Pembaca Setia

Monday, August 21, 2023

NOTA DISKUSI- HUBUNGAN UTHMANIYAH DENGAN TANAH MELAYU

 



NOTA DISKUSI- HUBUNGAN UTHMANIYAH DENGAN TANAH MELAYU

 8:30 PAGI - 10:00 PAGI  4 SAFAR 1445H / 21-08-2023

PROF. DR. SOLEHAH@ NIK NAJAH FADHILAH BINTI YAACOB

HUBUNGAN UTHMANIYAH DENGAN TANAH MELAYU

 MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Link video :

https://www.facebook.com/masjidnegeriselangor/videos/835463298043924

Catatan oleh : Muhammad Nuruddin bin Bashah

 

1.       Hubungan Uthmaniyah dengan melaka sebelum abad 15 lagi. Diterus fasa penjajahan Portugis dan era penjajahan British hubungan Uthmaniyah ada dengan dunia Melayu.

2.       Greek panggil Turki kuno sebagai Anatolo dan kemudian berubah Anatolia bermaksud matahari terbit di Timur.

3.       Peta lama Uthmaniyah ada tulis semenanjung Tanah Melayu sebagai Anatul (tulisan arab) yang membawa maksud wilayah di bawah kekuasaan Turki. 

4.       Beyzentium berpecah pada 395 Masihi.

5.       Uthmaniyah  berlangsung pada 1299-1924

6.       Melayu ada genetiknya di Nusantara sejak 1000 BC iaitu zaman Nabi Musa lagi.

7.       Nusantara bermakna antara pulau. Kalimah ini muncul selepas pergerakan bumi pecahkan benua melayu menjadi pulau terpisah yang asalnya satu sahaja.

8.       Kesultanan Melayu Melaka Sultan Mansur Syah dengan Sultan Muhammad Al Fateh 1471M.

9.       Hang Tuah sendiri ketuai delegasi meminta persenjataan Barat melalui Turki.

10.   Sultan Johor Sultan Abd Hamid Bakar berkunjung ke Istanbul jumpa Sultan Abd Hamid II, dan saudara baginda berkahwin wanita Turki Ruqayyah Hanum.

11.   Pulau Pinang bukan diambil British, ia hanya treetee atau perjanjian baiah. Perjanjian ini longgar. Pandangan Prof Solehah adalah, Uthmaniah tidak masuk campur hal Tanah Melayu kerana Barat bukan jajah Tanah melayu dalam erti penjajahan yang sebenar.

12.   Para ulama’ khatib, dan majlis ilmu banyak diselit doa untuk Sultan Uthmaniah. Antara yang mempopularkan kefahaman ini adalah Sheikh Wan Ahmad Al Fathani.

13.   Tamadun Champa adalah pusat bangsa Melayu yang menyebar ke Borneo, Semenanjung dan Tanah Jawa dll. DNA Champa berbeza dengan DNA China atau bangsa dari Sungai Kuning seperti Thai dll.

 

*Disebabkan Prof juga memasukkan isu DNA, sejarah awal Tamadun Melayu, isu manusia awal sebelum Nabi Adam dll saya hanya memilih isu berkaitan Uthmaniah-Melayu sahaja untuk dicatat berbanding ceramah penuh Prof yang sarat ilmu sejarah bangsa dan bahasa manusia.







 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...