Pembaca Setia

Sunday, April 26, 2015

KESAN-KESAN YAHUDI FREEMASON SEPANJANG PENJAJAHAN BARAT DI NUSANTARA

KESAN-KESAN YAHUDI FREEMASON SEPANJANG PENJAJAHAN BARAT DI NUSANTARA
Muhammad Nuruddin Bashah
Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan UM
Sekian lama Eropah berada di zaman gelab tatkala jatuhnya Rom Barat sekitar ahun 400 M, Eropah hidup dalam kepuakan, ras germenik yang bersatu atas nama ras membina Christendom (negara berasas teologi Kristian) dan masih jauh ketinggalan berbanding benua yang ditadbir Islam. Tatkala itu mereka masih belum menemui shampu, tidak menikmati hidangan dengan gula, tidak kenal teh dan kopi.

Sepanjang siri peperangan salib menjadikan mereka mengadaptasi teknologi, budaya dan berlaku ‘intelctual drain’ aliran keluar keilmuan Islam apabila buku-buku Yunani yang diterjemah be bahasa Arab dan Suryani berjaya pula diterjemah kembali ke bahasa Eropah. Ternyata tamadun islamlah yang mengekalkan kehebatan intelektual Yunani walaupun barat berap berbangga dengan kehebatan tamadun Helenistik Yunani.


Semasa adaptasi ini berlaku terbinalah negara bangsa sepert Britain, Perancis dan Sepanyol yang menjadikan falsafah moderninsme sebagai falsafah utama. Dahulunya Semenanjung Iberia misalnya diperintah oleh suku jermanik Vandal, Ghotik, Perancis lebih erat dengan nama bangsa Jermanik Frank, tanah Britain lbeih terkenal dengan panggilan kerajaan Anglo, Saxon yang sebelumnya diperintah oleh suku Celtic yang juga jermanik.

Apabila negara bangsa terbina dan bukan lagi atas nama ras bangsa, mereka memulakan siri penjajahan dan semestinya bagasi penajajhan itu disertai dengan keinginan memanjangkan Perang Salib ke Timur.

Tulisan ini cuba mengupas secara umum bagaimana hubungkaitnya siri penjajahan itu dengan kebangkitan gerakan rahsia Yahudi yang bernama Freemason. Hal ini kerana walaupun penjajah yang hadir ke nusantara membawa agama Kristian, Katolik mahupun Protestan, namun hakikatnya ada tangan Yahudi yang menyemarakkan keghairahan para penjajah untuk meratah segenap peta geografi tanah Umat Islam Nusantara.

Semasa Portugis bangkit sebagai bangsa Eropah pertama keluar menguasai Timur, Portugas sebenarnya bebas daripada pengaruh Islam jauh lebih awal berbanding Castile, Aragon, Leon dan lain-lain negara kecil Kristian sebelum bersatu membentuk Sepanyol. Mereka merdeka sekitar tahun 800 M lagi berbanding seleruh Sepanyol yang hanya bebas pada tahun 1492 M seepas Bani Ahmar di Granada dihapuskan. Portugis bangkit dengan galaksan Putera Henry yang merupakan senior dalam Perang Salib di Maghribi semasa beliau menjadi Raja1.

Terlalu banyak kajian menjelaskan gerakan rahsia yahudi bernama Freemason bermula secara tersusun apabila peserta tentera Salib yang tinggal di Baitul Maqdis menemui sejumlah besar peninggalan ajaran Kabbalah iaiu peinggalan sihir zaman Firaun. Golongan hamba yang kemudiannya menjadi Knight Of Templer ini kemudiannya menjadi musuh kepada Raja-Raja Christendom yang kuat berpegang kepada Kristian kerana pemikiran mereka jauh tersongsang daripada pemikiran individu beragama.

Di Eropah terdapat suatu lagenda Raja Kristian yang hebat iaitu Prester John di Abbisinia Afrika. Siapakah Prester John ini?

Menurut legenda zaman pertengahan, Prester John seorang raja Kristian yang memerintah tanah Asia. Kisah Prester John bermula sekitar masa Perang Salib, kempen yang dijalankan oleh tentera Kristian Eropah untuk mengambil semula Tanah Suci daripada orang Islam.

Pada 1177 Paus Alexander III menghantar satu kumpulan untuk mencari Prester John, tetapi mereka tidak berjaya. Sejak beberapa ratus tahun akan datang, ramai peneroka dan pendakwah mencari Dia, Ia mengembara di seluruh Asia. Dalam l400s, seorang pengembara Portugis mendakwa menemui kerajaan Prester John di negara Afrika yang hadir hari itu Habsyah2.
Surat beliau kepada Raja Eropah dianggap sebagai pencetus semangat pejuang Perang Salib untuk terus menjelajah Timur3.

Berkemungkian kewujudan susuk nama Preter John hanya sebangai pembakars semangat negara Kristian dan dipercayai kempen ini suatu konspirasi besar pihak tertentu.

Raja Henry dan lain-lain pelayar Portugis mendapat galakan daripada pemerintah Portugal, berbanding Columbus yang terpaksa mengumpul dana sendiri untuk ke benua Amerika. Lebih menarik, dikatakan Columbus yang kurang mendapat dana kerajaan Sepanyol akhirnya menerima tajaan Freemason dan tidak hairan jika bumi Amerika kemudiannya menjadi bumi subur bagi ras Yahudi dan gerakan rahsia Illuminiti iaitu cabang Freemason.

Bangsa Yahudi di Tanah Melayu
Orang Yahudi Malaysia terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Kristang (orang Serani), Yahudi Mizrah (majoritinya adalah orang Yahudi Baghdadi), Yahudi Cochin dari India dan Yahudi Ashkenazi (kaum Khazar).

Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat di Tanah Melayu (yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia) bermula pada sekitar kurun ke-9 yang bermula di Lembah Bujang. Pada abad ke-18, kaum ini dijumpai di Melaka. Kemunculan Yahudi Baghdad di Pulau Pinang berkemungkinan besar disebabkan oleh kemajuan perniagaan dan perdagangan yang diuruskan oleh British pada sekitar kurun ke-19. Keadaan ini telah menarik perhatian saudagar-saudagar Yahudi seperti Sassoon dan Meyers dari India. Ada juga yang mengatakan terdapat penghijrahan secara beramai-ramai orang Yahudi dari wilayah Baghdad Uthmaniyyah berlaku ketika pemerintahan Daud Pasha pada tahun 1817 hingga 18314.

Penulis suka untuk memetik sejarah fahaman rahsia Yahudi Freemason pada halaman 306, pada bahagian tajuk 'Singapore and Malaya', The Pocket History of Freemasonry (Fred L. Pick and G. Norman Knight) yang menyatakan,
"An antient lodge (loji)was established at Penang in 1809 but had a rather spasmodic career which formally terminated in 1862."


Keris Mas pernah menulis cerpen bertajuk Menjual Tanah Air di mana beliau mengisahkan perihal bangsa Melayu seorang Penghulu yang ghairah menjual tanah kepada bangsawan yahudi di Singapura. Cerpen ini disiar dalam Mastika Februari pada tahun 1948. Menariknya kisah itu (mungkin pemerhatian realiti zaman berkenaan) berlaku di zaman pasca penjajahan Jepun dan demi memiliki wang untuk berkempen kedudukan lebih tinggi beliau merelakan tanah rezab Melayu digadai kepada syarikat British melalui broker Yahudi berkenaan5.

Syarikat-syarikat penjajah tajaan Yahudi

Selain hubungan perdagangan yang membawa masuk tapak budaya dan politik Yahudi di Nusantara, penjajahan melallui syarikat korperat kapitalis Barat juga memiliki unsur yang sama. Bukti Syarikat KHTI merupakan rangkaian gerakan Freemason adalah tindakan membina kuil loji Freemason apabila sampai sahaja di bumi Pulau Pinang. Jika Rasulullah yang membawa Islam segera membina Masjid Quba dan Masjid Nabawi tatkala sampai di bumi Madinah, begiu juga penganut ajaran Kabbalah Freemason. Mereka tidak segera membna gereja walaupun secara lahirnya mereka beragama Kristian sebaliknya mereka segera membina Loji Freemason. Freemasonry tiba di Pulau Pinang pada tahun 1786 dengan pengasasnya Kapten Francis Light.

Gerakan Freemasonry meningkat pada tahun 1875 dengan penubuhan Royal Prince of Wales lodge (loji) di Beach Street di George Town. Pada 1906, terdapat empat Lodges di Pulau Pinang termasuk Gottlieb Lodge, lodge (loji)Scotia dan Victoria Jubilee. Scottish lodge (loji)berpecah untuk berpindah ke premis sendiri pada tahun 1917 tetapi pada awal 1920-an, semua Lodges bersetuju untuk menggembleng tenaga untuk membina Kuil Masonic baru.

Pada 3 February , 2010 Tan Sri Sanusi Junid ada menulis di akhbar dan juga disiarkan melalyu blognya:
"Saya memberi contoh pergerakan Freemason yang tersangat rahsia pergerakannya. Saya kenal ahli-ahli Freemason Melayu waktu saya bekerja di The Chartered Bank, Jalan Raja, Kuala Lumpur di mana terdapat akaun Freemason di bawah nama bendaharinya, yang bekerja di UOB di Singapura. Saya kenal siapa yang menjadi ahli pergerakan ini apabila mereka memasukkan yuran mereka ke akaun berkenaan. Saya perhatikan apabila keadaan dalam negara telah heboh mengutuk Freemason maka pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi anggota Freemason telah berhimpun di Equatorial Hotel untuk membuat penjelasan bahawa mereka tidak akan mengkhianati bangsanya dengan menjadi ahli Freemason.

Zaman Penjajahan British di Tanah Melayu telah dimulakan oleh seorang Freemason bernama Kapten Francis Light yang mengibarkan pertama Union Jack di Tanah Melayu pada 11 Ogos 1786 dengan janji mempertahankan Kedah dari serangan Siam. Dia menjadi Freemason generasi kedua selepas Grand lodge (loji)pertama England telah ditubuhkan pada 1717.

Tetapi apabila 1790 apabila Siam menyerang Kedah lakukan, Francis Light berpaling daripada Kedah yang membawa kepada perang Kedah-British diikuti dengan jumlah penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur British. 19 tahun kemudian Kuil Freemason pertama dikenali sebagai Neptune lodge (loji)adalah membina pada September tahun 1809.

Hakikat bahawa Freemason telah di Tanah Melayu 171 tahun sebelum kemerdekaan kita adalah sebab yang kukuh untuk kepercayaan bahawa Freemason telah berjalan bebas di negara ini sebelum hari kemerdekaan.

Syarikat Hindia Timur (KHTI) British adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan membawa falsafah Freemason. Syarikat yang mempromosikan dirinya sebagai Syarikat Perdagangan ini sebenarnya syarikat terbesar mengedar dadah dan hamba yang diseludup serta syarikat yang mencorak negara order baru koloni bangsa Anglo Saxon seperti India, China, Australia, dan Amerika Syarikat.

Freemasonry di Singapura pula secara rasmi bermula pada 1845 dan Loji atau Kuil Masonic di Coleman Street telah dibina pada tahun 1879. Sir Stamford Raffles yang licik merampas anah Singapura daripada Kesultanan Johor adalah seorang Freemason6.

Singapura memiliki latar belakang Yahudi yang paling kukuh di Nusantara. Tokoh Parti buruh Singapura iaitu David Saul Marshall. Marshall seorang Perdana Menteri Singapura yang pertama dan berbangsa Yahudi Ortodoks Iraq.

Menteri Pertahanan Singapura, Goh Keng Swee,1965 telah menyatakan;
Yang boleh mambantu Singapura hanyalah Israel. Sebuah negara kecil yang dikepung oleh Negara-negara muslim tetapi mampu menjadi kuasa tentera yang kuat. Hanya Israel yang mampu membangun ketenteraan yang dinamis di sini”.

Beliau turut memetik ucapan Lee Kuan Yew; From Third Wordl of First Singapore,1963-2000: Building an army from scratch.
Pada tahun 1962 atas restu Lee Kuan Yew , Goh, telah terbang ke Bangkok berjumpa Duta Besar Israel bernama Mordechai Kidron. Beliau adalah perancang kepada system pertahanan dan interligent yang hebat. Sejak saat itu mereka kerap berjumpa dicatatkan dari tahun 1962 hingga 1963 untuk berbincang pembukaan kedutaan Israel di Singapura.
Freemason di zaman Kesultanan Johor

Raja Ali Haji menyelitkan banyak unsur pengukuhan bangsa, institusi istana dan agama untuk menangkis kristinisasi yang hebat di Singapura. Beliau mengabadikan kesan buruk Freemason dalam kitabnya Tuhfat An Nafis. Pengaruh buruk freemasonry sangat ketara pada diri Sultan Mahmud II yang akhirnya diturunkan daripada takhta kesultanan kerana tindakan dan perbuatannya sudah menyimpang daripada lunas hidup muslim7. Beliau dikaitkan dengan gejala gemarkan lelaki berbanding wanita. Hal ini bermakna ulama’ tradisional telah lama menyedari kebejatan Freemasonry dan gerakan Yahudi rahsia ini.

Namun begitu ada yang berpandangan Sultan Mahmud II ini menyimpan jin saka kerana tabiaat pelik Baginda. Hal ini tidak menghairankan kerana Freemason juga merupakan gerakan rahsia yang mengamal ritual Kabbalah (sihir) kuno Mesir. Raja Ali Haji mencatatkan peristiwa ini dalam karyanya dan berikut adalah petikan daripada Tuhfat al-Nafis:
Kemudian berangkatlah pula (ia) —Sultan Mahmud—ke Singapura bermain-main. Maka lalu (lah) masuk (satu) itikad kemuafakatan orang-orang Nasari yang bernama Permisyun,63 dan bersahabatlah ia dengan satu orang Parsi yang bernama Kersaji, bukanlah Parsi yang Islam(nya. Kemudian daripada itu ianya balik ke Lingga berbuat istana seperti rumah ((orang)) putih, indah-indah juga perbuatannya serta dengan besarnya. ….serta ditaruhnya beberapa makanan orang putih minum-minuman di dalam istana itu….Dan beberapa pula anjing-anjing yang besar-besar ditaruh di situ dengan (di)peliharanya seperti adat (peliharaan) orang putih jua adanya8.
Sultan Mahmud inilah kemudiannya dikenai sebagai Sultan Mangkat Dijulang.

Pengaruh Liberalisme - peninggalan ajaran Freemason.

Di samping itu, menurut Raja Ali Haji, baginda juga dilihat lebih gemar bersahabat dengan seorang Parsi bukan Islam bernama Cursetjee, mendampingi pergerakan Kristian yang digelar sebagai Freemason, bermewah-mewahan dan memelihara beberapa ekor anjing yang besar-besar di istananya sepertimana dilakukan oleh orang-orang Eropah.

Selain itu akhlak buruk raja sebagai pemerintah Johor juga turut difokuskan oleh pengarangnya sebagai sebab membawa kepada kemerosotan kerajaan. Misalnya Sultan Mahmud Muzaffar Shah (Mahmud II) di akhir pemerintahannya telah mula menunjukkan sikap buruknya sehingga Raja Ali Haji menyifatkan faktor sikapnya ini telah membawa padah kepada kerajaan Johor-Riau seterusnya. Misalnya baginda dikatakan tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar seperti lebih gemar berfoya-foya di Singapura dan beberapa tempat lain “yang menyalahi pada adat istiadat perjalanan raja-raja”. Sikap berfoya-foya ini dianggap oleh Raja Ali Haji sebagai “kurang patut dan kurang indah kepada (nama) raja-raja” dan boleh memburukkan imej kerajaan. Walaupun telah dinasihati oleh wakil Yamtuan Muda iaitu Raja Ali yang “kurang berkenan” dengan sikap baginda ini supaya baginda lebih mementingkan kerajaannya dalam memperbaiki dan meramaikan negerinya tetapi nasihat tersebut tidak dihiraukannya9

Dalam upaya pengkristianan alam Melayu inilah muncul nama Abdullah bin Abdul Kadir atau dikenali sebagai Munsyi Abdullah yang mashyur digelari Bapak Kesusastraan Melayu Moden. Hidup sezaman dengan Raja Ali Haji, Abdullah berusia 12 tahun lebih tua dari beliau dan bermastautin tidak jauh pula dari Raja Ali Haji, iaitu di Melaka dan kemudian Singapura. Penglibatan Abdullah dalam aktiviti misionaris kristian dimulakan setelah beliau menjadi juru tulis kepada Raffles mulai tahun 1810. Abdullah mulai bergaul rapat dengan penyebar agama kristian Paderi William Milne, apabila beliau mendarat di Melaka pada 1815 sebagai perwakilan sebuah lembaga misionari iaitu London Missionary Society (LMS)10.

Menurut Dr Siddiq Fadzil, suara Abdullah ini bukan suara umat Melayu. Ia adalah suara asing dan ganjil. Memang Abdullah tiada umat atau ertikata lain tidak berpengikut. Abdullah hanya memiliki penaja iaitu British dan suaranya adalah pesanan penajanya sahaja11.

Abdullah Munshi sebenarnya telah menyertai LMS (London Missionary School), telah belajar bahasa Inggeris dan membantu menterjemah bahan cetak Kristian ke dalam bahasa Melayu.
Pendakwah Kristian Thomsen dan Beighton yang terbit risalah Kristian bahasa melayu telah berguru dengan Abdullah. Mereka dengan bantuan Abdullah telah menerbitkan majalah Kristian bertulisan jawi bernama Bustan Al Arifin.

Kaum Muda Tanah Melayu membawa agenda liberalisme

Gerakan modenisme awal di Tanah Melayu tidak terlepas daripada kritikan memiliki unsur liberalisme, pragmatisme yang melampaui lunas Islam. Misalnya Syed Sheikh Al Hadi yang artikulatif dalam berpendirian dalam tulisan-tulisan beliau sebenarnya seorang pengkagum British sehingga menggelar penjajah sebagai tentera tuhan yang didatangkan untuk misi pembebasan.

Kata beliau “ Hanya bangsa Inggeris ini tentera tuhan Rabbul alamin yang disuruhNya ke mari supaya mengeluarkan kita daripada gelap gelita penjara kebodohan, kezaliman, kejahatan dan kebengisan pemerintah-pemerintah bangsa kita yang asal. Kerana bangsa Inggeris ini kaum yang pandai dan menghormati peraturan pemerintah dan peraturan keamanan dan memakmurkan dunia. Bermula dunia ini dipusakai akan dia oleh sekelian hamabaNya yang mengerti membetulkannya12

Antara pendirian kontroversi dimuatkan dalam majalah Mingguan Saudara yang terang-terangan menyokong perjuangan Mustafa Kamal Ataturk dan kempen modenisasi Atarturk.
...maka semenjak itu makinlah kuat Kaum Muda akan tetapi sedikit masa dahulu daripada peperangan besar itu Kaum Tua telah naik balik kekuatannya dan kerajaan Turki pun habislah rosak dan negerinya pun telah jatuh ke tangan segala bangsa-bangsa Eropah. Maka dalam masa kesusahan itu sekoyong-koyongnya telah dibangkitkan oleh Allah SWT seorang ‘mahdi’ iaitulah Al Ghazi Mustafa Kamal alaihisalam maka hiduplah segala kekuatan Kaum Muda itu sehinggalah dapat dirampaskann kan watannya itu balik daripada segala musuhnya...maka mula-mula pekerjaan ‘mahdi’ ini adalah memacahkan Tok Kong (Khaifah).13

Syed Sheikh Al Hadi pengarang Al Imam sebenarnya terpengaruh dengan Qasim Amin (1865-1908) tokoh modenisme dan gerakan emansipasi wanita terkenal di Mesir. Beliau cukup terpengaruh dengan buku Qasim bertajuk Tahrir Al Maraah dan Al Maraah Al Jadidah sehingga menulis secara tetp kolum Alam Wanita dalam Al Imam14.

Al Hadi meneruskan kempennya dengan menulis novel Hikayat Faridah Hanom berkisar kisah percintaan Shafik Affandi dengan Faridah Hanom yang mendapat pendidikan di Perancis. Faridah dikatakan cuba menguji iman kekasihnya dengan memakai pakaian getah ketat yang menampilkan bentuk tubuhnya. Unsur pergaulan bebas dan gaya percintaa ala Erpah dimasukkan. Dalam Hikayat yang boleh dikatakan novel cinta ini, bapa Shafik dikatakan mengajar anaknya bahawa itulah gaya hidup yang diajar oleh Rasululah SAW.

Dr Abdul Rahman Abdullah telah memetik daripada akhbar Ikhwan bahawa Al Hadi menulis “ Bahawa kelumbung yang telah biasa kita pakai ini satu daripada sekatan yang sangat-sangat menegah sekalian perempuan itu kemajuannya. ( Al Ikhwan 16 April 1928)15.

Ada seorang pemikir Islam yang menurut jejak Sheikh Syed Al Hadi iaitu Ahmad Rashid Talu ( 1889-1939) yang pernah menulis novel “Iakah Salmah?”. Novel itu berkempen gaya hidup gadis lulusan Junior Cambridge yang tidak mahu bertudung serta berbangga dengan gaya hidup Barat.

Golongan pejuang Kaum Muda di Tanah Melayu amat mengkagumi Sheikh Muhammad Abduh dan guru beliau Jamaluddin Al Afghani. Dua tokoh ini juga dikaitkan dengan gerakan rahsia Freemason.

Jamaludin Al Afghani guru Muhammad Abduh dikaitkan dengan Freemason.
Kedua-dua mereka ini merupakan tokoh yang dikatakan memperbaharui Islam di Mesir dan dipercayai terlibat dalam pertubuhan Freemason. Syeikh Muhammad Abduh seorang tokoh Pan Islamik Mesir yang memperkenalkan Freemason kepada anak muridnya Muhammad Abduh.
Al-Afghani merupakan seorang pengembara yang hebat dan banyak pengalaman. Sepanjang kehidupannya, beliau telahmembuat penjelajahan dan pengembaraan hampir ke seluruh pelusuk dunia. Di dalam ekspidisinya itu, beliau banyak membuat lawatan ke beberapa buah negara Islam di Asia dan
Afrika serta pernah sampai ke benua Eropah untukmencari pengalam hidup di samping menyampaikan buah fikirannya (Landau 1990). Dalam pengembaraannya itu,Al-Afghani dikatakan telahmencetuskan satu kontroversi hebat yang diperdebatkan oleh ramai ilmuan tentang perjuangan sebenar beliau iaitu penglibatannya di dalamaktiviti Freemason yangmempunyai kaitan dengan gerakanYahudi. Namun begitu ada di kalangan ilmuan sepertiMuhsin Abd al-Hamid,Muhammad Imarah dan AliAbd al-Halim Mahmud yangmengatakan bahawa al-Afghani sebenarnya tidakmengetahui matlamat sebenar kumpulan Freemason tersebut. Walaupun begitu bagi bagi EemanMohamedAbbas (2002), al-Afghani sebenarnya mengetahui tentangmatlamat dan perancangan pihak Freemason danmempersoalkan penglibatan al-Afghani dalamaktiviti kumpulan tersebut. Bagi Eeman, penglibatan al-Afghani dengan gerakan Freemason boleh menyebabkan keikhlasannya memperjuangkan pembinaan Pan-Islam dipersoalkan16.

Apabila Afghani tiba di Mesir Mac 1871, beliau diberi pencen kerajaan dan mula mengajar falsafah di al-Azhar. Beliau pembangkang dari ulama konservatif dan memperkelan subjek rasional dan mencetus idea-idea reformis berunsir liberal menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada masjid-universiti. Tetapi beliau tetap berjumpa dengan beberapa pelajar di rumah beliau.

Muhammad 'Abduh adalah Ahli undang-undang Islam Mesir, ulama dan reformis liberal, yang dianggap sebagai salah seorang tokoh pengasas utama Islam Modenisme kadang-kadang dipanggil Neo-Mu'tazilism selepas Muktazilah Zaman Pertengahan. Dia berpecah ketegaran Hubungan ritual, dogma, dan keluarga Islam. Beliau juga menulis antara lain, "Treatise pada keesaan Tuhan", dan yang
ulasan terhadap al-Quran. Menurut beberapa sumber, Abduh adalah Freemason yang dan mempunyai hubungan yang rapat dengan iman Baha'i17.

Pada usia 28 Abduh menyertai lodge (loji) Masonic, Kawkab Al-Sharq (Bintang Timur). Ahli-ahlinya termasuk Prince Tawfiq, anak kepada Khedive, personaliti terkemuka seperti Muhammad Sharif Pasha yang telah menjadi smenteri, Sulayman Abaza Pasha dan Saad Zaghloul18. A.M Broadbent mengisytiharkan bahawa, "Sheikh Abduh adalah milik sekolah pemikiran Muslim yang luas, dan adalah seorang Master yang bersemangat Masonic Lodge. "

Selaras dengan prinsip-prinsip berkenaan dgn pertubuhan rahsia itu, Abduh berusaha untuk menggalakkan perpaduan dengan semua tradisi agama.

Beliau menyatakan bahawa, "Saya berharap untuk melihat kedua-dua agama besar, Islam dan Kristian tangan-di-tangan, memeluk antara satu sama lain. Kemudian Taurat dan Alkitab dan Al-Quran akan menjadi buku yang menyokong satu sama lain sedang membaca di mana-mana, dan dihormati oleh setiap negara. "Beliau menambah bahawa beliau telah" sabar untuk melihat umat Islam membaca Taurat dan Alkitab19.
Abduh telah ditanya oleh Rasyid Redha mengapa dirinya dan (gurunya) Afghani telah menjadi anggota Mason. Beliau menjawab bahawa ia adalah untuk "politik dan tujuan sosial ".
Akhirnya, Afghani menarik diri daripada Freemason dan membina pergerakan lain di bawah kepimpinan beliau sendiri. Menurut Makhzumi, Afghani berbuat demikian selepas dia "menyedari bahawa dia tidak boleh bekerja dengan orang-orang Freemason yang takut dan pengecut terhadap pemerintah Mesir20.

Konspirasi Freemason-Yahudi terhadap penulisan sejarah dan persuratan Tanah Melayu.

R.O. Winsted ialah salah seorang dari ahli Freemason. Beliau seorang penulis dan penyusun buku Sejarah Tanah Melayu untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Beliau berbangsa Inggeris. Hal ini tidak hairan jika kebanyakan buku sejarah di sekolah-sekolah Melayu cenderung terhadap penjajah Inggeris. Sejarah Tanah Melayu yang sebenar tidak dinyatakan dengan sepenuhnya, sesuatu telah disembunyikan.

Beberapa nama tokoh Melayu Muslim dinyatakan sebagai pemberontak, pengganas dan penyamun. Nama-nama ulama yang berjasa ditenggelamkan, dihapuskan dan dipadamkan dari senarai perjuangan menegakkan kedaulatan Tanah Melayu ketika penentangan terhadap penjajahan Inggeris. Sementara nama-nama pembesar Inggeris untuk menjajah dan merampas hak orang Melayu dari Tanahairnya diperbesarkan dan disebut sebagai berjasa besar dalam perjuangan menentang pemberontak dan pengganas. Rekaan-rekaan kepalsuan diselitkan untuk menambah benci dan keraguan bangsa Melayu terhadap bangsanya. Misalnya Frank Swethenham yang juga merupakan anggota Freemason dianggap mendesak kerajaan Britisk menolak Malayan Union sedangkan sandiwara penjajah yang sebenarnya adalah untuk menampilkan sikap lemah lembut penjajah dan sistem ciptaan Barat selepas mereka memansuhkan Malayan Union.
Muhammad Nuruddin bin Bashah
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Akaun GIRO : 07100 – 29- 00006952-7
IC : 820102-02-5203
017 6291368
1 Marumiyah Ahmat, Penjahan Portugis dan Sepanyol ke atas Asia Tenggara, Karisma Publication, 2006, Shah Alam (halaman 64)
3 Tiada lagi kisah yang direkodkan sehingga kira-kira 1165 apabila salinan apa yang pasti Surat palsu daripada Prester John mula merebak di seluruh Eropah. Sebuah kisah berkenaan dgn tulisan hairan dengan persamaan yang menunjukkan pengarangnya tahu Romantik Alexander dan Akta-Akta yang tersebut di atas Thomas, Surat itu kononnya bertulis kepada Maharaja Byzantine Manuel I Comnenus (1143-1180) oleh Prester John, keturunan salah satu daripada Tiga Magi dan Raja India. Banyak keajaiban kekayaan dan sihir itu terkandung menangkap imaginasi orang Eropah, dan ia telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa, termasuk bahasa Ibrani. Ia diedarkan dalam bentuk yang lebih dihiasi selama berabad-abad dalam manuskrip, seratus contoh yang masih wujud. Penciptaan percetakan mengekalkan populariti surat dalam bentuk bercetak; ia masih semasa dalam budaya popular dalam tempoh penerokaan Eropah. Sebahagian daripada intipati surat itu ialah kerajaan yang hilang Nestorian Kristian masih wujud di vastnesses di Asia Tengah.

The kepercayaan diberikan kepada laporan adalah seperti yang Paus Alexander III menghantar surat kepada Prester John melalui doktor beliau Philip pada 27 September, 1177. Tiada apa-apa lebih direkodkan daripada Philip, tetapi ianya sangat mungkin bahawa dia tidak pulang dengan perkataan dari Prester John . Surat ini terus beredar, yang terakru lebih hiasan dengan setiap salinan. Pada zaman moden, analisis teks varian versi Ibrani surat itu telah mencadangkan asal satu di antara orang Yahudi utara Itali atau Languedoc:. Beberapa perkataan Itali kekal dalam teks-teks Ibrani Macam mana pun, penulis Surat ini adalah kemungkinan besar orang Barat, walaupun tujuan nya masih tidak jelas.
5 Harakah 21-23 November 2014
7 Matheson-Hooker (1991), ms.52,
8 Menurut http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mahmud_Shah_II Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud Muzaffar Syah) dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana".

"Dalam Tahfatu'l Nafis karangan Raja Ali Haji Riau ada slot kisah menggambarkan perangai Sultan Mahmud Raja Johor yang mati dibunuh dalam peristiwa Sultan Mangkat Dijulang. Secara halus Raja Ali Haji menyifatkan keganjilan peribadi sultan ini kerana baginda beristerikan peri (sejenis jin) yang begitu cemburu sehinggakan tiadalah sultan itu dapat bersama dengan mana-mana isterinya dari jenis manusia.

Baginda itu akhirnya dikatakan mewarisi perilaku songsang seperti kaum Nabi Lut. Sultan Mahmud adalah keturunan dari Raja Melaka yang melarikan diri setelah Melaka jatuh di tangan Portugis tahun 1511. Semasa kanak-kanaknya, baginda dipangku di atas takhta oleh ibu tirinya dan kerajaan ditadbir oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil & keluarganya. Apabila baginda beransur dewasa dan mengambil alih tampuk pemerintahan, pusat pemerintahan berpindah dari Riau ke Johor Lama. Di sanalah baginda memerintah dengan kezaliman.

Alexander Hamilton, seorang pelayar Inggeris yang sempat berkunjung ke Johor Lama tahun 1695 menulis tentang keganjilan perilaku sultan tersebut. Baginda bertabiat bengis dan ganjil. Ini disahkan juga oleh utusan Belanda ke Johor tahun 1699 yang melaporkan sultan itu terlalu muda dan sukar dikawal. Sultan ini menghabiskan masa dengan keseronokan yang keji-keji dan membunuh orang sesuka hati. Nafsu serakahnya lebih cenderung kepada lelaki yang cantik-cantik. Alexander dalam bukunya, 'A New Account of The East Indies'- Edinburgh 1727 ada melakarkan kisah seperti berikut:

"Baginda ialah peliwat yang hebat dan mengambil ramai orang kaya atau anak laki-laki orang Bangsawan, dengan paksa membawa kedalam istananya untuk khidmat tersebut. Pedagang Moorish, iaitu pemunggah di kapal saya mempunyai seorang anak lelaki yang kacak, pada suatu hari Raja telah terlihat dan memerlukan ia untuk catamite. Baginda mengancam bapanya, jika dia tidak menghantarnya dengan sukarela, baginda akan mendapatkannya secara paksa. Orang miskin tersebut telah mengambil anaknya diatas kapal, (lalu) memohon perlindungan dari saya yang telah saya janjikan padanya.." ( Winstedt 1932).

Diberitakan ramai lelaki kacak menjadi mangsa kebuasan nafsu Sultan Mahmud ini. Kemuncak kezalimannya ialah membunuh isteri orang besarnya iaitu Megat Seri Rama. Isterinya, Dang Anum yang mengandung sarat itu mengidam buah nangka dalam taman diraja. Apabila baginda tahu kejadian itu, baginda dengan zalim atau kebodohannya telah membelah perut Dang Anum bagi melihat betulkah anak dalam kandungan yang mengidam buah nangka raja.
9 Dr. Arba’iyah Mohd Noor , Paparan Nilai dalam Sistem Pemerintahan Melayu menerusi Sejarah Melayu dan Tuhfat An Nafis, Jabatan Sejarah Universiti Malaya

10 Ai Wardah Mardiah , Raja Ali Haji dan Pertembungan Pemikiran di Alam Melayu: Suatu Kajian Eksploratori , Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa

11 Siddiq Fadzil, islam dan Melayu Martabat Umat dan Daulat Rakyat, Akademi Kajian Ketamadunan Kompleks Dar Al-Hikmah, 2012. (halaman 113-114)
12 Abdullah Hussain dan Khalid Hussain, Pednita Zaaba dalam Kenangan, Kuala Lumpur 1974, DBP.
13 Saudara Bil 15 tahun 1.
14 Dr. Abdul rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia, USM, 1998 (halaman 222)
15 Ibid (halaman 223)
16 Azman Md Zaini & Mahyuddin Abu Bakar, Pemikiran politik Sayyid Jamal al-Din al-Afghani mengenai konsep pembinaan peradaban ummah & respons masyarakat terhadapnya, Jurnal Pengajian Umum Bil. 8, UKM
17 Karim Wissa, “Freemasonry in Egypt 1798-1921″. The British Society for Middle Eastern Studies Bulletin, jilid.16, no.2, 1989
18 Raafat, Samir. “Freemasonry in Egypt: Is it still around?” Insight Magazine, March 1, 1999
19 Muhammad ‘Abduh, Islam and Christianity, in Waqf Ikhlas, The Religion Reformers in Islam, Istanbul, 1995, (halaman 117)

20 A. Albert Kudsi-Zadeh , Afghānī and Freemasonry in Egypt, Journal of the American Oriental Society, Vol. 92, No. 1 (Jan. - Mar., 1972), halaman 25-35

MALAYSIA DAN AGENDA PENJAJAHAN BUDAYA DAN AGAMA OLEH BARAT


Kertas Kerja Tamrin Siasiy
MALAYSIA DAN AGENDA PENJAJAHAN BUDAYA DAN AGAMA OLEH BARAT1
Muhammad Nuruddin Bin Bashah2
Meneliti tulisan Maryam Jameela dalam Digest Dian tahun 1979 bilangan 125 yang bertajuak Perhambaan Budaya cukup mengasyikkan. Pada penulis tulisan beliau bagaikan tulisan ahli nujum yang bijaksana walaupun tidak popular seperti nama peramal kontroversi Nostradamus kerana semua ulasan beliau telah terjadi di zamannya dan sedang memuncak di zaman kita tahun 2015 ini. Beliau memetik beberapa bukti di zamannya dan sebelumnya misalnya pandangan arketek penjajahan Sinai terkenal Lord Cromer.


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (be rita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang. Padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalanKu dan mencari keridhaanKu (janganlah kamu berbuat demikian) ( al-Mumtahanah 60:1)
Penjajahan budaya suatu bentuk perhambaan berpanjangan
Penjajahan atau perhambaan budaya adalah suatu fenomena yang lebih dahsyat berbanding dengan penjajahan politik dan geografi kerana penjajahan budaya mencerminkan kejayaan sesuatu kolonialisasi.
Ibnu Khaldun dalam Al Muqaddimah ada menyatakan bahawa orang yang dijajah sentiasa ingin meniru penjajahnya dari aspek pakaian, lambang-lambang kebesaran, kepercayaan dan lain-lain adat kebiasaan.
Ibn Khaldun telah membahaskan masalah ini dalam karya agungnya: Mukaddimah. Betapa sebuah bangsa yang dijajah akan cepat lenyap dan sirna. Tinggal hanyalah puing-puing yang menjadi kenang-kenangang muzium untuk umat akan datang. Renunglah butir bicara beliau: “Suatu bangsa yang telah dikalahkan dan berada di bawah kekuasaan bangsa lain, akan cepat lenyap”.
Kerana bangsa yang terjajah selalunya akan mengalami kemunduran jiwa dan ketandusan ilmu. Mereka terjajah mindanya dan kosong jiwanya. Golongan yang dijajah secara normalnya akan cuba mengaitkan sifat kesempurnaan dengan pihak tuannya (penjajah).
Lebih malang apabila nasionalis Malaysia gemar memotivasikan servival politik dan legasi ketuanan dengan kata-kata yang dinaqal daripada Hang Tuah. “Tak kan Melayu hilang di dunia”. Adakah kata-kata ini merupakan khitob/nas daripada Allah atau Hadis? Allah tidak pernah berjanji untuk mengekalkan umat yang berkulit coklat dan hidung peset ini hingga akhir zaman. Sebaliknya telah banyak umat yang dilenyapkan seperti Aad dan Thamud3.
Lord Cromer yang menjadi arkitek penjajahn British di Mesir selama 25 tahun ada menulis pada akhir bukunya Modern Egypt 1908 bahawa polisi pemerintahnnya di Mesir adalah menadang penjajahan budaya adalah jauh lebih penting berbanding politik campur tangan secara langsung.
Kata Lord Cromer lagi, “walaupun orang Mesir itu jahil dan dituduh sebagai orang tidak mengenang budi, saya masih mengharapkan bahawa generasi Mesir sekarang dan akan datang akan mengenang dan terhutang budi bahawa bangsa Anglo-Saxon itulah yang mula-mula menyelamatkan Mesir dari perhambaan penindas mereka dan bangsa Anglo-Saxonlah yang mengajar hak asasi manusia, membuka epada kemajuan akhlak dan kebajikan ( mukasurat 196-197)”
Persatuan Pengguna Puau Pinang ada menyenaraikan senarai budaya tempatan Malaysia yang kian rosak akibat penjajahan budaya globalisasi dalam buku Haram Dalam Budaya Hidup.
  1. Budaya ranggi dan membazir - budaya kepenggunaan ala kapitalis.
  2. Ramadhan dikomersialkan- bazar Ramadhan, membeli belah Hari raya walaupun baru sehari berpuasa, membazir juadah berbuka, majlis berbuka sehingga tinggal solat maghrib
  3. Percutian - menyenarai lokasi perlancongan mewah serata dunia hanya kerana ingin sama tinggi dan sama rendah dengan orang lain.
  4. Kenduri kendara membazir - kenduri dengan adat yang melampau, adat membazir tidak lagi syar’i walaupun asalnya al adah al muhakkamah.
  5. Budaya fesyen, tabarruj - majalah semasa, rancangan TV yang menampilkan budaya anggun, solek dan kosmetik melampau.

Minda dijajah
Captive mind atau otak kaptif adalah istilah yang popular diwacana secara iomiah untuk meneliti simptom pihak, individu, pemimpin yang terpana dengan kehebatan Barat dan legasi penjajah. Namun penulis tidak bersetju apabila Felo Pelawat, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Azhar Ibrahim Alwee menerangkan beberapa bentuk otak kaptif dengan mengaitkan keterlibatan dengan gerakan Islam menentang penjajahan sebagai salah satu simptom otak kaptif. Kata beliau;
Bentuk pertama ialah terpegun kepada kesarjanaan, pemikiran dan budaya dari Barat dengan sebahagian besar intelektual termasuk kepimpinan negara, senang bermegah dengan apa yang datang dari luar, khasnya Barat.
Bentuk kedua pula, fenomena minda dan watak tertawan dapat kita kesan dalam keterpegunan melulu pada zaman dakwah bersemarak sejak 1970-an sehingga mudah terpegun pada ideologi gerakan dakwah seperti al Maududi, Syed Qutb, Ismail Faruqi dan Mariam Jameelah” (Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein al-Attas)
Dielektik dengan serangan pemikiran penjajah yang menjadikan jiwa anak watan jiwa inferior dan keterhakisan nilai budaya dan agama adalah dengan munculnya mujaddid, para alim ulama’ yang menyusun strategi lebih komprehensif dan berencana dan menyertai pasukan ini tidak boleh dikatakan otak kaptif. Mungkin sedikit gejala dogmatik atau gejala ikut sahaja pandangan pemimpin berlaku dalam gerakan Islam tetapi selagi atas asas kebenaran, dalil yang sahih dengan sandaran yang kukuh, budaya keterikutan itu absah malah meluruskan saf untuk berhadapan dengan legasi penjajah.
Freemason adalah antara gerakan yang menyediakan pentas selesa untuk meneruskan legasi penjajahan budaya, agama dan minda di Tanah Melayu. Sumber wikipedia mendedahkan bahawa Tun Mahathir pernah dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Cara Tun menaiki kerusi PM dalam keadaan beliau pernah tersingkir daripada UMNO dan sebagainya cukup licik dan ia disedari oleh Tun Razak dan Tun Hussein Onn.
Pada 10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. 1977 : Pada tahun 1977 ia (freemason) mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Rakyat Malaysia amat cetek kesedarannya terhadap kebejatan Freemason!


Dasar pendidikan westofil yang merosakan
Maryam Jameelah juga memetik tulisan Dr William Hunter pada tahun 1871 bertajuk Our Indian Musalman: Are They Bound in Conscience to Rebel Against The Queen? , Kata Dr Hunter “ untuk menghancurkan semangat penentangan umat Muslim dan membuat mereka bersedia untuk menerima penjajahan tanpa batas maka penawarnya adalah pelajaran Inggeris....dengan langkah tidak mencampuri agama mereka”.
Jelas sistem pendidikan adalah sistem yang pertama diserang oleh penjajah Barat. Lihat sahaja takrifan buta huruf oleh UNESSCO. Golongan yang buta huruf rumi dianggap buta huruf sedangkan bangsa itu juga memiliki sistem tulisan sendiri umpama tulisan jawi di dunia Melayu. Dengan hanya mahir jawi UNESSCO anggap individu itu sebagai buta huruf. Tidak hairan apabila menteri Malaysia gamak meleburkan tulisna jawi daripada pelajar sekolah Melayu sekitar rahun 1960an dahulu.
Diletakkan Falsafah pendidikan barat melebihi konsep pengajain ta’dib (beradab) peninggalan ulama’ dahulu. Tidak dinafikan pelajaran moden itu efektif dan penting, tetapi sistem pendidikan itu juga mengimport budaya tidak menutup aurat, budaya buli, tidak menitik berat solat dan banyak lagi unsur sekular diselitkan dalam bahan bacaan.
Malah jika diteliti Falsafah pendidikan Islam hanya relevan di dalam kelas pendidikan Islam sahaja kerana falsafah itu akan terburai apabila pelajar memasuki kelas muzik mahupun pendidikan jasmani walaupun secara fitrahnya pendidikan tersebut boleh disepadukan atas nilai Islam.
Jika diteliti buku Pedagogy Of The Oppressed karya Paulo Freire4, beliau menyatakan tujuan pendidikan adalah untuk memanusiakan (humanize) manusia. Sebarang bentuk pendidikan yang menyah-manusiakan (dehumanize) manusia bukanlah pendidikan sebenar. Pendidikan yang diterap sepanjang kolonialisasi Barat adalah pendidikan mengejar markah, ingin buru kelas dan darjah yang tinggi, ingin mengejar kursusu di universiti yang mana silibus kampus kini ditetukan oleh majika industri, korperat dan milionare sesebuah negara.
Pandangan Paulo kelihatan ada nilai sepunya dengan maqasid syariat Islam diturunkan. Islam hadir adalah untuk membebaskan manusia daripada perhambaan. Hakikat pendidikan dari perspektif Paulo Freire adalah pendidikan yang bertujuan untuk “membebaskan” dan “memanusiakan”. Membebaskan dari penindasan dan memanusiakan manusia yang kemanusiaannya telah di rampas oleh si penindas (dehumanisasi).
Menurut Paulo juga masyarakat tertindas sering mendapati wujudnya dua identiti dalam diri mereka: mereka bencikan penindasan yang berlaku ke atas diri mereka, tetapi dalam masa yang sama mereka mengagumi penindas tersebut. Fenomena berlaku dalam senyap.
Justeru apabila berlakunya revolusi, golongan yang tertindas ini bangkit hanya untuk kembali menjadi penindas. Di saat ini, apa yang dicapai oleh golongan tertindas (kini penindas) ini bukanlah lagi ‘revolution’ tetapi ‘domination’5. Lihat sahaja sikap Lenin, Stalin, Mao Tze Tung, Pol Pot bagi aliran sosialis/komunis. Manakala sikap ramai pemimpin aliran kapitalis yang memuja demokrasi Amerika juga menjadi domination selepas diberi kuasa bukannya berjuang untuk mengembalikan keamanan.
Maka Paulo individu yang beraliran kiri merasakan perlunya memiliki sistem pedagogi pendidikan yang mengajar rakyat menentang kezaliman dalam masa yang sama mengekalkan keadilan dan jangan sesekali lupa diri dan kembali menjadi penzalim. Bukankah ini juga konsep Islam6? Pendidikan sebeginilah yang dibenci penjajah Barat yang menganut fahaman kapitalis dan komunisme.
Mohamed Hatta Abu bakar dalam artikelnya bertajuk Sistem Persekolahan Al Barat yang dsiar dalam Daiges Dian November 1978 menyatakan bahawa penjajah menerapkan pendidikan ala Barat yang merendahkan pendidikan Islam. Tingatan 6 misalnya hanya dikekalkan sejarah sahaja manakala pendidikan Islam dimansukhkan. Pelajaran sejarah pula hanya menghadam tarikh dan tahun sahaja tanpa membuat perkaitan rabbani dalam setiap kejadian sejarah yang berlaku. Pakaian pelajar diterapkan pakaian ala Barat yang bercanggah dengan nilai syariat Islam. Menutup aurat menjadi canggung, pelik dan memalukan.
Plan pendidikan ditentu oleh Barat-penjajahan bentuk baru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membelanjakan RM270 juta untuk menggunakan khidmat tiga juru perunding Barat bagi merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 terutama bagi meningkatkan kualiti guru bahasa Inggeris.
Persoalannya ialah bukan sahaja peruntukan yang sangat tinggi dibayar untuk menghasilkan dokumen PPM dibayar kepada syarikat perunding luar , akan tetapi apakah setelah 56 tahun negara ini merdeka kita maseh memerlukan konsultasi orang luar untuk menghasilkan sistem pendidikan kita sendiri? Bukankah itu bentuk penjajahan baru? Jiwa inferior yang menyebabkan pemimpin Malaysia masih mahu bergayut dengan kerangka Barat yang sudah sendat diisi oleh penjajah suatu ketika dahulu.
Sastera Melayu Asli Dibunuh Penjajah
Sastera tradisional Melayu yang bersifat membina jati diri telah pupus akibat agenda tersembunyi kuasa penjajah7, demikian kenyataan jujur pakar sastera Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Noriah Taslim tahun lalu.
Prof Noriah, Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) mendedahkan bagaimana penjajah telah menghapuskan sastera tradisional Melayu kerana ia merupakan perhubungan bangsa itu dengan kekuatannya iaitu Islam. Sastera melayu sinonim dengan Islam. Mujur ada ulama’ yang dianggap konservetif kaum Tua) yang mewariskan karya sejarah-sastera dalam tulisan jawi melaui kedah bertalaqqi seperti Kitab Hadiqatul Azhar, Tuhfat An Nafis, Bustanus Salatin dan lain-lain. Lantaran itu orientalis, sekularis dan Freemason amat memushi sistem pondok, konservetif dan bertalaqqi kerana ia punca kekalnya sesuatu ilmu sebegaimana para tabiin menggenggam erat ilmu hadis sehingga diperintahkan dibukan pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.
Ini dilakukan oleh tali barut kuasa Barat pada suatu masa dahulu yang kini terus diagungkan sedangkan secara sedar atau tidak mereka inilah yang turut bertanggungjawab membunuh sastera Melayu.
Pihak SHTI British menyisihkan manuskrip Melayu traditional dalam abad ke-18 dan 19 hasil dari penyelidikannya. Usaha itu dilakukan semata-mata untuk melahirkan generasi yang memuja Barat dan Eropah di samping memadamkan identiti Melayu sebenar yang mempunyai budaya sejarah yang kaya.
Akibatnya Eropah diagungkan kerana dapat mendominasi separuh dunia dan Timur merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan kerana telah dijajah. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Khaldun dalam Al Muqaddimah.
Pihak Eropah berjaya merendahkan kebolehan dan tamadun Melayu melalui cerdik pandai mereka yang mempersenda dan mencemuhkan sastera Melayu lama sebagai bahan yang tidak mempunyai seni dan bersifat dongeng.
Ini membuatkan orang Melayu menjadi malu dan menjauhkan diri dari sastera mereka hingga membantutkan perkembangan sastera itu. Sastera Melayu yang berkembang selepas kedatangan Islam ditohmah tidak mempunyai nilai kesusteraan dan seni
Tokoh Barat itu kemudian berdamping dengan penulis-penulis Melayu, yang kagum dengan penjajah misalnya
  1. Thomson North, Keasberry dan Stanford Raffles dengan Abdullah Munsyi,
  2. Robert Scott dengan Ahmad Rijaludin
  3. Butter Hunnings dengan Lau’din.
Mereka berjaya apabila tulisan jawi dikuburkan dengan skrip itu diubah kepada tulisan rumi. Hujah mereka ialah tulisan Jawi cacat kerana kekurangan vokal.
Agenda tersembunyinya adalah untuk melemahkan identiti Islam dengan orang Melayu yang menjadi tunggak kekuatan mereka. Ia juga tidak terkecuali melemahkan hubungan di antara orang Melayu dengan orang Arab. Tulisan yang menghasut orang Melayu agar jangan mendengar dan mendekati orang Arab seperti Hikayat Hikamat dan Hikayat Kapal Asap pula diagungkan.
Ironinya, manuskrip tradisional sastera Melayu yang telah diejek oleh mereka, dipunggut dari serata pelosok negara dan di angkut berkapal-kapal ke England untuk dikaji, diselidik dan difahamkan agar legasi penjajahan berterusan selama-lamanya.
Sehinggakan sekarang jika seseorang mahu mengkaji sastera Melayu tradisional dia perlu pergi ke Pejabat Rekod Awam di Kew Gardens London. Bukankah licik dan teliti rancangan penjajahan budaya dan ilmu yang dilakukan leh bangsa Anglo Saxon tersebut di bumi kita?
Tulisan mesra Al Quran dihakis
Kata Maryam Jameela lagi dalam makalah tersebut “ kita mesti menolak dengan keras sebarang cadangan untuk menulis bahasa Urdu dan bahasa Benggali dengan huruf Rumi atau lain-lain bahasa yang menjadi peruturan di negara kita..”
Lihat penjelasan oleh Shaikh Andullah Basmih dalam kertas kerja bertajuk Bahasa Melayu dan Tulisan Kebangsaan, Kongres Bahasa Melayu III,
"Tetapi walau bagaimapa pun di-tutup dan di-selimuti, di-da'ayah dan dipropagandakan, kedua2 tulisan ini mempunyai hakikat dan chorak yang tersendiri; tulisan Melayu yang berhurufkan Quran ia-lah lambang kebudayaan Islam, dan sa-balek-nya tulisan Rumi ia-lah lambang kebudayaan Barat, atau lebeh tegas lambang kebudayaan Kristian. Kerana hakikat yang terang-benderang ini-lah "UNESCO" menghantarkan pakar2-nya ka-seluroh dunia, untok mengembangkan tulisan Rumi di-bawah lindongan nama; Membasmi buta huruf".
Prof Noriah Felo Penyelidik Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) berkata penghapusan tulisan jawi telah menghilangkan ikatan yang kukuh di antara identiti Melayu dengan Islam dan hubungan mereka dengan dunia Islam. Prof Syed Naquib Al Atas mengatakan bahasa Melayu yang diwarisi daripada Empayar Srivijaya adalah bahasa Islam kerana korpus bahasanya banyak menyimpan istilah bahasa Al Quran. Bahasa ini perlu dijalin semula dengan tulisannya yang menjelmakan atma dan nurani Islam dalam budaya Melayu.
Pengkalan tentera kuasa Barat hanya menjahanamkan tamadun Islam
Kata Maryam Jameela juga “ Kita harus menolak secara mutlak hak mana-mana kuasa luar untuk mengadakan pengkalan tentera di bumi kita”.
Namun Malaysia mengalu-alukan tentera Amerika mutakhir ini. Masyarakat Malaysia yang prihatin amat terkejut dan terkilan dengan kehadiran kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia. Tentera Amerika tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis , 11 September 2014.
Keselamatan negara berhadapan risiko bila tentera Amerika berada di bumi Malaysia kerana bukan sahaja Amerika berhajat berkongsi pengelamannya , akan tetapi segala maklumat yang diperlukan oleh Amerika terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia akan lebih mudah diperolehi dan boleh diakses secara langsung .
Amerika terbukti sebagai negara yang tidak mampu melindungi negara yang rapat dengannya. Buktinya dalam serangan Zinos elama 50 hari ke bumi Gaza, White House gagal memberi bantuan yang diminta oleh Israel malah belanjawan yang dilulud oleh Parlimen Israel sendiri telah tenat.


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
(A-li'Imraan 3:118)
Bantuan Asing
Tambah Maryam Jameela juga “ perlu kita menjauhkan bantuan negara-negara asing sama seperti kita menjauhkan taun”.
Misalnya pada 1998 sewaktu IMF bersetuju untuk menghulurkan pinjaman berjumlah AS$57 bilion kepada Korea, IMF telah meletakkan beberapa syarat termasuklah meningkatkan tahap penguasaan syarikat asing dalam syarikat yang disenaraikan daripada 26 peratus kepada 50 peratus8. Ini antara kes-kes kecil sikap menangguk di air keruh yang dilakukan oleh badan dana dunia berkenaan yang dikuasi Barat-Yahudi.
Isu 1MDB yang terkini adalah isu mencari bala apabila pemimpin negara kita meletak situasi ekonomi negara di korperat individu kapitalis tertentu dan bukan hak Parlimen lagi.
Individu yang berminda penjajah ini manipulator wang, hamba sistem ekonomi penjajah. Tan Sri Abdul Kadir Shiekh Fadzir dalam wawancara Harakah pernah menyatakan 1MDB gagal dari awal kepada kerajaan harapkan golongan ‘wheeler dealer’ dan bukannya usahawan sejati. Beliau pelik bagaiana bejt berbilion dipohon diluar Parlimen dan mudah pula Kabinet meluluskan tanpa bahas di Parlimen. IMF mengintai-intai adakah masih ada peluang untuk mereka menghulur tangan membantu negara yang berskandal teruk daripada Kepulauan Cayman hingga ke Bank Singapura. Bantuan bermakna bermulalah penjajah baru.
Pemimpin kerajaan mahupun Pakatan Rakyat perlu tahu dan sedar isu ini, jangan sesekali mengandu domba denga dunia Barat, Amerika dan sekutunya kerana segala pertikaian politik dalamana negara kita biarlah hanya kita yang berperanan. Jangan mudah mengadu itu dan ini dengan Presiden Amerika contohnya yang menanti peluang menjajah budaya negara kita dengan mendalam lagi.
Lihat bagaimana penjajah mulai masuk ke Tanah melayu hanya melalui isu ‘pertolongan’. Pada awalnya, Syarikat Hindia Timur Inggeris, SHTI (Syarikat British) yang ditaja Freemason Yahudi enggan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Ini kerana SHTI adalah sebuah badan perniagaan yang hanya meletakkan penekanan kepada mengaut keuntungan melalui perdagangan secara aman damai. Dengan cara ini, SHTI berpendapat kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh syarikat dan negeri-negeri Melayu. Menang dasar Freemason adalah mengaut keuntungan tas nama perdagangan, hak asasi dan kesamarataan dalam masa yang sama keuntungan mutlak ditangan mereka. SHTI juga menjadi dalang mengimport dan menyeludup hamba serata dunia, menculik anak watan dijadikan hamba, mengedar candu dan dadah ke tanah anak jajahan sekaligus menguasai ekonomi tempatan.
Pemimpin tanah melayu terlalu bijak sehingga terpaksa menggadai tanah, pulau dan wilayah sendiri hanya untuk melayan perang saudara sesama bangsa dan agama.
  • Lihat sahaja di Perak :
Pada 30 Disember 1873, Raja Abdullah mengutuskan sepucuk surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat meminta bantuan British untuk menghantar "seorang yang cukup berwibawa untuk membolehkan kewujudan satu sistem kerajaan yang baik di Negeri Perak". Frank Swettenham (yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menulis Jawi) dihantar untuk memujuk pembesar-pembesar Melayu menghadiri perjumpaan di Pulau Pangkor. Surat daripada Raja Abdullah meminta bantuan British untuk membolehkan dia dilantik menjadi Sultan Perak digunakan sebagai pemunca oleh Sir Andrew Clarke untuk mencampuri hal ehwal negeri-negeri Melayu. Siapa yang menjemput penjajah ke bumi Melayu?
  • Di Pulau Pinang:
Sultan Kedah pula meminta bantuan kententeraan Francis Light (anggota Freemason) untuk melawan Siam tanpa mengutamakan kesatuan ketenteraan Islam di Nusantara. Pada tahun 1786, Siam telah menakluki Patani dan mengancam Kedah. Oleh kerana membimbang serangan daripada kerajaan Siam, Sultan Abdullah (Kedah) menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI seperti yang terdapat dalam Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 sedangkan masih boleh dijalinkan kolaborasi ketenteraan Islam untuk menentang kaum Sukhotai ketika itu. Akibatnya Pulau Pinang menjadi Negeri Selat tidak bersultan hingga kini.
TPPA antara isu penjajahan budaya baru.
Generasi anak muda telah berhadapan dengan suatu perubahan sosial dan penjajahan budaya selepas proses globalisasi berlaku sejak era awal milenium.
TPPA adalah bentuk baru kehadiran globalisasi yang bejat tetapi secara terhormat, rasmi dan berkuasa kerana ia adalah perjanjian. Perjanjian ini adalah janji setia kita untuk menerima tanpa sekatan sebarang lambakan nilai, budaya dan agenda kapitalis antarabangsa. TPPA adalah bentuk batu globalisasi. J A Scholte (2002) dalam bukunya menyimpulkan globalisasi sebagai internasionalisasi, liberasi, universalisasi, westernisasi atau modernisasi (lebih banyak dalam bentuk Americanised) dan globalisasi sebagai penghapusan batas-batas kewilayahan (atau sebagai persebaran supra-teritotorialitas)9.
Filem tanpa tapisan adalah antara ombak besar yang bakal merosakan generasi muda. Seperti yang dinyatakan diatas, harta intelak dan copyright pengeluar filem dipertahan sehingga sebarang tindakan menapis dan mengurangkan babak yang merosakkan filem asal boleh disaman oleh pengeluar filem berkenaan.
PAS menentang penjajahan budaya
  1. Ketika Persidangan Alim Ulama’ pada 21 dan 22 Februari 1950 di Muar Johor anjuran Bahagian Ehwal Agama Islam dan Pendidikan (Ketua: Abdullah Fahim) terdapat usul - Menubuhkan kolej Islam.
  2. Mesyuarat Agong Tahunan ke-5 PAS pada 23,24 dan 25 Disember 1956 menyatakan;
    1. Kita hendaklah menuntut kemerdekaan negara dalam tempoh tidak sampai 1959.
    2. Bahasa kebangsaan Semenanjung Tanah Melayu adalah Bahasa Melayu dan ianya tunggal.
    3. PAS perlu beri peringatan kepada rombongan ke London agar tidak ketepikan hak Islam.
    4. Agama Islam perlu dijadikan panduan pemerintahan.
  3. Muktamar Kedua pada 25 Ogos 1953 di Madrasah Al Ulum, Batu 20, Bagan Datuk, Perak10.
    1. Mendesak kerajaan meluluskan mengadakan pelajaran agama Islam kepada anak-anak Islam di sekolah Inggeris dan dijadikan mata pelajaran wajib dalam peperiksaan.
    2. Mendesak larangan menjual arak kepada orang Islam.
  4. Muktamar Ketiga diadakan pada 12 hingga 14 Ogos 1954 di madrasah At tahzib Ad Diniyah, Titi Serong, Parit Buntar, Perak dengan diketuai oleh Dr Abbas Alias11;
    1. Mengesahkan pindaan untuk tekad menubuhkan negara Islam Malaya.
    2. Menekankan keahlian PAS hanya untuk PAS tanpa dualisme seperti sebelumnya.
    3. Mengambil keputusan untuk terlibat dalam pilihanraya.
    4. Berkecuali daripada National Convention tetapi menyokong mana-mana gerakan untuk merdeka.
    5. Mewujud lagu rasmi PAS.
    6. Mendesak kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi.
  5. Sebaik sahaja Dr Burhanuddin Al Helmi memegang jawatan yang Dipertua PAS pada tahun 1956, beliau menegaskan;
    1. Dasar Kebangsaan negara perlulah Melayu.
    2. Mesti diakui bahawa kaum Melayu adalah tuan negeri ini.
    3. Satu sahaja bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu
    4. Islam adalah agama rasmi.
    5. Menentang jus soli. Kerakyatan perlu melalui majlis perundangan.
  6. Selepas merdeka, PAS masih lagi menegur kerajaan dan memberi saranan khusus untuk mempertingkat prestasi sekolah dan sistem pendidikan Islam. Mesyuarat Jawatankuasa Agung ke-3 pada 26 Februari 1959 telah mengambil ketetapan berikut;
    1. Menuntut kerajaan mengeluar dengan segera bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Tanah Melayu seperti yang dijanjikan.
    2. Mendesak kerajaan memperbanyak Sekolah Tinggi Islam di Tanah Melayu.
    3. Mendesak kerajaan mengadakan kelas agama untuk orang dewasa di setiap kampung dengan kos ditanggung kerajaan mulai 1959.
  7. Perjuangan Keranda 152
  8. Perjuangan menentang PPSMI
  9. Menentang APCO dan perunding Pendidikan.
  10. Menentang Hedonisme, K-POp, Hari Belia


Jitra 9.47 malam
18 April 2015


1 Dibentang di Tamrin Siasiy JPRK Sungai Petani di Markaz PAS Pulau Sepom Sungai Petani 24 April 2015
2 Penulis adalah Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah dan Ketua Penerangan DPPK Sg Petani. Boleh dihubungi melalui : 017-6291368, jihadin82@yahoo.com, FB https://www.facebook.com/muhammad.bashah Memandangkan penulis memiliki core kerja dalam bidang penerangan maka, kertas berunsur penerangan isu semasa dipilih untuk siri tamrin Siasiy selain bahan-bahan tamrin yang bersifat haraki dibahas.
4 Paulo Freire Reglus Neves 19 September, 1921 - 2 Mei, 1997) adalah seorang pendidik Brazil dan ahli falsafah yang merupakan penyokong utama pedagogi kritikal. Beliau paling dikenali dalam bukunya Pedagogi daripada Tertindas, yang dianggap sebagai salah satu daripada teks asas pergerakan pedagogi kritikal. Freire lahir September 19, 1921 kepada keluarga kelas menengah di Recife, Brazil. Freire menjadi biasa dengan kemiskinan dan kelaparan semasa Kemelesetan Besar 1930-an. Pada tahun 1931, keluarganya berpindah ke bandar yang lebih murah daripada Jaboatao dos Guararapes, dan pada 31 Oktober 1934, ayahnya meninggal dunia. Di sekolah, dia akhirnya empat gred di belakang, dan kehidupan sosialnya berkisar bermain mengutip bola sepak dengan kanak-kanak miskin yang lain, yang daripadanya dia banyak belajar. Semua pengalaman ini akan membentuk kebimbangan beliau kepada golongan miskin dan akan membantu untuk membina sudut pendidikan tertentu beliau. Freire menyatakan bahawa kemiskinan dan kelaparan teruk menjejaskan keupayaan untuk belajar.
6 Kata Rub’I ibn ‘Amir daam perang Qadasiyyah “sesungguhnya allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada allah, dari penindasan agama-agama selain Islam kepada keadilan Islam , dari dunia yang sempit kepada dunia yang luas dengan kerahmatan Islam..”
10 Peringatan Mesyuarat Agung tahunan PAS kedua 1953


11 Peringatan Mesyuarat Agung tahunan PAS kedua 1954

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...