Saya dan keluarga hadir Ceramah tema sejarah merdeka yang bermanfaat di Masjid Ibadur Rahman.
Di bawah adalah catatan saya Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Nota Kuliah Maghrib Merdeka
Merdeka Acuan kita atau Barat?
Dr Azmi Arifin (Penyarah Kanan Sejarah USM)
Masjid Ibadur Rahman Kepala Batas
- Kemerdekaan yg kita fahami sekarang adalah dalam kacamata Barat.
- 5 Safar 1377 Hijrah, Sheikh Abdullah Fahim pilih untuk merdeka bukan ikut 31 Ogos.
- 24 Ogos 1511 Portugis kalahkan Melaka. Hari mula penjajahan.
- 1957 bila merdeka tak tahu nak sebut negara Bangsa apa sebab dominan Melayu bangsa lain belum anggap Tanah Melayu negara asal mereka, melain selepas 1963 baru disebut bangsa Malaysia.
- Bangsa Melayu sahaja menentang British kerana bangsa lain dibawa British untuk bekerja dan mereka tiada masalah dengan British.
- 2 Juta kaum bukan Melayu diterima warganegara selepas merdeka.
- Kontroversi berlaku definasi 31 ogos adalah hari kemerdekaan. Ia tarikh bebas dari British bukan tarikh merai bangsa Malaysia/Malaya. Tahun 1963 Baru hari Kebangsaan sebab definisi bangsa Malaysia ketika itu bukan pada 1957.
- 1957 merdeka tetapi bank, ketenteraan, mahkamah, ladang ladang semua adalah bawah British. Dawn Raid yang Mahathir buat tahun 80an merampas hak hak British kepada negara Malaysia. Ia fasa kedua kemerdekaan Malaysia.
- Hari Serangan Dawn Raid 7hb September 1981 jam 4pm waktu Malaysia (9am waktu London)
- Negeri Selat adalah dalam dokumen British sebagai tanda itu negeri yang dijajah British.
- Negeri bersekutu separa dijajah sahaja.
- Negeri tidak bersekutu sebenarnya tiada jajahan secara langsung.
- Malayan Union adalah gerakan British untuk menjajah mutlak tanah Melayu.
- Buku sejarah sekolah menceritakan sejarah aktiviti British. Ia bukan kacamata tempatan. Pemerintah kita masih wujud ketika ada British, sebab itu kita masih ada Raja dan Perdana Menteri setiap negeri.
- Naratif buku sejarah olahan Barat, melayu memberontak kerana cukai dan urusan duit ringgit Bangsawan Melayu.
- British yang buat banyak perjanjian adalah syarikat Kapitalis mega Inggeris iaitu KHTI bukannya negara Britain secara langsung.
- Zaman dulu catatan British sahaja yang banyak dan dominan sebab itu sejarahwan guna ia sebagai sumber untuk buat teks pendidikan.
- Sultan Abdullah asalnya tidak tuntut kesultanan Perak tetapi akibat desakan syarikat2 untuk tuntut tahta selepas Sultan Ismail memerintah.
- Perjanjian Pangkor dibuat di kapal yang sarat tentera dan senjata Barat mengugut sebenarnya untuk bina kesultanan pro British zaman itu.
- Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.
- Campur tangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu, khasnya golongan istana yang berasa kuasa mereka telah hilang. Kesannya, orang Melayu Perak mula bertindak. Mereka telah berpakat membunuh Birch.
- 1955 Tunku buat kerjasama bangsa bukan melayu sebab menentang Dato Onn dalam PRU itu. Tunku kempen isi isi kontrak sosial jika menang. Pasca perang dunia kedua banyak negara merdeka sebab British berhutang banyak dengan Amerika tetapi Tanah Melayu British anggap tanah emas sumber kekayaannya mereka enggan lepaskan.
- 1947 ada pihak melayu dan bukan melayu PUTERA AMCJA berunding untuk bina negara bangsa berlainan dari arus perdana yang diurus UMNO.
- Syarat PUTERA adalah jika bangsa lain setuju jadi jus soli mereka akan dikenali bangsa Melayu mcm Indonesia.
- Darurat diisytihar untuk lengahkan merdeka sebab British belum puas sedut hasil Malaya untuk tampung hutang perang. Sedangkan Komunis hanya 12 ribu shj ahli aktif senjata.
- Britiah ingin pamerkan kpd dunia mereka perlu lama di Malaya sebab untuk lawan komunis dan British jadi hero sedangkan tenteta di Malaya boleh tangani sendiri PKM.
- Semasa Darurat yang ditangkap banyak agamawan dan para ulama kiri.
- Darurat itu bukan darurat yang sebenar kerana suasana bukan darurat sebaliknya ia hanya untuk tampil sahkan aktiviti British yang mahu kekal di Malaya.
- Bila kos urusan pentadbiran tinggi British tidak mampu lagi baru diberi merdeka. Sedangkan syarikat2 ladang, bank dll masih dikuasai British.
- Penjajahan syarikat British dimulakan dengan Genosid kampung kampung.
- Orang melayu tidak mengamuk bunuh British pun, mereka hanya bunuh Birch yang biadab sahaja.
- Sultan Abdullah tidak jadi boneka KHTI maka mereka jadikan alasan Birch untuk uji pelancar roket untuk bunuh orang kampung.
- Kelompok agamalah yang gerakkan gerakan menolak penjajah kerana hubungan mekah, uthmaniyah dll.
- Sebab itu isu perjuangan umat Islam menentang British luar negara dilarang siar dalam akhbar tempatan.
- Kebangkitan lawan British di Singapura mencetus semangat di Kelantan dan Terengganu.
- Pondok adalah sumber semangat lawan penjajah.
- Kaum muda atau kaum tua keduanya ada sumbangan lawan penjajah.
- Kaum kiri bukan aliran agama adalah dari Sumatera/Seberang.
- 1948 British bersihkan semua aliran kiri untuk mudah lengahkan merdeka dengan berunding dgn melayu golongan kanan.
- Dr selitkan tulisan terkini beliau tentang isu Sultan Mahmud Melaka digelabkan dalam sejarah dengan pelbagai stigma korup, zalim secara berlebihan.
- Konspirasi orang luar kurang dibahas dalam sumber Barat.
- Tulisan orientalis adalah untuk bacaan orang Eropah sebab itu British ditulis adiwira dalam sejarah yang diterjemah bahasa kita.
- Bangsa Malaysia adalah satu konsep yang tidak berjaya kerana tiada penyatuan budaya, bahasa, keturunan. Yang ada hanya entiti politik yang cuba pegang semua bangsa untuk jadi satu bangsa tetapi ia amatlah rapuh.
- Bangsa melayu hanya diajar hidup, bangsa lain adalah duit bagi British kerana mereka pekerja untuk jana pendapatan British. Ini hakikat.
No comments:
Post a Comment