FIQH
JINAYAH (Mazhab Syafie)
TAJUK:
- KADAR TUKAR DIYAT DALAM RM UNTUK 3 JENIS DIYAT
- 5 ORANG SERANG DAN BUNUH SEORANG MANGSA, BAGAIMANA DIYATNYA DIKONGSI 5 ATAU SETIAP SEORANG MENURUT MAZHAB SYAFIE
Oleh
: Muhammad Nuruddin Bashah
No KP:
820102-02-5203
Semester
5
Pensyarah : Ustaz Mohd Rashid
Bin Abdul Razak
Tugasan
untuk dicetak dan diemail kepada pensyarah
Muqaddimah
Istilah
diyat (دِيَةٌ
)
secara etimologi berasal dari kata “wadâ – yadî – wadyan wa
diyatan”( وَدَى
يَدِى وَدْيًا وَدِيَةً).
Bila yang
digunakan masdar
wadyan (وَدْيًا
)
bererti sâla
( سَالَ=
mengalir) yang sering dikaitkan dengan lembah, seperti di dalam
firman Allah Azza wa Jalla :
إِنِّي
أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ ۖ
إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى
Sesungguhnya Aku
inilah rabbmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu. Sesungguhnya kamu
berada di lembah yang suci, Thuwa. (Toha
:12)
Akan tetapi, jika
yang digunakan adalah mashdar diyatan (دِيَةً),
bererti‘membayar
harta tebusan yang diberikan kepada korban atau walinya dengan sebab
tindak pidana penganiyaan (jinâyat).
Bentuk asli kata
diyat ( دِيَةٌ)
adalah widyat ( وِدْيَة)
yang dibuang huruf wau-nya, seperti kata عِدَةdan
صِلَة
dari
kata لْوَعْدُ
dan.الوَصْلُ
[1
Sedangkan diyat
secara terminologi syariat adalah harta yang wajib dibayar dan
diberikan oleh pelaku
jenayah kepada
mangsa
atau walinya sebagai ganti rugi, disebabkan jinâyat yang dilakukan
oleh si pelaku kepada mangsa.
- KADAR TUKAR DIYAT DALAM RM UNTUK 3 JENIS DIYAT
Terdapat 3 jenis pembunuhan :
- Qotlu al-‘amd, iaitu: Pembunuhan dengan niat/disengajakan
Pembunuhan dengan niat/disengajakan ialah apabila
pembunuh dengan sengaja membunuh alat yang biasanya boleh membawa
kepada kematian. Pembunuhan itu dilakukan dengan niat membunuh.
Pembunuhan dengan niat/disengajakan
hukumannya ialah wajib dihukum mati (al-qawad).
Jika waris mangsa pembunuhan memaafkannya,
maka pembunuh wajib dikenakan diyat
mughallazhah/pampasan berat secara tunai
yang diambil dari harta pembunuh.
- Qotl al-khoto’, iaitu: Pembunuhan tanpa niat
Manakala pembunuhan tanpa niat ialah seperti seseorang
melempar ke arah sesuatu dan tersasar terkena seseorang lalu
membunuhnya. Pembunuhan tanpa niat tidak dikenakan hukuman
bunuh/qawad, namun dia wajib membayar diyat
mukhaffafah / pampasan ringan yang
ditanggung pembayarannya oleh ahli waris pembunuh
(aqilah) yang perlu dibayar dalam tempoh
tiga tahun.
- Qotl al-khoto’ al-‘amd, iaitu: Pembunuhan separuh sengaja
Pembunuhan separuh sengaja ialah bila seseorang secara
sengaja memukul seseorang yang lain dengan sesuatu yang menurut
kebiasaannya tidak menyebabkan kematian. Mangsa mati akibat pukulan
berkenaan. Pembunuhan separuh sengaja tidak dikenakan hukuman mati,
namun dia wajib membayar diyat mughallazhah
/ pampasan berat yang wajib ditanggung
oleh ahli warisnya dalam tempoh tiga tahun.
Bayaran Diyat menurut Mazhab Syafie
- Diyat Mughallazah1 bagi kes Qatl Amd (bunuh sengaja dan separuh sengaja)
Diyat
pembunuhan sengaja menurut Imam
Syafi’adalah seratus ekor unta di bagi tiga iaitu:
- tiga puluh ekor unta hiqqah (unta umar 4 tahun),
- tiga puluh ekor unta jad’ah (unta umur 3 tahun),
- dan empat puluh ekor yang sedang mengandung.
من قتل متعمدا دفع إلى
أولياء المقتول، فإن شاؤوا قتلوا، وإن
شاؤوا أخذوا الدية، وهي ثلاثون حقة،
وثلاثون جذعة، وأربعون خلفة، وما صولحوا
عليه فهو لهم.
“Siapa saja yang membunuh dengan sengaja, maka
diserahkan kepada wali korban. Jika mereka mau, maka mereka bisa
membunuhnya. Jika mereka mau, maka mereka bisa mengambil diyat, yaitu
30 hiqqah, 30 jadza’ah, dan 40 khalifah. Apa mereka sepakati (untuk
damai) maka itu merupakan hak mereka.” (H.r. at-Tirmidzi dari ‘Amru
bin Syu’aib)
Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan
harga semasa iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar penuh
untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun , para
ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan harta yang
senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:
a. Wang Emas - 1,000 dinar
b. Wang Perak - 10,000 dirham
c. Lembu - 200 ekor
d. Kambing - 2,000 ekor
e. Persalinan
-
200 persalinan lengkap.
2. Diyat
Mukhaffafah2
bagi kesalah bunuh tidak sengaja
(qotl al-khoto’)
Imam syafii berpendapat bahawa
diyat pembunuhan tidak sengaja
dibagi lima
iaitu:
20 unta binti makhad; 20 bintu labun; 20 unta hiqqah; 20 unta jad’ah;
20 unta ibni labun. Pendapat ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan
oleh dari ibnu mas’ud bahwa rasulullah saw bersabda:
“Pada diyat pembunuhan tersalah adalah 20 unta
betina binti makhad; 20 unta jantan ibni makhad; 20 unta betina ibni
labun; 20 unta jad’ah; 20 unta hiqqah.”
(Riwayat Al Bukhari)
Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100
ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun
dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat sebagaimana yang
berikut:
20 ekor unta umur 4 tahun
20 ekor unta umur 3 tahun
20 ekor unta betina umur 2 tahun
20 ekor unta jantan umur 2 tahun
20 ekor unta betina umur 1 tahun
Kadar diyat adalah dikira mengikut bilangan unta dengan
harga semasa iaitu harta yang paling bernilai ketika itu. Kadar
penuh untuk satu diyat penuh ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun
, para ulama' berpendapat boleh menggantikan 100 ekor unta dengan
harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Diantaranya ialah:
a. Wang Emas - 1,000 dinar
b. Wang Perak - 10,000 dirham
c. Lembu -
200 ekor
d. Kambing - 2,000 ekor
e. Persalinan
- 200 persalinan lengkap.
Bayaran mengikut harga Malaysia
Seekor unta anggaran harga naik turun sekitar RM 4000-6000 seekor.
Bermakna Diyat untuk 100 ekor unta adalah sekitar RM 400 ribu
sehingga RM 600 ribu.
2) 5
ORANG SERANG DAN BUNUH SEORANG MANGSA, BAGAIMANA DIYATNYA DIKONGSI 5
ATAU SETIAP SEORANG MENURUT MAZHAB SYAFIE
Jenayah membunuh secara berkumpulan
dianggap suatu tindakan bersubahat atau secara langsung. Ia dipanggil
Isytirak al-mubasyar.
Orang yang turut berbuat secara langsung dalam
melaksanakan jenayah,
di sebut Syarik Mubasyir dan perbuatannya disebut Isytirak
Mubasyir ( Audah, 1969, 361 ).
Oang yang turut berbuat tidak secara
langsung dalam melaksanakan jenayah
disebut “ Syarik Mutasyabbih”
dan perbuatannya disebut Isytirak Ghairu
Mubasyir atau isytirak bit-tasabbubi ( Audah,
1969, 361 ).
Turut Berbuat Secara Langsung dan Turut Berbuat
Secara Tidak Langsung
(dari aspek tindakan)
Orang yang
memperbuat jenayah
sendirian atau bersama-sama orang lain. Misalnya,
jika masing-masing dari tiga orang mengarahkan tembakan kepada
seseorang lalu seseorang tersebut mati akibat
tembakan itu, maka ketiga orang tersebut dianggap melakukan
pembunuhan. Dalam hal ini fuqaha juga memisahkan apakah kerjasama
itu dilakukan secara kebetulan (tawafuq) atau memang sudah
direncanakan bersama-sama (tamalu).
Jenayah akibat perbuatan ramai pihak (dari aspek
niat)
1 Tawafuq
Kes pertama adalah jenayah
bunuh yang
dibuat secara beramai-ramai secara serentak, tanpa ada kesepakatan
(tawafuq).
Misalnya seorang individu
dibenci ramai orang. Mungkin beliau memang seorang kacang hantu di
kampungnya. Contohnya, Rahmat,
Ahmad dan Jamal,
tidak
pernah kenal antara satu sama lain dan tiada
pakatan untuk membunuh Azhar.
Mereka dalam masa yang sama atau
masa tidak sama telah pergi ke rumah
Azhar,dan
beramai-ramai memukul Azhar
sehingga pengsan.
Dalam hal ini, setiap
seorang bertanggungjawab terhadap kesalahan yg mereka lakukan
masing-masing.
- Rahmat bersalah sebab patahkan kaki Azhar
- Ahmad bersalah sebab butakan mata Azhar
- Jamal bersalah sebab mencederakan Azhar pada kepala sehingga dia pengsan.
Kalau dalam kes membunuh, mereka akan diadili mengikut
perbuatan masing-masing. Jika
terbukti kesemua tindakan mereka menyumbang kepada kematian maka
diyat dibayar berkongsi
100 ekor unta.
Jika terbukti 2 orang tidak menyumbang kematian maka ditakzir atau
diyat sekadar cedera.
2 Tamallu’
Kedua adalah jenayah
yang dibuat secara beramai-ramai, dan mempunyai niat yang sama
(tamallu’). Kesmua 3 pemuda
di atas berpakat membunuh Azhar dan Azhar mati. Kesemua
mereka bersalah dan wajib dibunuh. Hadis
riwayat Ibnu Umar, Satu peristiwa dizaman
Saidina Umar al-Khattab, apabila 4 orangg
penjenayah dari
Kampung Sin’ah telah berpakat dan membunuh seorang pemuda. Lalu
Saidina Umar menjatuhkan hukuman bunuh kepada kesemua mereka. Kata
Beliau, “kalau sekiranya kesemua penduduk kampung Sin’ah telah
berpakat dan membunuh, akan aku bunuh mereka kesemuanya.”
(Hadis Muallaq Riwayat Al Bukhari)
Hal ini menyebabkan mereka dibunuh
balas atau jika diampun membayar
diyat sebanyak 100 ekor unta setiap
seorang.
Jika hanya seorang memberi kecederaan membawa maut sedangkan yang
lain hanya menbuat kecederaan bukan maut (walaupun mereka berpakat
bunuh) maka yang memberi cedera maut sahaja bayar diyat 100 ekor unta
manakala yang lain qisas dan jika diyat bayar sekadar kecederaan.
Jumhur berpendapat termasuk
Imam Syafie - bahawa pembuat jenayah
secara langsung akan dikenakan hukuman sebagaimana yg diperuntukkan
utk kesalahan itu, manakala, pembuat secara tidak langsung pula
dikenakan hukuman takzir.
(bagi kes isytirak ghair mubasyir dan tawafuq)3
Rujukan:
- Paizah Ismail, Perlaksanaan Diyat Dalam Kerangka Perundangan Di Malaysia : Cabaran Fiqh Semasa, Jurnal Fiqh, No. 9 (2012) 1-20
- Paizah Haji Ismail, Undang-undang Jenayah Islam, Tradisi Ilmu, 2002
- Dr Mustofa Al Khin, Dr Mustofa Al Bugho, Ali As Sarbaji, Fiqh Al Manhaji a’la mazhab al imam As Syafie, Pustaka Salam,2014.
- Siti Zubaidah Ismail, The Modern Interpretation of the Diyat Formula for the Quantum of Damages: The Case of Homicide and Personal Injuries Arab Law Quarterly 26 (2012) 361-379
1
Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara
sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh )
dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang
dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa
bertangguh atau beransur.
2
Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti
tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan
yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang
lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur
selama 3 tahun.
3
Menurut Abu Hanifah, antara tawafuq dan tamalu sama saja hukumannya,
iaitu masing-masing peserta hanya bertanggungjawab atas atas
perbuatannya sendiri. Kedua, juga
dipandang sebagai turut-berbuat-langsung peserta yang menjadi sebab
(tidak langsung), apabila pembuat-langsung hanya kaki tangannya
semata-mata.
Maliki pula berpendapat,
kesemua mereka sama ada melakukan secara langsung
(isytirak mubasyir) atau tidak langsung
(ghair mubasyir) , wajib dikenakan
hukuman yang sama.
No comments:
Post a Comment