SEJARAH
PENJINAKAN HAIWAN KENDERAAN MENURUT SURAH AZ ZUKHRUF
Muhammad Nuruddin
Bashah
Bc Hons Eng UM
Kenderaan adalah
suatu keperluan manusia untuk bergerak seiring dengan naluri
manusiawi yang suka berkenal-kenalan, berineraksi, bermuamalah dan
mengurus kehidupan.
Sejarah
kenderaan manusia bermula dengan penemuan
roda pada sekitar 3500 tahun sebelum masehi yang digunakan untuk
mempermudah memindahkan suatu barang.
Tahun
|
Temuan
|
3500 SM
|
Penemuan roda, sebagai cikal
bakal transportasi modern
|
3500 SM
|
Kapal pertama sekali
dikembangkan
|
2000 SM
|
Kuda digunakan oleh manusia
untuk transportasi
|
770
|
Sepatu kuda digunakan untuk
pertama sekali
|
Kenderaan paling
asas dalam sejarah manusia menurut Al Quran adalah kapal dan
kenderaan berasas haiwan sejajar dengan penceritaan dalam Al Quran
sendiri. Kata Allah dalam Az Zukhruf ayat 12,
وَالَّذِي
خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا وَجَعَلَ
لَكُمْ مِنَ الْفُلْكِ وَالْأَنْعَامِ
مَا تَرْكَبُونَ
Dan Yang menciptakan
semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan
binatang ternak yang kamu tunggangi.
Menurut Prof Hamka
dalam Tafsir Al Azhar Jilid 9, ayat ini menunjukkan betapa pentingnya
perhubungan laut dan darat. Ketika Al Quran diturunkan kenderaan yang
ada hanya haiwan ternakan serta kapal-kapal.
Allah juga
menjelaskan betapa kenderaan adalah suatu nikmat antara
nikmat-nikmtNYa yang cukup banyak. Allah meminta hambaNya untuk
bertasbih dan berdoa semasa menggunakan kenderaan seperti ayat di
bawah.
Surat Az- Zukhruf
ayat 13-14
ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ
ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺳَﺨَّﺮَ ﻟَﻨَﺎ ﻫَﺬَﺍ
ﻭَﻣَﺎ ﻛُﻨَّﺎ ﻟَﻪُ ﻣُﻘْﺮِﻧِﻴﻦَ
ﻭَﺇِﻧَّﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺭَﺑِّﻨَﺎ
Maha Suci (Tuhan)
yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya
tidak mampu menguasainya dan sesungguhnya kami akan kembali kepada
Tuhan kami.
Ayat doa ini juga
menjelaskan suatu kemajuan dalam tamadun manusia iaitu menjinakkan
haiwan. Haiwan dijadikan oleh Allah bukan dalam keadaan jinak kerana
haiwan tidak memerlukan manusia untuk hidup sebaliknya manusialah
yang memerlukan haiwan untuk ditunggangi atau dijadikan haiwan
kesayangan.
Mulanya diburu
kemudian dijinakkan
Menurut
laman http://factsanddetails.com/
nenek moyang
haiwan ternakan
asalnya
diburu. Dengan pembangunan pertanian kampung awal telah dibina di
kawasan di mana bijirin telah dimakan oleh manusia dan binatang
semakin.
Ia telah teori bahawa haiwan sebenarnya
datang
ke pemburu dan pemburu tidak lagi berkeliaran dari tempat ke tempat
untuk mencari haiwan. Akhirnya
dengan sumber pertanian yang menjadi makanan haiwan ianya menjadi
mediaum penjinakan haiwan yang akhirnya mencetus idea menjadikan
mereka kenderaan pula.
Penemuan fosil
membuktikan hubungan antara manusia dan haiwan wujud sejak setengah
juta tahun dahulu. Walau bagaimanapun, hubungan manusia dengan haiwan
perlu dimulakan dalam konteks keagamaan. Begitu banyak kisah yang
disebutkan oleh Allah swt dalam Al-Quran tentang bagaimana manusia
telah dan perlu belajar dari makhluk yang lebih rendah daripadanya,
iaitu haiwan. Haiwan boleh menjadi sumber makanan kepada manusia,
membekalkan bahan untuk pakaian dan perlindungan, perhiasan,
pertanian, pengangkutan sehinggalah kepada ubat-ubatan, farmaseutikal
dan sebagainya.
Antara haiwan yang
sinonim sebagai kenderaan manusia pra sejarah adalah kuda, unta,
lembu dan gajah.
Penjinakan
unta
Istilah
dalam Al Quran untuk membezakan jenis unta menunjukkan ada zaman unta
tidak dapat dijinakkan manakala ada zaman unta dijinakkan.
Jamal bermakna unta. Ibil bermakna unta yang sudah boleh ditunggang
(rujuk surah al-Ghaashiyah).
Unta (bahasa
Inggeris: camel) ialah mana-mana satu daripada dua spesies ungulat
yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genus Camelus,
iaitu:
Camelus dromedarius
(bonggol
tunggal) yang terdapat di Afrika utara dan Asia barat;
Camelus bactrianus
(bonggol
kembar) yang terdapat lebih jauh di utara dan timur Asia tengah.
Kedua-dua jenis
berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara.
Wikipedia
mencatatkan manusia
membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu.
Namun
begitu Dr.
Afareez Abd Razak Al-Hafiz
dalam bukunya bertajuk Misteri
Firaun Musuh Para Nabi,
menyatakan untu belum lagi dijinakkan pada zaman Nabi Yusuf (sekitar
1500 SM) dan Nabi Musa (sekitar 1260 SM) sebaliknya unta hanya
dijinakkan semasa pemerintahan Rom di Mesir. (sekitar 300 SM). Unta
dijinakkan lewat berbanding kuda.
Dalam
Bible pula menyatakan unta
adalah salah satu haiwan
peliharaan yang diperolehi
Nabi Ibrahim
daripada
Firaun.
(Kejadian
12:16) Sewaktu hamba Ibrahim
mengadakan perjalanan jauh ke Mesopotamia, ia mengambil sepuluh unta
dari antara unta-unta majikannya
dan hal ini dipercayai
sekitar tahun 1900 SM.
Ada yang tidak
setuju dengan hal ini. New
International Version Archaeological Study Bible melaporkan,
Para pakar memperdebatkan pernyataan tentang unta ini dari segi
sejarah kerana
kebanyakan berpendapat bahawa
haiwan
ini rancak
dijadikan haiwan
peliharaan kira-kira pada 1200 SM, lama setelah zaman Ibrahim
(iaitu sekitar 1800 SM).
Tetapi, para pakar
lain berpendapat bahawa
meskipun unta mulai marak dijinakkan sekitar 1200 SM, hal ini tidak
berarti bahawa
binatang ini tidak digunakan sebelum waktu itu. Ia
adalah haiwan liar yang diburu untuk makanan dan kulit sama seperti
rusa di zaman moden ini.
Di Mesopotamia,
daftar bertulisan paku mencatat
perkataan unta dan
ada beberapa cap bergambar unta, yang menunjukkan bahawa
haiwan
ini mungkin sudah ada di Mesopotamia sekitar 1900 SM”, iaitu
pada zaman Nabi
Ibrahim (Abraham).
Dalam penetian
tersebut, sisa
radiokarbon menunjukkan
orang Israel menjinakkan unta sejak abad ke-12 hingga ke-9 SM.
Menurut Dr Erez Ben dan Dr Lidar Sapir dari Tel Aviv University's
Department of Archaeology And Near Eastern Cultures, kemasukan
unta di wilayah Israel merupakan awal pembangunan ekonomi dan sosial,
karena kesannya
a
sangat penting bagi kemajuan kota. Dari sampel analisis bukti
arkeologi dan temuan lokasi produksi tembaga di Lembah Aravah, mereka
memperkirakan tanggal awal penjinakkan unta.
Buku Civilizations
of the Ancient Near East menyatakan
sebaliknya. Menurut pengarang, terdapat bukti menunjukkan
bahawa
penjinakan unta sudah dilakukan di Arab tenggara sekitar 3000
[SM]. Awalnya, itu mungkin diternakkan untuk diambil susu, bulu,
kulit, dan dagingnya, tetapi kemudian manusia
mulai menyadari bahawa
unta dapat juga digunakan sebagai binatang beban. Disebutkannya 3000
SM,
jauh sebelum zaman Nabi
Ibrahim (zaman Nabi Ibrahim sekitar 1800 SM),
menurut
buku ini ianya didukung
oleh sisa-sisa tulang dan
penemuan arkeologi
lainnya.
Penjinakan
kuda
Sekitar
3000SM Tamadun
Sumeria dan Mesopotamia
sedang
berkembang. Kota-kota yang utama ialah Ur, Urech dan Kish. Pemerintah
wujud dalam bentuk negara kota. Orang Sumeria adalah kaum yang
pertama menggunakan roda
dan dipercayai kuda
mungkin dijinak ketika ini di Eurasia/Kaukasus.
Para peneliti di
Universita Cambridge mengatakan kuda diternakkan, dilatih dan
dikelola untuk penggunaan domestik di kawasan yang sekarang dikenal
sebagai Ukraina, Rusia barat daya dan Kazakhtan barat, daerah yang
disebut sebagai padang rumput Eurasia.
Bukti arkeologi yang
mendukung teori itu telah lama ada, tetapi tidak ada data genetik
untuk menyokongnya.
Studi-studi genetik menunjukkan sejumlah besar garis keturunan kuda
betina dalam kelompok kuda domestik, yang menunjukkan bahawa
penjinakan kuda terjadi dalam wilayah geografi
yang
luas.
Para peneliti dari
Cambridge yakin mereka telah menyelesaikan
misteri tersebut. Mereka mengatakan spesis
kuda liar Equus Ferus, berasal dari Asia Timur dipelihara di padang
rumput Eurasia barat sekitar 5.500 tahun yang lalu.
Menurut
National Geographic kuda
sudah menjadi binatang jinak bagi manusia sejak 6.000 tahun lalu.
Hasil penelitian genetik menunjukkan, kuda pertama kali ditaklukkan
manusia di Ukraina, barat daya Rusia, dan di bagian barat Kazakhstan.
Secara kesimpulannya
Al Quran telah menceritakan secara umum tanpa tarikh dan hanya ada
penunuk istilah untuk menggambarkan betapa pentingnya kejadia haiwan
dalam sosio kehidupan manusia. Allah menghendaki kita bertasbih
menyucikanNya atas kehebatan menjadikan haiwan sebagai kenderaan
manusia dahulu hingga selamanya.
Rujukan
No comments:
Post a Comment