Pengkisahan Sheikh Abdullah Fahim The Untold Story
--------------------
19 Ogos 2023
Panel:
Dr Ust Mohd Hasnuddin Bin Mohd Yusof ( Pengasas Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu Dan Islam )
( Pengerusi Ittihad Annur)
Moderator :
Ust Khairul Abfan Al Azhari
(Penyelaras Pengajian Ruwaq Jawi Malaysia Pulau Pinang
Masjid Abdullah Fahim Seberang Perai Utara
Catatan : Muhammad Nuruddin Bin Bashah
**************
- Nama penuh Abdullah bin Ibrahim.
- Ayahnya berasal dari Patani.
- Beliau Lahir di Mekah pada tahun 1869 M.
- Gurunya seramai 42-45 guru orang.
- Antara guru Sheikh Ahmad Khatib Minangkabau, Sheikh Wan Ahmad Wan Zain Al Fathani.
- Tok Kenali antara sahabat dan juga guru beliau juga.
- Guru beliau hebat, sahabat2 beliau juga hebat.
- Balik ke Malaya 1916 tinggal di Kepala Batas P.Pinang. Buat halaqah ilmu di tapak masjid Jami Al Badawi.
- Sheikh bawa ilmu untuk menyatukan umat. Sheikh Abdullah jadi mudir di Madrasah Idrisiyah untuk kekang pemikiran kaum muda yang merumit masyarakat yg dibawa Sheikh Abdullah Maghribi.
- 1931 Madrasah Daeratul Maarifil Wataniyah.
- Jadi mufti Pulau Pinang.
- Sheikh adalah penentu tarikh kemerdekaan Malaya 31 Ogos 1957, melalui byk petua falak. Sheikh kata jika British tidak terima tarikh merdeka mungkin lagi 5 tahun lepas itu.
- Wafat April 1961.
- Mekah pada abad 18,19 juga adalah pusat dakwah Islam Tanah Melayu malah lebih awal lagi.
- Sejak jatuh Melaka, Mekah jadi pusat jihad umat Melayu dan ulama melayu jadi hub antara Uthmaniyah dgn raja dan rakyat Tanah Melayu.
- Sheikh Abdul Samad Falimbani dan Sheikh Arsyad Al Banjari, Sheikh Daud Al Fathoni antara sahut perang menentang penjajah.
- 1786 tahun berakhir ulama nusantara-mekah menentang penjajah (ada yang berundur) dan tahun yang sama Francis Light masuk Pulau Pinang.
- Sheikh Tahir iaitu datuk Sheikh Abdullah Fahim adalah veteran jihad Patani melawan Thai dan Barat. Berhijrah ke Seberang Perai selepas diburu Thai.
- 1821 Thai pula menjarah Kedah, Sultan Kedah menulis surat kpd Sultan Muhammad II Uthmaniyah.
- 1825 Belanda letak syarat terlalu ketat untuk ke Mekah untuk sekat pemikiran Mekah ke nusantara.
- 1884 Snock Horgoronje orientalis Belanda menyusup ke Mekah dan menyamar nama Abdul Ghafur untuk kaji pemikiran Mekah.
- Sheikh Ibrahim bin Sheikh Tahir bapa Sheikh Abdullah Fahim pindah ke Mekah.
- Sheikh Wan Ahmad Al Fathani bawa banyak kitab jawi ulama melayu untuk dicetak oleh Uthmaniyah dan disayangi oleh Ustaz Abdul Hamid Uthmaniyah.
- Sheikh Wan Ahmad Al Fathani turunkan ilmu menentang penjajah melalui ilmu agama, siasah dan pergerakan sosial kepada Tok Kenali, Sheikh Abdullah Fahim dll.
- Antara wasiat Sheikh Abdullah Fahim, adalah agar berpegang mazhab Syafie, aqidah Asyairah dan maturidiyah untuk menyatupadukan masyarakat.
No comments:
Post a Comment