Pembaca Setia

Thursday, July 20, 2023

MEMAHAMI NASIONALISME DI LUAR KERANGKA BARAT

 


MEMAHAMI NASIONALISME DI LUAR KERANGKA BARAT

Penyampai: Dr Azmi Ariffin USM

Catatan: Muhammad Nuruddin Bashah

Link video: https://www.youtube.com/watch?v=RYiQ833vK78&list=PL9xlDQuaCCt2YbH6HaL3Tx2DfqO0DAlkC&index=1&t=5301s

 

1.       Kita terlalu bergantung takrifan Barat bagi maksud nasionalisme. Sarjana tempatan kerap merujuk Barat sahaja.

2.       Banyak takrifan ideologi kita bernada eurosentrik.

3.       Dr Azmi menyanggah teori nasionalisme hanya bermula di Eropah dan tiada nasionalisme di Tanah Melayu dan nasionalisme Melayu hanya virus diimport dari Eropah.

4.       Kelompok agama yang membawa ideologi nasionalis akan dipinggirkan.

5.       Sebenarnya teori kita perlu bina sendiri mengikut keperluan setempat. Jika tidak bina teori baru pun kita perlu takrif teori barat mengikut takrifan tempatan.

6.       Nasionalisme sebenarnya pemikiran hak, kedaulatan, keadilan dan patriotisme.

7.       Mengikut Barat Nasionalisme adalah kesetiaan kepada bangsa sahaja dan jika ada unsur lain seperti agama bercanggah dengan bangsa dan negara bangsa akan tertolak.

8.       Taat kepada gereja dianggap bercanggah dengan nasionalism ala Barat.

9.       Barat menolak institusi istana dan gereja kerana bercanggah dengan modenisme yang menjadi unsur nasionalisme Barat.

10.   Modenisme yang difahami asia adalah europeanization bukannya industrialization kerana walaupun pemikiran modenis masuk ke asia tetapi kita belum maju industri seperti Barat pun. Bermakna fahaman Barat hanya masuk sahaja tanpa realiti fizikal.

11.   Nasionalisme ialah kesedaran membebaskan sesuatu ‘belenggu’ pada suatu bangsa (keinginan kolektif bukan individu sahaja)

12.   Belenggu Eropah adalah istana dan gereja. Itu pengalaman Barat.

13.   Di Tanah Melayu belenggu adalah penjajahan Barat.


Dr Azmi Ariffin

14.   Tokoh nasionalisme Perancis Jean Jacques Rousseau dan Voltaire, England  John Locke (Two Treatises of Goverment ).

15.   Di Tanah Melayu pejuang melayu berjuang untuk mertabatkan Istana dan sistem agama Islam dalam membawa idea nasionalisme versi Tanah Melayu kerana orang Melayu tidak menganggap Islam dan Raja itu belenggu mereka.

16.   Bangsawan elit sebelum merdeka merekalah yang meniup nasionalisme. Istana di Tanah Melayu menjadi ejen nasionalisme. Berbeza dengan Eropah.

17.   Nasionalisme bercanggah dengan emperialisme. Kerana itu Barat yang capai  kemuncak nasionalisme seperti Itali, Jerman, British dan Jepun sudah bercanggah dengan nasionalisme apabila mula mengamalkan emperialisme dan kolonialisasi. Hakikatnya nasionalisme mengiktiraf kebebasan negara lain dan tidak akan merobek kebebasan pihak lain.

18.   Etnosentrisme adalah rasis dan berbeza dengan nasionalisme dan ia lebih teruk dari nasionalisme versi Barat.

19.   Nasionalsime Eropah awalnya adalah humanisme iaitu hak-hak kemanusiaan yang tidak terbela.

20.   Orang Melayu lihat selepas cara kekerasan mereka gagal menentang emperialisme British mereka menaikan kesedaran nasionalisme cara fikrah.

21.   Orang Melayu mula ingin belajar ilmu Barat untuk lihat nasionalisme Barat pula. Masa ini bercampur nasionalisme versi tempatan dengan pemikiran Barat.

22.   Orang melayu dilarang sebut tentang merdeka maka penulisan double meaning mempelopori akhbar melayu dan buku-buku cerpen melayu yang membawa mesej nasionalisme secara tidak langsung.

23.   Tokoh melayu yang belajar di Barat memang cenderung dengan nasionalisme Eropah. Golongan kiri yang agamawan juga memiliki nasionalisme versi mereka. Melayu golongan kiri komunisme juga ada nasionalsime versi mereka.

24.   British berjaya memecahkan perpaduan melayu yang memiliki pelbagai versi nasionalisme menyebabkan 1946 tanah Melayu belum dapat kemerdekaan.



25.   Tempoh 1946-1957 tempoh Britih berusaha benteras kesatuan nasionalisme Tanah Melayu.

26.   Meletak alasan pembesar Melayu  tidak puas hati cukai adalah cara naratif Barat downgrade tahap nasionalisme Melayu kepada tahap perjuangan peribadi sahaja. Sedangkan Melayu bukan menentang sebab cukai sebaliknya kepentingan tanah air agama dan kekuasaan.

27.   KMM kerjasama dengan Jepun menentang British juga dianggap memiliki nasionalisme kerana KMM juga berusaha ingin tanahair merdeka secara mutlak juga dari Jepun (walaupun dipermain oleh Jepun akhirnya)

28.   Hikmah gagalnya golongan krir nasionalisme menyebabkan tanahair kita tidak gabung dengan Indonesia yang jauh berbeza nasionalisme mereka dnegan kita yang masih kekalkan kedaulatan Islam dan istana.

Tuesday, July 18, 2023

OPR DAN KESANNYA KEPADA PINJAMAN PERBANKAN ISLAM

 



OPR DAN KESANNYA KEPADA PINJAMAN PERBANKAN ISLAM

Muhammad Nuruddin Bashah[1]

 

Masyarakat Malaysia semakin tertekan dengan iklim ekonomi dan kewangan dalam negera sekarang. Tulisan ini hanya mengkhususkan isu kenaikan OPR dan sejauh mana ia memberi kesan juga kepada produk perbankan Islam.

OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia.

Untuk makluman pembaca, penetapan kadar dasar semalaman ini adalah dibawah pengurusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM.

Peranan OPR ini dapat dilihat apabila bank melakukan pinjaman dari perbankan lain disebabkan kekurangan kadar dana simpanan perkhidmatan mereka. (Liyana, 2022)

Bagi kenaikan OPR pula, ia merangkumi dua kesan kepada peminjam individu iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih lama atau kadar bayaran balik menjadi lebih tinggi.

Apabila kadar OPR meningkat, perbelanjaan tunai negara menjadi perlahan dan ini secara langsung boleh meningkatkan tabungan negara.

Pengurangan OPR juga positif. Sememangnya ia menunjukkan inisiatif bank pusat dalam membantu memulihkan pertumbuhan ekonomi negara. Kemudian mengurangkan RPO sedikit sebanyak boleh meningkatkan aliran tunai rakyat untuk berbelanja. Kadar faedah yang lebih rendah untuk pinjaman sewa beli, pinjaman peribadi atau kad kredit boleh meringankan beban semua orang.

Kenapa OPR naik? Ia adalah keputusan bank pusat untuk mengimbangi semula pertumbuhan ekonomi negara. Selain membendung inflasi, kenaikan OPR ini juga secara tidak lansung akan mengukuhkan nilai Ringgit.

 

Bila ia turun?

Semasa  ekonomi lemah (misalnya wabak), OPR  diturunkan untuk menggalakkan perbelanjaan dan pelaburan. Melalui OPR yang rendah, anda akan mendapat:

·         Pinjaman lebih murah

·         Kadar deposit lebih rendah

Mengekalkan OPR terlalu rendah untuk masa yang lama boleh menyebabkan perbelanjaan dan peminjaman yang berlebihan, menjejaskan kenaikan harga. Ini terutamanya memberi kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah. Apabila ekonomi pulih, BNM melaraskan kadar OPR secara beransur-ansur dan secara terkawal. Bank pusat lain juga menaikkan kadar faedah, tetapi pada kadar yang lebih tinggi dan lebih pantas.

Apabila BNM menaikkan OPR, maka institusi kewangan sama ada konvensional atau Islam, masing-masing akan menaikkan kadar faedah bagi pinjaman  atau kadar keuntungan bagi pembiayaan secara Islam. Ketika OPR tinggi, kadar keuntungan yang diambil oleh institusi kewangan Islam juga tinggi dan begitulah sebaliknya.

Selain OPR?

Base Lending Rate (BLR) atau pun Base Financing Rate (BFR) dan Base Rate (BR) TIDAK dikawal oleh BNM. Bank yang beri pinjaman  itu sendiri yang mengawalnya. (Ramli, 2016)

 

Kesan pada pinjaman perbankan Islam.

Kepada pembiayaan yang mengunakan floating rate FLOATING RATE, kenaikan/ penurunan OPR memang ada SEDIKIT kesan. Akan tetapi kesannya hanya tidak lah sangat dirasai kerana kenaikan BFR tidak akan melebihi kadar 'ceiling rate'. Jadi jika BFR sudah melebihi 'ceiling rate', kenaikkan OPR TIDAK lagi berkesan. (Ramli, 2016)

Peningkatan dalam BLR/BFR/BR mungkin melebihi kadar siling bagi bank konvensional. Walau bagaimanapun, untuk kadar terapung Islam, tanpa mengira ketinggian keuntungan BLR/BFR/BR, kenaikan kadar berkesan TIDAK BOLEH melebihi kadar siling. Menurut Syariah, kadar siling adalah maksimum yang boleh dikenakan oleh bank kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, di bank tradisional, tidak ada siling dan anda pasti boleh melebihinya pada bila-bila masa. (Ramli, 2016)

Kepada yang mengunakan konsep MUSYARAKAH MUTANAQISSAH atau IJARAH MUNTAHIYAH BIT TAMLEEK, kesan kenaikan/penurunan OPR ini adalah 'direct' sepertimana pinjaman di bank2 konvensional. Makna nya OPR naik, maka kadar keuntungan bank pun naik juga. OPR turun, kadar keuntungan bank juga turun. (Ramli, 2016)

Bagi mereka yang telah mengambil pembiayaan yang menggunakan kadar tetap (FIXED RATE), maka naik turun OPR tidak akan memberi kesan apa-apa. Ini bermakna dalam situasi OPR dinaikkan oleh BNM, penerima pembiayaan tersebut akan membuat bayaran yang sama sahaja setiap bulan meskipun kadar BFR atau BR dinaikkan oleh institusi ini bermakna, jika BFR atau BR naik melebihi kadar siling, maka kadar terpakai hanyalah setakat kadar siling sahaja. Sedangkan dalam pinjaman konvensional, kadar siling tidak terpakai dan kenaikan BLR akan mengikut sahaja kenaikan OPR walau setinggi mana sekalipun. (Al-Bakri 2023)

Menurut Dr Hanudin Amin  contohnya, Kuwait Finance House Malaysia menawarkan pembiayaan rumah al-ijarah muntahia biltamleek kepada bakal pelanggannya. Kemudahan ini ditawarkan untuk rumah lengkap, yang juga ditawarkan kepada individu atau menyertai individu. Kadar sewa diukur berdasarkan kadar keuntungan atau kadar asas (BR), yang turun naik mengikut prestasi ekonomi negara. Seperti mana-mana produk pembiayaan rumah Islam yang lain, ansuran bulanan untuk produk ini juga dikira menggunakan nilai kini anuiti (PVA) dan  ditentukan oleh pengurusan dalaman bank, selepas mengambil kira kadar dasar semalaman (OPR) yang dikeluarkan daripada Bank Negara Malaysia (BNM). (Amin, 2018)

 

Menurut web Kuwait Finace House, Kadar Asas (BR) ialah kos penanda aras dana bank mengikut kadar rujukan baharu rangka kerja yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia dan ia menggantikan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebagai penetapan harga untuk pembiayaan runcit berkuat kuasa 2 Januari 2015. Ia terpakai kepada pembiayaan runcit baharu dengan terapung kadar keuntungan yang disandarkan kepada Kadar Asas (BR) bank kecuali pembiayaan AITAB. BR akan diselaraskan apabila terdapat perubahan dalam kos marginal dana disebabkan oleh dasar monetari cth. Kadar Polisi Semalaman (OPR) dan/atau perubahan dalam syarat pembiayaan; cth. pergerakan di KLIBOR.

Menurut web Affin Bank, Pembiayaan Kenderaan-i AFFIN (Kadar Boleh Ubah) iaitu kemudahan pembiayaan kenderaan berasaskan konsep Syariah Al Ijarah Thumma Al Bai (“AITAB”) juga berkadar langsung dengan OPR. e Standardised Base Rate SBR yang ditawarkan pada produk ini adalah berdasarkan kadar penanda aras yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Penanda aras kadar kini ditetapkan sebagai Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang mencerminkan pendirian dasar monetari seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia. SBR boleh naik atau turun disebabkan oleh perubahan dalam kadar penanda aras seperti perubahan dalam Kadar Dasar semalaman (OPR).

Daripada kajian  Yusuf. et all. (2017) menyokong prinsip kewangan Islam dan menunjukkan bahawa kadar faedah, yang dikenali sebagai OPR, memainkan peranan yang lebih rendah dalam menentukan kemampuan rumah bagi individu yang menggunakan pembiayaan rumah Islam berbanding mereka yang menggunakan pinjaman rumah konvensional.

Kaitan antara OPR dan kemampuan perumahan dalam pembiayaan rumah Islam adalah tidak secara langsung kerana pembiayaan Islam dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi sebenar. Linneman dan Megbolugbe (1992) menjelaskan bahawa tahap pekerjaan yang rendah disebabkan oleh kemahiran kerja dan pendidikan yang terhad boleh menyebabkan pendapatan yang tidak stabil, menyebabkan isi rumah sukar untuk menanggung kenaikan harga rumah. Oleh itu, pekerjaan dikaitkan secara langsung dengan pendapatan isi rumah, yang akhirnya menentukan keupayaan mereka untuk membuat bayaran pendahuluan dan membayar ansuran bulanan untuk rumah bukannya disebabkan OPR.

 Menurut Afyan Mat Rawi (2022) jumlah hutang perbankan Islam tidak terjejas oleh kadar OPR, yang bermaksud jumlah yang anda perlu bayar balik kepada bank tetap sama seperti yang dipersetujui dalam kontrak. Perkara yang mungkin berubah ialah berapa banyak yang kita bayar setiap bulan atau berapa lama masa yang diperlukan untuk membayar balik hutang. Dalam Islam, ada peraturan bahawa apabila membeli atau menjual sesuatu, kita perlu menyatakan dengan jelas berapa harganya. Dan apabila kita berhutang dengan seseorang, ada had untuk jumlah yang kita boleh berhutang. Dalam perbankan konvensional, tidak ada jumlah wang tertentu yang perlu kita bayar balik dan tidak ada harga yang ditetapkan untuk perkara yang  dibeli. Semuanya berpunca daripada perubahan dalam OPR dan BR. Dalam pinjaman Islam, kita perlu membayar balik sejumlah wang, tetapi dalam perbankan konvensional, tidak ada jumlah pembayaran balik yang tetap. Perbankan konvensional tidak dibenarkan oleh undang-undang Syariah kerana ia melakukan perkara yang bertentangan dengan peraturannya.

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia.”   Riwayat al-Bukhari (6369), Abu Dawud (1555), al-Tirmizi (3484), al-Nasa’ie (5449) dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir (305)

 

Kesimpulan:

Dari fakta di atas boleh disimpulkan produk pinjaman dan kontrak perbankan Islam juga terkesan dengan OPR tetapi tidak seteruk perbankan konvensional.

Rujukan:

Liyana. (2022, September 8). Apa Itu Opr?. Rnggt. https://rnggt.com/20207964/

 

Al-Bakri, Dr. Z. M. (2023, May 15). #1500: Kenaikan Opr Dan Pembiayaan islamik. Maktabah al Bakri - E-Book Dr Zulkifli Al Bakri. https://maktabahalbakri.com/1500-kenaikan-opr-dan-pembiayaan-islamik/

 

Ramli, H. R. (2016). OPR - the impact to Islamic rates. LinkedIn Indonesia: Login atau Mendaftar. https://id.linkedin.com/pulse/opr-impact-islamic-rates-haji-razli-ramli

 

Ramli, H. R. (2016). Floating rate in Islamic financing. LinkedIn Indonesia: Login atau Mendaftar. https://id.linkedin.com/pulse/floating-rate-islamic-financing-haji-razli-ramli

 

Amin, H. (2018). Time to consider al-ijarah muntahia biltamleek home financing. https://www.iium.edu.my/news/time-to-consider-al-ijarah-muntahia-biltamleek-home-financing

 

https://www.affinalways.com/storage/AffinAlways%20Collaterals/Personal%20Collaterals/Loans%20Islamic/Vehicle-Financing-i-Variable-Rate-PDS-ENG.pdf

 

Yusof, R. M., Abd Wahab, N., & Hamzah, H. (2017). Does home financing promote affordability of home ownership in Malaysia? An empirical analysis between Islamic and conventional banks. International Journal of Economics, Management and Accounting, 25(3), 601-627.

 

Mat Rawi, A. (2022). Log into Facebook. Facebook. https://www.facebook.com/afyan.ifp/photos/a.1685339751749639/3361345787482352/?type=3&locale=ms_MY



[1] Muhammad Nuruddin Bashah, penulis bebas, sedang menyiapkan Sarjana Pengajian Islam di OUM boleh dihubungi melalui 0176291368

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...