Pembaca Setia

Saturday, August 19, 2023

Nota Pengkisahan Sheikh Abdullah Fahim The Untold Story


 

Pengkisahan Sheikh Abdullah Fahim The Untold Story

--------------------
19 Ogos 2023
Panel:
Dr Ust Mohd Hasnuddin Bin Mohd Yusof ( Pengasas Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu Dan Islam )
Ust Irfan Nazhan Bin Mohd Nasri
( Pengerusi Ittihad Annur)
Moderator :
Ust Khairul Abfan Al Azhari
(Penyelaras Pengajian Ruwaq Jawi Malaysia Pulau Pinang
Masjid Abdullah Fahim Seberang Perai Utara
**************
  1. Nama penuh Abdullah bin Ibrahim.
  2. Ayahnya berasal dari Patani.
  3. Beliau Lahir di Mekah pada tahun 1869 M.
  4. Gurunya seramai 42-45 guru orang.
  5. Antara guru Sheikh Ahmad Khatib Minangkabau, Sheikh Wan Ahmad Wan Zain Al Fathani.
  6. Tok Kenali antara sahabat dan juga guru beliau juga.
  7. Guru beliau hebat, sahabat2 beliau juga hebat.
  8. Balik ke Malaya 1916 tinggal di Kepala Batas P.Pinang. Buat halaqah ilmu di tapak masjid Jami Al Badawi.
  9. Sheikh bawa ilmu untuk menyatukan umat. Sheikh Abdullah jadi mudir di Madrasah Idrisiyah untuk kekang pemikiran kaum muda yang merumit masyarakat yg dibawa Sheikh Abdullah Maghribi.
  10. 1931 Madrasah Daeratul Maarifil Wataniyah.
  11. Jadi mufti Pulau Pinang.
  12. Sheikh adalah penentu tarikh kemerdekaan Malaya 31 Ogos 1957, melalui byk petua falak. Sheikh kata jika British tidak terima tarikh merdeka mungkin lagi 5 tahun lepas itu.
  13. Wafat April 1961.
  14. Mekah pada abad 18,19 juga adalah pusat dakwah Islam Tanah Melayu malah lebih awal lagi.
  15. Sejak jatuh Melaka, Mekah jadi pusat jihad umat Melayu dan ulama melayu jadi hub antara Uthmaniyah dgn raja dan rakyat Tanah Melayu.
  16. Sheikh Abdul Samad Falimbani dan Sheikh Arsyad Al Banjari, Sheikh Daud Al Fathoni antara sahut perang menentang penjajah.
  17. 1786 tahun berakhir ulama nusantara-mekah menentang penjajah (ada yang berundur) dan tahun yang sama Francis Light masuk Pulau Pinang.
  18. Sheikh Tahir iaitu datuk Sheikh Abdullah Fahim adalah veteran jihad Patani melawan Thai dan Barat. Berhijrah ke Seberang Perai selepas diburu Thai.
  19. 1821 Thai pula menjarah Kedah, Sultan Kedah menulis surat kpd Sultan Muhammad II Uthmaniyah.
  20. 1825 Belanda letak syarat terlalu ketat untuk ke Mekah untuk sekat pemikiran Mekah ke nusantara.
  21. 1884 Snock Horgoronje orientalis Belanda menyusup ke Mekah dan menyamar nama Abdul Ghafur untuk kaji pemikiran Mekah.
  22. Sheikh Ibrahim bin Sheikh Tahir bapa Sheikh Abdullah Fahim pindah ke Mekah.
  23. Sheikh Wan Ahmad Al Fathani bawa banyak kitab jawi ulama melayu untuk dicetak oleh Uthmaniyah dan disayangi oleh Ustaz Abdul Hamid Uthmaniyah.
  24. Sheikh Wan Ahmad Al Fathani turunkan ilmu menentang penjajah melalui ilmu agama, siasah dan pergerakan sosial kepada Tok Kenali, Sheikh Abdullah Fahim dll.
  25. Antara wasiat Sheikh Abdullah Fahim, adalah agar berpegang mazhab Syafie, aqidah Asyairah dan maturidiyah untuk menyatupadukan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...