Pembaca Setia

Tuesday, November 16, 2021

Hubungan Melayu dan Orang Asli di Zaman Penjajahan Inggeris

 



Hubungan Melayu dan Orang Asli di Zaman Penjajahan Inggeris

Muhammad Nuruddin Bashah

Menurut Philip C. Coote dalam bukunya berjudul Sejenak  ke Tanah Melayu ada menceritakan hubungan penduduk tanah melayu silam dengan orang asli. Coote menggunakan kalimah sakai dalam bukunya dan mengakui kehadiran sakai atau orang asli tidak begitu disedari oleh penjajah Inggeris. Hal ini jelas kerana Inggeris hadir untuk hasil mausul melibatkan perdagangan dan perdangan hanya berpusat di lokasi maritim dan bandaraya sahaja.

Menurut Coote, orang Melayu hidup sebagai tuan tanah di Tanah Melayu walaupun sakai mengakui mereka lebih ‘asal’ daripada melayu.

Orang asli menurutnya tidak bimbang atau gusar dengan kaum melayu malah masyarat dan kerajaan melayu berabad lamanya menjaga hubungan baik antara orang bandar dengan orang darat (orang sakai/asli)

Orang asli juga menganggap hanya Melayu yang menjadi tuan tanah di Tanah Melayu dan mereka menganggap kaum India, Cina dan lain-lain sebagai penindas atau tidak sensitif dnegan kebudayaan mereka. Hubungan langsung antara India dan Cina tiada ketika itu.

Kerajaan yang dijajah British menganggap orang asli tidak membahayakan dan membiar mereka bebas di hutan serta damai dengan orang melayu.

Dari penelitian Coote ini dapat juga kita simpulkan polemik yang menganggap Melayu menjajah dan kaum asal lah yang perlu dijulang sebagai tuan negara Tanah Melayu ini. Tidak perlu dimomok konnya ada pergeseran lama antara Melayu dan orang asli kerana hakikatnya dua suka ini harmoni berabad lamanya. Orang asli menerima ketuanan sultan melayu kerana mereka tidak menubuhkan kerajaan. Manakala hak-hak orang asli diakui dan dijaga oleh kesultanan melayu silam.

Wednesday, October 13, 2021

Kejam dan zalim : Machiavelli hanya merakam realiti dan sejarah

 



Kejam dan zalim : Machiavelli hanya merakam realiti dan sejarah

Muhammad Nuruddin Bashah

Machiavelli menaqalkan realiti dalam sejarah Eropah bahawa cara untuk berkuasa selain tuah (fortuna) dan bakatnya (virtu) adalah dengan melakukan perkara keji dan kekejaman. Soalnya adakah Machiavelli menyarankan kita menjadi zalim agar boleh berkuasa atau sekadar menceritakan kisah-kisah semasa dan silam dalam bukunya? Machiavelli juga menceritakan akibat menjadi zalim, dan kesannya kepada masyarakat. Beliau juga memberi panduan jika ingin berbuat zalim ada kaedahnya agar kesan buruk tidak berpanjangan dan ia boleh dikatakan  sesuai dengan syariat Eropah dan Kristian zaman itu. Manfaat membaca kalam Machiavelli adalah kita boleh menilai akibat dan kesan dari perbuatan sesuatu polisi politik.

Machiavelli memberi contoh Agathocles orang Sacily yang menajdi Raja Syracuse. Dia seorang yang hina, kasta bawah dan anak tukar tembikar. Agathocles menaiki tangga kuasa dengan menzalimi banyak orang.

Walaupun beliau berjaya berkuasa dengan menbuat zalim, tanpa bantuan sesiapa, beliau menghadapi banyak masalah dan bahaya. Kezaliman ini menurut Machiavelli bukannya Virtu (bakat) atau kejantanan yang dipuji Machiavelli seperti beliau memuji Nabi Musa A.S. membunuh rakan sekutu, mmbunuh rakyat sendiri dan hidup tanpa kepecayaan bukan hidup beragama menurut Machiavelli.

Machiavelli menganggap kezaliman untuk berkuasa ini hanya memperolehi kuasa sahaja bukannya kegemilangan (gloria).

Menurut Machiavelli juga jika perlu berbuat zalim, ia perlu dilakukan sekali tindakan sahaja, tidak berterusan sebaliknya perlu bertujuan hal yang besar (penting) sahaja. Pemimpin yang tidak peka akan menggunakan kezaliman untuk manfaat sedikit (menunjuk hebat seperti orang jahat filem tamil) dan melakukan kejahatan itu secara berterusan. Ini tidak baik bagi kerajaan yang ingin stabil.

Machiavelli menceritakan juga realiti penakluk zaman itu  (termasuk kerajaan Islam selepas Khulafa Rashidin) yang menakluk jajahan baru  tetap akan berlaku juga kezaliman dan bagi beliau jika perlu berbuat kerosakan lakukan hanya sekali dan terus memberi keselesaan kepada rakyat dan menangi hati rakyat yang ditakluki itu.

Bagi beliau juga kekejaman tidak akan kekal lama kejayaannya. Tidak sampai 3 tahun Oliverroto dibunuh pula oleh Cesare Borgia sedangkan ia naik menguasai Fermo dengan membunuh semua rakyat kelas pertama sebelum itu. Samalah zaman kita sekarang para penzalim tidak kekal lama boleh diintai di bumi arab sendiri.

Secara umum perlu diketahui Machiavelli melihat pemimpin kejam tidak akan mencapai gloria atau kegemilangan tamadun/kerajaan  sebaliknya hanya kemenangan kuasa politik sahaja.

Sunday, October 10, 2021

Takdir seorang pemimpin; Virtu atau Fortuna

 


Takdir seorang pemimpin;  Virtu atau Fortuna

Muhammad Nuruddin Bashah

Dalam banyak banyak gagasan Machiavelli, ciri utama kepimpinan adalah perkara yang utama diulang oleh Machiavelli. Ciri utama bagi beliau adalah ciri yang membawa individu itu memiliki kuasa iaitu bakatnya (virtu) atau nasib dan tuahnya (fortuna).

Jika diteliti ciri ini banyak berlaku zaman ini dan kita boleh menilai kekuatan seseorang pemimpin politik moden berdasarkan dua ciri ini.

Machiavelli tidak mendefiniskan makna virtue secara pasti. Ia tidak menggunakan istilah tersebut secara sistematik.

Virtu selalu diterjemah kepada kebaikan dan sifat murni tetapi takrifan Machiavelli bermaksud kejantanan dan keberanian.

Machiavelli mengiktiraf Nabi Musa AS, Cyrus (pengasas Achaemenid), Romulus (pengasas Rom) dan Theseus (pengasas Athens) sebagai contoh individu Virtu yang sejati. Bagi Machiavelli Nabi Musa adalah pemimpin yang memiliki ketenteraan tersendiri dan mampu menghukum Firaun atau Bani Israel yang engkar.

Machiavelli menggunakan istilah virtu sebagai analisis kompleks yang menggambarkan pada kualiti utama seorang pemimpin dalam mencapai kegemilangan, meraih kemuliaan dan kehormatan, menahan serangan, melepaskan ketergantungan pada pihak lain, keyakinan diri. Dalam konteks tertentu, virtu difahami  sebagai kesediaan untuk melakukan apa saja tindakan untuk mencapai kemuliaan umum, baik itu melalui cara-cara yang baik maupun jahat.

Ini berdasarkan pemerhatian Machiavelli kepada sifat, sikap dan kebenaran masyarakat Eropah zamannya.

Pandangan ini jika dihurai cara negatif kita akan membawa makna membujur lalu melintang patah atau matlamat menghalalkan cara. Namun peribahasa ini bukan saranan Machiavelli sebaliknya beliau hanya menukilkan dalam bukunya realiti bangsa Eropah malah ia realiti mana-mana Kaisar, raja, Firaun atau Sultan yang membelakangkan moral dan etika.

Manakala ‘Fortuna’ satu kepimpinan yang terjadi secara pasif dan bersifat ‘bulan jatuh ke riba’ yang diidam oleh ramai pihak. Rugi bagi mereka yang berbangga memiliki kuasa secara warisan tanpa bakal, ilmu dan kemampuan tersendiri. Hal ini bukan sahaja dilihat konteks kerajaan tetapi konteks syarikat koperat, organisasi, persatuan serta  parti politik. Menurut Machiavelli mana-mana rakyat biasa yang menjadi penguasa kerana tuah, dia tidak memerlukan daya upaya yang banyak.

Tetapi ia akan mengalami kesusahan untuk mengekalkan kekuasaannya.

Orang sebegini bergantung sepenuhnya pada dua perkara yang tidak stabil dan tidak pasti iaitu kemahuannya sendiri dan tuahnya yang memberikannya kekuasaan. Mereka juga tidak tahu dan tidak mampu mengekalkan kekuasaan mereka.

Mereka ini (selalunya) tidak memiliki kecerdikan dan kecekapan yang tinggi.

Mereka ini tidak akan mampu mengekalkan kekuasaan kerana tidak mempunyai bala tentera yang taat dan setia kepadanya.

Francesco Sforza adalah contoh  kepimpinan yang virtu manakala Cesare Borgia merupakan contoh fortuna yang dinukil oleh Machiavelli dalam The Prince.

Apa penting kita tahu ciri ini? Adakah kita ingin aplikasi dua ciri ini? Ilmu ini sekurangnya membenarkan kita memahami senario semasa. Bukankah kita ini rakyat biasa…apa salahnya kita tahu gelagat orang politik atasan kita…

Saturday, October 9, 2021

Ibrah Sejarah Kedah dipermain Inggeris dan Siam



Ibrah Sejarah Kedah dipermain Inggeris dan Siam

Muhammad Nuruddin Bashah

Plot dan fakta sejarah dibawah ditulis semula dari artikel Muhammad Isa Othman yang bertajuk Elite Politik dan Pentadbir Tradisonal Kedah- Tinjauan zaman Pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah II yang dimuatkan dalam buku Dokumentasi Konvensyen Sejarah terbitan Lembaga Muzium Negeri Kedah 1991.

Dari fakta dibawah cuba perhatikan unsur ‘punca’ bagi sesuatu ‘perkara besar’ berlaku.

Perhatikan sikap umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan musuh Islam demi kelangsungan hajat politik dan ia berlaku kepada umat Islam seluruh dunia di sepanjang zaman bukan hanya di Nusantara.

Tujuan adalah mengambil ibrah dan pengajaran bukan mencela tokoh atau watak dalam sejarah.

 

1.       Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778) melantik anak gundiknya bernama Tengku Abdullah sebagai pegganti manakala anak gaharanya Tengku Dhiauddin hanya dilantik sebagai Raja Muda.

2.       Ada dua putera lain yang tidak dilantik dan mereka dikatakan putera yang lebih tua dari Tengku Dhiaudin. Tengku Long dan Tengku Anjang minta bantuan Bugis di Selangor untuk menyerang Kedah. (konspirasi ini gagal)

3.       Sultan Abdullah mangkat pada 1798. Baginda ada dua isteri dan empat gundik.

4.       Sultan Dhiauddin (sebelumnya Raja Muda) akhirnya menjadi Sultan.

5.       Anak-anak saudara menjadi tidak senang antaranya Tengku Pangeran.

6.       Tengku Pangeran menghubungi Raja Rama I Siam meminta pertolongan (konspirasi). Siam memang ingin masuk campur Kedah. Siam lantik Tengku Pangeran menjadi Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dengan gelaran siam ‘ Chou Pia Ratismeram Ramapuck dae Sri Sultan Mahomed Ratna Rajah Budin Tersurin Terwerei Wangsa Chou Pia Cherei Burei’ pada tahun 1803.

7.       Sultan Ahmad Tajuddin (Tengku Pangeran) masih bertelingkah dnegan saudara-saudaranya yang lain merebut pembahagian $10 000 daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris.(pajakan Pulau Pinang)

8.       Selain bersekongkol Siam, Sultan Ahmad Tajuddin cuba minta bantuan Inggeris kerana adik beradik masih memberontak dan akibat  Siam mulai tunjuk taring menekan Kedah (kerana anggap lantikannya sebelum ini sebagai tanda Kedah bernaung bawah Siam).

9.       Tunku Bisnu saudara Sultan Ahmad Tajuddin juga berjumpa Raja Rama II mengadu ketidaksetiaan Sultan Ahmad Tajuddin kepada Siam. (konspirasi)

10.   Siam makin menekan Kedah, Kedah diminta serang Perak. Perak ditakluk Kedah pada tahun 1818 atas perintah Siam.

11.   Siam sampai ke Kedah 1921 dan bermulalah penjajahan rasmi Kedah oleh Siam selama 21 tahun dan Sultan Ahmad tajudin jadi buangan hingga ke Melaka. Pusat pemerintahan Kedah berpusat di Alor Ganu melalui anak gabenor Ligor.

12.   Adakah Sultan duduk sahaja? Tidak, baginda cuba melawan dan buat serangan tetapi Siam dibantu Inggeris (yang banyak menipu Kedah dan mempermainkan perasaan pemimpin Kedah) Inggeris membantu Siam.

13.   Kufar bergabung jika bertemu dengan kerajaan Islam (pandangan saya)

14.   Inggeris mengambil keputusan memotong bayaran tahunan kepada Kedah dari $10 000 kepada $6000. Malang sudah jatuh ditimpa tangga Sultan Kedah.

15.   Banyak berlaku pemberontakan dalam Kedah. Kedah tidak aman selama 21 tahun. Siam tidak dibantu Inggeris lagi kerana pemberontakan itu merugikan Inggeris. Siam berundur dari Kedah tetapi dengan syarat.

16.   Iaitu mengecilkan wilayah Kedah. Tunku Anum dilantik memerintah Kubang Pasu. Syed Hussain Jamalullail dibenarkan memerintah Pelris (keturunannya hingga kini) Tunku Bisnu memerintah Setul.

17.   Sepanjang Siam memerintah Kedah Tengku Embun lah yang menjadi anak peliharaan Siam.

Boleh lihatkan sesuatu dari fakta diatas?

 

 






 

Damai dan stabil; hasilkan kebangkitan intelektual dan peradaban

 


Damai dan stabil; hasilkan  kebangkitan intelektual dan peradaban

Muhammad Nuruddin Bashah

Sesuatu tamadun akan berkembang budaya ilmu, intelektual, peradaban, kesenian dan kejuruteraannya apabila berada dalam status aman dan damai.

Stabil, aman dan damai adalah antara matlamat berpolitik. Jika ada ahli politik bertujuan menyertai politik untuk menghuru-harakan masyarakat ia perlu dijauhkan daripada masyarakat.

Menurut Machiavelli dalam The Prince, negara negara (komponen Italiy ang belum digabungkan) seperti Maples, Venice, Milan dan Florence sentiasa berkonflik dan berperang. Perang Lombardy misalnya berlaku antara tahun 1423 hingga 1454. Akhirnya Perjanjian Perdamaian Lodi  1454 berlaku dan perjanjian aman damai berlangsung 40 tahun lamanya. Ia berlaku setahun selepas Constantinopel berjaya dikuasai oleh Sultan Muhammad Al Fateh.

Walaupun berlangsung sekitar 40  tahun, ramai berpendapat bahawa Perjanjian itu menyediakan’Westphalian’ model sistem antara bandar-negara (berbanding dengan sistem negara-bangsa ) berikutan abad perang berterusan di Itali Utara.

Era damai inilah munculnya zaman Renaissance dan menyaksikan kelahiran Leonardi da Vinci dan sebagainya. Ia intelaktual meningkat, sains, seni berpadu dan idea menolak kuasa ketuhanan juga berlaku dengan pesat.

Penguasa Florernce, Milan dan seangkatannya adalah penaung kepada tradisi ilmu Eropah ketika itu yang berpusat di Itali ini.

 

Bencana Alcácer-Quibir tahun 1578


 

Bencana Alcácer-Quibir tahun 1578

Muhammad Nuruddin Bashah

Tahun 1578 M adalah tahu kemusnahan tentera Portugal kepada Tentera Maghribi. Dalam tahun tahun ini juga Portugis semakin lemah dek asakan tentera Johor, Acheh dan lain-lain di Nusantara. Bantuan Lisbon tidak dapat berterusan akibat penangan di Al Kasr Al Kabir. Namun Portugis masih banyak sumber kekuatan di Goa lantaran itu agak lewat Portugis keluar dari Melaka daripada tarikh kejatuhan Kerajaan Portugis ini. Portugis tiada raja berasingan lagi kerana ditadbir secara gabungan dengan Sepanyol selepas tahun itu.

Pertempuran Alcácer Quibir atau peperangan Al Kasr Al Kabir berlaku di di Kasr al Kabir Maghribi , pada 4 Ogos 1578

Pertempuran Alcácer Quibir adalah pertempuran utama yang terjadi di Maghribi utara, berdekatan dengan kota Al Kasr Al Kabir antara Tangier dan Fez, terjadi di antara Abu Abdallah Mohammed II Saadi, dari Dinasti Saadi bersama sekutu beliau Raja Sebastian dari Portugal, melawan pasukan Maghribi dibawah pimpinan Sultan Maghribi sendiri.

Sejarah Asia Barat, Eropah dan Nusantara penuh dengan adegan dan fakta kerjasama, sogokan, sokongan dan pengkhianatan umat Islam bersama kaum kuffar memerangi Islam. Ini fakta dan semakin baca fakta sejarah semakin nam[pak sikap manusia yang sama sahaja sepanjang sejarah.

Raja Sebastian berdendam besar dengan umat Islam dan telah merancang satu Perang Salib setelah Abu Abdallah Mohammed II Saadi memohon bantuan Raja Sebastian untuk merampas semula takhta kerajaan beliau yang telah dikuasai oleh pakcik beliau, Abd Al-Malik dengan sokongan empayar Uthmaniyyah. Tentera Portugal kalah dan kematian Raja Sebastian adalah tanpa pewaris.

Ini menamatkan dinasti Aviz, dan Portugal ditadbir satu pemerintahan bersama Sepanyol dalam Kesatuan Iberia selama 60 tahun iaitu di bawah dinasti Philippine. Lantaran itu penguasaan bangsa Portugis di Melaka kian merudum.

Friday, January 15, 2021

AKAD (KONTRAK) DALAM MUAMALAT ISLAM SERTA PRAKTIKAL KONTRAK DALAM KONTEKS SEMASA DAN ZAMAN SILAM


                        

 AKAD (KONTRAK) DALAM MUAMALAT ISLAM SERTA  PRAKTIKAL          KONTRAK DALAM KONTEKS SEMASA DAN ZAMAN SILAM

                                                       Muhammad Nuruddin Bashah

  1. Pendahuluan

Sejak dahulu, penggunaan akad atau kontrak urus niaga sudah menjadi amalan harian bagi sesebuah masyarakat. Mereka memahami bahawa kontrak yang merupaksan satu aperjanjian bersama itu amat penting bagi melaksanakan sesebuah urus niaga berkaitan pertukaran pemilikan barangan atau manfaat sama ada yang melibatkan sebuah pihak ataupun pelbagai pihak.

Kontrak atau akad wujud di dalam muamalat Islam dan konvensional tetapi yang membezakan antara kedua-duanya ialah prinsip, struktur dan tatakelola perlaksanaannya.

Antara prinsip-prinsip yang patuh syariah dan popular diamalkan sekarang ialah seperti kontrak Murabahah, Mudharabah, Musyarakah dan Ijarah. Namun begitu umat Islam hanya menggunakan khidmat transaksi atau jual beli murabahah atau mudharabah dengan yakinnya tetapi rata-rata umat Islam tidak fahampun konsep yang membezakan kontrak itu dengan kontrak niaga konvensional. Kontrak cara Islam bertujuan secara umum menghalang sebarang penindasan dan penipuan. Di samping itu, Islam juga mengharamkan beberapa bentuk transaksi seperti melibatkan riba, penjualan benda haram dan berunsur ‘maisir’ (perjudian).

Sesebuah akad juga dapat memastikan sesebuah transaksi itu dilaksanakan dengan penuhtelus dan bertanggungjawab. Seandainya berlaku sebarang penipuan ataupun kecacatan,akad akan menjadi bukti bagi pelanggan untuk menuntut hak mereka. Dengan ini sesebuah akad akan meredakan pertelingkahan mendatang kepada kedua-dua belah pihak daripada ketidaktentuan dalam urus niaga.

  1. Konsep akad dalam Islam.

Kalimah Akad berasal dari feel madhi bahasa arab ‘aaqoda’ atau masdar ‘aqdun’ dan akad boleh diterjemah kepada perkataan kontrak dalam istilah moden.

Akad dari sudut penggunaan bahasa Arab mempunyai makna yang pelbagai antaranya, janji, jaminan, kepercayaan dan ikatan (sama ada ikatan sebenar seperti mengikat tali atau ikatan simbolik seperti ikatan ijab dan qabul dalam akad jual-beli). Menurut Kamus Dewan pula memberikan pengertian akad sebagai janji dan perjanjian.

Akad menurut istilah fiqh ialah ikatan di antara ijab dan qabul yang dibuat serta memberi kesannya pada barang berkenaan.

Secara ringkasnya untuk melegitimasikan sesuatu kontrak tersebut mestilah terdapat hubungan antara penawar dengan penerima. Hubungan di antara penawar dan penerima terkandung di dalam konsep kerelaan. Kontrak juga haruslah memiliki matlamat. Oleh yang demikian, pembentukan sesuatu kontrak yang sah di dalam undang-undang Islam mestilah mengandungi tiga unsur utama iaitu

  1. kerelaan,
  2. objek
  3. Matlamat.

Jika diinjau daripada undang-undang kontrak moden, sama ada undang-undang kontrak Islam mahupun  Undang-undang kontrak Barat, digunakan istilah tawaran (offer) atau ijab, penerimaan (acceptance) atau qabul  dan balasan (consideration) atau matlamat digunakan.

Akad berfungsi untuk:

  • Untuk menjadikan di antara dua benda yangdilakukan menjadi sah/tidaksah
  • Mempelbagaikan cara untuk mendapatkanrezeki yang halal dan menguntungkan semua pihak
  • Memastikan harta yang diperolehi bersih daripada riba/perkara-perkara yang dilarang oleh syarak
  • Menjamin setiap kegiatan dilakukan dengan jujur, amanah dan saling meredhai dan tidak salah menyalah.

 

Pembahagian akad mengikut sifatnya dari aspek syarak, terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

Sahih (صحيح)  : semua rukun dan syarat yang ditetapkan

Batil(باطل) : yang tidak sempurna (cacat) syarat dan rukunnya

Nafiz (نافذ) : kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan dan kuasa untuk melakukannya

Mauquf  (موقوف): terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan untuk berkontrak, tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya seperti kanak-kanak mumayyiz.

Lazim (لازم) : kontrak yang tidak membolehkan salah satu pihak yang memeterai kontak membatalkannya tanpa persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak sewa dan jual beli.

Ja’iz (جائز) : membolehkan salah satu pihak yang berkontrak membatalkannya tanpa sebarang persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak wakalah.

Dalil kepentingan akad yang saling redho meredhoi dinyhatakan dalam surah An Nisa ayat 29 berikut ini:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

 

 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.

 

  1. Perbezaan rukun akad menurut mazhab Shafie dan Hanafi.

Sesuatu kontrak, urusniaga atau muamalah akan terjadi apabila berlakunya tasarruf. Tasarruf adalah sebarang ucapan atau perbuatan yang akan mengakibatkan terjadinya suatu hukum atau persetujuan bersama.Tasarruf melalui perkataan terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu melalui kaedah akad dan bukan akad. Melalui tasarruf inilah terhasilnya iltizam atau komitmen untuk melaksana kontrak tersebut. Dalam tugasan ini kita memfokuskan berkenaan akad maka mengetahui rukunnya adalah perkara asas. Rukun dalam bahasa arab bermaksud keluarga atau anggota ataupun organ yang membentuk akad itu sendiri.

Rukun akad menurut Mazhab Hanafi

Pada pandangan mazhab Hanafi, hanya ada satu sahaja rukun iaitu ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan).

Ungkapan daripada orang yang mula-mula bercakap sebagai ijab dan ungkapan pihak kedua sebagai qabul. Erti kata lain, ijab sebagai kata-kata atau apa-apa jenis komunikasi yang keluar terlebih dahulu daripada dua orang yang berakad manakala qabul pula ialah kata-kata atau apa-apa jenis komunikasi yang lahir kemudian daripada salah seorang yang berakad sebagai jawapan kepada yang pertama.

 

Rukun akad menurut Mazhab Syafie

Menurut Imam Syafie rukun akad ada tiga iaitu

  1. Sighah atau Ijab dan Qabul
  2. Pihak berakad
  3. Subjek akad (objek)

 

Sighah : Menurut Mazhab Syafie juga hanya ucapan yang keluar dari pemberi milik sahaja (penjual) yang dianggap ijab tanpa melihat samaada dia bercakap awal atau kemudian daripada pembeli. Manakala ucapan daripada bakal penerima milik adalah dianggap qabul walaupun ucapannya lebih awal daripada penjual.

 

Untuk memahami lanjut sila lihat contoh dibawah:

Kamil (penjual) : Saya jual kamera digital ini dengan harga RM 500 ya.

Ramlah (pembeli) : Saya setuju beli

Dalam situasi ini Mazhab Hanafi sepakat mengatakan Kamil adalah ijab manakala Ramlah adalah qabul.

 

Razali (pembeli) : Saya beli baju ini dengan harga RM 50 ya?

Zamri (penjual ) : Ya saya setuju jual

Dalam situasi kedua ini Mazhab Hanafi mengangap Razali sebagai Ijab manakala Zamri adalah qabul, hal ini kerana Razali yang bercakap dulu.

Manakala bagi Mazhab Syafie,  Zamri adalah pengucap ijab manakala Razali adalah qabul kerana Zamri adalah pemilik barang ataupun penjual.

 

Pihak berakad adalah : Dua pihak antara  pihak penjual dan pembeli yang memenuhi syarat akad jual beli. Tanpa adanya kedua belah pihak maka transaksi tidak  dianggap sah.

Subjek akad adalah : Objek yang diperjual belikan. Objek tersebut boleh jadi  harta benda mahupun manfaat  atau khidmat (servis) yang dapat diambil dan diberikan nilainya.

 

Objek dalam akad jual beli juga harus memenuhi syarat diantaranya objek tidak merupakan barang, harta yang haram untuk diperdagang seperti manusia atau barang najis seperti arak, bangkai, daging babi, anjing, dadah dan sebagainya. Objek dalam akad jual beli haruslah halal dan tidak memberikan mudharat bagi pembelinya.

 

  1. Kedudukan jual beli Sarf menurut pandangan ulama silam dan semasa.

Pandangan ulama silam

Wang pernah disebut oleh Imam al-Ghazali sebagai pengukur nilai sesuatu barang. Dinar dan dirham dicipta sebagai hakim dan pengukur nilai harta sehingga seluruh harta layak diukur dengan keduanya. Jual beli menyebabkan  permintaan kepada kewujudan  wang. Menurut Ibn Rusyd terdapat kesukaran untuk menentukan nilai persamaan terhadap barang-barang yang berbeza. Oleh itu dinar dan dirham dijadikan bertujuan mengukur iaitu menentu nilai barangan.

Ibn Taymīyah menerangkan bahawa dirham dan dinar berfungsi sebagai  pengukur  nilai  dalam  jual  beli  dan  sebagai  harga  atau  alat  pertukaran.  Kewujudan dirham dan dinar bukan untuk mengambil manfaat terhadap logam tersebut tetapi ia di anggap sebagai alat pertukaran dalam jual beli atau harga (thaman).

Perlu kita ketahui bahawa wang dinar dan dirham jika di dalam bentuk yang asal (bercop mohor atau logo kerajaan) maka ia akan memberi manfaat. Namun jika ia dipecahkan atau dileburkan maka ia bagaikan komoditi biasa  dan hilang manfaatnya sebagai mewakili nilai barang-barang.

Perkara ini memudaratkan orang ramai (inflasi, jatuh matang wang dan sebagainya) dan hukumnya adalah  haram jika kita memecahkan dinar dan dirham. Wang  juga  digunakan  sebagai  alat  penyimpan  nilai  kerana  ia  tahan  lama dari aspek fizikalnya dan ia merupakan pandangan  Imam al-Ghazāli dan Ibnu Khaldūn. Menurut al-Ghazāli,  manusia  memerlukan harta yang tahan lama kerana keperluan ke atasnya (mata wang) akan berterusan. Oleh itu material yang paling tahan lama  ialah  logam.  Oleh  sebab  itu,  logam  yang  tahan  lama  seperti  emas,  perak  dan  tembaga dijadikan wang iaitu bahan yang sukar teroksida atau karat dan susut nilai.

Islam sebenarnya tidak mencegah jual beli wang tetapi meletakkan garis panduan ketat yang dapat menghindarkan  kemudaratan  dan  memberi  kemudaratan  (ḍhoror  wa  iḍhror)  dalam  jual  beli matawang ini. Ialam melarang  jual  beli  matawang  sama  jenis  kecuali dengan sama jenis (tamasul) dan tangan ke tangan (yadan bi yadin).

 

Pengertian al-sarf dari  segi  bahasa ialah “pertukaran atau peralihan, transformasi   daripada  sesuatu  keadaan  kepada keadaan  lain.” Maka lain,  perubahan  daripada  sesuatu  bentuk  kepada  bentuk  yang lain. Manakala dari segi istilah ialah “jual beli mata wang dengan mata wang samada sama jenis atau berbeza jenis.”

Contoh jual beli yang sama jenis seperti emas dengan  emas dan  perak  dengan  perak.  Manakala  jual  beli  berbeza jenis  ialah  emas dengan perak.

 

Rukun As Sarf

Tiga rukun iaitu lafaz ṣighah, āqidān (penjual)  dan ma’qud ‘alaih (barang dan harga).

 

Syarat As sarf

Islam telah meletakkan syarat-syarat tertentu pada al-ṣarf kerana ia merupakan akad jual beli yang amat hampir dengan riba. Syarat-syarat al-ṣarf  diambil daripada hadith-hadith Nabi s.a.w. berkaitan pertukaran emas dan perak.Syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti berikut:

  1. Tamasul kuantiti dan tamasul jenis. Pertukaran  mata  wang  yang sama jenis  (emas  dengan  emas  atau  perak  dengan  perak) memerlukan persamaan (tamāsul)kuantiti. Lebihan kuantiti (faḍl) dalam jual beli ialah riba al-faḍl yang diharamkan syarak.
  2. Qabḍ Sebelum Berpisah atau penyerahan barang dan harga di dalam majlis akad. Setiap pertukaran barangan ribawi yang sama jenis atau beza jenis perlu qabḍ dalam majlis jual beli. Kedua penjual  dan  pembeli  perlu qabḍ (serah) kedua-dua  wang yang  ditukarkan sebelum berpisah. Menurut Imam al-Subki, haram   berpisah   sebelum taqabuḍh ( تقابض ) kerana ia akan menimbulkan riba al-yad.
  3. Tiada bertangguh atau Hulul ( حلول ). Pertukaran  dalam  jual  beli al-ṣarf tidak  boleh  secara  bertangguh kerana  tidak  berlaku qabḍ sebagaimana  syarat  dalam al-ṣarf.  Jual  beli  secara  bertangguh  menyebabkan  kontrak al-ṣarf tidak  sah kerana telah menjadi  riba.
  4. Tiada khiyar syarat. Khiyar syarat ialah  satu  pihak  atau  kedua-dua  pihak  yang  berkontrak  mempunyai hak untuk meneruskan  akad yang dipersetujui atau membatalkannya  jika khiyār itu disyaratkan  dalam  akad.

Perbahasan zaman moden dan ulama semasa

Bai’ Al-Sarf Dalam kini wujud dalam transaksi dan pertukaran mata wang asing moden. Pasaran pertukaran mata wang asing atau pasaran pertukaran asing terjadi  kerana setiap negara di dunia memiliki mata wang yang tersendiri. Justeru, pertukaran mata wang diperlukan untuk tujuan perniagaan, perdagangan dan pelaburan dalam kalangan pemain pasaran antara negara-negara ini.

Amalan urusniaga jual beli mata wang diharuskan oleh ulamak tetapi pelaksanaan urus niaga wang ini mestilah dijalankan dalam keadaan mematuhi prinsip-prinsip syariah.

Jual beli mata wang asing merupakan pasaran pertukaran asing dan pasaran ini juga merujuk kepada interaksi penawaran dan permintaan terhadap satu-satu mata wang. Kadar pertukaran asing merupakan salah satu elemen penting dalam pertukaran asing. Kadar pertukaran asing ialah kadar sesuatu mata wang yang ditukarkan kepada mata wang lain. Dengan wujudnya kadar pertukaran asing ini ianya telah menyebabkan berlakunya naik dan turun nilai sesebuah mata wang. Maka dengan itu, instrumen derivatif seperti urus niaga hadapan dan urus niaga swap diadakan bagi menghadapi sifat kemeruapan yang terjadi pada mata wang. Hal ini  sekali gus membolehkan risiko kadar pertukaran asing ini dikurangkan. Terdapat dua risiko utama dalam urus niaga pertukaran

mata wang asing, yang perlu dihadapi oleh paserta iaitu:

  1. Risiko pendedahan transaksi
  2. Risiko terjemahan.

Risiko pendedahan transaksi : iaitu risiko yang dihadapi semasa aset dijual dengan nilai mata wang domestik sedangkan nilai sebenarnya berada dalam keadaan tidak pasti. Hal ini berlaku  akibat naik turun kadar pertukaran mata wang tersebut.

Risiko terjemahan : iaitu risiko yang wujud apabila nilai yang muncul bagi sesuatu aset dalam penyata kewangan tidak dapat dipastikan kesan daripada naik turun kadar pertukaran mata wang.

Secara konsepnya, urus niaga mata wang dalam Islam hanya boleh dilaksanakan secara semerta dengan nilai yang jelas.

Dalilnya berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli,

kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” (Riwayat Imam  Muslim)

Kebanyakan ulama’ berpandangan bahawa emas dan perak dalam hadis ini membawa mksud  sebarang bentuk medium kewangan. Atas sebab ini, semua bentuk mata wang perlu mematuhi peraturan dalam pertukaran sebagaimana peraturan tersebut terpakai ke atas emas dan perak.

Berdasarkan dalil diatas, pertukaran emas dengan emas mestilah dilaksanakan secara serta merta (on spot), dengan nilai kualiti dan kuantiti yang sama atau sebut ‘tamasul’ (تماثل).

Oleh kerana transaksi mesti berlaku secara serta merta (yadan biyadin), transaksi kehadapan contohnya seperti penyerahan dilakukan pada masa hadapan (tertangguh) adalah dilarang.

Dalam keadaan dunia moden yang tidak lagi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang, pertimbangan syariah dan ijtihad muasoroh (terkini) diperlukan terhadap urus niaga pertukaran asing melibatkan satu mata wang dengan mata wang. Sebagai komoditi niaga, pertukaran matawang asing perlu dilaksanakan melalui pertukaran tunai, secara tunai (on spot) dengan kontrak bai’ al-sarf.

Maka wujudlah ijtihad semasa iaitu Bai’ al-sarf sebagai kontrak pertukaran antara wang dengan wang. Kontrak ini perlu dipantau  ketat kerana ia boleh dimanipulasi dengan mudah untuk tujuan penghasilan pinjaman dengan faedah (riba) yang ditegah dalam Islam.

 

Di Malaysia, kontrak bai’ al-Sarf ini hanya boleh digunakan dalam urus niaga mata wang secara tunai  melalui institusi berlesen yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia dan tidak boleh digunakan dalam transaksi pertukaran asing yang menggunakan kaedah lindung nilai. Namun begitu melalui instrumen derivatif patuh syariah seperti Islamic FX forward, Islamic FX option dan Islamic FX swap, pertukaran asing boleh dilakukan sebagai  mekanisme lindung nilai dengan mematuhi prinsip jual beli menurut syariah.

 

Sebagai satu kontrak jual beli, terdapat beberapa syarat-syarat umum jual untuk  kontrak bai’ al-sarf :

 

Syarat  kontrak (in’iqad)

  1. Syarat pada pihak yang melaksana kontrak – berakal, waras dan baligh, bagi kedua pihak.
  2. Syarat pada kontrak – penerimaan mestilah sama dengan penawaran
  3. Syarat pada tempat akad – majlis ijab dan qabul
  4. Syarat pada barang yang dikontrakkan – wujud, bernilai dan di bawah pengawasan pemilik (penjual) serta mampu diserahkan semasa kontrak.

 

Syarat perlaksanaan (nafaz)

  1. Milik atau kuasa menjaga – berupaya menjual tanpa halangan

Syarat sah - bebas dari sebarang kecacatan seperti

  1. Akibat jahil
  2. Akibat paksaan
  3. Akibat penangguhan
  4. Akibat gharar (ada keraguan)
  5. Akibat bahaya
  6. Akibat kerosakan pada syarat – hanya satu pihak sahaja yang memperoleh manfaat

Pelaksanaan pertukaran asing melalui bai’ al-sarf perlu mematuhi syarat bai’ al-sarf yang terdiri daripada:

  1. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah dari majlis akad.
  2. Jual beli mata wang hendaklah dijalankan secara tunai ‘Hulul’ ( حلول ) dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
  3. ◦ Akad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-syart
  1. Kesimpulan

 

Teori Ibn Khaldun rnengatakan, manusia secara fitrahnya hidup bermasyarakat. Ini bermakna secara semulajadi manusia menjalinkan hubungan antara satu sarna lain bagi memenuhi segala keperluan dan kehendak mereka. Dalam menjalinkan hubungan ini berlakulah muamalah dan syarak menggariskan beberapa prinsip muamalah Islam bagi rnengatur hubungan sesama rnanusia. Prinsip-prinsip ini kernudiannya ditafsirkan oleh para fuqaha' dan dibukukan dalarn kitab-kitab fiqh. Melalui tugasan berkenaan kontra kini, kita mendapati betapa telitinya syarakIslam untukmenjaga kebajikan dan kepentingan dua pihak yang bvermuamalah. Hal ini juga menunjukkan betapa terperincinya perbahasan ulama’ fiqh berkenaan kredibiliti penjual, pembeli serta keadaan pembelian yang perlu bersih dari segala kecacatan jual beli yang meragukan dan bakal menimbulkan pertikaian kelak.

 

RUJUKAN

 Shamsiah Mohamad, Modul ABSM 3103 Fiqh Muamalat, 2010, Open University Malaysia (OUM)

 Abdul Muhaimin Mahmood, Konsep Akad dan Jenisnya dalam Muamalat Islam, dimuat turun pada 12Julai 2020  di laman : http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/artikel/156-konsep-akad-dan-jenisnya-dalam-muamalat-islam

 

Kepentingan Akad dalam Urusniaga, dimuat turun pada 12Julai 2020  di laman :

https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/islamic-my/document/my/en/islamic/scoe/knowledge-centre/articles/kepentingan_akad_dalam_urus_niaga.pdf

 

Azila Ahmad Sarkawi, Akad-akad Muamalah Dalam Fiqh: Satu Analisis,2019, dimuat turun pada 12 Julai 2020 dari laman sesawang : file:///C:/Users/user/Downloads/22965-889-49743-1-10-20200319.pdf

 

Wan Norhaniza Wan Hasan, BAI’ AL-SARF DALAM PERTUKARAN ASING:

ANALISIS MAQASID SYARIAH, Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 2018, dimuat turun pada 13 Julai 2020 dari laman sesawang : http://www.jised.com/PDF/JISED-2018-11-06-03.pdf

 

Abdul Rahman A Shukor & Joni Tamkin Borhan, Konsep Wang dan al-Ṣarf Menurut Perspektif Syariah, Jurnal AL-BASIRAH Volume 7, 2017, dimuat turun pada 13 Julai 2020 dari laman sesawang;

https://ejournal.um.edu.my/index.php/ALBASIRAH/article/view/10933/7594

 

Al-Shaeih Yusuf al-Nabhani, 40 Hadith Berkenaan Ketegasan Pengharaman Riba, Abdullaah Jalil (Ed), 2017, Wisdom Publication, dimuat turun pada 13 Julai 2020 dari laman sesawang;  https://penuntutilmu.files.wordpress.com/2017/12/2017-12-18-40-hadith-berkenaan-ketegasan-pengharaman-riba.pdf

Thursday, January 14, 2021

Gelagat pengguna, budaya pemasaran dan penggunaan internet dalam pemasaran semasa



 Gelagat pengguna, budaya pemasaran dan penggunaan internet dalam pemasaran semasa

                                              Muhammad Nuruddin Bashah

  1. Pendahuluan

 

Pemasaran adalah aspek yang amat penting kerana disitulah segala hasil perniagaan menerima keuntungan. Dalam Islam, kita  dibolehkan melakukan pemasaran sekreatif yang kita mampu serta mengikut persaingan dan perkembangan pasaran. Namun ia perlulah patuh syariah yang sudah ditetapkan. Dalam pemasaran syariah, kita dibolehkan untuk menjaga nama baik pelanggan, menyebut spesifikasi kualiti barang tetapi perlu sesuai dan realiti dengan kondisi barang tersebut. Seorang peniaga perlu jujur dalam menjalankan perniagaan dan mengikuti segala kaedah  transaksi ekonomi menurut Islam.

Membeli-belah dalam talian atau pembelian dalam talian ialah proses yang pengguna lakukan untuk membeli produk atau perkhidmatan dalam Internet. Kedai dalam talian, e-kedai, kedai internet, kedai sesawang, atau kedai maya adalah kalimah yang sama.

 Tempat perniagaan yang pembangunan laman, pengehosan laman, dan jenis kegiatan berkait laman sesawang yang lain dilakukan adalah kaitan dengan ‘kedai sesawang’. Bertujuan untuk mengurangkan kos, pembelian dalam talian memperkenalkan cara-cara yang baharu seperti mengurangkan bilangan kakitangan yang diperlukan. Kaidah dalam talian ini juga merupakan cara yang lebih berkesan untuk menjual produk kepada pembeli dari seluruh pelosok dunia. Orang Kodiang, Baling, dan Naka Kedah mampu menjual makanan dan barang tempatan ke pasaran Eropah atau benua Jepun misalnya.

Tulisan  ini akan  membahas  gelagat pengguna, budaya pemasaran dan penggunaan internet dalam pemasaran semasa. 

 

  1. Faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat pembeli sewaktu berinteraksi dalam perniagaan dalam talian.

Syarikat yang benar-benar memahami kehendak pengguna akan berusaha untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan memberikan rangsangan pemasaran dari segi produk, harga, promosi dan agihan produk tersebut.

Sebenarnya gelagar pengguna atau pembeli semasa membeli secara biasa (Berdepan) atau secara talian adala sama sahaja  dan faktor yang mempengaruhi mereka juga adalah faktor yang sama dengan pembeli barang biasa cumanya gelagat mereka akan berubah serba sedikit atas perkara berikut:

  • Barang yang boleh dipilih lebih banyak secara talian dan mereka mampu menilai dan membuat khiyar dengan lebih luas dan cepat.
  • Mereka mudah mendapatkan bantuan pandangan pihak lain tanpa pengetahuan penjual dan ini memberi keselesaan kepada pembeli.
  • Namun sikap curiga mereka memang tinggi memandangkan pembelian dalam talian ini memiliki  potensi menipu dan pemberian barang yang berlainan daripada sangkaan mereka(pembeli).

Terdapat 4 faktor yang mempengaruhi pembeli secara umum termasuk secara talian iaitu:

  1. Faktor budaya

Budaya didefinisikan sebagai nilai asas kehidupan atau corak gelagat berasaskan kepada  perkongsian makna, adat dan tradisi di kalangan ahli sesuatu masyarakat. Ia  mempengaruhi sikap, kepercayaan, perilaku, kehendak dan keutamaan terhadap sesuatu idea, aktiviti dan produk.

Setiap budaya mempunyai sub budaya tersendiri. Sub budaya adalah  kumpulan didalam masyarakat yang mempunyai kelainan tertentu yang dikongsi bersama berasaskan pengalaman kehidupan yang sama. Contohnya pada suatu budaya Masyarakat Malaysia, terdapat sub budaya seperti sub budaya Melayu, Cina, India, Wargatua dan sebagainya. Pemasar dalam talian harus memahami budaya sesebuah masyarakat bagi memperkenalkan produk baharu.

 

Kelas sosial pula merujuk pembahagian masyarakat mengikut nilai, minat dan tabiat yang sama. Ia boleh dikelaskan mengikut kombinasi elemen termasuklah jumlah pendapatan, pekerjaan, taraf pendidikan dan tahap kemampuan.

 

  1. Faktor taraf hidup

Struktur taraf sosial yang menentukan bagaimana individu atau kumpulan diiktiraf atau dihormati terdapat pada setiap masyarakat. Individu-individu bagi sesuatu ‘taraf’ selalunya mempunyai nilai, minat, dan gelagat yang tertentu. Penentuan taraf sosial bukan sekadar bergantung kepada jumlah pendapatan, tetapi juga merangkumi jenis pendidikan, harta keturunan, pekerjaan dan sebagainya. Bagi pemasar dalam talian , taraf sosial membantu mengenal pasti kumpulan manusia yang besar dengan persamaan yang jelas terutamanya dalam penentuan jumlah, gaya dan bagaimana mereka berbelanja. Menklasifikasi kelas atasan, kelas pertengahan dan kelas bawahan adalah contoh taraf sosial ialah. Bagi setiap kelas ini, mereka terbukti mempunyai pilihan tertentu dalam pemakaian, aksesori, gajet,  rekreasi, buku-buku bacaan dan kenderaan.

Pengguna sebenarnya juga sering berbelanja menuruti pengaruh kumpulan rujukan selain taraf sosial. Kumpulan rujukan ini adalah kumpulan yang mempengaruhi pengguna secara langsung dan tidak langsung. Pengguna selalunya merasa perlu untuk meniru atau mencontohi pemilihan barangan sebagaimana yang diamalkan oleh kumpulan rujukan agar mereka dianggap sebagai setaraf atau menghampiri taraf tertentu kumpulan rujukan tersebut. Misalnya kelompok yang kini banyak memperomosi topi dengan logo capal dan ada kalimah ‘sollu ala nabi’ kini menjadi perhatian anak muda dan kelompok cinta majlis mahabbah Nabi,majlis maulid serta juga kini digemari oleh pelajar pengajian Islamyang ‘moderate’. Ini satu tarikan yang perlu diambil kira oleh pemasar dalam  talian.

 

  1. Faktor personal

Ciri-ciri personal atau peribadi adalah seperti  umur, kitaran hidup, pekerjaan, kedudukan ekonomi, gaya hidup, personaliti dan konsep hidup. Pengguna menukar keperluan produk atau barangan dalam kehidupan menuruti kitaran hidup keluarga masing-masing. Misalnya akibat menimang cahayamata para ibumuda mula mencari produk untuk mudahkan anaknya tidur, tidak selsema serta ubat batuk yang tanpa kesan sampingan. Di sini produk umpama balm dengan minyak esential seperti jenama ‘Tasneem’ akan mengambil hati para ibu muda berkenaan.  Pekerjaan juga menentukan pemilihan sesuatu barangan misalnya golongan pejabat akan terkesan dengan iklan barangan yang mengurangkan stress mata misalnya. Gaya hidup pula merupakan corak hidup yang boleh dilihat menerusi aktiviti, minat, dan pendapat seseorang. Misalnya yang kerap hiking akan tertarik dengan produk pisau serbaguna yang kuat,tahan dan murah.  Selalunya penentuan gelagat pengguna berasaskan gaya hidup adalah lebih menyeluruh berbanding dengan taraf sosial dan ciri  lain. Adalah perlu bagipihgakpemasar mewacanakan gaya hidup terkini sebagai subjek utama mereka.

  1. Faktor psikologi

Ianya terbahagi kepada empat:

  1. Motivasi

Motivasi merupakan kehendak dalaman individu yang menentukan perilaku untuk memenuhi kehendak-kehendak tersebut. Dalam teori Freud,ia menganggap manusia selalunya tidak menyedari keperluan psikologi yang menentukan gelagat mereka. Tetapi menurut Teori Maalow ia membahagikan keperluan manusia kepada lima bahagian yang di susun mengikut hierarki di mana pengguna akan memenuhi keperluan asas(bawah) dahulu sebelum beranjak ke keperluan di bahagian atas. Dan teori inilah yang dirujuk oleh para pemasar.

  1. Persepsi

Persepsi adalah satu proses di mana manusia memilih, menyusun dan menterjemah informasi untuk mendapatkan gambaran keseluruhan persekitaran mereka. Misalnya bagi dua pengguna  berbeza yang mempunyai motivasi yang sama selalaunya bertindak secara berbeza kerana persepsi yang berbeza. Persepsi adalah proses minda yang abstrak serta benar-benar tulen bagi setiap individu.

  1. Pembelajaran

Pembelajaran perupakan perubahan ke atas gelagat pengguna berdasarkan pengalaman dan pendidikan tidak  langsung. Pembelajaran merupakan gabungan  kemahuan, motif dan ransangan-ransangan yang menentukan bila, di mana, dan bagaimana seseorang itu bertindak balas.

  1. Sikap

Sikap pula adalah kedudukan positif atau negatif yang konsisten terhadap nilai, perasaan dan kecenderungan terhadap sesuatu perkara. Inilah faktor gelagat yang paling sukar diubah. Justeru itu sesuatu barangan yang dikeluarkan seharusnya bersesuaian dengan sikap pengguna sedia ada dan tidak cuba mengubah pendirian mereka kerana ia hanya membuang masa.

 

Baik, menurut sudut pandang  Islam, terdapat banyak  faktor lain yang dikaji. Sebenarnya agama Islam telah memberi panduan kepada manusia sejagat dalam bergelagat. Sumber-sumber yang sahih sebagai pegangan umat Islam dalam bergelagat adalah al-Quran dan Sunnah serta tabiat serta perilaku para ulama’  yang menjadi panduan sepanjang hidup. Islam sebagai cara hidup yang lengkap bertindak untuk mengawal dan menyekat gelagat manusia. Gelagat penguna adalah tabiat yangg dikaji pengeluar dan jika bagi ekonomi konvensional,  ianya bermatlamat memaksima kepuasan.

 Faktor umum di atas telah dikupas iaitu yang pengaruhi gelagat pembeli/pengguna adalah faktor budaya, sub budaya, motivasi, psikologi, sosial, peribadi,gaya hidup,umur dan sebagainya.

 Bagi pandang sarwa Islam pula, matlamat kajian  adalah hubungkait kerohanian dengan kebendaan. Justeru, gelagat pembeli seharusnya diakibatkan oleh unsur aqidah, konsep ibadat iaitu mengguna dan membeli atas tujuan ibadah, akhlak sehingga tidak mengguna mudah mudah konsep ‘customer is always right’. Faktor keagamaan juga merupakan penentu utama dalam mempengaruhi gelagat seseorang. Secara khususnya, individu yang mempunyai agama akan memegang nilai-nilai keagamaan dalam mempengaruhi setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan termasuk semasa membeli dalam talian.

 

  1. Perbahasan pandangan ulama terhadap kaedah pemasaran berbentuk tular (viral) dan ulasan berbayar (paid review) serta pandangan terhadapnya

Antara faedah membeli-belah dalam talian termasuklah:

  1. Kuasa tawar-menawar pengguna yang lebih serta lebih banyak pilihan.
  2. Kuasa pembekal,sesiapa sahaja mampu memasarkan produk tanpa memiliki stok bekalan sendiri.
  3. Internet mempertingkat pengkomoditian.
  4. Kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan baharu, dengan overhed yang lebih rendah.
  5. Persaingan antara pesaing: Kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan kepada pasaran-pasaran yang berbeza.

Untuk sebuah perniagaan kekal lama ianya bergantung kepada dua usaha, iaitu pemasaran dan jualan. Langkah gerak-kerja pemasaran yang berkesan dan tepat, akan memberi inpak pada peningkatan jualan sekaligus membawa keuntungan kepada syarikat. Oleh kerana itu, syarikat-syarikat besar sangat memberi perhatian kepada unit pemasaran sehingga memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi aktiviti tersebut.

 Telah wujud kini satu bentuk baru pemasaran dalam talian iaitu melalui kaedah ‘viral marketing’  dan kaedah ‘paid review’. Dengan melakukan viral marketing boleh berlaku  dengan menularkan produk perniagaan sama ada dirancang atau tidak. Manakala kaedah membayar seseorang untuk membuat testimoni terhadap produk mahu pun perkhidmatan pula adalah paid reviews.

 Dalam perniagaan dalam talian, testimoni sangat mempengaruhi pelanggan kerana pelanggan menilai review sebelum membeli barang, sebelum menempah hotel dan sebagainya.  Yang menjadipermasalahanadalah review yang berasaskanpenipuanatau terancang sehingga produkyang tidak digunakan diberi komentar berlebihan seolah ramai yang menggunakannya.

 Dalam  transaksi  muamalat Islam, maklumat dan ketelusan urus niaga sangat penting kerana ia menjadi asas kepada  kesahihan  sesuatu  akad.  Syariah  telah  mengharamkan  amalan  ghish,  taghrir  dan tanajush  dalam  perniagaan  untuk  memastikan  perniagaan  berlaku  secara  adil  dan  wujud redho meredhoi antara penjual dan pembeli.

 Dalam kaedah   viral  marketing  yang  dirancang, antara  contoh  ialah insentif rujukan (referral), seperti yang digunakan oleh Dropbox dan pelbagai syarikatsyarikat  lain.  Dengan  memberi  insentif  jika  memperkenalkan  rakan  kepada perniagaan mereka. Selain itu dalam media sosial, kaedah yang mempergunakan tribe juga digunakan,  iaitu  dengan  mempergunakan  agenagen,   rakan  yang  sama  perniagaan mempromosikan  produk  masingmasing  dengan  pelbagai  cara. 

Ada  juga  yang menggunakan kaedah ‘bot’,  iaitu  aplikasi  yang  boleh  menambah  ‘like’    kepada  iklan-ilan produk. Kaedah bot   untuk meningkatkan komen juga wujud.  Ianya bot,  sama ada  secara  sah, atau  secara  tidak  sah dengan menggunakan akaunakaun  palsu.    Kaedah  bot  yang  menggunakan  akaun  dan  profil  palsu  banyak  berlegar  di medium  facebook  dan  juga  platform  jualan  seperti  Trevaloka,  Amazon,  Tripadvisor  dan seumpamanya.  Peranan akaunakaun  palsu  ini  adalah untuk  meningkatkan capaian  (reach),  like,  ‘engagement’ melalui komenkomen ringkas tanda minat  terhadap hantaran (posting) yang dibuat oleh pemilik produk.

Manakala terdapat juga bot yang beroperasi secara sah tanpa menggunakan akaun palsu. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kuasa viral yang biasa digunakan di Instagram. Kaedahnya adalah,bot ini bertindak dengan mencari kata kunci yang disukai, disebutkan oleh pemilik akaun, kemudian akaun penjual secara automatik akan follow pemilik akaun terbabit secara sah.

 Secara umum syariat Islam  menggariskan beberapa prinsip utama dalam muamalat Islam yang mana prinsip inilah yang menjadi asas kepada fiqh al-taswiq (fiqh pemasaran) yang beretika serta pembinaan konsep fiqh at-tijarah . Prinsip utama muamalat Islam ialah:

    • Kerelaan dan keredhoan  yang menjadi asas kepada urus niaga Islam.
    • Mesti meninggalkan  urus niaga yang dilarang oleh Syariah seperti kontrak riba, gharar dan maysir(judi).
    • Menjauhi jualan produk dan perkhidmatan yang haram dan berbahaya seperti babi, pelacuran, arak dan seumpamanya.
    • Menjauhi urus niaga yang boleh menjejaskan struktur pasaran seperti ihtikar(monopoli dan sebagainya..

 Usaha menipu  terhadap pelanggan adalah berdosa. Dalam hadisNabi melarang tindakan an-najash. Walaupun pada gambaran asalnya kelihatan an-najash berlaku dalam sesi jual beli muzayadah(berpakat dengan seseorang buat tawaran harga palsu yang tinggi dengan harapan si pembeli lain akan membeli dengan harga yang lebih tinggi), namun objektif pengharaman an-najash sebenarnya perlu dilihat dalam skop yang lebih luas. Kamil Sakr alQaisiy , misalnya, melihat an-najasy ialah cubaan menipu daya terhadap kualiti sesuatu produk. Sesorang itu dikira melakukan tanajusy jika mencela dan merendah-rendahkan kualiti barang orang lain, atau terlalu memujimuji sesuatu barang itu baik kualitinya sedangkan hal sebenarnya tidak begitu.

Nabi melarang an-Najsy. An-najasy secara umum adalah sengaja meletak harga tawaran tinggi untuk menghalang orang lain membeli. Ibn al-Arabi juga menyatakan bahawa an-najash ialah situasi seseorang itu sengaja menawarkan harga belian yang tinggi, tetapi tidak pun berniat untuk membelinya. Tetapi menurut Ibn Qudamah, an-najash juga merupakan perbuatan khida’, iaitu usaha menipu daya terhadap orang iaitu cubaan menipu daya terhadap kualiti sesuatu produk.

Menurut Dr Ahmad Sufian bin Che Abdullah Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya hal-hal viral marketing yang berunsur penipuan adalah haram. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, viral marketing yang berlaku tanpa usaha daripada pemilik,tidak dirancang tidaklah menjadi isu kepada pelanggandanianya harus. Namun jika usaha menularkan itu dirancang, usaha itu perlu dilihat dan dikaji, adalah ia termasuk dalam bentuk menipu daya secara an-najash atau taghrir.

Misalnya menurut Dr Ahmad Sufian isu’PM palsu’. Usaha viral yang menggunakan PM palsu ini mempunya dua niat utama, iaitu  mendakwa mereka cuba untuk menaikkan posting, atau meningkatkan engagement, dalam media sosial. Sebenarnya boleh menggunakan kaedah lain seperti menyampuk dengan perbualan-perbualan biasa, atau sekadar up jika kita sekadar untuk meningkatkan engagement, tribe. Namun,apabila menggunakan PM ia seperti cuba untuk menggambarkan bahawa produk itu mendapat sambutan hangat, sedangkan PM itu sebenarnya pakatan yang berlaku (tawatu’) sesama sendiri.

Penggunaan bot palsu yang menggunakan akaun palsu sudah tentu jelas bercanggah dengan Syariah kerana akaun palsu itu sendiri sudah memberi gambaran usaha penipuan cuba dilakukan.

 Manakala bagi isu ‘Paid Review’ sesebuah ulasan itu jika datang secara bebas daripada manamana individu, ia tidak perlu dibahaskan. Yang perlu diperhalusi adalah apabila mereka yang diberikan  upah dan orang yang mengulas itu sudah dibayar sudah tentu ulasannya tidak akan menyentuh sesuatu produk secara menyeluruh tetapi hanya menyentuh kepada aspekaspek positif sahaja. Ulasan yang bersifat positif sahaja dianggap tidak seimbang dan maklumat yang diperolehi oleh pembaca tidak menyeluruh.

Selanjutnya ulasan sebegini boleh membawa kepada isu yang lebih besar jika para pengulas yang dibayar itu dengan sengaja tidak mendedahkan bahawa dia sudah dibayar,

dengan harapan agar ulasannya dianggap neutral.

Seperti yang dinyatakan diatas  sekiranya dalam sesuatu ulasan atau testimoni itu mengandungi unsur yang merendahkan produkproduk lain, ia juga boleh termasuk dalam at-tanajush kerana tujuannya sama iaitu untuk memberi gambaran bahawa produk yang dijual itu lebih berkualiti berbanding orang lain.

  1. Analisa  organisasi yang memberikan perkhidmatan makanan dan analisis mutu perkhidmatan berdasarkan rangka mutu perkhidmatan

Pemasar dan pengeluar  dapat membentuk kawalan mutu melalui:

  1. Tanggapan Mutu
  2. Pengalaman Mutu

Pengenalan rangka mutu perkhidmatan

Rangka mutu perkhidmatan ringkasnya adalah seperti dibawah:

  1. Pengurusan yang Menentukan Strategi, Wawasan dan Budaya
  2. Pekerja Perkhidmatan yang Cemerlang dan Produktif
    1. Diberi Kuasa (Autonomi)
    2. Kerja Berpasukan
    3. Latihan
  3. Pembekal
  4. Sumber Maklumat tentang Sesuatu Perkhidmatan
  5. Memfokuskan pelanggan

Ini adalah rangka mutu perkhidmatan secara teori. Mari kita melihat analisa perkhidmatan restoran makanan segera terkemuka dunia McDonald berdasarkan rangkamutu perkhidmatan.

 Mc’ Donald perkhidmatan makanan tersohor

Sektor makanan segera, layanan dan perkhidmatan kini menjadi terlalu meluas disebabkan masyarakat kini terlalu sibuk dengan kerjaya dan rutin harian. Tempoh covid-19 ini menyaksikan tumbuhnya satu sektor ekonomi yang kian kukuh dan melebar iaitu servis penghantaran dan servis penghantaran makanan.

  1. Pengurusan yang Menentukan Strategi, Wawasan dan Budaya

McDonald's yang sudah bertapak 38 tahun di negara ini. Reputasi kukuh korporat gergasi ini terletak kepada dedikasi 14,000 kakitangannya, dengan 300 restoran di seluruh negara. Dengan sasaran mewujudkan 450 restoran menjelang 2025, McDonald's komited mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan tambahan untuk rakyat Malaysia.

    1. Pekerja Perkhidmatan yang Cemerlang dan Produktif (Diberi Autonomi, Kerja Berpasukan, Latihan)

Misalnya telah disiarkan baru-baru ini kisahkejayaan  Pengarah Kanan Operasi, McDonald's Malaysia, Felina Lim, 53, sudah 37 tahun bersama syarikat dan antara kakitangan paling lama berkhidmat di Mc Donald. Felina bermula kerjaya secara  sambilan pada usia 16 tahun ketika cuti sekolah. Walaupun kemudiannya beliau ada menerima tawaran menyambung pengajian, Felina memilih bersama McDonald's kerana ketika itu beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Restoran. Selepas itu beliau  ditawarkan untuk mengikuti kursus profesional dalam bidang perkhidmatan makanan di Hamburger University di Chicago, Amerika Syarikatdan dinaikkan pangkat untuk  bertugas di Jabatan Latihan di ibu pejabat McDonald's Malaysia serta diberi tanggungjawab, melaksanakan perubahan sistem operasi restoran. Ini antara bukti bagaimana Mc Donald memberi peluang mengembang kerjaya, potensi,kemahiran dan pengalaman kepada para pekerjanya. Malah bukan sahaja Felina,ramai lagi pengurus McDonal berlainan bangsa mampu naik keatas walaupun awalnya hanya penjaga kaunter restoren.

 

  1. Pembekal

Ulasan lanjut pembekalan Halal McDonalds boleh dilihat melalui pautan dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=xTFBoITJeAw

  1. Sumber Maklumat tentang Sesuatu Perkhidmatan

Untuk mendapat maklumat tentang McDonalds memang tidak menjadi kesukaran langsung. Menu dan tawaran terkini boleh diketahui melalui laman webnya, serta apps yang lebih ienteraktif.

https://www.mcdonalds.com.my/en/mcdapp

 

  1. Memfokuskan pelanggan

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai, menyatakan kini rangkaian McDonald's Malaysia, mengambil langkah meningkatkan tahap keselamatan dan kebersihan makanannya dengan mengamalkan sistem pembayaran tanpa tunai dan tidak bersentuhan bagi perkhidmatan penghantarannya. Ini antara  langkah yang diambil ketika negara berdepan krisis kesihatan ini ekoran penularan pandemik COVID-19 itu, bertujuan memastikan kesihatan pelanggan dijaga dan terhindar daripada sebarang wabak.

Melati Abdul Hai  juga menyatakan McDonald's Malaysia akan memperluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran makanannya, McDelivery kepada 1,000 lokasi menjelang 2025 bersandarkan kepada perubahan dan keperluan semasa dalam landskap dunia perniagaan. Sasaran berkenaan dipercayai mampu melonjakan penguasaan pasaran perkhidmatan McDelivery dari 10 peratus kepada 30 peratus dalam tempoh yang ditetapkan. Hal ini direalisasikan menerusi kehadiran 450 cawangan McDonald's bakal dibina pada 2025 selain kerjasama strategik dengan pengendali pihak ketiga melalui pelaburan keseluruhan mencecah RM1.4 bilion.

 

 

  1. Kesimpulan

Dari tugasan ini kita dapat mengupas sedikit sebanyak berkenaan aktiviti pemasaran yang cocok dengan Islam serta apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang. Hari ini aktiviti pemasaran bukan sahaja menjadi topik pihak peniaga tetapi sesiapa sahaja malah para guru juga kerana meniaga sampingan secara talian telah menjadi budaya hari ini. Boleh dikatakan setiap individu ada produk yang dijualnya secara sampingan. Maka akhlak,piawaian syarak dan rangka mutu perkhidmatan, perlulah dijadikan indikator untuk memastikan pemasaran kita bukan sahaja adil untuk pembeli, malah memberi rezeki halal dan berkat kepada kita sekaligus menjana KDNK negara melalui aktiviti ekonomi yang rancak. Pada penulis, subjek pemasaran menurut syarak perlu dibuat kursus pendek dimasjid-masjid untuk membumikan ilmu ini.

  

RUJUKAN

 Ismah Osman , ABSS2103 Prinsip Pemasaran , 2020, Open University Malaysia (OUM)

 Dr Ridzwan Ahmad, Pengantar Syariah, dimuat turun pada 12 Nov  2020  di laman :

http://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-ilmiah/penghantar_hukum_islam-dr_ridzwan_portal.pdf

 Membeli-belah dalam talian, dimuat turun pada 9  Nov  2020  di laman :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Membeli-belah_dalam_talian

 Siti Khalilah Basarud-din1 dan Azizi Abu Bakar, Model Gelagat Pengguna Islam, dimuat turun pada 9  Nov  2020  di laman :

https://johdec.unimap.edu.my/images/PDF/JOHDEC_DEC_2019/Vol_8_2019_169-182.pdf

 

Dr Ahmad Sufian bin Che Abdullah, Isu Viral Marketing  Dan Paid  Review Dalam Pemasaran Internet: Analisis Perspektif Syariah, dimuat turun pada 9  Nov  2020  di laman :

http://muamalat.my/v6/wp-content/uploads/viralmarketing.pdf

 

Konvensyen Keusahawanan Malaysia, dimuat turun pada 8  Nov  2020  di laman :

http://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-ilmiah/cd_prosiding_ncie_2015_1.pdf

 

McD utamakan keselamatan, kesihatan pelanggan,Berita Harian, dimuat turun pada 8  Nov  2020  di laman :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/683101/mcd-utamakan-keselamatan-kesihatan-pelanggan

 

McDonald's bukan sekadar tempat kerja,Berita Harian, dimuat turun pada 8  Nov  2020  di laman :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/723014/mcdonalds-bukan-sekadar-tempat-kerja

 

McDonald's perluas perkhidmatan McDelivery, dimuat turun pada 8  Nov  2020  di laman :

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/07/455714/mcdonalds-perluas-perkhidmatan-mcdelivery

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...