MANFAAT APLIKASI KEFAHAMAN TAALUQ SIFAT ALLAH DALAM
KEHIDUPAN KITA
Muhammad Nuruddin Bashah[i]
Ta‘alluq
hanya berlaku pada sifat Maani
sahaja. Sifat maani adalah sifat
wujudiyah yang boleh dilihat pancaindera jika dibuka hijab kita.
Menurut
Tuan Guru Raof Nurin dalam kitabnya Ringkasan Akidah Ahli Sunnah, untuk
memahami mudah makna Ta‘alluq adalah
tugas atau tugas sifat sifat Allah selain tugasnya berdiri pada zat.
Dalam
7 sifat maani hanya hayah tiada Ta‘alluq kerana ia syarat kepada kewujudan 6 sifat maani
yang lain. Hal ini kerana tidak sah
dihukumkan sesuatu zat itu bersifat dengan berkuasa, berkehendak, berpegetahuan,
mendengar, melihat dan berkata, pada
akal melainkan dengan keberadaan sifat Hayah ini.
Ta‘alluq
itu tidak wujud tidak ma’dum, tetapi ia
adalah amrun I’tibari.
Ta‘alluq
‘menyuaipadan’ baharu pada af’al Allah dengan keqadiman zat Allah SWT. Apabila
al-Asha‘irah mengisbatkan af‘al Allah (perbuatan Allah, misalnya mencipta Zaid)
sebagai baharu, maka ia tidak dihimpunkan sebagai sebahagian daripada sifat wajib bagi Allah SWT
(al-sifat al-wujubiyyah) kerana ciri
sifat wajib ini mesti qadim dan azali. Ia
dihimpunkan sebagai pekerjaan terhadap perkara harus (iaitu ta’alluq
tanjizi hadis.
al-Maturidiyyah
pula mengisbatkan bentuk atau sifat hubungan af‘al Allah dengan hamba sebagai
qadim (proses penciptaan Zaid itu adalah qadim juga walaupun baru berlaku).
Imam maturidi tidak meletakkan ta’alluq tanjizi hadis sebaliknya proses
penciptaan itu dinamakan al-takwin (pembentukan) yang berperanan mengaitkan suatu yang qadim dengan suatu yang
baharu.
al-Maturidiyyah
mengemukakan konsep al-takwin adalah untuk menolak pemahaman af‘al Allah sebagai
baharu.
Hukum mengetahui selok belok ta’lluq sifat Allah.
Mengetahui
semua ta’alluq bukanlah wajib ke atas mukallaf kerana ia termasuk daripada
perkara yang rumit dalam ilmu kalam sebagaimana yang dinukilkan Syeikh al-Barawi[8]
daripada Sayyidi Muhammad al-Saghir dan disebutkan oleh al-Syeikh al-Shanwani.
Jenis ta’alluq yang ada dan definisinya.
Penulis
menggunakan matan Kifayatul Awwam untuk mendefinisikannya. Definisi ta’alluq
ini perlu dihurai berasingan bagi setiap sifat maani yang terlibat.
- Ta’alluq Suluhil Qadim.
تَعَلُّقٌ صُلُوْحِيٌّ قَدِيْمٌ وَ هُوَ
صَلَاحِيَتُهَا فِي الْأَزَلِ لِلْإِيْجَادِ
ta‘alluq
shulūḥī qadīm ya‘ni patutnya@bakat@kemampuan (qudrat) pada zaman azali untuk
menjadikan (mencipta dll). Al Maturidi memanggil ia sebagai sifat tamkin.
- Ta’alluq tanjizi qadim
وَ لَهُ تَعَلُّقٌ تَنْجِيْزِيٌّ قَدِيْمٌ فَقَطْ
فَاللهُ تَعَالَى يَعْلَمُ هذِهِ الْمَذْكُوْرَاتِ أَزَلًا عِلْمًا تَامًّا
Dan bagi ‘ilmu itu ta‘alluq tanjīzī qadīm saja. Maka
Allah s.w.t. mengetahui akan segala yang tersebut ini pada zaman azali dengan
pengetahuan yang sempurna.
Jika sifat sama’ dan basar bermakna Allah mendengar
dan melihat sejak qadim (tanpa awal)
- Ta’alluq tanjizi hadis
وَهذَا التَّعَلُّقُ تَنْجِيْزِيٌّ بِمَعْنَى أَنَّهَا
تَعَلَّقَتْ بِالْفِعْلِ وَ التَّعَلُّقُ التَّنْجِيْزِيُّ حَادِثٌ.
Ta‘alluq
ini adalah tanjīzī dengan ma‘na bahwa dia (sifat qudrat) ta‘alluq (bertugas) dengan
perbuatan (penciptaan). Dan ta‘alluq tanjīzī tersebut adalah ḥādis (proses
penciptaan memang baharu).
- Ta’alluq qabdhah
وَ لَهَا تَعَلُّقٌ مَجَازِيٌّ وَ هُوَ تَعَلُّقُهَا
بِالْمَوْجُوْدِ بَعْدَ وُجُوْدِهِ وَ قَبْلَ عَدَمِهِ كَتَعَلُّقِهَا بِنَا
بَعْدَ وُجُوْدِهَا وَ قَبْلَ عَدَمِنَا وَ يُسمَّى تَعَلُّقَ قَبْضَةٍ بِمَعْنَى
أَنَّ الْوُجُوْدَ فِيْ قَبْضَةِ الْقُدْرَةِ إِنْ شَاءَ اللهُ أَبْقَاهُ عَلَى
وُجُوْدِهِ وَ إِنْ شَاءَ أَعْدَمَهُ بِهَا.
Dan
bagi qudrat itu ada ta‘alluq majāzī ya‘ni ta‘alluqnya (perkaitan) qudrat dengan yang maujūd sesudah terwujūdnya
(makhluk itu) dan sebelum ‘adamnya
seperti ta‘alluqnya qudrat dengan kita sesudah terwujūdnya kita dan sebelum
‘adamnya (matinya) kita (ertinya sesudah kita ada dan sebelum kita tiada). Dan
ta‘alluq itu dinamakan dengan ta‘alluq qabdhah dengan ma‘na bahawa wujūd itu ada
pada genggaman qudrat, jika Allah menghendaki maka Dia menetapkannya atas
wujūdnya dan jika Allah menghendaki maka Dia meniadakannya dengan qudrat
tersebut.
- Ta’alluq inkisyaf
تَعَلُّقُ الْعِلْمِ بِهَا تَعَلُّقُ انْكِشَافٍ بِمَعْنَى
أَنَّهَا مُنْكَشِفَةٌ لَهُ تَعَالَى بِعِلْمِهِ
ta‘alluqnya
‘ilmu dengan tiga perkara itu adalah ta‘alluq inkisyāf dengan ma‘na bahwa dia
itu tersingkap bagi Allah s.w.t. dengan ‘ilmu-Nya.
Sifat
sama’ dan basar juga memiliki ta’alluq inkisyaf ini.
- Ta’alluq Dalalah
و
تَعَلُّقُ الْكَلَامُ بِهَا تَعَلُّقُ دَلَالَةٍ بِمَعْنَى أَنَّهُ لَوْ كُشِفَ
عَنَّا الْحِجَابُ وَ سَمِعْنَا الْكَلَامَ الْقَدِيْمَ لَفَهِمْنَاهَا مِنْهُ
sedangkan
ta‘alluqnya kalām dengan tiga perkara itu ( ta’alluq pada perkara wajib, harus
dan mustahil) adalah ta‘alluq dalālah dengan ma‘na bahwa kalau disingkap ḥijāb
dari kita dan kita mendengar kalam yang qadīm niscaya kita dapat memahaminya
dari kalām itu.”
Sifat
kalâm, dinamakan ta’alluqnya dengan ta’alluq dalalah, artinya menunjukkan atau
menfirmankan segala hal yang wajib, mustahil dan jaiz adanya.
Skop ta’alluq 6 sifat maani.(kepada siapa sifat ini beri kesan?)
Sifat
Qudrah -ta’sir (beri kesan) bertindak menjadikan segala perkara mumkin
(makhluk).
Sifat
Iradah - takhsis bertindak bagi menentukan perkara mumkin.
Sifat
‘Ilm - inkisyaf bertindak menyingkap
hakikat sekalian yang wajib, mustahil dan harus pada akal.
Sifat
Sama‘ dan Basar - inkisyaf bertindak menyingkap segala yang mawjudat
(yang ada samada Allah atau makhluk).
Sifat
Kalam - dilalah bertindak bagi menunjukkan segala yang ada dalam ta’alluq
ilmu Allah SWT.
Hayat
tiada skop dan ta’alluq
Jenis ta’alluq 6 sifat maani (bila sifat ini beri kesan?)
Qudrah
– suluhil qadim, tanjizil hadis, qabdhah (majazi)
Iradah
– suluhil qadim, tanjizil qadim, tanjizil hadis (khilaf)
Ilm
– tanjizil qadim
Sama’
– suluhil qadim, tanjizil qadim, tanjizil hadis
Basar
- suluhil qadim, tanjizil qadim, tanjizil hadis
Kalam
– Tanjizil qadim, suluhil qadim, tanjizil hadis.
Hayat
– tiada
Faedah kita mengetahui perihal taaluq sifat Maani.
- Menjawab persoalan kenapa Allah tidak cipta tuhan
sepertinya atau buat batu besar yang tidak mampu Dia angkat?
Taaluq
Qudrah hanya pada mumkin (makhluk) bukannya pada perkara wajib akal (Allah) dan
mustahil akal (mustahil Allah dibanding dengan batu besar dan mustahil Allah ada
dua yang mana sifat wahdaniyyah telah selesai nafikan perkara ini).
Jika
Allah bertaaluq Qudrah pada perkara wajib (diri Allah) maka akan jadi tahsilul
hasil iaitu menjadikan perkara yang telah terhasil.
Nama
saya Muhammad Nuruddin dan sekarang saya nak wujudkan nama saya yang baru iaitu
Muhammad Nuruddin, maka bodohlah jika membuat perkara tahsilul hasil.
Jika
ada kata Allah bolehkah tiadakan Allah sendiri makai a menjadi qalbul haqaiq
iaitu terbaliklah satu kenyataan hakikat iaitu Allah wajib ada yang dari awal
kita persetujui. Maka sebab itu taaluq Qudrah Allah tidak akan meniadakan perkara
wajib ada.
Ibnu
Taimiyah menganggap Allah sentiasa menciptakan kerana mengatakan Qudrah itu
sifat yang sentiasa ada pada Allah. Bila kita menolak perbahasan Ta‘alluq kita akan emnganggap Allah akan buat sesuatu
tanpa henti dari dahulu hingga sekarang sedangkan yang ada pada Allah sejak
qadim adalah kemampuan mencipta manakala proses penciptaan itu hadis (baharu)
kerana ia berlaku ada makhluk dan ada masa.
- Menjawab persoalan Allah itu berkuasa membuat,
jadi adakah selamanya Allah membuat sesuatu, misalnya cipta Zaid, adakah
dari dulu Allah mencipta zaid, sekarang cipta Zaid dan selamanya mencipta
Zaid?
Tanjizi
hadits pada qudrah bermakna Allah Ta’ala menciptakan sesuatu atau meniadakannya
dengan qudrahnya pada waktu dan tempat tertentu. Penciptaan atau meniadakan
sesuatu itu adalah baharu, karena bersifat dengan waktu atau tempat, misalnya
Allah menciptakan si Umar pada hari Isnin yang lahir di Johor. sifat
menciptakan atau mematikan (sebagai contoh) adalah sifat baharu bagi Allah
Ta’ala dan karenanya tidak berdiri pada zat Allah yang qadim. Yang qadim yang
berdiri pada zat Allah Ta’ala adalah sifat qudrah.
Bakat
kemampuan Allah mencipta itu Ta‘alluq suluhil
qadim telah ada sedia pada Allah dan ia qadim. Tetapi penciptaan sesuatu pada
masa tertentu adalah perbuatan yang baru berlaku akibat Ta‘alluq tanjizi hadis yang mencipta ketika itu. Jika
kita anggap Allah ada qudrah sahaja maka kita akan anggap Allah dari dulu
hingga bila-bila sedang mencipta sesuatu itu.
- Akibat tolak taalluq tanjizi hadis
Penciptaan
Allah (tanziji) akan dianggap azali, penciptaan Zaid dianggap telah berlaku
azali maka Zaid itu azali (qadim) dan ini adalah mustahil. Inilah perlu bezakan
kemampuan cipta (Ta‘alluq suluhil qadim)
dengan proses penciptaan (Ta‘alluq tanjizi hadis).
- Memahami kesalahan qadariyah.
Dalam
ilmu akidah keadaan seseorang itu ditimpa penyakit sememangnya telah ditentukan
oleh Allah SWT sejak azali selari dengan ketetapan takdirNya. Keadaan ini
dinamakan sebagai ta’alluq sulhi qadim. Apabila tiba waktu ditimpakan
penyakit, keadaan ini dinamakan sebagai ta’alluq tanjizi qadim.
Kedua-dua ta’alluq ini menjelaskan ketetapan Allah SWT atas segala perkara yang
berlaku sejak azali. Seterusnya apabila seorang hamba itu sama ada berwaspada
dan mengambil langkah pencegahan dan akhirnya terselamat, atau tidak berbuat
apa[1]apa dan menyerahkan sahaja
tanpa usaha dan akhirnya dijangkiti, keadaan itu pula dinamakan sebagai ta‟alluq
tanjizi hadith. Walau bagaimanapun ketetapan takdir itu merupakan rahsia Allah
SWT yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Oleh yang demikian menjadi tugas
hamba untuk menjalani kehidupan dengan sebaik-baik ikhtiar dan daya usaha
masing-masing. Pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah adalah seimbang dan sederhana
antara dua pandangan yang ekstrem iaitu Jabariyyah yang menafikan daya kasb
manusia dengan Qadariyyah di satu pihak yang menafikan ketentuan Allah SWT
dalam tindak tanduk manusia.
- Konsep ikhtiar seorang makhluk
Konsep
al-kasb dan ikhtiar perlu digarap sebaiknya dan berusaha mengambil pendekatan
dan tindakan untuk membendung penularan wabak selari dengan nas-nas syarak dan sunnah
para sahabat. Namun begitu usaha dan ikhtiyar manusia tidak seharusnya mengatasi
keyakinan bahawa Allah SWT sebagai pemilik takdir dan ketentuan alam. Meskipun
takdir merupakan ketentuanNya manusia perlu menjalani kehidupan dengan berusaha
semampu mungkin memandangkan tiada seorang pun yang tahu keadaan takdir
seseorang dalam kehidupan.
- Selepas kita dilahirkan apa kaitan kita (makhluk)
dengan sifat Qudrat Allah? Atau sudah tiada kaitan?
Ada
kaitan iaitu ada ta’alluq qabdhah iaitu genggaman qudrah Allah pada kita iaitu
Allah berkuasa mengekalkan kewujudan kita atau mematikan kita. Ta’alluq ini
majazi sahaja.
Ta’alluq
qabdhah ada 3 kali iaitu: sebelum kita dicipta (Allah kekalkan ketiadaan kita),
ketika mencipta kita (Allah kekalkan kewujudan kita ketika itu) dan ketika
ketiadaan kita selepas mati (Allah kekalkan ketiadaan kita)
Jadi
ta’alluq qabdhah inilah ‘connection’ kita (makhluk) dengan sifat Qudrah Allah
pada zatnya. Tidak bermakna Allah mencipta kita 24 jam dan tidak pula bermakna
Allah tiada kaitan dengan kita selepas diciptakan.
- Bolehkah Allah buat batu besar dari zatNya atau
perkara yang melampaui zatNya?
Jawapannya
kita guna matan Kifayatul Awwam.
فَلَا يَتَعَلَّقَانِ بِالْمُسْتَحِيْلِ كَالشَّرِيْكِ
تَنَزَّهَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ وَ لَا بِالْوَاجِبِ كَذَاتِهِ تَعَالَى وَ
صِفَاتِهِ
Maka keduanya itu (sifat
iradah dan qudrah Allah) tidak ta‘alluq dengan yang mustaḥīl seperti sekutu
Allah. Maha Suci Allah s.w.t. dari padanya dan tidak pula dengan yang wajib
seperti zātnya Allah s.w.t. dan sifat-sifatNya.”
وَ مِنَ الْجَهْلِ قَوْلُ مَنْ قَالَ إِنَّ اللهَ قَادِرٌ أَنْ
يَتَّخِذَ وَلَدًا لِأَنَّهُ لَا تَعَلُّقَ لِلْقُدْرَةِ بِالْمُسْتَحِيْلِ وَ
اتَّخَاذُ الْوَلَدِ مُسْتَحِيْلٌ.
Dan sebagian dari kebodohan
adalah ucapan orang yang berkata: Sesungguhnya Allah itu kuasa untuk menjadikan
seorang anak (bagi-Nya) karena tidak ada ta‘alluq (keterkaitan) bagi qudrat itu
dengan yang mustaḥīl sedangkan menjadikan anak (bagi diri-Nya itu) adalah mustaḥīl.
Dalam tahqiqul Maqam syarah
Kifayatul Awaam menyatakan:
Sungguh keliru orang yang
mengatakan bahawa Allah mampu menciptakan anaknya kerana sebenarnya ta’alluq
Qudrat Allah tidak berhubung dengan perkara mustahil malah mencipta anak bagi
Allah itu hal mustahil dan membuat benda mustahil menunjukkan bahawa Allah itu
lemah.
- Sejauh mana Allah boleh mendengar dan melihat? Sejauh mana Allah tahu
tentang kita?
Allah
melihat dan mendengar berta’alluq sifat mendengar dan melihatnya dengan ta’alluq
inkisyaf (meliputi). Allah melihat dan mendengar zat Zaid, Amru atau zat tembok batu. Mendengar
suara itu biasa tetapi mendengar zat itu luar biasa dan itulah yang wajib kita
imani betapa mendalamnya pendengaran Allah. Allah mendengar dan melihat juga
zatnya dan sifatnya melalui ta’alluq tanjizil qadim iaitu sedia mendengar dan
melihat pada zat dan af’alNya. Bagaimana? Jangan difikirkan bagaimana Allah memang
Maha Malihat dan Mendengar zat dan sifatnya serta perbuatannya
- Mengetahui kedudukan firman Allah kepada kita
melalui ta’alluq sifat kalam
Selain
ta’alluq dilalah (menunjukkan ke atas perkara wajib, mustahil dan harus akal)
sifat kalam memiliki beberapa ta’alluq yang lain iaitu:
Tanjizil
qadim: Kalam Allah berkaitan
pemberitahuan, persoalan, janji baik dan janji buruk
suluhil
qadim: Kalam Allah tentang suruhan dan
larangan sebelum Allah cipta perkara itu
tanjizil
hadis. kalam Allah tentang suruhan dan larang selepas Di menciptakan benda
suruhan dan larangan itu.
Rujukan:
Latif,
F. A., & Azhar, M. H. M. (2018). Pengaruh Umm al-Barahin Karya al-Sanusi
Terhadap Bakurah al-Amani Karya Wan Ismail al-Fatani Dalam Perbahasan Sifat 20:
The Influence of al-Sanusi’s Umm al-Barahin to Wan Ismail al-Fatani’s Bakurah
al-Amani in the Discussion of 20 Attributes of Allah. Afkar: Jurnal Akidah
& Pemikiran Islam, 20(2), 93-126.
Ismail,
M. H., & Hamat, M. F. (2015). Afal Allah Menurut Ahl al-Sunnah wa
al-Jamaah: The Attributes of Allah according to Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Afkar:
Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 17(1), 1-24.
Badhrulhisham,
A., & Dzulkarnain, M. F. S. (2020). ANALISIS KONSEP AF’AL ALLAH DAN AF’AL
AL-‘IBAD DALAM PENGURUSAN BENCANA WABAK COVID-19 MENURUT PERSPEKTIF AHLI SUNNAH
WAL JAMAAH. Jurnal Maw'izah, 3(1), 84-91.
Syukur,
Aswadie. (1994). Pemikiran-pemikiran Tauhid Sheikh Muhammad Sanusi. PT
Bina Ilmu. Surabaya.
[i] Penulis sedang
menghabiskan Sarjana Pengajian Islam di OUM. Graduan Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Islam OUM dan Diploma Pangajian Islam Kolej Pengajian Tinggi KPTI. Doleh dihubungi melalui 0176291368.
No comments:
Post a Comment