PARIS ATTACK; APA SIKAP UMAT ISLAM?
Muhammad Nuruddin Bashah
“Perancis satu bandar lama di mana pencinta mampu berdakapan
bebas1.”
Demikian respon kartunis Charlie Hebdo sejurus
selepas tragedi yang cukup menakutkan rakyat Paris 13 November lalu.
Respon rakyat, jangan hilangkan keamanan di Paris. Aman bagi
terminologi sekularis Paris (yang pertama berjaya ditakluki Freemason
melalui Revolusi Perancis abad ke-18) adalah bebas melakukan apa
sahaja termasuk di sebalik kamar. Mengebom Paris umpama mencarik keamanan Paris.
Perancis memang diakui ada banyak dosanya terhadap dunia Islam. Dari
konspirasi menjahanamkan politik Islam di Mali sehinggalah
persekongkolan Perancis dalam ketumbukan NATO untuk menjadikan Syria
padang jarak padang terkukur. Namun itu bukan ‘illat utama yang
syariy untuk umat Ilam yang mengaku Islam untuk mengebom bumi
Perancis dengan megorbankan orang awam yang tidak berdosa.
Perancis sebagaimana NATO yang lain (kecuali
Turki dan seangkatan) tturut sibuk menyertai Amerika dan Rusia
untuk masuk campur dalam
konflik di Syria. Cek kosong mereka juga sama
walaupun berlainan blok pemikiran iaitu alasan menghapuskan ISIL yang
tidak tahu jalur sanad kewujudannya.
Perancis yang juga pro kepada Israel turut berperanan untuk menjadi
penghadang dan pelindung kepada Negara Haram Israel. Jadi mudah kata
Paris Attack yang juga lakonan ala Hollywood tajaan Yahudi Amerika
berjuan menjadi pencetus semangat atau papan sasar baru untuk
menyemarak kempen campur tangan di Syria yang sebenarnya memberi
kelebihan kepada negara haram Israel.
IS atau ISIS atau ISIL jelasnya menjadi alat untuk Yahudi
antarabangsa merealisasikan hasrat lama mereka mewujudkan Israel Raya
yang merangkumi seluruh bumi Syam, bumi Baylon dan Parsi.
Kembali kepada isu pengeboman orang awam di Paris
atau Paris Attack. Pihak manakah yang sebenarnya untung dengan
Tragedi Paris Attack?
Dalam tindakan teroris yang
menggempar ibukota Perancis, Jumaat
malam, 13 November 2015, yang membunuh
tidak kurang dari 153 orang dalam tujuh kali
serangan, baik tembakan mahupun bom
manusia, Dunia Islam dan kaum Muslim jelas
tidak beruntung2.
Ia cukup meresahkan pelbagai pihak termasuk pihak Barat yang lunak
serta giat merencana perancangan memperbaiki hubungan inter-agama di
Barat.
Seperti dijangka tidak lama selepas keganasan
berlaku, beberapa lokasi pelarian warga
Syria di Perancis menerima serangan balas
serangan. Kem pelarian menjadi ‘punching bag’
dalam hal ini.
Dengan bangganya ISIS pula
mengakui dan menyatakan bertanggungjawab atas terjadinya
serangan tersebut? Lebih menambah ‘perisa’
apabila ISIS (yang dipercayai kuat sebagai
agen Yahudi-Amerika) dikatakan mengancam jika Perancis masih
tetap mengebom rakyat Syria maka ISIS akan
melakukan serangan yang kedua. Pertanyaannya, ISIS
juga mengebom rakyat Syria? Siapa mampu tabayyun yang mana satu ISIS
yang mana satu mujahdin sejati yang pertahan pelarian rakyat Syria
yang tertindas?
ISIS pelakon filem jenayah tajaan Yahudi antarabangsa
Sudio-studio seperti Hollywood
sangat mudah membuat film-film penyiksaan ala ISIS dan
menyiarkannya ke seluruh dunia. Cari sahaja
di youtube kata kunci: “ISIS Hollywood studio”, maka akan muncul
banyak video berkaitan.
Lihat persoalan wartawan senior Al-Jazeera,
Dr. Faisal Al-Qassim. Kata beliau jika
benar ISIS yang melakukan Paris Attack mereka
(ISIS) menyerang Perancis yang mendukung rakyat
di Syria? (ISIS kononnya membela rakyat
Syria sunni dan memerangi Syiah-Basyar) Kenapa mereka
(ISIS) tidak menyerang Iran yang jelas
mendukung regim Basyar Al-Assad?”
Siapa yang untung dari tragedi berdarah ini?
- Pertama, kaum radikal dan ultranasionalisme Eropah, atau golongan Islamopobia, yang selama ini menolak untuk menolong para pelarian Syria di Eropah. Dengan adanya Paris Attack, maka mereka sekarang memiliki dalih yang kuat untuk semakin menolak kehadiran pelarian Syria.
- Kedua, semua negara yang tidak menyukai syariat Islam dan memusuhi para mujahidin. Maka dengan adanya Paris Attack, mereka merasa punya alasan kuat untuk lebih membenci Islam, mengkritik syariat dan yang memiliki kuasa pula akan terus membantai umat Islam, walau di banyak kes mereka tidak memerlukan dalil apa pun untuk membunuh kaum Muslimin.
- Ketiga, Basyar al-Assad dan sekutunya, di mana mereka akan menggunakan kejadian ini sebagai pijakan untuk semakin menindas menzalimi kaum Islam sunni Syria.
Yang rugi tetap umat Islam seluruhnya.
Perancis pula kini akan erat menjalin hubungan
dengan blok berlawanan NATO iaitu dengan Rusia sendiri untuk
membantai ISIS walaupun secara sifir utamanya, Basyar adalah musuh
Perancis dan kawan pula kepada Rusia3.
Walaupun namanya bergabung menentan ISIS, sebenarnya yang akan dibom
adalah
- muslim sunni yang menentang kezaliman Basyar (mujahidin sejati)
- rakyat Syria yang berada di kempen pelarian di sempadan Syria
- Rakyat Iraq yang tidak berdosa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada 26 November
menyatakan bahawa negaranya siap
bekerjasama dengan koalasi
tentera pimpinan Amerika, termasuk dalam
perkongsian maklumat intelijen dalam operasi membantai
ISIS di dan ucapan ini
berakhir dengan kes penembakan jatuh pesawat Sukhot Rusia yang baru
mengebom rakyat Syria dimana pesawat berkenaan jelas mencerobohi
ruang udara Turki walaupun Turki juga merupakan anggota NATO sekutu
Perancis.
Rentetan kerjasama itu juga kelihatan untuk
mepertahankan regim Syria yang pro sosialis, pro sekular dan syiah,
Rusia dan Perancis sepakat bahawa
presiden Syiah Bashar Al Assad tidak punya tempat dalam masa depan di
Syria, dan segera harus mundur dari
jawatannya. Hal ini
biasa apabila kritikan menjatuhkan ketua organisasi oleh anak buah
atau rakan sekutu kelihatan nada menentang tetapi sebenarnya kasih
dan sayang mereka adalah kepada pengekalan regim zalim berkenaan dan
bukannya berniat menentang kezaliman. Hal ini biasa termasuk dalam
negara kita sendiri.
Apa sikap kita?
- Teroris bukan Islam
Pertamanya penulis cuba membawa sikap ulama’
yang dihormati sedunia berkenaan isu ini. Sheikh Abdul
Rahman Sudais antaranya mengingatkan kita
siapa Teroris sebenarnya di Timur
Tengah.
Beliau yang juga Imam Masjidil Haram dan
Masjid Nabawi, mengingatkan umat Islam bahawa
bom barel yang dijatuhkan regim Bashar Al
Assad terhadap rakyat Syria lebih kejam dan
berbahaya dari serangan terorisme dan ucapan ini
dikeluar sejurus selepas isu Paris Attack4.
Dalam khutbah solat JumaatSheikh Abdul
Rahman Al-Sudais mengatakan, “Tidak akan ada hubungannya antara
Islam dan pengganas, kerana
pengganas tidak memiliki agama, negara,
ataupun kebangsaan.” “Islam adalah
agama yang penuh rahmat, kedamaian, kebaikan, toleransi, dan saling
menghormati dengan pemeluk agama lainnya,” jelas
beliau. Sheikh Abdul Rahman
Al-Sudais melanjutkan, “Tidak ada akal dan agama di dunia yang
membenarkan keganasan, pemboman,
penyerangan sehingga menumpahkan darah mereka yang tidak berdosa. Dan
Islam terlepas dari semua tindakan kejam ini kerana
tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur dan adil,
serta rahmat bagi semesta alam.”
Pimpinan politik rujukan umat Islam dunia, Erdogan
juga mengakui bahawa ISIS tidak ada
hubungannya dengan Islam5
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan juga
menyerukan sebuah front menyatukan pemimpin
Muslim untuk melawan ekstremisme pengganas
perlu diwujudkan kerana percaya bahawa siri keganasan akan berlaku
sehingga memalit muka umat Islam.
Bencana akan terjadi lagi jika kebangkitan "Islam" radikal
tidak dihentikan di Eropah, setelah
serangan Paris yang mengorban 129 orang dan
pemboman bunuh diri di Ankara yang membunuh
103 orang 10 Oktober 2015 lalu.
- Pengganas dunia sebenarnya adalah Israel
Dalam khubah itu juga Sheikh Sudais
memperingatkan bahawa teroris sebenarnya
adalah Zionis Israel yang menyerang Masjid Al Aqsa, dan mereka yang
menjatuhkan bom barel kepada saudara-saudara kita di Syria.
Jelas, Basyar dan Israel sama-sama redho dengan kematian ribaun warga
Syria sunni.
Erdogan sendiri dalam sidang media mengecam pihak
yang borong melabel muslim ebagai pengganas. Kata beliau
"Orang jahat boleh menjadi Muslim
serta Kristian dan Yahudi".
- Umat Islam jangan terpedaya dengan anarki!
Selalunya bila ada aksi akan berturutan dengan reaksi. Begitu juga
provokasi berdarah kian bercambah di Eropah pasca Paris Attack.
Walaupun begitu reaksi negetif daripada kaum bukan islam tidak melulu
dan menggila seumpama pasca 11 September 2001 dahulu. Hal ini kerana
kaum bukan Islam kian terbuka minda dan berlaku dialog inter-agama
yang baik pasca kes bangunan berkembar di Amerika dahulu. Yang galak
menyerang umat Islam adalah pemimpin negara Barat yang berkonspirasi
menjahanamkan umat Islam bukannya rakyat mereka. Hal ini perlu jelas.
- Keganasan di Paris jelas satu perencanaan blok Barat.
Pihak menghalalkan perang Syria lah yang
bertanggungjawab merencana plan Paris Attack dan ISIS boneka mereka
hanya penambah perisa6.
Lihat sahaja pengakuan Samid Dawud yang
dikaitkan sebegai salah seorang terlibat mengebom Paris. Samid
Dawud Abdul Hadi (20 tahun) mengaku terkejut
melihat foto mukanya tersebar luas
sebagai pengebom di Paris
pada 13 November lalu. Manakan tidak, ketika serangan Paris,
pemuda Palestin itu berada bersama keluarga
di rumah nya di Desa Nuseiret, Gaza, Palestin.
Tiba-tiba sahaja fotonya disebar
merata stesyen televisyen. Bleiau yang merupakan
mahasiswa kuliah ilmu jurnalistik di Universitas Al-Aqsa ini
menegaskan bahawa aksi keganasan tanpa sebab
umpama di Paris bercanggah dengan Islam.
Tidak pelru dihairankan, wajah semua pemuda Gaza dan Tebing Barat
semua ada dalam simpanan Mossad Israel dan mudah sahaja gambar mereka
dieksploitasi.
No comments:
Post a Comment