Pembaca Setia

Wednesday, August 30, 2023

NOTA DHUHA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BENTENG UMMAH

 



Pagi hari merdeka saya bersama Dr Hafiz Hz  hadiri kuliah khas aqidah.

NOTA DHUHA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BENTENG UMMAH

31/8(Khamis)

Tuan Guru Hj Ghazali Bin  Ahmad AL Fathoni (Baba Li Sekam)

Surau Al Falah,Lorong Teja,Taman Keladi.

Catatan: Muhammad Nuruddin Bin Bashah


1.       Merdekakanlah diri dari nafsu dan syaitan

2.       Ya Allah merdekakan kami dari nerakamu Ya Allah

3.       Nikmat tinggi yang kita terima sekarang  adalah agama Allah.

4.       Majlis mulia di sisi Allah jika terlewat sejam dua kita patut tunggu malah 10 tahun lewat pun kita patut tunggu. Jangan rasa rugi tunggu majlis ilmu agama yang mungkin terlewat.

5.       Agama sepenuhnya itu adalah benteng bukan ilmu aqidah sahaja sebenarnya.

6.       Kita nak benteng dari apa? Dari serangan yang merosakkan ummah.

7.       Sekitar 50 orang shj sahabat beriman semasa 3 tahun dakwah siir.

8.       Nabi mulakan dakwah jahar dengan menjelaskan ancaman keras Allah jika tidak taat kepada Allah.

9.       Ancaman terhadap agama tauhid adalah sepanjang zaman bukan akhir zaman sahaja.

10.   وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ  Yahudi tidak kenal Allah, golongan inilah yang masukkan konsep Allah berjisim dan berdasarkan logik. 

11.   Benteng kita  juga adalah doa malah ia juga kaedah Nabi SAW. Dalam gua berdoa, tengah perang berdoa, atas tunggangan berdoa.

12.   Nabi adalah sayyidul mutawakkilin, arifin, nabi tetap pakai baju perisai semasa perang.

13.   Nabi faham asbab al adiyyah. Ini konsep aqidah yang Nabi ajar kita.

14.   ولا تلقو بايديكم ال التهلكه

15.   Semasa Covid, ada golongan kata virus ni dari Allah shj tak perlu usaha lindung teruk teruk.

16.   Jika yakin sangat cuba tidur atas highway.  Mampuh kita, Ini haram ini bukan aqidah Islamiyyah.

17.   Untuk tahu aqidah ini perlu belajar aqidah. Ilmu ini berantaian hingga ke Rasulullah.

18.   Aqidah ahli sunnah ada yang ditalbis,diseleweng dan dihebah kelemahannya yg direka untuk memasukkan aqidah lain.

19.   Nabi ajar konsep aqidah,ibadah tanpa sebut nama,nama istilah aqidah dan fiqh macam kita fahami  sekarang. Tetapi konsep ahli sunnah wal jamaah adalah dalam konsep yang Nabi ajar. Hal ini menolak golongan tolak ilmu aqidah sifat 13,  20 dll kononnya Nabi tidak pernah sebut.

20.   Kitab yang diteliti mestilah dari musonnif ahli sunnah wal jamaah.

21.   Fiqh as syafie gunakan aliran Imam Nawawi.

22.   Golongan yang modenkan agama mereka ada dua hukum shj bidaah dan sunnah bila lihat sesuatu isu. Mereka terus dari dalil (teks) kadangkala abaikan dalalah (hukum dari dalil).

23.   Mereka langkau terus hukum kepada bidaah langkau perincian usul fiqh:  haram, makruh, harus, sunat, wajib dan seolah meninggal 5 perkara ini.

24.   Saidina Abu Bakar benteng kerosakan agama dgn himpun Al Quran walaupun dalilnya (teks) Nabi tidak pernah pun buat.

25.   Saidina Umar kata perkara ini khair ia menyelamatkan ummah dari sesat.

26.   Ulama ahli sunnah sebab fahami dalil menyebabkan mereka susun kitab, manhaj dan sistem untuk faham agama dan elak dari sesat agama.

27.   Untuk alim semua istilahat dlm ilmu sifat 20 memang susah dan bukan tanggungjawab semua. Yang perlu belajar adalah asas dan tahu asas.  Apa susahnya sifat 20 asas? Tahu Allahnitu wujud benar bukan khayalan dan ia tuada sama dgnNya maka itu sudah faham dah dan kira dapat asas apa susahnya sifat 20 Yang susah ini perkara mendalam istilah dalam dalam.

28.   Allah blh mati tak? Tidak ! sebab Allah ada baqa ada hayah. Jika faham maka fahamlah sifat 20.

29.   Sifat Wujud itu hal atau ainul wujud  isu isu khilaf tak faham yang itu tak faham pun tak apa hingga kiamat pun. (Baba baca sedikit matan Kifayatul Awwam)




Baba menjawab soalan saya tanya tadi :

1.       Mengguna falsafah, sains untuk faham.konseo Aqidah Nabi ajar adalah harus malah jadi wajib kika untul fahamkan dari sesat.

2.       Falsafah dan sains itupun dipilih oleh ulama besar bukan kita cetak dari kuffar sebiji sebiji.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...