Perang Uhud. Setelah diusir mereka melakukan konspirasi dengan kaum kafir Quraisy dan musyrik lainnya untuk menyerang Madinah dalam Perang Ahzab.
  3. Bani Quraizah diperangi tentera Islam apabila mencabuli Piagam Madinah dengan bersekongkol dan merancang dalam Perang Ahzab.
  4. Yahudi Khaibar, ditewaskan tentera Islam setelah mereka cuba berkonspirasi dengan Yahudi Makkah. Rasulullah menyerang mereka, setelah 15 hari balik dari Perjanjian Hudaibiyah.
  5. Kelompok-kelompok Yahudi ini walaupun mereka tidak kuat, tetapi tetap melancarkan perang saraf, mewujudkan ketidakstabilan dalam negara dan mampu mempengaruhi musuh-musuh Islam.
Makalah ini cuba berbincang isu projek bom atom yang memusnahkan ratusan ribu nyawa di Jepun akibat ada desakan dan galakan daripada pemodal kapitalis Yahudi antarabangsa. Antara buku berbahasa Melayu yang mengupas konspirasi Yahudi dalam penyediaan bom atom dan pengheretan dunia ke dalam Perang Dunia II  ini adalah seperti karya Sabaruddin Hussein yang bertajuk Konspirasi Yahudi Perang dan Penaklukan terbitan PTS Islamika Sdn Bhd.

Yahudi melagakan kuasa Kapitalisme dan Komunisme.
Para pemilik modal Yahudi telah melihat tanda-tanda akan berakhirnya Perang Dunia II. Negara yang terlibat telah lumpuh, dan Stalin yang asalnya berpakat dengan Amerika dan Britain pula bertekad untuk mengadakan serangan besar-besaran ke Eropah Barat dan akan menyerbu Amerika untuk menghancurkan musuh dan memperluas sayap pengaruh Komunisme ke seluruh dunia[8].
Kuasa pemodal mendesak Amerika memilih Jepun sebagai mangsa bom atom untuk menakut-nakutkan Soviet Union pada ketika itu tanpa mengira akibat dari senjata membinasakan yang baru pertama kali akan muncul saat itu.
Bernard Baruch dan para pemilik modal Yahudi antarabangsa berusaha menekan Presiden Roosevelt untuk menggunakan bom atom, walaupun  Jeneral Mac Arthur dan para negarawan Amerika lainnya menentang penggunaan senjata itu[9]. Senjata jahanam itu yang jatuh pertama kali di kota Hiroshima tidak dapat dielakkan lagi penggunaannya, dan bom kedua jatuh di kota Nagasaki. Jepun segera menyerah kepada sekutu beberapa hari setelah jatuhnya bom atom itu. Setelah itu, propaganda besar-besaran segera beredar untuk memberikan justifikasi atas peristiwa biadab tersebut.

Jepun telah sedia menyerah kalah.
Kekalahan Jepun sebenarnya sudah dicium baunya sebelum bom atom itu dijatuhkan lagi. Ini dikemukakan oleh jenderal Mac Arthur sendiri, sebagai panglima tertinggi pasukan Amerika Syarikat di Timur Jauh. Hal yang sama juga diucapkan oleh para Panglima Tinggi Amerika lainnya. Sumber perisikan yang lain menunjukkan adanya isyarat, bahawa Jepun sudah mencuba berkali-kali untuk menyerah, dan bersedia memasuki meja perundingan damai, tetapi ditolak oleh pihak yang berniat menjatuhkan bom atom tersebut[10].
Jatuhnya bom atom telah mengakhiri Perang Dunia II. Dunia terbelah menjadi dua blok, iaitu Stalin Komunisme dan dunia Barat Kapitalisme, sesuai dengan perjanjian Teheran, Malta dan Potsdam[11].
Jika dibaca komentar daripada laman www.guerrillaexplorer.com pula, ia mencatatkan bahawa sebelum bom atom di Hiroshima, Presiden Harry Truman adalah menyedari hakikat bahawa Jepun bersedia untuk menyerah selagi Maharaja Hirohito dibenarkan untuk menjaga kedudukan beliau dan tidak dipaksa untuk dibicarakan kerana jenayah perang.

Tujuan dikebalkan kedudukan Hirohito adalah atas alasan untuk mengekalkan ketenteraman di Jepun selepas perang itu berakhir. Presiden Truman tetap berkeras agar penyerahan tanpa syarat dan ingin meneruskan cita-cita ke hadapan dengan pengeboman.

Akan tetapi selepas Jepun menyerah kalah, Maharaja Hirohito dibenar pula untuk menjaga takhta dan mengelak diri daripada pendakwaan. Hal ini menimbulkan persoalan apakah tujuan sebenar  bom atom digugurkan ke Jepun jika syarat Maharaja diterima sedangkan pada awalnya Amerika tidak mahu melayani kehendak maharaja Jepun?[12]

Konspirasi ini sama sahaja apabila maklumat dan rekod kajian kejam Kem 731 Jepun di China diambil oleh tentera Amerika malah maklumat itu diperkembang oleh Amerika untuk meneruskan usaha senjata biologi Jepun. Lebih menghairankan, si pembunuh kejam Jeneral Shirō Ishii seolah diampunkan dan hanya menerima hukuman penjara dengan layanan istimewa. Ternyata Amerika memasuki perang bukan untuk keadilan sebaliknya untuk menghancurkan manusia atas desakan kapitalis Yahudi.

Begitu juga kesan Perang Dunia II. Patani negara umat Islam kekal berada di genggaman Siam akibat Tengku Mahyudeen yang membantu British melalui Force 136 ditipu oleh British. Kehendak baginda tidak dilayan British walaupun janji ditabur. Inilah sikap penjajah!

Malah Supreme Komander Dwight Eisenhower, Jeneral Tentera Douglas MacArthur, Armada Laksamana William Leahy, Brigadier Jeneral Carter Clarke, dan Armada Laksamana Chester Nimitz kesemuanya tidak bersetuju dengan pengguguran bom atom. Dalam sepucuk surat kepada Presiden Truman, Armada Laksamana Leahy mengatakan:
"Penggunaan [bom atom] di Hiroshima dan Nagasaki adalah bantuan material dalam peperangan kita menentang Jepun. Jepun sudah dikalahkan dan bersedia untuk menyerah. Akibat sekatan laut berkesan dan pengeboman yang berjaya dengan senjata konvensional. Kemungkinan maut peperangan atom pada masa depan adalah menakutkan. Perasaan saya sendiri adalah pertama kali kita menggunakannya, kita telah menerima etika biasa pada zaman  Gelap (Eropah). Saya tidak diajar untuk berperang dalam bentuk sebegitu dan  peperangan tidak boleh dimenangi dengan  memusnahkan wanita dan kanak-kanak. "~ Ketua Turus Armada Laksamana William D. Leahy, kepada Presiden Truman.

Kesan bom ini amat dahsyat. Menurut laman Jurnal Malaysia, ujian bom atom yang pertama telah di lakukan pada 16hb Julai 1945 di Socorro, New Mexico, A.S. Bom yang dikenali sebagai "Trinity" menghasilkan kuasa letupan bersamaan 20 Kiloton TNT. Ujian bom ini menunjukkan bermulanya era atom/nuklear.

Ujian Bom Hidrogen yang pertama telah di lakukan pada 1hb November 1952 di salah sebuah "Pulau Elugelab", di Republic Marshall Island. Kod "Ivy Mike" digunakan untuk operasi ini dan ujian ini telah menghasilkan tenaga letusan 10.4 Megaton TNT iaitu 750 kali ganda lebih kuat dari letusan bom atom Hiroshima. Kuatnya letusan ini telah menyebabkan Pulau Elugelab telah hilang dari peta dunia[13]!

Dalam buku bertajuk The Decision to Use the Bomb, Gar Alperovitz menulis  bahawa hampir setiap rakyat Amerika dan penasihat tentera Amerika mencadangkan agar  Truman menerima syarat Jepun. Tetapi Truman memilih untuk mendengar cakap James Byrnes yang asing dan minoriti. Dalam perbincangan  Persidangan Potsdam 1945 ada mencatat sesuatu[14].

"Byrnes yang bertanggungjawab menggalak Truman untuk menangguhkan Persidangan Potsdam dan mesyuarat dengan Stalin sehingga mereka boleh tahu, pada persidangan itu, samada  bom atom telah berjaya diuji. Walaupun pada Persidangan Potsdam eksperimen terbukti berjaya dan Truman menasihatkan Stalin bahawa senjata baru pemusnah besar-besaran kini berada  Amerika, yang Byrnes diharapkan akan membuat Stalin terdiam daripada membuat apa-apa tuntutan yang berlebihan atau aktiviti melawan Amerika  dalam tempoh selepas perang. "~ John Denson , The  Hiroshima Lie.

Di akhir tahun 1945, Jepun telah kehabisan kapal terbang untuk menyerang mahupun bertahan. Pesawat Amerika boleh terbang ke mana - mana  yang  mereka  kehendaki  dan menjatuhkan bom sesuka hati mereka. Bandar-bandar seperti Tokyo, Nagoya, Osaka, Kobe dan Yokohama musnah   akibat   pengeboman  ini . Hakikatnya,  Jepun sudah  tewas   dan   hampir menyerah kalah. Jabatan Luar Jepun telahpun secara rasmi memaklumkan kepada Rusia pada 13hb Me 1945 bahawa Maharaja Jepun ‘sangat inginkan keamanan’ dengan Kuasa Bersekutu.

Hirohito / Emperor Shōwa
裕仁 / 昭和天皇
Mengikut adat Bushido (kod ketenteraan Jepun), kewajiban untuk taat dasn sekiranya Maharaja menerima kekalahan ini, sudah tentu perintah  ini   akan dijalankan  segera  dan dipersetujui secara total oleh tentera Jepun. Rusia walau bagaimanapun  telah   menolak   gerakan diplomatik ini atas sebab-sebab strategik kerana mengikut Perjanjian Yalta, ia akan berperang dengan Jepun tiga bulan selepas kekalahan Jerman dan mereka ingin meraih keuntungan dari itu.
Perisikan Amerika mengetahui rancangan diplomatik ini namun Projek Manhattan diteruskan juga. Mereka bimbang Jepun akan menyerah kalah sebelum bom tersebut boleh digunakan. Dua kota di Jepun yang dipilih itu dibiarkan tanpa sebarang pengeboman ke atasnya untuk dijadikan sebagai sasaran ujian. Rakyat Jepun dijadikan tikus putih pakatan jahat antarabangsa!

Bom atom petaka dunia.
Pada 2 Ogos 1939, seorang ahli fizik  bernama Albert Einstein mengutus surat kepada Presiden AS, Franklin D. Roosevelt, menyatakan bahawa AS harus terlebih dahulu menciptakan bom atom sebelum didahului Jerman.
Sebelum itu 12 September 1933, seorang ahli fizik  Hungary yang terbuang  di Britain bernama Leo Szilard semasa melalui kota London mendapat ilham mengenai fizik nuklear. Setelah mengetahui bahawa Jerman mulai melakukan penelitian terhadap pembelahan nukleus atom, Szilard pun memujuk Albert Einsteins menulis surat kepada Presiden Roosevelt, mendesak AS untuk segera membuat bom atom[15].
Einstein and Dr. Szilard in 1939.


Leo Szilard dan Einstein 1939 
Pada 19 Oktober 1939, Presiden Roosevelt secara rasmi menandatangani dokumen pengesahan pengembangan senjata nuklear. Dua hari kemudian, Amerika Syarikat  membentuk “Jawatankuasa Pengembangan Senjata Atom” yang diberi kod S-11.

Pada Jun 1942, rancangan pengembangan bom atom AS secara rasmi dimulakan. Kerana berpangkalan  di wilayah Manhattan, maka projek tersebut dikenali sebagai “Manhattan Project”. Pada tahun yang sama juga  pusat uji  nuklear dibangunkan di padang pasir yang luas di New Mexico, dan diberi nama Makmal  Los Alamos.

Walaupun beliau  yang merintis projek  bom atom tapi beliau  tidak setuju kalau penemuannya digunakan untuk memusnahkan kehidupan manusia. Beliau mengajak Einstein untuk menemui Presiden Roosevelt tapi harapannya tidak terlaksana kerana Presiden lebih dahulu meninggal dunia pada  12 April 1945[16].
Szilard  menemui Presiden baru Truman tapi presiden tidak setuju untuk menamatkan projek  dan menugaskan seorang politikus James Byrnes mengancam para saintis yang bekerja di projek Manhatthan bahawa mereka tidak akan dibayar jika tidak menyelesaikan projek segera. Szilard menulis:

Saya rasa dunia ini akan lebih tenteram jika manusia  seumpama saya dilahirkan di Amerika sebagai politikus dan Byrnes lahir di Hungary sebagai ahli fizik. Jika keadaan begitu pasti  bom atom tidak akan wujud dan pihak Amerika serta Soviet tidak akan berlumba mencipta senjata.

Semasa  tentera AS menduduki wilayah bahagian barat Jerman, dan mendapati bahawa fasiliti  nuklear NAZI hanya sekadar kajian makmal sahaja malah  belum ada projek pembuatan senjata nuklear. Setelah Einstein mengetahui hal itu, beliau  segera meminta agar White House  membatalkan penggunaan senjata nuklear. Tujuh orang ilmuwan terkenal AS ketika itu juga mengirimkan surat untuk meminta Pemerintah AS agar tidak menggunakan bom atom.

Akan tetapi pihak tentera dan politik Amerika yang dirasuk pemodal yahudi berkeras untuk menggunakan bom atom agar Perang Pasifik dapat segera diselesaikan, dan tentera AS tidak terus menerus kehilangan nyawa tentera.

Pada 1950, ketika Amerika Syarikat  mengumumkan akan mengembangkan senjata nuklear yang berkuasa  lebih dahsyat lagi, juurterbang pesawat pemantau cuaca semasa pengeboman Hiroshima, Mayor Claude Issely, telah membunuh diri untuk menyatakan sikap protesnya!

Kapten Kermit Beahan, juruterbang yang menjatuhkan bom atom di atas Nagasaki, sebelum meninggal dunia ia menyuarakan isi hatinya:  “Semoga akulah orang terakhir di dunia ini yang menjatuhkan bom atom!”




Oppenheimer yang mengetuai projek Manhattan  sendiri  terkejut. Pada pandangan beliau, dua kuasa 
nuklear umpama  "dua kala jengking dalam botol, setiap satu mampu membunuh , tetapi peperangan tidak lagi akan mempunyai menang dan kalah, melainkan mangsa sahaja kerana semua pasti mati akibat nuklear. Bapa Bom Atom itu juga mengumumkan secara terbuka bahawa beliau menentang cadangan untuk membangunkan lagi bom atom.

Selepas tamatnya Perang Dunia-II,  Oppenheimer dilantik menjadi pengarah Institute for Advanced Study di Princeton University pada tahun 1947. Beliau juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Penasihat Umum dalam Suruhanjaya Tenaga Atom, atau AEC, dari tahun 1947 hingga 1952. Sejak dilantik ke badan tersebut,  beliau mula menentang sebarang pembangunan bom dan senjata yang berkuasa nuklear serta  mula membenci kekejaman perang yang mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa seperti yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki.
Eistein juga dikatakan menyesal kerana membantu membangunkan projek Manhattan ini. Namun begitu ada pandang sisi lain bagi mengenalpasti niat sebenar Einstein untuk terlibat dalam agenda berbahaya ini. Malah ada yang mengatakan penyesalannya hanyalah sandiwara.
Para penulis barat mengatakan komitmen beliau adalah untuk Zionisme. Ronald W. Clark menyatakan dalam bukunya Einstein; His Life And Times, Avon, 1971,  dalam halaman 377, "Beliau (Einstein) sedang berkempen dengan Zionis untuk kampung halaman baru yahudi di Palestin. " Pada mukasurat 460, Clark memetik kata-kata  Einstein, "Sebagai seorang yahudi, saya mulai sekarang perlu menyokong usaha yahudi Zionis."

Jepun kalah sebelum menerima pukulan Atom

Dalam satu tulisan Karl T. Compton  betajuk If the Atomic Bomb Had Not Been Used yang disiar melalui laman The Atlantic , beliau menceritakan wacana beliau bersama beberapa jurutera Jepun daripada Tentera Jepun[17].
 Kata mereka di Hiroshima, bom atom yang membunuh kira-kira 80,000 orang, menghapus  kira-kira lima kilometer persegi, dan merosakkan tambahan sepuluh batu persegi bandar. Di Nagasaki pula mangsa maut ialah sekitar 45,000 nyawa dan kawasan yang rosak adalah lebih kecil daripada Hiroshima kerana konfigurasi bandar.
Jikka dibandingkan dengan serangan  dua pesawat pengebom Amerika B-29 setiap kali serangan sahaja mampu  mengorbankan kira-kira 125,000 orang rakyat Jepun.
Daripada 210 batu persegi Tokyo, 85 batu persegi bahagian terpadat penduduknya  telah dimusnahkan sepenuhnya. Bilangan mangsa yang terpaksi meninggalkan  Tokyo adalah jauh lebih besar daripada penduduk di  Chicago.
Apabila ditanya kepada jurutera Jepun tersebut adakah  Jepun sudah menerima pukulan  sebelum peristiwa bom atom? Jawapan beliau adalah ‘Ya”.

Dalam sebuah artikel panjang bertajuk The Untold Story yang ditulis oleh Eustace C. Mullins  beliau menyatakan ada kenyataan daripada Ketua Eisenhower, yang merupakan seorang Komander tertinggi tentera Amerika, yang boleh dibaca melalui buku bertajuk Eisenhower karya  Stephen E. Ambrose, Simon & Shuster pada  mukasurat 426.

Menurut buku tersebut Setiausaha Perang Henry L. Stimson telah  memberitahu Eisenhower berkenaan kewujudan bom atom itu di Amerika. Eisenhower segera diselubungi perasaan resah dan murung. Apabila Stimson berkata Amerika Syarikat mencadangkan untuk menggunakan bom itu untuk  menentang Jepun, Eisenhower menyatakan beliau percaya bahawa Jepun telah dikalahkan dan menjatuhkan bom benar-benar tidak diperlukan, kedua beliau berfikir bahawa negara Amerika harus mengelak mengejutkan dunia dengan  penggunaan (senjata atom). 'Stimson telah kecewa dengan sikap Eisenhower. Tiga hari selepas pertemuan itu, Eisenhower terbang ke Berlin, untuk  bertemu dengan Truman dan penasihat utama beliau. Eisenhower tetap berikan pandanbgan yang sama terhadap menggunakan bom, dan sekali lagi telah diabaikan[18].

Menurut Eustace C. Mullins  juga, sekitar tahun 1930-an, Jerman dan Jepun mempunyai sebilangan saintis untuk pembangunan pembelahan nukleus. Dalam kedua-dua negara ini, pemimpin-pemimpin mereka tegas melarang mereka untuk terus penyelidikan mereka. Adolf Hitler berkata dia tidak akan membenarkan sesiapa sahaja di Jerman untuk bekerja mencipta apa-apa senjata yang tidak berperikemanusiaan.

Maharaja Jepun membiarkan saintis beliau tahu bahawa dia tidak akan meluluskan apa-apa senjata berbahaya. Ketika itu Amerika Syarikat tidak memiliki saintis dalam bidang pembelahan nukleus atom. Atas desakan pemodal Yahudi, mereka mendesak para saintis Jermen yang tidak puas hati agar  menghubungi rakan-rakan di Amerika Syarikat, untuk mendapat sokongan kerajaan Amerika dalam kerja-kerja mencipta senjata.

Amerika sengaja cari alasan untuk berperang
Menurut laman sesawang Kompasiana.com yang memetik beberapa kajian terkini menyatakan bahawa penyerangan terhadap Pearl Harbor memang sengaja dibiarkan oleh Roosevelt, yang telah mengetahui rancangan serangan dahsyat   tersebut.

Roosevelt yang merupakan rakan karib pemodal yahudi sebenarnya-sudah teringin untuk turut serta dalam konflik  Pasifik, namun belum mendapat keizinan Kongres. Beliau juga tertekan kerana kempennya sebelum ke kerusi Presiden ialah "Anak-anak  anda tidak akan dikirim menuju ke Konflik luar baik  di mana sahaja.[19]"

Berbulan-bulan pada tahun serangan itu terjadi, Amerika  terus memprovokasi Jepun dengan menghentikan eksport, sekatan embargo dan menghalang  Jepun melintasi Terusan Panama. Menteri Urusan Perang, Henry Stimson, dalam buku hariannya pada  16 Oktober 1941 menulis berkenaan jawapan yang ‘sulit’ untuk menjustifikasikan bahawa Jepun adalah pihak yang salah.

Amerika memang ingin aktif dalam Perang tersebut untuk menyelamatkan The City of London yang teruk dibelasah Hitler. Kemasukan Britain ke Perang Dunia II juga diketahui ramai disebabkan tekanan kapitalis yahudi di The City sehinggakan kemusnahan akibat perang merosakkan aset dan ekonomi pemodal di Amerika juga. Hal ini menyebabkan Amerika perlu mencipta alasan agar dunia merestui Amerika memasuki Perang Dunia II yang asalnya tiada kaitan dengan mereka.  Peristiwa Pearl Harbour berakhir dengan kejadian bom atom di dua kota, yang kala itu sebagai kota industri bagi Jepun, Hiroshima dan Nagasaki.

Muhammad Nuruddin bin Bashah
017 6291368





[1] Pencipta bom ini adalah seorang Yahudi, mustahil bom ini akan digugurkan di Jerman iaitu tempat asas ekonomi yahudi antarabangsa. Oppenheimer Dilahirkan di New York, ibu bapanya berketurunan  Yahudi Jerman. Oppenheimer memasuki Harvard College pada tahun 1922 dan memperoleh ijazah dalam hanya tiga tahun, dengan pengkhususan dalam bidang kimia. Beliau bekerja dengan  beberapa ahli fizik yang menyiasat fenomena.
[2] R. J. Rummel. China's Bloody Century . Transaction 1991
[3] Ian Dear & MRD Foot, The Oxford Companion to World War II (2001) p. 443
[4] Van Waterford, Prisoners of the Japanese in World War II, McFarland & Co., 1994
[5] Jika ada yang bertanya adakah Jepun tiada hasrat untuk membangunkan projek senjata nuklear atau mereka tiada kemahiran dalam bidang tersebut, ternyata mereka salah. Nama yang paling kerap dikaitkan dengan projek perang nuklear Jepun adalah Nishina. Bermula pada tahun 1931, Dr Yoshio Nishina mengasas Makmal Institut Rikken bagi Kimia dan Fizik berhampiran Tokyo. Pada tahun 1936, beliau membina sebuah siklotron 26 inci untuk menjalankan penyelidikan nuklear asas. Tahun berikutnya 1934, beliau membina yang lebih besar 60 inci siklotron dan kemudian membeli siklotron ketiga pada tahun 1938 dari University of California. Pada bulan Oktober 1940, Nishina digalakkan oleh Pegawai Tentera yang kuat bersemangat kebangsaan, Lt Kolonel Niizuma Seiichi untuk menyediakan laporan mengenai status senjata nuklear. Niizuma menjaga Bahagian Senjata Baru di Biro Hal Ehwal Millitari. Selepas membaca laporan Nishina Lt General Takeo Yasuda menyimpulkan usaha membina bom adalah praktikal. Pada bulan Julai 1941, Nishina dibiayai oleh Tentera Empayar Jepun untuk mewujudkan Nichi, atau Sun Project.
[6] Dr Yusuf Al Qaradhawi, Bukan Muslim Dalam Masyarakat Islam, ABIM  (1999) memetik daripada Al Hasan bin Al Khaqan daripada kitab As Suyuti Husnu al Muhadharah.
[8] Lihat buku William G. Carr Yahudi Menggenggam Dunia (halaman 131)
[9] Bernard Baruch adalah kapitalis Yahudi berpengaruh di Amerika. Lihat di http://id.wikipedia.org/wiki/Daftar_politikus_Yahudi-Amerika
[10] Ibid 7
[11] Yahudi yang mencipta dua ideologi ini. Makalah ini tidak mampu membahas secara panjang lebar kemunculan dua ideologi ini yang sengaja dicipta untuk melagakan dunia. China yang diperintah oleh Chiang Kai Sek beraliran kapitalisme tidak dibantu oleh Amerika yang sealiran kerana didesak oleh Yahudi. Yahudi mahukan Stalin terus mara dan membantu kemenangan Revolusi Komunis China pada 1949 agar dunia berjaya dibelah kepada dua blok yang bakal melariskan jualan senjata, makanan, dan ubatan tajaan Yahudi antarabangsa.
[14] Setiap pemimpin dalam Perang Dunia II memiliki penasihat yang berasal daripada komplot Yahudi atau Freemason. Misalnya Hitler menerima tekanan dan acaman daripada pegawai kanan Nazi yang paling ekstrin bernama  Karl Ernst Haushofe yang berbangsa Yahudi. Di Britain, Dumvell dan kolonel Ramsey menyampaikan peringatan kepada Perdana Menteri Britain Chamberlain tentang   bahaya Yahudi  yang menguasai politik dan ekonomi Britain yang mendesak kerajaan memulakan perang. Tidak hairan jika di Amerika wujud watak seperti James Byrnes yang bersekongkol dengan Yahudi antarabangsa/Zionis.Beliau merupakan penasihat dan Setiausaha kepada Trauman. Sebelum itu, Bernard Baruch iaitu penasihat kepada Roosvelt juga merupakan kapitalis yang berkaitan dengan Yahudi dan mendesak Roosvelt untuk menyediakan plan atom.
[15] Walaupun Projek Manhantan diketuai oleh Oppenheimer  tetapi Leo Szilard yang di lahirkan pada tanggal 11 februari 1898 di Hungary yang merintis program tersebut dan disokong oleh Einstein. Leo  lahir dari keluarga Yahudi tahun 1899 dan ayahnya seorang jurutera. Szilard meninggalkan tanah kelahirannya ke Berlin tahun 1919 untuk belajar teknik kimia namun akhirnya pindah ke bidang fizik dan mendapat gelaran doktor. Bulan Mac 1933 setelah Hitler berkuasa dan perang yang dikobarkan oleh Nazi Jerman dia terpaksa pergi ke Inggeris kemudian pindah ke Amerika. Pada usia 35 tahun Szilard sudah menunjukkan keahliannya dia juga termasuk salah satu tokoh yang pertama kali mengenalkan konsep cycotrom dan mikroskop elektron.

Wednesday, December 19, 2012

Pembunuhan Beramai-ramai di Amerika; Salah Siapa?


Pembunuhan Beramai-ramai di Amerika; Salah Siapa?
Muhammad Nuruddin bin Bashah

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyeka air matanya ketika berbicara dalam upacara mengenang mangsa korban tembakan rambang atau pembunuhan beramai-ramai  di Sekolah Dasar Sandy Hook di Newtown, Connecticut pada 14 Disember 2012 lalu. Sebanyak 26 nyawa melayang dalam tragedi itu, antaranya 20 orang kanak-kanak  berusia 6 hingga 7 tahun[1]. Tangisan turut memenuhi ruangan tempat upacara mengenang mangsa tembakan ketika Obama membacakan nama dua puluh pelajar  kelas I SD yang menjadi korban dalam tragedi tersebut.

Tiga hari sebelumnya, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pelanggan di sebuah pusat membeli belah berdekatan Portland, Oregon, meragut nyawa dua orang dan mencederakan  pelanggan lain.
Pembunuhan beramai-ramai sinonim dengan jolokan homisid atau penembakan rambang ini berlaku berulang kali dan sering dikaitkan dengan hanya 2 faktor utama iaitu
  1. Tahap mental rakyat Amerika yang cukup terjejas (mental disorder).
  2. Budaya pemilikan senjata yang terlalu bebas di Amerika. Malah ada kuasa gelap yang menghalang sebarang pengharaman penggunaan senjata.
Obama hanya mampu berjanji mengatakan bahawa beliau akan berupaya sekuat tenaga untuk mencegah penembakan seperti itu berulang kembali, malah hanya mampu meminta perubahan dalam cara kerajaan berurusan dengan kekerasan senjata walau kelihatannya beliau cuba  menghindari penggunaan perkataan  ”pengendalian senjata api”.
Beberapa pemimpin Parti Demokrat dan Senator Joe Lieberman dari golongan bebas mengatakan sudah sampai masanya mereka membahaskan isu pengawalan senjata.
Dalam peristiwa 14 Disember 2012, Adam Lanza dikatakan membawa ratusan peluru sehingga mampu meragut ramai lagi nyawa sekiranya tidak dicegah oleh petugas sekolah.
Amerika Syarikat adalah negara yang mempunyai kadar milik senjata api di kalangan rakyat yang tertinggi di dunia .
Negara yang melaksanakan sistem kehidupan liberal dan bebas dalam pelbagai aspek ini juga merupakan negara yang  paling longgar dalam undang-undang pemilikan senjata api di dunia.
Statistik pada tahun 2007 menunjukkan kadar 88 pemilik senjata api bagi setiap 100 orang di Amerika. Hal ini meletakkan Amerika di tangga pertama dunia dan dipercayai statistik ini telah meningkat kini[2].
Pada 2009, Amerika Syarikat mempunyai penduduk seramai 307,000,000 orang.
Berdasarkan data pengeluaran dari pengeluar senjata api, terdapat kira-kira 300 juta senjata api yang dimiliki oleh orang awam di Amerika Syarikat pada 2010. Daripada jumlah ini, kira-kira 100 juta adalah pistol[3].

Budaya cinta senjata- akibat liberalisme di Amerika.
Liberalisme di Amerika sudah mencapai tahap siling. Ia sudah menajdi budayamalah budaya ini meresap dalam pelbagai aspek baik daripada aspek teologikal, pergaulan, seks, ekonomi, politik, bersuara dan ekspresi sikap serta kebebasan memiliki apa sahaja termasuk senjata.
Liberalisme juga menjadi punca krisis kemerosotan mental yang menyebabkan gejala sakit jiwa menjadi topik hangat saban tahun bukan sahaja di Amerika malah hampir semuanegara G8 yang dianggap maju dan liberal.
Menurut Dr Sidek Baba, fahaman pasca-modernisme yang menolak autoriti dan hierarki adalah salah satu cabang faham neo-liberalisme yang berkembang di Barat dan sedang menjangkiti masyarakat negara lain. Darinya lahir faham anarki (disorderly) yang menolak sesuatu yang bersifat tradisi dan berkait dengan agama.
Liberalisme yang menjurus kepada budaya anarki inilah yang kini menjangkiti cara politik, uruskelola malah menjangkiti sistem kemanusiaan dan sosial masyarakat Amerika sehingga kebebasan menjadi Tuhan yang kini menggigit mereka sendiri. Memiliki senjata secara bebas mampu mengundang budaya anarki.
Liberal mereka bukan sekadar aspek budaya, agama, makan minum mahupun pergaulan, ia juga merebak sehingga ingin memiliki senjata secara bebas umpama filem cowboy yang mereka popularkan. Bayangkan suatu ketika dahulu Barat pernah hadir ke Asia untuk menghapuskan penggunaan senjata kepada setiap rakyat jajahan mereka. Filem ‘The Last Samurai’ sebagai misalannya.
Reuters pernah melaporkan majoriti warga Amerika menyokong hak untuk menggunakan senjata api di tempat umum. Sebahagian besar warga AS ini beranggapan, membawa senjata api boleh  melindungi diri daripada jenayah  yang semakin marak di AS belakangan ini.
Kelompok pendukung dan pelobi penggunaan senjata api AS, National Rifle Association (NRA) pernah membuat undian talian elektronik dan hasil menunjukkan, 68% atau dua pertiga responden setuju penggunaan senjata, bahkan di tempat umum sekalipun.
Betapa rosaknya pemahaman warga Amerika berkenaan fiqh keamanan ini terserlah kerana keputusan undian ini diperolehi di saat kes seorang remaja kulit hitam tidak bersenjata, Trayvon Martin maut ditembak warga kulit putih, George Zimmerman.
Malah menurut sebuah organisasi, The Brady, gerakan yang berkempen pencegahan kekerasan bersenjata, hampir 100 ribu orang maut akibat ditembak setiap tahun. Statistik dari pemerintah AS cukup mengejutkan iaitu 31.347 orang mati di AS pada 2009 kerana tertembak[4].
Menurut tulisan Donny Syofyan, kebanyakan warga Amerika berpendapat  senjata adalah sebahagian daripada  kebudayaan. Mereka memandang “warga yang dipersenjatai” (armed citizenry) sebagai sebuah pengawasan yang sangat ampuh terhadap kemungkinan munculnya kezaliman pemerintahan. Mereka juga menganggap budaya masyarakat rural yang mengagungkan kemampuan dan tradisi berburu sebagai sebuah aspek pertahanan diri dan kejantanan (manliness); dan juga menjadi sebahagian budaya individualisme. Gagasan ini asalnya wujud dalam tindakan persekusi agama pada abad ke-17 dan ke-18. Gagasan ini akhirnya berkembang menjadi sebuah konsep pemerintahan dan citra sikap polisi luar negeri Amerika Syarikat.
Gallup poll yang dilakukan pada 2005 di seluruh Amerika mendapati orang dewasa yang  memiliki senjata api:
Individu  30%,  Lelaki  47%, Perempuan 13%, Kulit putih  18%, Republika 41%, Bebas    27% dan Demokrat 23%.
Manakala sebab-sebab memiliki senjata adalah:
Perlindungan daripada  Jenayah  67%, Menembak Sasaran 66% dan memburu  41%.
Pada tahun 1976, Majlis Bandaraya Washington DC meluluskan undang-undang umumnya melarang penduduk daripada memiliki pistol dan memerlukan semua senjata api di rumah-rumah persendirian disimpan, dan diberikan hak sementara melalui pemasangan kunci pemetik (trigger lock).  Pada 26 Jun 2008, Mahkamah Agung AS, dalam ketetapan 5-4, membatalkan undang-undang ini kerana dikatakan tidak menepati perlembagaan.

Jenayah kerana  sakit mental
Semakin maju sesebuah negara, semakin tinggi kadar pesakit mental di negara tersebut. Demikian menurut Pengerusi Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Toh Puan Datuk Dr. Aisyah Ong bahawa mereka yang menderita penyakit mental ini meningkat sebanyak 30% pada setiap tahun. Peningkatan tersebut boleh dilihat di negara maju seperti Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada yang mencatatkan 30 peratus penghidap penyakit tersebut dalam tempoh masa satu tahun.
Adakah ini tujuan kemajuan? Menghasilkan rakyat gila?
Masalah mental dan psikologi (mental disorder) menjadi topik utama kerana dikaitkan sebagai punca kepada jenayah pembunuhan rambang di Amerika. Adam Lanza, si  penembak dikatakan mengidap sindrom Asperger[5].
Sindrom ini adalah satu gejala autisme di mana para penderitanya memiliki kesulitan dalam berkomunikasi dengan orang di persekitarannya, sehingga mereka kurang begitu diterima. Akan tetapi ia bukan suatu penyakit mental atau penyakit akibat tekanan mental dan stres. Bagi kes ini mungkin tekanan mental bukan suatu topik yang sesuai untuk dikaitkan sebaliknya isu kebebasan memperolehi senjata yang perlu diwacanakan walaupun banyak kes lain juga disebabkan masalah mental yang gagal diurus melalui sistem pendidikan, keagamaan dan persekitaran di Amerika.
Tragedi berdarah di Sekolah Sandy menyebabkan tahun 2012 bakal meninggalkan warga dunia satu tanda merah melalui pristiwa keganasan yang kali ini tidak dilakukan oleh pihak Muslim Amerika.
Tragedi sebegini dianggap sebagai suatu petaka baru dalam sosial Amerika kerana ia bukan kes yang pertama kali berlaku. Pembunuhan sasaran mudah (soft target) di AS sebelum ini sudah berlaku malah insiden sebelum ini baru sahaja  berlaku di pawagam di Colorado pada 20 Julai 2012.
Julai lalu, seorang mahasiswa pascasarjana yang mengalami gangguan jiwa melepaskan tembakan ketika filem Batman terbaru ditayangkan di sebuah bioskop di Colorado dan membunuh 12 orang. Kurang dari sebulan kemudian, seorang veteran Tentera Darat membunuh 5 lelaki dan seorang wanita di sebuah kuil Sikh di Wisconsin.
Seperti dalam serangan di Newton ini, pembunuhan lain sering terjadi di tempat-tempat yang aman dan damai. Seorang lelaki bersenjata pada awal 2011 membunuh enam orang dan mencederakan 13 yang lain, termasuk anggota kongres Gabrielle Giffords, ketika ia menemui para pengundi di luar sebuah pasaraya di Arizona.
Pada 2009, seorang pesakit mental  Tentera Darat Amerika membunuh  13 tentera dan orang awam  di sebuah pangkalan Tentera Darat di Texas.
Dua tahun sebelumnya, seorang mahasiswa di salah satu universiti yang besar, Virginia Tech, membunuh 32 orang. Pada 1999, dua siswa SMA di Colorado membunuh 12 teman sekelas dan gurunya.
Majalah Mother Jones melaporkan bahawa sejak 1982, paling sedikit telah terjadi 61 pembunuhan rambang di Amerika, yang didefinisikan sebagai suatu serangan bersenjata, membunuh empat orang atau lebih, dan biasanya di satu lokasi saja[6].
Amerika yang dianggap sebagai negara polis yang utuh malah satu-satunya negara yang mempunyai tapak tentera di luar negara terbanyak di dunia, kini menangis hanya kerana masalah mental si pembunuh rambang. Gambar Obama menangis menghiasi dada akhbar mahupun media elektronik.
Sehingga 31 Disember 2010, Angkatan Tentera AS telah ditempatkan di 150 buah negara. Sebahagian daripada kontinjen terbesar berada di Afghanistan iaitu 103700, 52440 orang di Jerman, 35688 di Jepun (USFJ), 28500 orang di Korea Selatan, 9660 di Itali, dan 9015 di United Kingdom[7].
Keseluruhannya, 77 917 anggota tentera ditempatkan di Eropah, 141 di bekas Soviet Union, 47236 di Asia Timur dan Pasifik, 3362 di Afrika Utara, Timur Tengah , dan Asia Selatan, 1355 di sub-Sahara Afrika dan 1,941 di Hemisfera Barat.
Dengan kekuatan yang demikian, rakyat AS seharusnya merasa mereka berada di negara paling selamat di dunia. Ternyata sebaliknya. AS kini menjadi negara yang paling tidak terjamin keselamatan rakyatnya memandangkan setiap 10 orang, 8 orang memiliki senjata api. Ternyata negara Uncle Sam retro ke zaman Cowboy!
Dalam keadaan yang tidak boleh diduga, kejadian pembunuhan beramai-ramai seolah boleh tercetus secara mendadak dimana-mana sahaja.
Menurut Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Haji Mohd Azmi Bin Abd Hamid dalam satu kenyataan medianya, di catatkan  bahawa 60 % dari kes homosid di AS melibatkan senjata api. Malah sejak 1982, dalam tempoh 30 tahun sehingga 2012, sebanyak 62 kes pembunuhan beramai-ramai berlaku di AS. Dari 142 senapang yang diguna oleh pembunuh, lebih tiga perempat dimiliki secara sah.
Separuh dari kes yang berlaku selama 3 dekad ini adalah di sekolah (12 kes) dan di tempat kerja (19 kes). Selebihnya, 31 kes, berlaku di bangunan kerajaan, pasar raya, restoran dan markas tentera[8].
Jelas Allah memberi tanda kepada kita, dalam keangkuhan pemimpin-pemimpin AS memiliki kekuatan ekonomi dan militeri dan sombong dengan pembangunan negara mereka, mereka akhirnya tetap terlupa memberi perhatian kepada kerapuhan kemanusiaan rakyat AS yang sedang melanda negara mereka. Sebaik-baik perancang (perencana) adalah Allah SWT.
Model pembangunan yang berdasarkan sistem ekonomi kapitalis yang mengabaikan   persoalan membina emosi dan keutuhan rohani kini mulai ditolak oleh sebahagian besar warga Amerika.  Tahun 2011 dahulu Amerika dipenuhi dengan slogan “Wall Street harus di hancurkan sebelum menghancurkan dunia". Menurut laman Chicago Tribune bertarikh 4 Januari 2012, rakyat mulai sangsi dengan kemajuan yang dijanjikan oleh sistem kapitalis kerana jelas kini suasana negara menghakis nilai moral dan kestabilan sosial mereka[9].  Budaya hidup sekular yang berpaksikan materialisme, individualisme dan komersialisme telah menjadi agama baru bagi mereka hasil tajaan kapitalis yang dikaitkan dengan Wall street iaitu petualang krisis besar ekonomi dan sosial Amerika pada 1929 dahulu.

Justeru, White House perlu abaikan hasutan dan bawaan sistem yang dianjur oleh para pemodal sahaja sebaliknya perlu menyibukkan dirinya melihat segala krisis dan kerosakkan akibat dari polisi mereka.

Kenapa undang-undang kawal senjata gagal di Amerika?
Rakyat Amerika seolah-olah kembar siam dengan senjata api, tidak mampu dipisahkan sebagaimana lakonan aksi pelakon negara mereka di layar perak.
Buktinya dalam pengundian dalam talian di ABC News / Washington Post menunjukkan bahawa 54 % daripada rakyat Amerika kini menyokong undang-undang ketat kawalan senjata. Kaji selidik itu menyatakan bahawa tahap sokongan "berangka tinggi lima tahun, walaupun tidak ketara berbeza daripada dalam tahun-tahun kebelakangan ini." Di kalangan  Demokrat, 74% memilih  sukar untuk dilaksanakan undang-undang kawalan senjata, tetapi hanya 29% daripada Republikan bersependapat begitu. Pihak tanpa undian (bebas)  jatuh di antara 52%. Kebanyakan Demokrat sudah memihak untuk kawalan senjata api[10].

Tempat kejadian berkenaan iaitu negeri Connecticut mempunyai sejarah panjang mengenai pembuatan senjata dan pada masa sama mempunyai undang-undang senjata paling ketat di Amerika Syarikat. Beberapa orang penduduk berkata, mereka masih belum bersedia untuk meletakkan senjata masing-masing. Newtown mempunyai budaya senjata yang aktif, kata penduduk. Malah ada yang berkata, jika kakitangan sekolah memiliki senjata, kesudahan kejadian Jumaat lalu mungkin berbeza.

Ada yang berkata, “Senjata bukan isu. Jika ada orang yang memiliki senjata di situ ketika itu, mereka mungkin boleh bertindak menghentikan pembunuhan berkenaan. Penjahat akan menggunakan apa saja peluang untuk mendapatkan senjata. Isu geografi meningkatkan lagi kerumitan dalam tragedi Jumaat lalu”[11].

Media Huffingtonpost  melaporkan dalam tulisan Undang-undang Kawalan Senjata  Gagal Untuk Elak Pesakit Mental daripada Senjata bertarikh 17 Disember 2012, orang yang mempunyai sejarah penyakit mental dan kecenderungan ke arah keganasan tidak sepatutnya mampu untuk membeli senjata api di Amerika Syarikat. Tetapi realitinya, berkata pakar-pakar undang-undang, undang-undang negeri dan persekutuan, ia hanya terpakai kepada orang yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai berbahaya sahaja[12]. Mungkin pesakit mental tidak dianggap sebagai individu berkemampuan melakukan jenayah walaupun saban bulan rekod jenayah pesakit mental meningkat.

Undang-undang persekutuan tidak memiliki kriteria pemilihan pembeli yang layak membeli senjata. Peraturan hanya terpakai kepada orang-orang yang membeli senjata daripada peniaga berlesen -  bererti termasuk mereka yang mempunyai penyakit mental, boleh membeli apa yang mereka kehendaki daripada individu lain.
Matlamat asas undang-undang yang menyekat hak membeli senapang adalah untuk memastikan senapang jauh daripada tangan orang-orang yang berkemungkinan untuk melakukan tindakan ganas. Dengan langkah itu, undang-undang tidak berkesan, jelas Paul Appelbaum, Pengarah Bahagian Undang-Undang, Etika dan Psikiatri di Universiti Columbia jabatan psikiatri.

Undang-undang Persekutuan bertarikh hingga 1968 melarang sesiapa daripada memiliki senjata api yang telah ditetapkan oleh mahkamah atau beberapa badan rasmi lain sebagai bahaya kepada diri sendiri atau orang lain.  Penyimpanan rekod yang lemah dan kekurangan koordinasi dan pengurusan antara kerajaan negeri dan persekutuan juga mengakibatkan kelompangan dalam pangkalan data yang digunakan untuk pemeriksaan latar belakang.

Adam Lanza, 20, mungkin telah didiagnosis dengan sindrom Asperger, iaitu keadaan yang tidak boleh  dikaitkan dengan perbuatan ganas, dan tidak tertakluk kepada sekatan undang-undang pemilikan senjata ini. Selain itu, senjata yang digunakan dalam pembunuhan tersebut telah dibeli secara sah dan dimiliki oleh ibunya sendiri yang juga merupakan  salah seorang  mangsa pembunuhan beliau, Nancy Lanza, 52. Senjata boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja malah boleh disalah guna oleh sesiapa sahaja di Amerika.
James Holmes, 25 tahun yang didakwa membunuh 12 orang dalam Pawagam Aurora di Colo, tahun ini, juga membeli senapang sah di sisi undang-undang kerana rawatan kesihatan mental yang sedang diambil tidak melarang terhadap pemilikan senjata api di bawah undang-undang.

Dalam Laporan "Jurang maut: Bagaimana Hilang Rekod dalam Sistem Semak Latar Belakang Persekutuan meletakkan senjata ke Tangan pembunuh" yang baru dikeluarkan FBI menunjukkan berjuta-juta rekod orang yang serius penyakit mental dan penagih dadah hilang dari pangkalan data NIC kerana laporan pihak negeri yang longgar. Data juga menunjukkan bahawa 52 daripada 61 agensi persekutuan yang diperlukan untuk mengemukakan rekod telah tidak berbuat demikian[13].
Bilangan rekod kesihatan mental telah meningkat sejak Oktober 2010 sebanyak 35% dari 864, 962 kepada  1,171,029 kes.

Walaupun peningkatan ini berlaku, pangkalan data masih tidak  lengkap. Laporan tersebut menunjukkan kegagalan utama oleh 23 negeri dalam mengemukakan rekod kesihatan mental kepada sistem persekutuan, dengan 17 negeri yang melaporkan kurang daripada 10 rekod dan empat negeri iaitu Alaska, Delaware, Idaho dan Rhode Island mengemukakan rekod sifar!

Dari 31 Ogos 2010 hingga 31 Oktober 2011, kadar penyerahan rekod kesihatan mental  di sembilan negeri yang menerima geran pembiayaan persekutuan meningkat dengan purata 142.3 rekod bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding dengan 78.8 rekod setiap 100,000 bagi negeri-negeri tanpa pembiayaan persekutuan.

Kini rakyat Amerika terbeliak mata melihat sendiri hasil kegagalan sistem kehidupan negara mereka. Walaupun Hollywood saban filem mempromosi keunikan karya hidup mereka, ternyata selain kematian akibat ketagihan dadah dan alkohol di kalangan selebriti Hollywood, rakyat pula menjadi mangsa stres dan gangguan mental yang serius.

Buang parut jenayah…..
Untuk membuang parut hitam itu, kerajaan Amerika menutup sekolah yang menjadi noda hitam dalam kehidupan keluarga mangsa. Sekolah baru untuk murid-murid Sandy Hook dibina[14]. Menurut Kompas.com yang memetik berita daripada  Sky News,  Sandy Hook akhirnya ditutup dan murid-murid sekolah itu dipindah ke lokasi sekolah yang baru.

Para staf sekolah dan sejumlah sukarelawan bekerja keras memindahkan meja, kerusi, dan almari dari Sandy Hook ke sekolah menengah Chalk Hill di Monroe. Seorang pegawai sekolah di Newtown mengatakan, peralatan yang dipindahkan dari Sandy Hook adalah dari bahagian sekolah yang tidak terlibat dalam tragedi mengerikan itu.

Bagaimana pengusaha industri senjata membuang parut jenayah? Menurut The Huffington Post dalam tulisan Alice Hines yang bertajuk Walmart Pulls Bushmaster Rifle From Website In Wake Of Newtown Shooting 17 Disember 2012, Walmart telah menarik keluar  iklan Bushmaster Patrolman’s Carbine M4A3 Rifle dari kedai web, demikian laporan daripada The Nation[15].



Pistol, senapang gaya tentera yang menggunakan 0.223 peluru berkaliber, adalah senjata dalam kategori yang sama dengan senjata seperti yang dilaporkan digunakan oleh Adam Lanza.

tretet



Di samping itu, terdapat beberapa lagi senapang Bushmaster yang menggunakan 0.223 peluru berkaliber. Pihak berkuasa Amerika pula tidak mendedahkan model sebenar yang digunakan oleh Lanza. Mungkin untuk melindungi pengusaha penjual senjata yang kuat melobi di White House malah negara mungkin masih ketagihkan cukai daripada mereka.

Menurut jurucakap Walmart juga, Walmart sebagai penjual senjata secara runcit terbesar di dunia dengan 4602 lokasi di Amerika Syarikat, menjual lebih banyak senjata api dan peluru berbanding pesaing lain. Walmart sebenarnya telah berkembang jualan senapangnya  daripada 1300 kepada  1750 kedai  pada tahun 2011.

Permintaan untuk senapang telah meningkat berbanding tahun 2011 disebabkan minat di kalangan generasi muda dan kerana mereka takut munculnya undang-undang kawalan senjata baru ekoran pemilihan semula Presiden Obama.

Budaya penjualan senjata terbuka sebegini mengakibatkan Amerika sewajarnya diisytihar sebagai salah satu negara paling tidak selamat untuk warganegaranya!
Mike Hammond, ketua pelobi pemilikan senapang yang paling berpengaruh berkata Persatuan Rifle Kebangsaan (NRA), pelobi senjata terbesar negara kini hanya bersembunyi dari media seperti tupai berikutan insiden Sandy Hook[16].
“NRA selalu berlakon begitu, apabila ada satu tragedi, berada dalam mod pura-pura tidak tahu," jelas Hammond  kepada The Huffington Post.

NRA dikatakan berkata bahawa mereka tidak akan mengulas mengenai penembakan rambang (mass shooting) itu  sehingga fakta benar-benar diketahui.

Cukup pelik apabila jurucakap lantang Gun Owners of America iaitu Larry Pratt berkata bahawa cara terbaik untuk melindungi orang dari tembakan rambang sebegitu adalah dengan memastikan lebih banyak senapang dibenarkan berada di lebih banyak tempat. "Zon bebas senjata” katanya adalah hanya seperti magnet untuk menarik raksasa(pengganas) dalam masyarakat kita. Teori Pratt ini bukan teori terpencil malah ia seumpama fahaman barbarian dalam membahaskan isu keselamatan awam iaitu semakin banyak senjata semakin aman masyarakat.
Hanya beberapa jam selepas Presiden Barack Obama menegur rakyatnya di Newtown, Connecticut, untuk melindungi kanak-kanak daripada keganasan, beberapa pemimpin di Washington kini  kelihatan ada otak mula menawarkan sokongan kepadanya untuk sekatan baru ke atas pemilikan senjata.[17]
Mereka yang lantang antaranya Senator Joe Manchin, seorang Demokrat Konservatif dari West Virginia dan ahli sepanjang hayat Persatuan Negara Rifle (RPK), yang mengakui bahawa penyembelihan sebanyak 20 kanak-kanak dan enam dewasa dalam Newtown Jumaat lepas cukup memberi kesan.
Senator Mark Warner Virginia, yang juga rapat dengan NRA serta Senator Harry Reid yang selama bertahun-tahun menyokong kuat hak bersenjata, kini membuka pintu kepada perubahan dalam undang-undang.
Menurut independent.co.uk dalam artikel bertajuk Newtown massacre: US braced for change - but gun lobby stays silent, sejak tragedi Sandy ini berlaku perdebatan memang cukup hebat berhubung isu bagaimana untuk mencegah satu lagi pembunuhan beramai-ramai. Tetapi satu suara, mungkin suara yang paling berpengaruh berkenaan isu ini iaitu  Persatuan Senapang Kebangsaan (NRA)[18].
Antara  komen popular mereka ialah ‘No comment’ yang  telah dibuat setiap  pemimpin NRA kepada media arus perdana halaman Facebook mereka. NGO  yang banyak berkempen untuk memperjuangkan , "hak rakyat untuk menjaga dan memikul senjata tidak boleh dilanggar" ini memiliki  4.3 juta ahli.
Pada tahun 2008 misalnya, NRA telah menghabiskan $100 juta  (£ 62m) untuk menggagalkan kempen presiden Barack Obama, kerana mempercayai Obama akan cuba untuk mengharamkan pistol. Satu kempen iklan pada tahun 2012 yang bersifat anti-Obama masih menonjol di laman web persatuan itu, mendakwa jika diharam sahaja penggunaan  senjata maka kerajaan akan "mengharamkan senapang biasa, termasuk beberapa yang senapang yang paling popular digunakan oleh rakyat mematuhi undang-undang untuk memburu, sasaran menembak dan mempertahankan diri".
Kelompok NRA ini adalah kini antara petualang petaka kadar jenayah bersenjata yang kian tinggi di Amerika malah usaha menjatuhkan Obama adalah perlu untuk memastikan kapitalisme senjata mereka benar-benar leizze faire.
Obama perlu memilih antara nyawa rakyat, kemanusiaan dan keadilan atau memilih untuk terus bertongkat langit politik dengan bantuan pelobi NRA yang berkepentingan.

Era Obama era syurga senjata
Obama yang menangisi kematian kanak-kanak tersebut sepatutnya malu kerana penjualan senjata di Amerika pada era pemerintahan beliau kian meningkat. Laman sesawang Ammo.net melaporkan, pengeluaran permit rahsia untuk membawa senjata dan penjualan senjata pada era Obama melonjak[19].
Pemerintahan Obama juga disebut-sebut sebagai saudagar  senjata terbesar di AS. Huffington Post juga  menyebut bahawa perusahaan-perusahaan senjata di Amerika Syarikat terus meningkat.
Berdasarkan statistik Ammo.net, sejak pentadbiran  Obama, hasil pajak dari penjualan senjata di Amerika meningkat hingga 49% bahkan di sejumlah negara bahagian North California, Iowa, dan Utah, peningkatannya melebihi 100%.
Kini artis Hollywood juga mengkritik lantang sikap Obama yang tidak bersungguh mengawal senjata. Mereka meminta Obama segera mengawal peredaran senjata di negara Uncle Sam tersebut. Selebriti  Hollywood seperti Ben Stiller dan Susan Sarandon menekan kawalan  senjata untuk mencegah pembunuhan berulang[20].
Melalui Twitter, Sarandon menyampaikan kritikannya terhadap NRA yang menjadi petualang.

Obama supports assault weapons ban; NRA breaks silence after school massacre
 

A protestor holds a banner during a march to the National Rifle Association headquarters on Capitol Hill in Washington Monday, Dec. 17, 2012. Curbing gun violence will be a top priority of President Barack Obama's second term, aides say. but exactly what he'll pursue and how quickly are still evolving. (AP Photo/Manuel Balce Ceneta)



Guru bunuh murid di Amerika?
Salah satu cara untuk mengurangkan ‘mass shooting’ atau jenayah tembakan rambang  adalah dengan menghentikan pembiayaan pengeluar senjata serangan.
Laman sesawang finance.fortune.cnn.com bertanya pembaca adakah kita semua  tahu bahawa pihak yang memiliki lebih daripada 6% kepentingan saham dalam usaha membuat senjata  0.223 Bushmaster, seperti yang digunakan dalam insiden di Newtown, California adalah golongan guru sekolah awam[21]!
Dalam tulisan bertajuk The money behind the Newtown massacre menyatakan bahawa tangan-tangan yang memegang dana untuk penjualan senjata yang menjadi dalang kenapa usaha pengawalan senjata tidak berjaya. Korporat  seperti Cerberus Capital Management yang dibentuk oleh ekuiti persendirian dan dana telah melindungi aktiviti jualan senjata secara terbuka. Cerberus memulakan platform pada bulan April 2006 melalui pengambilalihan Bushmaster, selepas itu ia menambah 10 lagi industri pembuat senjata api, peluru dan aksesori (termasuk Remington, Arms Marlin dan Peluru Barnes).
The California State Teachers' Retirement System (CalSTRS) iaitu persatuan guru bersara  komited melabur $ 500 juta ke dalam dana $ 7500000000 Cerberus yang telah membawa para guru tersebut memiliki 6.67% kepentingan dalam pembuat senjata.

Penutup
Di saat Amerika konsisten menggunakan alasan memerangi pengganas atas alasan negaranya tidak selamat akibat aktiviti keganasan Muslim, jelas hari ini peristiwa seumpama ini membuktikan paranaoid sebenar rakyatnya sendiri adalah jenayah dalaman yang bukan dilakukan oleh rakyatnya yang beragama Islam.
White House yang menjadi tunggangan Wall Street dan Israel kerap mengeluar tomahan terhadap beberapa negara umat Islam dalam isu paksi keganasan dan isu keselamatan negara. Malah Pakistan dan Afghanistan dituduh sebagai negara yang bebas menjual dan menyeludup senjata sehingga kelihatan menaja aktiviti pengganas antarabangsa.
Amerika yang juga menjadi penganjur kepada budaya popular, budaya globalisasi dan kemajuan tanpa etika kini menghadapi suasana barbarian akibat rakyatnya sendiri yang diabaikan.

Muhammad Nuruddin bin Bashah

017 6291368


           


[7] Active duty military personnel strengths by regional area and by country" (PDF). U.S. Department of Defense. 2010. Buka http://siadapp.dmdc.osd.mil/personnel/MILITARY/history/hst1012.pdf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...