Pembaca Setia

Saturday, May 25, 2013

Menilai Islamofobia Pasca Tragedi Boston


Menilai Islamofobia Pasca Tragedi Boston
Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM

Di saat meledak berita pengeboman marathon di Boston 16 April 2013 yang lalu, tragedi ini amat mencemaskan umat islam sedunia khususnya di Amerika kerana menjadi kebiasaan tahap islamofpbia dan persepsi negatif kepada muslim akan meningkat apabila berlakunya apa-apa aktiviti keganasan.

Hendrajit dan M Arief Pranoto, Peneliti Global Future Institute  menullis dalam The Global Review  bahawa ramai meramal setelah kes pengeboman Boston akan disusuli  dengan peningkatan tema media bahawa radikalisme islam telah berlaku angkat tema adanya Radikalisme Islam Jihad di Amerika[1].
Apabila menulis berkenaan islamofobia penulis kerap merujuk web OIC serta laman sesawang Intenational Human Right Council yang berpusat di London. Menurut laman IHRC itu pihak mereka akan ,menerbitkan buku yang bertajuk Once Upon a Hatred: Anti-Muslim Experiences in the USA berkisar pancaroba dan mehnah pengalaman muslim Amerima dalam mengharungi suasana Islamofobia yang mencengkam keselesaan mereka.
Buku karya Saied R. Ameli,  Professor of Communications dari University of Tehran, Ibrahim Mohseni Ahooei iaitu  senior researcher di  Cyberspace Research, Policy Centre, University of Tehran serta Arzu Merali Ketua Pengkaji di Islamic Human Rights Commission UK ini diterbitkan untuk menghurai sendiri penglaman mangsa dan mengambil kira realisme sebagai asas kajian[2].
Penyelidikan dan mendokumentasikan kesan Islamophobia kepada masyarakat Islam di Amerika Syarikat adalah langkah asas yang amat diperlukan, yang dalam masa yang sewajarnya harus membawa kesedaran yang lebih luas kepada masyarakat awam dan pembuat dasar tentang cara terbaik untuk memulihkan kesan. Buku semasa adalah satu lagi bata dalam usaha antarabangsa ke arah analisis data yang didorong oleh Islamofobia dan kesan yang mendalam ke atas umat Islam dan masyarakat, dan di UC Berkeley Islamophobia Penyelidikan dan Dokumentasi Projek kami gembira untuk melihat kualiti dan kedalaman analisis yang terkandung di dalam penyelidikan’, ulas Dr Hatem Bazian iaitu Pengarah, Islamophobia Penyelidikan dan Projek Dokumentasi Pusat Race dan jantina, University of California, Berkeley dalam laman IHRC.
Pengalaman Anti-Islam di Amerika Syarikat mendedahkan statistik yang mengejutkan bahawa 30% daripada orang Islam yang dikaji telah mengalami serangan fizikal benci yang bermotif. Angka nyata adalah salah satu daripada banyak statistik dikumpulkan daripada kajian daripada  1200 orang individu  yang dijalankan pada 2012 oleh IHRC, di California.
Cukup mengejutkan seramai 88% melaporkan pengalaman negatif dalam kehidupan seharian, media, wacana dan dasar politik. Walaupun persepsi Amerika Syarikat sebagai model kebebasan beragama dan toleransi menarik ramai manusia ke negara itu, realitinya amat bercanggah.
Sehingga kini rakyat Amerika belum hadam definisi sebenar ‘terrorist’ yang diperayai oleh kerajaan mereka selama ini.
 “Mengapa AS ragu-ragu untuk membuat definisi terorisme? “ “Apakah karena alasan definisi itu ternyata akan mendakwa Amerika Syarikat sebagai negara pengganas? ”
Eramuslim mencatatkan, Profesor William Odom, mantan Pengarah NSA di zaman Presiden Reagan menulis: “Pemerintahan Amerika Syarikat sendiri memiliki sejarah panjang dalam mendukung pengganas dan AS juga menggunakan taktik teroris sambil membohngi dunia bahawa mereka memerangi pengganas.
Propaganda Amerika merancang untuk mengaitkan keganasan itu dengan mujahidin Cheahnya yang telah dipercayai juga oleh ahli cerdik pandai Muslim yang terpedaya dengan mainan licik media Amerika. Mereka yakin bahawa memang dalam kelompok mujahidin adalah tajaan Amerika semata-mata.[3]
Polis menahan suspek kejadian letupan bom ketika perlumbaan Maraton Boston yang ditemui berlumuran darah di belakang tempat membaiki bot selepas melarikan diri daripada kepungan dan tembakan polis yang menyebabkan seluruh kawasan Boston dikawal ketat.
Penahanan Dzhokhar Tsarnaev yang cedera parah tetapi sehingga kini tiada banyak maklumat mengenai motif adik beradik kelahiran Chechnya[4].
Bagaimana kita menilai kes puluhan pemuda Palestin, berusia antara 6 hingga  18 tahun telah ditangkap oleh polisi Israel.
Mereka dituduh pengganas  hanya karena melemparkan batu ke kendaraan lapis baja Israel, anak-anak ditempatkan di sel terpencil, diberikan kejutan elektrik,  kepala mereka dipukul ke dinding dan tentera Israel menendang mereka hingga pengsan!
 Sebelum mereka dibebaskan, mereka diberitahu untuk tidak menghebahkan apa sahaja isu dalam  penangkapan atau apa hukuman yang mereka alami kepada dunia luar. Anak-anak muda Palestin, walau tidak melakukan kesalahan apa pun, telah menjadi korban dari pasukan Israel. Soalnya siapa yang menjadi  pengganas dan siapa yang menjadi korbannya?
---------------------------------------------------------------
Pada 7 Mei lalu Jaweed Kaleem dalam huffingtonpost.com menulis artikel bertajuk Link Between Islam And Violence Rejected By Many Americans After Boston Bombings: Pew Survey[5].
Bukan sahaja beliau malah puluhan lagi pengulas media dan pengamat politik membuat keputusan muktamad bahawa kaitan keganasan di Boston berkenaan tiada kaitan dengan umat Islam atau gerakan keganasan Muslim.
Menurut beliau, para penyiasat berkata dalam isu Boston  Dzhokhar Tsarnaev,dan adiknya Tamerlan Tsarnaev, telah dipengaruhi dengan kumpulan  radikal Islam.



Ramai rakyat Amerika bingkas mengutuk umat Islam dan ketegangan sosial berlaku waaupun secara dingin.
Hasil kaji selidik baru oleh Pusat Penyelidikan Pew  menunjukkan pasca tragedi Boston, pandangan rakyat Amerika sama ada Islam lebih erat dan signifikan  menyokong keganasan masih kelihatan sama dengan apa yang telah mereka yakini sedekad yang lalu walaupun masih berkurang berbanding yang menolak tuduhan terhadap Muslim.
Kaji selidik itu juga mendapati bahawa di Amerika umat Islam dianggap sebagai kumpulan yang yang paling didiskriminasi berbanding dengan gay dan lesbian, Afrika Amerika, Hispanik dan wanita.



Kaji selidik PEW juga, mendapati bahawa 42 peratus rakyat Amerika percaya Islam adalah "lebih cenderung" daripada agama-agama lain untuk menggalakkan keganasan di kalangan penganut  lain, manakala 46 peratus mengatakan ia tidak lagi berkemungkinan untuk menggalakkan keganasan daripada agama lain.
Ini menunjukkan bilangan yang tidak percaya kepada propaganda mengait umat Islam dengan keganasan masih ramai walaupun graf golongan yang percaya semakin meningkat. Ia bukan suatu statistik yang membanggakan.
Hanya pada tahun 2002  PEW menemui keputusan yang amat berbeza untuk soalan tentang Islam dan keganasan, apabila 25 peratus daripada mereka yang ditinjau berkata Islam adalah lebih cenderung untuk menggalakkan keganasan manakala 51 peratus tidak bersetuju. Ini adalah sama dengan pendapat mengenai Islam dan keganasan bagi kebanyakan dekad yang lalu. Ini bermakna  pada bulan Mac 2002, enam bulan selepas serangan 9/11, hanya 25% berkata Islam adalah lebih cenderung untuk menggalakkan keganasan manakala 51% tidak bersetuju.

PEW juga mendapati bahawa kira-kira 45 peratus daripada rakyat Amerika berkata terdapat "banyak" diskriminasi terhadap umat Islam, manakala 39 peratus mengatakan terdapat jumlah yang sama diskriminasi terhadap gay dan lesbian. Satu perempat daripada rakyat Amerika percaya terdapat "banyak" diskriminasi terhadap Hispanik, 22 peratus percaya ada tahap yang sama diskriminasi terhadap rakyat Amerika Afrika dan 15 peratus percaya ada "banyak" diskriminasi terhadap wanita.
Pew, yang meninjau melalui  1,504 orang untuk kajian dengan margin ralat sebanyak 2.9 peratus, juga mendapati perbezaan antara pandangan Islam apabila keputusan telah dipecahkan kepada umur, jantina, parti politik dan agama.
Majoriti orang-orang muda tidak percaya Islam adalah memihak kepada keganasan berbanding agama-agama lain, manakala separuh daripada rakyat berusia 50 tahu percaya Islam adalah lebih cenderung untuk menggalakkan keganasan. Lelaki juga lebih cenderung berbanding wanita untuk mengatakan Islam adalah berkaitan dengan keganasan. Republikan juga lebih cenderung untuk mempercayai dalam hubungan antara Islam dan keganasan daripada Parti Demokrat, sama seperti Protestan evangelis putih berbanding Protestan laluan utama.
Tragedi ini juga mengangkat kematian kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang terbunuh dalam letupan semasa acara larian Boston Marathon, yang dikenali sebagai Martin Richard, sebagai antara watak yang menyedihkan.
Menurut The Boston Globe, Richard berada di lokasi kejadian untuk memberi sokongan kepada ayahnya yang turut menyertai acara berkenaan. Ibu mangsa telah menjalani pembedahan di bahagian otak, manakala adiknya kudung sebelah kaki akibat letupan berkenaan.

Secara keseluruhan, tiga orang terbunuh manakala 144 lagi  dirawat di hospital, selepas kejadian letupan dua butir bom berdekatan garisan penamat maraton berkenaan.
Sebelum ini wakil Hak Asasi Manusia PBB untuk Palestin Richard Falk menyatakan serangan bom Boston terjadi kerena sikap lunak Presiden Barack Obama terhadap Israel. Sikap lunak itu dianggap membuatkan dunia Islam marah demikian yang dicatat beliau dalam laman  Foreign Policy. Kenyataan ini boleh dipertikai kerana seolah ia masih mengaitkan umat Islam dalam siri keganasan di Amerika walau atas apa sebab sekalipun. Sebaliknya teori konspirasi yang belum diselak ialah manipulasi individu mulism untuk melakukan keganasan atas nama Islam yang juga merupakan hal yang tidak mustahil dilakukan oleh Intelligen Amerika dan Yahudi.
 Sebelum ini Falk percaya bahawa tragedi WTC adalah konspirasi untuk menimbulkan Islamofobia di kalangan warga Amerika[6].
Sebagai penutup, tragedi ini dipandang oleh sebahagian besar rakyat Amerika sebagai siri konspirasi umpama kes WTC dahulu. Soal mereka mengapa dua suspek yang ditangkap hidup ditembak hingga mati dan tidak dibawa untuk perbicaraan?

Muhammad Nuruddin Bashah
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau Pulau Pinang
820102-02-5203
017 6291368

Konflik Berpanjangan Sekular-Ulama’ di Bangladesh


Konflik Berpanjangan Sekular-Ulama’ di Bangladesh
Muhammad Nuruddin Bashah

Tahun 2012 ramai warga dunia terutama kaum Muslim menjuih bibir apabila berbicara soal kekejaman tentera perbatasan Bangladesh terhadap etnik Rohingya yang menerima genosid di Arakan. Tindakan mereka menolak bot pelarian kembali ke laut, merogol anak gadis Rohingya di kem pelarian di Bazaar Cox, merampas makanan bantuan serta memukul dan membunuh mana-mana lelaki Rohiongya yang memakai seluar (hanya dibenarkan kain pelekat sahaja) cukup untuk dunia menggelar mereka sebagai pengkhianat Islam.

Sheikh Hasina dikatakan cuba merombak semua peraturan yang berkaitan dengan Islam di Bangladesh sejak memegang jawatan Perdana Menteri.



Terkini  Bangladesh mengarahkan tiga badan kebajikan antarabangsa Doctors without Borders (MSF) dari Perancis, Action Against Hunger (ACF) dan Muslim Aid UK Britain berhenti memberi bantuan kepada pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar atas arahan Biro Hal Ehwal NGO. Badan kebajikan dituduh memberi bantuan kepada berpuluh ribu pelarian Rohingya yang tidak berdaftar secara haram.[1]
Cukup menyedihkan negara yang berisi 148 juta umat islam ini  telah melarang NGO Islam daripada melakukan korban di kem pelarian Rohiongya! Misalnya NGO MAPIM  yang menghantar delegasi untuk misi korban sebanyak lebih dari 100 ekor lembu telah menghadapi larangan dari pihak berkuasa Bangladesh yang tidak membenarkan acara Qurban dilakukan di kem seperti Kutupalong dan Lehda pafda tahun 2012[2].
Jika hal sebegitu dilakukan terhadap bukan warganegara, Bangladesh kini dikutuk oleh hampir majoriti Ulama’ atas polisi kekerasan terhadap Ulama’ dan penggerak Islam Jamaat Islam dan yang seangkatan dengannya.
Dasar anti Ulama’ yang dipegang oleh kerajaan Sheikh Hasina amat mengecewakan umat islam dunia.

Bangladesh tangkap Ulama’
Menurut laporan Al Jazeera, kerajaan Bangladesh telah menangkap besar-besaran  pemimpin Hefazaat al Islam dengan tuduhan menghasut rakyat pada demontsrasi di Dhaka 6 Mei 2013  yang lalu.
Ulama Shah Ahmad Syafi'i dibawa polis dari markas Hefazaat-e-Islam ke  Chittagong walaupun belum disahkan  menjadi tahanan.


Pada 6 Mei sebelum itu, puluhan ribu penyokong Hefazaat, menuntut undang-undang anti-pengindentifikasi agama, dan menuntut hukuman mati bagi sesiapa yang terlibat .
Wartawan khusus Al Jazeera di Dhaka, berkata selepas kejadian demonstrasi semalam, kerajaan melarang setiap tunjuk perasaaan di bandar.
Hefazaat, sebuah kumpulan keagamaan yang baru terbentuk dalam tahun 2012, menuntut hukuman mati bagi semua orang yang mencemarkan simbol simbol Islam dan umat Islam.
Meletusnya  kekerasan polis dalam demonstrasi oleh ribuan umat Islam menuntut undang-undang anti-pengidentifikasi agama  di Bangladesh ini mencetuskan kemarahan dunia, di tengah seruan agar  dialog dijalankan untuk  meredakan ketegangan di negara majoriti Muslim tersebut.
Menurut Mahmoud Ghozlan, jurucakap Ikhwanul Muslimin Mesir  kerajaan Bangladesh memusuhi rakyatnya sendiri.
Pertembungan meletus selepas polis melepaskan gas air mata, peluru getah dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Ikhwanul Muslimin sendiri  juga berpandangan bahawa kerajaan Bangladesh menggunakan dasar kezaliman untuk menutup mulut pembangkang. Lantas Parti Awami juga mengapikan sentimen anti ulama’ yang dilabelkan bersekongkol dengan Pakistan semasa Perang Kemerdekaan 1971 dahulu[3].

Dunia desak Bangladesh siasat
Organisasi hak asasi manusia dunia telah mendesak Bangladesh untuk melakukan penyelidikan bebas atas tindakan keras polis terhadap para pendemo dari kumpulan Islam 6 Mei di Dhaka.
AFP yang memetik sumber polis dan perubatan menunjukkan 38 orang maut apabila polis berusaha memaksa puluhan ribu penunjuk perasaan untuk menamatkan protes di Dhaka dan lokasi lain.
Brad Adams, pengarah Human Rights Watch (HRW) cabang Asia menyatakan keganasan akan berulang jika siasatan terperinci tidak dilakukan oleh kerajaan.
Organisasi Hal Asasi Manusia yang berpusat di London, Amnesty International juga menyeru hal yang sama, penyelidikan bebas dan semberono dalam penggunaan kekuatan polis. Mereka mendedahkan sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh.
Polis Dhaka mendakwa bahawa mereka menggunakan senjata tidak mematikan selama usaha pembubaran massa dan mencari 11 mayat selepas pertembungan sepanjang hari. Tetapi gambar-gambar yang tersebar di laman rangkaian sosial telah mencetuskan spekulasi jumlah korban yang jauh lebih tinggi daripada yang dinyatakan.
Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) mengatakan jumlah korban mungkin mencapai "beratus-ratus" dan menuduh pihak berkuasa telah menyembunyikan mayat, tetapi sehingga  ini belum ada bukti dijumpai walaupun ramai syak perkara yang sama[4].


Apa tuntutan Hafeezat Al Islami?
Hefazat-e-Islam adalah kelompok Islam konservatif Bangladesh. Pada April lalu  melakukan demonstrasi membantah satu gerakan baharu   yang dipimpin oleh blogger-blogger yang menyeru agar ulama’ yang dilabel ‘ekstremis’ agama dikurangkan dalam masyarakat Bangladesh.
Kerajaan Bangladesh juga telah menangkap empat blogger yang menyinggung agama, namun Perdana Menteri Sheikh Hasina baru baru ini menyatakan pendirian beliau yang  tiada niat untuk mengenakan hukum yang melarang diskriminasi  terhadap agama[5].


Antara isi 13 perkara yang  dituntut oleh Hefazat, adalah:
  1. Mengembalikan kalimat "Iman yang lengkap dan kepercayaan pada Allah yang Maha Kuasa" dalam perlembagaan negara yang dibuang oleh kerajaan Sheikh.
  2. Mengazet undang-undang di Parlimen mencegah penghinaan kepada Allah, Nabi Muhammad dan Islam dan penghinaan terhadap umat Islam.
  3. Mengambil langkah-langkah untuk hukuman ketat terhadap blogger ataupun golongan  atheis, yang dipimpin oleh gerakan Shahbagh, dan anti-Islam yang membuat komen komen yang menghina Nabi.
  4. Hentikan penyusupan semua budaya asing, atas  nama kebebasan individu bersuara, kegiatan anti-sosial, zina, bebas pencampuran lelaki dan wanita.
  5. Menyediakan dan mewajibkan pendidikan Islam daripada tahap asas sehinggalah menengah.
  6. Mewar-warkan gerakan sesat yang menggabungkan 3 agama iaitu  Qadiani (Ahmadiyah) sebagai bukan Islam  dan menghentikan propaganda mereka dan semua konspirasinya.
  7. Berhenti mendirikan patung di persimpangan, sekolah, kolej dan universiti di seluruh negeri.
  8. Batalkan sekatan berdoa di semua masjid di seluruh negeri, termasuk Baitul Mukarram Masjid Negara.
  9. Menghentikan usaha jahat menyebarkan kebencian dalam fikiran generasi muda tentang Islam melalui kebudayaan dan siaran di media.
  10. Menghentikan kegiatan anti-Islam oleh NGO manapun di seluruh negeri, termasuk di Bukit Chittagong, dan hentikan usaha jahat mubaligh Kristian.
  11. Menghentikan serangan, pembunuhan beramai-ramai, penindasan dan penembakan rambang  terhadap golongan ulama.
  12. Berhenti mengancam guru dan pelajar madrasah Qawmi.
  13. Bebaskan segera semua ulama Islam yang ditangkap, pelajar madrasah dan menarik semua kes palsu diajukan terhadap mereka, berikan pampasan kepada para korban dan membawa para penyerang dan perusuh ke mahkamah.
Kenali  gerakan  Shahbag
Selain demostrasi kelompok Islam yang dikenali sebagai Hefazaat al Islam, kelompok Islam yang dikenali sebagai Parti Jamaah Islami Bangladesh juga meletus pada bulan Mac rentetan Protes Shahbag terhadap hukuman yang dikenakan kepada pemimpin Jamaat Islami.
Protes  Shahbag, berlaku di  Dhaka, Bangladesh, bermula pada 5 Februari, 2013 dan kemudian merebak ke bahagian lain Bangladesh, kerana  menuntut hukuman mati bagi Abdul Quader Mollah, yang telah dihukum penjara seumur hidup, selepas disabitkan atas jenayah perang oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa. Mereka juga mendesak agar kerajaan mengharamkan Jamaat-e-Islami Bangladesh yang merupakan pecahan Jamaat Islami Pakistan yang ditubuhkan oleh Sheikh Abu A’la Al Maududi daripada politik Bangladesh.
Pada 7 Februari, demonstrasi disertai lebih daripada 100,000.  Pada 12 Februari, trafik di Dhaka dihentikan kerana beribu-ribu orang memenuhi jalanraya, membentuk rantaian manusia dan berdiri dalam senyap. Permainan bola sepak  Bangladesh Premier League di Stadium Nasional Sher-e-Bangla dihentikan selama tiga minit, dan para pemain dan penyokong dilihat berdiam diri. Ahli-ahli parlimen dan pihak polis juga menyertai bantahan tersebut. Bantahan yang digelar bantahan senyap ini disokong oleh kerajaan.




Penunjuk perasaan mengisytiharkan 26 Mac 2013, Hari Kemerdekaan Bangladesh, sebagai tarikh akhir bagi kerajaan untuk mengharamkan Jamaat-e-Islami dari politik akan tetapi kerajaan tidak  pula  mengharamkan Jamaat Islam selepas tarikh akhir itu berakhir.

Jamaat Islami berdemo balas
Sejurus protes tersebut, satu bantahan dan demostrasi , menuntut pembebasan mereka yang dituduh dan disabitkan, telah dilancar pula oleh Jamaat Islami. The Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) menyatakan sokongan untuk Jamaat-e-Islami.
Tuduhan  rasmi telah difailkan oleh pihak pendakwaan terhadap Abdul Quader Mollah pada 18 Disember 2011 dengan dakwaan membunuh pro-kebebasan penyair Meherunnesa, ibunya dan dua saudara, pembunuhan Khandoker Abu Taleb, pembunuhan beramai-ramai Alubdi  (344 orang) dan sebagainya.

Pada 5 Februari 2013, Tribunal Antarabangsa mendapati Mollah bersalah kerana jenayah terhadap kemanusiaan. Beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup untuk Alubdi dan pembunuhan Ali dan 15 tahun masing-masing untuk pembunuhan Pallab, Meherunnesa dan Taleb pembunuhan. Sebelum keputusan itu diumumkan, Jamaat-e-Islami  Bangladesh, parti politik Islam (dipinpin oleh Mollah , telah  mogok umum sebagai  protes atas sabitan pemimpin mereka.
Keputusan itu dikritik kerana dikatakan terlalu lembut dalam media sosial, dan demonstrasi secara aman bermula pada Shahbagh Square di Dhaka.


Pada 28 Februari Tribunal Jenayah Antarabangsa menghukum  Delwar Hossain Sayeedi, Nayeb-e-Ameer (naib presiden) Jamaat-e-Islami, dengan hukuman mati kerana sabit  8 daripada 20 tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan semasa pada 1971. Peguam Negara Mahbubey Alam berkata, Ia adalah hari  kemenangan dan  adalah hari kegembiraan.
Tuduhan tergadap Delwar diuanggap palsu oleh majoriti gerakan islam dunia kerana keganasan sepanjang Perang 1971 tiada kaitan dengan ulama’. Parti Ennahda Tunisia menyatakan sokongan penuh terhadap Sheikh Delwar Hossain Sayedee dan tahanan lain  atas tuduhan palsu dalam perang tahun 1971 ketika mereka telah berdiri menentang pembagian Pakistan dan pemisahan Bangladesh[6].
Dewan Hukum All India Muslim menuduh Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina sebagai "diktator"
Pengikut Jamaat telah marah dengan keputusan itu, mendakwa bahawa kes terhadap Sayeedi itu bermotifkan politikkerana  menghalang saksi utama daripada memberi keterangan dan sengaja serong proses tersebut.
Jamaat segera menganjur mogok di seluruh negara selama dua hari, bermula pada 3 Mac 2013.
Pertempuran antara polis dan pekerja Jamaat, merebak ke daerah-daerah utara Gaibandha andChapai Nawabganj.

Konflik ganas terus pada 2 Mac, dengan empat lagi kematian dan beratus-ratus kecederaan. Di Chittangong polis melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan Jamaat-e-Islami, yang membawa kepada tiga kematian.
Pada 27 Februari, 2013 pula  tribunal telah mensabitkan pula  Delwar Hossain Sayeedi dengan jenayah perang dan menjatuhkan hukuman mati. Pengikut Jamaat membantah dan meletus pula  pertempuran dengan polis. Kira-kira 60 orang terbunuh dalam konfrontasi, kebanyakan aktivis Jamaat-Shibir.
Dalam protes, Ahmed Rajib Haider, blogger pro-Shahbag, telah dibunuh dengan kejam di luar rumahnya dengan parang.  Pada 2 Mac pula , lima orang  mengaku terlibat dalam pembunuhan Rajib ini.


Gerakan Shahbag membenci ulama  kerana suatu ketika dahulu ulama antara golongan yang menyokong Pakistan mempertahankan negara Pakistan yang tidak terpisah dengan Bangladesh.
Suatu ketika  kelompok yang menyokong Pakistan untuk tidak memisahkan Bangladesh adalah parti-parti politik fundamentalis, terutamanya Jamaat Islami, Liga Muslim, Parti Demokratik Pakistan ( PDP) Nejam-e-Islami, bekerjasama dengan tentera Pakistan untuk menentang pembentukan Bangladesh bebas.
Pada tahun 1971 Bangladesh adalah sebahagian daripada Republik Islam Pakistan dikenali sebagai Pakistan Timur. Semasa Perang Pembebasan Bangladesh, Pakistan Timur berjuang dengan  Pakistan Barat  selama sembilan bulan. Saat itu  Tentera India yang membenci Pakistan serta persaudaraan Islam telah menyediakan latihan gerila kepada pejuang kebebasan AMDB Bahini, yang perang pada 3 Disember 1971 serta  menyokong pembebasan Pakistan Timur.
Konflik bersenjata berakhir pada 16 Dis, 1971 melalui penyerahan kalah Angkatan Tentera Pakistan kepada India, mengakibatkan pembentukan Republik Rakyat Bangladesh sebagai sebuah negara bebas, sekular dan bebas[7].

Isu Perang isu Pilihanraya Bangladesh yang mendiskriminasi ulama.
Bangladesh yang hampir 90 peratus rakyat beragama Islam dan menjadi negara kedua penganut Islam teramai ini kini kelihatan sadis terhadap ulama’ sebenarnya memiliki sejarah panjang yang menjerat ulama’ ke lembah fitnah sehingga isu anti ulama’ menjadi bahan kempen pilihanraya oleh golongan sekular-sosialis Bengali. Hubungan erat ulama’ dengan Jamaat Islami Pakistan yang pernah menyokong Pakistan menjadi punca prejudis hingga kini.
Sejak tahun 2000, terdapat kesedaran tinggi di Bangladesh untuk keadilan yang berkaitan dengan jenayah perang yang berlaku semasa perjuangan 1971; dan isu ini menjadi  penting dalam  pilihan raya umum 2008 oleh  Liga Awami (Bangladesh People's League). Pihak saingan Awami iaitu perikatan empat pihak ( termasuk BNP dan Jamaat-e-Islami) mempunyai beberapa pemimpin yang didakwa terlibat dengan  jenayah perang dan menjadi isu sehingga kalahnya perikatan ini dalam Pilihanraya.
Liga Awami telah  memenangi pilihan raya (yang diadakan pada 29 Disember, 2008) dengan majoriti dua pertiga, sebahagian didasarkan pada janji untuk men dakwa penjenayah perang yang didakwa itu[8].  Pada 29 Januari 2009, Parlimen meluluskan resolusi untuk mendakwa penjenayah perang menggunakan  undang-undang 1973:. Akta Jenayah Antarabangsa (Tribunal). Rentetan Pilihanraya 2008 telah mengeheret konflik berpanjangan apabila Awami mula mengambil tindakan kepada bekas pejuang Islam yang pernah bersekutu dengan Pakistan menghalang kemerdekaan etnik Benggali daripada bumi Pakistan.
Demostrasi Februari 2013 dianjur oleh kelompook Shahbag yang mengkritik tindakan lembut kerajaan terhadap ulama’ dan demostrasi ini disokong kerajaan. Demostrasi Mac 2013 oleh Jamaat cuba membela pemimpin dan ulama’ mereka. Demostrasi 6 Mei pula dianjur oleh Hefazat Islam yang mendesak kerajaan mengambil tindakan kepada kelompok blogger dan kebangkitan Shahbag yang menghina Islam dan institusinya.


Perjuangan ulama’ di Bangladesh yang merupakan salah serambi mubalig Tabligh terbesar dunia ini masih panjang dan ia memerlukan para penggerak Islam emnampilkan sistem, kehidupoan, falsafah dan erika Islam yang boleh dihebah kepada masyarakat awam.

Muhammad Nuruddin Bashah
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau Pulau Pinang
820102-02-5203
017 6291368




[7] Bangladesh memperoleh kemerdekaannya pada tahun 1971 setelah berpisah dari Pakistan. Sebelum pendirian Pakistan tahun 1947, Bangladesh merupakan sebahagian dari India kuno, klasik, abad pertengahan, dan kolonial. Semenjak kemerdekaan, Bangladesh telah mengalami periode pemerintahan demokratis dan militer. Bapak pendiri negara Bangladesh adalah Sheikh Mujibur Rahman. Putrinya, Sheikh Hasina Wazed, kini menjabat sebagai perdana menteri dan pemimpin Liga Awami.
[8] Liga Awami Bangladesh merupakan "pro-pembebasan" di Bangladesh, menggalakkan sekular dan sosialis serta memainkan peranan utama dalam Perang Pembebasan Bangladesh pada tahun 1971.  Antara falsafah dan dasar-dasar yang Awami  termasuk.:
·         Demokrasi, sistem Republik dengan perwakilan rakyat
·         Sosialisme, mewujudkan masyarakat eksploitasi bebas dan keadilan sosial
·         Sekularisme, politik bukan perkauman dan pemisahan agama dan kehidupan awam
·         Bengali nasionalisme, perlindungan identiti Bangladesh sebagai negara bangsa bagi orang-orang Bengali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...