Pembaca Setia

Saturday, August 19, 2023

Nota BICARA@MUZIUM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA: ANTARA REALITI & FANTASI



BICARA@MUZIUM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA: ANTARA REALITI & FANTASI  

Catatan dibawah oleh saya sendiri Muhammad Nuruddin Bin Bashah

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA HMM
Pembentangan Dr Ahmad Farhan
Penulis HMM Sultan Muazzham Shah 1179-1202 perintah istana tulis sejarah Kedah
Ada 9 versi HMM
Isi kandungan dari kerajaan Langkasuka, Raja Pra Ong Mahaputisat raja kelima pengislaman Kedah dan era Kesultanan Kedah.
Pentadbiran Langkasuka area Sungai Merbok dan Sungai Muda
Pentadbiran Kedah pula meliputi selatan Thailand
Watak2 HMM
nabi sulaiman, garuda,gergasi, raja rum, china, Kelinggi,Raja Buluh betong, Puteri Seluang
Burung geruda dikatakan sezaman Nabi Sulaiman, kisah geruda ada dlm Mahabrata dan Garuda Purana dan ia pelindung Vishnu.
Raja Rum dlm hikayat ini Raja Assyiria (Raja Tiglath) yg sezaman Nabi Sulaiman.
Raja China dinasti Zhou sezaman Nabi Sulaiman.
Raja Kelinggi kerajaan di Myanmar kerajaan Tagaung.
Kaum gergasi adalah peribumi malaysia, org laut mah meri dan org darat Kensiu (ada di Ulu Legong Baling)
Kaum melayu ada di Tanah Melayu sejak zaman Nabi Sulaiman. DNA Melayu byk dlm org Kelantan. Rujuk karya Abdullah Nakula.
Raja buluh betong di Sg Sala. Puteri Seluang hilir Sg Muda.
Lokasi dlm HMM
pulau dan daratan
Pulau Salang - Pukhet
Pulau Langkapuri - Langkawi
Pulau Seri- Jerai
Pulau Lada- Bkt Lada
Pulau Keriang- Gunung Keriang
Laut
Lautan Hidustan
Laut Kuala Changgung- myanmar
Laut kuala Morib- Ranong
Laut Bangtafan - melaka
Laut Kalzum- pasifik
Laut Kuala Parit
Siam Lanchang
Putera sulung yg perintah
Raja Merong Mahaputisat perintah Perak
Petani
Peperangan
Raja Merong vs geruda
Serangan Laut Andaman, Laut Kuala Tawai, Laut kuala Parit, Laut Langkawi
Kebarangkalian perang melibat sihir,sakti yg wujud sejak zaman Nabi Sulaiman.
perang Pra Ong Maha Perita vs Kedah.
berundur ke Sg Pedu
Kelahum vs raja pulau air tawar
Kelahum menteri pertahanan siam di Ranong.
Raja Pulau Air Tawar ingin jadi raja Kedah.
Sheikh Abdullah Yamani zaman Abbasiyah datang Kedah..
Pra Ong Mahawangsa peluk Islam 1136. Jadi Sultan Muzaffar Syah.
Sheikh Nuruddin vs Sheikh Abdullah Yamani.
Dalam Tarikh Salasilah Kedah Raja Merong Mahawangsa bernama Maharaja Derbar Raja.
HMM adalah realiti dan ia sumber sejarah.Lokasi yg disebut semuanya wujud.
Kedah terima Islam abad 12 berbanding Melaka abg ke 14
********************
Saudara Mohd Herman Roslan
Kerencaman HMM.
Diusahakan oleh James Low 1820
Low terjemah ke English 1849 dpt naskhah dari Sultan Ahmad Tajuddin II
St Agustine kata agama yg gerakkan sejarah
Marx kata ekonomi yg gerakkan sejarah.
Bila ada pembuktian prasasti dan arkeologi baru HMM dilihat logik sedikit demi sedikit.
Siam asal adalah bersaudara masyarakat Kedah. Sebelum etnik selatan China sukhothai ambil tanah Siam.
Siti Hawa Salleh tesis HMM tahun 1966 UM.
Low buat byk kerja lapangan untuk lihat lokasi yg disebut dlm HMM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...