Pembaca Setia

Saturday, August 10, 2013

MAPIM GESA PIHAK PEJABAT AGAMA MENGATUR PERATURAN ATASI ISU HANTARAN PERKAHWINAN YANG TINGGI


Kenyataan Media MAPIM
11 hb Ogos 2013

MAPIM GESA PIHAK PEJABAT AGAMA MENGATUR PERATURAN ATASI ISU HANTARAN PERKAHWINAN YANG TINGGI

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa pihak berkuasa agama berusaha untuk atasi masalah budaya mengenakan hantaran perkahwinan yang melampau untuk tangani masalah mereka yang tidak mampu melangsungkan perkahwinan dan menyebabkan ramai yang membujang.



Laporan media (Kosmo ) baru-baru ini bahawa wang hantaran tinggi menyebabkan banyak pasangan muda di negara ini terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.hendaklah dipandang serius kerana ia melibatkan keutuhan sosial masyarakat Islam sendiri.

Isu ini bukan suatu isu yang baru . Gejala bebanan kos perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit pernah diketengahkan , malangnya budaya tersebut bertersuan.

Jika jelas urusan perkahwinan adalah urusan agama , dan Islam mempertegaskan prinsip mempermudahkan dan tidak menyukarkan , maka kadar hantaran tinggi yang ditetapkan oleh pihak perempuan mengikut status keluarga, taraf pendidikan dan kecantikan adalah bertentangan dengan apa yang diajar oleh Islam itu sendiri.

Sebagaimana yang ditemukan dalam kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010 mendapati faktor utama ramai lelaki tidak berkahwin ialah kerana masalah kewangan (44.7 peratus) diikuti tiada calon sesuai (19.3 peratus). Ini bermakna bilangan yang besar berhadapan dengan masalah kewangan bila hendak berkahwin.

Jika ramai anak muda terhalang untuk menunaikan tuntutan agama yang penting dalam kehidupan iaitu mendirikan rumahtangga , maka budaya meletakkan hantaran yang tinggi adalah suatu peyumbang kepada masalah ketidakstabilan masyarakat.

Alasan bahawa kos barang kini sangat tinggi dan kenduri kahwin terpaksa menjemput ramai saudara mara dan rakan handai bukan satu alasan yang boleh diterima.

Islam tidak membebankan seseorang itu untuk melakukan sesuatu melebihi dari kemampuan apatah lagi terjebak dalam pembaziran.

Keutamaan harus diberi kepada kebahagian dan perancangan yang rapi untuk menguruskan perbelanjaan rumahtangga selanjutnya , bukan bermewahan dalam kenduri dan hantaran yang membebankan kedua belah keluarga.

Soalnya masyarakat terikut-ikut dengan tren yang sebenarnya tidak diajar oleh Islam. Mengundang sehingga ribuan tetamu dan mengadakannya di hotel mewah , disamping berbelanja dalam perkara-perkara yang tidak perlu malah membazir seperti kad jemputan yang mahal , persandingan yang mewah , upah fotografi dan pengacara penghibur sampingan dengan kos yang tinggi , juadah makanan yang terlalu banyak, adalah perbelanjaan sampingan yang lain yang tidak dituntut oleh Islam. Semua ini adalah itineri yang membebankan dan meningkatkan kos perkahwinan yang tidak perlu.



Kami berpandangan isu yang sebenar bukan soal mampu atau tidak tetapi ialah adakah ini sesuai dengan  ajaran Islam ?. Adakah ini suatu budaya yang sihat untuk sebuah masyarakat Islam?

Jika haram meletakkan hantaran yang tinggi kerana mahu menunjuk-nunjuk , persoalannya bagaimana pula jika hantaran itu menjadi suatu tekanan kepada bakal suami yang mahu mengumpul wang yang banyak sehingga terpaksa berhutang?

Kami ingin mengingatkan bahawa ramai kes anak muda terjebak dengan hutang dengan bank dan along hanya kerana mahu memenuhi perbalanjaan perkahwinan yang tinggi. Sudah banyak insiden yang menunjukkan betapa pasangan yang baru berkahwin terpaksa bergelut dengan hutang dan segala perbelanjaan rumahtangga hanya kerana terlibat dengan kos perkahwinan yang menghabis puluhan ribu.

Jika tren ini berterusan kami berpendapat sudah sampai masanya pemerintah yang bijak mencari jalan agar  tidak membiarkan  gejala ini berterusan yang akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat Islam dalam jangka masa panjang.

Kami berpendapat keadaan yang semakin serius ini seharusnya ditangani dalam konteks maqasid syariah dalam iaitu menggubal peraturan untuk menjaga kelima aspek kehidupan yang penting iaitu agama , akhlaq , akal , harta dan nyawa.

Jika hantaran perkahwinan mencapai tahap yang boleh menjejaskan kesejahteraan kelima-lima perkara tersebut maka Islam pasti mempunyai hukum yang boleh menghalang ini berlaku.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Monday, August 5, 2013

Mercun dan Bunga Api Budaya SYAITAN di Aidilfitri


Mercun dan bunga api budaya syaitan di Aidilfitri

Mengapa ada pihak termasuk penulis tergamak melabelkan mercun dan bunga api yang menjadi sumber rezeki sesetengah kaum Melayu sebagai budaya Syaitan? Ianya mudah kerana tiada nas yang mengharuskan permainan ini. Sebaliknya jelas menyentuhnya memberi 1001 mudharat tanpa membawa sebarang manfaat.

Jika Kelantan pernah mengharamkan Dikir Barat suatu ketika kerana ada pengaruh rasukan, serapah, mentera, pemujaan dan khurafat dalam permainan itu walaupun ia cukup sinonim dengan kebudayaan orang Kelantan.



Mercun? Adakah ia asal budaya Melayu seumpama Dikir  Barat? Sudah tentu tidakk. Ia adalah permainan kebudayaan Cina yang bukan bertauhidkan Allah. Ia bukan permainan kaum Islam sejak awal lagi. Jika kita mengritik kerajaan kerana membazir ratusan ribu ringgit hanya kerana membakar mercun pada sambutan Tahun Baru, bagaimana dengan kita?

Kita sebagai rakyat juga membazir.



Mercun dan bunga api adalah punca saban tahun kanak-kanak islam hilang anggota badan. Malah ia juga meragut nyawa dan memusnahkan rumah, harta benda. Tidak cukupkah l;aporan media saban tahun bahawa petaka permainan syaitan ini merosakkan kebahagian sebahagian besar di kalangan umat islam Malaysia? Ya, ia belum terkena di kalangan keluarga kita. Itu yang bermain di fikioran manusiwa tidak tahu bersyukur.
Mercun memberi mudharat sedangkan permainanya tiada kaitan dengan agama.



Betapa ramai ayah dan ibu yang melayan anak bermain mercun malah tergamak membeli mercun di Bazar ramadhan untuk anaknya bermain..layan dengan sesungguh hati sedangkan meninggalkan Terawikh. Peduli ada terawikh.

Mereka dungu dan bodoh sehingga sanggup membiar anak mereka menyentuh permainan syaitan sedangkan si anak tidak membaca Al Quran tidak ditegur mereka.



Mereka umpama artis yang tidak tahu malu. Berhibur, menyanyi terlalak, buka aurat menyanyikan lagu Syawal sedangkan ia adalah sambutan untuk orang yang tidak meninggalkan Terawih, tidak meninggalkan tadarus dan tadabbur Al Quran, meraikan golongan Qiam, golongan yang berpuasa. Bukan meraikan golongan fasik dan perosak umpama artis dan pemain mercun!

Sedang jemaah mendengar bacaan Imam dalam Terawih..diam dan mendengar dengan khusyuak kerana ia arahan agama auntuk kita meneliti dan diam mendengar bacaan Al Quran dalam solat mahupun luar solat (Mazhab hanafi), kekusyukan terganggu apabila ada kanak-kanak  bermain mercun. Paling malang kanak-kanak itu bermain permainan syaitan itu melalui asuhan bu bapa sendiri!



Perumpamaanya begini. Hari sukan sekolah adalah untuk mertaikan kemenangan atlit setiap rumah sukan. Mereka berlatih setiap petang dan menang dalam olahraga. Akhirnya di hari sukan mereka dianugerahkan hadiah. Itulah umpama golongan yang berpuasa dan memenuhkan harian ramadhan dengan ibadat.
 Manakala, penolong-penolong yang menyiapkan pentas dan sebagainya hanya untuk meriahkan majlis bukan meraikan diri sendiri kerana mereka tidak menyertai acara sukan walaupun  satu pun.

Itulah umpama golongan yang meraikan syawal secara berlebihan dan ditambahi amalan syaitan seperti membuka aurat dan bermain mercun. Mereka tidak menang satu acara pun dalam bulan Ramadhan tetapi suka dan gembiranya berlebihan. Alangkah peliknya golongan sebegini.

Penulis menyeru rakyat Malaysia agar sedar bahawa mercun walaupun diharam oleh kerajaan akan terus dijual kerana amalan syaitan akan tetap disukai oleh penguatkuasa juga. Ia umpama syariat jelas  mengharamkan membuka aurat. Siapa peduli? Rata-rata kaum Melayu membuka aurat. Ia biasa!



 Begitu juga dengan mercun. Jangan hanya peralatan syaitan itu dijual di bazaar Ramadhan kita menghalalkannya  seumpama golongan membuka aurat dan berpakaian ketat ke Bazar Ramadhan. Hakikatnya yang haram tetap haram.

Muhammad Nuruddin Bashah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...