Pembaca Setia

Wednesday, August 30, 2023

NOTA DHUHA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BENTENG UMMAH

 



Pagi hari merdeka saya bersama Dr Hafiz Hz  hadiri kuliah khas aqidah.

NOTA DHUHA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH BENTENG UMMAH

31/8(Khamis)

Tuan Guru Hj Ghazali Bin  Ahmad AL Fathoni (Baba Li Sekam)

Surau Al Falah,Lorong Teja,Taman Keladi.

Catatan: Muhammad Nuruddin Bin Bashah


1.       Merdekakanlah diri dari nafsu dan syaitan

2.       Ya Allah merdekakan kami dari nerakamu Ya Allah

3.       Nikmat tinggi yang kita terima sekarang  adalah agama Allah.

4.       Majlis mulia di sisi Allah jika terlewat sejam dua kita patut tunggu malah 10 tahun lewat pun kita patut tunggu. Jangan rasa rugi tunggu majlis ilmu agama yang mungkin terlewat.

5.       Agama sepenuhnya itu adalah benteng bukan ilmu aqidah sahaja sebenarnya.

6.       Kita nak benteng dari apa? Dari serangan yang merosakkan ummah.

7.       Sekitar 50 orang shj sahabat beriman semasa 3 tahun dakwah siir.

8.       Nabi mulakan dakwah jahar dengan menjelaskan ancaman keras Allah jika tidak taat kepada Allah.

9.       Ancaman terhadap agama tauhid adalah sepanjang zaman bukan akhir zaman sahaja.

10.   وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ  Yahudi tidak kenal Allah, golongan inilah yang masukkan konsep Allah berjisim dan berdasarkan logik. 

11.   Benteng kita  juga adalah doa malah ia juga kaedah Nabi SAW. Dalam gua berdoa, tengah perang berdoa, atas tunggangan berdoa.

12.   Nabi adalah sayyidul mutawakkilin, arifin, nabi tetap pakai baju perisai semasa perang.

13.   Nabi faham asbab al adiyyah. Ini konsep aqidah yang Nabi ajar kita.

14.   ولا تلقو بايديكم ال التهلكه

15.   Semasa Covid, ada golongan kata virus ni dari Allah shj tak perlu usaha lindung teruk teruk.

16.   Jika yakin sangat cuba tidur atas highway.  Mampuh kita, Ini haram ini bukan aqidah Islamiyyah.

17.   Untuk tahu aqidah ini perlu belajar aqidah. Ilmu ini berantaian hingga ke Rasulullah.

18.   Aqidah ahli sunnah ada yang ditalbis,diseleweng dan dihebah kelemahannya yg direka untuk memasukkan aqidah lain.

19.   Nabi ajar konsep aqidah,ibadah tanpa sebut nama,nama istilah aqidah dan fiqh macam kita fahami  sekarang. Tetapi konsep ahli sunnah wal jamaah adalah dalam konsep yang Nabi ajar. Hal ini menolak golongan tolak ilmu aqidah sifat 13,  20 dll kononnya Nabi tidak pernah sebut.

20.   Kitab yang diteliti mestilah dari musonnif ahli sunnah wal jamaah.

21.   Fiqh as syafie gunakan aliran Imam Nawawi.

22.   Golongan yang modenkan agama mereka ada dua hukum shj bidaah dan sunnah bila lihat sesuatu isu. Mereka terus dari dalil (teks) kadangkala abaikan dalalah (hukum dari dalil).

23.   Mereka langkau terus hukum kepada bidaah langkau perincian usul fiqh:  haram, makruh, harus, sunat, wajib dan seolah meninggal 5 perkara ini.

24.   Saidina Abu Bakar benteng kerosakan agama dgn himpun Al Quran walaupun dalilnya (teks) Nabi tidak pernah pun buat.

25.   Saidina Umar kata perkara ini khair ia menyelamatkan ummah dari sesat.

26.   Ulama ahli sunnah sebab fahami dalil menyebabkan mereka susun kitab, manhaj dan sistem untuk faham agama dan elak dari sesat agama.

27.   Untuk alim semua istilahat dlm ilmu sifat 20 memang susah dan bukan tanggungjawab semua. Yang perlu belajar adalah asas dan tahu asas.  Apa susahnya sifat 20 asas? Tahu Allahnitu wujud benar bukan khayalan dan ia tuada sama dgnNya maka itu sudah faham dah dan kira dapat asas apa susahnya sifat 20 Yang susah ini perkara mendalam istilah dalam dalam.

28.   Allah blh mati tak? Tidak ! sebab Allah ada baqa ada hayah. Jika faham maka fahamlah sifat 20.

29.   Sifat Wujud itu hal atau ainul wujud  isu isu khilaf tak faham yang itu tak faham pun tak apa hingga kiamat pun. (Baba baca sedikit matan Kifayatul Awwam)




Baba menjawab soalan saya tanya tadi :

1.       Mengguna falsafah, sains untuk faham.konseo Aqidah Nabi ajar adalah harus malah jadi wajib kika untul fahamkan dari sesat.

2.       Falsafah dan sains itupun dipilih oleh ulama besar bukan kita cetak dari kuffar sebiji sebiji.


Tuesday, August 29, 2023

NOTA CATATAN BICARA MUZIUM PENGKISAHAN SEJARAH KOTA KUALA KEDAH

 



NOTA CATATAN BICARA MUZIUM PENGKISAHAN SEJARAH KOTA KUALA KEDAH

 Catatan: Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Saudara Mohd Herman Roslan

***********************

1.       Kuala Kedah jadi pusat tumpuan pedagang China, India  Arab selepas kejatuhan Empayar Melaka.

2.       Inilah satu satunya kota pertahanan tepi laut buatan Melayu di Semenanjung. Yang lain dibina orang luar atau bukan kota pertahanan.

3.       1780M kota Kuala Kedah siap dibina. 240 tahun dari tahun 2023. Dibina semula oleh Sultan Mukarram Shah. Sebelum itu kota asal binaan Sultan Sulaiman II 1602-1626 dimusnahkan oleh Portugis 1611M.

4.       Ada teori kata Portugislah asal membina kota ini. (boleh ditolak teori ini)

5.       Binaan semula itu diplan oleh ulamak dari India Kadi Besar Hafiz Sab.

6.       Tembok dibuat dari batu bata merah, kulit kerang, putih telur, madu lebah.

7.       Tempat buat batu kini dipanggil Bakar Bata.

8.       Kedah negeri kerap berperang.

9.       Tome Pires kata Kedah sempadan Melaka selatan, timur sempadan dengan Pahang.

10.   Saiz Kedah besar.

11.   Sabak Bernam adalah wilayah Kedah, kawasan itu kawasan padi.

12.   Kuala Kedah, Kuala Muda, Sg Merbok, Kuala Perlis Langkawi anntara perlabuhan awal Kedah.

13.   Kedah pernah jadi pengeksport candu/ganja. Kedah ada Dry port dan wet port (barang segar).

14.   Selain Melaka, Kedah sahaja ada undang undang pengurusan perlabuhan.

15.   17 Jun 1650 M Undang undang Perlabuhan dan Perdagangan Kedah diperkenal oleh Sultan Rijaluddin Muhammad Syah.

16.   1720-1724 pertempuran Siak dan Bugis.

17.   Tahun 1740M  sebanyak 300 meriam dirampas dibawa ke Selangor. 

18.   Serangan Raja Haji juga diceritakan dalam manuskrip sejarah Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Serangan angkatan Raja Haji telah berlaku pada tahun 1770-1771 oleh orang-orang Bugis pimpinan Raja Haji. Raja Haji telah  berjaya menakluk Kuala Kedah (Kuala Bahang)  dan Alor Star serta merampas 300 meriam di Kedah. Akibatnya peperangan, hasil tanah bumi Kedah, barang para pedagang dan barang rakyat hancur serta sumber pencarian rezeki rakyat Kedah telah binasa.

19.   Perang 1821 dikeliling kuala Kedah  ada 100 laras  meriam. Kaya Kedah ketika itu.

20.   1776 Ayuthia Burma jatuh, raja Siam yang lebar kuasa mula tekan Kedah.

21.   1786 Kejatuhan Patani, Sultan Kedah hantar 20 ribu tentera bantuan. Siam dendam dengan Kedah.

22.   Masa inilah Francis Light licik pacak bendera British dan umum hadiah kpd King George.

23.   Light jual ribuan senjata ringan dan berat kepada pihak konflik di utara. Perangai orang Eropah.

24.   1842 Siam berundur.

25.   Di Kedah banyak etnik Melayu, Seluruh bangsa melayu, minangkabau, Majapahit, Acheh, Bugis, Siak  Sumatera berkumpul di Kedah akibat perang saudara dll.

26.   1791 Perjanjian paksa Pulau Pinang serah kepada British. Siam, Burma,Bugis, tekan Kedah buatkan Sultan terpaksa terima syarat British.

27.   Sultan Abdullah meninggal akibat sakit sebaj(anxiety).

28.   1772 nilai niaga perlabuhan Kedah adalah senilai hari ini RM 2 bilion.  Hari ini Kedah no 2 miskin.

29.   Kejatuhan Kuala Kedah berlaku peningkatan nilai dagang di Singapura.

30.   Perlabuhan Kuala Kedah jatuh akibat perang Bisik dan kenaikan fungsi Pulau Pinang sejak diambil British.

31.   Kedah walaupun dimasuki Siam tetap berdaulat ada Raja. British pun tiada jajahan langsung pun.

 

Pak Teh Hj Mohd Sobri bin Hamid.

Pengerusi Rukun Tetangga Akar Peluru

1.       ********************

2.       Tapak rumah datuk pak teh dalam kawasan Kota Kuala Kedah sebab kerja kapal Diraja dulu.

3.       Kulit siput dipanggil Daghang.

4.       Kulit siput blh diambil dari Pantai Karang buat serbuk kapur dan buat  tambak tapak rumah.

5.       Kota Kuala Bahang nama asal kawasan ini.

6.       Lepas merdeka penggunaan sampan tambang 10 sen amat terkenal.

7.       Dulu ada dua orang shj berbangsa Tionghua.

8.       Ada lelaki Cina  bernama  Ah Wa orang tempatan panggil Cina Ghawa.

9.       Nelayan guna  pukat bawai, menunda (memancing sambil jalan bot, kutip kepah,

10.   Orang Seberang kampung baru  pula guna pencakar kaut ikan dari laut ke bot.

11.   Kegiatan Lanun siam banyak.

12.   Jambatan yang dibina dipanggil Titi Seberang Kota. kemudian dipanggil Titi Tok Pasai.

13.   Dulu terkenal ada Pantai Leman, sempena nama banggali nama Sulaiman.

14.   Karang juga jadi bahan buat senjata zaman dulu.

15.   Kuala juga tempat buat garam.

16.   Rumah api dipanggil pelita pusing( pelita minyak tanah

Soalan yang saya tanya dan jawapan panel:

Senjata Siam

1.       Perang zaman dahulu guna Gajah dan Kedah eksport gajah zaman dahulu.

2.       Gajah India antaranya spesis bumi Kedah.

3.       populasi Kedah sekitar 30-40 ribu banding Siam 300 000 tentera. Memang tak seimbang.

4.       Orang kedah tak perang berdepan mereka gerila hit and run sebab kaedah hutan dan kurang bilangan tentera banding strategi Siam.

Kedah Merdeka?

1.       Secara harfiah 1821-1842 Kedah dijajah Siam Sultan tiada di bumi Kedah.

2.       Hakikatnya Kedah tiada penjajahan penuh kerana Siam tak dapat kuasai semua wilayah Kedah dan raja Kedah masih wujud 21  tahun itu.

Pak teh Sobri dan dokumentasi kualitatif

1.       Pak Teh bagi nombor dia 0194425969

2.       Pak Teh aktif berucap jika dijemput.

3.       Blh hubungi no di atas untuk jemput Pakteh Sobri isu Kuala Kedah dan sejarahnya.















Wednesday, August 23, 2023

Nota Kuliah Maghrib Merdeka Merdeka Acuan kita atau Barat?




Saya dan keluarga hadir Ceramah tema sejarah merdeka yang bermanfaat di Masjid Ibadur Rahman.

Di bawah adalah catatan saya Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Nota Kuliah Maghrib Merdeka
Merdeka Acuan kita atau Barat?
Dr Azmi Arifin (Penyarah Kanan Sejarah USM)
Masjid Ibadur Rahman Kepala Batas



  1. Kemerdekaan yg kita fahami sekarang adalah dalam kacamata Barat.
  2. 5 Safar 1377 Hijrah, Sheikh Abdullah Fahim pilih untuk merdeka bukan ikut 31 Ogos.
  3. 24 Ogos 1511 Portugis kalahkan Melaka. Hari mula penjajahan.
  4. 1957 bila merdeka tak tahu nak sebut negara Bangsa apa sebab dominan Melayu bangsa lain belum anggap Tanah Melayu negara asal mereka, melain selepas 1963 baru disebut bangsa Malaysia.
  5. Bangsa Melayu sahaja menentang British kerana bangsa lain dibawa British untuk bekerja dan mereka tiada masalah dengan British.
  6. 2 Juta kaum bukan Melayu diterima warganegara selepas merdeka.
  7. Kontroversi berlaku definasi 31 ogos adalah hari kemerdekaan. Ia tarikh bebas dari British bukan tarikh merai bangsa Malaysia/Malaya. Tahun 1963 Baru hari Kebangsaan sebab definisi bangsa Malaysia ketika itu bukan pada 1957.
  8. 1957 merdeka tetapi bank, ketenteraan, mahkamah, ladang ladang semua adalah bawah British. Dawn Raid yang Mahathir buat tahun 80an merampas hak hak British kepada negara Malaysia. Ia fasa kedua kemerdekaan Malaysia.
  9. Hari Serangan Dawn Raid 7hb September 1981 jam 4pm waktu Malaysia (9am waktu London)
  10. Negeri Selat adalah dalam dokumen British sebagai tanda itu negeri yang dijajah British.
  11. Negeri bersekutu separa dijajah sahaja.
  12. Negeri tidak bersekutu sebenarnya tiada jajahan secara langsung.
  13. Malayan Union adalah gerakan British untuk menjajah mutlak tanah Melayu.
  14. Buku sejarah sekolah menceritakan sejarah aktiviti British. Ia bukan kacamata tempatan. Pemerintah kita masih wujud ketika ada British, sebab itu kita masih ada Raja dan Perdana Menteri setiap negeri.
  15. Naratif buku sejarah olahan Barat, melayu memberontak kerana cukai dan urusan duit ringgit Bangsawan Melayu.
  16. British yang buat banyak perjanjian adalah syarikat Kapitalis mega Inggeris iaitu KHTI bukannya negara Britain secara langsung.
  17. Zaman dulu catatan British sahaja yang banyak dan dominan sebab itu sejarahwan guna ia sebagai sumber untuk buat teks pendidikan.
  18. Sultan Abdullah asalnya tidak tuntut kesultanan Perak tetapi akibat desakan syarikat2 untuk tuntut tahta selepas Sultan Ismail memerintah.
  19. Perjanjian Pangkor dibuat di kapal yang sarat tentera dan senjata Barat mengugut sebenarnya untuk bina kesultanan pro British zaman itu.
  20. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.
  21. Campur tangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu, khasnya golongan istana yang berasa kuasa mereka telah hilang. Kesannya, orang Melayu Perak mula bertindak. Mereka telah berpakat membunuh Birch.
  22. 1955 Tunku buat kerjasama bangsa bukan melayu sebab menentang Dato Onn dalam PRU itu. Tunku kempen isi isi kontrak sosial jika menang. Pasca perang dunia kedua banyak negara merdeka sebab British berhutang banyak dengan Amerika tetapi Tanah Melayu British anggap tanah emas sumber kekayaannya mereka enggan lepaskan.
  23. 1947 ada pihak melayu dan bukan melayu PUTERA AMCJA berunding untuk bina negara bangsa berlainan dari arus perdana yang diurus UMNO.
  24. Syarat PUTERA adalah jika bangsa lain setuju jadi jus soli mereka akan dikenali bangsa Melayu mcm Indonesia.
  25. Darurat diisytihar untuk lengahkan merdeka sebab British belum puas sedut hasil Malaya untuk tampung hutang perang. Sedangkan Komunis hanya 12 ribu shj ahli aktif senjata.
  26. Britiah ingin pamerkan kpd dunia mereka perlu lama di Malaya sebab untuk lawan komunis dan British jadi hero sedangkan tenteta di Malaya boleh tangani sendiri PKM.
  27. Semasa Darurat yang ditangkap banyak agamawan dan para ulama kiri.
  28. Darurat itu bukan darurat yang sebenar kerana suasana bukan darurat sebaliknya ia hanya untuk tampil sahkan aktiviti British yang mahu kekal di Malaya.
  29. Bila kos urusan pentadbiran tinggi British tidak mampu lagi baru diberi merdeka. Sedangkan syarikat2 ladang, bank dll masih dikuasai British.
  30. Penjajahan syarikat British dimulakan dengan Genosid kampung kampung.
  31. Orang melayu tidak mengamuk bunuh British pun, mereka hanya bunuh Birch yang biadab sahaja.
  32. Sultan Abdullah tidak jadi boneka KHTI maka mereka jadikan alasan Birch untuk uji pelancar roket untuk bunuh orang kampung.
  33. Kelompok agamalah yang gerakkan gerakan menolak penjajah kerana hubungan mekah, uthmaniyah dll.
  34. Sebab itu isu perjuangan umat Islam menentang British luar negara dilarang siar dalam akhbar tempatan.
  35. Kebangkitan lawan British di Singapura mencetus semangat di Kelantan dan Terengganu.
  36. Pondok adalah sumber semangat lawan penjajah.
  37. Kaum muda atau kaum tua keduanya ada sumbangan lawan penjajah.
  38. Kaum kiri bukan aliran agama adalah dari Sumatera/Seberang.
  39. 1948 British bersihkan semua aliran kiri untuk mudah lengahkan merdeka dengan berunding dgn melayu golongan kanan.
  40. Dr selitkan tulisan terkini beliau tentang isu Sultan Mahmud Melaka digelabkan dalam sejarah dengan pelbagai stigma korup, zalim secara berlebihan.
  41. Konspirasi orang luar kurang dibahas dalam sumber Barat.
  42. Tulisan orientalis adalah untuk bacaan orang Eropah sebab itu British ditulis adiwira dalam sejarah yang diterjemah bahasa kita.
  43. Bangsa Malaysia adalah satu konsep yang tidak berjaya kerana tiada penyatuan budaya, bahasa, keturunan. Yang ada hanya entiti politik yang cuba pegang semua bangsa untuk jadi satu bangsa tetapi ia amatlah rapuh.
  44. Bangsa melayu hanya diajar hidup, bangsa lain adalah duit bagi British kerana mereka pekerja untuk jana pendapatan British. Ini hakikat.




Monday, August 21, 2023

NOTA DISKUSI- HUBUNGAN UTHMANIYAH DENGAN TANAH MELAYU

 



NOTA DISKUSI- HUBUNGAN UTHMANIYAH DENGAN TANAH MELAYU

 8:30 PAGI - 10:00 PAGI  4 SAFAR 1445H / 21-08-2023

PROF. DR. SOLEHAH@ NIK NAJAH FADHILAH BINTI YAACOB

HUBUNGAN UTHMANIYAH DENGAN TANAH MELAYU

 MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Link video :

https://www.facebook.com/masjidnegeriselangor/videos/835463298043924

Catatan oleh : Muhammad Nuruddin bin Bashah

 

1.       Hubungan Uthmaniyah dengan melaka sebelum abad 15 lagi. Diterus fasa penjajahan Portugis dan era penjajahan British hubungan Uthmaniyah ada dengan dunia Melayu.

2.       Greek panggil Turki kuno sebagai Anatolo dan kemudian berubah Anatolia bermaksud matahari terbit di Timur.

3.       Peta lama Uthmaniyah ada tulis semenanjung Tanah Melayu sebagai Anatul (tulisan arab) yang membawa maksud wilayah di bawah kekuasaan Turki. 

4.       Beyzentium berpecah pada 395 Masihi.

5.       Uthmaniyah  berlangsung pada 1299-1924

6.       Melayu ada genetiknya di Nusantara sejak 1000 BC iaitu zaman Nabi Musa lagi.

7.       Nusantara bermakna antara pulau. Kalimah ini muncul selepas pergerakan bumi pecahkan benua melayu menjadi pulau terpisah yang asalnya satu sahaja.

8.       Kesultanan Melayu Melaka Sultan Mansur Syah dengan Sultan Muhammad Al Fateh 1471M.

9.       Hang Tuah sendiri ketuai delegasi meminta persenjataan Barat melalui Turki.

10.   Sultan Johor Sultan Abd Hamid Bakar berkunjung ke Istanbul jumpa Sultan Abd Hamid II, dan saudara baginda berkahwin wanita Turki Ruqayyah Hanum.

11.   Pulau Pinang bukan diambil British, ia hanya treetee atau perjanjian baiah. Perjanjian ini longgar. Pandangan Prof Solehah adalah, Uthmaniah tidak masuk campur hal Tanah Melayu kerana Barat bukan jajah Tanah melayu dalam erti penjajahan yang sebenar.

12.   Para ulama’ khatib, dan majlis ilmu banyak diselit doa untuk Sultan Uthmaniah. Antara yang mempopularkan kefahaman ini adalah Sheikh Wan Ahmad Al Fathani.

13.   Tamadun Champa adalah pusat bangsa Melayu yang menyebar ke Borneo, Semenanjung dan Tanah Jawa dll. DNA Champa berbeza dengan DNA China atau bangsa dari Sungai Kuning seperti Thai dll.

 

*Disebabkan Prof juga memasukkan isu DNA, sejarah awal Tamadun Melayu, isu manusia awal sebelum Nabi Adam dll saya hanya memilih isu berkaitan Uthmaniah-Melayu sahaja untuk dicatat berbanding ceramah penuh Prof yang sarat ilmu sejarah bangsa dan bahasa manusia.







 

 

 

 

 

Saturday, August 19, 2023

Nota BICARA@MUZIUM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA: ANTARA REALITI & FANTASI



BICARA@MUZIUM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA: ANTARA REALITI & FANTASI  

Catatan dibawah oleh saya sendiri Muhammad Nuruddin Bin Bashah

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA HMM
Pembentangan Dr Ahmad Farhan
Penulis HMM Sultan Muazzham Shah 1179-1202 perintah istana tulis sejarah Kedah
Ada 9 versi HMM
Isi kandungan dari kerajaan Langkasuka, Raja Pra Ong Mahaputisat raja kelima pengislaman Kedah dan era Kesultanan Kedah.
Pentadbiran Langkasuka area Sungai Merbok dan Sungai Muda
Pentadbiran Kedah pula meliputi selatan Thailand
Watak2 HMM
nabi sulaiman, garuda,gergasi, raja rum, china, Kelinggi,Raja Buluh betong, Puteri Seluang
Burung geruda dikatakan sezaman Nabi Sulaiman, kisah geruda ada dlm Mahabrata dan Garuda Purana dan ia pelindung Vishnu.
Raja Rum dlm hikayat ini Raja Assyiria (Raja Tiglath) yg sezaman Nabi Sulaiman.
Raja China dinasti Zhou sezaman Nabi Sulaiman.
Raja Kelinggi kerajaan di Myanmar kerajaan Tagaung.
Kaum gergasi adalah peribumi malaysia, org laut mah meri dan org darat Kensiu (ada di Ulu Legong Baling)
Kaum melayu ada di Tanah Melayu sejak zaman Nabi Sulaiman. DNA Melayu byk dlm org Kelantan. Rujuk karya Abdullah Nakula.
Raja buluh betong di Sg Sala. Puteri Seluang hilir Sg Muda.
Lokasi dlm HMM
pulau dan daratan
Pulau Salang - Pukhet
Pulau Langkapuri - Langkawi
Pulau Seri- Jerai
Pulau Lada- Bkt Lada
Pulau Keriang- Gunung Keriang
Laut
Lautan Hidustan
Laut Kuala Changgung- myanmar
Laut kuala Morib- Ranong
Laut Bangtafan - melaka
Laut Kalzum- pasifik
Laut Kuala Parit
Siam Lanchang
Putera sulung yg perintah
Raja Merong Mahaputisat perintah Perak
Petani
Peperangan
Raja Merong vs geruda
Serangan Laut Andaman, Laut Kuala Tawai, Laut kuala Parit, Laut Langkawi
Kebarangkalian perang melibat sihir,sakti yg wujud sejak zaman Nabi Sulaiman.
perang Pra Ong Maha Perita vs Kedah.
berundur ke Sg Pedu
Kelahum vs raja pulau air tawar
Kelahum menteri pertahanan siam di Ranong.
Raja Pulau Air Tawar ingin jadi raja Kedah.
Sheikh Abdullah Yamani zaman Abbasiyah datang Kedah..
Pra Ong Mahawangsa peluk Islam 1136. Jadi Sultan Muzaffar Syah.
Sheikh Nuruddin vs Sheikh Abdullah Yamani.
Dalam Tarikh Salasilah Kedah Raja Merong Mahawangsa bernama Maharaja Derbar Raja.
HMM adalah realiti dan ia sumber sejarah.Lokasi yg disebut semuanya wujud.
Kedah terima Islam abad 12 berbanding Melaka abg ke 14
********************
Saudara Mohd Herman Roslan
Kerencaman HMM.
Diusahakan oleh James Low 1820
Low terjemah ke English 1849 dpt naskhah dari Sultan Ahmad Tajuddin II
St Agustine kata agama yg gerakkan sejarah
Marx kata ekonomi yg gerakkan sejarah.
Bila ada pembuktian prasasti dan arkeologi baru HMM dilihat logik sedikit demi sedikit.
Siam asal adalah bersaudara masyarakat Kedah. Sebelum etnik selatan China sukhothai ambil tanah Siam.
Siti Hawa Salleh tesis HMM tahun 1966 UM.
Low buat byk kerja lapangan untuk lihat lokasi yg disebut dlm HMM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...