Pembaca Setia

Monday, August 25, 2014

MASJID RUNTUH DI GAZA; PEDULIKAH KITA DI SINI?



MASJID RUNTUH DI GAZA; PEDULIKAH KITA DI SINI?
Muhammad Nuruddin Bashah

Rata-rata NGO yang memperjuang isu kekejaman Zionis di bumi Gaza akan membawa banting, baner dan poster yang menampilkan ilustrasi atau foto masjid-masjid yang musnah dan runtuh di sana.

Ada yang sayu, bersimpati dan tidak kurang ada yang hanya berlalu tanpa sebarang komen. Mungkin berfikir apakandaya untuk membantu, atau pasrah dengan ujian terhadap kaum Islam sepertimana yang dijanjikan dalam hadis-hadis Baginda berkenaan keadaan akhir azaman atau tidak kurang beranggaan, ‘apa aku peduli’.

Paling mutakhir, beberapa jam sebelum makalah ini ditaip, penulis mendapat maklumat bahawa hampir 90 peratus bangunan masjid Masjid Umar Abdul Aziz, Beit Hanoun,Gaza musnah dibedil Zionis laknatullah.

Penulis terpanggil untuk menghidangkan topik ini kerana masjid berkenaan adalah masjid kita rakyat Malaysia. Apa buktinya? Masjid ini sebenarnya dibina semula hasil bantuan NGO, rakyat Malaysia serta kutipan bulanan beberapa masjid di Malaysia. Itu masjid kita dan Yahudi sedang memusnahkan hasil kutipan kita!

Bulan lalu, penulis bersolat Jumaat di Masjid Kampung Berapit Tikam Batu Kedah memandangkan masjid itu antara yang dekat dengan kilang tempat penulis bekerja.

Suatu ketika, pengerusi masjid itu berucap dengan nada esakan tangisan kecil sebelum khutbah dimulakan. Ruapanya si pengerusi masjid sedang hiba dan sedih menceritakan tembok di bahadapan masjid musnah akibat dilanggar lori. Malah pengerusi menceritakan juga betapa susah payah penduduk mengumpul wang hangus begitu sahaja apabila tembok rumah Alah di kampung itu musnah.

Itulah emosi masyarakat melayu dan ia kekal dari dahulu hingga kini. Bermakna, kaum Melayu Islam cukup sensitif dengan isu masjid cukup cakna dengan isu kemandirian dan pengekalan masjid walaupu mungkin tidak ramai yang cakna isu kemakmuran akiviti masjid. Sekurang-kurangnya ia mencukupi menandakan iman di hati para kaum Melayu Malaysia.


Perasaan Melayu Islam belum cukup tersentuh
Bagaimana dengan isu masjid-masjid yang musnah saban hari di Gaza? Bagaimana sensitviti kaum Melayu apabila mendengar ada jemaah masjid yang mati terhempap bumbung masjid ketika bersolat jamaah? Apa reaksi kita di sini melihat foto-foto rakyat Gaza solat di celahan serpihan dinding masjid yang runtuh?

Sebenarnya isu ini belum dipalu bersungguh-sungguh di kalangan masyarakat kita. Sikap ‘jaga tepi kain orang’ kaum melayu belum terusik lagi kerana maklumat dan aktiviti kesedaran belum cukup. Media massa perdana juga belum menghebah besar-besaran. Ia belum cukup untuk mengatakan kaum islam malaysia tidak peduli!

Pada 25 Juai lalu iaitu hari ke -17 serangan Zionis di Gaza, pihak NGO MAPIM dan beberapa NGO lain telah membuat sidang media menceritakan layat belakang masjid berkenaan. Masjid An-Nasr dan Masjid Umar Abdul Aziz serta Surau Syeikh Solah Syahadah, telah dibina Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggunakan sumbangan derma rakyat Malaysia. MAPIM antara badan kemanusiaan Malaysia yang menggerakkan misi kemanusiaan ke Gaza, selain Mercy Malaysia dan Aman Palestin sejak serangan bermula 8 Julai lalu.
Tiga rumah ibadat itu terletak di Beit Hanoun di utara Gaza, antara lokasi tumpuan serangan rejim yang mengorbankan lebih 730 warga Palestin dan mencederakan 4,605 yang lain pada hari ke-17 serangan berlaku.

Setiausaha Agung MAPIM, Abdullah Ismail, berkata kedua-dua masjid mengalami kerosakan kritikal, termasuk menara Masjid An-Nasr yang musnah dibedil Israel, manakala Surau Syeikh Solah Syahadah pula musnah sepenuhnya dalam serangan hari ketiga tentera Zionis. Surau itu dibina dengan kos RM31,000, terletak kira-kira 800 meter dari sempadan Israel1.

Masjid Masjid An –Nasr dapat digunakan kembali dengan kos pembinaan bernilai RM951,696 hasil wang rakyat Malaysia selepas musnah pada tahun 2006. Bertuah rakyat Malaysia kerana berjaya menyelamatkan masjid tertua di daerah itu yang dibina pada 129 Masihi, Masjid An-Nasr merupakan antara masjid untuk kemudahan lebih 45,000 penduduk di bandar tersebut.

Masjid Umar Abdul Aziz Bait Hanoun pula bernilai RM 1.9 juta telah dibangunkan semula atas daya usaha MAPIM sebagai satu lagi mercu tanda sumbangan rakyat Malaysia dalam rangka menjayakan gagasan MAPIM iaitu Rebuild Gaza for A Nation.

Tahun 2013, Perdana Menteri Palestin Dr Ismail Haniyeh pernah menyanjung tinggi usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengumpul dana untuk membangunkan semula Masjid Umar Abdul Aziz di Beit Hanoun. Hal ini sedikit sebanyak menaikkan imej dan nama negara Malaysia yang banyak membantu rakyat Gaza.

Ucapan beliau ketika merasmikan pelancaran masjid tersebut pada 27 Mei 2013 turut dihadiri Presiden MAPIM, Haji Azmi Abdul Hamid. Masjid Umar Abdul Aziz musnah selepas dibedil tentara Israel dalam serangan tahun 2008-20092.

Kini Masjid Umar Abdul Aziz di Beit Hanoun, Gaza hancur semula menyembah bumi selepas dibedil 3 roket F16 Zionist 24 Ogos. Masjid ini merupakan projek masjid ke-7 dari 9 buah masjid dalam Gaza. Project Masjid ini adalah projek kembar NGO bersama Masjid Al-Falah USJ9.

Sebenarnya sejak tahun 2008 telah 251 buah masjid di Gaza telah dimusnahkan oleh Zionis yang zalim! Hal ini tidak diperhebahkan sehingga kita kelihatan ketinggalan dalam membela sejumlah besar masjid-masjid ini3.



Isu Masjid Kampung Rawa- menilai sensitiviti umat Islam.
Ketika penulis dibangku sekolah, ramai anak muda Islam berkumpul dan berpadu tenaga ingin membela surau di Kampung Rawa Pulau Pinang pada tahun 2008. Isu ini cukup hangat sehinggakan para pelajar yang terlibat dlam perguruan silat ingin menguji ilmu mereka disitu. Isu ketegangan masjid berlaku antara penduduk kampung dengan penganut Hindu yang membina masjid berdekatan dengan masjid berkenaan.

Pada 27 Mac 1998 ketegangan memuncak selepas sembahyang Jumaat setelah ada yang saling membaling batu. Kira-kira 1500 - 2000 orang Islam berkumpul untuk sembahyang Jumaat. Ada saksi yang menyatakan jumlahnya mencapai 5000 orang termasuk dari Kedah, Kelantan dan Perak.Masjid Kampung Rawa itu hanya menampung 200 orang sahaja. Kira-kira 200-300 penganut Hindu berkawal di kuil mereka. Tidak ada sebarang pertumpahan darah , kecederaan atau kematian . Polis FRU telah melepaskan gas pemedih mata setelah 4 orang cedera. Penulis tidak bermaksud menulis untuk mengapikan sikap perkauman4.

Hal yang ingin penulis tampilkan adalah keghairahan kaum Islam Malaysia mempertahan masjid. Ia terpuji tetapi adakah ia istiqamah dan berasaskan andasan yang benar?

Masjid Babri sebuah diruntuh-satu Malaysia bersedih
Suatu ketika perasaan umat Islam sedunia termasuk rakyat Malaysia terjentik dengan isu perobohan Masjid Babri di India. Konflik antara umat islam dan penganut Hindu di India zaman berzaman menyaksikan masjid berkenaan diruntuhkan. Berapa ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh penganut Hindu di India5.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India6.

Dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Kuasa Allah, Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab 'suci' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh pada tarikh 6 Disember 1999 itu, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.



Kisah Masjid Babri dijadikan nasyid oleh Kumpulan As Soff para pelajar Malaysia di Al Azhar dan lagu itu menjadi kegemaran para penasyid sekolah-sekolah sehingga rasa sedih nasib malang masjid ini dikongsi semua para remaja sekitar tahun 1990an.

Masjid yang runtuh sebuah itu ditangisi ramai. Masjid ratusan buah di Gaza dipandang ringan. Inilah yang perlu diambil perhatian semua pihak.

Khalifah dan ummah

Walaupun secara kajian sejarah, pentadbiran Abbasiyyah penuh dengan kemungkaran disebalik kehebatan ketamadunan kognitif aqliyyah, tamadun Abbasiyyah juga terkenal dengan pembelaan terhadap Umat Islam sedunia.

Walaupun kita mengkritik kerajaan Mu'tasim dan kelemahan pemerintahannya pada zaman Abasiyah, tetapi sekurang-kurangnya sebagai pemerintah dia menjadi protector kepada rakyatnya dalam beberapa keadaan.. Apabila seorang perempuan di Amuriyah (Amoria) yang telah dihina oleh orang lain oleh rakyat yang bukan Islam di negara berkenaan, perempuan itu dirampas barangnya, tangannya diikat, hijabnya dibuka, kain bawah dielak dan tersingkap pakaiannya, perempuan itu menyatakan "wahai mu'tasim, tolonglah aku.."

Seorang lelaki yg mendengar dan melihat peristiwa itu, lalu bermusafir jauh menuju ke menuju ke satu tempat bernama Samarrah tempat bersemayamnya Abu Ishaq Al-Mu’tasim bin Harun Ar-Rasyid. Si musafir itu berkata kepada Khalifah Mu'tasim.. "Bahawasanya aku melihat seorang perempuan yg telah dihina di negeri Amuriyah (Amoria) dan perempuan itu mengatakan wahai mu'tasim tolonglah aku.."

Mu'tasim bangun daripada kerusinya.. Berdiri dgn semangat.. Dan mengatakan "ya wahai ibu.." maka mu'tasim telah menggerakkan bala tenteranya pergi menawan Amuriyah hanya kerana telah menghina seorang wanita muslim.. Mu'tasim menulis surat yg terkenal, "Min 'Abdillah Mu'tasim ila kalbil Rum (Daripada hamba Allah Mu'tasim kpd anjing Rum).. apabila surat ini telah sampai kpd kamu maka aku beritahu, akan ku hantar tenteraku, yg mana kepala tenteraku sampai ke daerahmu negerimu, ekor tentera masih berada disisiku.."7.
Semboyan perang dibunyikan tanda peperangan telah berakhir. Kota Ammuriyah rosak teruk. 30,000 perajurit Rom terbunuh, manakala 30,000 lagi ditawan oleh tentera daripada Abbasiyah8.

Moral kisah ini cukup mudah.Sensitiviti seorang Khalifah yang menjadi pemimpin ummah cukup mengkagumkan. Hal ini memang tidak dapat dibandingkan dengan keadaan hari ini di mana kerajaan-kerajaan umat Islam tlah berpecah belah dan memiliki kepimpinan dan corak pentadbiran yang berlainan, berasas ideologi dan blok kuasa besar tertentu. Jika kuasa ketenteraan cukup jauh untuk kita gapai dalam perbahasan isu ini,mengapa tidak isu serendah sensitiviti dan kepekaan umat islam sedunia terhadap isu masjid diruntuhkan tidak dikumandangkan.
Masjid bukan sekadar isu kejuruteraan sivil, isu motof seni pada dinding atau pun isu jawatankuasa tahunan. Masjid adalah suatu falsafah agenda besar Rasulullah tatkala sampai sahaja di bumi Madinah.

Runtuh rumahtangga adalah agenda besar Iblis dan syaitan. Malah dalam tafsir Ibnu Kathir ada memuatkan kisah syaitan kurus yang dipuji Iblis hanya kerana berjaya mencerai beraikan sebuah keluarga. Tidak hairan rumahtangga yang musnah dikatakan oleh orang melayu sebagai meruntuhkan masjid. Yang sepenting mana rumahtangga begitu juga pentingnya sebuah bangunan bernama masjid.

Muhammad Nuruddin bin Bashah
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Akaun GIRO : 07100 – 29- 00006952-7
IC : 820102-02-5203
017 6291368




7 Ibn Athir dalam kitabnya “al-Kamil fi al-tarikh” mencatatan peristiwa yang berlaku pada tahun 223 Hijriyyah bersamaan 838 Masehi, yang dikenali dengan nama “Peristiwa Penaklukan Ammuriah”. Peristiwa yang dicatatkan dengan tinta emas ini berlaku di zaman Khalifah al-Mu’tassim, khalifah berbansa Arab terakhir kerajaan Abbasiyyah yang memerintah sekitar 833-842 Masehi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...