Pembaca Setia

Sunday, March 9, 2025

NOTA TAZKIRAH RAMADHAN- KEMBALI KEPADA TUJUAN MENJADI HAMBA ALLAH MENURUT MINHAJUL ABIDIN

 


NOTA TAZKIRAH RAMADHAN

Muhammad Nuruddin bin Bashah

Tarikh: 9 Mac 2025 bersamaan  8 Ramadhan 1445

 

KEMBALI KEPADA TUJUAN MENJADI HAMBA ALLAH MENURUT MINHAJUL ABIDIN[1]

  1. Menurut kitab Minhajul Abidin karya Imam Al-Ghazali, tujuan utama hamba adalah untuk beribadah kepada Allah:

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ٥٦

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Al zariyat ayat 56)

  1. Al-Ghazali menekankan bahawa manusia diciptakan bukan untuk bersenang-senang di dunia, tetapi untuk beribadah dan menuntut ilmu.
  2. Dalam konteks Ramadhan ibadah adalah berpuasa.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ١٨٣

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al Baqarah 183)

Ingin capai matlamat beribadah kepada Allah mesti HADAPI 7 BUKIT/ AQABAH/HALANGAN/PERINGKAT  INI.

·         A’qabatul Ilmi (Peringkat Ilmu)

·         A’qabatut Taubah (Peringkat Taubat)

·         A’qabatul A’wai’q (Peringkat Menghadapi Perkara Yang Menghalang Ibadah, yang mencegah  orang yang mulai masuk berjalan (permulaan perjalanan) daripada melakukan ibadah, dan taat kepada Allah Ta’ala.)

·         A’qabatul A’warid (Peringkat Menghadapi Perkara Yang Memesongkan Ibadah, menyekat perjalanan orang-orang yang sedang dalam perjalanan (pertengahan perjalanan), tetapi tidak sampai membatalkan perjalanan, atau mencederakan dan membinasakan perjalanan.)

·         A’qabatul Bawai’th (Peringkat Berhdapan Dengan Perkara Yang Mendorong Ibadah)

·         A’qabatul Qawadih (Peringkat Berhadapan Dengan Perkara Yang Mencacatkan Ibadah, boleh membatalkan, mencederakan, dan membinasakan perjalanan seseorang yang sedang dalam perjalanannya untuk mendekatkan dirinya kepada-Nya.)

·         A’qabatul Hamdi Wa Syukri (Peringkat Mengucap Puji dan Syukur)

 

Untuk menuju Ibadah kepada Allah Halangan ketiga dalam Minhajul Abidin wajib kita hadapi tanpa kita ketepikan halangan yang lain. 

 

Menghadapi Penghalang (Aqabah)  ketiga  (عقبة العوائق): Menyedari godaan-godaan yang dapat menghalangi ibadah.

Ada 4 perkara dalam Aqabah A’waiq  yang menghalang seseorang muslim untuk beribadah iaitu Dunia, Makhluk, Syaitan, Nafsu.

1.                   Dunia

Untuk berhadapan dengan godaan duniawi. Hendaklah seseorang muslim itu bersifat zuhud. Tujuan zuhud adalah agar dapat istiqamah dan membanyakkan ibadah dan membesarkan amalan dan nilainya.

Abu Darda` menyatakan:

 زَاوَلتُ أن أجمع بين العبادة والتجارة فلم يَجتَمِعا ،فَأَقبَلتُ علي العبادة وتَرَكتُ التجارةَ

Mafhumnya : Aku berusaha untuk menghimpunkan antara ibadat dan perniagaan,tetapi aku dapati kedua-duanya tidak pernah dapat berkumpul,lantas aku menumpukan perhatianku kepada ibadat serta aku meninggalkan perniagaan.

Umar bin al-Khattab r.a. menyatakan:

   لو كَانَتا مُجتَمَعينِ لِأحد غيري لَاجتَمعتَا لي لِما أَعطَاني اللهُ سبحانُه من القوةِ واللَينِ

Mafhumnya : Andainya dunia dan akhirat dapat berkumpul ke atas diri orang lain daripadaku nescaya ianya akan berkumpul ke atas diriku lantaran Allah S.W.T. telah mengurniakan kekuatan dan kelembutan hati kepadaku.

Rasulullah SAW bersabda dari Abu Mas’ud  :

ركعتان من رجُلٍ عالمٍ زاهِدٍ قلبُهً خير وأَحَبُ الي الله جل جلاله من عبادةِ المتَعبدين الي آخر الدَهرِ أبدا سرمدا

Mafhumnya : Dua rakaat sholat seorang ‘alim lagi zahid hatinya itu adalah terlebih baik lagi dikasihi Allah daripada ibadat ahli ibadat ( tanpa ilmu dan sifat zuhud ) ,meskipun dia beribadat sehingga akhir masa selama-lamanya sekalipun.

 

2.                   Makhluk/ Manusia (Fasiq, Munafiq, Kafir Harbi)

 

Rasulullah SAW bersabda:

عليكم بالجماعةِ فانَ يدَ اللهِ تعالي على الجماعةِ وانَ الشيطانَ ذِئبُ الِانسانِ يَأخُذُ الشَاذَةَ والناجيةَ  والقاصيةَ والفاذةَ

 

 

Mafhumnya:”Wajib keatas kamu menyertai jama’ah[2] maka sesungguhnya tangan Allah Ta’ala yakni pertolonganNya keatas jama’ah dan bahawasanya syaitan merupakan serigala keatas manusia.Dia akan menerkam orang yang hidup terpencil,bersendirian dan yang berjauhan dari jama’ahnya dan hidup berseorangan.” (Lafaz Riwayat Muaz bin Jabal lain matan hadithnya iaitu

 إن الشيطان ذئب الإنسان كذئب الغنم، يأخذ السيرة والقاصية والناحية,   saya berpendapat Imam Ghazali meriwayat secara mafhum sahaja. )

 

Dan Rasulullah SAW bersabda lagi:”

وقال انَ الشيطانَ مَع الواحدِ  وهو مِنَ الَاثنَينِ ابعَدُ

 

Sesungguhnya syaitan itu bersama dengan orang yang hidup  berseorangan dan dia berada lebih jauh dari orang yang berdua.” )Riwayat Tirmiziو  Imam Ghazali guna kalimah الفَذِ  bukan الواحِدِ bermakna boleh dianggap Imam al Ghazali tidak menggunakan matan dari Imam Tarmizi.  )

 

Rasulullah SAW bersabda lagi daripada Abdullah Bin Amru :

 

اِلزَمْ بيتَك ، واملِكْ عليك لسانَك ، وخُذْ بما تُعرِفُ ودَعْ ما تُنكِرُ ، وعليك بأمرِ خاصَّةِ نفسِك ، ودَعْ عنك أمرَ العامَّةِ

Mafhumnya : Hendaklah anda menetap di rumah anda,dan kawallah lidah anda serta ambillah apa yang anda ketahui,dan tinggalkanlah apa yang anda engkari  serta wajiblah anda menjalankan urusan khusus (yang baik untuk diri anda) serta jauhilah urusan umum (yang boleh merosakkan diri anda). (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud,  lafaz Imam  Ghazali  berlainan dalam Minhajul Abidin

وعليك الخاصَّةِ ودَعْ عنك   اِلزَمْ بيتَك   dan tiada diketahui asal hadis setakat saya mencari  dan saya anggap ia satu mafhum hadis)

 

Sabda Nabi SAW tentang kerosakan sosial kita hari ini

قال أيامُ الهَرجِ , قيل وما  أيام الهرج؟ قَال حِين لا يَأمَن الرجلُ جَلِيسَهَ

Itulah hari hari Haraj. Sahabat bertanya apakah hari hari haraj? Nabi berkata hari ketika mana seorang lelaki tidak lagi berasa aman dengan rakannya. (Riwayat Abu Daud)

Dalam menghadapi halangan yang ditimbulkan oleh manusia yang fasiq, munafik dan kafir harbi, maka hendaklah seseorang Muslim :

1.            Bersabar dengan kesusahan dan kesukaran yang ditimbulkan oleh mereka.

2.            Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah

3.            Beramala dengan ilmu Fardhu AIn dan Fardhu Kifayah

4.            Berdakwah kepada mereka

5.            Berhadapan dengan mereka sebagaimana mereka menyerang kita. Jika diserang dengan ekonomi kuffar, kita perangi dengan ekonomi Islam berlandaskan syariat dll.

6.            Berdoa kepada Allah

 

3.                   Syaitan

۞ أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا۟ ٱلشَّيْطَـٰنَ ۖ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌۭ ٦٠

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! (Yasin ayat 60)

 

Cara Syaitan menggoda:

·         Menghiasi kebatilan

قَالَ رَبِّ بِمَآ اَغْوَيْتَنِيْ لَاُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى الْاَرْضِ وَلَاُغْوِيَنَّهُمْ اَجْمَعِيْنَۙ 

(Iblis) berkata, “Tuhanku, karena Engkau telah menyesatkanku, sungguh aku akan menjadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi dan sungguh aku akan menyesatkan mereka semua, (Hijr 39 )

·         Menamakan maksiat dengan istilah yang menarik

فَوَسْوَسَ اِلَيْهِ الشَّيْطٰنُ قَالَ يٰٓاٰدَمُ هَلْ اَدُلُّكَ عَلٰى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلٰى 

Maka, syaitan membisikkan (fikiran jahat) kepadanya. Ia berkata, “Wahai Adam, maukah aku tunjukkan kepadamu pohon khuldi (keabadian) dan kerajaan yang tidak akan binasa?”Toha 120

·         Menamakan ketaatan dengan istilah yang menakutkan

وَاِذَا قِيْلَ لَهُمْ اٰمِنُوْا كَمَآ اٰمَنَ النَّاسُ قَالُوْٓا اَنُؤْمِنُ كَمَآ اٰمَنَ السُّفَهَاۤءُۗ اَلَآ اِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاۤءُ وَلٰكِنْ لَّا يَعْلَمُوْنَ 

Apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah kamu sebagaimana orang lain telah beriman,” mereka menjawab, “Apakah kami akan beriman seperti orang-orang yang bodoh itu beriman?” Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu. (Al Baqarah 13)

·         Menggoda melalui kegemaran seseorang.

Sukan, hiburan, wanita, politik sesat

·         Menggoda secara beransur-ansur

۞ يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِۗ وَمَنْ يَّتَّبِعْ خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ فَاِنَّهٗ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاۤءِ وَالْمُنْكَرِۗ

 

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan! Siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh (manusia mengerjakan perbuatan) yang keji dan mungkar. (Al Nur 21)

·         Menghalang manusia mengikut jalan kebenaran

قَالَ فَبِمَآ اَغْوَيْتَنِيْ لَاَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيْمَۙ 

 (Iblis) menjawab, “Karena Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. (Al Araf 16)

·         Menyamar seperti penasihat

وَقَاسَمَهُمَآ اِنِّيْ لَكُمَا لَمِنَ النّٰصِحِيْنَۙ 

 (syaitan) bersumpah kepada keduanya, “Sesungguhnya aku ini bagi kamu berdua benar-benar termasuk para pemberi nasihat.” (Al A’raf 21)

 

Untuk berhadapan dengan halangan yang dilahirkan oleh syaitan ini, maka hendaklah kita :

1.            Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain.

2.            Gunakan ilmu Tauhid dan Feqah untuk mengenal halal dan haram.

3.            Gunakanlah ilmu tasauf untuk menyuluh sifat mazmumah yang terkandung di dalam diri kita dan kikislah sifat tersebut dengan menggantinya dengan sifat mahmudah.

4.            Sentiasa berlapar

5.            Memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam

 

4.            Nafsu (Nafsu Ammarah, Lauwamah, Mulhamah)

Bahagian ini tidak sempat dikupas dalam tazkiraz yang serba ringkas.



[1] Kitab Minhajul Abidin ditulis oleh Imam Al-Ghazali dalam konteks kehidupannya yang panjang, yang berlangsung dari abad ke-5 Hijriah (450-505 H) atau tahun 1058 hingga 1111 M. Selama periode ini, Al-Ghazali dikenal sebagai seorang guru besar di Perguruan Nizamiyah dan berkomitmen untuk mencari pengetahuan yang hakiki serta pengalaman spiritual. Karya ini mencerminkan pemikiran Sufisme Al-Ghazali dan berfungsi sebagai panduan bagi individu yang ingin memahami dan mengamalkan ibadah dalam Islam.

[2] واختلف أهل العلم في المقصود بالجماعة، قال أبو إسحاق الشاطبي -رحمه الله- في كتابه الاعتصام: اخْتَلَفَ النَّاسُ فِي مَعْنَى الْجَمَاعَةِ الْمُرَادَةِ فِي هَذِهِ الْأَحَادِيثِ عَلَى خَمْسَةِ أَقْوَالٍ:

Ahli Ilmu  berselisih pendapat tentang maksud golongan yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini berdasarkan lima pendapat:

أَحَدُهَا: أَنَّهَا السَّوَادُ الْأَعْظَمُ مِنْ أَهْلِ الْإِسْلَامِ وَهُوَ الَّذِي يَدُلُّ عَلَيْهِ كَلَامُ أَبِي غَالِبٍ: إِنَّ السَّوَادَ الْأَعْظَمَ هُمُ النَّاجُونَ مِنَ الْفِرَقِ، فَمَا كَانُوا عَلَيْهِ مَنْ أَمْرِ دِينِهِمْ فَهُوَ الْحَقُّ، وَمَنْ خَالَفَهُمْ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً، سَوَاءٌ خَالَفَهُمْ فِي شَيْءٍ مِنَ الشَّرِيعَةِ أَوْ فِي إِمَامِهِمْ وَسُلْطَانِهِمْ، فَهُوَ مُخَالِفٌ لِلْحَقِّ.

Salah satunya adalah  السَّوَادُ الْأَعْظَمُ مِنْ أَهْلِ الْإِسْلَامِ , Mazhab, apa sahaja yang mereka ikuti dalam agama mereka adalah benar, dan sesiapa yang berselisih dengan mereka mati dalam keadaan mati jahiliah, sama ada dia berselisih dengan mereka dalam mana-mana syariah atau dalam Imam dan kuasa mereka, ia bertentangan dengan kebenaran.

 

الثَّانِي: أَنَّهَا جَمَاعَةُ أَئِمَّةِ الْعُلَمَاءِ الْمُجْتَهِدِينَ، فَمَنْ خَرَجَ مِمَّا عَلَيْهِ عُلَمَاءُ الْأُمَّةِ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً، لِأَنَّ جَمَاعَةَ اللَّهِ الْعُلَمَاءُ، جَعَلَهُمُ اللَّهُ حُجَّةً عَلَى الْعَالَمِينَ.

Kedua: Ia adalah golongan imam mujtahid , maka sesiapa yang keluar dari apa yang dilalui oleh ulama ummah  akan mati dalam keadaan mati sebelum Islam, kerana jamaah  Allah adalah para ulama, semoga Allah menjadikan mereka hujjah bagi alam sekaliannya.

 

الثَّالِثُ: أَنَّ ‌الْجَمَاعَةَ ‌هِيَ ‌الصَّحَابَةُ عَلَى الْخُصُوصِ.

Ketiga: Bahawa golongan itu adalah para Sahabat khususnya.

 

الرَّابِعُ: أَنَّ الْجَمَاعَةَ هِيَ جَمَاعَةُ أَهْلِ الْإِسْلَامِ، إِذَا أَجْمَعُوا عَلَى أَمْرٍ فَوَاجِبٌ عَلَى غَيْرِهِمْ مِنْ أَهْلِ الْمِلَلِ اتِّبَاعُهُمْ، وَهُمُ الَّذِينَ ضَمِنَ اللَّهُ لِنَبِيِّهِ عليه الصلاة والسلام أَنْ لَا يَجْمَعَهُمْ عَلَى ضَلَالَةٍ.

Keempat: Golongan itu ialah jamaah  orang-orang Islam Jika mereka bersepakat dalam sesuatu perkara, maka wajib bagi selainnya itu mengikuti mereka, dan mereka Orang-orang yang dijamin Allah kepada Nabi-NyaSAW , bahawa Allah  tidak akan menyatukan mereka di atas kesesatan.

 

الْخَامِسُ: مَا اخْتَارَهُ الطَّبَرِيُّ الْإِمَامُ مِنْ أَنَّ الْجَمَاعَةَ جَمَاعَةُ الْمُسْلِمِينَ إِذَا اجْتَمَعُوا عَلَى أَمِيرٍ. اهـ.

Kelima: Apa yang dipilih oleh Al-Tabari, imam, bahawa kumpulan adalah kumpulan orang Islam jika mereka bersetuju dengan pemimpin.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...