Pembaca Setia

Rakan Pembaca

Monday, December 17, 2012

Sanggah Fatwa- Tiada Jihad di Palestin


Sanggah Fatwa- Tiada Jihad di Palestin
Diselenggara dan dikumpul oleh : Muhammad Nuruddin bin Bashah

Muqaddimah
Pandangan yang boleh dianggap fatwa bebas yang dikeluarkan oleh Ustaz Idris Sulaiman, ulama’ ILMU (Ulama’ Muda UMNO) berkenaan status perjuangan dan kedudukan isu Plaestin amat mengguris hati para umat Islam. Malah pandangan beliau boleh dianggap syaz (ganjil) dan terpencil malah ia tidak mewakili aspirasi dan citra nurani umat Islam yang tegar mempertahan isu Palestin. Ia bukan suatu perkara yang boleh dianggap mainan atau isu remeh.

Berikut adalah sedutan pandangan beliau yang disiar dalam video  
Isu 1
Tiada jihad di Palestin sebab kekuatan tidak ‘balance’. Kekuatan perlu dua kali ganda jika hendak menyerang.
Isu 2
Tidak guna berjihad sebab tiada persediaan dari segi ketenteraan, senjata, persediaan akidah dan persediaan zahir.
Isu 3
Salah boikot perniagaan Yahudi kerana barangan yang dijual itu halal, bukan haram.Tidak salah menjalankan perniagaan dengan Yahudi kerana Rasulullah pun melakukan urusniaga dengan Yahudi. Asalkan dalam perkara yang halal.
Isu 4
Boikot dilakukan secara tidak konsisten. Tidak ada kesan.
Isu 5
Menganiaya orang Islam yang berkerja di syarikat-syarikat Yahudi kerana menjejaskan pendapatan mereka.
Isu 6
Cadangan nak boikot barangan halal tidak kena dengan caranya. Itu namanya kebodohan. Sebab tidak kena cara.
Isu 7
Cara yang terbaik untuk memerangi musuh-musuh Islam ialah kena bersedia dengan segala dengan apa yang kita mampu.
Isu 8
Palestine kena keluar dari Palestine sebab Rasulullah keluar dari Mekah. Hamas dianggap pemberontak kerana negara Palestin telah dijajah Kuffar dan negara itu telah menjadi Darul Kufr. Yahudi sudah dominan dan majoriti.
Isu 9
Pandangan ini didokong oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani - ulama hadis zaman kini secara terus terang mengatakan bahawa umat Palestin perlu keluar dari Palestin untuk mengatur strategi.
Isu 10
Orang-orang  yang menasihat rakyat  Palestin suruh berjihad dan dia duduk rumah goyang kaki sebenarnya bukan bagi nasihat sebaliknya merosakkan umat Palestin. Asas kepada alasan ini ialah kata ustaz, umat Palestin tak mampu berjihad.
BAHAGIAN A

Fatwa Sheikh Nasiruddin Albani “Wajib bagi warga muslim Palestin harus meninggalkan negerinya ke negara lain. Semua org yg masih bertahan di Palestin adalah KAFIR [1]”..
Dalam tulisan lain kata beliau : "Sesungguh nya WAJIB bagi rakyat palestin MENINGGALKAN negaranya dan mengungsi ke negara lain, dan setiap yang masih TETAP di PALESTIN maka dia KAFIR[2].

Dalam mengambil fatwa beliau ada juga penjelasan yang perlu kita teliti memandangkan beliau juga antara Ulama’ yang sensitif dengan penderitaan Palestin. al-Syeikh Syaqrah menyebut: “Dan termasuk perkara yang tersembunyi dari kebanyakan para pencinta al-Albani dan orang yang mengikuti beritanya iaitulah jihad beliau di Palestin. Kata al-Syeikh Zuhair al-Syawisy hafizahullah dalam artikelnya bertajuk Nuqath Yasirah Min Sirah ‘Atirah Li al-Syeikh al-Albani Maa al-Hadis al-Nabawi al-Syarif, selepas menyebut: “Sehinggakan dalam persiapan untuk berjihad di Palestin, sesungguhnya al-Syeikh Nasir (al-Albani) telah mempersiapkan dirinya untuk menentang penempatan Zionis di Palestin, hampir sahaja beliau sampai ke Palestin, melainkan disebabkan halangan dari pihak berkuasa kerajaan dari para mujahidin masuk ke Palestin.” Aku (al-Syeikh Zuhair al-Syawisy) katakan: “al-Syeikh al-Albani telah sampai ke Palestin pada tahun 1948M, beliau juga telah menunaikan solat di masjid al-Aqsa, dan beliau kembali sebagai pembimbing agama untuk para tentera Saudi setelah mereka menyebut beliau dengan orang yang sedang kecewa, dan mereka semua telah tersesat jalan ketika ke sana. Beliau (al-ALbani) ada menjelaskan perkara ini dalam buku Rehlati Ila Najd.”
 
Perhatikan jawapan beberapa Ulama’ berkenaan pandangan yang boleh dianggap fatwa di atas.

  1. Dr Asri menjawab  isu 8 dan mengkritik cara ambilan fatwa Albani
  • Dr Asri – Seminar Hak Non Muslim dalam Konteks Malaysia di  INTIM 15 Disember 2012
• Fatwa mengambil kira latarbelakang ulama; pesekitaran dan manusiawi.
• Beza fatwa Hijaz dengan fatwa Palestin, Mesir dan negara lain.
• Darul Islam jika ditawan musuh bukan dikira Darul Kufr seperti yang difatwakan oleh Albani.
• Jika mereka keluar dari Palestin ke mana hendak pergi, tidak sama dengan kes Rasulullah yang didokong oleh penduduk Madinah dengan darah.

  1. Fatwa Sheikh Uthaimin yang hanya berbahas secara umum sahaja syarat-syarat memulakan jihad.
  • Syaikh Muhammad Bin Salih Al-Uthaimin berkata:
لا بد فيه (أي الجهاد) من شروط، وهو أن يكون عند المسلمين قدرة وقوة يستطيعون بها القتال، فإن لم يكن لديهم قدرة فإن إقحام أنفسهم في القتال إلقاء بأنفسهم إلى التهلكة، ولهذا لم يوجب الله ـ سبحانه وتعالى ـ على المسلمين القتال وهم في مكة؛ لأنهم عاجزون ضعفاء، فلما هاجروا إلى المدينة وكوّنوا الدولة الإسلامية وصار لهم شوكة أُمروا بالقتال”.
Ia (jihad) perlu kepada syarat-syarat. Iaitu mat Islam perlu ada kemampuan dan kekuatan untuk berperang. Sekiranya mereka tidak mempunyai kekuatan, maka perbuatan mereka memaksa diri mereka ke dalam peperangan adalah suatu perbuatan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Oleh itu, Allah subhanahu wata’la tidak mewajibkan ke atas Umat Islam berperang ketika mana mereka di Mekkah memandangkan mereka dalam keadaan lemah dan tidak mampu. Setalah mereka berhijrah ke Madinah dan mereka menegakkan sebuah negara Islam dan mereka menjadi kuat, (barulah) mereka diperintahkan untuk berperang.”[3]
  • Sheikh Uthaimin hanya berbahas isu memulakan jihad. Jihad telah lama dimulakan di Palestin oleh pemimpin yang sah di Palestin. Maka menjadi kewajipan rakyat Palestin meneruskan jihad pemimpin sebelum ini. Tiada isu seolah baru ingin memulakan jihad seperti yang Idris Sulaiman nyatakan.


  1. GAMIS menjawab isu 1, isu 2 dan isu 7.[4]
  • Kata pemimpin GAMIS “ Barangkali benar, kekuatan warga Palestin atau briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera HAMAS, tidak setanding dengan kekuatan Israel Defense Force (IDF). Namun, perkara ini tidak bermakna warga Palestin perlu melarikan diri dari medan jihad sedangkan tuntutan-tuntutan jihad itu telah jelas. Sirah Nabawiyyah pula telah memperlihatkan bahawa tidak pernah kekuatan persenjataan kaum muslimin mengatasi kekuatan persenjataan musuh. Dalam hal ini, apa yang dituntut ialah mempersiap sediakan segala kekuatan yang mampu disediakan (al-Anfal : 60)[5]
  1. Fatwa Ibnu Baz dalam menjawab  isu 7 dan 8
 Jihad menegakkan Kalimah Allah, mempertahankan Agama Islam,  menyampaikan dakwah serta menyebarkannya, dan menjaga kehormatannya  menjadi kewajipan ke atas mereka yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Tetapi ia perlu kepada bala tentera yang telah diatur bagi mengelak daripada keadaan kucar-kacir (yang akan mengakibatkan) natijah yang tidak baik. Oleh itu, seruan jihad serta percaturannya termasuk dalam urusan pemerintah Islam. Maka, para Ulama perlu menyeru mereka kepadanya. Sekiranya ia (jihad) telah dimulakan dan Umat Islam telah diseru kepadanya, adalah menjadi kewajipan mereka yang berkemampuan untuk menyahutnya dengan ikhlas demi menegakkan yang hak serta memelihara Islam. Adapun mereka yang tidak turut serta sedangkan mereka berkemampuan dan mereka tidak mempunyai keuzuran, maka mereka akan berdosa.[6]
  • Jihad telah dimulakan sejak 1946 oleh pemerintah rasmi Palestin.
  • Jihad diterus oleh PLO, Fatah, HAMAS.
  • Hukum meninggalkan jihad adalah haram dan ulama’ Hijaz sepakat dalam hal meninggalkan jihad.
  1. Jawapan untuk Isu 8
Yahudi – 50.7% (5,766,717), Islam - 40.1% (4,562,611), Kristian - 3.2% (365,329) dan yang lain-lain - 6% (681,602). Besarnya pula, Israel - 16% Palestin - Tebing Barat - 75%, Jalur Gaza - 9.9%.
Hanya lebih 10% sahaja jumlah penduduk Yahudi di Israel (di Palestin dan Israel, hampir kesemuanya adalah pejuang.) Kekuatan Yahudi bukan 2 kali ganda Palestin, malah mereka bukan minoriti yang dhaif. Ternyata Idris Sulaiman  jahil ilmu statistik.
  1. Jawapan untuk isu 3, 4, 5 dan 6
  • Adalah suatu kebodohan apabila menggunakan dalil Rasulullah berurus niaga dengan Yahudi yang mempunyai perjanjian dengan Islam. Sedangkan sekarang ini Yahudi tiada perjanjian dengan Islam dan sedang bermusuhan dengan Islam secara berhadapan.
Ternyata Idris Sulaiman jahil sirah.
  • Dewan Perniagaan dari seluruh pelusuk dunia, termasuk UNISON, dewan perniagaan terbesar di United Kingdom dengan keahlian sebanyak 1.4 juta mengesyorkan tindakan boikot terhadap semua produk Israel. Pertubuhan Kristian, termasuk Christian Aid, telah bersatu dalam usaha boikot ini, malahan mereka menyeru kepada pemansuhan perjanjian perdagangan Eropah-Israel. Beberapa pertubuhan Yahudi seperti B'Tselem dan Gush Shalom telahpun melancarkan usaha boikot mereka sendiri kepada produk Israel[7].
  • Sheikh Yusuf al Qaradawi berkata: Setiap riyal, dirham... yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman[8].
  • Kejayaan boikot:
    • Dalam bulan Oktober 2002, McDonald's menutup operasi mereka di Asia Tengah
    • Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald's terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan.
    • Di Mesir, McDonald's menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, pihak berkuasa Mesir  terpaksa mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald's -  masyarakat yang membaling batu.
    • Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.
    • Kes Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin. Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi "Buy Amazon.com & Support Israel" dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin. 
    • Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.
    • Kejayaan boikot, US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.
    • Sejak tahun 2002 lagi, ekonomi Israel merudum walaupun banyak dana disalurkan dari US.
    • Pada bulan Oktober 2002, Sharon memohon USD10bilion sebagai bantuan kecemasan. Inflasi Israel sangat tinggi, sehinggakan angka rasmi mencecah 4 kali ganda sasaran asal rejim zionis tersebut.
    • Israel sering dilanda piket umum sehinggakan semua penerbangan terhenti, siaran radio dan television terputus, pesakit tidak mendapat rawatan dan sampah tidak lagi dikutip.
    • Pelaburan dari luar kian meruncing. Dari 1999 hingga 2001, pelabur-pelabur kerugian USD5bilion daripada pelaburan mereka berjumlah USD6.5bilion.
    • Supermarket Sainsburry di Mesir ditutup
    • American Airlines ke Tel Aviv, Israel Penerbangan Trans World America (TWA) bangkrup dan tutup
    • Kempen boikot produk Amerika di Negara-negara Arab mengakibatkan kerugian sebanyak 40%. The Friends of Al-Aqsa, Inovative Minds, Eramuslim.com dan The Washington Post turut memetik laporan Amerika yang menyatakan bahawa boikot produk Amerika di Negara-negara Arab menyebabkan kerugian sebanyak 40%.
    • Mc Donalds dan KFC antara yang parah[9].
    • Syarikat Coca Cola Malaysia bimbang kesan boikot[10]
    • Petani Israel rugi besar akibat boikot[11]
Idris Sulaiman jahil ilmu ekonomi dan tidak cakna isu semasa.
  • Bagi isu penganiayaan pekerja Islam di syarikat Yahudi, Idris perlu rujuk fatwa ulama’ salafi juga (beliau mungkin tidak membaca fatwa tersebut). Fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Muhammad Al-Salih ibn 'Utsaimin dari buku Majmu' fatwanya,  "Kami menasihat saudara-saudara yang bekerja dengan orang-orang kafir untuk mencari kerja dimana tiada musuh-musuh Allah dan Rasulnya, yang menganut agama selain dari Islam. Jika ianya boleh dilakukan, maka itulah cara yang perlu dilakukan. Jika ia tidak dapat dilakukan, maka tiadalah dosa keatasnya kerana kamu melakukan kerja kamu, dan mereka melakukan kerja mereka masing-masing, TETAPI terdapat syarat yang perlu dipatuhi. Tiada ada apa perasaan sayang atau persahabatan didalam hati-hatinya, dan dia perlu mentaati segala ajaran syariah, baik dari segi mengucapkan tanhiah kepada mereka dan juga mengembalikan ucapan salam, dan seterusnya. Dan juga ia harus tidak menghadiri majlis pengkebumian, pesta/perayaan, atau mengucap tahniah kepada majlis-majlis perayaan[12]."
Jelas menunjukkan bahawa pada dasarnya, tidaklah salah bekerja dengan orang kafir, cuma orang Islam perlu menjaga syariat-syariat Islam yang telah ditetapkan dan berusaha meninggalkan syarikat tersebut jika ada peluang. Dalam hal boikot ia bukan suatu justifikasi bahawa hanya disebabkan ada muslim bekerja di syarikat yahudi, syarikat tersebut tidak layak diboikot sedangkan dalam kes sahabat yang tidak berhijrah sekiranya mati akibat diserang tentera Islam ia hanya dibayar diyat separuh sahaja disebabkan keengganan mereka meninggalkan negeri tersebut. 
  1. Sanggahan Al Bouti terhadap fatwa Albani[13]
Diambil daripada buku "Perselisihan di dalam Islam" (Al-Jihad Fil  Islam: Kayfa Nafhamuhu Kayfa Numarisuhu) oleh Dr Muhammad Said Ramadan al-Bouty, edisi 2, Dar Al-Fikr, Damsyik, Syria, 1997. Kata beliau; "Sheikh" Nasir ad-Din al-Albani mengejutkan rakyat, sebelum beberapa bulan, dengan fatwa yang pelik.

BAHAGIAN B
Jika pembaca membaca pula senarai fatwa di bawah ini, anda akan medapati bahawa majoriti Ulama’ salafi, Hijaz, Saudi bersependapat bahawa;
  1. Haram demostrasi walaupun atas nama sokong Gaza
  2. Palestin jelas ditindas dan mangsa kezaliman.
  3. Rakyat Palestin perlu kuatkan rohani dan aqidah yang sejati dan antara punca mereka ditindas kerana umat Islam meninggalkan ajaran sebenar Islam.
  4. Doa dan bantuan wang amat dituntut kepada mereka.
  5. Tiada perbahasan kewajipan mempertahan bumi Aqsa atau perbahasan sekitar perihal mujahidin.
  6. Hukum amaliyah istisyhadiah (syahid bomber) adalah bunuh diri bukan syahid.
Perhatikan senarai fatwa di bawah ;
  1. Fatwa Sheikh Saalih Ibnu Fawzan[14]
Shaikh Saalih ibn Fawzaan, melalui sesi soal jawab terbuka telah ditanya mengenai kedudukan Islam mengenai apa yang berlaku sekarang kepada saudara-saudara kita (dan adik-beradik) di Palestin, dengan merujuk kepada doa, memberi kekayaan atau membuat jihad dengan mereka.
Maka beliau menjawab:
"Ia adalah wajib ke atas umat Islam untuk membuat doa untuk saudara Muslim mereka dan membantu mereka dengan kekayaan. Untuk membantu mereka dengan kekayaan dan doa, ini adalah apa yang wajib, dan ini adalah apa yang akan memberi manfaat kepada mereka. "
"Tidak ada manfaat dalam demonstrasi. Sebaliknya, mereka adalah kekeliruan. Mereka adalah dari kekeliruan, gangguan. Dan apa kemudaratan yang akan dilakukan kepada musuh jika rakyat menunjukkan jalan antara jalan-jalan dan menaikkan lidah mereka?! Sebaliknya, ini adalah dari perkara-perkara yang pada akaun yang sebenarnya musuh bersukacita, dan jadi dia mengatakan bahawa dia telah menganiaya mereka dan menyebabkan kerosakan kepada mereka, jadi musuh bersukacita dengan ini”.

  1. Fatwa Bin Baz berkenaan Intifadhah
Dalam majalah Arab "Minarul Huda", disiarkan di Beirut, bahawa Saudi-Nadji Grand Mufti, Abdul Aziz bin Baaz telah mengeluarkan Fatwa (Dekri Kehakiman) yang menyatakan bahawa ia adalah HARUS  (dibenarkan) bagi rakyat Palestin untuk berdamai dengan Israel tanpa sebarang urusan sebelum bersyarat.

  1. Fatwa Albani berkenaan Intifadhah
Sebelum Fatwa Bin Baz, AlBani, telah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa Intifada (Kebangkitan) pergerakan umat Islam Palestin adalah HARAM. Fatwa juga berkata bahawa jika umat Islam Palestin tidak menghentikan Pergerakan Intifada dan bergerak keluar dari tanah yang diduduki Israel, maka mereka akan dikelaskan sebagai orang yang telah sedia berdosa. (Minarul Huda Vol.34)[15]

  1. Fatwa Sheikh Ibn Uthaimin berkenaan isu Palestin[16]
Sheikh Ibn 'Uthaimin menyampaikan khutbah Jumaat di mana beliau bercakap mengenai keadaan saudara Muslim dan saudara kita di Palestin.
Secara ringkas, Sheikh menasihatkan umat Islam untuk menderma wang untuk meringankan kesusahan rakyat Palestin, dengan syarat yang ketat bahawa mana-mana derma itu disampaikan kepada orang-orang yang anda tahu akan membenarkan ia untuk mencapai umat Islam bertujuan.
  1. Fatwa  Shaikh 'Abdul-'Aziz l ash-Shaikh dalam isu Palestin[17]
Shaikh 'Abdul-' Aziz Aal ash-Shaykh: "Sesungguhnya melancarkan perang terhadap umat Islam yang lemah di Palestin (Israel) keganasan dan penindasan"
Sheikh 'Abdul-' Aziz Aal ash-Shaykh, ketua Majlis Ulama Kanan dan Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Islam dan Fatawa berkata, “Apa berlaku di Palestin adalah keganasan (Israel).”
Sheikh menasihati agar takut kepada Allah secara rahsia dan secara terbuka dan mematuhi Sunnah yang dipilih Nabi Muhammad S.A.W. dalam semua tindakan dan pertuturan mereka.
Sheikh menambah bahawa agama Islaam telah diperintahkan hormat bagi hak-hak dari segi harta kekayaan, dan diri sendiri, dan ia telah diperintahkan keamanan (membuat) di (zaman), peperangan, serta larangan membunuh wanita dan kanak-kanak, menekankan bahawa Islam jauh dari keganasan, dan yang menganggap keganasan kepada Islam adalah satu ketidakadilan utama.
"Musuh Islam menawarkan budaya dan tamadun palsu yang (negatif) yang membezakan antara manusia, dan menangkis (semua) perjanjian, menawarkan semua jenis senjata untuk memusnahkan manusia".Yang telah menimpa umat Islam hari ini adalah akibat daripada dosa-dosa dan kelemahan iman di samping kehadiran semangat berpuak-puak (tahazzub) dan (banyak) berbeza dalam agama; dan terakhir ummah tidak akan diperbetulkan kecuali oleh yang diperbetulkan pertama umat ".

  1. Fatwa lagi daripada Shaykh Ibn Baaz[18]
Soalan dalam Majmu' Fatawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah – Jilid  1, Page 277 : Apakah pandangan mengenai isu Palestin?
Jawapan :  Sudah tentu, orang Palestin berasa banyak kesakitan dan kesedihan yang besar pada keadaan semakin merosot di Palestin, dengan perkara-perkara buruk.
Negara-negara jiran segera untuk bersatu dalam tentangan mereka (terhadap musuh) dan patuh kepada syariat dalam mendepani isu ini, yang kebimbangan mereka dan semua dunia Islam.
Isu Palestin adalah isu Islam dari awal hingga akhir. Walau bagaimanapun, musuh Islaam telah berusaha amat menjauhkan ia (isu ini) dari jalan Islamik dan menyampaikan kepada umat Islam bukan Arab bahawa ini adalah satu isu Arab, dan bahawa ia tidak kebimbangan bukan Arab. Nampaknya mereka telah berjaya dalam hal ini sehingga ke tahap tertentu.
Inilah sebabnya saya rasa ia tidak mungkin untuk mencapai penyelesaian mengenai isu ini melainkan jika ia dianggap satu isu Islamik, dan umat Islam menyokong satu sama lain dalam keselamatan, dan membuat Jihad terhadap orang Yahudi dalam cara yang Islamik, sehingga masa itu tanah ( rakyat Palestin) dikembalikan kepada pemilik (yang sah) Palestin.
Orang Yahudi menceroboh kembali ke tanah mereka (sendiri) dari mana mereka datang, sekali gus meninggalkan orang-orang Yahudi yang benar untuk kekal di tanah mereka di bawah pemerintahan Islaam, dan bukan melalui komunisme dan juga sekularisme.
Semua pemilik yang sah hendaklah kembali ke tanah mereka di bawah pemerintahan Islam, dan tidak di bawah mana-mana lain (pemerintahan).

  1. Fatwa Albani setuju tindakan  amaliyah istisyhadiah walaupun hanya secara umum sahaja[19].
Di dalam Shahih Mawarid Azh Zham’an oleh Syaikh al AlBany (diterbitkan setelah beliau wafat), dia berkata pada bab kedua, halaman 119, setelah menjelaskan hadits popular Abu Ayyub, mengenai firman Allah ‘walaa tulqu bi aydiikum ilat-tahlukah’, dia berkata :
Dan ini adalah kisah popular yang menjadi bukti yang sekarang dikenal sebagai operasi bunuh diri dimana beberapa pemuda Islam pergi lakukan terhadap musuh-musuh Allah, akan tetapi aksi ini diperbolehkan hanya pada keadaan  tertentu dan mereka melakukan aksi ini untuk Allah dan kemenangan agama Allah, bukan untuk riya, atau depresi akan kehidupan”

BAHAGIAN C
Bagaimana pula dengan fatwa-fatwa lain yang jelas menghurai kepentingan jihad di Palestin? Perhatikan senarai di bawah;
  1. Pandangan Syeikh Zuhaili terhadap fatwa : Haram Demonstrasi sokong Gaza[20]
Ulama salafi asal Saudi, Syeikh Shalih Al Luhaidan BERfatwa HARAM  demonstrasi dalam rangka membela Palestina.
Syeikh Shalih Al Luhaidan (Ketua Majlis Al A’la li Al Qadha’ Arab Saudi) berfatwa  bahawa demonstrasi yang terjadi di jalanan Arab untuk membela warga Gaza termasuk membuat “fasad fi Al Ardhi“ iaitu kerusakan di muka bumi.
Beberapa ulama termasuk Wahbah az Zuhaili menyatakan bahwa Fatwa Luhaidan yang telah disiar  oleh akhbar al Hayat sebagai “perkataan yang amat memalukan“ bagi dunia Islam.
Beberapa ulama yang melakukan pertemuan di Kaherah sepakat bahawa demontrasi mendukung warga Gaza yang sedang dibantai Israel saat ini adalah wajib, secara syar’i dan aqli.
Ulas Syeikh : “Di mana letak kerusakan di bumi, ketika kita melakukan demontrasi menentang kekejaman Israel atas Gaza? Mengatakan hal itu (pelarangan demonstrasi) sama dengan mengakui penjajahan. Jika demontrasi untuk menghancurkan kemungkaran maka hal itu bukan menciptakan kerusakan di bumi.”
Kata Wahbah az Zuhaili:  “Fatwa ini tidak benar, dan ini dipengaruhi oleh situasi yang ada di Saudi, dan mereka selalu menjaga adat, karena raja-rajanya menolak munculnya demontrasi.”
  • Dr Abdul Mu’thi Al Bayumi, anggota Majma’ Al Buhuts Al Islami Al Azhar, Mesir juga menyatakan bahwa fatwa itu tidak dibenarkan.
  • Dr Abdul Lathif Mahmud Al Mahmud, anggota Majlis Al A’la li Syu’un Al Islamiyah (Majlis Tinggi untuk Urusan Keislaman), Mesir mengatakan, “Apa yang merusak bumi yang dikatakan Luhaidan?! Saya yakin bahawa fatwa ini menyalahi syariat Allah. Allah berfirman,“Dan persiapkanlah kekuatan segalah apa yang kalian mampui“ [Al Anfal: 60].
  • Dr Hasan As Syafi’I, mantan rektor Al Jami’ah Al Islamiyah Pakistan juga menegaskan bahawa ulama’ yang mengeluarkan fatwa demikian harus bertanggungjawab.
  1. Fatwa ulama’ dahulu dan sekarang berkenaan isu tanah Palestin.
  • Pada 26 Januari 1935, satu pertemuan di antara ulama’-ulama’ Palestin telah mengeluarkan satu fatwa secara ijmak bahawa haram hukumnya menjual tanah Palestin atau menjadi orang tengah dalam urusan penjualan tanah tersebut dalam apa bentuk sekalipun[21].
  • Ulama Di Najd (Saudi hari ini) telah mengeluarkan fatwa pada bulan Julai 1937 yang menyatakan wilayah Yahudi di negara Islam adalah bathil.
  • Ulama di Iraq juga mengeluarkan fatwa pada masa yang sama (1930an)  mengenai kewajipan setiap individu muslim menentang usaha menegakkan negara Yahudi di Palestin.
  • Syeikh Muhammad Rashid Redha juga berfatwa menyatakan sesiapa yang menjual mana-mana tanah Palestin kepada Yahudi atau Inggeris maka dia seolah-olah menjual Masjidil Aqsa dan watan (tanah air umat Islam) seluruhnya.
  1. Fatwa mengambil kewarganegaraan Israel
  • Di dalam akhbar Al Muslimun bertarikh 23 Ogos 1996, Mufti Quds dan Palestin, Syeikh Akrimah Sobri berkata bahawa majlis kehakiman tertinggi di Palestin telah mengeluarkan fatwa haram syar’ie untuk rakyat Palestin mengambil kerakyatan Israel walau dalam keadaan apa sekalipun kerana ini mengiktiraf penjajahannya.
  1. Fatwa melakukan perhubungan dan perjanjian dengan Palestin.
  • Selepas terbinanya negara Yahudi di Palestin pada tahun 1948, Lujnah Fatwa Al-Azhar pada tahun 1956 telah mengeluarkan fatwa bahawa haram dari segi syara’ mengadakan sebarang perjanjian damai dengan Israel[22].
  1. Fatwa ziarah Masjid Aqsa (bagi umat Islam di luar Palestin)
  • Hukum menziarahi negara yang dijajah oleh Yahudi haram syar’ie kerana memberi keuntungan kepada penjajah dan seolah-olah meredhoi mereka[23].
  • As-syeikh Yusof Qardhawi mengeluarkan fatwa atas larangan umat Islam menziarahi Masjidil Aqsa  kerana implikasinya mengiktiraf penjajahan Yahudi.
  • Raja Saudi, Al-Malik Faizal pada tahun 70an dulu pernah mengatakan umat Islam dibolehkan untuk menziarahi Masjidil Aqsa dengan satu syarat iaitu UNTUK BERJIHAD SAHAJA  (tujuan lain selain darinya adalah tertolak meskipun untuk menziarahi dan bersembahyang di dalam Masjidil Aqsa).
  1. Fatwa Jihad di Palestin
  • Ulama al-Azhar telah mengeluarkan fatwa pada tahun 1947, wajib berjihad untuk melindungi Masjid al-Aqsa dan menyelamatkan Palestin.
  • Dalam kitab "Majmu’ah Rasail al-Banna" مجموعة رسائل للإمام حسن البنا dalam “Risalah Jihad”  (1948M) sengaja ditulisnya tajuk tersebut pada tahun itu sempena peristiwa khusus yang sedang berlaku di Palestin.  “Islam mewajibkan jihad keatas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas setiap bahu muslim. Amanah menyampaikan risalah agama adalah risalah pemberi petunjuk kepada manusia menuju kearah pintu gerbang keadilan dan kebenaran”.
  • Imam Ahmad bin al-Sowi al-Misri menulis dalam kitabnya tentang kefardhuan jihad iaitu“Balaghatul Salik li Aqrabul Masalik” disisi pendapat mazhab Maliki[24] :
Berjihad pada jalan Allah taala untukmeninggikan agama-Nya adalah fardhu kifayah iaitu apabila telah melakukannya sebahagian daripada umat Islam maka telah gugurlah kefardhuan keatas mereka yang lain. Akan tetapi ianya akan menjadi fardhu ‘ain ke atas semua umat Islam sebagaimana kefardhuan solat dan zakat".  "Maka wajib keatas mana-mana ketua negara umat Islam menolong dan menyerang musuh yang telah mendatangi negara umat Islam bahkan setiap umat Islam yang berdekatan dengan negara tersebut wajib menolong mereka sekiranya rakyat negara tersebut lemah dan tidak berdaya. Para wanita dan hamba wajib bersama keluar menolong walaupun tidak mendapt keizinan daripada suami dan majikannya”.
  • Imam al-Nawawi dalam kitab “al-Manahij” yang dikarang disisi pandangan mazhab Syafie : “Adalah jihad pada zaman Rasulullah s.a.w. merupakan fardhu kifayah, dan ada pendapat yang mengatakan fardhu ‘ain. Dan jihad selepas zaman Rasulullah s.a.w. terhadap orang kafir ada dua keadaan :
i) Fardhu kifayah jika dalam negeri kuffar. Maka apabila sebahagian daripada orang Islam telah menunaikannya maka gugurlah kefardhuan daripada mereka yang lain.
ii) Jika mereka masuk kedalam negeri kita (negeri umat Islam) maka wajib untuk rakyat negara tersebut untuk mempertahankannya daripada diceroboh sedaya yang ada. Maka sekiranya mampu maka wajib mempersiapkan diri untuk berperang walaupun melibatkan orang-orang miskin, remaja, orang yang berhutang, hamba tanpa izin (tuannya/majikannya)”.
  • Ibnu Qudamah dalam kitabnya “al-Mughni” ada menulis tentang hukum berjihad disisi pendapat mazhab Hanbali : “Jihad merupakan fardhu kifayah, jika telah menunaikannya sebahagian daripada orang Islam maka gugurlah kefardhuan tersebut kepada yang lain. Berjihad mempunyai tiga keadaan :
i) Apabila telah bertemunya dua kelompok tentera dan berhadapan dua saf tentera(antara muslimin dan kuffar) maka haram keatas sesiapa yang berada disitu untuk mengundurkan diri bahkan wajib menolong berjihad pada keadaan tersebut.
ii) Apabila telah masuk golongan kuffar kedalam negeri mat Islam maka wajib kepada seluruh umat Islam dalam negara tersbut untuk memerangi mereka dan mengalahkan musuh
iii) Apabila ketua (pemimpin negara) keluar bersama satu puak (tentera) maka wajib juga ikut serta keluar berjihad bersama mereka.
  • Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf r.h (Mufti Mesir yang lepas) telah mengeluarkan fatwa yang menyatakan[25] : “Palestin merupakan negara Islam manakala Israel telah melakukan pencerobohan keatasnya. Seluruh dunia Islam diwajibkan untuk menghidup dan menggerakkan semangat jihad dikalangan masyarakat Islam untuk membebaskan Palestin dan menegakkan hukum Allah serta menolong rakyatnya. Haram bagi sesiapa dikalangan umat Islam yang menolong Israel atau memuliakan mereka bahkan haram dalam apa jua sekalipun untuk membantu mereka mendapatkan walupun satu depa tanah Palestin. Mengiktiraf pembentukan negara haram Israel merupakan satu pengkhianatan kepada Allah dan Rasul serta seluruh umat Islam yang telah dipertanggugjawabkan untuk menjaganya.   Oleh itu, wajib terhadap semua umat Islam walaupun berbeza pertuturan bahasa, warna kulit, bangsa, negara dan lain-lain untuk mengembalikan Palestin kepada rakyatnya yang sebenar. Serta wajid menolong untuk membekalkan senjata kepada para mujahidin yang berjuang dan pelbagai kelengkapan untuk menolong mereka berjihad pada jalan Allah”.
  • Syeikhul Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud dalam kitab “al-Fatawa”  iaitu himpunan daripada fatwa-fatwa yang telah dikeluarkannya ada menyebutkan[26] :  
Menyebarkan kalimah Tauhid (Islam) merupakan kewajipan umum kepada seluruh umat Islam begitulah juga untukmempertahankan negara umat Islam. Maka mengusir dan menghalau musuh daripada tanah umat Islam merupakan kewajipan. Mengusir Israel daripada Masjidil Aqsa dan daripada apa sahaja belenggu dan penjajahan dalam bumi umat Islam merupakan satu kewajipan. Ianya adalah satu perkara yang suci dan mulia bahkan wajib fardhu ‘ain keatas semua umat Islam”.
“Peperangan antara arab dengan Israel merupakan jihad dan dalam masa yang sama adalah mempertahankan hak dan maruah umat Islam yang telah ditindas dan diceroboh. Sesapa yang mati maka dinilai sebagai syahid disisi Allah. Rakyat Palestin ada yang terpaksa keluarmeninggalkan bumi sendiri kerana teruknya mehnah dan tribulasi yang menimpa mereka dalam pelbagai aspek. Maka wajib kepada semua negara-negara Islam yang ada untuk membantu mengembalikan hak mereka. Sekiranya ada mana-mana negara umat Islam yang tidak mengambil bahagian maka ia merupakan satu jenayah terhadap Allah dan Rasul-Nya”.
  • Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam fatwa mengenai Palestin ada menyatakan[27] :
Aku ingin menegaskan bahawasanya bumi Palestin merupakan bumi umat Islam. Ianya bukan sahaja milik rakyat Palestin semata-mata tetapi milik umat Islam seluruhnya daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Sekiranya satu generasi telah mengabai dan menyalah-gunakannya maka haram untuk  seluruh umat Islam berputus asa daripada melepaskannya kepada musuh.
Sekiranya rakyat Palestin tidak mampu untuk mempertahankan hak mereka maka wajib kepada seluruh umat Islam yang lain untuk menolong mempertahankan hak tanah kelahiran mereka. Wajib menolong untuk melawan musuh dan mempertahankan Masjidil Aqsa".
"Sekiranya kita tidak mampu untuk turun berperang dan berjuang bersama mereka maka musuhilah mereka dengan pelbagai cara untuk menolong umat Islam dengan cara penerangan dan penyampaian maklumat secara menyeluruh. Maka mana mungkin rakyat Palestin sendiri yang sanggup untuk menggadaikan hak mereka (dengan menjual tanahair mereka sendiri)”.    
Firman Allah :
وما لنا ألا نقاتل في سبيل الله وقد أخرجنا من ديارنا وأبنائنا
Mengapa kami tidak akan berperang pada jalan Allah sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dipisahkan dari anak-anak kami? (Surah al-Baqarah : 246)
  1. Fatwa hukum AMALIAH ISTISHHADIAH (syahid bomber) di Palestin[28].
  • Fatwa telah dikeluarkan oleh ulama’ al-Azhar bahawa Amaliah Istishhadiah di Palestin adalah semulia-mulia syuhada’ di sisi Allah. Ulama’ Azhar berkata, “HARUS bagi rakyat Palestin meletupkan diri mereka untuk memusnahkan orang-orang Israel atau tempat-tempat Israel. Atas alasan :
§    Israel adalah negara perang dan seluruh penduduknya adalah ahli yang boleh diperangi dan darah mereka adalah halal.
§    Negara Palestin adalah tempat yang suci yang mana adalah lebih berhak nyawa, darah dan harta dikorbankan kerana syahid di bumi Palestin adalah semulia-mulia syuhada’ muslimin.
  • Dr Juanda menulis : Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid[29].
  • Al Qaradhawi berfatwa : Para pemuda pembela tanah airnya, bumi Islam, pembela agama, kemuliaan dan umatnya, mereka itu bukanlah orang-orang yang bunuh diri. Mereka sangat jauh dari bunuh diri, mereka benar-benar orang syahid. Saya (Al Qardhawi) yakin kebenaran itu sudah sangat jelas sekali, cahaya pagi itu sudah nampak bagi yang punya indera. Semua pendapat di atas membantah mereka yang mengaku-aku pintar, yang telah menuduh para pemuda yang beriman kepada Tuhannya kemudian bertambah yakin keimanannya itu. Mereka telah menjual dirinya untuk Allah, mereka dibunuh demi mempertaruhkan agamaNya. Mereka menuduhnya telah membunuh diri dan menjerumuskan dirinya ke dalam kebinasaan. Mereka itu, insya Allah, adalah para petinggi syahid di sisi Allah. Mereka adalah elemen hidup yang menggambarkan dinamika umat, keteguhannya untuk melawan, ia masih hidup bukan mati, masih kekal tidak punah[30].
  • Fatwa Syeikh Hamid bin Abdillah Al Ali. Katanya: “Aksi bom syahid ini tidak ada bezanya dengan jika dia tampil  ke tengah-tengah barisan musuh untuk membunuh musuh sebanyak-banyaknya tanpa maksud membunuh dirinya. Akan tetapi dalam hal ini. Dia menjadikan dirinya sebagai saranan untuk membunuh musuh. Secara syar’i dua hukum ini tidak ada bedanya. Fatwa-fatwa ahlul ilmi yang telah kami sebutkan membolehkan seorang mujahid melakukan aksi ini demi kepentingan yang syar’i seperti untuk menewaskan musuh atau memberi semangat kepada kaum Muslimin agar berani menghadapi musuh-musuhnya atau melemahkan semangat musuh atau menghancurkan kejiwaan mereka[31].
  • Mufti Mesir, Ahmad Al-Tayyeb, memberitahu satu persidangan di Universiti Kaherah yang "syahid meletupkan sasaran pendudukan Israel, adalah tindakan yang 100% dibenarkan mengikut undang-undang agama Islam, dan dilarang untuk memudahkan serangan [tentera Amerika '] sebuah negara Islam ... Sebarang cubaan untuk menyerang Iraq adalah dilarang oleh undang-undang agama Islam dan oleh moral, dan Islam melarang, dan juga menyuruh orang yang beriman itu untuk menentang cubaan pencerobohan dan pendudukan Islam terhadap pengeluaran mana-mana bandar Arab atau Islam, sama ada ia menjadi Baghdad atau di Palestin. "[32]
  • Syeikh Al-Azhar, Mohamed Sayyed Tantawi menarik balik fatwa beliau lepas mengenai larangan membunuh orang awam Israel. Beliau berkata bahawa membunuh mereka (orang awam Israel) adalah harus, selagimana orang awam bukannya tujuan sasaran utama serangan. Beliau menambah (sebagaimana kenyataan beliau yang disiarkan oleh agensi berita Al-Sharq Al-Awsat) bahawa perbuatan  orang-orang Palestin yang mengebom diri sendiri itu adalah harus dari segi syara', tidak berdosa jika semasa pengeboman itu orang-orang awam (Israel) turut terkorban[33].
Semoga paparan kesemua fatwa ini membantu usaha kita mempertahankan nilai darah para syuhada’ yang cuba dipertikai oleh manusia yang jahil dan tergolong dalam golongan mutaqaidun (berpeluk tubuh).
12.51 am
18 Disember 2012
Siputeh





[1] Majallah Al-liwa' al Urduniyah hal 16 Hari Rabu tgl 7 bulan 7 th 1993 M
[2] Kitab al-Fatawa al-bani, cetakan maktabah al-turots, hal. 18.
[3] Syarah Al-Mumti’ oleh Syeikh Ibnu Uthaimin, 8/9-10
[5] Kenyataan GAMIS jawab hujah ILMU bahawa jika kekuatan tidak seimbang, baik berdamai.  Bagaimana kes Perang Badar? Adakah kekuatan tentera Nabi seimbang?
[6] Soalan Kedua Fatwa No: 7122 Fatwa Majlis Pembesar Ulama, Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi Abdulaziz bin Abdullah bin Baz, Abdul Razzaq Afifi, Abdullah bin Qhudayyan, Abdullah bin Qu’uud.
[8] Ibid
[12] Sheikh Ibn ‘Utsaimin. Majmu’ Fataawa- 3/39, 40. Dar Al-Watan, 2000.
[20] Hidayatullah.com
[21] teks penuh ucapan yang ditanda tangani oleh Mufti Besar Al-Haj Amin Al-Husaini sila rujuk FATAWA IMAM AMIN HUSAINI ALHAJ : 1
[23] Dikeluarkan oleh Fadhilatul Syeikh Saiyyid Askar, Mudir am bagi bahagian da’wah dan penerangan agama di Al Azhar as syarif.
[25] Bertarikh 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 1 Januari 1956  melalui Lajnah Fatwa Al-Azhar, Mesir.
[26] Kitab al-Fatawa oleh Syeikhul Akbar al-Imam Abdul Halim Mahmud : Jilid 2, m/s 114-115
[27] Kitab Fatawa min Ajli Falestin karangan Syeikh Yusuff al-Qardhawi : m/s 13
[30] Fatwa Mu’ashirah, hal. 503-505, Jld. 3. Cet.1, Darul Qalam, Kaherah
[32] http://www.egypt-facts.org , March 11, 2003.
[33] Reuters & Al-Jazeera  pada tarikh 21 Mac 2002

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...