Pembaca Setia

Thursday, February 11, 2016

HUBUNGAN TURKI -ISIS; KEBENARAN ATAU PROPAGANDA AMERIKA DAN RUSIA


HUBUNGAN TURKI -ISIS; KEBENARAN ATAU PROPAGANDA AMERIKA DAN RUSIA
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Kajian Penyelidikan MAPIM (Utara)

Makalah ini ditulis khas untuk memberi pandangan sisi khas berlawanan  dengan pandangan sesetengah pemikir yang mengabsahkan  Turki yang dianggap kaki tangan Amerika malah memelihara ISIS. Kes Turki menembak jatuh pesawat Rusia pada November 2015 yang mencerobohi ruang udara Turki dijadikan rujukan di mana bangkit satu ‘fikrah’ betapa Rusia sebenarnya tidak bersalah malah menentang Turki yang bersekongkol dengan ISIS dan Amerika. Fikrah ini tidak mengkelompokkan Amerika dan Rusia sebagai satu pihak yang sama. Mereka tidak nampak sebarang persamaan antara dua kuasa besar itu mungkin kerana mesin jentera propaganda dua blok ini berjalan berasingan. Namun mereka terlupa kemunculun 2 dwi polar ini suatu ketika dan penjenamaan semula Soviet atas nama asal Rusia juga merupakan satu plot besar yang direncana oleh tangan ghaib Barat untuk merencana perjalanan dunia1.

Fikrah baru ini seolah menyeimbang semula dunia kepada dua kutub lama iaitu Amerika versus Rusia. Jika tidak menyokong NATO-Amerika maka bersamalah dengan Rusia. Jika menyanggah Rusia bermakna kaki tangan Amerikalah jawabnya. Fikrah ini melabel Turki sebagai bangsa pro Amerika dan ISIS.

Penulis tidak secara borong melabelkan mujahidin Syria sebagai ISIS. Malah walaupun benar ISIS adalah asal gerakan mujahidin, penulis gambarkan istilah ISIS yang dimasukkan dalam artikel ini sebagai ISIS yang dicipta (rebranding) oleh Amerika (ejen pemecah blah mujahidin). Adapun jika ada ISIS yang sejati dan tidak bersekongkol dengan Amerika, suka untuk penulis kelompokkan mereka ke kumpulan mujahidin Syria yang sebenar. Biarlah nama ISIS yang dipermasyhurkan di media barat digunakan untuk labelan kelompok buruk bukan sebagai musuh Amerika tetapi ejen Amerika.

Sifir situasi hubungan Rusia-Amerika-ISIS-Turki ini sebenarnya tidak terlalu rumit. Penulis bersetuju benar dengan pandangan Presiden MAPIM Tuan haji Cikgu Azmi Abd Hamid iaitu2:
  1. Rusia guna isu ISIS untuk tekan Turki yang menentang Bashar sekutu kuat Rusia.
  2. Rusia tidak ada sebab menentang ISIS kerana Rusia tidak bekerja ke arah menyelamat umat islam pun di rantaunya sendiri (Uighur/Chechen).
  3. Rusia sebenarnya sama sahaja dengan Amerika iaitu ingin jatuhkan Erdogan dan AKP atau mana-mana Parti islam atau post Islamisme dari tampuk pemerintahan Turki.
  4. Amerika sebenarnya juga anti AKP kerana AKP memiliki dasar merungkai hubungan istimewa Israel-Turki (walaupun masih kuat ikatan 2 negara ini tetapi AKP beransur berusaha mencari pasal dengan Israel).
  5. Erdogan menentang ISIS yang kejam terhadap pelarian Syria. Malah Turki menjadi negara menampung pelarian Syria terbesar dunia.

Pandangan ulama’ antarabangsa terhadap ISIS
Majoriti ulama menolak ISIS.
  1. Persatuan Ulama Muslim Se-Dunia (IUMS), yang dipimpin oleh Syaikh Yusuf Qaradhawi, mengeluarkan kenyataan berhubung deklarasi khilafah Islamiyah yang dilakukan oleh ISIS, pada Jumaat 4 Julai 2014. IUMS menekankan bahawa deklarasi khilafah yang dilakukan ISIS untuk wilayah cukup luas di Iraq dan Syria tidak sah secara syariah Islam dan  tidak didasarkan pada manhaj Nabi saw. dan syura3.
  2. Sheikh Aiman Zawahiri sekitar bulan November 2013 menyatakan bahwa ISIS bukan dari Al Qaeda dan Al Qaeda berlepas diri dari ISIS yang kejam dan bengis terhadap sesama muslim. Bahkan para tokoh Al Qaeda di banyak Negara menyebut bahawa ISIS adalah kaum Khawarij moden kerana sangat eksrim terhadap muslim di luar kelompok mereka, dengan sebutan murtad. Mereka melakukan kekerasan yang sangat naif terhadap rakyat awam dan pasukan mujahidin lain, baik di Iraq maupun di Syria.
  3. Ulama Besar Ahlus Sunnah, Ahli Hadits Kota Suci Madinah, Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Muhaddits Abdul Muhsin bin Hamd Al-‘Abbad Al-Badr hafizhahullah berkata dalam risalah “Fitnatul Khilafah Ad-Da’isyiah Al-‘Iraqiyah Al-Maz’umah” di website resmi beliau, Dan untuk para pemuda yang telah ikut-ikutan di belakang penyeru kelompok (ISIS) ini, hendaklah mereka mengoreksi diri, kembali kepada kebenaran dan jangan berfikir untuk bergabung dengan mereka4.
  4. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah mendapati bahawa: Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL . Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Menegaskan bahawa tindakan umat Islam yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak5.
  5. Jika ditelit surat khas ulama ISIS iaitu Muhammad Samuuh Ar-Raasyid Abu Ubadah Al-Maghribi Salah seorang ulama syariat ISIS6 :
      1. Peperangan dengan ISIS telah berampur fitnah dan ada anggota yang terpedaya dengan Amerika.
      2. Menyeru agar ISIS berlemah lembut dengan mujahidin lain.
      3. Tidak berlaku zalim.
      4. Menunjukkan bahawa perjuangan ISIS asalnya tiada masalah tetapi akibat pengaruh Barat dan kegopohan ahli ianya telah menjadi perjuangan yang syubhah7.
  6. Jemaah Ulama Iraq mengeluarkan fatwa berupa seruan kepada rakyat Irak supaya ikut mengangkat senjata melawan gerila ISIS8.


Apa tindakan Turki terhadap isu Syria?

Pilihanraya 2015 menyaksikan AKP telah memenangi pilihan raya Turki yang berlangsung pada Ahad 7 Jun 2015. Walaupun menang, undi AKP menurun 8% dari pilihan raya 2011. Apakah faktor utama kemerosotan ini? Adaah benar seperti dakwaan media barat bahawa ia merosot kerana pemabaziran dan kezaliman kerajaan AKP?

  1. Faktor utama adalah kerana AKP berkempen besar-besaran menerima pelarian Syria. Polisi dasar terbuka kerajaan terhadap pelarian Syria ditentang kuat oleh Parti CHP (Parti Republik) yang amat anti dengan kehadiran pelarian Syri9a.

  1. Bukan itu sahaja kesederhanan AKP dalam isu perkauman juga dibenci parti MHP. MHP tidak bersetuju dengan rancangan untuk mengiktiraf bangsa Kurdis termasuk menjadikan bahasa bangsa Kurdis sebagai bahasa pengantara di sekolah kerana Parti Nasionalis ini berfahaman uni-kaum iaitu bangsa Turki. Nationalist Movement Party (MHP) diketuai Devlet Bahçeli,

Jelas Turki tidak ada kompromi dalam isu melibatkan kebajikan rakyat Syria yang dizalimi. Lebih dari 300.000 pelarian Syria, yang meninggalkan negara mereka kerana perang, diberi pendidikan di Turki. Wakil kementerian Pendidikan Turki Yusuf Büyük mengatakan kepada Anadolu Agency bahawa usaha besar telah dilakukan untuk mengintegrasikan pelarian Syria ke dalam sistem pendidikan di 81 wilayah Turki.

Büyük menyatakan bahawa Turki telah menjadi tuan rumah hampir 2.5 juta pelarian, dan telah menghabiskan sekitar 8 juta euro ($ 8.730.000.000) untuk memenuhi keperluan pelarian sejak 201110.

Turki juga telah membina kem 6.000 pelarian, terdiri dari unit rumah yang terbuat dari kontena yang dibina sempadan Turki-Syria11.
Turki terkenal dengan sikap menyantuni mustadhafin seluruh dunia misalnya tahun lalu menghantar kapal perangnya ke Burma untuk membantu mangsa bot Rohingya sehingga menjadi pukulan kepada ASEAN dan PBB.

Erdogan juga pernah berkata dia mana ada azan disitu tanah airnya.

Apa polisi Turki terhadap Amerika-Israel
Dasar luar Turki adalah berbaik baik dengan semua orang. Kelihatannya agak pragmatik. Cuma nampak kecenderungan lebih kepada Eropah dan Amerika. Sebenarnya kecenderungan ini adalah legasi Attarturk dan bukan kehendak AKP. Malah AKP berhajat untuk jadi kuasa militari dan ekonomi terbaik Eropah tanpa dokongan dan kaitan dengan blok Amerika12.

Namun pasca 2014 selepas Amerika dan bloknya terang terangan berkempen menjatuhkan Erdogan dalam pilihanraya, maka Turki cuba menunjukkan kecenderungan berbaik baik dengan blok kiri iaitu Iran (bagi negara negara umat Islam) dan Rusia sebagai kuasa besar.

Dalam masa yang sama Rusia sememangnya memerlukan Turki apabila Rusia ditekan teruk dalam isu Ukrine. Turki penjaga pintu masuk Laut Hitam yang menjadi medan pergolakan. Banyak program bersama Rusia diatur termasuk perasmian masjid terbesar di Rusia, Erdogan dijemput merasmikan bersama dengan Putin.

Hubungan diplomatik Turki-Israel yang terjalin sejak Attarturk kini kian retak. Menurut Anadolu Agency Duta Besar Turki untuk Amman (Jordan), Sedat Önal, pada hari Rabu 6 Januari 2016 menegaskan bahawa tidak akan ada pemulihan hubungan diplomatik dengan “Israel” jika tidak dibuka pengepungan di Jalur Gaza. Kata Sedat Turki mendukung perjuangan Palestin dan pembentukan negara Palestin, syarat untuk memulihkan hubungan dengan “Israel” adalah membuka pengepungan di Gaza.

Pada bulan Mei 2010, pasukan komando “Israel” menyerang armada pembebasan untuk Gaza-Palestin, termasuk didalamnya Kapal Mavi Marmara milik Turki yang dalam perjalanan untuk memecahkan pengepungan “Israel” di Gaza13.

Turki terkenal dengan sikap menggelar Israel dan Amerika sebagai pengganas walaupun secara formalnya negara masih ada hubungan diplomatik.

  1. “Israel perlu tahu bahawa darah rakyat Palestin mahal”, kata Mustafa Sarnic, duta besar Turki di Palestin (PA). Sebagaimana dihebah oleh MEMO, pada 4 Disember 2015, Mustafa Sarnic mengatakan bahawa polisi Tel Aviv telah mendorong rakyat Palestin untuk bangkit membela Masjid Al-Aqsa. Sarnic menekankan perlunya untuk menghapus sekatan Jalur Gaza sepenuhnya, dan menyerukan kepada negara-negara Islam untuk membela rakyat Palestin14.
  2. Erdogan sendiri pernah menyelar Shimon Peres di persidangan ekonomi pada 2009 bahawa Israel adalah pengganas sebenar dunia15.
  3. Jabatan Urusan Agama Kepresidenan Turki (DIB) mengumumkan pada Rabu 2 Disember 2015 untuk membangun kembali sembilan Masjid di Jalur Gaza yang hancur selama serangan “Israel” pada tahun 201416.

Jelas ini sikap Turki terhadap isu Gaza dan berbeza dengan Amerika mahupun Rusia yang kini mulai diagung-agungkan.

Apa polisi Turki terhadap ISIS?

Polisi mereka adalah berseteru dengan ISIS bukannya dengan barisan mujahidin Syria. Alasan utama Turki adalah jenayah ISIS dan Basyar yang menyebabkan rakyat Syria menjadi mangsa. Misalnya:
  1. Contohnya melalui sumber IB Times bertarikh 14 Januari 2016 Turki mengakui telah menggempur ISIS di Iraq dan Syria selama 48 jam hingga membunuh 200 pejuang ISIS. Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu mengatakan kereta kebal dan unit artileri telah mensasarkan 500 kedudukan yang dikendalikan oleh ISIS di sepanjang sempadan dengan Syria dan dekat kem Turki di Iraq Utara. Davutoglu mengungkapkan serangan tersebut merupakan aksi balas dendam atas serangan ISIS di Sultan Ahmet pada 12 Januari 2016 yang membunuh 10 pelancong warga Jerman17.
  2. Puluhan orang yang disyaki terkait dengan ISIS telah ditangkap di Turki pasca serangan bom bunuh diri pada Selasa 12 Januari 2016 18.
  3. Sebelum kedatangan ISIS, sememangnya wilayah Utara Halab,Hama, Home yang bersepadanan Turki adalah kubu kuat FSA atau barisan Mujahidin Syria. Tetapi itulah yang dikatakan tamak, ISIS masuk tawan tempat yang sama. Turki memang memiliki hubungan dengan FSA. Namun hubungan Turki dengan ISIS tidak benar kerana Turki antara mangsa ISIS apabila Turki giat membantu rakyat Syria yang juga dizalimi ISIS. Bermakna pembongkaran Rusia bahawa Turki ada hubungan underground dengan ISIS adalah satu kebutaan fakta tidak membezakan antara ISIS dan Mujahidin Syria.
  4. Media Anadolu Agency, Rabu 3 Januari 2016 Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan secara terbuka bahawa ISIS tidak memiliki hubungan dengan Islam19.

Amerika dan ISIS

Hingga kini masih simpang siur soal sumber pembiayaan ISIS. Pihak yang membiayai, boleh kumpulan perisikan yang berkepentingan secara serantau, atau boleh juga ISIS di Syria dan Iraq membiayai aktivitinya dari sumber dana potensi daerah yang dikuasai. ISIS di Syria menguasai sejumlah telaga minyak dan telah ada laporan berkaitan penjualan minyak mentang kepada para pembeli tempatan, bahkan hingga kerajaan Syria juga membeli dari mereka.

Namun ada banyak sumber menyatakan Amerikalah yang mendanai mereka. Pada pandangan penulis Amerika mendanai ISIS secara tidak langsung dan ada juga ketumbukan tertentu ditaja secara langsung dan juga menggunakan nama ISIS. Sehingga nama ini cedera teruk dan selayaknya tidak lagi digunakan oleh para mujahidin20.

Bagaimana pula dengan kumpulan kumpulan mujahidin yang lain? Keilapan besar kepada sesiapa yang mengatakan bahawa tentera mujahidin dibantu oleh Amerika, Israel dan Barat. Kalau benar dibantu sudah lama Amerika hantar kapal perang dan mengebom sasaran tentera Basyar seperti mana mereka lakukan kepada Libya. Konflik yang berlaku di Syria sekarang ini telah bercampur pula dengan masalah Syiah dan Sunni.

Basyar merupakan penganut Syiah Nusairiah dan penentangnya pula terdiri daripada Sunni. Jadi negara-negara sekeling yang dipimpin oleh Syiah dan kumpulan-kumpulan Syiah lain tidak merelakan Syria ini jatuh ke tangan Sunni. Sebab itulah mereka sanggup menghabiskan belanja yang banyak untuk membantu Basyar mempertahankan pemerintahannya. Berduyun-duyun tentera dihantar untuk membantu Basyar antaranya terdiri dari tentera revolusi Iran, tentera Mahdi Iraq dan Tentera Hizbullah Lubnan. Tidak cukup dengan itu, Russia turun membantu kerana Basyar ini adalah sekutu kuatnya. Bukan kerana Rusia itu Syiah tetapi kerana Syria adalah negara pro sosialis sejak zaman Soviet dahulu lagi. Dalam masa yang sama Amerika juga berpura-pura menentang Basyar dan tidak bersungguh menghancurkan Syria kerana Syria tidak menjejaskan Israel dan Syria tidak mencabar Amerika sebagaimana Saddam. Lantaran itu kehadiran Amerika di bumi Syam hanya ‘wayang’ dan perjuangan mereka hanya satu iaitu asalkan Israel tidak terjejas.

Perhatikan sumber Global Research di bawah21:

  1. The Times of Israel melaporkan Seorang komander Tentera Pembebasan Syria, ditahan pada bulan oleh Islam militia Al-Nusra Front, memberitahu beliau bekerjasama dengan Israel sebagai balasan untuk bantuan perubatan dan ketenteraan, dalam video yang dikeluarkan.
  2. Dalam video yang dimuat naik ke YouTube Sharif As-Safouri, komander Tentera Pembebasan Al-Haramein, mengakui telah memasuki Israel lima kali untuk bertemu dengan pegawai Israel yang kemudian diberikan kepadanya dengan senjata anti-kereta kebal Soviet dan senjata ringan .Israel mula menyediakan Safouri dan orang-orangnya dengan "sokongan dan pakaian perubatan asas" serta senjata, yang termasuk 30 senapang Rusia, 10 pelancar RPG dengan 47 roket, dan 48,000 peluru 5.56 milimeter.
  3. Seorang pekerja kanan Kementerian Kehakiman Belanda berkata kumpulan jihad ISIS telah dicipta oleh Zionis berusaha untuk memberi Islam reputasi yang buruk.
  4. Laporan World Net Daily bahawa AS melatih jihadis Islam - yang kemudiannya akan menyertai ISIS - di Jordan. Pada bulan Jun, penasihat pelaburan Jim Willie berkata ISIS adalah Langley [iaitu CIA] tentera. Mereka dilatih, dibiayai, dan dilatih oleh Langley.

Petunjuk bahawa Amerika dan Israel membina ISIS (menarik keluar ISIS dari gerakan Al Qaeda) adalah :

  1. Tuduhan terbuka mantan staf National Security Agency (NSA) atau Badan Keamanan Nasional Amerika Syarikat, Edward Snowden bahawa selain Amerika, dua negara yang bertanggungjawab membangun ISIS adalah Britain dan Israel22.
  2. Hillary Clinton ada menyebut bahawa Amerika memiliki kepentingan sangat besar di Asia Tengah, kawasan yang dua dekad lalu hendak “dikuasai” Uni Soviet. When the Soviet Union invaded Afghanistan we had this brilliant idea we were going to come to Pakistan and create a force of mujahedeen and equip them with stinger missiles and everything else to go after the Soviets inside Afghanistan. Plan besar ini berjaya walaupun mujahidin Afghan majoriti tidak menggunakan peralatan senjata Amerika umpama ISIS hari ini. Namun tindakan Amerika itu tetap ada kesannya membina nukleus teroris yang bercanggah dengan semangat jihad yang asal23.

Apa polisi Rusia terhadap dunia Islam terutama isu Syria?

Akhbar “Yeni Syafak” ada menyiarkan perancangan Bashar Al Assad untuk mendirikan negara Syiah Alawiyah dengan bantuan Syiah Iran dan Rusia, yang membentang dari garis antara wilayah Latikia hingga Damsyik24. Menurut akbar berkenaan juga 3 cara yang dilakukan tentera rejim Bashar Al Assad beserta sekutunya Syiah Iran dan Rusia dalam mempercepat rencana ini, iaitu pembunuhan besar-besaran, pengusiran penduduk, dan pengepungan suatu daerah (kini benar-benar berlaku).

Rusia bukannya menyerang ISIS seperti yang dikempennya sebaliknya mereka menabur bom di kawasan pelarian Syria. Ha inilah yang menaikkan kemarahan Turki yang sanggup bertaruhkan sokongan politik hanya semata-mata mahu membela rakyat Syria yang tidak berdosa.

Kehadiran Rusia sejak September 2015 di Syria juga adalah akibat jemputan rasmi daripada kerajaan Assad untuk mempertahankan regimnya yang bersekutu dengan Rusia25. Malah mereka bukan spesifik hadir untuk menentang ISIS sebaliknya mensasarkan Pejuang Chechen, Islamic Front's Jaysh al-Islam (Army of Islam), dan tentera pembebas FSA (Free Syrian Army) yang menentang kezaliman Basyar.

Erdogan dalam wawancara dengan saluran France 24 pada 26 November 2015, menegaskan bahawa Rusia bekerja sama dengan rezim Al-Asad dalam melaksanakan operasi ganas di Syria. Apakah mereka (Rusia dan Iran) memerangi kelompok teroris ISIS di Syria? Saya jawab dengan jelas, sekali-kali tidak..!”. Erdogan menjelaskan bahawa Al-Asad selalu memerangi kawasan Payer Pujak Turkman di Lazikiya, kawasan kelompok pembebas Syria (FSA/mujahidin). Sebaliknya ISIS berada di kawasan sebelah timur Syria masih aman, tanpa menghadapi ancaman dari Asad, Rusia, dan Iran26.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu juga mengutuk serangan udara Rusia yang membunuh berpuluh-puluh orang awam Syria di bandar yang dikuasai pemberontak dan berkata Syria tidak akan menjadi sebahagian daripada "matlamat imperialis Rusia". Rusia mengambil langkah mudah mengebom dan ia bukan sahaja membunuh ISIS sebaliknya rakyat tidak berdosa27.

The UK-based Syrian Observatory for Human Rights monitor berkata serangan udara Rusia telah membunuh 2,132 orang di Syria iaitu satu pertiga daripada mereka orang awam sejak Rusia masuk campur pada 30 September.

Turki juga berpandangan dengan Rusia yang menyerang kawasan yang dikuasai pejuang sederhana seperti FSA,mujahidin yang menentang Basyar (bukan ISIS) hanya akan memperkuatkan ISIS kerana pejuang berkenaan akan mengambil ISIS sebagai pelindung mereka. Itu strategi yang salah dan membuta tuli28.
Rusia tidak peduli siapa yang diserang kerana mereka bukan hadir atas dasar melindungi umat Islam.
Para mujahidin dan FSA di Syria juga menolak bantuan Rusia dalam usaha mereka memerangi ISIS. Lieutenant Colonel Ahmad Saoud, jurucakap Division 13 kumpulan pemberontak berkata “kami tidak faham Rusia setelah mereka mengebom kami dihulurnya tangan pula untuk melawan musuh kami”29.

Moscow memulakan kempen udara di Syria pada 30 September, berkata ia menyasarkan ISIS dan lain-lain "pengganas".

Tetapi pemberontak-pemberontak sederhana Islam berkata, mereka telah menjadi sasaran serangan di Moscow, dan bahawa kempen itu bertujuan untuk naikkan rejim Presiden Bashar al-Assad dan bukan membasmi ISIS. Samir Nashar, ahli Gabungan Kebangsaan Syria, badan politik utama pembangkang, sama-sama mengetepikan satu pakatan di antara pemberontak sederhana dan Rusia. "Hentikan dulu mengebom kami (FSA) daripada bercakap tentang kesediaan mereka untuk menyokong Tentera Pembebasan Syria, katanya kepada AFP. Menurutnya juga "80% daripada serangan Rusia mensasarkan FSA." Bukankah itu satu kemunafikan Rusia yang dianggap penyelamat oleh segelintir umat islam hari ini?

Turki wajar menentang Rusia

Menurut Dr Maszlee Malik, tindakan Turki yang masih berdegil untuk terus menentang sekutu Rusia iaitu Presiden Syria Bashar Al Assad menjadi punca perbalahan di antara Turki dan Rusia. Sikap konsisten Turki yang mendesak agar isu sebenar dilihat dan diselesaikan, iaitu Bahsar mesti berundur dan memulangkan kuasa kepada rakyat tidak disenangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan di dalam isu berkenaan, terutamanya Rusia dan Iran30.

Kehadiran Rusia juga tdak membantu pelarian Syria sebaliknya memburukkan lagi keadaan kerana Rusia sedari awal bukan pro Islam.

Lihat tuduhan Barat dan Rusia terhadap Turki

  1. Menteri Pertahanan Israel Moshe Yaalon di Yunani, pada Selasa 26 Januari berkata ISIS menikmati wang Turki dari penjualan minyak dalam jangka sangat panjang malah membenar laluan sempadan untuk kegiatan ISIS31.
  2. Sergey Rudskoy, Komandan Staf Gabungan Rentera Rusia pada Jumat 25 Disember 2015 mengatakan, foto-foto yang diperoleh dari udara menunjukkan lori tangki yang mengangkut minyak hasil curian ISIS berada di kedua sisi sempadan Turki-Iraq, di sekitar Zakho, sebuah kota di wilayah Kurdistan Iraq32.
  3. Menteri Perminyakan Suriah Suleiman Abbas, berata mereka memiliki dokumen lengkap berikut gambar yang membuktikan bahwa pemerintah Turki terlibat dalam pembelian minyak dari kelompok militan bersenjata ISIS33.



Perhatikan jawapan Turki;
  1. Presiden Turki, Recep Erdogan, membantah tuduhan itu. Dalam kesempatan yang sama, Erdogan bahkan bertaruh akan meninggalkan jabatannya sebagai presiden jika terbukti Turki bekerjasama dengan ISIS34.
  2. Financial Times (FT) melaporkan bahawa Israel mendapatkan 75% sumber minyak dari Kurdi Iraq dan disyaki ia juga sumber dari ISIS. Israel memiliki cara untuk menjadi pemasar utama minyak ISIS. Tanpa mereka, minyak ISIS mungkin hanya akan tetap berada di Iraq, Syria, dan Turki. Bahkan, tiga perusahaan minyak tidak akan mau membeli minyak ini jika mereka tidak memiliki pembeli di Israel35.
  3. Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu (Reauters 4 Disember 2015) menyindir Presiden Rusia Vladimir Putin yang dinilai hanya mengulang kaedah propaganda perang dingin ala Uni Soviet36. Mesin propaganda Soviet, setiap hari ia menciptakan kebohongan yang berbeda. Pertama, mereka akan percaya pada omongan mereka sendiri, dan kemudian mengharapkan dunia untuk percaya mereka. Ini adalah teknik kebohongan Pravda.
Penutup.
Jika propaganda blok Israel mahupun Rusia dijadikan hujah memang Turki akan dilihat bersekongkol dengan ISIS. Sebaliknya jelas segala polisi dan bajet negara Turki hari ini kelihatannya menjurus ke arah membela umat Islam di Syria malah serata dunia sehingga ke Asia Tenggara.
Jika benar Rusia menjumpai maklumat Turki terlibat berurusniaga gelap dengan ISIS mengapa tidak didedah awal? Bukankah ia amat penting menandangkan Rusia kononnya ghairah memerangi ISIS? Mengapa sebelum kes Turki menembak jatuh pesawat Rusia kedua pemimpin negara boleh sahaja duduk semeja berbincang strategi memerangi ISIS? Jelas Rusia dendam dengan Turki selepas Turki menembak jatuh peawatnya yang mencerobohi ruang udara Turki dalam misi mengebom kawasan awam. Dengan kedudukan ekonomi Turki yang kukuh di Eropah adalah kurang munasabah jika diakitakan sumber pebdapatan negara ini daripada aktiviti minyak haram yang pastinya dilakukan melalui para mafia yang berpengaruh. Turki juga sanggup kehilangan USD 10 juta dalam ekonominya bersama Rusia hanya kerana tegas menembak jatuh pesawat Rusia yang mencerobohi ruang udaranya. Malah Rusia hanya berpura-pura memusuhi ISIS hakikatnya mereka menembak kawasan pelarian Syria yang teraniaya.

Sungai Petani
12 Feb 2016
017 6291368


1 Kemunculan dua negara dua blok kapitalis dan sosialis adalah hasil Freemason yang mencatur polisi dunia.
2 Diskusi ringkas melalui whatsap penulis dengan Presiden mapim pada pagi 9 Februari 2016.
7 ISIS mempunyai hubungan buruk dan ditentang oleh hampir ulama’, masyarakat dan semua kumpulan pembebasan Iraq samada yang berasaskan Islam, syiah, sekular, kabilah mahupun bekas anggota Baaths seperti Islamic Army of Iraq, HAMAS of Iraq, Brigade Revolusi 1920, Jamaa Ansar al-Sunnah, Tentera Mujahiddin dan Tentera al Mahdi. Dalam sepucuk surat yang dikeluarkan oleh al Jazerra, pemimpin al Qaeda Ayman al Zahawiri cuba mendamaikan antara 2 kumpulan itu tetapi tidak diendahkan oleh ISIS. Akhirnya pada Februari 2014, aQG secara terbuka mengisytiharkan ISIS bukan dari kalangan mereka. Ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum ISIS didakwa kononya mempunyai kekuatan yang berjaya menawan Mosul sedangkan ISIS tinggal bersendirian.
12 Temubual dengan Saudara Nasaie Ismail bekas wartawan Mastika, Al Islam yang pernah menyaksikan pilihanraya di Turki.
20 Menurut Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf Jkuasa Pembelaan Ummah Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor, ISIS berasal dari kumpulan `al Qaeda in Iraq’ (aQI) yang ditubuhkan setelah Amerika menakluk Iraq pada 2003. Diketuai oleh Abu Musab Al Zarqawi, yang berasal dari Jordan, aQI mengambil pendekatan yang keras bahkan kekadang menyalahi syara’ seperti membunuh secara kejam tanpa bicara sesiapa yang disyaki menjadi tali-barut Amerika, cuba menggagalkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Iraq dengan menculik dan membunuh aktivis kemanusiaan serta melakukan serangan untuk melagakan Sunni dan Syiah di Iraq. Fahaman mereka yang keras langsung menolak Syiah sebagai kafir. Tindakan ekstrim ini menyebabkan mereka ditolak oleh rakyat Iraq bahkan tidak dipersetujui oleh pimpinan Al Qaeda Global (aQG) termasuk Osama bin Laden sendiri. Hubungan aQI dengan aQG mulai renggang dan akhirnya diputuskan pada Februari 2014. ISI S meluaskan cita-citanya ke Syria dan mula mengguna-pakai nama `Islamic State in Iraq and Syria’ (ISIS). Namun kemasukan ISIS ke Syria tidak dipersetujui oleh kumpulan Jabat An Nusra yang mewakili alQaeda Global di Syria. Kedegilan ISIS membawa kepada pertempuran antara kedua pihak dan menyebabkan ISIS semakin terasing di kalangan mujahidin Iraq dan Syria. Bukan sahaja di Iraq, ISIL juga menimbulkan kemarahan kumpulan pejuang di Syria. Percubaan ISIS untuk mengembangkan sayap ke Syria ditentang oleh semua kumpulan pejuang Syria, samada yang berasaskan Islam mahupun sekular.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...