PENGANTAR
PENGURUSAN
DS 0308
TAJUK:
TUGASAN
KEDUA
PENERAPAN
PENGURUSAN ISLAM DI MASJID
Oleh
: Muhammad Nuruddin Bashah
No KP:
820102-02-5203
Semester
4
Pensyarah : Us. Bakri
Hishamuddin
Tugasan
untuk dicetak dan diemail kepada pensyarah
Muqaddimah
Masjid
adalah medan utama untuk dinilai penerapan pengurusan yang efektif
dan efisyen. Hal ini kerana masjid menjadi medan utama segala aktiiti
umat Islam sejak zaman pemerintahan Rasulullah SAW, Khilafah Ar
Rasyidin sehinggalah kemunculan pemerintahan Islam secara
mulukiyyah, Masjid memain peranan penting mengurus rakyat jelata dan
menjadi hub penting istana -istana kekuasaan Islam.
Definisi
Pengurusan
: Perkataan “pengurusan” dari segi etimologinya adalah berasal
daripada perkataan “urus” yang bererti “menyelenggarakan
sesuatu dengan baik atau secara teratur”. Apabila penggunaan
imbuhan “peng” dan “an” digunakan pada perkataan “urus”
ia bereti “perihal (kerja dan sebagainya) mengurus (syarikat, badan
perniagaan dan lain-lain). (Kamus Dewan, 1997 : 1529).
Manakala
perkataan “pengurusan” secara terminologinya sehingga kini tiada
suatu pun definisi tentang “pengurusan” telah disepakati oleh
ahli-ahli pengurusan. Oleh itu penyelidik telah mengambil inisiatif
untuk memilih beberapa definisi tentang “pengurusan” yang
dirasakan dapat membantu memahami kajian ini. Berikut adalah
definisi-definisi tersebut :
1.
Mary Parker Follet mendefinisikan “ pengurusan ” sebagai “seni
melakukan perkara-perkara tertentu melalui orang lain”. (James A.F.
Stoner dan Charles Wankel, 1994 : 4).
2.
“Pengurusan” didefinisikan oleh Taji (sarjana India) sebagai
“melaksanakan perintah dan menyelaraskan kegiatan bersama
kelompok”. (Mustafa Hj Daud,1994 : 2).
3.
Muhammad A. al-Buraey mendefinisikan “pengurusan” pula sebagai
“menyelaraskan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok
sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama
lain”. (Ibid).
4.
I.D. White pula menyatakan “pengurusan” ialah “menyelaraskan
tenaga kerja untuk mencapai matlamat negara”. (Ibid).
Berdasarkan
kepada definisi-definisi tersebut di atas bolehlah disimpulkan bahawa
perkataan “pengurusan” bermaksud “ suatu usaha atau proses
mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota
organisasi, merancang dan menggunakan sumber-sumber lain organisasi
(kewangan, masyarakat dan lain-lain) bagi mencapai matlamat-matlamat
organisasi yang ditetapkan.
Masjid
: Secara etimologi perkataan “masjid” adalah berasal daripada
bahasa Arab yang diambil dari kata pokoknya iaitu “sajada”,
“yasjudu” dan “sujudan” bererti “hal atau keadaan
meletakkan dahi ke bumi”. Apabila dimasukkan huruf “mim” pada
permulaan perkataan tersebut ia berubah menjadi nama tempat. Oleh itu
perkataan “masjid” bererti sebagai tempat untuk sujud ataupun
sebagai tempat melakukan ibadah”. (Ibn Manzur, Tanpa tarikh : 204).
Menurut
“Kamus Dewan” perkataan “masjid” amnya telah diistilahkan
kepada “bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat jumaat dan
ibadah-ibadah lain”. (Kamus Dewan, 1997 : 864).
Sidi
Gazalba pula telah mendefinisikan perkataan ”masjid” secara
terminologi sebagai “pusat ibadah dan kebudayaan Islam”. (Sidi
Gazalba, 1975 : 116).
Berdasarkan
kepada definisi-definisi tersebut di atas perkataan masjid boleh
diertikan sebagai “bangunan khas tempat umat Islam melakukan
ibadah-ibadah keagamaan serta menjalankan aktiviti-aktiviti
kebudayaan Islam”.
Realiti
hari ini
Jika
dibandingkan dengan institusi-institusi lain, didapati institusi
masjid seolah-olah agak ketinggalan. Amnya masjid hanyalah dijadikan
tempat solat oleh segelintir jemaah yang terlalu rendah peratusan
kehadirannya berbanding dengan jumlah anak-anak kariah. Fungsi masjid
sebagai tempat solat perlu dihakis daripada tanggapan masyarakat
umum. Oleh itu suatu sistem pentadbiran dan pengurusan masjid yang
efektif dan efisyen perlu diwujudkan bagi mengembalikan peranan
masjid sebagai pusat kegiatan ilmu, dakwah, bimbingan, ukhuwah,
penyatuan ummah dan sebagainya.
Unsur
pengurusan Islam yang boleh dilibatkan dengan institusi masjid.
Sebuah
masjid ditadbir dan diurus secara teratur oleh yang berkelayakkan
berdasarkan kepada hadith Rasulullah (s.a.w) yang telah diriwayatkan
oleh Abu Hurairah seperti berikut :
Seorang Arab Badwi telah bertanya kepada
Rasulullah (s.a.w) berhubung dengan hari kiamat, dan Rasulullah
(s.a.w) pun memberitahukan kepadanya : “Apabila amanah itu telah
dikhianati maka tunggulah hari kiamat”Arab Badwi itu bertanya lagi
: “Bagaimana amanah itu dikhianati?”Jawap baginda (s.a.w) :
“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan
ahlinya, maka tunggulah kiamat”. (Hadith riwayat al-Bukhari).
Hadith
ini menjelaskan bahawa segala urusan perlulah diserahkan kepada
mereka yang benar-benar berkebolehan dalam urusan itu untuk
mengelakkan bencana kemusnahan yang akan menimpa.
Ini
kerana tugas seorang pengurus adalah bertanggung jawab untuk
merancang, membentuk polisi, strategi, mengkoordinasi dan mengawal
segala gerak kerja organisasi supaya objektif organisasi berkenaan
tercapai (al-Habshi, 1989 : 65). Sekiranya tugas yang sebegini berat
diserahkan kepada yang tidak berkebolehan sudah pasti objektif
organisasi tersebut tidak tercapai.
Jawatankuasa masjid dan organisasi masjid perlulah dikelola oleh
individu yang layak, kompeten, berilmu dan adil.
Pada
umumya tidak terdapat nas-nas al-Quran mahupun al-Hadith secara
langsung menuntut supaya diwujudkan suatu sistem tertentu untuk
mentadbir dan mengurus masjid. Walau pun begitu telah menjadi suatu
tanggung jawab ke atas umat Islam untuk memperbaiki segala kelemahan
yang wujud seterusnya memikirkan bagaimanakah institusi masjid ini
boleh dimakmurkan semula.
Penulis
ingin memaparkan contoh bagaimana sebuah negeri meletakkan sasaran
pengurusan terbaik masjid-masjidnya.1
Misalnya negeri Selangor yang telah meletak kriteria
yang diambil kira dalam Penganugerahan Pengurusan Masjid Terbaik
Negeri Selangor Tahun 2009 antaranya
adalah:
1.
Menyedia dan mempamerkan carta organisasi pegawai dan jawatankuasa
masjid yang lengkap.
2.
Mengadakan mesyuarat pegawai, jawatankuasa masjid dan biro-biro
secara berkala.
3.
Menyediakan penyata kewangan yang lengkap
4.
Pengurusan sistem fail yang cekap dan kemas.
5.
Menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap.
6.
Mengadakan kelas/sistem pengajian yang teratur, lengkap dan meliputi
segenap aspek.
7.
Bekerjasama dengan anak-kariah dan pelbagai pihak dalam menganjurkan
kerja-kerja amal.
- Pengurusan Kepegawaian.
Hal
ini merangkumi kaedah yang digunakan untuk
memilih, melantik dan mengorganisasikan ahli jawatan kuasa bagi
sesebuah masjid, di samping itu cuba mengenal pasti tugas-tugas dan
tanggung jawab pegawai-pegawai masjid sebenarnya serta
masalah-masalah yang berlaku dalam sistem pentadbiran sesebuah
masjid.
- Pengurusan Kebersihan.
Hampir
kebanyakkan masjid menghadapi masalah kebersihan terutamanya tandas
yang kotor dan harta benda masjid tidak disusun dengan teratur. Ini
realiti yang mejadi indikator keberkesanan tarbiah Islam dalam
pengurursan sesebuah masjid.
- Pengurusan Waktu.
Dewasa
ini kita dapati sebahagian daripada masjid gagal berfungsi sebagai
pusat kebudayaan bagi masyarakat setempat hasil kegagalan pihak
pengurusan masjid memanfaatkan waktu-waktu yang terluang.
- Pengurusan Kewangan.
Aspek
ini menghendaki pihak pentadbiran sesebuah
masjid menguruskan tabung kewangan mereka samada dari segi pengurusan
sumber kewangan atau pun perbelanjaannya serta mengenal pasti
masalah-masalah yang berlaku dalam hal ini.
- Pengurusan Perkaderan.
Pengursan
masjid juga perlu
merancang untuk membimbing dan melatih bakal-bakal peneraju masjid
pada masa akan datang, hal ini telah menyebabkan hampir keseluruhan
masjid diterajui oleh golongan yang tidak berkebolehan.
- Pengurusan Kemudahan Asas.
Masjid
peru diurus segala emudahan asas
berhubung dengan beberapa masalah yang dihadapi oleh jemaah masjid
iaitu dari segi tempat berwuduk, bilik mandi, tandas, bilik
persalinan pakaian, bilik penginapan sementara untuk musafir, ruang
sembahyang dan sebagainya sewajarnya dilakukan untuk mengenal pasti
masalah-masalah yang berlaku dalam hal ini.
Justifikasi
pemartabatan pengurusan masjid
Di
Malaysia, masjid
digunakan untuk menyalurkan polisi kerajaan yang bertujuan
memperkukuhkan nilai Islam. Ini memberi
satu keunikan kepada masjid
yang dianggap sebagai sebuah institusi Islam yang
menjalankan aktiviti ritual atau keagamaan
tetapi pada masa yangsama menguruskan dana. Ini sekaligus menjadikan
masjid seperti institusi
Islam yang lain seperti waqaf, zakāh dan baitul māl yang
terlibat dalam pengurusan dana bagi tujuan
pembangunan ummah. Sehubungan
itu, masjid seharusnya menjadi contoh kepada
organisasi Islam yang lain dalam pelbagai
aspek termasuklah pengurusan
kewangan. Kedua, secara umumnya masjid negeri di
Malaysia adalah sebahagian daripada sektor
awam iaitu menerima peruntukan
kerajaan untuk membiayai operasinya. Oleh yang
demikian, masjid negeri sepatutnya
mengamalkan pengurusan
kewangan yang berkesan sebagai bukti
kebertanggung jawaban mereka
kepada umum. Ketiga, kajian ini juga dibuat bertujuan
untuk memahamai dengan lebih mendalam
amalan pengurusan kewangan
di dalam organisasi berteraskan agama di Malaysia.
Masjid
memerlukan pentadbiran yang bertanggungjawab kerana ia adaah rumah
Allah. Sifat akauntabiliti adalah sifat utama para saf jawatankuasa
masjid.
Konsep
akauntabiliti adalah menjadi asas kepada kajian ini. Konsep
ini mempunyai pengertian yang sangat luas
dan boleh ditafsirkan mengikut
keadaan dan konteks yang berkaitan. Secara tradisi,
akauntabiliti boleh ditafsirkan sebagai
suatu hubungan yang wujud
diantara pihak yang memberi dan menerima
sesuatu kendalian (conduct)
(Roberts and Scapens, 1985). Dari perspektif organisasi,
Shahul (2000) menegaskan, akauntabiliti
sebuah organisasi bukan
sekadar tanggungjawab menggunakan sumber
organisasi secara
efektif,
efisien dan ekonomi (3E) tetapi meliputi tanggungjawab
menjauhi daripada segala penyalahgunaan
sumber berkenaan.Beliau seterusnya menegaskan tanggungjawab
melaporkan penggunaan
sumber organisasi tidak terhad kepada pemberi dana
sahaja tetapi meliputi semua lapisan di
dalam komuniti berkaitan. Ini
adalah selaras dengan tanggungjawab sektor awam yang diberi
tanggungjawab (āmānah) untuk
mengendalikan harta awam
termasuklah wang. Jones dan Pendlebury
(2000) mempunyai pandangan
yang sama berkaitan dengan pengurusan harta awam yangsepatutnya
dilaksanakan secara efektif, efisien dan ekonomik (3E)3.
Profesionalisme
atau al itqan dalam pengurusan masjid mutakhir ini
Pengurusan
juga dikaitkan dengan etika mengurus secara profesional. Walaupun
tidak berlatar belakang pendidikan profesional, namun para pengurus
masjid boleh menerapkan unsur profesional (itqan). Namun serus
kerajaan agar melibatkan golongan profesional sebagai jawatankuasa
masjid adalah suau seruan yang merapatkan saf sesama masyarakat.
Menyorot
kembali pandangan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri yang menyarankan
supaya golongan profesional dilantik menganggotai jawatan kuasa
masjid, sememangnya ia adalah saranan yang amat bertepatan dalam
konteks keperluan masa kini. Cadangan ini sejajar dengan rangka ke
arah pembentukan masyarakat maju dan berwawasan menurut landasan
agama sebenarnya. Persoalan sama ada golongan profesional perlu
dilibatkan dalam pengurusan masjid dan dilantik menganggotai jawatan
kuasa masjid atau pengurusan masjid yang sedia ada diprofesionalkan
dalam urusan perancangan dan pengurusan adalah dua isu yang tidak
jauh bezanya, ianya boleh diselesaikan dengan matlamat ke arah
menjana dan memperkasa pengurusan profesional institusi masjid demi
untuk mencapai matlamat dan objektif institusi tersebut.
Jika
ditinjau dari perspektif keperluan institusi masjid, wajah
profesional dalam pengurusan perlu melibatkan pelbagai aspek,
antaranya4:
- Pengurus yang profesional atau sumber manusia professional
- Fizikal masjid yang professional
- Jemaah atau khalayak ramai yang professional
- Perancangan dan pengurusan yang profesional
Dalam
konteks pengurus yang profesional, ianya melibatkan semua pihak yang
mempunyai kaitan langsung dengan pengurusan institusi masjid.
Bidang
pentadbiran masjid hari ini memerlukan pengurus yang profesional atau
profesional yang menguruskan masjid, dan juga imam yang profesional
atau profesional Islam yang menjadi imam. Persoalan ini bukanlah
sesuatu yang bersifat retorik tetapi memerlukan tindakan segera dari
semua pihak terutamanya pihak yang berwajib dalam urusan pentadbiran
masjid. Dalam konteks fizikal masjid yang profesional, harus dilihat
bahawa masjid masa kini perlu disiapkan dengan kelengkapan fizikal
yang sewajarnya. Semua infrastruktur yang terdapat dalam masyarakat
perlu dibawa ke dalam persekitaran masjid. Perlu disediakan kediaman
yang selesa untuk para imam dan pegawai masjid yang lain, perlu
dibina dewan orang ramai yang akan memungkinkan berlakunya jalinan
kasih sayang antara sesama anggota masyarakat melalui program
keramaian seperti kenduri kahwin dan sebagainya, binaan kelas
pengajian yang selesa dan menarik, padang permainan yang boleh
berfungsi sebagai medan kemasyarakatan setempat.
Pengurusan
berkesan menjana ekonomi ummah
Para
pengurus masjid harus melihat institusi ini sebagai sebuah institusi
yang penting dalam organisasi masyarakat. Justeru itu pengurusan
masjid harus kreatif dan inovatif dalam merubah dan menyelesaikan
masalah umat. Institusi masjid bukan sahaja
dilihat sebagai tempat rujukan atau
penyelesai masalah masyarakat setempat, tetapi dilihat sebagai medium
merungkai masalah moral dan menyelesaikan masalah kemiskinan umat.
(Hasan Bahrom,2008)5
Walaupun
pada masa ini masjid tidak lagi digunakan sebagai pusat pentadbiran,
tetapi fungsinya sebagai penjana pembangunan insan perlu dikekalkan.
Oleh itu, dorongan untuk mengembalikan peranan yang lebih banyak
kepada institusi masjid perlu digerakkan dalam pelbagai bidang dan
tidak terhad kepada bidang keagamaan semata-mata. Dalam usaha
menjadikan masjid sebagai pusat kewangan atau penyedia dana khususnya
kepada masyarakat setempat, langkah awal yang boleh
diwujudkan ialah mengadakan kerjasama
antara institusi-institusi masjid di bawah satu badan koperasi.
Dengan wujudnya badan sebegini, pakar-pakar berkelayakan dapat
mengesyorkan idea perniagaan dan sebagainya yang dapat dimajukan oleh
usahawan Muslim. Dengan ini, impak atau kesan limpahan yang lebih
melebar akan terlaksana melalui dana yang disediakan seperti peluang
pekerjaan baru, tempat yang strategik, makanan dan keperluan
masyarakat yang bertepatan dengan syarak dan sebagainya. Paling
penting, melalui aliran dana masjid ini, manfaat yang diterima bukan
sahaja terhad kepada masyarakat setempat, tetapi dapat dimanfaatkan
semaksimum mungkin oleh seluruh umat Islam. (Mohd Yahya et al, 2014)
3
Pengurusan berkualiti memacu kecemerlangan pengurusan masjid /
editorMohd. Ismail Mustari, Kamarul Azmi Jasmi.
2008 UTM
5
PENGURUSAN TABUNG MASJID KE ARAH PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT
SETEMPAT
Husnul Rita Binti Aris1,
Nor Saadah Binti Musa2Proceeding of the International
Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014)
(e-ISBN 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur,
MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment