MEMAHAMI NASIONALISME DI LUAR KERANGKA BARAT
Penyampai:
Dr Azmi Ariffin USM
Catatan:
Muhammad Nuruddin Bashah
Link video: https://www.youtube.com/watch?v=RYiQ833vK78&list=PL9xlDQuaCCt2YbH6HaL3Tx2DfqO0DAlkC&index=1&t=5301s
1. Kita terlalu bergantung takrifan
Barat bagi maksud nasionalisme. Sarjana tempatan kerap merujuk Barat sahaja.
2. Banyak takrifan ideologi kita
bernada eurosentrik.
3. Dr Azmi menyanggah teori nasionalisme
hanya bermula di Eropah dan tiada nasionalisme di Tanah Melayu dan nasionalisme
Melayu hanya virus diimport dari Eropah.
4. Kelompok agama yang membawa ideologi
nasionalis akan dipinggirkan.
5. Sebenarnya teori kita perlu bina
sendiri mengikut keperluan setempat. Jika tidak bina teori baru pun kita perlu
takrif teori barat mengikut takrifan tempatan.
6. Nasionalisme sebenarnya pemikiran
hak, kedaulatan, keadilan dan patriotisme.
7. Mengikut Barat Nasionalisme
adalah kesetiaan kepada bangsa sahaja dan jika ada unsur lain seperti agama
bercanggah dengan bangsa dan negara bangsa akan tertolak.
8. Taat kepada gereja dianggap
bercanggah dengan nasionalism ala Barat.
9. Barat menolak institusi istana
dan gereja kerana bercanggah dengan modenisme yang menjadi unsur nasionalisme
Barat.
10. Modenisme yang difahami asia
adalah europeanization bukannya industrialization kerana walaupun pemikiran
modenis masuk ke asia tetapi kita belum maju industri seperti Barat pun.
Bermakna fahaman Barat hanya masuk sahaja tanpa realiti fizikal.
11. Nasionalisme ialah kesedaran
membebaskan sesuatu ‘belenggu’ pada suatu bangsa (keinginan kolektif bukan
individu sahaja)
12. Belenggu Eropah adalah istana dan
gereja. Itu pengalaman Barat.
13. Di Tanah Melayu belenggu adalah
penjajahan Barat.
15. Di Tanah Melayu pejuang melayu
berjuang untuk mertabatkan Istana dan sistem agama Islam dalam membawa idea nasionalisme
versi Tanah Melayu kerana orang Melayu tidak menganggap Islam dan Raja itu
belenggu mereka.
16. Bangsawan elit sebelum merdeka
merekalah yang meniup nasionalisme. Istana di Tanah Melayu menjadi ejen
nasionalisme. Berbeza dengan Eropah.
17. Nasionalisme bercanggah dengan
emperialisme. Kerana itu Barat yang capai kemuncak nasionalisme seperti Itali, Jerman, British
dan Jepun sudah bercanggah dengan nasionalisme apabila mula mengamalkan
emperialisme dan kolonialisasi. Hakikatnya nasionalisme mengiktiraf kebebasan
negara lain dan tidak akan merobek kebebasan pihak lain.
18. Etnosentrisme adalah rasis dan
berbeza dengan nasionalisme dan ia lebih teruk dari nasionalisme versi Barat.
19. Nasionalsime Eropah awalnya
adalah humanisme iaitu hak-hak kemanusiaan yang tidak terbela.
20. Orang Melayu lihat selepas cara
kekerasan mereka gagal menentang emperialisme British mereka menaikan kesedaran
nasionalisme cara fikrah.
21. Orang Melayu mula ingin belajar
ilmu Barat untuk lihat nasionalisme Barat pula. Masa ini bercampur nasionalisme
versi tempatan dengan pemikiran Barat.
22. Orang melayu dilarang sebut
tentang merdeka maka penulisan double meaning mempelopori akhbar melayu dan
buku-buku cerpen melayu yang membawa mesej nasionalisme secara tidak langsung.
23. Tokoh melayu yang belajar di
Barat memang cenderung dengan nasionalisme Eropah. Golongan kiri yang agamawan
juga memiliki nasionalisme versi mereka. Melayu golongan kiri komunisme juga
ada nasionalsime versi mereka.
24. British berjaya memecahkan
perpaduan melayu yang memiliki pelbagai versi nasionalisme menyebabkan 1946
tanah Melayu belum dapat kemerdekaan.
25. Tempoh 1946-1957 tempoh Britih
berusaha benteras kesatuan nasionalisme Tanah Melayu.
26. Meletak alasan pembesar Melayu tidak puas hati cukai adalah cara naratif
Barat downgrade tahap nasionalisme Melayu kepada tahap perjuangan peribadi sahaja.
Sedangkan Melayu bukan menentang sebab cukai sebaliknya kepentingan tanah air
agama dan kekuasaan.
27. KMM kerjasama dengan Jepun
menentang British juga dianggap memiliki nasionalisme kerana KMM juga berusaha
ingin tanahair merdeka secara mutlak juga dari Jepun (walaupun dipermain oleh
Jepun akhirnya)
28. Hikmah gagalnya golongan krir
nasionalisme menyebabkan tanahair kita tidak gabung dengan Indonesia yang jauh berbeza
nasionalisme mereka dnegan kita yang masih kekalkan kedaulatan Islam dan
istana.
No comments:
Post a Comment