HIKMAH MENGAPA
DIYAT WANITA KURANG BERBANDING DIYAT LELAKI
Muhammad Nuruddin Bashah
Diploma Pengajian Islam (Awam)
Kolej Pengajian Islam Tinggi Al Insaniah (Caw Ipoh)
Muqaddimah
Merupakan sunnatuuah bahAwa
Auah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan kaum
lelaki dan kaum wanita dalam kondisi berbeza
yang masing-masingnya menjadi pelengkap bagi yang lain. Dan Dia
menciptakan kaum lelaki lebih kuat agar
mereka memayungi para wanita. Dengan adanya
perbezaan antara lelaki
dan wanita dalam hal peran dan tugas keduanya, maka hal ini berdampak
pula pada adanya perbezaan dalam
hukum-hukum syar’iyyah, di antaranya:
Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan
jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.
Sumber hukum bagi kewajipan membayar diyat ini ialah al-Quran dan
al-Sunnah.
Dalam al-Quran Auah S.W.t. berfirman yang
bermaksud:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ
أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلا خَطَأً
وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ
رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ
إِلَى أَهْلِهِ إِلا أَنْ يَصَّدَّقُوا
فَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ عَدُوٍّ لَكُمْ
وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ
مُؤْمِنَةٍ وَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ
بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ
فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ
وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ فَمَنْ
لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ
مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِنَ اللَّهِ
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (٩٢)
"Dan tidak layak bagi seorang mukmin
membunuh seorang mukmin (yang lain)
kecuali kerana tersilap (tidak sengaja), dan barang siapa membunuh
seorang mukmin
dengan secara tersilap, hendaklah ia
memerdekakan seorang hamba yang beriman
serta membayar diyat yang diserahkan kepada keluarga (si terbunuh)
itu, kecualilah mereka bersedekah. "
(al-Nisa '4:92)
Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang
yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan
memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh
memaafkan tetapi bukan pemerintah ).
Diyat Dalam Pembunuhan yang Tidak Disengaja
Kata aI-Imam al-Syati 'i, tidak ada
percanggahan pendapat di kalangan para ulama' dulu
dan sekarang mengenai diyat perempuan itu
separlu dari diyat lelaki. Jika seorang
wanita dibunuh dan keluarganya memilih
diyat maka diyatnya ialah lima puluh ekor unta,
sama ada pembunuhnya seorang lelaki atau seorang perempuan atau
sekumpuian orang. Begitu juga diyat kerana
mencederakan seorang perempuan sama seperti mencedera seorang lelaki.
Dalam masalah ini Ibn Qudamah telah menyebut Ibn al-Mundhir dan Ibn
'Abd aI-Barr berpendapat bahawa para ulama telah bersetuju secara
ijmak bahawa diyat perempuan adalah
separuh dari diyat lelaki. Ini berdasarkan kepada apa yang
dijelaskan oleh Nabi s. 'a.w. dalam suratnya kepada 'Amr'
Ibn Hazm, iaitu gabenor Yaman bahawa diyat perempuan separuh dari
diyat lelaki. Menegaskan hukum ini, Abu
al-Ma'ati berkata
bahawa ia telah dipersetujui oleh para sahabat seeara ijmak1.
AI-Qurtubi juga menyokong hukum ini sabit secara
ijmak. Di samping hadis di atas jumhur
fuqaha' juga memberi alasan lain, iaitu berasaskan
kepada analogi atau qias atas masalah harta pusaka dan masalah
kesaksian . Menurut mereka, kedudukan wanita dalam masalah-masalah
tersebut dengan separuh lelaki. Maka begitu jugalah, kata mereka,
kedudukan mereka dalam masalah diyat ini.
Hikmahnya
- Aspek penanggungan terhadap wanita
Antara hikmah agama Islam mewajibkan diyat
(tebusan) atas terbunuhnya seorang lelaki
adalah dua kali ganda. Kerana
ketika yang terbunuh adalah seorang lelaki
maka keluarganya akan rugi sebab dialah
orang yang memberi nafkah mereka. Sehingga
keluarganya mengambil diyat dengan dua kali lipat. Berbeza
halnya dengan kerugian bagi keluarga yang ditinggal mati oleh wanita
mereka, kerana
dia tidak dibebani untuk memberi nafkah mereka sebaliknya
wanita adalah penerima nafkah. Maka adanya perbezaan
diyat adalah sesuai dengan perbezaan tugas
antara lelaki dan wanita2.
- Aspek manfaat lelaki
Menurut Ibnul-Qayyim pula
beliau mebezakan lelaki dan wanita dari aspek manfaat bagi lelaki dan
wanita dalam sistem sosial. Kata beliau menjelaskan hal ini
dengan menyatakan: “Kerana
wanita lebih lemah dibandingkan lelaki dan
lelaki lebih memiliki potensi darinya,
lelaki boleh dan mampu menduduki sesuatu
yang tidak dapat diduduki oleh wanita seperti
institusi keagamaan, perwalian, berperang,
membangun negeri, mengerjakan industri yang menjadi kesempurnaan
maslahat dunia dan membela dunia dan agama3.
Menjawab hujah genderisme
Pelbagai pihak menghentam syariat Islam apabila ada perbezaan dalam
isu diyat sebegini. Rasululah juga menjelaskan bahawa cirui-ciri yang
menyebabkan wanita ditanggung lelaki adalah isu kurangnya agama dan
kurangnya akal wanita.
مَا رَأَيْتُ مِنْ
نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَغلَبُ
لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ
إِحْدَاكُنَّ. فَقِيلَ:
يَا رَسُولَ اللهِ،
مَا نُقْصَانُ عَقْلِهَا؟ قاَلَ:
أَلَيْسَتْ شَهَادَةُ
الْمَرْأَتَيْنِ بِشَهَادَةِ رَجُلٍ؟
قِيلَ: يَا
رَسُولَ اللهِ، مَا نُقصَانُ دِينِهَا؟
قَالَ: أَلَيْسَتْ
إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ
“Aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya
paling bisa mengalahkan akal lelaki yang kokoh daripada salah seorang
kalian (kaum wanita).” Maka ada yang bertanya, “Wahai
Rasulullah, apa maksudnya kurang akalnya wanita?” Beliau menjawab,
“Bukankah persaksian dua orang wanita sama dengan persaksian
seorang lelaki?” Ditanyakan lagi, “Ya Rasulullah,
apa maksudnya wanita kurang agamanya?” “Bukankah bila si wanita
haid ia tidak shalat dan tidak pula puasa?”, jawab beliau.
(Muttafaqun ‘alaih, HR. Bukhari no. 1462 dan Muslim no. 79)
Disebabkan mereka ditanggung (secara lumrahnya, namun zaman moden
lumrah ini kelihatan bercanggah) maka diyat mereka tidak sama. Namun
ini bukan menunjukka Islam merendahkan wanita. Wang diyat perlu
diguna oleh keluarga lelaki untuk menyelesaikan tanggungan arwah
lelaki berkenaan. Inilah hikmahnya. Wanita diangkat tinggi oleh
syariat dalam banyak isu dan syariat yang tidak mampu dijelas dalam
makalah ini.
3
Lihat
I’lâmul-Muwaqqi’în 2/149 dan Zâdul-Ma’âd 3/175. Pernyataan
ini dinukil dari Al-Mulakhkhash al-Fiqhi 2/498
No comments:
Post a Comment