ERDOGAN MAHU BERAKHIR SEBAGAI SULTAN UTHMANIYAH?
Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM
Erdogan tamakkan kuasa seumpama kuasa Khalifah Uthmaniah?
Benarkah susuk tubuh bernama Erdogan mula melancar agenda
totalitarian, autokrasi dan bercita-cita untuk menjadi pemerintah
feudalisme atau dengan kata ringkas berdasarkan media Barat Erdogan
ingin kuasa umpama Sultan Uthmaniyah? Jika benar ingin mengembali
Turki ke era kegemilangan Khalifah, ia bukan isu besar. Ramai
pergerakan Islam akan menyokong Turki. Namun begitu monarki dan
feudalisme hanyalah metod pentadbiran. Monarki bukan sisem yang
popular untuk diperkenal bagi sebuah negara yang telah kehilangan
takhta monarki selama 91 tahun. Sasaran adalah kegemilangan,sultoh
dan kepimpinan Islam tisak kira dalam bentuk demokrasi, senat,
republik mahupun monarki.
Kuasa Sultan yang dimomok barat itu sebenarnya
kuasa Presiden yang ditambah nilai setara dengan negara maju lain.
Presiden Turki yang baru mengekalkan kemenangan AKP dalam pilihanraya
2015 baru-baru ini mahu memerintah sebagai presiden
dengan mengubah Turki daripada sistem parlimen sekarang
kepada sistem presiden.
Walau bagaimanapun untuk menukar
perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen, iaitu
memerlukan 367 orang AP (Ahli Parlimen)
menyokong daripada 550 orang AP..
Malangnya pasca Pilihanraya Umum 2015, AKP
hanya mempunyai 313 anggota di Parlimen dan percubaan sebelumnya
untuk menukar perlembagaan setakat ini tidak
berjaya1.
Erdogan berusaha untuk menggunakan kuasa
eksekutif presiden yang sah dari segi undang-undang tetapi setakat
ini belum digunakan oleh Presiden terdahulu kerana
itulah hal ini mampu mencetus ketegangan rakyat.
Dalam media Turki, Presiden Turki Recep
Tayyip Erdogan menolak kritikan bahawa beliau
cuba untuk mengumpul kuasa seperti para sultan
terdahulu. Menurut jawapan beliau,
beliau benar-benar mahu memiliki wewenang
jawatan selaku Presiden mirip dengan kuasa
Ratu Elizabeth II Britain. Erdogan memberi contoh
negara yang diidamkan umpama kuasa Queen Britain.
"Pada pendapat saya, walaupun Britain
ditadbir oleh semi-presiden, namun unsur dan kuasa yang dominan di
negara tersebut adalah Queen, "kata Erdogan
memetik laman The Guardian pada artikel bertajuk Erdoğan
presidential Turkey would be like UK, where Queen’s in charge.
Britain merupakan sebuah negara raja
berperlembagaan, ditadbir oleh sistem berparlimen, tetapi raja yanga
ada pada hari ini turun-temurun bukan
hanya mempunyai kuasa simbolik sahaja menurut
Erdogan2.
Komen yang dilontarkan Erdogan datang selepas menerima kritikan segar
dari pihak pembangkang bahawa beliau akan bertindak seperti "Sultan
Uthmaniyyah".
Erdogan juga menyangkal media Barat yang prejudis
dengan Turki apabila media Barat
mendiamkan diri melihat kuasa presiden
yang sama diamal di beberapa negara di
dunia seperti di Amerika Syarikat, Brazil, Korea Selatan, Mexico
tetapi tidak pula dituduh bertindak
seperti raja monarki.
Erdogan menjadi Presiden Turki secara sah pada bulan Ogos 2014
selepas lebih daripada satu dekad dilantik sebagai sebagai Perdana
Menteri, Biarpun demikian, pihak pembangkang cuba menuduh beliau
dengan mengubah negeri ini dengan mengenakan Islamisasi
beransur-ansur sehingga mengetepikan demokrasi
walaupun Pilihan raya Presiden Turki diadakan serta telah
dipilih secara langsung oleh rakyat secara
demokratik.
Erdoğan berulang kali menyatakan bahawa
Turki memerlukan satu sistem politik berpusat untuk "mengukuhkan
keperluan kebangsaan"
(strengthen the national will).
"Kita perlu menggunakan kuasa yang
diamanah dalam diri anda
dengan mandat negara dengan cara yang
terbaik mungkin tetapi pada masa ini, saya
tidak dapat berbuat demikian, "katanya.
Menurut tulisan Raziye Akkoc
dalam laman telegraph dan pada penulis beliau mewakili suara Barat,
Erdogan bukannya ingin berkuasa seperti Queen yang dianggap mulia
oleh Eropah sebaliknya ingin berkuasa seperti Sultan Uthmaniyah.
Perumpamaan meniru Sultan ditegaskan
Barat kerana mereka memang memusuhi Sultan Uthmaniyah sejak dahulu
sehingga kejatuhannya3.
Menurut The Guardian, dalam kaji selidik
baru-baru ini, 42.2% daripada rakyat Turki
tidak gemar kepada sistem presiden di
Turki dan inginkan perubahan Perlembagaan. Angka
ini yang menyumbang kepada pretasi AKP dalam pilihanraya lalu dan
sebelumnya. Satu tinjauan oleh Metropol menunjukkan bahawa 60%
pula daripada rakyat Turki mengatakan
bahawa mereka tidak berhasrat untuk memberi kuasa tambahan kepada
Erdogan dan ia terjelma dalam hasil pilihanraya
Jun yang lalu.
Manakala pengkritik bimbang sistem presiden
dengan Erdoğan menerajuinya akan
menghasilkan diktator untuk Turki4.
Media barat mengungkit kemewahan istana Presiden dan lain-lain
insiden ketegasan Erdogan terhadap penggunaan media sosial dan
integriti medi cetak sebagai kuku besi sedangkan Barat mengagungkan
bapak diktator kuku besi Turki iaitu Mustafa Kamal itu sendiri.
Kuasa Presiden diubah untuk Turki yang lebih Demokratik
Di atas telah dinyatakan hasrat AKP untuk mengubah kuasa presiden
untuk merealisasikan kehendak nasional. Apakah maksud kehendak
nasional itu?
Umumnya rakyat Turki inginkan:
- Negara Turki yang lebih demokratik
- Kurang kuasa tentera dan notmal seperti kebanyakan negara lain
- Ketua yang mampu membuat keputusan untuk mengekalkan keamanan inter-kaum di Turki.
Sewajarnya rakyat Turki memahami dan menyokong hasrat AKP dan tidak
terikut-ikut dengan mainan media Barat kerana fakta di bawah.
Di antara kelebihan mengubah kuasa Presiden adalah:
- Memindah kuasa Eksekutif daripada Perdana Menteri ke Presiden.
- Presiden dipilih dari akar umbi dan pilihanraya Presiden berasingan. Ini dapat memberi pilihan lebih demokratik untuk rakyat memilih ketua negara.
- Berbeza dengan kuasa Perdana Menteri yang mana Perdana Menteri adalah ketua Parti yang menang majoriti dalam kerajaan. Terdapat rakyat yang meminati sesebuah Parti tetapi bukan menyokong Ketua parti berkenaan.
- Sehingga kini pertandingan Presiden menyukarkan penguasaan pembangkan kerana mereka ketandusan calon. Misalnya dalam pilihanraya presiden baru-baru ini pembangkang emilih Ihsanuglu mantan Setiausaha Agung OIC bukannya ahli parti CHP mahupun MHP.
- Kuasa tentera akan terhad kerana tentera dan hakim akan berada di bawah Presiden sama seperti negara maju lain.
Peranan Utama AKP yang ditakuti Barat
Perkara di bawah merupakan punca mengapa Barat memburuk-buruk Erdogan
sebagai tamak kuasa selepas kempen AKP memberi kuasa tambah kepada
Presiden sejajar dengan sistem di Barat.
- AKP dan Erdogan menunduk kuasa tentera:
Kredibiliti Erdogan bertambah apabila
berjaya menjinakkan “Ergenekon” dalam
tentera yang sentiasa mencuba merampas kuasa dari kerajaan
demokratik.
Hari ini dengan usaha halus AKP, tentera
Turki yang seringkali campur tangan dalam urusan politik kerana
menganggap mereka sebagai pelindung Kemalisme/sekularisme
sudahpun tunduk atas kuasa rakyat. Kalau rakyat mahu Erdogan dan
AKP, maka itulah yang mereka akan undi. Makkal
Shakti (kuasa rakyat) di Turki muncul
sejak tentera ditundukkan kerana sebelum ini Jenerallah berperanan
melobi kepimpinan negara.
- AKP dan Erdogan ingin menjadi jurubicara kaum Islam antarabangsa:
Dalam konteks dunia Islam yang tiada pelindung dan
jurubicara, Turki adalah suara vokal dunia
Islam. Lihat sahaja bagaimana dalam
pertemuan di Davos, Erdogan tanpa diduga
secara berani meninggalkan forum ekonomi dunia setelah bertikam
lidah dengan Presiden Israel, Shimon Perez, pada
27 Januari 2009 lalu. Erdogan tanpa rasa takut berdebat panas
dengan Perez tentang keganasan Israel di
Gaza5.
Banyak kritikan Turki terhadap keganasan Israel, menghantar delegasi
laut Mavi Marmara untuk membantu umat Islam terkepung di Gaza,
membawa armada laut ke Myamar untuk membantu umat Islam Rohingya yang
tersekat di atas bot dan pesisiran pantai Thailand. Ternyata tidakan
Erdogan melambangkan sikap sejati Uthmaniyah suatu ketika dahulu dan
ia amat dibenci oleh Barat. Turki juga berani memutuskan latihan
tentera dengan Israel.
- AKP dn Erdogan melaksana Pasca Islamisme yang berperinsip dan terarah
Turki dikaitkan dengan agenda pasca Islamisme yang jinak dan
bertoleransi dengan sekularisme walaupun masih berpegang dengan
pandangan Islamisme. AKP yang sebenarnya tertubuh melalui eksperimen
politik yang sangat panjang berdepan dengan ribuan usaha untuk
memadamkan pergerakan Islam telah memilih pendekatan yang lebih lunak
sekular untuk berhadapan dengan sekular asli yang amat kebal di
Turki.
Namun begitu dalam banyak hal, peristiwa, kenyataan media, perayaan
negara menampilkan sikap AKP yang sebenarnya hanya berkosmetikkan
pasca Islamisme, hakikatnya mereka inginkan kegemilangan kepimpinan
Islam sama di era Uthmaniyah.
Misalnya sejak AKP berkuasa, Turki kali
pertama dalam sejarah menggelar perayaan besar-besaran Penaklukan
Konstantinopel 1453 oleh Uthmaniyah.
Di akhir ucapan semasa himpunan berkenaan,
Erdogan berjanji akan menjaga warisan Sultan Muhammad Al-Fatih dan
tenteranya ini. Negara Turki akan berjuang menjaga keutuhan bangunan
peradaban Uthmaniyah dalam ertika kata
kegemilangan tamadun berasaskan Islam6.
Baru baru ini diadakan gimik Erdogan
dikelilingi oleh para tentara yang memakai seragam tentera
tradisional 16 negara yang pernah dikuasai oleh Khilafah
Utsmaniyah sepanjang sejarah, semasa
menerima kunjungan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, dan
Presiden Palestin Mahmod Abbas di istana negara7.
Semasa umat Islam masih lagi melihat dunia Arab sebagai tempat lahir
pemimpin umat Islam, datang pejuang di Turki dalam bentuk Badiuzzaman
Said Nursi dan Necmettin Erbakan. Said Nursi yang pada awalnya
memasuki politik akhirnya tersingkir kerana terlalu lantang
mengkritik pemerintah.
Seperti Said Nursi, Erbakan kurang bernasib baik dalam mengubah Turki
ke arah yang diimpikan beliau. Beberapa kali beliau diharamkan dari
menyertai pilihanraya, malah walaupun sudah berjaya menjadi Perdana
Menteri, digulingkan pula oleh tentera Turki.
Pelbagai eksperimen politik dilakukan. Ada
yang berjaya, ada yang gagal. Namun semuanya menjadi pelajaran
berguna untuk generasi masa depan. Islam di Turki juga berjaya
diselamatkan melalui pendidikan berterusan kepada anak muda. Kini,
fenomena Islamisasi di Turki sehinggakan solat
subuh telah ada masjid yang dibanjiri jemaah umpama solat Jumaat
dianggap sebagai fenomena Neo-Ottomanisme8.
Turki di bawah Erdogan serius ingin mengembalikan
kedudukan negara tersebut sebagai pusat
umat Islam dengan peringkat yang
sistematik.
Erdogan juga berusaha mewujudkan kembali
bahasa Turki Utsmani kuno yang mengguna aksara
huruf arab dan berbunyi arab di sekolah-sekolah Turki
yang pasti mengungkap semula sejarah kejayaan Khilafah
Utsmaniyah.
Bahkan Erdogan diketahui telah menurunkan foto Mustafa Kemal di ruang
kerjanya dan menggantinya dengan gambar Muhammad al Fatih9.
Langkah pasca Islamisme AKP bermula apabila fokus
pentadbiran AKP hanya membangunkan ekonomi
dahulu, kemudian barulah menunjukkan pengaruh Erdogan
di peringkat antarabangsa.
Erdogan dan AKP pernah dikritik kerana
menghormati Mustafa Kemal Attarturk yang dianggap menghancurkan
Uthmaniyyah. Beliau dituduh sekular. Erdogan
sebenarnya faqih dalam tadrij syariah (pemeringkatan perlaksanaan).
Kini beliau berterus terang ingin menukar Aya Sophia kepada masjid,
menampil ikon Sultan Muhammad Al Fateh dan menanggal gambar Mustafa
Kamal At Tarturk. Adakah beliau membuat ‘u-turn’ aau itulah
sebenarnya hasrat AKP sedari awal?
Pasca Islamisme Erdogan tidak mengembirakan Barat kerana Pasca
islamisme Erdogan-AKP adalah berperinsip dan dijelmakan prinsip
selepas kuasa ada di tangan.
AKP menang dan berpengaruh kerana susuk tubuh bernama Erdogan?
Tulisan Okay Gönensin dalam
Turk Press, pada 3
May 2015 mengakui bahawa rentetan kerja
kuat AKP menyelamatkan orang-orang
yang menderita dari krisis ekonomi, dan
memenuhi keperluan asasi rakyat, maka
semakin besar dukungan yang diperolehi AKP10.
Teori politik
performance atau politik prestasi
adalah terserlah di Turki. Mainan media tidak berjaya mengabui mata
rakyat daripada memilih parti yang mengamal good
governance.
Semasa Sambutan Peringatan Penaklukan
Konstantinople ke-562, 29 Mei 2015 yang
lalu, sekitar sejuta rakyat Turki berkumpul di lapangan Yenikapi,
Istanbul, untuk mendengar pidato Erdogan dan Davutoglu
Perdana Menteri Turki. Ini jelas
membuktikan populariti sangat besar
yang dimiliki AKP. Dan bukannya hanya kerana susuk
tubuh bernama Erdogan.
Selama 13 tahun berjuang, AKP telah berjaya
mengurus masalah komuniti
Kurdi dengan cara yang berhikmah walaupun pihak
sebaliknya menyatakan antara kemerosotan undi AKPadalah kerana isu
Kurdis yang belum selesai. Isu ini juga
telah memberikan hasil dukungan rakyat yang
sangat besar. Sedikit sebanyak di zaman AKP
memerintah, Kurdis mula memilih jalan demokrasi, silmiyyah.
Jumlah yang sebesar itu tidak mungkin dikaitkan hanya dengan sosok
Erdogan. Ini adalah hasil dari kerja jentera AKP,
intelegensia dan kolaborasi yang sangat maksima. Walaupun
benar bahawa Erdogan adalah
umpama magnet yang berpesonaliti hebat di
mata rakyat, namun ia bukan
satu-satunya unsur yang menyebabkan AKP mendapatkan sokongan
besar.
Sehingga kini tiada parti
yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat bawahan,
umpama AKP. Bahkan parti
Rakyat Republik (CHP) dan parti Gerakan
Nasional (MHP), yang merupakan parti
pembangkang terbesar tidak memiliki program
seperti AKP.
Misalnya Parti Rakyat Demokratik (HDP) yang
mewakili minoriti
Kurdi ketika ini masih berjuang menjadi
parti yang mampu
menyuarakan hasrat etnik tersebut.
Ironinya masih banyak yang meragukan masa
depan HDP kerana
masih menggunakan kekerasan memaksa warga Kurdi untuk menyokong
parti ini.
Landskap politik pasca Pilihanraya 2015
Pasca Pilihanraya 2015 menyaksikan Parti
Adalet ve Kalkınma Partisi atau AKP
kembali memenangi pilihan raya Turki yang berlangsung pada
Ahad 7 Jun 2015.Kemenangan
ini adalah kali keempat berturut parti yang
ditubuh Erdogan dalam pilihan raya Turki (2002, 2007, 2011,
2015).
Daripada 21 parti yang menyertai Pilihan
raya Turki, hanya 4 parti yang layak ke
parlimen (parliamentary threshold, sebanyak 10%).
Hasil daripada 99,94% undi
yang dibuang,
- AKP 40,81% (258 kerusi)
- CHP 25,01% (132 kerusi)
- MHP 16,33% (81 kerusi)
- HDP 13,06% (79 kerusi )
- dan parti lain: 4.79% (tiada kerusi, 17 parti tidak masuk parlimen)
Jumlah kerusi 550 kerusi di Parlimen
Turki11.
Walaupun menang, undi AKP menurun
8% dari pilihan raya 2011. Dengan keputusan ini setakat
tempoh artikel ini ditaip, AKP harus bersatu /
tahaluf jika ingin membentuk kerajaan kerana tidak menguasai
50 peratus Parlimen (atau 276 kerusi).
Sistem berparlimen Turki berbeza dengan sistem
Indonesia dan Amerika.
Namun begitu Turki telah berpengalaman memiliki
kerajaan Gabungan yang hanya bersifat sementara sebelum ini12.
Gabungan di Turki kerapkali gagal namun ia bukan bersifat mutlak.
Politik kenegaraan tiada yang mutlak kerana kerencaman akal fikir
manusia dan perubahan sosial budaya dan gaya berpolitik masyarakat
berkenaan. AKP yakin mereka mampu mentadbir dengan gabungan kesekian
kalinya ini.
Wartawan senior Arab Saudi, Jamal
Khashoggi, menulis dalam twitternya,
"Keputusan pilihan raya Turki sangat memberi
tamparan kepada rakyat Syria ".
Khashoggi beralasan, "Hanya AKP, parti Turki yang
menyokong penyelesaian krisis-krisis di Timur Tengah. Parti yang lain
jauh sekali .. "13
Berdasarkan pengamat politik dunia, parti dominan
Turki perlu melaksanakan perkara di bawah jika ingin bergabung
membentuk kerajaan dan bukan sekadar retoreka ‘bersetuju untuk
tidak bersetuju’14.
- AKP - perlu gugurkan kempen sistem presiden ala negara maju jika mahu bekerjasama kerana polisi ini ditentang oleh kesemua parti pembangkang yang merasakan polisi itu tidak memihak keada mereka dan alasan sekularisme yang masih berakar di kalangan penyokong tentera.
- CHP - perlu menerima polisi dasar terbuka kerajaan terhadap pelarian Syria jika mahu membentuk kerajaan kerana Parti Republik ini amat menenang kehadiran pelarian Syria. CHP menjanjikan akan mengembalikan Turki kepada falsafah Kemal di dalam pemerintahannya. CHP juga menentang sistem presiden yang ditawar oleh Recep Tayyip Erdoğan kerana akan menyebabkan presiden Turki tu akan lebih berkuasa dan kata mereka menjadi diktator. Republican Peoples Party (CHP) yang diketuai oleh Kemal Kılıçdaroğlu.
- MHP - perlu akur dengan rancangan untuk mengiktiraf bangsa Kurdis termasuk menjadikan bahasa bangsa Kurdis sebagai bahasa pengantara di sekolah jika mahu bergabung dengan AKP mahupun HDP kerana Parti Nasionalis ini berfahaman uni-kaum iaitu bangsa Turki. Nationalist Movement Party (MHP) diketuai Devlet Bahçeli,
- HDP - perlu bertanggungjawab terhadap serangan pengganas Kurdis di bawah sayap militan PKKK yang HDP juga sebahagian daripadanya. Mereka juga mestilah lebih serius dalam usaha merealisasikan perjanjian keamanan bangsa Kurdis. People’s Democratic Party (HDP) diketuai Selahattin Demirtaş, bekas calon presiden pada pilihan raya presiden yang lepas.
Kebijaksanaan AKP telah terbukti sebelum ini dan ramai pengamat
politik global berharap suasana politik Turki yang dianggap
neo-payung Uthmaniyah kian stabil dan selesai melalui meja
perundingan demi warga Muslim sejagat.
Muhammad Nuruddin bin Bashah
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Akaun GIRO : 07100 – 29- 00006952-7
IC : 820102-02-5203
017 6291368
4
http://www.theguardian.com/world/2015/jan/30/erdogan-president-turkey-queen-in-charge
-uk
12
Antara yang lama dalam 20
kerajaan campuran adalah tiga tahun dan dua tahun iaitu:
- Kerajaan campuran selama 2 tahun (Mac 1975-Jun 1977) antara Justice Party (AP), Milli Selamet Partisi (MSP), Nationalist Movement Party (MHP) dan Republican Reliance Party (CGP)
- Kerajaan campuran selama 3 tahun (Jun 1997-Januari 1999) antara AP, Democratic Left Party (DSP) dan Democratic Turkey Party (DTP)
- Adapun dalam sejarah juga membuktikan perbedaan ideologi Islamis dan sekular tidak menjadi penghalang parti politik bergabung. Senario ini boleh dilihat apabila parti Islamis pimpinan Dr Necmettin Erbakan (MSP) bergabung dengan parti sekular yang ditubuhkan oleh Mustafa Kemal Ataturk (CHP) pada Januari 1974 untuk membentuk kerajaan.
- Perdana menteri pada ketika itu dari parti CHP iaitu Bulen Ecevit manakala timbalannya Erbakan. Malang sekali, gabungan ini hanya bertahan selama 10 bulan apabila ianya berakhir pada November 1974.
Hard Rock Hotel and Casino Tunica - MapYRO
ReplyDeleteGet directions, reviews and information for Hard Rock Hotel 군산 출장마사지 and Casino 수원 출장마사지 Tunica 청주 출장마사지 in Tunica. Hard 밀양 출장마사지 Rock Casino Tunica, 영천 출장안마 MS 38664.