Pembaca Setia

Wednesday, August 26, 2026

BUNGA-BUNGA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW YANG MULIA



BUNGA-BUNGA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW YANG MULIA

Muhammad Nuruddin Bin Bashah[1]

1.         Pendahuluan

Peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan titik peralihan agung dalam sejarah tamadun manusia yang sarat dengan pelbagai mukjizat samawi dan tanda-tanda kebesaran Ilahi[2]. Demikian  sebuah hadis riwayat al-Hakim daripada `Irbad bin Sariah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

٤٤٨٠ - وعن عِرْباض بن سارِيَة [الأسلمي] ، عن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وسلم أنّه قال: "إنِّي عِنْدَ اللَّه مَكتوبٌ خاتمُ النبيِّينَ وإنَّ آدمَ لمُنْجَدِلٌ  في طِينَتهِ، وسأُخبِرُكُمْ بأوَّلِ أمْرِي، دعوةُ إبراهيمَ، وبِشارَةُ عيسَى، ورُؤْيا أُمِّي التي رأَتْ حينَ وضَعَتْني وقدْ خرجَ لها نُورٌ أضاءَتْ لها منهُ قُصورُ الشامِ".[3]

Terjemahan: “Daripada 'Irbadh bin Sariyah [al-Aslami] RA, daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya di sisi Allah, aku telah tercatat sebagai penutup para nabi (Khatam an-Nabiyyin) sedangkan Nabi Adam AS masih lagi dalam keadaan tersungkur (terbaring) pada tanahnya (jisim penciptaannya). Dan aku akan khabarkan kepada kamu tentang permulaan urusanku: (iaitu) doa Nabi Ibrahim AS, khabar gembira daripada Nabi Isa AS, serta mimpi ibuku yang melihat ketika melahirkan daku, di mana keluar dari (tubuh)nya satu cahaya yang menyinari istana-istana di Syam."

Tulisan ini cuba untuk mengeluar kisah kelahiran Rasulullah SAW daripada kitab kitab Maulid yang dibaca hampir setiap hari serata Malaysia iaitu:

·         I'qd al-Jawahir fi Mawlid al-Azhar atau lebih dikenali sebagai Mawlid al-Barzanji karya Syeikh Ja'far bin Hasan bin Abdul Karim al-Barzanji (m. 1177 H),

·         Mawlid al-Diba'i susunan Syeikh Wajihuddin Abdurrahman bin Ali al-Diba'i al-Syaibani (m. 944 H),

·          Simtudduror fi Akhbar Mawlid Khair al-Bashar karangan Syeikh Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi (m. 1333 H).

·          Al-Kawakib al-Durriyyah fi Madh Khair al-Bariyyah atau Qasidah Burdah oleh Imam Syarafuddin al-Busiri (m. 695 H),

·         Al-Anwar al-Muhammadiyah karya Imam al-Qasthalani (m. 923 H),

·         Al-Syifa bi Ta'rif Huquq al-Mustafa penulisan Qadi 'Iyad bin Musa al-Yahyubi (m. 544 H).

·         Maulid al-Ja'fari karya Imam Syeikh Muhammad Saleh al-Ja'fari ((1910–1979)

2.         Keadaan Kandungan dan Persiapan Alam Menjelang Kelahiran

Kitab Barzanji:

وَلَمَّا تَمَّ مِنْ حَمْلِهِ عَلَى الرَّاجِحِ تِسْعَةُ أَشْهُرٍ قَمَرِيَّةٍ ۞ وَآنَ لِلزَّمَانِ أَنْ يَنْجَلِيَ عَنْهُ صَدَاهُ ۞ حَضَرَ أُمَّهُ لَيْلَةَ مَوْلِدِهِ آسِيَةُ وَمَرْيَمُ فِي نِسْوَةٍ مِنَ الْحَظِيرَةِ الْقُدْسِيَّةِ ۞ وَأَخَذَهَا الْمَخَاضُ فَوَلَدَتْهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُورًا يَتَلَأْلَأُ سَنَاهُ ۞ [4]

Terjemahan: “Menurut pendapat yang kuat, semasa Baginda SAW sempurna berusia sembilan bulan di dalam kandungan dan sudah masanya Baginda SAW lahir. Maka, pada malam kelahirannya, ibunya (Aminah) didatangi oleh Asiyah dan Maryam berserta para pengiringnya yang terdiri daripada para bidadari dari syurga[5]. Tidak lama kemudian, ibunya bersalin. Lahirlah Muhammad SAW dengan bercahaya yang amat cemerlang sehingga memenuhi seluruh angkasa”.

Kitab Simtutduror:

فَحَضَرَتْ بِتَوْفِيقِ اللهِ السَّيِّدَةُ مَرْيَمُ وَالسَّيِّدَةُ آسِيَةُ ۞ وَمَعَهُمَا مِنَ الْحُورِ الْعِينِ مَنْ قَسَمَ اللهُ لَهُ مِنَ الشَّرَفِ بِالْقِسْمَةِ الْوَافِيَةِ ۞[6]

Terjemahan: “Maka, hadirlah, dengan taufik Allah SWT, Sayyidah Maryam dan Sayyidah Asiyah. Bersama keduanya, datang mengiringi sebilangan bidadari syurga, yang mendapat kemuliaan agung, yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang dikehendaki”.

3.         Waktu, Tempat, dan Riwayat Tarikh Kelahiran

Simtutduror:

وَكَانَ وَقْتُ مَوْلِدِ سَيِّدِ الْكَوْنَيْنِ ۞ مِنَ الشُّهُورِ شَهْرَ رَبِيعٍ الْأَوَّلِ وَمِنَ الْأَيَّامِ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ ۞ وَمَوْضِعُ وِلَادَتِهِ وَقَبْرِهِ بِالْحَرَمَيْنِ ۞[7]

Terjemahan: “Adapun waktu lahirnya Baginda SAW adalah bulan Rabiul Awal, tepat pada hari Isnin. Tempat kelahiran dan makamnya adalah di Haramain (Mekah dan Madinah)”.

Barzanji:

وَكَانَ مَوْلِدُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْمَوْضِعِ الْمَعْرُوفِ بِالْعِرَاصِ الْمَكِّيَّةِ ۞ وَالْبَلَدِ الَّذِي لَا يُعْضَدُ شَجَرُهُ وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهُ ۞ وَاخْتُلِفَ فِي عَامِ وِلَادَتِهِ وَفِي شَهْرِهَا وَفِي يَوْمِهَا عَلَى أَقْوَالٍ لِلْعُلَمَاءِ مَرْوِيَّةٍ ۞ وَالرَّاجِحُ أَنَّهَا قُبَيْلَ فَجْرِ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ ثَانِي عَشَرَ شَهْرِ رَبِيعِ الْأَوَّلِ مِنْ عَامِ الْفِيلِ الَّذِي صَدَّهُ اللهُ عَنِ الْحَرَمِ وَحَمَاهُ ۞[8]

Terjemahan: “Tempat kelahiran Baginda SAW adalah di daerah yang dikenali Iros[9] di Mekah. Itulah kota yang kayunya tidak boleh ditebang dan rumputnya haram dicabut. Sedangkan, mengenai tahun, bulan dan hari kelahiran Baginda SAW, ramai berbeza pendapat daripada kalangan ulama ahli sejarah. Namun, menurut pendapat yang paling unggul, Baginda SAW lahir semasa fajar hampir terbit pada hari Isnin, tanggal 12 bulan Rabiul Awal, Tahun Gajah. Pada tahun itu, Allah SWT menghalau pasukan gajah Raja Abrahah yang mahu memasuki Tanah Haram dan memusnahkan Kaabah”[10].

al-Anwar Al-Muhammadiyyah:

وَقَدِ اخْتُلِفَ فِي عَامِ وِلَادَتِهِ ﷺ وَالْأَكْثَرُونَ: أَنَّهُ وُلِدَ عَامَ الْفِيلِ، وَأَنَّهُ بَعْدَ الْفِيلِ بِخَمْسِينَ يَوْمًا، وَأَنَّهُ فِي شَهْرِ رَبِيعِ الْأَوَّلِ، يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ لِثِنْتَيْ عَشْرَةَ خَلَتْ مِنْهُ، عِنْدَ طُلُوعِ الْفَجْرِ.[11]

Terjemahan: “Para ulama berbeza pendapat mengenai tahun kelahiran Baginda SAW. Majoriti berpendapat: Bahawa Baginda lahir pada Tahun Gajah, dan ia adalah lima puluh hari selepas (peristiwa tentera bergajah), dan kelahirannya pada bulan Rabiul Awal, hari Isnin, tanggal dua belas haribulan, menjelang terbitnya fajar”[12].

4.         Keadaan Fizikal Semasa Kelahiran (I'rāsh & Khaṣā'iṣ)

al-Anwar al Muhammadiyyah:

وَوُلِدَ ﷺ مَخْتُونًا مَسْرُورًا أَيْ مَقْطُوعَ السُّرَّةِ، كَمَا رُوِيَ عَنِ ابْنِ عُمَرَ وَغَيْرِهِ؛ وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَالَ:  مِنْ كَرَامَتِي عَلَى رَبِّي أَنِّي وُلِدْتُ مَخْتُونًا وَلَمْ يَرَ أَحَدٌ سَوْأَتِي.[13]

 

Terjemahan : “Baginda SAW dilahirkan dalam keadaan berkhitan dan 'masrur' iaitu tali pusatnya telah siap dipotong, sebagaimana diriwayatkan daripada Ibnu Umar dan selainnya; dan daripada Anas RA: Bahawa Nabi SAW bersabda: "Antara kemuliaanku di sisi Tuhanku ialah aku dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan, dan tiada sesiapa pun pernah melihat auratku[14]."

Diba’iy :

وَوُلِدَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَخْتُونًا بِيَدِ الْعِنَايَةِ ۞ مَكْحُولاً بِكُحْلِ الْهِدَايَةِ ۞[15]

Terjemahan: “Nabi Muhammad SAW dilahirkan dalam keadaan telah berkhitan dengan pertolongan Allah SWT bercelak dengan celak petunjuk Allah SWT[16]”.

Simtutduror:

وَحِينَ بَرَزَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ بَطْنِ أُمِّهِ بَرَزَ رَافِعًا طَرْفَهُ إِلَى السَّمَاءِ ۞ [17]

Terjemahan: “Dan, semasa Nabi Muhammad SAW dilahirkan oleh ibunya, Baginda SAW lahir sambil menunjukkan pandangan ke langit”[18].

 

وَقَدْ وَرَدَ أَنَّهُ وُلِدَ مَخْتُونًا مَكْحُولاً مَقْطُوعَ السُّرَّةِ ۞

Terjemahan: “Dan, telah diriwayatkan bahawa Baginda SAW dilahirkan dalam keadaan telah berkhitan. Bermata bagaikan bercelak. Tali pusatnya telah dipotong bersih”.

Barzanjiy:

وَقِيلَ خَتَنَهُ جَدُّهُ بَعْدَ سَبْعِ لَيَالٍ سَوِيَّةٍ ۞ وَأَوْلَمَ وَأَطْعَمَ وَسَمَّاهُ مُحَمَّدًا وَأَكْرَمَ مَثْوَاهُ ۞[19]

Terjemahan: “Suatu riwayat menyatakan, Baginda SAW dikhitan oleh datuknya setelah malam ketujuh dari kelahiran Baginda SAW. Dan, dia mengadakan kenduri, jamuan makan, memberinya nama Muhammad dan memuliakan darjatnya yang tinggi[20]”.

5.         Tindakan Awal Keluarga dan  Datuknya

Barzanjiy:

وَدَعَتْ أُمُّهُ عَبْدَ الْمُطَّلِبِ وَهُوَ يَطُوفُ بِهَاتِيكَ الْبَنِيَّةِ ۞ فَأَقْبَلَ مُسْرِعًا وَنَظَرَ إِلَيْهِ وَبَلَغَ مِنَ السُّرُورِ مُنَاهُ ۞ وَأَدْخَلَهُ الْكَعْبَةَ الْغَرَّاءَ وَقَامَ يَدْعُو بِخُلُوصِ النِّيَّةِ ۞ وَيَشْكُرُ اللهَ تَعَالَى عَلَى مَا مَنَّ بِهِ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ ۞[21]

Terjemahan: “Ibu Baginda SAW (Aminah) memanggil Abdul Muttalib yang semasa itu sedang tawaf mengelilingi sebuah bangunan (Kaabah). Dia (Abdul Muttalib) bergegas pulang, lalu melihat Baginda SAW dengan hati gembira. Baginda SAW dibawanya masuk ke Kaabah sambil memanjatkan doa dengan hati yang tulus. Dia bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan yang baru sahaja diterimanya itu”.

6.         Mukjizat Samawi: Penjagaan Langit dan Pengusiran Syaitan

Diba’iy

وَرُمِيَتِ الشَّيَاطِينُ مِنَ السَّمَاءِ بِالشُّهُبِ الْمُحْرِقَاتِ ۞ وَرَجَعَ كُلُّ جَبَّارٍ مِنَ الْجِنِّ وَهُوَ بِصَوْلَةِ سَلْطَنَتِهِ ذَلِيلٌ خَاضِعٌ ۞[22]

Terjemahan: “Syaitan dilempar dari langit dengan bintang yang terbakar. Buat seketika, raja jin yang angkuh menguasai kerajaannya menjadi hina dan tunduk”[23].

Barzanjiy:

وَزِيدَتِ السَّمَاءُ حِفْظًا وَرُدَّ عَنْهَا الْمَرَدَةُ وَذَوُو النُّفُوسِ الشَّيْطَانِيَّةِ ۞ وَرُجِمَتْ نُجُومُ النَّيِّرَاتِ كُلَّ رَجِيمٍ فِي حَالِ مَرْقَاهُ ۞[24]

Terjemahan: “Maka, pada masa itu, langit dijaga dengan lebih ketat. Serta, semua yang menderhaka dan mengganggu daripada golongan makhluk halus, bangsa jin dan syaitan diusir dari langit.Setiap syaitan yang mahu naik ke langit dihentam dengan bintang berapi”.

 

Burdah:

وَالْجِنُّ تَهْتِفُ وَالْأَنْوَارُ سَاطِعَةٌ ۞ وَالْحَقُّ يَظْهَرُ مِنْ مَعْنًى وَمِنْ كَلِمِ ۞ عَمُوا وَصَمُّوا فَإِعْلَانُ الْبَشَائِرِ لَمْ ۞ يُسْمَعْ وَبَارِقَةُ الْإِنْذَارِ لَمْ تُشَمِ ۞ مِنْ بَعْدِ مَا أَخْبَرَ الْأَقْوَامَ كَاهِنُهُمْ ۞ بِأَنَّ دِينَهُمُ الْمِعْوَجَّ لَمْ يَقُمِ ۞

Terjemahan: “Golongan jin menjerit, suara cahaya melonjak ke angkasa. Kebenaran kelihatan nyata daripada makna mahupun kata-kata. Mereka buta dan tuli, tidak dengar sehingga khabar gembira tiada didengar. Begitu juga kilatan peringatan sama sekali tidak dihiraukan. Para bomoh (kahin) mereka telah khabarkan berita. Bahawa agama mereka bengkok tidak kekal lama”[25].

حَتَّى غَدَا عَنْ طَرِيقِ الْوَحْيِ مُنْهَزِمٌ ۞ مِنَ الشَّيَاطِينِ يَقْفُو إِثْرَ مُنْهَزِمِ ۞ كَأَنَّهُمْ هَرَبًا أَبْطَالُ أَبْرَهَةٍ ۞ أَوْ عَسْكَرٌ بِالْحَصَى مِنْ رَاحَتَيْهِ رُمِي ۞

Terjemahan: “Sehingga lenyap syaitan berlari dari pintu langit, jalan wahyu Ilahi. Mereka lari mengikut syaitan nan berlari tidak berhenti. Seakan-akan syaitan yang berlari duka laksana perajurit Raja Abrahah. Atau, laksana kumpulan tentera dilempar kerikil tangan Rasulullah SAW”.

Al-Anwar Al-Muhammadiyyah:

وَمِنْ ذَلِكَ: مَا وَقَعَ مِنْ زِيَادَةِ حِرَاسَةِ السَّمَاءِ فِي الشُّهُبِ، وَقَطْعِ رَصَدِ الشَّيَاطِينِ، وَمَنْعِهِمْ مِنِ اسْتِرَاقِ السَّمْعِ[26]

Terjemahan: “Dan antara (keajaiban) itu lagi: Berlakunya penambahan penjagaan langit dengan bintang-bintang (meteor), dan terputusnya (laluan) pengintaian syaitan-syaitan, serta terhalangnya mereka daripada mencuri dengar berita dari langit”.

Al-Syifa:

وَمِنْ ذَلِكَ حِرَاسَةُ السَّمَاءِ بِالشُّهُبِ، وَقَطْعُ رَصَدِ الشَّيَاطِينِ، وَمَنْعُهُمُ اسْتِرَاقَ السَّمْعِ.[27]

Terjemahan: “Dan antara (tanda-tanda) itu ialah penjagaan langit dengan panahan bintang-bintang (meteor), terputusnya tempat intipan syaitan, dan halangan bagi syaitan daripada mencuri dengar (berita dari langit)”[28].

7.         Kejadian Luar Biasa di Bumi Parsi, Istana Kisra, dan Rom

Al-Anwar Al Muhammadiyah:

وَمِنْ عَجَائِبِ وِلَادَتِهِ ﷺ: مَا رُوِيَ مِنِ ارْتِجَاجِ إِيوَانِ كِسْرَى، وَسُقُوطِ أَرْبَعَ عَشْرَةَ شُرْفَةً مِنْ شُرُفَاتِهِ، وَغَيْضِ بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ، وَخُمُودِ نَارِ فَارِسَ وَكَانَ لَهَا أَلْفُ عَامٍ لَمْ تَخْمَدْ كَمَا رَوَاهُ كَثِيرُونَ[29]

Terjemahan: “Antara keajaiban kelahiran Baginda SAW: Apa yang diriwayatkan mengenai gegaran Iwan (istana) Kisra, dan runtuhnya empat belas anjung daripada istananya, dan surutnya (kering) air Danau Tabariyah, dan terpadamnya api Parsi padahal ia tidak pernah terpadam selama seribu tahun sebagaimana yang diriwayatkan oleh ramai ulama”.

Al-Syifa:

١١١٧ - وَمَا جَرَى مِنَ الْعَجَائِبِ لَيْلَةَ مَوْلِدِهِ، مِنِ ارْتِجَاجِ إِيوَانِ كِسْرَى، وَسُقُوطِ شُرُفَاتِهِ، وَغَيْضِ بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ، وَخُمُودِ نَارِ فَارِسَ، وَكَانَ لَهَا أَلْفُ عَامٍ لَمْ تَخْمَدْ.[30]

Terjemahan: “ Dan keajaiban yang berlaku pada malam kelahirannya, seperti gegaran hebat Iwan (istana) Kisra, dan runtuhnya anjung-anjung istana tersebut, mengeringnya air Danau Tabariyah, dan terpadamnya api (sesembahan) Parsi, padahal api itu sudah menyala seribu tahun tanpa pernah terpadam”[31].

Barzanjiy:

وَخَرَجَ مَعَهُ نُورٌ أَضَاءَتْ لَهُ قُصُورُ الشَّامِ الْقَيْصَرِيَّةُ ۞ فَرَآهَا مَنْ بِبِطَاحِ مَكَّةَ دَارُهُ وَمَغْنَاهُ ۞ وَانْصَدَعَ الْإِيوَانُ بِالْمَدَائِنِ الْكِسْرَوِيَّةِ ۞ الَّذِي رَفَعَ أَنُوشِرْوَانُ سَمْكَهُ وَسَوَّاهُ ۞ وَسَقَطَ أَرْبَعَ عَشْرَةَ مِنْ شُرُفَاتِهِ الْعُلْوِيَّةِ ۞ وَكُسِرَ مُلْكُ كِسْرَى لِهَوْلِ مَا أَصَابَهُ وَعَرَاهُ ۞ وَخَمَدَتِ النِّيرَانُ الْمَعْبُودَةُ بِالْمَمَالِكِ الْفَارِسِيَّةِ ۞ لِطُلُوعِ بَدْرِهِ الْمُنِيرِ وَإِشْرَاقِ مُحَيَّاهُ ۞ وَغَاضَتْ بُحَيْرَةُ سَاوَةَ وَكَانَ بَيْنَ هَمَذَانَ وَقُمَّ مِنَ الْبِلَادِ الْعَجَمِيَّةِ ۞ وَجَفَّتْ إِذْ كَفَّ وَاكِفُ مَوْجِهَا الثَّجَّاجِ يَنَابِيعُ هَاتِيكَ الْمِيَاهُ ۞ وَفَاضَ وَادِي سَمَاوَةَ وَهِيَ مَفَازَةٌ فِي فَلَاةٍ وَبَرِّيَّةٍ ۞ لَمْ يَكُنْ بِهَا قَبْلُ مَاءٌ يَنْقَعُ لِلظَّمْآنِ اللَّهَاةَ ۞ وَكَانَ مَوْلِدُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْمَوْضِعِ الْمَعْرُوفِ بِالْعِرَاصِ الْمَكِّيَّةِ ۞ وَالْبَلَدِ الَّذِي لَا يُعْضَدُ شَجَرُهُ وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهُ ۞[32]

 

Terjemahan: “Bersamaan dengan kelahiran Baginda SAW, muncul cahaya yang sinarnya sehingga menerangi bangunan maharaja yang berada di Syam. Sehingga, setiap orang daripada penduduk Mekah dapat melihat cahaya itu. Pagar yang ada di kota Kisra (Iran) pada masa itu runtuh, padahal telah dibina dengan megah oleh Raja Anusyarwan[33]. Bahkan, empat belas menaranya yang tinggi menjulang langit runtuh berantakan. Kerajaan Kisra musnah kerana hebatnya kelahiran Nabi Muhammad SAW. Api yang disembah di Kerajaan Parsi padam seketika oleh sebab terbitnya purnama Muhammad SAW yang bersinar wajahnya. Danau Sawah yang terletak di antara Hamazan dan Qumm di negeri 'ajam (luar Arab) menjadi kering[34]. Mata air yang biasanya mengalir tidak lagi mengalirkan airnya kerana dilanda kemarau. Wadi Samawah yang terletak di antara daratan dan padang belantara melimpah airnya. Padahal, sejak dahulu kala, di sana tidak ditemui air setitis pun untuk menghilangkan dahaga orang yang kehausan. Tempat kelahiran Baginda SAW adalah di daerah yang dikenali Iros di Mekah. Itulah kota yang kayunya tidak boleh ditebang dan rumputnya haram dicabut”.

Maulid Ja’fariyyah:

وَفِي لَيْلَةِ مَوْلِدِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، انْتَشَرَتِ الْأَنْوَارُ حَتَّى تَرَاءَتِ الْقُصُورُ الْكِسْرَوِيَّةُ ۞ وَتَدَلَّتِ النُّجُومُ وَاسْتَنَارَ الْبَيْتُ حَتَّى أَضَاءَ الْحَرَمَ سَنَاهُ ۞ وَتَصَدَّعَ إِيوَانُ كِسْرَى لِلْهَيْبَةِ الْمُحَمَّدِيَّةِ ۞ وَأُخْمِدَتْ نَارُ فَارِسٍ بِالدِّيَارِ الْفَارِسِيَّةِ ۞ وَغَاضَتْ بُحَيْرَةُ سَاوَةَ وَفَاضَ وَادِي سَمَاوَةَ وَتَفَجَّرَتْ مِنْهُ الْمِيَاهُ ۞ [35]

Terjemahan: “Mukjizat-mukjizat Baginda pada Malam Kelahiran. Dan pada malam kelahiran Baginda , cahaya-cahaya memancar (tersebar) sehingga kelihatan istana-istana Kisra (Parsi). Dan bintang-bintang merendah (mendekat), dan rumah (tempat kelahiran) bersinar terang sehingga cahayanya menerangi seluruh Tanah Haram. Dan retaklah Iwan (beranda istana) Kisra kerana kehebatan dan kewibawaan (Nabi) Muhammad. Dan terpadamlah api (sesembahan Majusi) di negeri-negeri Parsi. Dan surutlah (mengering) air Danau Sawah, dan meluaplah air Lembah Samawah serta memancarlah air daripadanya”.

8.   Perkhabaran Ahli Kitab (Rahib dan Pendeta Yahudi)

Al-Anwar al-Muhammadiyyah

وَعَنْ حَسَّانَ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: إِنِّي لَغُلَامٌ ابْنُ سَبْعِ سِنِينَ أَوْ ثَمَانٍ أَعْقِلُ مَا رَأَيْتُ وَسَمِعْتُ، إِذَا يَهُودِيٌّ يَصْرُخُ ذَاتَ غَدَاةٍ: يَا مَعْشَرَ يَهُودَ، فَاجْتَمَعُوا إِلَيْهِ وَأَنَا أَسْمَعُ، قَالُوا: وَيْلَكَ، مَا لَكَ؟ قَالَ: طَلَعَ نَجْمُ أَحْمَدَ الَّذِي وُلِدَ بِهِ فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ.[36]

Terjemahan: “Dan daripada Hassan bin Thabit RA, beliau berkata: "Sesungguhnya aku (pada waktu itu) seorang kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun, aku mengingati dan memahami apa yang aku lihat dan dengar, tiba-tiba seorang Yahudi menjerit pada suatu pagi: 'Wahai sekalian orang Yahudi!' Lalu mereka berkumpul ke arahnya dan aku turut mendengar. Mereka bertanya: 'Celaka engkau, ada apa denganmu?' Dia menjawab: 'Telah terbit bintang Ahmad yang kelahirannya (berlaku) pada malam ini.'[37]"

 

وَعَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ يَهُودِيٌّ قَدْ سَكَنَ بِمَكَّةَ، فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الَّتِي وُلِدَ فِيهَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ قَالَ: يَا مَعْشَرَ قُرَيْشٍ، هَلْ وُلِدَ فِيكُمُ اللَّيْلَةَ مَوْلُودٌ؟ قَالُوا: لَا نَعْلَمُ. قَالَ: انْظُرُوا، فَإِنَّهُ وُلِدَ فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ نَبِيُّ هَذِهِ الْأُمَّةِ، بَيْنَ كَتِفَيْهِ عَلَامَةٌ. فَانْصَرَفُوا فَسَأَلُوا، فَقِيلَ لَهُمْ: قَدْ وُلِدَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ غُلَامٌ. فَذَهَبَ الْيَهُودِيُّ مَعَهُمْ إِلَى أُمِّهِ فَأَخْرَجَتْهُ لَهُمْ، فَلَمَّا رَأَى الْيَهُودِيُّ الْعَلَامَةَ خَرَّ مَغْشِيًّا عَلَيْهِ وَقَالَ: ذَهَبَتِ النُّبُوَّةُ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ؛ يَا مَعْشَرَ قُرَيْشٍ، أَمَا وَاللَّهِ، لَيَسْطُوَنَّ بِكُمْ سَطْوَةً يَخْرُجُ خَبَرُهَا مِنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ. رَوَاهُ يَعْقُوبُ بْنُ سُفْيَانَ بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ كَمَا فِي فَتْحِ الْبَارِي.[38]

Terjemahan: “Dan daripada Aisyah Ummul Mukminin RA, beliau berkata: "Terdapat seorang Yahudi yang tinggal di Mekah. Maka apabila tiba malam di mana Rasulullah SAW dilahirkan, dia bertanya: 'Wahai sekalian Quraisy, adakah pada malam ini telah lahir seorang bayi dalam kalangan kalian?' Mereka menjawab: 'Kami tidak tahu.' Dia berkata: 'Periksalah, kerana sesungguhnya pada malam ini telah lahir nabi umat ini. Di antara kedua bahunya terdapat satu tanda.' Maka mereka pulang dan bertanya, lalu dikatakan kepada mereka: 'Telah lahir seorang bayi lelaki bagi Abdullah bin Abdul Muttalib.' Kemudian, Yahudi itu pergi bersama mereka menemui ibu Baginda, lalu ibunya mengeluarkan bayi tersebut kepada mereka. Apabila Yahudi itu melihat tanda tersebut, dia rebah pengsan dan berkata: 'Telah hilang kenabian dari Bani Israel; Wahai sekalian Quraisy, demi Allah, sesungguhnya dia akan menyerang dan menguasai kalian dengan satu penguasaan yang khabarnya akan tersebar dari timur hingga ke barat.' Diriwayatkan oleh Ya'qub bin Sufyan dengan sanad yang hasan sebagaimana dalam (kitab) Fath al-Bari.[39]"

9.   Perjalanan Awal Kehidupan dan Pengasuhan (Penyusuan & Barakah)

Diba’iy:

قِيلَ مَنْ يَكْفُلُ هَذِهِ الدُّرَّةَ الْيَتِيمَةَ ۞ الَّتِي لَا تُوجَدُ لَهَا قِيمَةٌ ۞ قَالَتِ الطُّيُورُ نَحْنُ نَكْفُلُهُ وَنَغْتَنِمُ هِمَّتَهُ الْعَظِيمَةَ ۞ قَالَتِ الْوُحُوشُ نَحْنُ أَوْلَى بِذَلِكَ لِكَيْ نَنَالَ شَرَفَهُ وَتَعْظِيمَهُ ۞ قِيلَ يَا مَعْشَرَ الْأُمَمِ اسْكُنُوا فَإِنَّ اللهَ قَدْ حَكَمَ فِي سَابِقِ حِكْمَتِهِ الْقَدِيمَةِ ۞ بِأَنَّ نَبِيَّهُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكُونُ رَضِيعًا لِحَلِيمَةَ الْحَلِيمَةِ ۞[40]

Terjemahan: “ Diseru oleh malaikat, "Siapa yang mahu mengasuh anak yatim, yang bagaikan permata yang tiada bandingan harganya?" Sekumpulan burung berkata, "Kamilah yang sanggup mengasuh dan mengambil manfaat cita-citanya yang agung." "Kamilah yang lebih berhak mengasuhnya agar memperoleh kemuliaan dan keagungannya," jawab binatang buas. Diseru oleh malaikat, "Wahai umat, tenanglah kamu semua, kerana sesungguhnya Allah SWT benar-benar telah memutuskan sejak zaman dahulu kala. "Bahawasanya nabi-Nya, Muhammad SAW, mahu menyusu dengan seorang wanita bernama Siti Halimah yang penuh rasa kasih sayang.[41]"

Al-Syifa:

١١١٦ - وَمَا تَعَرَّفَتْ [بِهِ] حَلِيمَةُ وَزَوْجُهَا ـ ظِئْرَاهُ ـ مِنْ بَرَكَتِهِ، وَدُرُورِ لَبَنِهَا لَهُ، وَلَبَنِ شَارِفِهَا وَخِصْبِ غَنَمِهَا، وَسُرْعَةِ شَبَابِهِ، وَحُسْنِ نَشْأَتِهِ.[42]

Terjemahan: “Dan perkara yang dikenali oleh Halimah dan suaminya kedua ibu bapa susuannya akan keberkatannya, kelimpahan air susunya untuk Baginda, serta air susu unta tuanya, kesuburan haiwan ternakannya, tumbesaran fizikalnya yang cepat, dan perkembangannya yang sangat baik[43]”.



[1] Calon pelajar PhD Usuluddin di Unishams sejak 2025. Kertas ini Adalah intipati tazkirah Maulid di Surau Taman Kempas pada 24 Ogos 2026.

[2] Safiur Rahman al-Mubarakfuri, Al-Rahiq al-Makhtum, Cetakan ke-50 (Mansoura: Dar al-Wafa' li al-Tiba'ah wa al-Nashr wa al-Tauzi', 2020), 54.

[3] Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 4/127, 128. Dan al-Bazzar di dalam "Musnad"nya, diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Kasyf al-Astar 3/113, Kitab Alamat an-Nubuwwah, Bab Qidam Nubuwwatihi, hadis tersebut. Lihat Muhammad al-Husain ibn Masud al-Baghawi, Masabih al-Sunnah, jild 4, ed. Yusuf Abd al-Rahman al-Marashli, Muhammad Salim Ibrahim Samarah, dan Jamal Hamdi al-Dhahabi (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1407 H / 1987 M), 38.

 

[4] Muhammad Saleh, Himpunan Qasidah, Maulid dan Selawat, terj. Nurul Husna Basri (Batu Caves: Al-Hidayah House of Publishers, 2017), 99.

[5] Kisah ini rantaian perawi utamanya bersumberkan daripada sahabat Abdullah bin Abbas daripada Aminah binti Wahb (ibu Baginda SAW) dan menerima banyak kritikan dan ianya riwayat yang amat lemah.

“Dan daripadanya (perawi), daripada Ibnu Abbas RA beliau berkata: Aminah pernah bercerita dan berkata:

"Seseorang (malaikat) telah datang menemuiku di dalam tidur (mimpi) ketika kandunganku berusia enam bulan. Dia berkata: 'Wahai Aminah, sesungguhnya engkau sedang mengandungkan sebaik-baik kejadian alam (manusia terbaik). Maka apabila engkau melahirkannya, namakanlah dia Muhammad, dan rahsiakanlah perihalmu.'

Kemudian, apabila tiba masanya aku merasai apa yang dirasai oleh para wanita (sakit hendak bersalin), sedangkan tidak ada sesiapa pun yang mengetahuinya dan aku berseorangan di dalam rumah, manakala Abdul Muttalib pula sedang bertawaf, tiba-tiba aku mendengar satu bunyi gemuruh yang sangat kuat. Kemudian aku melihat seolah-olah sayap seekor burung putih menyapu dadaku (hatiku), lalu hilanglah segala ketakutan dan kesakitan yang aku rasakan. Kemudian aku menoleh, tiba-tiba terdapat satu minuman putih, lantas aku meminumnya lalu aku dilitupi oleh cahaya yang terang-benderang. Seterusnya, aku melihat beberapa orang wanita yang tinggi lampai seperti pokok tamar, seolah-olah mereka adalah daripada kalangan wanita (Bani) Abd Manaf sedang mengelilingiku. Sedang aku berasa takjub dan berkata (dalam hati): 'Aduhai, dari manakah mereka mengetahui hal perihalku?' Lalu mereka berkata kepadaku: 'Kami adalah Asiyah isteri Firaun, dan Maryam puteri Imran, dan mereka ini pula adalah dari kalangan bidadari (syurga).' Lihat Abdul Malik bin Husain bin Abdul Malik al-'Isami al-Makki, Simt an-Nujum al-'Awali fi Anba' al-Awa'il wa al-Tawali, tahqiq: Adil Ahmad Abd al-Maujud dan Ali Muhammad Mu'awwad, cet. ke-1 (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1998), 1: 299.

[6] Saleh, Himpunan Qasidah, 211

[7] Saleh, Himpunan Qasidah, 214

[8] Saleh, Himpunan Qasidah, 108

[9] Ia merupakan kata jamak (plural) bagi perkataan 'Arsah (عَرْصَة) yang bermaksud halaman, kawasan lapang di antara rumah-rumah, atau dataran luas.

[10] Diceritakan tarikh ini dalam Al Rahiq al Makhtum:

وَكَانَتْ هَذِهِ الْوَقْعَةُ فِي شَهْرِ الْمُحَرَّمِ قَبْلَ مَوْلِدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِخَمْسِينَ يَوْمًا أَوْ بِخَمْسَةٍ وَخَمْسِينَ يَوْمًا- عِنْدَ الْأَكْثَرِ- وَهُوَ يُطَابِقُ أَوَاخِرَ فِبْرَايِرَ أَوْ أَوَائِلَ مَارِسَ سَنَةَ ٥٧١ م، وَكَانَتْ تَقْدِمَةً قَدَّمَهَا اللَّهُ لِنَبِيِّهِ وَبَيْتِهِ، لِأَنَّا حِينَ نَنْظُرُ إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ نَرَى أَنَّ الْمُشْرِكِينَ مِنْ أَعْدَاءِ اللَّهِ تَسَلَّطُوا عَلَى هَذِهِ الْقِبْلَةِ، وَأَهْلُهَا مُسْلِمُونَ كَمَا وَقَعَ لِبُخْتَنَصَّرَ سنة ٥٨٧ ق. م، وَالرُّومَانِ سنة ٧٠ م، وَلَكِنَّ الْكَعْبَةَ لَمْ يُسَيْطِرْ عَلَيْهَا النَّصَارَى- وَهُمُ الْمُسْلِمُونَ إِذْ ذَاكَ- مَعَ أَنَّ أَهْلَهَا كَانُوا مُشْرِكِينَ.

Terjemahan: “ Peristiwa ini berlaku pada bulan Muharam, kira-kira 50 atau 55 hari sebelum kelahiran Nabi SAW—menurut pandangan majoriti ulama—yang bertepatan dengan akhir bulan Februari atau awal bulan Mac tahun 571 Masihi. Kejadian ini merupakan satu pendahuluan (anugerah awal) yang Allah sediakan untuk Nabi-Nya dan Rumah-Nya (Kaabah). Ini kerana, apabila kita melihat kepada Baitulmaqdis, kita mendapati orang-orang musyrik daripada musuh-musuh Allah pernah menguasai kiblat tersebut sedangkan penduduknya ketika itu adalah orang Islam, seperti yang berlaku pada zaman Bukhtunassar pada tahun 587 Sebelum Masihi dan bangsa Rom pada tahun 70 Masihi. Sebaliknya, Kaabah tidak pernah dikuasai oleh golongan Nasrani—walaupun mereka adalah umat Islam pada zaman tersebut—meskipun penduduk Makkah ketika itu adalah golongan musyrikin." Lihat Safiur Rahman al-Mubarakfuri, Al-Rahiq al-Makhtum (Beirut: Dar al-Fikr, special edition for Dar wa Maktabah al-Hilal, 2002), 42.

 

[11] Yusuf bin Isma'il al-Nabhani, Al-Anwar al-Muhammadiyyah min al-Mawahib al-Ladunniyyah, disemak dan diulas oleh 'Alawi Abu Bakr Muhammad al-Saqqaf, Cetakan Pertama (Jakarta: Dar al-Kutub al-Islamiyah, 2012), 31.

[12] Punca serangan Abrahah ke Mekah Adalah diceritakan dalam al Rahiq -al Makhtum :

أَنَّ أَبْرَهَةَ الصَّبَّاحَ الْحَبَشِيَّ، النَّائِبَ الْعَامَّ عَنِ النَّجَاشِيِّ عَلَى الْيَمَنِ، لَمَّا رَأَى الْعَرَبَ يَحُجُّونَ الْكَعْبَةَ بَنَى كَنِيسَةً كَبِيرَةً بِصَنْعَاءَ، وَأَرَادَ أَنْ يَصْرِفَ حَجَّ الْعَرَبِ إِلَيْهَا، وَسَمِعَ بِذَلِكَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي كِنَانَةَ، فَدَخَلَهَا لَيْلًا فَلَطَّخَ قِبْلَتَهَا بِالْعَذِرَةِ. وَلَمَّا عَلِمَ أَبْرَهَةُ بِذَلِكَ ثَارَ غَيْظُهُ، وَسَارَ بِجَيْشٍ عَرَمْرَمٍ- عَدَدُهُ سِتُّونَ أَلْفَ جُنْدِيٍّ- إِلَى الْكَعْبَةِ لِيَهْدِمَهَا

Terjemahan: “sesungguhnya Abrahah al-Sabbah al-Habsyi, iaitu wakil mutlak Raja Najasyi di Yaman, apabila beliau melihat orang ramai mengellingi Kaabah (untuk berhaji), beliau telah membina sebuah gereja besar di San'a dan mahu memalingkan ibadat haji orang Arab ke gereja tersebut. Perkara itu telah didengari oleh seorang lelaki dari Bani Kinanah, lalu dia menyus masuk pada waktu malam dan melumurkan kiblat gereja tersebut dengan najis.

Apabila Abrahah mengetahui hal tersebut, marahnya meluap-luap. Dia bergerak membawa tentera yang amat besar—seramai 60,000 anggota tentera—menuju ke Kaabah untuk merobohkannya”. Lihat Al-Mubarakfuri, Al-Rahiq al-Makhtum, 42.

[13] Al-Nabhani, Al-Anwar al-Muhammadiyyah, 31.

[14] Daripada Ibn Abbas, daripada bapanya Al-‘Abbas, beliau berkata: "Nabi SAW dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan dan sudah terpotong tali pusatnya. Maka hal itu amat mengkagumkan Abdul Muttalib dan beliau menduduki tempat yang istimewa di sisinya, lalu beliau berkata: 'Sesungguhnya anak lelaki ku ini kelak pasti mempunyai kedudukan yang besar'." (dhoif dan munkar). Lihat Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Dhahabi, Siyar A'lam an-Nubala', pengkajian hadis dan tahqiq: Muhammad Aiman al-Syabrawi (Kaherah: Dar al-Hadith, 2006), 1: 150.

[15] Saleh, Himpunan Qasidah, 47

[16] Mungkin makna dilahrkan bercelak itu Adalah seolah-olah memakai celak kerana indahnya mata Nabi SAW berdasarkan hadis ini:

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه قال: كان في ساق رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ حُمُوشَةٌ وَكَانَ لَا يَضْحَكُ إِلَّا تَبَسُّمًا فَكُنْتُ إِذَا نَظَرْتُ إِلَيْهِ قُلْتُ: أَكْحَلُ الْعَيْنَيْنِ وَلَيْسَ بأكحل

Daripada Jabir bin Samurah r.a., beliau berkata: "(Terdapat kekurusan pada betis Rasulullah SAW, dan Baginda tidak pernah ketawa melainkan hanya tersenyum. Dan apabila aku memandang kepada Baginda, aku akan berkata: (Baginda) kelihatan bercelak matanya, padahal Baginda tidak bercelak.)". Hadis Dhoif. Lihat Muhammad bin 'Isa al-Tirmidhi, Mukhtasar al-Shama'il al-Muhammadiyyah, diringkaskan dan ditahqiq oleh Muhammad Nasiruddin al-Albani ('Amman: al-Maktabah al-Islamiyyah), 120.

[17] Saleh, Himpunan Qasidah, 214

[18] Ibu (Nabi) berkata: "Aku mengandungkannya, maka tiada satu kandungan pun yang aku rasakan lebih ringan daripada itu. Ketika aku mengandungkannya, aku telah diperlihatkan dalam tidur seolah-olah ada cahaya keluar daripadaku yang menyinari istana-istana Sham. Kemudian, ketika aku melahirkannya, dia jatuh ke bumi dengan cara yang tidak seperti jatuhnya bayi biasa; dia bertumpu pada kedua-dua tangannya, seraya mengangkat kepalanya ke langit. Lihat Abu Bakar Ahmad bin al-Husain al-Baihaqi, Dala'il an-Nubuwwah wa Ma'rifah Ahwal Sahib al-Syari'ah, tahqiq dan takhrij: Dr. Abd al-Mu'ti Qal'ahji, cet. ke-1 (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1985), 1: 136.

[19] Saleh, Himpunan Qasidah, 103

[20] Nama Nabi Muhammad Adalah ilham daripada Allah SWT.

وَالْمُسَمِّي لَهُ بِهَذَا الِاسْمِ هُوَ جَدُّهُ عَبْدُ الْمُطَّلِبِ بِإِلْهَامٍ مِنَ اللَّهِ، - وَالْإِلْهَامُ مِنَ اللَّهِ هُوَ مَا يُوَفِّقُ اللَّهُ إِلَيْهِ الْعَبْدَ وَيَهْدِيهِ إِلَيْهِ دُونَ عِلْمٍ سَابِقٍ وَلَا دَلِيلٍ ظَاهِرٍ، وَإِنَّمَا هِيَ هِدَايَةٌ رَبَّانِيَّةٌ تَكُونُ بِإِرْشَادِ الْقَلْبِ إِلَى الشَّيْءِ الْمُلْهَمِ إِلَيْهِ …. وَلَمْ يَكُنْ مِنْ أَسْمَاءِ آبَائِهِ وَأَجْدَادِهِ، وَمِنْ عَادَاتِهِمْ أَنْ يُحْيُوا ذِكْرَ آبَائِهِمْ وَأَجْدَادِهِمْ بِتَسْمِيَةِ أَبْنَائِهِمْ بِأَسْمَائِهِمْ- أَجَابَ.

Terjemahan: “Dan pihak yang menamakannya dengan nama ini ialah datuknya, Abdul Mutalib, dengan ilham daripada Allah—dan ilham daripada Allah ialah apa yang Allah taufiqkan kepada hamba-Nya dan tunjukkan kepadanya tanpa ilmu yang terdahulu mahupun dalil yang zahir, sebaliknya ia adalah hidayah ketuhanan yang berlaku dengan cara membimbing hati kepada sesuatu yang diilhamkan kepadanya……. sedangkan ia bukanlah daripada nama bapa-bapa dan datuk-datuknya, padahal menjadi kebiasaan mereka untuk menghidupkan sebutan nama bapa dan datuk mereka dengan menamakan anak-anak mereka dengannya”. Lihat 'Abd al-Hamid bin Badis, Athaar Ibn Badis, disusun oleh 'Ammar al-Talibi, Cetakan Pertama (Al-Jaza'ir: Al-Syarikah al-Jaza'iriyyah, 1968), 2:298.

[21] Saleh, Himpunan Qasidah, 103

[22] Saleh, Himpunan Qasidah, Saleh, Himpunan Qasidah, 48.

[23] Fasal pada menyatakan tentang Maulid (Kelahiran Nabi): Di dalam Tafsir Baqi bin Makhlad bahawa Iblis -semoga Allah melaknatnya- telah menjerit sebanyak empat kali jeritan: Jeritan ketika dia dilaknat, Jeritan ketika dia diturunkan (ke bumi), jeritan ketika Rasulullah -SAW- dilahirkan, dan Jeritan ketika surah Fatihah al-Kitab diturunkan.

Lihat Al-Suhaylī, ‘Abd al-Raḥmān. Al-Rawḍ al-Unuf fī Sharḥ al-Sīrah al-Nabawiyyah li-Ibn Hishām. Bersama: Al-Sīrah al-Nabawiyyah oleh Imām Ibn Hishām. Tahqiq, ta'liq, dan syarah oleh ‘Abd al-Raḥmān al-Wakīl. Kaherah: Dār al-Kutub al-Ḥadīthah, 1967–1970M. Jil.2, hlm. 149.

[24] Saleh, Himpunan Qasidah, 105

[25] Hubungan antara bomoh dan jin di zaman jahiliyah diceritakan dalam Majalah al-Zuhur:

وَمِنْهُمْ مَنْ قَالَ: إِنَّ لِلْكَاهِنِ تَابِعًا مِنَ الْجِنِّ، وَرَئِيًّا يُلْقِي إِلَيْهِ الْأَخْبَارَ. وَهُوَ الْقَوْلُ الْمَشْهُورُ عِنْدَهُمْ، الْمُعْتَمَدُ فِي الْإِسْلَامِ. وَقَدْ جَاءَ فِي صَحِيحِ الْبُخَارِيِّ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَنَّ الْمَلَائِكَةَ تَتَحَدَّثُ فِي الْعَنَانِ (أَيِ الْغَمَامِ) بِالْأَمْرِ يَكُونُ فِي الْأَرْضِ فَتَسْمَعُ الشَّيَاطِينُ الْكَلِمَةَ فَتَقُرُّهَا فِي أُذُنِ الْكَاهِنِ، كَمَا تُقَرُّ الْقَارُورَةُ، فَيَزِيدُونَ مَعَهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ وَقَالَ الْأَزْهَرِيُّ: كَانَتِ الْكَهَانَةُ فِي الْعَرَبِ قَبْلَ مَبْعَثِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ فَلَمَّا بُعِثَ نَبِيًّا وَحُرِسَتِ السَّمَاءُ بِالشُّهُبِ، وَمُنِعَتِ الْجِنُّ وَالشَّيَاطِينُ مِنَ اسْتِرَاقِ السَّمْعِ وَإِلْقَائِهِ إِلَى الْكُهَّانِ، بَطَلَ عِلْمُ الْكَهَانَةِ

Terjemahan: “Dan sebahagian daripada mereka berkata: "Sesungguhnya bagi setiap kahin (tukang tilik/bomoh) itu ada pengikut daripada kalangan jin, dan jin belaan (ra'iy) yang menyampaikan berita-berita kepadanya." Ini merupakan pandangan yang masyhur dalam kalangan mereka, dan ia diperakui (kebenarannya) di dalam Islam.

Dan telah datang riwayat dalam Sahih al-Bukhari daripada Nabi SAW: Bahawa para malaikat berbincang di al-'Anan (iaitu di awan) mengenai sesuatu urusan yang akan berlaku di bumi. Lalu syaitan-syaitan mencuri dengar perkataan tersebut, kemudian mereka mencurahkannya (membisikkannya) ke dalam telinga kahin umpama bunyi air yang dicurahkan ke dalam botol kaca, lalu mereka (syaitan dan kahin) menokok tambah seratus pembohongan ke atas berita tersebut. Dan al-Azhari telah berkata: Ilmu perbomohan (kahin) pernah berleluasa dalam kalangan bangsa Arab sebelum perutusan Rasulullah SAW. Maka, apabila Baginda diutuskan sebagai seorang Nabi dan langit mula dikawal ketat dengan panahan-panahan bintang (meteor), serta golongan jin dan syaitan dihalang daripada mencuri dengar berita langit untuk disampaikan kepada para bomoh, maka terbatal dan lumpuhlah ilmu perbomohan itu”. Lihat Majalah Al-Zuhur al-Misriyyah, diasaskan oleh Antun al-Jumayyil dan Syeikh Amin Taqi al-Din (Beirut: Dar Sader, rpt. Cairo: Matba'at al-Ma'arif, 1910–1913), 3:58.

[26] Al-Nabhani, Al-Anwar al-Muhammadiyyah, 31.

[27] Al-Qadi 'Iyad bin Musa al-Yahsubi, Al-Shifa bi Ta'rif Huquq al-Mustafa, tahqiq 'Abduh 'Ali Kushk, Cetakan Pertama (Dubai: Ja'izah Dubay al-Dawliyyah li al-Qur'an al-Karim, 2013), 461.

[28] Jin sanggup mengambil risiko dibakar ketika mencuri dengar berita di langit kerana Allah menjadikan mereka lupa akan bahaya tersebut sebagai satu bentuk ujian. Hal ini sama seperti Iblis yang sentiasa melupakan laknat kekal ke atas dirinya. Sifat lupa ini sengaja didatangkan supaya matlamat sesuatu ujian atau tanggungjawab (taklif) itu dapat dicapai. Lihat Tafsir qurtubi ayat 9 surah Jin.

[29] Al-Nabhani, Al-Anwar al-Muhammadiyyah, 31.

[30] Al-Yahsubi, Al-Shifa, 460

[31] Ibnu Abi ad-Dunya dan selainnya berkata: Telah menceritakan kepada kami Ali bin Harb al-Ta'i, beliau berkata: Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Ayyub Ya'la bin Imran al-Bajali, beliau berkata: Telah menceritakan kepadaku Makhzum bin Hani' al-Makhzumi, daripada bapanya, yang ketika itu usianya telah mencecah seratus lima puluh tahun, beliau berkata: "Pada malam keputeraan Rasulullah SAW, istana Kisra bergegar dengan kuat sehingga meruntuhkan empat belas buah berandanya. Air Tasik Sawah pula menjadi surut, dan terpadamnya api (sembahan) Parsi yang tidak pernah terpadam selama seribu tahun sebelum itu. Dalam pada itu, al-Mubidzan (pendeta besar Majusi) telah bermimpi melihat unta-unta yang sukar dikawal (sarat) sedang memimpin kuda-kuda Arab, menyeberangi Sungai Dajlah (Tigris) dan bertebaran di negara mereka. Maka apabila tiba waktu pagi, Kisra digemparkan dengan apa yang dilihatnya terhadap keadaan istananya. Namun, beliau bersabar menghadapinya untuk menunjukkan keberanian. Kemudian, beliau berpandangan agar tidak menyembunyikan kejadian tersebut daripada para menteri dan para pembesarnya.

Lalu beliau memakai mahkotanya, duduk di atas singgahsananya, dan mengumpulkan mereka. Apabila mereka semua telah berkumpul di sisinya, beliau bertanya: 'Tahukah kamu atas urusan apakah aku memanggil kamu semua?' Mereka menjawab: 'Tidak, melainkan jika Tuanku Raja memberitahu kami.' Sedang mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba sampai kepada mereka sepucuk surat yang mengkhabarkan tentang terpadamnya api (di kuil Majusi), maka bertambahlah kerisauan di atas kerisauannya yang sedia ada. Lalu al-Mubidzan berkata: 'Patik juga ada melihat—semoga Allah membaiki urusan Tuanku Raja—satu mimpi pada malam ini.' Kemudian dia menceritakan mimpinya itu kepada Kisra. Kisra bertanya: 'Petanda apakah ini, wahai Mubidzan?' Dia menjawab: 'Satu kejadian (besar) akan berlaku di sebelah wilayah Arab.' Al-Mubidzan merupakan orang yang paling alim dalam kalangan mereka.

Lihat Shams al-Din Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman al-Dhahabi, Siyar A‘lam al-Nubala’, tahqiq Husayn Asad, seliaan Shu‘ayb al-Arna’ut, cet. ke-3, jil. 1 (Beirut: Mu’assasat al-Risalah, 1985), 42.

[32] Saleh, Himpunan Qasidah, 106-108.

[33] Gelaran Anusyarwan al-Adil memerintah Empayar Sasan dari tahun 531 hingga 579 Masihi. Tempoh pemerintahannya dianggap sebagai zaman kemuncak. Nabi Muhammad SAW diputerakan pada zaman pemerintahan Raja Anusyarwan (sekitar tahun 570 Masihi). Peristiwa luar biasa (irhasat) di mana 14 ruangan beranda Istana Kisra retak dan runtuh, serta terpadamnya api sembahan Majusi beribu tahun, berlaku di istana miliknya. Merupakan raja yang membina atau menyempurnakan pembinaan binaan agung Iwan Kisra di Ctesiphon (Mada'in), ibu kota Parsi pada waktu itu. Sisa runtuhan gerbang gergasi ini masih boleh dilihat di Iraq pada hari ini.

[34] Tasik Sawah (atau Buhayrat Sawah / بحيرة ساوة) yang masyhur dalam riwayat sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW kini terletak di Republik Islam Iran.  Wilayah Markazi (Markazi Province)  Bandar Saveh (ساوه). Ia juga terletak lebih kurang 100 kilometer ke arah barat daya dari ibu kota Tehran.

[35] Salih Muhammad al-Ja'fari, Al-Sirah al-Nabawiyyah al-Muhammadiyyah, al-Musammah bi al-Aqmar al-Nuraniyyah, Cetakan Pertama (Jitra, Kedah: Raudhah Muhibbin Enterprise, t.t.), 22.

[36] Al-Nabhani, Al-Anwar al-Muhammadiyyah, 30.

[37] Diriwayatkan dalam Dalail an-Nubuwwah oleh Al-Baihaqi (1/110)

[38] Al-Nabhani, Al-Anwar al-Muhammadiyyah, 30.

[39] Abdullah Muhammad bin Abdullah Al-Hakim Al-Nisaburi, Al-Mustadrak 'ala al-Sahihain, tahqiq oleh Dr. Muhammad Kamil Qurrah Bali (Beirut: Dar Al-Risalah Al-Alimiah, 1439 H / 2018 M), jil. 5, hlm. 151, no. hadis 4222, bab Dzikru Akhbar Sayyid al-Mursalin wa Khatam al-Nabiyyin.

[40] Saleh, Himpunan Qasidah, 49-50.

[41] Hadis yang kuat berkenaan bertepegahan haiwan untuk menjaga Rasulullah mungkin tiada. Tetapi ada banyak riwayat dalam kitab yang membawa kisah ini antaranya:

"وَقَدْ ذَكَرُوا" زَعَمَ مَنْ الْمُرَادُ أَهْلُ الْإِشَارَةِ مِنَ الصُّوفِيَّةِ، فَأَمَّا الْفُقَهَاءُ وَالْمُحَدِّثُونَ فَلَمْ يَذْكُرُوا شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَفِيهِ نَظَرٌ، فَفِي الْخَمِيسِ رُوِيَ عَنْ مُجَاهِدٍ، قُلْتُ لِابْنِ عَبَّاسٍ: تَنَازَعَتِ الطِّيُورُ فِي إِرْضَاعِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: أَيْ وَاللَّهِ، وَكُلُّ نِسَاءٍ، وَذَلِكَ لَمَّا نَادَى الْمَلَكُ فِي السَّمَاءِ الدُّنْيَا هَذَا مُحَمَّدٌ سَيِّدُ الْأَنْبِيَاءِ، طُوبَى لِثَدْيٍ أَرْضَعَهُ، فَتَنَافَسَتِ الْجِنُّ وَالطَّيْرُ فِي إِرْضَاعِهِ، فَنُودِيَتْ أَنْ كُفُّوا فَقَدْ أَجْرَى اللَّهُ ذَلِكَ عَلَى أَيْدِي الْإِنْسِ، فَخَصَّ اللَّهُ بِتِلْكَ السَّعَادَةِ وَشَرَّفَ بِذَلِكَ الشَّرَفِ حَلِيمَةَ، انْتَهَى.

Kenyataan "Dan mereka telah menyebutkan": Didakwa bahawa yang dimaksudkan ialah ahl al-isyarah (golongan sufi). Adapun para fuqaha dan ahli hadis, mereka tidak pernah menyebutkan sebarang usul tentang perkara tersebut, namun pandangan ini perlu diteliti. Di dalam kitab Al-Khamis, diriwayatkan daripada Mujahid, katanya: Aku berkata kepada Ibnu Abbas: "Adakah burung-burung bertelagah dalam menyusukan Muhammad SAW?" Beliau menjawab: "Ya demi Allah, bahkan kaum wanita juga." Hal itu berlaku apabila malaikat menyeru di langit dunia: "Inilah Muhammad, pemimpin para nabi. Beruntunglah puting susu yang menyusukannya." Lalu golongan jin dan burung-burung berlumba-lumba ingin menyusukannya. Maka diseru kepada mereka agar berhenti kerana Allah telah menetapkan urusan tersebut di tangan manusia. Maka Allah mengkhususkan kebahagiaan itu dan memuliakan Halimah dengannya, selesai. Lihat Muhammad bin 'Abd al-Baqi al-Zarqani, Syarh al-Zarqani 'ala al-Mawahib al-Ladunniyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah, disemak oleh Muhammad 'Abd al-'Aziz al-Khalidi, Cetakan Pertama (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1996), 1:264.

[42] Al-Yahsubi, Al-Shifa, 460.

[43] Diceritakan dalam Lu’ Lu’ Al Maknun:

 قَالَتْ: فَلَمَّا أَخَذْتُهُ، رَجَعْتُ بِهِ إِلَى رَحْلِي، فَلَمَّا وَضَعْتُهُ فِي حِجْرِي أَقْبَلَ عَلَيْهِ ثَدْيَايَ بِمَا شَاءَ مِنْ لَبَنٍ، فَشَرِبَ حَتَّى رَوِيَ، وَشَرِبَ مَعَهُ أَخُوهُ حَتَّى رَوِيَ، ثُمَّ نَامَا، وَمَا كُنَّا نَنَامُ مَعَهُ قَبْلَ ذَلِكَ، وَقَامَ زَوْجِي إِلَى شَارِفِنَا تِلْكَ، فَإِذَا هِيَ حَافِلٌ  فَحَلَبَ مِنْهَا وَشَرِبَ، وَشَرِبْتُ مَعَهُ حَتَّى انْتَهَيْنَا رِيًّا وَشِبَعًا، فَبِتْنَا بِخَيْرِ لَيْلَةٍ،

Halimah berkata: "Maka apabila aku telah mengambilnya, aku pulang membawanya ke tempat penginapanku. Ketika aku meletakkannya di pangkuanku, kedua-dua payudaraku mengeluarkan susu dengan sepuas-puas kehendaknya. Baginda menyusu sehingga kenyang, dan saudara susuan (anakku) turut menyusu bersamanya sehingga kenyang. Kemudian, kedua-duanya tertidur, padahal sebelum itu kami tidak dapat tidur lena kerananya (kerana menangis kelaparan). Suamiku pula pergi kepada unta betina tua kami (yang kering susu), tiba-tiba kantung susunya sarat penuh! Suamiku memerahnya lalu minum, dan aku turut minum bersamanya sehingga kami berdua benar-benar hilang dahaga dan kenyang. Maka kami pun melalui malam tersebut dengan sebaik-baik malam." Lihat Musa bin Rashid Al-Azimi, Al-Lu'lu' al-Maknun fi Sirah al-Nabi al-Ma'mun: Dirasah Muhaqqaqah lil-Sirah al-Nabawiyyah (Kuwait: Al-Maktabah al-Amiriah, 1432 H / 2011 M), jil. 1, hlm. 89.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...