AMERIKA DAN SENJATA CUACA USAHA KEKAL BERKUASA
Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan) UM
Para ahli falsafah mekanistik berpandangan bahawa alam
sekitar dan bumi ini adalah sesuatu yang mati tidak bernyawa. Justeru
ia dianggap komoditi secara semulajadi terjadi untuk memenuhi nafsu
dan kehendak manusia semata-mata.
Sedangkan Allah berfirman
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang
ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan
kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu.
( An Nisa’ : 126)
Jelas Alah sendiri meletakkan bahawa alam ada tuannya,
ada pengurus dan penjaganya. Maka manusia yang bermain-main di atas
muka bumi sebenarnya hanya menumpang sahaja dan jelasnya para
penumpang wajib mengikuti manual peraturan tuan pemilik alam sekitar
dan bumi berkenaan.
Ilmu alam semulajadi atau Ekologi
adalah ilmu yang mempelajari interaksi antara organisme dengan
lingkungannya dan yang lainnya. Berasal dari kata Yunani oikos
(“habitat”) dan logos (“ilmu”). Ekologi diartikan sebagai
ilmu yang mempelajari baik interaksi antar makhluk hidup maupun
interaksi antara makhluk hidup dan lingkungannya. Dalam
ayat di atas bukan sekadar islam menjaga sistem ekologi malah ekologi
juga berangkaian dengan ilmu
meteorologi iaitu
ilmu kaji cuaca yang juga merupakan kuasa Allah SWT yang diatur
dengan cantik dan bermanfaat untuk ekosistem dunia.
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah
berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan
sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu
melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang
melampaui batas. (Al A’raf :
31)
Manakala ayat kedua ini pula menjelaskan bahawa manusia
selaku hamba merangkap penumpang di muka bumi berpeluang menggunakan
sumber alam dan segala kekayaan muka bumi untuk makan minum, membiak,
bersosial, berniaga dan mengumpul kekayaan namun ia bersuifat
muqayyad (bersyarat) iaitu tanpa melebihi had dan batas.
Namun dunia yang dipacu oleh Amerika sejak Perang Dunia
II kelihatan lebih rakus mengeksploitasi alam semulajadi malah kini
mereka seolah berlagak sebagai tuhan apabila mampu ‘menguasai’
cuaca dunia pula!
Akhir zaman Dajjal dikatakan mampu menguasai segalanya
termasuk cuaca dan bencana alam. Adakah teori yang menyatakan Amerika
Syarikat sebagai dajjal sebelum kemunculan Dajjal sebenar suatu teori
yang benar?
Punca malapetaka dunia - melampaui batas (toghut)
Tulisan ini cuba mendedah sebahagian kerja batil manusia
memanipulasi cuaca sehingga ia merosakkan populasi manusia atas nama
kepentingan perang. Ia juga sebenarnya kian merosak ekosistem,
habitat haiwan serta flora baik di rimba mahupun ladang-ladang
pertanian.
Sebenarnya punca kerosakan alam sekitar akibat kerakusan
kapitalisme, mekanistik dan ahli ekonomi sekular adalah disebabkan
gejala melampaui batas yang diamalkan. Lihat sahaja kapitalis yang
ekstrim memberi lesen mengumpul harta kepada penganutnya, manakala
komunisme pula melampaui batas dalam ideologi membela kelas manusia
yang digelar proletariat (pekerja).
Akibat siap meampaui batas inilah menyebabkan alam
sekitar mengalami kemerosotan dari aspek hasil dan kelestariannya.
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972 menjelaskan bahawa
alam sekitar adalah: “Suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam
sama ada berbentuk material dalam kelompok masyarakat atau populasi
tertentu, pada waktu dan tempat yang tertentu bagi menyempurnakan dan
memenuhi keperluan manusia dari masa ke semasa”1.
Ibnu Abd. Rabbihi seorang
sejarawan, ahli etika dan geografi Cordova (lahir 860 M) mentakrif
alam sekitar di dalam kitabnya al-Jumanah bahawa: “Alam sekitar
ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang
wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya”2.
Al-Quran dan sunnah
memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar di
mana kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia untuk
mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan Allah
walaupun dibenarkan menggunakan sumber alam.
Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan
fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi
kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan
kemajuan negara serta kemakmuran bumi.
Keseimbangan ekosistem adalah matlamat dalam pengekalan alam sekitar.
Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan
mengurang. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di
atmosfera akan berkurangan
sekaligus menaikkan suhu dunia.
Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai
salah satu unsur terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi.
Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar
yang bakal dirosakkan oleh tangan manusia sendiri bukannay kerja jin,
iblis, malaikat atau haiwan.
Kata Allah :
Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut
disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum:
41)
Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik
dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa
yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).
Nabi SAW bermaksud; Sesungguhnya dunia ini cantik dan
subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai
manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya. (Riwayat
Imam At Tirmizi)
Manusia cuba capai urusan tuhan.
Jika dahulu teah muncul sihir dan ilmu perbomohan yang
cuba menguasai cuaca dan perjalanan alam sekitar , kini melalui
kajian sains dan teknologi manusia cuba pula mengurus dan mencipta
bencana alam melalui sains tanpa memerlukan sihir lagi.
Adakah perbuatan ini mulia berbanding perbuatan syirik
menggunakan sihir? Ternyata matlamatnya sama sahaja. Mutakhir ini
penggunaan sains untuk menghasilkan bencana alam sebagai senjata
ekologi adalah suatu yang pasti dan nyata terjadi.
Baru-baru ini Telegraph.co.uk
telah menyenarai
30 teori konspirasi terbesar sepanjang zaman,
dan HAARP
telah menduduki
kedudukan ke 27. Walaupun hanya di urutan ke-27, tetapi
akhir-akhir ini HAARP menjadi lebih
sering dibahas di dunia maya pasca
beberapa bencana yang terjadi seperti gempa dahsyat di China pada Mei
2008 yang disyaki diakibatkan oleh HAARP.
HAARP atau yang disebut sebagai High
Frequecy Active Auroral Program diduga
sebagai senjata rahsia milik Amerika. Dikhuatiri senjata ini nantinya
akan menyebabkan kerosakan alam yang tak boleh dipulih
semula. Jika
Nuklear ada perjanjian antarabangsa dan undang-undang yang melarang
atau menggencatkannya, senjata memanipulasi alam sekitar ini pula
tiada had dan penghalang. Amerika kerja siang dan malam agar senjata
tidak masuk akal berjaya dicipta demi mengekalkan empayar
neo-penjajahan mereka.
Menurut wikipedia, High Frequency Active Auroral Program
atau yang lebih dikenali sebagai HAARP adalah sebuah program
penyelidikan ionosfera yang dibiayai oleh Tentera Udara Amerika
(USAF), Tentera Laut Amerika Syarikat, Universiti Alaska (University
of Alaska) dan Defense Advanced Research Project Agency (DARPA) , dan
dikendalikan bersama-sama oleh Office of Naval Research (ONR) dan Air
Force Research Laboratory3.
Selain itu Universiti-universiti
ternama lain juga turut dalam pembangunan projek ini, diantaranya
adalah Stanford University, University of Massachussets
dan sebagainya. Program HAARP bermula pada
tahun 1990. ASalnya ia
bertujuan meneliti ionosfera dan menyiasat
potensi pembangunan teknologi untuk peranti tambahan ionosfera yang
berguna untuk komunikasi radio dan keperluan pendataan4.
Mantan
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS),
William Cohen, pernah memberitahu satu
seminar counter-terrorism pada April
1997, bahawa teroris sudah mula
menggunakan `senjata ekologi’ untuk menukar
cuaca, meledakkan gempa bumi atau
meledakkan gunung berapi secara jarak jauh
dengan menggunakan gelombang
elektromagnatik5.
Menurut Cohen, perkembangan seperti di atas adalah
benar. Lantaran itulah beliau
menggesa supaya usaha-usaha counter-terrorism AS
diperhebatkan untuk menangani
gejala berkenaan.
Biasanya jika sesuatu kebimbangan Amerika diutarakan ia
bermaksud untuk menjustifikasikan senjata atau taktik baru yang
sebenarnya adalah keinginan mereka. Itulah sifat umum Yahudi
-Amerika.
Oleh itu, tidak mustahil
yang dimaksudkan dengan `usaha-usaha counter-terrorism AS
diperhebatkan’ membawa erti bahawa AS
juga wajar menguasai teknologi dan
teknosains dalam bidang menukarkan cuaca, meledakkan
gempa bumi, meledakkan
gunung berapi secara jarak jauh menggunakan teknologi
elektromagnatik dengan
lebih baik dan lebih canggih daripada yang ‘kononnya’
dikuasai oleh pihak teroris?
Sebab itulah
banyak pihak mempercayai bahawa tentera udara AS kini mempunyai
kemampuan memanipulasikan cuaca, sama ada untuk ujian
atau kegunaan sebagai
Persoalan menarik yang berhubung kait dengan
keinginan Amerika 1997.
- Tsunami di Aceh, gempa bumi di Pulau Nias, perlanunan di Selat Melaka. Adakah ketiga-tiganya mengandungi agenda geopolitik asing terhadap Malaysia dan Indonesia di abad ke-21? Soalan ini wajar dihalusi oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia yang prihatin terhadap kesejahteraan Asia Tenggara, khususnya wilayah Nusantara yang mewarisi sejarah persahabatan sejak zaman berzaman.Keprihatinan ini wajar berpaksikan hakikat bahawa di abad ke-21 memang ada kuasa besar yang mahu menguasai beberapa lokasi strategik di Asia Tenggara. Antara lokasi tersebut ialah Selat Melaka yang dikuasai bersama oleh Malaysia dan Indonesia. Adakah satu kebetulan apabila pada 17 Disember 2004, Presiden George W. Bush mengeluarkan arahan eksekutif memberikan AS kuasa mengawal seluruh lautan di dunia, dan sembilan hari sesudah itu terjadi gempa bumi dan tsunami di perairan Aceh, Indonesia?
- `Misi kemanusiaan’ AS ke Aceh dikepalai oleh Leftenan Jeneral Blackman, Jeneral perang yang mengepalai pencerobohan AS ke Baghdad pada Mac 2003.
- Korea Utara dikatakan telah mengalami musim kemarau yang panjang dan kemudiannya diikuti pula oleh hujan dan banjir. Keadaan ini telah memusnahkan seluruh sistem pertanian di negara tersebut. Tidakkah ini akibat modifikasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik?
- Negara-negara seperti Iraq, Iran dan Syria juga mengalami keanehan cuaca sepanjang 1999. Adakah ini satu kebetulan? Atau, inikah kesannya manipulasi cuaca?
- Afghanistan pula mengalami kemarau empat tahun berturut-turut sebelum ia dilanda
Peperangan Antikeganasan Global (PAG) pada 2001.
Akibatnya, seluruh ekonomi
negara itu musnah dan rakyat jelatanya
dicengkam kebuluran.
Adakah ini satu kebetulan? Bukankah ini kesan manipulasi
cuaca yang digunakan
sebagai senjata strategik oleh sesetengah kuasa besar
dunia?
Pada tahun-tahun awal abad ke-20, seorang saintis mistik
, Nicholai Tesla, membuat penemuan bahawa
fungsi bumi sebagai grid elektrik global,
berdenyut pada frekuensi yang teramat
rendah, dipanggil ELF [Frequency sangat rendah]. Seterusnya, Tesla
mendapati bahawa grid elektrik global ini berfungsi sangat tepat,
dan berterusan.
Tetapi apabila mereka memancarkan frekuensi pada frekuensi yang sama,
mereka boleh membuat dan mengendalikan semua cuaca dan fungsi
tektonik bumi.
Idea di sebalik Kawalan Cuaca adalah mudah,
jika anda melihat sesuatu bencana alam, gempa misalnnya, ada suatu
kuasa tersebunyi yang menggerakkan bencana berkenaan. Hal ini
dipercayai suatu getaran gelombang dan ia boleh dimanipulasi.
Didedahkan juga hari ini projek
rahsia bernilai $30 juta oleh
Pentagon, dinamakan HAARP (High-Frequency
Active Auroral Research Program) dibuat untuk dipancar (dengan
kekuatan) lebih 1.7 gigawatts (billion) dengan kuasa radiasi ke arah
ionosfera - lapisan elektrik yang dicaj di atas atmosfera bumi. Untuk
mudah difahami 'apparatus' adalah timbal balik daripada menerimanya.
Ia akan menghangatkan lapisan atas atmosfera. Setelah (dipanaskan)
dan mengubah (kestabilan) ionesfera, radiasi akan memantul balik ke
arah bumi dalam bentuk gelombang yang tegar sehingga menghentam tubuh
kita, tanah dan lautan7.
Saintis terkenal dunia Dr Rosalie Bertell mengesahkan
bahawa Saintis Tentera Amerika
memang bekerja untuk
menjadikan sistem cuaca sebagai senjata
yang berpotensi. Kaedah termasuk mencipta
ribut dan pengalihan wap di atmosfera bumi untuk menghasilkan kemarau
yang disasarkan atau penghasilan
banjir8.
Pada tahun
1970-an, bekas penasihat Keselamatan Negara
(US) Zbigniew Brzezinski telah meramalkan
dalam bukunya "Between
Two Ages" bahawa:
"Teknologi akan menyediakan, kepada
pemimpin-pemimpin negara-negara besar, teknik untuk melakukan
peperangan rahsia, di mana hanya sedikit
sahaja pasukan keselamatan.
Pengubahsuaian cuaca boleh digunakan untuk
menghasilkan tempoh yang lama bagi
kemarau atau ribut. "
Marc Filterman, bekas pegawai tentera Perancis,
menggariskan beberapa jenis "senjata tidak konvensional"
menggunakan frekuensi radio. Beliau merujuk kepada perang
cuaca , menunjukkan bahawa Amerika
Syarikat dan Kesatuan Soviet telah "menguasai pengetahuan yang
diperlukan untuk melepaskan perubahan mendadak cuaca (taufan,
kemarau) di awal 1980-an.9
Teknologi ini membuatnya "mungkin
untuk mencetuskan gangguan atmosfera dengan menggunakan radar
frekuensi sangat rendah (ELF).
Menipu massa adalah agenda biasa Amerika
HAARP telah dibentangkan kepada umum sebagai program
penyelidikan saintifik dan akademik. Tentera
AS seolah-olah mencadangkan, bahawa
tujuan utama HAARP adalah untuk "mengeksploitasi ionosfera untuk
keperluan Jabatan Pertahanan10.
Tanpa secara jelas merujuk kepada program HAARP, satu
kajian Tentera Udara AS menunjuk pada penggunaan "pengubahsuaian
ionosfera" sebagai satu cara untuk mengubah corak cuaca serta
kononnya hanya untuk
mengganggu komunikasi musuh dan radar11.
Menurut Dr Rosalie Bertell
juga, HAARP adalah sebahagian daripada
sistem senjata bersepadu, yang mempunyai kesan alam sekitar yang
berpotensi merugikan:
Jika benar akan HAARP
benar-benar dijadikan senjata massal dan bukan sekadar iuntuk memecah
kod rahsia komunikasi musuh,maka AS memang sedang
mengendalikan cuaca, gempa bumi, badai, bencana kelaparan
dan sebagainya.
Kreativiti manusia yang zalim da toghut tidak akan berhenti kerana
selagi hayat dikandung badan, pemikiran dan tenaga akan dikerah untuk
pengekalan kuasa dunia mereka.
Amerika kian berusaha jadi juara bencana alam
Baru-baru ini Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyatakan
tegurannya kepada kerajaan Malaysia terus
mengadakan kerjasama latihan ketenteraan Amerika dengan Angkatan
Tentera Malaysia. Maklumat mengenai kira-kira 300 anggota tentera
Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani latihan tentera
bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia adalah petanda
jalinan Malaysia dengan tentera Amerika terus akrab.
Tentera Amerika tiba dengan sebuah pesawat boeing 777
yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu
malam Khamis, 11 September 2014.
Menurut maklumat umum tujuan
utama eksesais bilateral ini dikatakan adalah untuk meningkatkan
tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam
pengurusan bencana alam dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Namun benarkah Amerika benar-benar mahir serta ikhlas
mendidik masyarakat dunia berkenaan bencana alam sedangkan ramai
inteegensia negaranya sendiri mengesyaki sesuatu agenda jahat yang
dilakukan oleh Pentagon melalui agenda penguasaan alam semulajadi dan
cuaca.
Muhammad Nuruddin bin Bashah
017 6291368
1
Muhammad Sa’id dan Rasyid Ahmad. 1986. Al-Bi’ah wa musykilatiha.
Kuwait: Maktabah al-Falah. Hal. 25
2
Muhammad Abd al-Qadir Al-Fiqqiyy. 1993. Al-Bi’ah Musykiluha wa
Qadayaha. Kaherah: Maktabah Ibn Sina. Hal. 9
5
Others are engaging even in an eco-type of terrorism whereby they
can alter the climate, set off earthquakes, volcanoes remotely
through the use of electromagnetic waves.” – William S.
Cohen, U.S. Secretary of Defense, 1997
http://www.paranoiamagazine.com/2013/01/invisible-warfare-geophysical-weapons-of-the-secret-government/
8
The Times, London, 23 November 2000
9
. Intelligence Newsletter, December 16, 1999
11
Air University of the US Air Force, AF 2025 Final Report
No comments:
Post a Comment