PENGANTAR
PENGURUSAN
DS 0308
TAJUK:
PERANAN
PENGURUSAN ISLAM YANG BOLEH DITERAPKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA
Oleh
: Muhammad Nuruddin Bashah
No KP:
820102-02-5203
Semester
4
Pensyarah : Us. Bakri
Hishamuddin
Tugasan
untuk dicetak dan diemail kepada pensyarah
- Definisi Pengurusan Islam
Pengurusan dari segi Islam boleh ditakrifkan sebagai
satu proses melakukan dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi
pengurusan secara fitrah – sifat semula jadi – melalui dan
bersama orang lain dalam usaha untuk mencapai objektif kerja secara
berkesan. Selain itu, sumber organisasi digunakan dengan cekap dalam
persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah bagi mencapai objektif
organisasi demi mencapai al-falah – kejayaan di dunia dan di
akhirat1.
Ilmu pengurusan Islam yang lebih bertunjangkan paradigma
tauhid, iaitu mempunyai beberapa prinsip asas yang utama – amanah,
syura dan adil. Amanah adalah segala sesuatu yang wajib dipelihara
dan ditunaikan kepada ahlinya. Natijah daripada sifat amanah ini akan
lahirlah pula sifat-sifat terpuji lain yang membawa kepada
terlaksananya sifat ikhlas, jujur dan bekerja mencari keredaan Allah.
Hari ini menerapkan Islam dalam bidang pengurusan adalah
satu keperluan dan ianya realistik.
- Kepentingan pengurusan menurut cara Islam
Pengurusan
Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan
matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan
manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan
manusia dengan alam. Pentadbiran dan pengurusan dalam Islam termasuk
dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di
dalam Al-Quran:
“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan
matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam”.
(Surah Al-An’am : 6:162)
Jelas dari ayat di atas, mengurus cara Islam adalah
menacapkan ibadah kita kepada Allah dan menjadikan muamalah harian
sebagai ibadah.
Apabilah kita berbicara persoalan pengurusan Islam dalam
pengurusan harian pentadbiran, keluarga, institusi masyarakat,
ianya bukanlah merupakan
satu persoalan baru dalam kontek negara kita Malaysia. Sebagai
contohnya, Wan Liz Ozman pada
tahun 1996 telah membincangkan dengan terperinci berkenaan dengan
dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam agenda pembangunan negara.2
Kajian beliau menjadi lonjakan
kepada negara untuk menerap Islam dalam pentadbiran walaupun masih
belum mencukupi kehendak piawaian syariah. Namun usaha ini perlu
diteruskan dan diperkembang luas.
- Realiti hidup kita hari ini
Masalah hari ini kita dibelenggu
- masalah keterhakisan rasa bertuhan dalam bekerja dan mengurus. Hal ini menjadikan masalah organisasi masyarakat menjadi kritikal.
- Misalnya hari ini masyarakat mengalami keterhakisan nilai amanah dan kejujuran dalam berurusan.
- Tidak telus dan menipu dalam muamalah harian.
- Masalah pengurusan masa yang meruncing di kalangan umat Islam juga menyebabkan islamisasi pengurusan diperlukan.
- Kualiti kesihatan umat Islam juga buruk akibat kesihatan tidak diurus berasas sunnah.
- Perniagaan umat Islam tidak menonjol lantaran budaya ranggi, boros dan pemendapan modal akibat salah urus berlaku.
- Konsep pengurusan Islam dalam kehidupan kita hari ini.
Semestinya masdar (sumber) utama untuk mengurus cara
Islam adalah dengan merujuk kod-kod pengurusan daripada Al Quran
sendiri. Malah hikmah hadis dan sunnah Rasulullah dan kepimpinan
sahabat juga merupakan sibghah (acuan) utama pengurusan cara Islam.
1. Membuat kerja dengan jujur. Pengurus yang amanah
ialah pengurus yang bersikap terbuka dalam menjalankan kerjanya.
Menyiap atau menyempurnakan kerja semasa bekerja adalah lebih penting
daripada ganjaran yang diterima. Oleh itu, pengurus yang beramanah
akan menjadikan kerja sebagai satu kepuasan bagi dirinya.
2. Menguruskan masa dengan sebaik-baiknya. Pengurus
seharusnya menjadi model yang baik kepada para pekerjanya. Mereka
perlu hadir awal ke pejabat dan balik lewat ke rumah. Mereka juga
mesti bijak menguruskan masa dan kerja yang diberikan dengan
memberikan tarikh sesuatu kerja itu perlu disiapkan.
3. Tidak menggunakan jawatan bagi kepentingan peribadi.
Dalam hal ini pengurus itu tidak boleh menjadikan jawatannya itu
sebagai tempat untuk mencari keuntungan peribadi. Contohnya, mendapat
komisen daripada pembekal dengan menyuruh pembekal membekalkan
barangan pada harga yang tinggi, menawarkan bekalan barangan kepada
saudara mara sendiri, dan yang paling berat, menerima rasuah
daripada seseorang atau syarikat semasa meluluskan atau dalam usaha
mendapatkan sesuatu projek.
Jika
dilihat dalam pengurusan negara dengan ketirisan wang negara dan
hutang negara yang bakal ditanggung setiap warganegara Malaysia
menunjukkan betapa perlunya pengurusan negara juga diIslamisasikan
dan berpaksi kepada tauhid. Memahami bahawa dalam mengurus ada
‘auditor’ terunggul iaitu raqib dan atid serta faham wujudnya Zat
yang Maha Agung memantang 24 jam seharian apa yang kita uruskan.
Jika para pemimpin menerima konsep pengurusan Islam
pastilah mereka dapat:
a) Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah
dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.
b) Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang diredhai.
c) Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan
hukum-hukum Islam yang lain.
d) Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan
dalam hal-hal duniawi.
e) Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi
darjatnya daripada hal-hal lain.
Islam itu sendiri pada dasarnya adalah diturunkan untuk
memandu manusia mengurus
perjalanan hidup mereka kearah kebaikan.
Syariatnya menggariskan tatacara pengurusan setiap perkara yang
diperlukan oleh manusia, sama ada dalam hal berkeluarga,
bermasyarakat, berniaga dan yang lainnya adalah berlandaskan kepada
konsep “berhimah dan berhikmah”. Oleh yang demikian, dalam
pengurusan Islam, semua pIhak
yang terlibat dalam sesuatu aktiviti kehidupan (lebih-lebih lagi
dalam persoalan yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi,
politik, pendidikan dan ketua keluarga
adalah dituntut melaksanakan tanggungjawah pengurusan secara berhimah
berasas Islam.
- Penutup
Jawatan pengurusan atau
masu’l (orang yang dipertanggungjawabkan) merupakan
satu amanah daripada Allah S. W. T menurut Islam. Oleh itu hanya
mereka yang benar-benar berkelayakan, mempunyai kecekapan, kemahiran
dan kesungguhan sahaja yang seharusnya dilantik memegang jawatan
tersebut. Mereka sebaliknya berhak untuk mendapat gaji yang setimpal
dan kemudahan-kemudahan kebajikan yang ada.
Untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan hasil
atau keluaran yang berkualiti tinggi, budaya kerja menuju ke arah itu
perlu di wujudkan. Budaya kerja cemerlang dan berkualiti hanya dapat
diabadikan setelah wujudnya nilai dan etika yang mendokong budaya
itu. Nilai dan etika yang murni itu semestinya bersumberkan al-Quran
dan al-Sunnah. Hal ini disebabkan pengurusan Islam itu dapat
menyelesaikan masalah pengurusan bermula dari akar umbinya bukan dari
pucuk atau rantingnya.
Ahmad
Ibrahim Abu Sin, 1935- : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
2003.
No comments:
Post a Comment