Pembaca Setia

Tuesday, August 29, 2023

NOTA CATATAN BICARA MUZIUM PENGKISAHAN SEJARAH KOTA KUALA KEDAH

 



NOTA CATATAN BICARA MUZIUM PENGKISAHAN SEJARAH KOTA KUALA KEDAH

 Catatan: Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Saudara Mohd Herman Roslan

***********************

1.       Kuala Kedah jadi pusat tumpuan pedagang China, India  Arab selepas kejatuhan Empayar Melaka.

2.       Inilah satu satunya kota pertahanan tepi laut buatan Melayu di Semenanjung. Yang lain dibina orang luar atau bukan kota pertahanan.

3.       1780M kota Kuala Kedah siap dibina. 240 tahun dari tahun 2023. Dibina semula oleh Sultan Mukarram Shah. Sebelum itu kota asal binaan Sultan Sulaiman II 1602-1626 dimusnahkan oleh Portugis 1611M.

4.       Ada teori kata Portugislah asal membina kota ini. (boleh ditolak teori ini)

5.       Binaan semula itu diplan oleh ulamak dari India Kadi Besar Hafiz Sab.

6.       Tembok dibuat dari batu bata merah, kulit kerang, putih telur, madu lebah.

7.       Tempat buat batu kini dipanggil Bakar Bata.

8.       Kedah negeri kerap berperang.

9.       Tome Pires kata Kedah sempadan Melaka selatan, timur sempadan dengan Pahang.

10.   Saiz Kedah besar.

11.   Sabak Bernam adalah wilayah Kedah, kawasan itu kawasan padi.

12.   Kuala Kedah, Kuala Muda, Sg Merbok, Kuala Perlis Langkawi anntara perlabuhan awal Kedah.

13.   Kedah pernah jadi pengeksport candu/ganja. Kedah ada Dry port dan wet port (barang segar).

14.   Selain Melaka, Kedah sahaja ada undang undang pengurusan perlabuhan.

15.   17 Jun 1650 M Undang undang Perlabuhan dan Perdagangan Kedah diperkenal oleh Sultan Rijaluddin Muhammad Syah.

16.   1720-1724 pertempuran Siak dan Bugis.

17.   Tahun 1740M  sebanyak 300 meriam dirampas dibawa ke Selangor. 

18.   Serangan Raja Haji juga diceritakan dalam manuskrip sejarah Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Serangan angkatan Raja Haji telah berlaku pada tahun 1770-1771 oleh orang-orang Bugis pimpinan Raja Haji. Raja Haji telah  berjaya menakluk Kuala Kedah (Kuala Bahang)  dan Alor Star serta merampas 300 meriam di Kedah. Akibatnya peperangan, hasil tanah bumi Kedah, barang para pedagang dan barang rakyat hancur serta sumber pencarian rezeki rakyat Kedah telah binasa.

19.   Perang 1821 dikeliling kuala Kedah  ada 100 laras  meriam. Kaya Kedah ketika itu.

20.   1776 Ayuthia Burma jatuh, raja Siam yang lebar kuasa mula tekan Kedah.

21.   1786 Kejatuhan Patani, Sultan Kedah hantar 20 ribu tentera bantuan. Siam dendam dengan Kedah.

22.   Masa inilah Francis Light licik pacak bendera British dan umum hadiah kpd King George.

23.   Light jual ribuan senjata ringan dan berat kepada pihak konflik di utara. Perangai orang Eropah.

24.   1842 Siam berundur.

25.   Di Kedah banyak etnik Melayu, Seluruh bangsa melayu, minangkabau, Majapahit, Acheh, Bugis, Siak  Sumatera berkumpul di Kedah akibat perang saudara dll.

26.   1791 Perjanjian paksa Pulau Pinang serah kepada British. Siam, Burma,Bugis, tekan Kedah buatkan Sultan terpaksa terima syarat British.

27.   Sultan Abdullah meninggal akibat sakit sebaj(anxiety).

28.   1772 nilai niaga perlabuhan Kedah adalah senilai hari ini RM 2 bilion.  Hari ini Kedah no 2 miskin.

29.   Kejatuhan Kuala Kedah berlaku peningkatan nilai dagang di Singapura.

30.   Perlabuhan Kuala Kedah jatuh akibat perang Bisik dan kenaikan fungsi Pulau Pinang sejak diambil British.

31.   Kedah walaupun dimasuki Siam tetap berdaulat ada Raja. British pun tiada jajahan langsung pun.

 

Pak Teh Hj Mohd Sobri bin Hamid.

Pengerusi Rukun Tetangga Akar Peluru

1.       ********************

2.       Tapak rumah datuk pak teh dalam kawasan Kota Kuala Kedah sebab kerja kapal Diraja dulu.

3.       Kulit siput dipanggil Daghang.

4.       Kulit siput blh diambil dari Pantai Karang buat serbuk kapur dan buat  tambak tapak rumah.

5.       Kota Kuala Bahang nama asal kawasan ini.

6.       Lepas merdeka penggunaan sampan tambang 10 sen amat terkenal.

7.       Dulu ada dua orang shj berbangsa Tionghua.

8.       Ada lelaki Cina  bernama  Ah Wa orang tempatan panggil Cina Ghawa.

9.       Nelayan guna  pukat bawai, menunda (memancing sambil jalan bot, kutip kepah,

10.   Orang Seberang kampung baru  pula guna pencakar kaut ikan dari laut ke bot.

11.   Kegiatan Lanun siam banyak.

12.   Jambatan yang dibina dipanggil Titi Seberang Kota. kemudian dipanggil Titi Tok Pasai.

13.   Dulu terkenal ada Pantai Leman, sempena nama banggali nama Sulaiman.

14.   Karang juga jadi bahan buat senjata zaman dulu.

15.   Kuala juga tempat buat garam.

16.   Rumah api dipanggil pelita pusing( pelita minyak tanah

Soalan yang saya tanya dan jawapan panel:

Senjata Siam

1.       Perang zaman dahulu guna Gajah dan Kedah eksport gajah zaman dahulu.

2.       Gajah India antaranya spesis bumi Kedah.

3.       populasi Kedah sekitar 30-40 ribu banding Siam 300 000 tentera. Memang tak seimbang.

4.       Orang kedah tak perang berdepan mereka gerila hit and run sebab kaedah hutan dan kurang bilangan tentera banding strategi Siam.

Kedah Merdeka?

1.       Secara harfiah 1821-1842 Kedah dijajah Siam Sultan tiada di bumi Kedah.

2.       Hakikatnya Kedah tiada penjajahan penuh kerana Siam tak dapat kuasai semua wilayah Kedah dan raja Kedah masih wujud 21  tahun itu.

Pak teh Sobri dan dokumentasi kualitatif

1.       Pak Teh bagi nombor dia 0194425969

2.       Pak Teh aktif berucap jika dijemput.

3.       Blh hubungi no di atas untuk jemput Pakteh Sobri isu Kuala Kedah dan sejarahnya.















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...