Pembaca Setia

Sunday, September 18, 2016

SIAPA WATAK YANG MEMUSNAHKAN AGENDA ISLAH UMAR ABDUL AZIZ


Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM

Antara agenda utama selepas Umar Abdul Aziz dinobat dan dibaiah sebagai Khalifah Umayyah selepas kewafatan Sulaiman Abdul Malik adalah memecart, menggugur dan menurunkan pemimpin yang ada ‘track record’ korup, bengis, zalim, mudah tumpahkan darah serta tidak meletakkan rakyat sebagai agenda utama.

Antara pemimpin yang menerima takdir ini adalah :
1.Yazid bin Abu Muslim - Gabenor Afrika Utara
2.Muhammad Bin Yusuf- Gabenor Yaman (saudara Hajjaj yang 2x5 sifat bengisnya)
3.Yazid bin Muhallab- Gebenor Iraq
4.Harris Bin Abdul rahman - gabenor Andalusia (Andalus dibuka di zaman Al Walid Khalifah sebelum Sulaiman)

Yazid Bin Muhallab ini tidak mahu menyerahkan harta rampasan penaklukan Tabaristran serta bangun nmemberontak terhadap Umar. Umar berjaya menangkap dan memenjarakan Yazid. 

Yazid menerima keamanan dan tidak disiksa sepanjang dalam tahanan Umar. Hal ini menimbulkan rasa hormat pemberontah seperti Yazid terhadap Umar yang adil. Beliau melarikan diri daripada penjara di saat Umar sakit menahan keracuanan akibat pengkhianatan yang berlaku. Beliau menulis surat kepada Umar meminta maaf terpaksa melarikan dirikerana yakin Yazid Bin Abdul Malik (saudara kepada Walid, Sulaiman, Hisham anak-anak Abdul Malik) akan emmbunuhnya secara sadis.

Hal ini kerana Yazid Al Muhallab menyokong tindakan Sulaiman menyiksa keluarga Hajjaj yang zalim sedangkan Yazid Abdul Malik senada dengan bapa mereka (khalifah berempat) yang sayangkan hajjaj yang zalim itu.


Umar juga melakukan tindakan menaikan golongan ulama sebagai penasihat, pakar rujuk negara. Umar sendiri naik takhta akibat saranan ulama’ soleh bernama Raja’ Bin Haiwah Al Kindi terhadap Sulaiman. Jika tiada Raja’ maka keturunan Abdul Malik lah yang akan meneruskan legasi Sulaiman sedangkan Sulaiman tidak berkehendakkan saudara-saudaranya sendiri.

Antara ulama’ yang dinaik taraf sebagai qadhi dan mufti adalah:
1.Hassan Al Basri di Basrah (tabiin terkenal dan amat alim malah memiliki mazhab fiqh tersendiri)
2.Amir As Sya’bi di Kufah
3.Abu Bakar Abdul Rahman di Madinah
Beliau juga menarik semua elaun, duit keramaian dan harta yang diperolehi selain gaji para pembesar dan qadhi-qadhi tetapi menaikkan gaji Gebenor sehingga 300 dinar di saat itu untuk mengelakkan rasuah!
Umar juga menghentikan peperangan inter-mazhab/firqah serta menggalakkan dakwah terhadap syiah dan khawarij. 
Umar juga tidak memaksa Bahasa Arab menjadi uni-lingua sepertimana pemaksaan di zaman bapa mertuanya Abdul Malik Bin Marwan sekaligus menjadikan kaum ajam berbondong memeluk Islam kerana mudah menggunakan bahasa masing-masing.
Beliau juga menamatkan jizyah bagi muallaf yang sebelumnya dipaksa oleh Khalifah sebelumnya menyebabkan ramai non muslim tertarik memeluk Islam di zamannya. Hebat Umar ini!

Tindakan menzahir kebenaran dan menghilangkan kepalsuan persepsi adalah beliau menukar kalimah mencaci dan menyindir keturunan Saidina Ali kepada bacaan ayat Al Quran surah An Nahl ayat 90 yang mana bacaan itu kekal sehingga kini malah dipraktikkan dalam khutbah di Malaysia/Nusantara. (sebelumnya Empayar Umayyah menutup minda rakyat Syam, melarang diceritakan kisah sebenar  terutamanya hal mengenali kehebatan keluarga Ali menantu Rasulullah sehingga ada kepincangan rakyat Umayyah daripada mengenal sahabat-sahabat Nabi secara lengkap dan adil.)

Antara bidaah hasanah yang dilaksana Umar dalam menaiktaraf ilmu agama serta memudahkan pembelajaran agama adalah:
1.Umar bin Abdul aziz mengirim surat kepada beberapa ulama dan penguasa yang berisi perintah untuk segera menghimpun Hadis-hadis yang masih tersebar di masyarakat. Salah seorang penguasa yang mendapat perintah tersebut adalah Abu Bakar bin Amr bin Hazm (w. 120 H), sebagai gubernur Madinah. Dia diberi tugas untuk mengumpulkan Hadis yang ada pada Amrah binti Abdurrahman bin Sa’ad bin Zurarah bin ‘Adus al-Anshari (20-98 H), seorang murid kepercayaan ‘Aisyah, dan al-Qasim ibn Muhammad ibn Abu Bakar al-Shiddiq (w. 107 H) seorang pemuka tabi’in yang merupakan salah satu dari tujuh fuqaha Madinah. 
2.Memerintah ulama yang dipercaya melakukan tugas yang sama adalah Abu Bakar Muhammad Ibn Muslim ibn Ubaidillah ibn Syihab al-Zuhry (w. 124 H), seorang tabi’in yang ahli dalam bidang fiqih dan Hadis. 
3.Umar Abdul Aziz mewajibkan  negara menanggung nafkah para ulama, para dai, dan para ilmuwan agar mereka dapat beri tumpuan penuh terhadap program ilmiah yang mereka dalami secara terperinci dengan cara penetapan gaji bagi mereka sehingga mereka tidak sibuk menyelesai beban kehidupan.Umar Abdul Aziz memberi 100 dinar dari Baitul Mal bagi orang-orang yang berdakwah.
4.Beliau turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW. Beliau juga meriwayatkan hadis dari sejumlah tabiin lain dan banyak pula ulama hadis yang meriwayatkan hadis daripada beliau.
5.Beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
6.Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam.


Siapa peruntuh agenda Islah selama 2 setengah tahun ini?
Yazid bin Abd Malik atau Yazid II (687-724) ialah khalifah Kerajaan Bani Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 720 sehingga kematiannya pada tahun 724. (4 tahun)
Pemerintahan Yazid diselaputi dengan masalah dalaman dan luaran kerajaan. Pelbagai perang saudara tercetus di bahagian-bahagian yang berbeza dalam kawasan taklukan seperti di Sepanyol, Afrika, dan di timur.
Tatkala naik sahaja beliau habis kesemua polisi amar maruf dan nahi mungkar tinggalan Umar dipugarnya. 
Sebenarnya sebelum meninggal, Umar sempat menulis surat kepada Yazid, “Semoga keselamatan tetap terlimpah padamu. Saya ingatkan, jagalah umat Muhammad sebab engkau akan meninggal dunia. Engkau akan menghadap Zat yang tidak memberikan maaf untukmu.”
Pada masa awal pemerintahannya, Yazid bertindak menuruti polisi Khalifah Umar sebelumnya. Namun hal itu tidak lama. Menurut Imam As-Suyuti dalam Tarikh Al-Khulafa’, polisi itu berlangsung hanya empat puluh hari. Setelah itu terjadi perubahan ke arah negatif.

Yazid bin Muhallab yang melarikan diri dari penjara Umar dulu kemudiannya siap sedia memerangi Yazid Bin Abdul Malik di Iraq tetapi akhirnya tewas. Yazid melakukan biddah yang dicela ramai ulama apabila beliau menagkap semua ahli keluarga Yazid Muhallab dan dijadikan hamba sedangkan syariat Islam adalah ke arah penghapusan sistem hamba.
Yazid dianggap oleh ramai ulama’ sejarah sebagai bejat moral dan asyik dengan percintaan dengan dua hambanya bernama Sallamah dan Hubabah. Akibat kematian hambanya menyebabkan Yazid Abdul Malik menjadi separuh gila dan hanya terperuyk dalam istana. Demikian 4 tahun pemerintahannya yang cuba mengikis ketinggian taraf Umayyah yang dibina oleh Umar sebelumnya.
Yazid menletak adiknya Hisyam sebagai putera Makhkota kerana anaknya masih kecil (umar 15 tahun tatkala kematian Yazid) dan meletak anaknya Walid sebagai putera makhota kedua pula. 
Hisham umpama Umar kedua. Ramai yang tidak tahu sejarahnya secara terperinci sehingga hanya menganggap Umar sahaja khalifah Umayyah yang adil saksama. Hisyam amat berjimat, suka bersedakah dan memiliki sikap ‘transparency’ yang tinggi dalam audit negara. Rekod kewangan zamannya paling teratur dan telus. Hisham memerintah lama sekitar 20 tahun. Pernah menghukum anaknya agar jangan berkenderaan hanya kerana anaknya meninggalkan solat jumaat. Beliau juga membawa 40 orang saksi yang adil tatkala beliau ingin memasukkan wang ke dalam Baitul Mal. Inilah Umar Abd Aziz yang kedua. Namun begitu bezanya adalah Hisyam tetap bersifat assobiyah klerana hanya inginkan anaknya sebagai pewaris seumpama sikap abangnya dulu.
Siapa pula peruntuh selepas itu? Ya Walid bin Yazid kembali membuat onar selepas wafatnya Hisyam bapa saudaranya itu. Walid telah hidup dengan alkohol, bermaksiat dengan wanita secara terang-terangan dan menyiksa anak-anak Hisyam sepupunya sendiri! Malah At Tabari mencatat beliau  disyaki bersetubuh dengan para ibu tirinya!


Khalifah Walid ditentang oleh rakyat yang berbaiah dengan sepupunya yazid bin Al Walid bin Abdul Malik (anak Khalifah pertama keturunan Abdul Malik) segera melarikan diri ke kediamannya. Namun sepuluh orang di antara pasukan musuh berhasil menemukan persembunyiannya. Ketika dikepung beliau mengungkit, "Bukankah aku telah memberikan hadiah kepada kalian? Bukankah aku telah meringankan beban kalian yang berat? Bukankah aku telah memberi makan orang-orang fakir di antara kalian?"


Mereka yang mengepungnya menjawab, "Kami tidak membencimu dari diri kami sendiri. Kami mengepungmu kerana engkau terlalu banyak melanggar batasan-batasan aturan Allah. Engkau minum minuman keras, menikahi isteri ayahmu dan memperlekeh  perintah Allah."

Ia meninggal pada usia 40 tahun, dan kepalanya dipancung. Ia memerintah selama satu tahun dua bulan 22 hari. Penyokong Khalifah baru menggantungnya di dalam istananya sendiri.

Demikianlah kisah keadilan dan kezaliman yang pasang surut dalam pemerintahan Islam. Hal ini juga sama dengan mana-mana Empayar bukan Islam. Kecenderungan untuk kekal ego dan semangat assobioyah kekeluargaan menyebabkan yang mewarisi takhta tidak ingin dilihat sama seperti sebelumnya menyebabkan kezaliman dan kefasikan tidak menjadi perkara pelik bagi mereka.

Rujukan :
1.Prof Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam, 2007 Pustaka Darussalam
2.Prof. Dr. Ahmad Syalaby, Sejarah dan Kebudayaan Islam, 1976, Pustaka Nasional (Jilid 2)
3.https://www.academia.edu/16153031/UMAR_BIN_ABDUL_AZIZ_DAN_SEMANGAT_PENULISAN_HADIS?auto=download 
4.http://khazanah.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/11/04/23/lk38tp-daulah-umayyah-yazid-bin-abdul-malik-720724-m-menderita-tekanan-batin 
5.http://www.lampuislam.org/2013/09/kisah-walid-bin-yazid-raja-dzalim-yang.html 

Tuesday, September 13, 2016

DUA WATAK KONTRA DI KALANGAN KHALIFAH UMAYYAH; SUATU IKTIBAR SIASAH MODEN

Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM
Empayar kekhalifahan Umayyah selain dikagumi armada lautnya yang berjaya menyebarluaskan Islam ia juga sering dikaitkan sebagai pembawa bidaah dalam siasah dengan mengasaskan sistem monarki perwarisan takhta melalui perwarisan darah.



Menurut Prod Hj Abd Rahman Abdullah dalam bukunya Sejarah dan Tamadun Islam, dalam Islam soal nama atau jenis sistem yang digunakan dalam siasah adalah benda ijtihadi dan waqiiah menurut suasana sosio budaya, keperluan politik dan jenis rakyat yang ditadbir. Hal ini sejajar dengan Hadis Rasulullah bermaksud, “Kamu lebih mengetahui hal keduniaan kamu” (riwayat Imam Muslim)

Hal ini menunjukkan bagaimana Khalifah Umar Ibnu Abd Aziz yang diiktiraf sebagai di kalangan khulafa ar Rashidin ke-5 dan diiktiraf sebagai mujaddid yang pertama turut menerima sistem monarki untuk menerapkan pemerintahan berasaskan Islam, etika, akhlak dan kemajuan insani dan madani.
Tulisan ini cuba mengupas perilaku modifikasi sikap dan akhlak seseorang pemerintah selepas mereka menerima kekuasaan yang menjadi idaman ramai manusia.

Khalifah Abdul Malik Marwan: Dari soleh ke sebaliknya……
Abdul Malik bin Marwan bin Al-Hakam bin Abu Al ‘Ash bin Umayah bin Abdu Syams bin Abdu Manaf. Ibunya adalah Aisyah binti Muawiyah bin Al Mughirah bin Abu Al ‘Ash bin Umayah. Silsilah ayah dan ibunya bertemu pada Abu Al ‘Ash. Ibunya terkenal sebagai orang yang sangat baik perilakunya dan sifat-sifatnya. Abdul Malik lahir di Madinah pada tahun 26 H pada masa khalifah Usman bin Affan. 
Sejak kecil ia sudah menghafal al-Qur’an dan berguru langsung kepada Usman. Selain belajar menghafal al-Qur’an, ia juga belajar hadis, fiqh, tafsir, dan lainnya. Beliau di kenali dengan peribadi yang sangat cerdas.
Ibnu Sa’d telah meriwayatkan, bahawa penduduk Madinah berkata: Abdul Malik belajar menghafal Al-Qur’an dari Utsman bin Affan dan mendengar (belajar) hadits dari Abu Hurairah, Abu Sa’id Al-Khudri, Jabir bin Abdullah, dan dari para sahabat Rasulullah s.a.w yang lain. Dengan demikian tidak hairan, jika beliau dikenal sebagai orang yang ahli fiqh dan seorang ahli ilmu yang sangat mencintai ilmu. Begitu juga, ia pun seorang pujangga dan seorang penyair yang ahli dalam membezakan syair-syair, serta  memiliki pusat bertemu dan berdiskusi bersama para penyair dan pujangga untuk membahas tentang buku-buku kesusasteraan, seperti kitab Al-Kamil karangan Al-Mubarrad, kitab Al Amali karangan  Abu Ali, dan buku-buku kumpulan sastera yang lain.
Beliau di angkat sebagai Gubernor Madinah oleh Muawiyah semasa umurnya baru 16 tahun. Sebelum menjadi khalifah beliau di kenali dengan sikap zuhud dan di anggap sebagai salah seorang ulama Madinah. 
Namun selepas menerima jawatan Khalifah beliau meninggalkan dunia ilmu dan kezuhudan. Ahli sejarah mencatatkan kata-kata terkenal beliau iaitu “Inilah akhir riwayatku denganmu” kata beliau sambil menutup semushaf Al Quran selepas memegang amanah sebagai Khalifah.
Abdul Malik bin Marwan[ Abdul Malik dikenal dengan “Abdul Muluk” atau ayah para raja atau khalifah. Dijuluki demikian karena keempat anaknya sempat menjadi khalifah Bani Umayyah menggantikannya. Mereka itu adalah Walid, Sulaiman, Yazid, dan Hisyam] menjadi khalifah kelima Dinasti Umayyah pada usia 39 tahun. Ia menjadi khalifah atas wasiat ayahnya, Marwan bin Hakam. 
Setelah selesai baiah di Masjid Damaskus pada 65 Hijriyah, Khalifah Abdul Malik bin Marwan naik mimbar dan menyampaikan pidato singkat namun tegas yang dicatat sejarah. Di antara isi pidato itu adalah, “Aku bukan khalifah yang suka menyerah dan lemah, bukan juga seorang khalifah yang suka berunding, bukan juga seorang khalifah yang berakhlak rendah. Siapa yang nanti berkata begini dengan kepalanya, akan kujawab begini dengan pedangku.” Beliau memerintah di saat Umat Islam telah berbaiah kepada Abdullah Bin Zubair di Hijjaz selepas Khalifah Muawwiyah Bin Yazid mengundur diri tidak mahu berpolitik dan berperang. Muawwiyah Bin Yazid adalah Khalifah sebelum bapa Abdul Malik iaitu Marwan Bin Al Hakam menjadi khalifah bukan keturunan Abu Sufyan lagi. Jadi  Abdul Malik adalah Khalifah ke dua bukan keturunan Abu Sufyan. Maka keghairahan berpolitik membujur lalu melintah patah semakin ketara untuk menunjukkan keturunannya juga mampu mepertahan Empayar Umayyah.

Kekejaman Abdul Malik Bin Marwan
Abdul Malik menaikkan watak pembengis bernama Hajjaj sebagai orang kanannya. Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqafi(95 H/714 M) Dia adalah Orang yang paling terkenal di antara orang dekat Abdul Malik dan sekaligus gubenor yang paling masyhur dalam sejarah. Hajjaj terkenal sebagai seorang yang sangat licik, cerdas,keras, dan sekaligus kejam baik saat ia berada dalam keadaan yang hak dan tidak hak. Dia termasuk salah seorang jeneral yang memerangi Mus’ab bin-Zubair yang kemudian menjadikan Iraq berada di bawah kekuasaan Bani Umayah. Setelah itu dia diperintahkan oleh Abdul Malik untuk memerangi Abdullah bin Zubair untuk menaklukan Hijaz. Mereka berjaya menakluknya dan membunuh Abdullah bin-Zubair. Sejak itulah dia menjadi gabenor Hijaz. Hajjaj membawa pulang ‘kepala’ Abdullah Bin Zubair (dipancung) yang merupakan kanak-kanak pertama membaiah Rasulullah seusia 8 tahun dan insan yang sanggup meminum darah bekam Nabi. Jasad Abdullah yang juga merupakan sahabat Nabi itu pula disalib di sandar ke dinding Kaabah dan kezaliman ini didalam pengetahuan Abdul Malik yang bertaraf ulama’ Tabiin itu. Abdul Malik juga memaksa Said Bin Musayyab ketua segala tabiin untuk berbaiah dan akibat keengganan Said beliau disebat 50 kali dan diheret mengelilingi pasar untuk memalukan Tabiin berkenaan. Inilah sikap Abdul Malik yang asalnya seorang zuhud dan ahli hadis bertukar menjadi penyeksa para sahabat Rasulullah dan tabiin. 
Dalam plot kekejaman Abdul Malik dan Hajjaj ini, terdapat hukum fiqh siasiy yang boleh diekstrak. Islam mengajar kita untuk taat kepada pemerintah yang berkuasa untuk elak pertumpahan darah dan mafsadah yang lebih besar. 
1.Dalam Sahih Al-Bukhari dari ‘Abdullah bin Dinar, beliau berkata : “Takala manusia berkumpul membai’at Abdul Malik, saya menyaksikan Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata : “Sesungguhnya saya menyatakan akan mendengar dan taat kepada hamba Allah, Abdul Malik Amirul Mu’minin berdasarkan sunnah Allah dan sunnah Rasul-Nya sebatas kemampuanku, sesungguhnya anak-anakku juga demikian”.
Inilah perbuatan Ibnu Umar yang berbaiah kepada penguasa yang menang kerana sebelumnya ada dua Khalifah yaitu Abdul Malik bin Marwan dan Abdullah bin Zubair, tatkala Abdul Malik yang menang dan kekuasaan beralih kepadanya, maka beliaupun membaiah Abdul Malik. (Lihat : Fathul Bari  13/193).
2.Al-Baihaqy meriwayatkan dalam Manaqib Asy-Syafi’iy 1/448 : Dari Harmalah beliau berkata : “Saya mendengar Syafi’iy berkata : “Siapapun yang menang dalam merebut kekuasaan dengan pedang lalu disebut Khalifah, dan manusia bersepakat atas kepemimpinannya maka dia adalah Khalifah”.
3.Inilah prinsip yang disepakati para Imam dan para fuqaha`. Kata Al-Hafizh Ibnu Hajar : “Para ahli fiqih sepakat atas wajibnya mentaati penguasa yang menang ketika merebut kekuasaan dan wajib berjihad bersamanya. Dan sesungguhnya mentaati penguasa yang menang lebih baik dari pada memberontak kepadanya. Kerana perbuatan ini akan mengakibatkan pertumpahan darah dan pengangkatan rakyat jelata menduduki jabatan”. (Lihat : Fathul Bari 13/193).

Khalifah Umar Bin Abd Aziz ; dari mewah ke zuhud
Berbeza dengan sejarah hidup Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kezuhudan Umar Abd Aziz sehingga digelar Abu A’la Al Maududi sebagai mujaddid pertama ini serta khalifah yang pertama memerintah hadis disusun dalam bentuk riwayah sebenarnya bermula dengan sikap sebaliknya.

Tidak dinafikan keilmuan dan asas agama Umar adalah kuat dan menyeluruh. Cumanya beliau yang hanya berjawatan gabenor sebelum menjadi Khalifah tidak memikirkan nasib rakyat sedalam sebagaimana selepas beliau dibaiah pada hari kewafatan Sulaiman Bin Abd Malik. Menurut Prof Ahmad Syalaby yang memetik kitab As Sayuti iaitu tarikh Khulafa’, Umar pada awalnya bergelumang dengan wangian, sutera, nyanyian, muzik dan perabot yang mewah-mewah. Gaya beliau berjalan digelar sebagai Umariyyah iaitu gaya lenggang lenggok ala-ala Umar yang disukai para dayang. Kita juga mengetahui bagaimana Umar memaksa Fatimah isterinya menyerahkan barang-barang berharga ke Baitul Mal. Hal ini bermakna sebelum menjadi Khalifah isterinya memang memiliki barang mewah dalam hidup kerana merka berkahwin jauh lebih awal daripada pengangkatan Umar sebagai Khalifah.
Kehidupan Umar adalah kehidupan yang penuh bergelumang harta dan tenggelam dalam kemewahan yang biasa dilakukan oleh Bani Umayyah. Ia dididik dan dibesarkan dalam istana yang penuh kenikmatan dan kemakmuran hidup. Menurut  Zaid Husain Al-Hamid dalam kitab  Khulafa’ur Rasul Khalid Muhammad Khalid, harta kekayaan beliau  berlimpah-limpah, sehingga ia memiliki tanah-tanah perkebunan di Hijaz, Syam, Mesir, Yaman dan Bahrain. Dari sana ia mendapat penghasilan yang besar sebanyak 40.000 dinar setiap tahun.
Minyak wangi yang dipakai sangat mahal seharga 1000 dirham, dikatakan rakyat tahu bila Umar pernah melewati suatu jalan hanya kerana wangiiannya. Umar juga memanjangkan rambutnya,dan melabuhkan pakaiannya seumpama orang kaya lain.
Apakah sikap dan teladan baik Umar sehingga ada pemimpin beragama bukan Islam mengaku dirinya ingin menjadi seumpama Umar Abdul Aziz? Adakah semudah itu kita mengakui mengikuti Umar dan bagaimana sedekat mungkin kita boleh meneladaninya?

Langkah Perubahan Pertama
Umar telah menjadikan perinsip asas Islam sebagai titik rujukan untuk mereformasikan Empayar Umayyah. Umar segera mengembalikan seluruh harta peribadinya, baik berupa wang dan barang, ke Baitul Mal negara. Itu termasuk segala sandang pakaian yang mewah. Ia menolak tinggal di istana, menetap di rumahnya. Pola hidupnya berubah total dari seorang yang mencintai dunia menjadi seorang yang zuhud, yang hanya mencari kehidupan abadi di akhirat. Pendek kata Tuan Guru Nik Abd Aziz, Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Arwah Ustaz Azizan antara yang meneladani sunnah Umar ini. Hal inilah yang julung kali dilakukan sehingga Umar layak digelar mujaddid. Lagkah pertama inilah menjadi asas kepada langkah kedua reformasinya. .

Langkah Perubahan Kedua
Langkah selanjutnya yang dilakukan oleh Umar adalah langkah berjimat cermat dalam penyelenggaraan negara.  Hal ini telah membantu empayar menyelesaikan krisis ekonomi saat itu.
Pemborosan pada penyelenggaraan negara disebabkan birokrasi yang panjang dan administrasi dan sistem kenegaraan yang rumit. Dan juga gaya hidup mewah yang sering diperlihatkan oleh para pejabat pemerintah. Membudaya hidup sederhana, membersihkan organisasi dari korupsi, menyederhanakan struktur kenegaraan, menghapus birokrasi yang rumit dan panjang. Dengan cara itu, Umar menjadikan negara berjalan sangat efektif dan efisien.

Langkah Perubahan Ketiga
Umar juga melakukan pengagihan semula kekayaan negara. Sebenarnya dengan melakukan langkah perubahan kedua, Umar telah melakukan penghematan belanja negarat. 
Jumlah pembayar zakat terus meningkat, sementara jumlah penerima zakat terus berkurang, bahkan habis sama sekali. Para amil zakat berkeliling di pelosok-pelosok Afrika untuk membahagikan zakat, tapi tak seorang pun yang mahu menerima zakat. Bermakna, para mustahiq zakat benar-benar habis secara mutlak. Sehingga negara mengalami surplus. Maka agihan kekayaan negara selanjutnya diarahkan kepada subsidi pembayaran hutang (swasta), dan subsidi sosial dalam bentuk pembiayaan rakyat dasar yang sebenarnya tidak menjadi tanggungan negara, seperti biaya perkahwinan. Dalam kitab Al-Amwal, Abu Ubaid menceritakan ketika Umar  memberikan gaji kepada para pegawainya beliau mengasas pula zakat pendapatan. Maka beliaulah pengasas Pemungutan zakat atas pendapatan gaji sekarang. ljtihad lainnya di bidang zakat pada zaman kekhalifahan Umar bin Abdul Aziz ialah melaksanakan pemungutan zakat atas harta pemberian, hadiah, barang sitaan dan lain-lain. 

Kesimpulan 
1.Nasib bagi seseorang politikus atau pemimpin adalah berdasarkan khatimahnya sama ada baik atau buruk bukan sekadar latar belakang, pendidikan dan keturunan.
2.Pandangan Ibnu Umar dan beberapa sahabat dan tabiin berkaitan pengiktirafan sesebuah kerajaan walaupun zalim adalah sama sepertimana yang pernah diungkapkan oleh Almarhum Dr Ramadhan Al Buti  berkenaan pendiriannya yang mengelakkan pertembungan dengan kerajaan Syiah Assad di Syria walaupun pandangan beliau dipertikai ramai ulama’ yang tidak kenal waqi di Syria.
3.Untuk melakukan sesuatu reformasi, pendirian berasaskan aqidah, syariah dan kembali kepada sunnah Rasulullah dalam pentadbiran adalah ciri utama agar perubahan layak digelar islah. Perubahan juga perlu memainkan elemen pembersihan, peneguhan, ‘cakap serupa bikin’ dan istiqamah. Hal inilah yangt dilakukan oleh Almarhum Tuann Gurui Nik Abd Aziz semasa memperkukuh ekonomi Kelantran dengan menyucikan simpanan daripada akaun konvensional, memperkenal pelbagai skim tanpa riba dan menggalakkan pertumbukan secara konsisten menurut syariat walaupun tidak mencacak graf peningkatannya. 
4.Menurut syariat itulah resepi utama Umar Abd Aziz.


Rujukan:
1.Prof Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam, 2007 Pustaka Darussalam
2.Prof. Dr. Ahmad Syalaby, Sejarah dan Kebudayaan Islam, 1976, Pustaka Nasional (Jilid 2)
3.Dr. Fathi Yakan, Perjalanan Aktivis Gerakan Islam, 1995, Pustaka Nasional.
4.http://heromuslim.blogspot.my/2015/04/abdul-malik-bin-marwan-646-705-m.html
5.http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/11/04/22/lk1d8h-daulah-umayyah-abdul-malik-bin-marwan-685705-m-ayah-para-khalifah
6.http://an-nashihah.com/?p=554

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...