Pembaca Setia

Wednesday, March 23, 2016

TUGASAN AM- HUKUM ‘ADAD DAN MA’DUD (BILANGAN DAN OBJEK BILANGAN)

TUGASAN AM- HUKUM ‘ADAD DAN MA’DUD (BILANGAN DAN OBJEK BILANGAN)

Muhammad Nuruddin Bashah
Kolej Pengajian Tinggi Islam Al Insaniah ( cawIpoh)

1. Jika ‘adadnya berupa bilangan 3-10, maka ma’dud berbentuk jamak majrur.
Contoh:
ثَلاَثَةُ أَوْلاَدٍ (Tiga orang anak)
خَمْسَةُ رِجَالٍ (Lima orang laki-laki)
سَبْعَةُ أَيَّامٍ (Tujuh Hari)
# lihat bilangan 3-10 kesemuanya adalah muannas (ta marbutoh)
# jika ma’dud jamak adalah muannas maka adad (bilangan) akan jadi muzakkar
ثَلاَثُ مَجَلاَّتٌ ( 3 majalah)
سِتُّ مَجَلاَّتٌ (6 majalah)
JAMAK MUDZAKKAR
JAMAK MUANNATS
ثَلاَثَةُ أَقْلاَمٍ
= 3 pena
ثَلاَثُ مَجَلاَّتٌ
= 3 majalah
أَرْبَعَةُ أَقْلاَمٍ
= 4 pena
أَرْبَعُ مَجَلاَّتٌ
= 4 majalah
خَمْسَةُ أَقْلاَمٍ
= 5 pena
خَمْسُ مَجَلاَّتٌ
= 5 majalah

2. Jika ‘adadnya berupa bilangan 11-99, maka ma’dud berbentuk mufrod manshub.
Contoh:
خَمْسَةَ عَشَرَ وَلَدًا (Lima belas orang anak)
أَرْبَعَةَ عَشَرَ رَجُلاً (Empat belas orang laki-laki)
عِشْرُوْنَ يَوْمًا (Dua puluh hari)
#perhatikan pola apabila berubah ma’dudnya muannas -muzakkar


ISIM MUDZAKKAR
ISIM MUANNATS
أَحَدَ عَشَرَ قَلَمًا
= 11
إِحْدَى عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 11
اِثْنَا عَشَرَ قَلَمًا
= 12
اِثْنَتَا عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 12
ثَلاَثَةَ عَشَرَ قَلَمًا
= 13
ثَلاَثَ عَشْرَةَ مَجَلَّةً
= 13

3. Jika ‘adadnya berupa bilangan 100 atau 1.000 atau ke atas , maka ma’dud berbentuk mufrod majrur.
Contoh:
مِائَةُ وَلَدٍ (Seratus orang anak)
أَلْفُ رَجُلٍ (Seribu orang laki-laki)
ثَلاَ ثُمِائَةِ يَوْمٍ (Tiga ratus hari)
ISIM MUDZAKKAR
ISIM MUANNATS
مِائَةُ قَلَمٍ
= 100
مِائَةُ مَجَلَّةٍ
= 100
مِائَةُ قَلَمٍ وَقَلَمٌ
= 101
مِائَةُ مَجَلَّةٍ وَمَجَلَّةٌ
= 101
مِائَةُ وَعَشْرَةُ أَقْلاَمٍ
= 110
مِائَةُ وَعَشْرُ مَجَلاَّتٍ
= 110
مِائَتَا قَلَمٍ
= 200
مِائَتَا مَجَلَّةٍ
= 200
مِائَتَا وَثَلاَثُوْنَ قَلَمًا
= 230
مِائَتَا وَثَلاَثُوْنَ مَجَلَّةً
= 230
ثَلاَثُ مِائَةٍ قَلَمًا
= 300
ثَلاَثُ مِائَةٍ مَجَلَّةٍ
= 300
أَلْفُ قَلَمٍ
= 1000
أَلْفُ مَجَلَّةٍ
= 1000

  1. Bilangan 20,30,40 .....
Mudzakkar, meskipun terletek di depan Isim Mudzakkar maupun Muannats
ISIM MUDZAKKAR
ISIM MUANNATS
عِشْرُوْنَ قَلَمًا
= 20
عِشْرُوْنَ مَجَلَّةً
= 20
ثَلاَثُوْنَ قَلَمًا
= 30
ثَلاَثُوْنَ مَجَلَّةً
= 30
أَرْبَعُوْنَ قَلَمًا
= 40
أَرْبَعُوْنَ مَجَلَّةً
= 40
خَمْسُوْنَ قَلَمًا
= 50
خَمْسُوْنَ مَجَلَّةً
= 50




5. Bilangan bertingkat
أَوَّلُ
= pertama
سَادِسُ
= ke enam
ثَانِي
= ke dua
سَابِعُ
= ke tujuh
ثَالِثُ
= ke tiga
ثَامِنُ
= ke delapan
رَابِعُ
= ke empat
تَاسِعُ
= ke sembilan
خَمْسُ
= ke lima
عَاشِرُ
= ke sepuluh



ISIM MUDZAKKAR
ISIM MUANNATS
الْبَابُ اْلأَوَّلُ
= Bab Pertama
الْغُرْفَةُ اْلأُوْلَى
= Kamar Pertama
الْبَابُ الثَّانِيْ
= Bab Kedua
الْغُرْفَةُ الثََّانِيَةُ
= Kamar Kedua
الْبَابُ الثَّالِثُ
= Bab Ketiga
الْغُرْفَةُ الثَّالِثَةُ
= Kamar Ketiga
الْبَابُ الرَّابِعُ
= Bab Keempat
الْغُرْفَةُ الرَّابِعَةُ
= Kamar Keempat



Monday, March 21, 2016

TUGASAN FIQH JINAYAH (MAZHAB SYAFIE)



FIQH JINAYAH (Mazhab Syafie)


TAJUK:
  1. KADAR TUKAR DIYAT DALAM RM UNTUK 3 JENIS DIYAT

  1. 5 ORANG SERANG DAN BUNUH SEORANG MANGSA, BAGAIMANA DIYATNYA DIKONGSI 5 ATAU SETIAP SEORANG MENURUT MAZHAB SYAFIE

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
No KP: 820102-02-5203

Semester 5

Pensyarah : Ustaz Mohd Rashid Bin Abdul Razak

Tugasan untuk dicetak dan diemail kepada pensyarah




Muqaddimah

Istilah diyat (دِيَةٌ ) secara etimologi berasal dari kata “wadâ – yadî – wadyan wa diyatan”( وَدَى يَدِى وَدْيًا وَدِيَةً). Bila yang digunakan masdar wadyan (وَدْيًا ) bererti sâla ( سَالَ= mengalir) yang sering dikaitkan dengan lembah, seperti di dalam firman Allah Azza wa Jalla :

إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ ۖ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى

Sesungguhnya Aku inilah rabbmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu. Sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci, Thuwa. (Toha :12)

Akan tetapi, jika yang digunakan adalah mashdar diyatan (دِيَةً), bererti‘membayar harta tebusan yang diberikan kepada korban atau walinya dengan sebab tindak pidana penganiyaan (jinâyat).

Bentuk asli kata diyat ( دِيَةٌ) adalah widyat ( وِدْيَة) yang dibuang huruf wau-nya, seperti kata عِدَةdan صِلَة dari kata لْوَعْدُ dan.الوَصْلُ [1

Sedangkan diyat secara terminologi syariat adalah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh pelaku jenayah kepada mangsa atau walinya sebagai ganti rugi, disebabkan jinâyat yang dilakukan oleh si pelaku kepada mangsa.

  1. KADAR TUKAR DIYAT DALAM RM UNTUK 3 JENIS DIYAT

Terdapat 3 jenis pembunuhan :

  1. Qotlu al-‘amd, iaitu: Pembunuhan dengan niat/disengajakan
Pembunuhan dengan niat/disengajakan ialah apabila pembunuh dengan sengaja membunuh alat yang biasanya boleh membawa kepada kematian. Pembunuhan itu dilakukan dengan niat membunuh. Pembunuhan dengan niat/disengajakan hukumannya ialah wajib dihukum mati (al-qawad). Jika waris mangsa pembunuhan memaafkannya, maka pembunuh wajib dikenakan diyat mughallazhah/pampasan berat secara tunai yang diambil dari harta pembunuh.
  1. Qotl al-khoto’, iaitu: Pembunuhan tanpa niat
Manakala pembunuhan tanpa niat ialah seperti seseorang melempar ke arah sesuatu dan tersasar terkena seseorang lalu membunuhnya. Pembunuhan tanpa niat tidak dikenakan hukuman bunuh/qawad, namun dia wajib membayar diyat mukhaffafah / pampasan ringan yang ditanggung pembayarannya oleh ahli waris pembunuh (aqilah) yang perlu dibayar dalam tempoh tiga tahun.
  1. Qotl al-khoto’ al-‘amd, iaitu: Pembunuhan separuh sengaja
Pembunuhan separuh sengaja ialah bila seseorang secara sengaja memukul seseorang yang lain dengan sesuatu yang menurut kebiasaannya tidak menyebabkan kematian. Mangsa mati akibat pukulan berkenaan. Pembunuhan separuh sengaja tidak dikenakan hukuman mati, namun dia wajib membayar diyat mughallazhah / pampasan berat yang wajib ditanggung oleh ahli warisnya dalam tempoh tiga tahun.

Bayaran Diyat menurut Mazhab Syafie
  1. Diyat Mughallazah1 bagi kes Qatl Amd (bunuh sengaja dan separuh sengaja)
Diyat pembunuhan sengaja menurut Imam Syafi’adalah seratus ekor unta di bagi tiga iaitu:
  1. tiga puluh ekor unta hiqqah (unta umar 4 tahun),
  2. tiga puluh ekor unta jad’ah (unta umur 3 tahun),
  3. dan empat puluh ekor yang sedang mengandung.

من قتل متعمدا دفع إلى أولياء المقتول، فإن شاؤوا قتلوا، وإن شاؤوا أخذوا الدية، وهي ثلاثون حقة، وثلاثون جذعة، وأربعون خلفة، وما صولحوا عليه فهو لهم.
Siapa saja yang membunuh dengan sengaja, maka diserahkan kepada wali korban. Jika mereka mau, maka mereka bisa membunuhnya. Jika mereka mau, maka mereka bisa mengambil diyat, yaitu 30 hiqqah, 30 jadza’ah, dan 40 khalifah. Apa mereka sepakati (untuk damai) maka itu merupakan hak mereka.” (H.r. at-Tirmidzi dari ‘Amru bin Syu’aib)
Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun , para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a. Wang Emas - 1,000 dinar

b. Wang Perak - 10,000 dirham

c. Lembu - 200 ekor

d. Kambing - 2,000 ekor

e. Persalinan - 200 persalinan lengkap.

2. Diyat Mukhaffafah2 bagi kesalah bunuh tidak sengaja (qotl al-khoto’)
Imam syafii berpendapat bahawa diyat pembunuhan tidak sengaja dibagi lima iaitu: 20 unta binti makhad; 20 bintu labun; 20 unta hiqqah; 20 unta jad’ah; 20 unta ibni labun. Pendapat ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh dari ibnu mas’ud bahwa rasulullah saw bersabda:
Pada diyat pembunuhan tersalah adalah 20 unta betina binti makhad; 20 unta jantan ibni makhad; 20 unta betina ibni labun; 20 unta jad’ah; 20 unta hiqqah.” (Riwayat Al Bukhari)

Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat sebagaimana yang berikut:

20 ekor unta umur 4 tahun
20 ekor unta umur 3 tahun
20 ekor unta betina umur 2 tahun
20 ekor unta jantan umur 2 tahun
20 ekor unta betina umur 1 tahun

Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan harga semasa iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun , para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:

a. Wang Emas - 1,000 dinar

b. Wang Perak - 10,000 dirham

c. Lembu - 200 ekor

d. Kambing - 2,000 ekor

e. Persalinan - 200 persalinan lengkap.

Bayaran mengikut harga Malaysia
Seekor unta anggaran harga naik turun sekitar RM 4000-6000 seekor. Bermakna Diyat untuk 100 ekor unta adalah sekitar RM 400 ribu sehingga RM 600 ribu.

2) 5 ORANG SERANG DAN BUNUH SEORANG MANGSA, BAGAIMANA DIYATNYA DIKONGSI 5 ATAU SETIAP SEORANG MENURUT MAZHAB SYAFIE

Jenayah membunuh secara berkumpulan dianggap suatu tindakan bersubahat atau secara langsung. Ia dipanggil Isytirak al-mubasyar.

Orang yang turut berbuat secara langsung dalam melaksanakan jenayah, di sebut Syarik Mubasyir dan perbuatannya disebut Isytirak Mubasyir ( Audah, 1969, 361 ). Oang yang turut berbuat tidak secara langsung dalam melaksanakan jenayah disebut “ Syarik Mutasyabbih” dan perbuatannya disebut Isytirak Ghairu Mubasyir atau isytirak bit-tasabbubi ( Audah, 1969, 361 ).   

Turut Berbuat Secara Langsung dan Turut Berbuat Secara Tidak Langsung (dari aspek tindakan)

Orang yang memperbuat jenayah sendirian atau bersama-sama orang lain. Misalnya, jika masing-masing dari tiga orang mengarahkan tembakan kepada seseorang lalu seseorang tersebut mati akibat tembakan itu, maka ketiga orang tersebut dianggap melakukan pembunuhan. Dalam hal ini fuqaha juga memisahkan apakah kerjasama itu dilakukan secara kebetulan (tawafuq) atau memang sudah direncanakan bersama-sama (tamalu).

Jenayah akibat perbuatan ramai pihak (dari aspek niat)
1 Tawafuq
Kes pertama adalah jenayah bunuh yang dibuat secara beramai-ramai secara serentak, tanpa ada kesepakatan (tawafuq). Misalnya seorang individu dibenci ramai orang. Mungkin beliau memang seorang kacang hantu di kampungnya. Contohnya, Rahmat, Ahmad dan Jamal, tidak pernah kenal antara satu sama lain dan tiada pakatan untuk membunuh Azhar. Mereka dalam masa yang sama atau masa tidak sama telah pergi ke rumah Azhar,dan beramai-ramai memukul Azhar sehingga pengsan.

Dalam hal ini, setiap seorang bertanggungjawab terhadap kesalahan yg mereka lakukan masing-masing.

  1. Rahmat bersalah sebab patahkan kaki Azhar
  2. Ahmad bersalah sebab butakan mata Azhar
  3. Jamal bersalah sebab mencederakan Azhar pada kepala sehingga dia pengsan.
Kalau dalam kes membunuh, mereka akan diadili mengikut perbuatan masing-masing. Jika terbukti kesemua tindakan mereka menyumbang kepada kematian maka diyat dibayar berkongsi 100 ekor unta. Jika terbukti 2 orang tidak menyumbang kematian maka ditakzir atau diyat sekadar cedera.
   
2 Tamallu’

Kedua adalah jenayah yang dibuat secara beramai-ramai, dan mempunyai niat yang sama (tamallu’). Kesmua 3 pemuda di atas berpakat membunuh Azhar dan Azhar mati. Kesemua mereka bersalah dan wajib dibunuh. Hadis riwayat Ibnu Umar, Satu peristiwa dizaman Saidina Umar al-Khattab, apabila 4 orangg penjenayah dari Kampung Sin’ah telah berpakat dan membunuh seorang pemuda. Lalu Saidina Umar menjatuhkan hukuman bunuh kepada kesemua mereka. Kata Beliau, “kalau sekiranya kesemua penduduk kampung Sin’ah telah berpakat dan membunuh, akan aku bunuh mereka kesemuanya.” (Hadis Muallaq Riwayat Al Bukhari)

Hal ini menyebabkan mereka dibunuh balas atau jika diampun membayar diyat sebanyak 100 ekor unta setiap seorang. Jika hanya seorang memberi kecederaan membawa maut sedangkan yang lain hanya menbuat kecederaan bukan maut (walaupun mereka berpakat bunuh) maka yang memberi cedera maut sahaja bayar diyat 100 ekor unta manakala yang lain qisas dan jika diyat bayar sekadar kecederaan.
   
Jumhur berpendapat termasuk Imam Syafie - bahawa pembuat jenayah secara langsung akan dikenakan hukuman sebagaimana yg diperuntukkan utk kesalahan itu, manakala, pembuat secara tidak langsung pula dikenakan hukuman takzir. (bagi kes isytirak ghair mubasyir dan tawafuq)3

Rujukan:
  1. Paizah Ismail, Perlaksanaan Diyat Dalam Kerangka Perundangan Di Malaysia : Cabaran Fiqh Semasa, Jurnal Fiqh, No. 9 (2012) 1-20
  2. Paizah Haji Ismail, Undang-undang Jenayah Islam, Tradisi Ilmu, 2002
  3. Dr Mustofa Al Khin, Dr Mustofa Al Bugho, Ali As Sarbaji, Fiqh Al Manhaji a’la mazhab al imam As Syafie, Pustaka Salam,2014.
  4. Siti Zubaidah Ismail, The Modern Interpretation of the Diyat Formula for the Quantum of Damages: The Case of Homicide and Personal Injuries Arab Law Quarterly 26 (2012) 361-379


1 Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.
2 Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun.

3 Menurut Abu Hanifah, antara tawafuq dan tamalu sama saja hukumannya, iaitu masing-masing peserta hanya bertanggungjawab atas atas perbuatannya sendiri. Kedua, juga dipandang sebagai turut-berbuat-langsung peserta yang menjadi sebab (tidak langsung), apabila pembuat-langsung hanya kaki tangannya semata-mata.    
Maliki pula berpendapat, kesemua mereka sama ada melakukan secara langsung (isytirak mubasyir) atau tidak langsung (ghair mubasyir) , wajib dikenakan hukuman yang sama.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...