Pembaca Setia

Saturday, March 7, 2026

NASIHAT UNTUK MEMBAIKKAN INSAN BUKAN SEBALIKNYA

 



NASIHAT UNTUK MEMBAIKKAN INSAN BUKAN SEBALIKNYA

Muhammad Nuruddin Bin Bashah[1]

Tazkirah Ramadhan 1447 Hijrah, 2026 Masihi

A.     Muqaddimah

1.      Ramadhan bulan nasihat.  Kalimah  nasihat dari akar  Na-sa-ha (نَصَحَ)secara istilah إِرَادَةُ الْخَيْرِ لِلْمَنْصُوْحِ لَه adalah  menghendaki kebaikan bagi yang dinasihati. Al Khaṭṭabi, berkata,

النَّصِيْحَةُ كَلِمَةٌ يُعَبَّرُ بِهَا عَنْ جُمْلَةٍ هِيَ إِرَادَةُ الخَيرِ لِلْمَنْصُوْحِ لَهُ [2]

“Nasihat adalah kalimat ungkapan yang bermaksud menghasilkan kebaikan kepada yang ditujukan nasihat itu.”

2.      Nasihat tidak boleh diterjemah ‘advice’.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

 “Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu; mudah-mudahan kamu menjadi orang-yang bertakwa.

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”.

1.      Ramadan adalah madrasah di mana puasa berfungsi melentur nafsu untuk mencapai Takwa, manakala Al-Quran hadir sebagai sumber rujukan utama untuk membezakan jalan yang benar dan salah dalam proses mencapai takwa tersebut.

2.      Nasihat-menasihati adalah cara kita menterjemahkan petunjuk tersebut ke dalam kehidupan praktikal. Melalui tadarus, tazkirah, dan pesanan ringkas, kita membantu sesama muslim memahami "peta jalan" (Al-Quran) untuk sampai ke destinasi (Takwa).

3.      Aktiviti nasihat-menasihati berfungsi sebagai sistem semak dan imbang (check and balance). Apabila ada rakan yang hampir tergelincir melakukan maksiat (seperti mengumpat atau marah-marah), nasihat bertindak sebagai Furqan yang mengingatkan mereka supaya kembali ke landasan takwa.

4.      Takwa adalah "Projek Berjemaah". Sukar untuk kekal bertaqwa seorang diri dalam persekitaran yang lalai. Nasihat-menasihati membina ekosistem sokongan dan  saling "mengecas" iman antara satu sama lain.

 

B.      Imam al Hadad berkata dalam Risalah Al Muawwanah tentang kepentingan memberi nasihat sesama kita.[3]

1.      Mesti sampaikan pengetahuan baik untuk orang lain.

وَعَلَيْكَ بِالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ، وَغَايَتُهُ أَنْ لَا تَكْتُمْ عَنْهُ شَيْئًا تَرَىٰ فِي إِظْهَارِهِ لَهُ حُصُولًا عَلَىٰ خَيْرٍ أَوْ نَجَاةً مِنْ شَرٍّ.

Dan hendaklah kamu memberi nasihat (menginginkan kebaikan) kepada setiap orang Islam. Kemuncaknya adalah dengan kamu tidak menyembunyikan sesuatu pun daripadanya yang mana jika dizahirkan (diberitahu), ia dapat mendatangkan kebaikan atau menyelamatkannya daripada keburukan.

2.      Nabi berpesan maksud nasihat adalah menjadikan orang lain lebih baik.

وَقَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: الدِّينُ النَّصِيحَةُ.

Rasulullah bersabda: "Agama itu adalah nasihat (menginginkan kebaikan bagi pihak lain)[4]."

3.      Cara buat baik (nasihat) elak umpat belakang

وَمِنَ النُّصْحِ أَنْ تَكُونَ لِكُلِّ مُسْلِمٍ فِي غَيْبَتِهِ كَمَا تَكُونُ لَهُ فِي حُضُورِهِ

Antara bentuk nasihat adalah kamu bersikap (sikap sama) baik terhadap setiap muslim ketika ketiadaannya (di belakangnya), seumpama kamu bersikap baik (sikap sama) di hadapannya.

4.      Hendak baiki hubungan dan nasihat perlu elak pura pura walaupun dalam mesyuarat.

وَأَنْ لَا تُظْهِرَ لَهُ مِنَ الْمَوَدَّةِ بِلِسَانِكَ فَوْقَ مَا يُضْمِرُ قَلْبُكَ. وَمِنْهُ إِذَا اسْتَشَارَكَ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ وَعَرَفْتَ أَنَّ الصَّوَابَ فِي خِلَافِ مَا يَمِيلُ إِلَيْهِ أَنْ تُخْبِرَهُ بِهِ.

Dan janganlah kamu menzahirkan kasih sayang kepadanya dengan lisanmu melebihi apa yang tersembunyi di dalam hatimu (elakkan berpura-pura). Antara bentuk nasihat juga adalah apabila seorang muslim meminta pandanganmu (bermesyuarat) dalam sesuatu perkara, sedangkan kamu tahu bahawa kebenaran itu berbeza dengan apa yang dia cenderung kepadanya, maka hendaklah kamu memberitahunya (perkara yang benar itu).

 

C.      Imam al Haddad ajar kita cara untuk menyampaikan nasihat. Kata Imam al Hadad lagi tentang cara nasihat dalam Risalah Al Muawanah[5]

 

1.      Mesti sembunyi jangan cakap depan orang lain.

(وَعَلَيْكَ) إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَنْصَحَ إِنْسَانًا فِي أَمْرٍ بَلَغَكَ عَنْهُ بِالْخَلْوَةِ بِهِ، وَالتَّلَطُّفِ لَهُ فِي الْقَوْلِ، وَلَا تَعْدِلْ إِلَى التَّصْرِيحِ مَعَ إِمْكَانِ التَّفَهُّمِ بِالتَّلْوِيحِ.

Dan hendaklah kamu (jika ingin menasihati seseorang tentang perkara yang sampai ke pengetahuanmu) melakukannya secara bersunyi-sunyian dan berlembut dalam kata-kata. Janganlah beralih kepada berterus-terang (secara kasar) sekiranya masih boleh difahami dengan secara kiasan.

Imam Ibnu Athoillah menyokong kaedah ini dalam Tajul Arus.[6]

فَالْمُؤْمِنُ مَنْ كَانَ نَاصِحًا لِأَخِيهِ فِي الْخَلْوَةِ، سَاتِرًا لَهُ فِي الْجَلْوَةِ. وَأَهْلُ الشَّقَاوَةِ بِالْعَكْسِ، إِذَا رَأَوْا إِنْسَانًا عَلَىٰ مَعْصِيَةٍ أَغْلَقُوا عَلَيْهِ الْبَابَ وَفَضَحُوهُ فِيهَا. فَهَؤُلَاءِ لَا تَنَوَّرُ بَصَائِرُهُمْ وَهُمْ عِنْدَ اللهِ مُبْعَدُونَ.

 Seorang mukmin adalah orang yang menasihati saudaranya secara rahsia dan menutup aibnya di khalayak ramai. Manakala orang yang celaka adalah sebaliknya; jika mereka melihat seseorang melakukan maksiat, mereka membiarkannya (menutup pintu) lalu mendedahkan aibnya di situ juga. Mereka itu tidak bercahaya mata hatinya dan dijauhkan daripada rahmat Allah.

2.      Jangan bocor rahsia siapa yang maklum kesalahannya hingga menimbulkan pergaduhan[7].

فَإِنْ قَالَ لَكَ مَنْ بَلَّغَكَ عَنِّي هَذَا؟ فَلَا تُخْبِرْهُ كَيْلَا تُثِيرَ الْعَدَاوَةَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ.

Jika dia bertanya: "Siapa yang memberitahu kamu perkara ini tentang aku?", maka janganlah kamu beritahu agar tidak mencetuskan permusuhan antara dia dan orang tersebut.

D.     Nasihat itu mendamaikan bukan memecah belahkan.

Jika kita tegur sesuatu mengakibatkan orang itu mneyerang orang lain maka nasihat kita tidak membawa kebaikan. Perlu berhati-hati hal ini. Imam al Ghazali berkata dalam hal cara damaikan penerima nasihat.[8]

وَمِنْهَا: إِصْلَاحُ ذَاتِ البَيْنِ بَيْنَ المُسْلِمِينَ وَلَوْ بِالْمُبَالَغَةِ وَالزِّيَادَةِ فِي الكَلَامِ

. قَالَ ﷺ: لَيْسَ بِكَذَّابٍ مَنْ أَصْلَحَ بَيْنَ الاِثْنَيْنِ فَقَالَ خَيْرًا، أَوْ نَمَى خَيْرًا. وَقَالَ ﷺ: أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ؟، قَالُوا: بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ. قَالَ: إِصْلَاحُ ذَاتِ البَيْنِ، وَفَسَادُ ذَاتِ البَيْنِ هِيَ الْحَالِقَةُ.

Dan antaranya : Mendamaikan perselisihan di antara orang Islam, sekalipun dengan cara melebih-lebihkan atau menambah-nambah dalam perkataan (demi kebaikan).

Baginda bersabda: "Bukanlah seorang pendusta bagi sesiapa yang mendamaikan antara dua orang (yang berselisih), lalu dia menyampaikan perkara yang baik atau mengatakan perkara yang baik."[9]

Baginda bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan tentang sesuatu yang lebih utama daripada darjat puasa, solat, dan sedekah?" Para sahabat menjawab: "Tentu, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Mendamaikan perselisihan (antara sesama manusia), manakala kerosakan hubungan (perbalahan) itu adalah 'al-haliqah' (pemusnah agama)."[10]

Dalam hal ini dijelaskan lagi oleh Sheikh Nawawi Al Jawi, tentang bohong harus dalam memberi nasihat demi membaikan hubungan muslim.[11]

وَإِنْ أَمْكَنَ التَّوَصُّلُ إِلَيْهِ بِالْكَذِبِ وَلَمْ يُمْكِنْ بِالصِّدْقِ . . فَالْكَذِبُ فِيهِ مُبَاحٌ إِنْ كَانَ تَحْصِيلُ ذَلِكَ الْمَقْصُودِ مُبَاحاً ، وَوَاجِبٌ إِنْ كَانَ الْمَقْصُودُ وَاجِباً ؛

Dan sekiranya sesuatu tujuan itu mungkin dicapai melalui pembohongan dan tidak mungkin dengan kejujuran... maka pembohongan padanya adalah mubah (harus) sekiranya pencapaian maksud tersebut adalah harus, dan wajib sekiranya maksud tersebut adalah wajib.

 فَيَكُونُ الْكَذِبُ حَرَاماً فِي الْأَصْلِ ، إِلَّا لِضَرُورَةٍ ؛ بِأَنْ لَمْ يَحْصُلِ الْغَرَضُ إِلَّا بِالْكَذِبِ ؛ وَالِاحْتِيَاطُ فِي هَذَا كُلِّهِ أَنْ يُوَرِّيَ .

وَمَعْنَى التَّوْرِيَةِ : أَنْ يَقْصِدَ بِعِبَارَتِهِ مَقْصُوداً صَحِيحاً لَيْسَ هُوَ كَاذِباً بِالنِّسْبَةِ إِلَيْهِ ، وَإِنْ كَانَ كَاذِباً فِي ظَاهِرِ اللَّفْظِ ، وَلَوْ لَمْ يَقْصِدْ هَذَا بَلْ أَطْلَقَ عِبَارَةَ الْكَذِبِ . . فَلَيْسَ بِحَرَامٍ فِي هَذَا الْمَوْضِعِ ، كَذَا فِي « الْأَذْكَارِ » وَ « الْإِحْيَاءِ »

Maka jadilah pembohongan itu haram pada asalnya, melainkan kerana darurat; dengan keadaan bahawa tujuan tersebut tidak tercapai melainkan dengan pembohongan; dan langkah berhati-hati dalam semua ini adalah dengan melakukan tauriyah[12].

Dan makna Tauriyah adalah: seseorang memaksudkan dengan ungkapannya suatu maksud yang benar yang mana dia tidaklah dikira berbohong mengikut maksud tersebut, sekalipun dia kelihatan berbohong pada zahir lafaznya. Dan sekiranya dia tidak memaksudkan ini (tauriyah) sebaliknya melafazkan ungkapan bohong secara mutlak (tetapi untuk mendamaikan)... maka ia tetap tidak haram dalam kedudukan ini, begitulah yang disebutkan dalam kitab 'Al-Adhkar' dan 'Al-Ihya'.

Contoh aplikasi tauriyah: Daripada berkata, "Kenapa hang tak baca Quran hari ni?" (Bunyi seperti menghakimi), gunakan pendekatan: "Alhamdulillah, aku baru habis baca Surah Al-Kahfi tadi, rasa best la pulak. Hang OK tak?  dah sampai surah mana? Jom kita kejar target sama-sama."

E.      Imam al Hadad ajar kita jika nasihat kita ditolak mentah-mentah[13].

ثُمَّ إِنْ قَبِلَ مِنْكَ فَاحْمَدِ اللهَ وَاشْكُرْ لَهُ، وَإِنْ لَمْ يَقْبَلْ فَارْجِعْ إِلَى نَفْسِكَ بِاللَّوْمِ وَقُلْ لَهَا: يَا نَفْسُ السُّوءِ مِنْ قِبَلِكِ أُتِيْتُ؛ انْظُرِي لَعَلَّكِ أَنْ تَقُومِي بِشَرَائِطِ النُّصْحِ وأدابه.

Kemudian, jika dia menerima nasihatmu, maka pujilah Allah dan bersyukurlah kepada-Nya. Jika dia tidak menerima, maka kembalilah mencela dirimu sendiri dan katakanlah: "Wahai nafsu yang buruk, daripada kamulah punca kegagalan ini datang. Lihatlah (muhasabahlah), barangkali kamu belum memenuhi syarat-syarat (keikhlasan) dalam memberi nasihat dan adab-adab beri nasihat".

F.      Apakah adab-adab pemberi nasihat?

Imam Al Hadad berkata dalam Nasoihul Al Diniyyah[14]

وَمِنْ أَهَمِّ الْآدَابِ وَآكَدِهَا عَلَى مَنْ أَمَرَ بِمَعْرُوفٍ أَوْ نَهَى عَنْ مُنْكَرٍ: مُجَانَبَةُ الْكِبْرِ وَالتَّعْيِيرِ وَالشَّمَاتَةِ بِأَهْلِ الْمَعَاصِي، فَإِنَّ ذَلِكَ قَدْ يُبْطِلُ الثَّوَابَ وَيُوجِبُ الْعِقَابَ، وَيَكُونُ دَاعِيًا إِلَى رَدِّ الْحَقِّ وَعَدَمِ قَبُولِهِ وَالِاسْتِجَابَةِ لَهُ. فَلْيَحْذَرْ كُلَّ الْحَذَرِ مِنْ ذَلِكَ. وَلْيَكُنْ رَفِيقًا شَفِيقًا لَيِّنًا رَحِيمًا مُتَوَاضِعًا مَخْفُوضَ الجَنَاحِ، وَاللّٰهُ الْمُوَفِّقُ وَالْمُعِينُ، وَبِهِ الثِّقَةُ وَعَلَيْهِ التِّكْلَانُ.

"Dan antara adab yang paling penting serta paling ditekankan bagi sesiapa yang menyuruh kepada kebaikan atau mencegah kemungkaran adalah: menjauhi sifat sombong, menghina, dan merasa gembira atas dosa yang dilakukan oleh ahli maksiat. Sesungguhnya perbuatan tersebut boleh membatalkan pahala dan mengundang azab, serta menjadi sebab ditolaknya kebenaran dan tidak diterimanya nasihat tersebut. Maka hendaklah dia benar-benar berwaspada daripada perkara tersebut. "Dan hendaklah dia (seorang pendakwah) bersikap lemah lembut, penuh kasih sayang, bersantun, penyayang, merendah diri, serta tawaduk. Dan Allah jualah yang memberi taufik serta pertolongan; kepada-Nya kita menaruh kepercayaan dan kepada-Nya kita berserah diri.

 

Bandar Puteri Jaya

1.20 Pagi

8 Mac 2026    

 



[1] Muhammad Nuruddin bin Bashah, calon PhD Usuluddin di Unishams bermula Ogos 2025 dan membuat kajian berkaitan kitab tasawwuf jawi dan ilmu kerohanian. Boleh dihubungi melalui 0176291368

[2] Ibn Rajab al-Ḥanbalī, Jāmiʿ al-ʿUlūm wa al-Ḥikam fī Sharḥ Khamsīn Ḥadīthan min Jawāmiʿ al-Kalīm, (Kaherah: Dar Ibn al-Jawzi, 2019).

[3] ʿAbd Allāh bin ʿAlawī bin Muḥammad al-Ḥaddād, Terjemahan Risālat al-Muʿāwanah: Jalan Menggapai Makrifatullah, terj. Sholeh Ibn Darim (Kediri: Manbaʿul Huda, 2022), 238–239.

[4] Imam Muslim,  55. Hadis penuhnya

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمٍ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ قُلْنَا : لِمَنْ ؟ قَالَ للهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ – رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Daari radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Agama adalah nasihat.” Kami bertanya, “Untuk siapa?” Beliau menjawab, “Bagi Allah, bagi kitab-Nya, bagi rasul-Nya, bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin, serta bagi umat Islam umumnya.” (HR. Muslim) [HR. Muslim, no. 55]

 

[5] ʿAbd Allāh bin ʿAlawī bin Muḥammad al-Ḥaddād, Terjemahan Risālat al-Muʿāwanah: Jalan Menggapai Makrifatullah, terj. Sholeh Ibn Darim (Kediri: Manbaʿul Huda, 2022), 242

[6] Ibn ʿAṭāʾ Allāh al-Iskandarī, Terjemahan Tāj al-ʿArūs al-Ḥāwī li Tahdhīb al-Nufūs, terj. Mohd Hafizuddin bin Hasan, 37.

[7] al-Ḥaddād, Terjemahan Risālat al-Muʿāwanah, 242.

[8] Abu Hamid Muhammad al-Ghazali, Kitab al-Arba‘in fi Usul al-Din (Kaherah: Dar Ghad al-Jadid, 2024), 98

[9] Al Bukhari 2692

[10] At Tirmizi 2509

[11] Muḥammad Nawawī al-Jāwī, Marāqī al-ʿUbūdiyyah Sharḥ Bidāyat al-Hidāyah (Dimashq: Dār al-Taqwā, 2025), 385–386.

[12] Dalam istilah moden, ia sering disebut sebagai "berhelah secara jujur" atau double entendre. Dari Segi Bahasa dan Istilah

Bahasa: Berasal daripada perkataan waraa (وراء) yang bermaksud menyembunyikan atau menutup sesuatu di sebalik sesuatu yang lain.

[13] al-Ḥaddād, Terjemahan Risālat al-Muʿāwanah, 242.

[14]  ʿAbd Allāh bin ʿAlawī bin Muḥammad al-Ḥaddād, al-Naṣāʾiḥ al-Dīniyyah wa al-Waṣāyā al-Īmāniyyah (Jakarta: Dār al-Kutub al-Islāmiyyah, 2013), 233–234.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...