HADIS
HUKUM
TAJUK:
HADIS
HUKUM BERKAITAN PENGHARAMAN JASAD MUSLIM SEBAGAI KAJIAN SAINS
Oleh
: Muhammad Nuruddin Bashah
No KP:
820102-02-5203
Semester
5
Pensyarah : Dr Mohd Fuad Mokhtar
Tugasan
untuk dicetak dan diemail kepada pensyarah
Muqaddimah
Isu pendermaan jasat
mayat umat Islam kepada pihak kajian perubatan adaah isu yang berbeza
dengan isu derma organ untuk menyelamatkan nyawa sekaligus menepati
maqasid syariah serta berbeza dengan isu bedah siasat yang bertujuan
menjelaskan sesuatu siasatan kes jenayah.
Menderma mayat untuk
tujuan penyelidikan adalah isu sensitif di dalam syariah Islam dan ia
bukan melambangkan kekolotan umat Islam. Isu ini kerap juga digunakan
oleh liberalis untuk mengungkapkan umat islam di Malaysia khususnya
sebagai jumud, ortodok dan ketinggalan zaman. Malah ada pihak yang
berbangga jika mayatnya dijadikan bahan ujikaji negara.
Walaupun 1001 satu
manfaat dan kebaikan diperolehi dengan ramainya mayat disumbangkan
untuk kajian akademik perubatan dan sains biokimia, ia tetap perlu
diperhalusi berdasarkan lunas syara’ dan bukan sekadar emosi dan
alasan kehendak zaman semata-mata.
Kes derma
mayat
Di Malaysia hanya
kaum bukan Islam yang memiliki rekod menderma mayat sendiri selepas
kematiannya untuk tujuan kajian sains. Namun ia telah menjadi wacana
di kalangan umat Islam sendiri apabila ada umat Islam yang berminat
menumbang ke arah pembangunan negara melalui mayat mereka sendiri. Di
sinilah menguji sejauh mana kita berpegang dengan syariat Islam yang
pastinya jauh lebih utama berbanding kecintaan kepada negara dan
tamadun bangsa.
Kes
pertama di Malaysia adalah pada tahun 2012 lalu.
Pesakit kanser Lim Kian, 67, dan Low Siew Yeok, 47, telah berikrar
mendermakan badan mereka untuk uji kaji sains bagi membantu doktor
menyelamatkan pesakit lain.
Pasangan ini kemudiannya telah diberi penghormatan
oleh
para doktor
di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)1.
Program
ini dinamakan Silent Mentor kerana mayat seolah-olah menjadi guru
kepada para sainstis dan doktor pelatih. Program
"Silent Mentor" yang diumumkan oleh Universiti Malaya pada
Mac tahun
2012
adalah berdasarkan program yang dijalankan di Universiti Tzu Chi di
Taiwan di mana orang ramai boleh berikrar badan mereka digunakan
untuk tujuan latihan dan penyelidikan perubatan selepas kematian.
Mayat akan digunakan
untuk bengkel selama tiga hari, dan selepas itu akan dibakar dan
kekal diletakkan di memorial peringatan.
Program ini
merupakan kerjasama antara UM, Universiti Tzu Chi dan pembekal
perkhidmatan pengebumian Kumpulan Xiao En.
PPUM
dan Kumpulan Xiao En juga menyediakan tapak memorial khas untuk
"Mentor Senyap" di Nilai Memorial Park Penilaian untuk
pengebumian abu mayat.
Sekitar isu
bedah siasat mayat.
Ada
satu persamaan antara menderma mayat untuk tujuan kajian sains dengan
kes bedah siasat iaitu mayat akan dilukakan, dikeluar organ dan
diperlakukan umpama melapah daging. Namun majlis fatwa Kebangsaan
telah membezakan nya dengan ketetapan berikut2.:
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-25 yang bersidang pada 13
Disember 1989 telah memutuskan;
“Pembedahan
mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar
memerlukan (dharurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes
jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau si mati tertelan
benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan
kandungannya masih hidup.”
Manakala
dalam Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27
Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat
yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan;
“Hukum
asal pembedahan mayat adalah haramtetapi dibolehkan sekiranya dalam
keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat
kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan
penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan
. ”
Jelas membedah mayat
hanya dibenarkan daam kes-kes dharurat sahaja. Maksud dharurat perlu
difahami berdasarkan lunas syara’ dan bukannya lunas fahaman Barat.
Dharurat di sini adalah bermakna kes jenayah yang sedang disiasat
bakal menghukum pihak yang tidak bersalah. Maka disinilah peranan
bedah siasat.
Hukum menderma
jasad orang Islam untuk tujuan kajian sains.
Berbeza
dengan kes bedah mayat untuk kes jenayah dan dharurat, bagi kes derma
mayat untuk kajian maka Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah
membincangkan mengenai Hukum Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan
Penyelidikan. Muzakarah telah memutuskan:
Setelah meneliti
laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik
daripada Universiti Malaya dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan
pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan
memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.
Muzakarah juga
menegaskan bahawa hukum asal pendermaan jasad atau mayat manusia
adalah HARAM
kerana Islam amat menitikberatkan penghormatan ke atas jasad manusia
sama ada sewaktu mereka masih hidup ataupun selepas mati. Terdapat
banyak nas-nas syarak berhubung dengannya, antaranya suruhan tajhiz
al-mayyit seperti mandi, kafan, solat dan pengkebumian, larangan
mencincang jasad mayat dan sebagainya.
Muzakarah
berpandangan bahawa dalam konteks Malaysia, pendermaan jasad atau
mayat orang Islam dan keperluan penggunaan jasad si mati untuk tujuan
penyelidikan masih belum berada pada tahap mendesak.
Keperluan terhadap
penggunaan mayat untuk tujuan penyelidikan masih boleh dipenuhi
dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada. Selagi mana kaedah
alternatif boleh dikemukakan sebagai jalan keluar, maka ia menjadi
pilihan yang mesti diambil tanpa perlu mengharuskan pendermaan jasad
atau mayat orang Islam.
Sehubungan itu,
selaras dengan penegasan syarak tersebut, Muzakarah bersetuju
memutuskan bahawa pendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk
tujuan penyelidikan adalah haram3
Perhatikan dalil dan
hujah yang digunakan.
Pertamanya
berasaskan
Prinsip kemuliaan mayat dan kewajipan menghormatinya perlu diikuti
sebagaimana kaedah:
الأَصْلُ فِي الَإ بْضَاعِ التَّحْرِيْمُ
“Hukum
asal pada masalah seks adalah haram”
Maksudnya: Asal
kepada perkara yang melibatkan maruah seks
adalah diharamkan.
Kaedah ini
bersandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW:
فَإِنَّ
دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ
بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ
هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ
هَذَا
Maksudnya:
Darah-darah kamu, harta-harta kamu, dan kehormatan kamu di antara
sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu
ini, di negeri kamu ini. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(ii) Kehormatan
mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaannya adalah menceroboh
prinsip penghormatan tersebut.
(iii) Keperluan
penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan
belum berada pada tahap mendesak atau dharurah kerana keperluan
tersebut masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang
ada.
Permasalahan
Ramai mahasiswa
perubatan islam mengeluh apabila mereka ada yang diperlekeh atau
dipandang serong apabila bertegas dalam isu sebegini. Seolah
kelihatan Islam hanya memeting diri sendiri, menumpang guna mayat non
muslim sedangkan jasad kaum sendiri tidak dibenar pula digunakan.
Hal ini tidak pelik.
Setiap agama ada pantang larangnya dan Islam tidak pernah mengajar
umatnya memperlekeh amalan agama lain seperti sikh yang mewajibkan
janmbang dan rambut panjang bagi lelaki. Malah banyak lagi perkara
yang kelihatan pelik di mata umat Islam namun tidak pula
diperbesarkan oleh umat islam lantaran ajaran Rasulullah agar kita
menghormati agama lain. Inilah keindahan Islam.
No comments:
Post a Comment