Pembaca Setia

Thursday, October 26, 2023

MANFAAT APLIKASI KEFAHAMAN TAALUQ SIFAT ALLAH DALAM KEHIDUPAN KITA



MANFAAT APLIKASI KEFAHAMAN TAALUQ SIFAT ALLAH DALAM KEHIDUPAN KITA

Muhammad Nuruddin Bashah[i]

Ta‘alluq  hanya berlaku pada sifat Maani sahaja.  Sifat maani adalah sifat wujudiyah yang boleh dilihat pancaindera jika dibuka hijab kita.

Menurut Tuan Guru Raof Nurin dalam kitabnya Ringkasan Akidah Ahli Sunnah, untuk memahami mudah makna Ta‘alluq  adalah tugas atau tugas sifat sifat Allah selain tugasnya berdiri pada zat.

Dalam 7 sifat maani hanya hayah tiada Ta‘alluq  kerana ia syarat kepada kewujudan 6 sifat maani yang lain.  Hal ini kerana tidak sah dihukumkan sesuatu zat itu bersifat dengan berkuasa, berkehendak, berpegetahuan, mendengar, melihat dan berkata,  pada akal melainkan dengan keberadaan sifat Hayah ini.

Ta‘alluq  itu tidak wujud tidak ma’dum, tetapi ia adalah amrun I’tibari.

Ta‘alluq ‘menyuaipadan’ baharu pada af’al Allah dengan keqadiman zat Allah SWT. Apabila al-Asha‘irah mengisbatkan af‘al Allah (perbuatan Allah, misalnya mencipta Zaid) sebagai baharu, maka ia tidak dihimpunkan sebagai  sebahagian daripada sifat wajib bagi Allah SWT (al-sifat  al-wujubiyyah) kerana ciri sifat wajib ini mesti qadim dan  azali. Ia  dihimpunkan sebagai  pekerjaan terhadap perkara harus (iaitu ta’alluq tanjizi hadis.

al-Maturidiyyah pula mengisbatkan bentuk atau sifat hubungan af‘al Allah dengan hamba sebagai qadim (proses penciptaan Zaid itu adalah qadim juga walaupun baru berlaku). Imam maturidi tidak meletakkan ta’alluq tanjizi hadis sebaliknya proses penciptaan itu dinamakan al-takwin (pembentukan) yang berperanan  mengaitkan suatu yang qadim dengan suatu yang baharu.

al-Maturidiyyah mengemukakan konsep al-takwin adalah untuk menolak pemahaman af‘al Allah sebagai baharu.

 

Hukum mengetahui selok belok ta’lluq sifat Allah.

Mengetahui semua ta’alluq bukanlah wajib ke atas mukallaf kerana ia termasuk daripada perkara yang rumit dalam ilmu kalam sebagaimana yang dinukilkan Syeikh al-Barawi[8] daripada Sayyidi Muhammad al-Saghir dan disebutkan oleh al-Syeikh al-Shanwani.

 

Jenis ta’alluq yang ada dan definisinya.

Penulis menggunakan matan Kifayatul Awwam untuk mendefinisikannya. Definisi ta’alluq ini perlu dihurai berasingan bagi setiap sifat maani yang terlibat.

  1. Ta’alluq Suluhil Qadim.

تَعَلُّقٌ صُلُوْحِيٌّ قَدِيْمٌ وَ هُوَ صَلَاحِيَتُهَا فِي الْأَزَلِ لِلْإِيْجَادِ

ta‘alluq shulūḥī qadīm ya‘ni patutnya@bakat@kemampuan (qudrat) pada zaman azali untuk menjadikan (mencipta dll). Al Maturidi memanggil ia sebagai sifat tamkin.

  1. Ta’alluq tanjizi qadim

وَ لَهُ تَعَلُّقٌ تَنْجِيْزِيٌّ قَدِيْمٌ فَقَطْ فَاللهُ تَعَالَى يَعْلَمُ هذِهِ الْمَذْكُوْرَاتِ أَزَلًا عِلْمًا تَامًّا

Dan bagi ‘ilmu itu ta‘alluq tanjīzī qadīm saja. Maka Allah s.w.t. mengetahui akan segala yang tersebut ini pada zaman azali dengan pengetahuan yang sempurna.

Jika sifat sama’ dan basar bermakna Allah mendengar dan melihat sejak qadim (tanpa awal)

 

  1. Ta’alluq tanjizi hadis

وَهذَا التَّعَلُّقُ تَنْجِيْزِيٌّ بِمَعْنَى أَنَّهَا تَعَلَّقَتْ بِالْفِعْلِ وَ التَّعَلُّقُ التَّنْجِيْزِيُّ حَادِثٌ.

Ta‘alluq ini adalah tanjīzī dengan ma‘na bahwa dia (sifat qudrat) ta‘alluq (bertugas) dengan perbuatan (penciptaan). Dan ta‘alluq tanjīzī tersebut adalah ḥādis (proses penciptaan memang  baharu).

 

  1. Ta’alluq qabdhah

وَ لَهَا تَعَلُّقٌ مَجَازِيٌّ وَ هُوَ تَعَلُّقُهَا بِالْمَوْجُوْدِ بَعْدَ وُجُوْدِهِ وَ قَبْلَ عَدَمِهِ كَتَعَلُّقِهَا بِنَا بَعْدَ وُجُوْدِهَا وَ قَبْلَ عَدَمِنَا وَ يُسمَّى تَعَلُّقَ قَبْضَةٍ بِمَعْنَى أَنَّ الْوُجُوْدَ فِيْ قَبْضَةِ الْقُدْرَةِ إِنْ شَاءَ اللهُ أَبْقَاهُ عَلَى وُجُوْدِهِ وَ إِنْ شَاءَ أَعْدَمَهُ بِهَا.

Dan bagi qudrat itu ada ta‘alluq majāzī ya‘ni ta‘alluqnya (perkaitan)  qudrat dengan yang maujūd sesudah terwujūdnya (makhluk itu)  dan sebelum ‘adamnya seperti ta‘alluqnya qudrat dengan kita sesudah terwujūdnya kita dan sebelum ‘adamnya (matinya) kita (ertinya sesudah kita ada dan sebelum kita tiada). Dan ta‘alluq itu dinamakan dengan ta‘alluq qabdhah dengan ma‘na bahawa wujūd itu ada pada genggaman qudrat, jika Allah menghendaki maka Dia menetapkannya atas wujūdnya dan jika Allah menghendaki maka Dia meniadakannya dengan qudrat tersebut.

  1. Ta’alluq inkisyaf

تَعَلُّقُ الْعِلْمِ بِهَا تَعَلُّقُ انْكِشَافٍ بِمَعْنَى أَنَّهَا مُنْكَشِفَةٌ لَهُ تَعَالَى بِعِلْمِهِ

ta‘alluqnya ‘ilmu dengan tiga perkara itu adalah ta‘alluq inkisyāf dengan ma‘na bahwa dia itu tersingkap bagi Allah s.w.t. dengan ‘ilmu-Nya.

Sifat sama’ dan basar juga memiliki ta’alluq inkisyaf ini.

 

  1. Ta’alluq Dalalah

و تَعَلُّقُ الْكَلَامُ بِهَا تَعَلُّقُ دَلَالَةٍ بِمَعْنَى أَنَّهُ لَوْ كُشِفَ عَنَّا الْحِجَابُ وَ سَمِعْنَا الْكَلَامَ الْقَدِيْمَ لَفَهِمْنَاهَا مِنْهُ

sedangkan ta‘alluqnya kalām dengan tiga perkara itu ( ta’alluq pada perkara wajib, harus dan mustahil) adalah ta‘alluq dalālah dengan ma‘na bahwa kalau disingkap ḥijāb dari kita dan kita mendengar kalam yang qadīm niscaya kita dapat memahaminya dari kalām itu.”

Sifat kalâm, dinamakan ta’alluqnya dengan ta’alluq dalalah, artinya menunjukkan atau menfirmankan segala hal yang wajib, mustahil dan jaiz adanya.

 

Skop ta’alluq 6 sifat maani.(kepada siapa sifat ini beri kesan?)

Sifat Qudrah -ta’sir (beri kesan) bertindak menjadikan segala perkara mumkin (makhluk).

Sifat Iradah - takhsis bertindak bagi menentukan perkara mumkin.

Sifat ‘Ilm -  inkisyaf bertindak menyingkap hakikat sekalian yang wajib, mustahil dan harus pada akal.

Sifat Sama‘ dan Basar - inkisyaf bertindak menyingkap segala yang mawjudat (yang ada samada Allah atau makhluk).

Sifat Kalam - dilalah bertindak bagi menunjukkan segala yang ada dalam ta’alluq  ilmu Allah SWT.

Hayat tiada skop dan ta’alluq

 

Jenis ta’alluq 6 sifat maani (bila sifat ini beri kesan?)

Qudrah – suluhil qadim, tanjizil hadis, qabdhah (majazi)

Iradah – suluhil qadim, tanjizil qadim, tanjizil hadis (khilaf)

Ilm – tanjizil qadim

Sama’ – suluhil qadim, tanjizil qadim, tanjizil hadis

Basar - suluhil qadim, tanjizil qadim, tanjizil hadis

Kalam – Tanjizil qadim, suluhil qadim, tanjizil hadis.

Hayat – tiada

 

Faedah kita mengetahui perihal taaluq sifat Maani.

  1. Menjawab persoalan kenapa Allah tidak cipta tuhan sepertinya atau buat batu besar yang tidak mampu Dia angkat?

Taaluq Qudrah hanya pada mumkin (makhluk) bukannya pada perkara wajib akal (Allah) dan mustahil akal (mustahil Allah dibanding dengan batu besar dan mustahil Allah ada dua yang mana sifat wahdaniyyah telah selesai nafikan perkara ini).

Jika Allah bertaaluq Qudrah pada perkara wajib (diri Allah) maka akan jadi tahsilul hasil iaitu menjadikan perkara yang telah terhasil.

Nama saya Muhammad Nuruddin dan sekarang saya nak wujudkan nama saya yang baru iaitu Muhammad Nuruddin, maka bodohlah jika membuat perkara tahsilul hasil.

Jika ada kata Allah bolehkah tiadakan Allah sendiri makai a menjadi qalbul haqaiq iaitu terbaliklah satu kenyataan hakikat iaitu Allah wajib ada yang dari awal kita persetujui. Maka sebab itu taaluq Qudrah Allah tidak akan meniadakan perkara wajib ada.

Ibnu Taimiyah menganggap Allah sentiasa menciptakan kerana mengatakan Qudrah itu sifat yang sentiasa ada pada Allah. Bila kita menolak perbahasan Ta‘alluq  kita akan emnganggap Allah akan buat sesuatu tanpa henti dari dahulu hingga sekarang sedangkan yang ada pada Allah sejak qadim adalah kemampuan mencipta manakala proses penciptaan itu hadis (baharu) kerana ia berlaku ada makhluk dan ada masa.

  1. Menjawab persoalan Allah itu berkuasa membuat, jadi adakah selamanya Allah membuat sesuatu, misalnya cipta Zaid, adakah dari dulu Allah mencipta zaid, sekarang cipta Zaid dan selamanya mencipta Zaid?

Tanjizi hadits pada qudrah bermakna Allah Ta’ala menciptakan sesuatu atau meniadakannya dengan qudrahnya pada waktu dan tempat tertentu. Penciptaan atau meniadakan sesuatu itu adalah baharu, karena bersifat dengan waktu atau tempat, misalnya Allah menciptakan si Umar pada hari Isnin yang lahir di Johor. sifat menciptakan atau mematikan (sebagai contoh) adalah sifat baharu bagi Allah Ta’ala dan karenanya tidak berdiri pada zat Allah yang qadim. Yang qadim yang berdiri pada zat Allah Ta’ala adalah sifat qudrah.

Bakat kemampuan Allah mencipta itu Ta‘alluq  suluhil qadim telah ada sedia pada Allah dan ia qadim. Tetapi penciptaan sesuatu pada masa tertentu adalah perbuatan yang baru berlaku akibat Ta‘alluq  tanjizi hadis yang mencipta ketika itu. Jika kita anggap Allah ada qudrah sahaja maka kita akan anggap Allah dari dulu hingga bila-bila sedang mencipta sesuatu itu.

  1. Akibat tolak taalluq tanjizi hadis

Penciptaan Allah (tanziji) akan dianggap azali, penciptaan Zaid dianggap telah berlaku azali maka Zaid itu azali (qadim) dan ini adalah mustahil. Inilah perlu bezakan kemampuan cipta (Ta‘alluq  suluhil qadim) dengan proses penciptaan (Ta‘alluq  tanjizi hadis).

 

  1. Memahami kesalahan qadariyah.

Dalam ilmu akidah keadaan seseorang itu ditimpa penyakit sememangnya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali selari dengan ketetapan takdirNya. Keadaan ini dinamakan sebagai ta’alluq sulhi qadim. Apabila tiba waktu ditimpakan penyakit, keadaan ini dinamakan sebagai ta’alluq tanjizi qadim. Kedua-dua ta’alluq ini menjelaskan ketetapan Allah SWT atas segala perkara yang berlaku sejak azali. Seterusnya apabila seorang hamba itu sama ada berwaspada dan mengambil langkah pencegahan dan akhirnya terselamat, atau tidak berbuat apa[1]apa dan menyerahkan sahaja tanpa usaha dan akhirnya dijangkiti, keadaan itu pula dinamakan sebagai ta‟alluq tanjizi hadith. Walau bagaimanapun ketetapan takdir itu merupakan rahsia Allah SWT yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Oleh yang demikian menjadi tugas hamba untuk menjalani kehidupan dengan sebaik-baik ikhtiar dan daya usaha masing-masing. Pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah adalah seimbang dan sederhana antara dua pandangan yang ekstrem iaitu Jabariyyah yang menafikan daya kasb manusia dengan Qadariyyah di satu pihak yang menafikan ketentuan Allah SWT dalam tindak tanduk manusia.

  1. Konsep ikhtiar seorang makhluk

Konsep al-kasb dan ikhtiar perlu digarap sebaiknya dan berusaha mengambil pendekatan dan tindakan untuk membendung penularan wabak selari dengan nas-nas syarak dan sunnah para sahabat. Namun begitu usaha dan ikhtiyar manusia tidak seharusnya mengatasi keyakinan bahawa Allah SWT sebagai pemilik takdir dan ketentuan alam. Meskipun takdir merupakan ketentuanNya manusia perlu menjalani kehidupan dengan berusaha semampu mungkin memandangkan tiada seorang pun yang tahu keadaan takdir seseorang dalam kehidupan.

  1. Selepas kita dilahirkan apa kaitan kita (makhluk) dengan sifat Qudrat Allah? Atau sudah tiada kaitan?

Ada kaitan iaitu ada ta’alluq qabdhah iaitu genggaman qudrah Allah pada kita iaitu Allah berkuasa mengekalkan kewujudan kita atau mematikan kita. Ta’alluq ini majazi sahaja.

Ta’alluq qabdhah ada 3 kali iaitu: sebelum kita dicipta (Allah kekalkan ketiadaan kita), ketika mencipta kita (Allah kekalkan kewujudan kita ketika itu) dan ketika ketiadaan kita selepas mati (Allah kekalkan ketiadaan kita)

Jadi ta’alluq qabdhah inilah ‘connection’ kita (makhluk) dengan sifat Qudrah Allah pada zatnya. Tidak bermakna Allah mencipta kita 24 jam dan tidak pula bermakna Allah tiada kaitan dengan kita selepas diciptakan.

  1. Bolehkah Allah buat batu besar dari zatNya atau perkara yang melampaui zatNya?

Jawapannya kita guna matan Kifayatul Awwam.

فَلَا يَتَعَلَّقَانِ بِالْمُسْتَحِيْلِ كَالشَّرِيْكِ تَنَزَّهَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ وَ لَا بِالْوَاجِبِ كَذَاتِهِ تَعَالَى وَ صِفَاتِهِ

Maka keduanya itu (sifat iradah dan qudrah Allah) tidak ta‘alluq dengan yang mustaḥīl seperti sekutu Allah. Maha Suci Allah s.w.t. dari padanya dan tidak pula dengan yang wajib seperti zātnya Allah s.w.t. dan sifat-sifatNya.”

 

وَ مِنَ الْجَهْلِ قَوْلُ مَنْ قَالَ إِنَّ اللهَ قَادِرٌ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا لِأَنَّهُ لَا تَعَلُّقَ لِلْقُدْرَةِ بِالْمُسْتَحِيْلِ وَ اتَّخَاذُ الْوَلَدِ مُسْتَحِيْلٌ.

 

Dan sebagian dari kebodohan adalah ucapan orang yang berkata: Sesungguhnya Allah itu kuasa untuk menjadikan seorang anak (bagi-Nya) karena tidak ada ta‘alluq (keterkaitan) bagi qudrat itu dengan yang mustaḥīl sedangkan menjadikan anak (bagi diri-Nya itu) adalah mustaḥīl.

Dalam tahqiqul Maqam syarah Kifayatul Awaam menyatakan:

Sungguh keliru orang yang mengatakan bahawa Allah mampu menciptakan anaknya kerana sebenarnya ta’alluq Qudrat Allah tidak berhubung dengan perkara mustahil malah mencipta anak bagi Allah itu hal mustahil dan membuat benda mustahil menunjukkan bahawa Allah itu lemah.

 

  1. Sejauh mana Allah boleh mendengar dan melihat? Sejauh mana Allah tahu tentang kita?

Allah melihat dan mendengar berta’alluq sifat mendengar dan melihatnya dengan ta’alluq inkisyaf (meliputi). Allah melihat dan  mendengar zat  Zaid, Amru atau zat tembok batu. Mendengar suara itu biasa tetapi mendengar zat itu luar biasa dan itulah yang wajib kita imani betapa mendalamnya pendengaran Allah. Allah mendengar dan melihat juga zatnya dan sifatnya melalui ta’alluq tanjizil qadim iaitu sedia mendengar dan melihat pada zat dan af’alNya. Bagaimana? Jangan difikirkan bagaimana Allah memang Maha Malihat dan Mendengar zat dan sifatnya serta perbuatannya

  1. Mengetahui kedudukan firman Allah kepada kita melalui ta’alluq sifat kalam

Selain ta’alluq dilalah (menunjukkan ke atas perkara wajib, mustahil dan harus akal) sifat kalam memiliki beberapa ta’alluq yang lain iaitu:

Tanjizil qadim: Kalam  Allah berkaitan pemberitahuan, persoalan, janji baik dan janji buruk

suluhil qadim: Kalam  Allah tentang suruhan dan larangan sebelum Allah cipta perkara itu

tanjizil hadis. kalam Allah tentang suruhan dan larang selepas Di menciptakan benda suruhan dan larangan itu.

Rujukan:

Latif, F. A., & Azhar, M. H. M. (2018). Pengaruh Umm al-Barahin Karya al-Sanusi Terhadap Bakurah al-Amani Karya Wan Ismail al-Fatani Dalam Perbahasan Sifat 20: The Influence of al-Sanusi’s Umm al-Barahin to Wan Ismail al-Fatani’s Bakurah al-Amani in the Discussion of 20 Attributes of Allah. Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 20(2), 93-126.

Ismail, M. H., & Hamat, M. F. (2015). Afal Allah Menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah: The Attributes of Allah according to Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 17(1), 1-24.

Badhrulhisham, A., & Dzulkarnain, M. F. S. (2020). ANALISIS KONSEP AF’AL ALLAH DAN AF’AL AL-‘IBAD DALAM PENGURUSAN BENCANA WABAK COVID-19 MENURUT PERSPEKTIF AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Jurnal Maw'izah, 3(1), 84-91.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1023-irsyad-al-fatwa-ke-174-perbezaan-sifat-ma-ani-dan-ma-nawiyyah

Syukur, Aswadie. (1994). Pemikiran-pemikiran Tauhid Sheikh Muhammad Sanusi. PT Bina Ilmu. Surabaya.

   


[i] Penulis sedang menghabiskan Sarjana Pengajian Islam di OUM. Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam OUM dan Diploma Pangajian Islam Kolej Pengajian Tinggi KPTI. Doleh dihubungi melalui 0176291368.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...