Penggunaan Kaedah Fiqh الخروج من الخلاف مستحب
- Disunatkan menggosok sambil
membasuh/berwuduk dan menyapu kepala, kerana khilaf Imam Malik
mewajibkannya.
- Disunatkan membasuh air mani (sperma),
kerana khilaf Imam Malik mewajibkanya.
- Solat Sunat Qashr dalam perjalanan yang
menempuh jarak 3 marhalah (+ 16 farsakh = 88.5 km) kerana Imam Abu Hanifah
meninggalkan khilafah yang mewajibkannya.
- Elakkan menghadap dan menghadap kiblat
(bagi yang buang air besar atau kencing) dengan menggunakan penutup,
hukumnya adalah sunnah, kerana ia keluar dari khilaf Imam Shofyan Tsauri
yang mewajibkan menjauhinya secara mutlak. .
- Makruh solat sendiri di belakang saf
ma'mum yang ada, kerana keluar dari khilaf Imam Ahmad yang membatalkannya.
- Makruh mufarraqah (berpisah) dengan imam
tanpa sebab, kerana khilaf Imam
Daud Dzairi yang membatalkannya. (Hakim, Abdul Hamid; Zaenuri Siroj; Nur
Hadi. 2012).
- Hukum Tawaf Wada’ Bagi Orang Yang Mengerjakan Umrah
Para fuqaha sebahagian menyatakan bahawa hukum tawaf wada’ bagi
mereka adalah wajib. Inilah pandangan yang dipegang oleh majoriti ulama’
berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda: لاَ يَنْفِرَنَّ
أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ الطَّوَافَ بِالْبَيْتِ
Maksudnya: Janganlah salah seorang dari kamu meninggalkan (Mekah)
sehinggalah perbuatan terakhirnya di Baitullah adalah tawaf (wada’).Riwayat Abu
Daud (2002)
Kata Imam Al-Nawawi: ‘’Pandangan paling sahih dalam mazhab kami
adalah tawaf wada’ itu hukumnya wajib dan mewajibkan dam sekiranya ia
ditinggalkan’’. Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (8/284).
Manakala sebahagian yang lain pula menyatakan bahawa ia hanya wajib
bagi golongan yang mengerjakan ibadah haji sahaja manakala ia tidak diwajibkan
ke atas mereka yang mengerjakan umrah. Dalam erti kata tawaf wada’ hanya sunat
bagi mereka yang mengerjakan ibadah umrah.
Ini kerana jika dilihat kepada dalil-dalil yang mewajibkannya ia
merujuk kepada mereka yang mengerjakan haji dan bukannya terkhusus kepada
golongan yang mengerjakan umrah.
Maka elok memilih pandangan yang menyatakan wajib dengan melakukan
tawaf wada’ sebelum keluar dari tanah haram Makkah. (Muhammad Fahmi Rusli 2019).
- Contoh pengarang kitab fiqh sendiri
menggunakan kaedah ini dalam meletak hukum dalam kitabnya. Misalnya Ianah
Tholibin (syarah Fathul Muin) tentang
tempat I’tikaf. Madzhab Hanafi, Maliki
dan Hambali mempersyaratkan bahawa
tempat I’tikaf adalah
masjid Jami’, I’tikaf
di masjid yang bukan
jami’ adalah tidak
sah. Namun dalam
madzhab Syafi’iy tidak mempersyaratkan seperti
itu. Imam Syafii
berkata: “I’tikaf di masjid
jami’ lebih kami sukai...”. Selanjutnya
Sayyid Bakri mengatakan bahawa hal itu dianjurkan supaya keluar dari
perselisihan pendapat yang mewajibkannya. (Munawaroh, L. 2017).
- Pengharaman Bitcoin. Sesetengah mengatakan
Bitcoin adalah haram digunakannya, manakala sesetengah lagi berpendapat
ianya harus digunakan. Antara sebab Bitcoin dikatakan haram adalah kerana
1) nilai yang tidak konsisten, 2) tiada pihak autoriti untuk mengawal
selia mata wang ini, 3) sering digunakan untuk aktiviti haram, 4) tidak menepati
syarat mata wang, serta 5) mempunyai unsur gharar dan jahalah. Menurut pendapat
yang mengharuskan Bitcoin, antara sebab ia diharuskan adalah kerana 1) menepati
ciri-ciri mata wang yang sah, 2) menolak unsur gharar ada pada Bitcoin,
dan 3) nilai tidak stabil tidak boleh dijadikan illah pengharaman Bitcoin.
Justeru, dengan menggunakan kaedah Al-Khuruj Minal Khilaf Mustahab (keluar
dari khilaf adalah dituntut), maka lebih afdhal bagi kita untuk keluar
dari khilaf dengan mengikut pendapat yang berpendapat Bitcoin adalah
haram. (Islam, P. M. B. M.)
Rajah di ambil dari pautan: https://wasatonline.files.wordpress.com/2022/05/article-1-table.png
Rujukan
Hakim,
Abdul Hamid; Zaenuri Siroj; Nur Hadi. (2012). Terjemah mabadi awwaliyyah :
kajian tentang fiqih / karya Abdul Hamid Hakim ; alih bahasa, Zaenuri Siroj, Nur
Hadi. Jakarta :: Megah Jaya.
No comments:
Post a Comment