Pembaca Setia

Rakan Pembaca

Wednesday, August 27, 2014

JEJAK KEMENANGAN HAMAS PERTAHAN GAZA 2014


JEJAK KEMENANGAN HAMAS PERTAHAN  2014
Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM

Tiada berita seindah dan sehebat berita kemenangan Hamas menundukkan rejim Zionis hari ini. Penulis tidak berminat dengan sebarang apa juga berita tatkala menatap beberapa naskhah Kosmo, Sinar Harian dan beberapa akhbar yang disediakan di tempat kerja penulis melainkan berita ini. Malah kehangatan isu pertukaran Menteri Besar Selangor juga tidak sehebat berita ini.

Daam kekusutan isu-isu tempatan dan isu politik, kadangkala penulis mengambil sikap berasaskan kaedah fiqh الخروج من الخلاف مستحب ( Keluar dari khilaf itu digalakkan). Penulis lebih gemar menggalakkan para sahabat dan rakan-rakan merenung, berdiskusi dan bermakti dalam isu-isu ummah terutama penindasan umat Islam antarabangsa.

Apabila bercakap isu mustadhafin luar negara yang dizalimi, isu Gaza adalah isu paling popular, paling trajis, paling konsisten penindasannya dan ia berlaku kepada sekolompok etnik yang muia, beriltizam dengan amalan syariah, berakhlak mulia serta dijanjikan kemenangan dalam beberapa siri hadis Rasulullah yang sahih.

Inilah isu Gaza yang diisytihar dunia menang menentang Zionis sejak awal Ogos lalu menerima serangan. Isu ini amat penting bagi sejumlah besar umat islam di Malaysia sehinggakan penulis sendiri mengekalkan ikon bendera Palestin pada profil ‘facebook’ penulis.

Apakah bukti bahawa Hamas telah menang sedangkan jumlah kematian ramai di pihak Palestin? Makalah ini cuba memberi sedikit jawapan.

Gencatan senjata berpanjangan adalah tanda kemenangan jihad Al Qassam selama 50 hari ini. Gencatan senjata berkekalan baru sahaja berkuat kuasa di Gaza beberapa jam sebelum makalah ini ditaip (7 malam waktu Palestin dan 12 tengah malam waktu Malaysia), yang menamatkan satu peperangan genosid dahsyat selama 50 hari di Gaza.

Israel mula melancarkan serangan kejamnya di semenanjung Gaza pada 8 Julai, lebih 2,000 nyawa melayang, 10,800 orang cedera, 15,700 rumah musnah, 29 hospital dan 221 sekolah dibedil1.

Perang Genosid digelar perang pertahan diri

Dua tahun lepas Zionis mengganas juga atas nama mempertahan diri. Dalam Operation Pillar of Defense (14–21 November 2012), Israel memulakan operasi di Gaza dengan pembunuhan Ahmed Jabari, ketua sayap ketenteraan Hamas, dan serangan udara terhadap dua puluh bawah tanah tapak perumahan pelancar roket jarak jauh mampu menarik Tel Aviv2.

Perang kali ini tahun 2014 digelar sebagai perang mempertahan diri juga, suatu dongeng lama yang dialun semula serta mendapat sokongan padu White House. Operation Protective Edge adalah operasi adalah Angkatan Pertahanan Israel (IDF) beroperasi di Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas, dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 20143.

Ini adalah perang genosid atau pembunuhan beramai-ramai yang dilancar Zionis kerana perang itu bertujuan;

  1. Membunuh kanak-kanak.
Perhatikan ucapan "Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..." (Ariel Sharon pada 1956). Menurut Perdana Menteri Gaza Ismail Haniyah, 75 peratus mangsa korban setiap serangan adalah kanak-kanak dan wanita.Tindakan Israel membunuh kanak-kanak Palestin adalah sebab takut dengan pertambahan generasi baru di negara itu. Israel takut kerana kanak-kanak Palestin boleh hafal 30 juz Al-Quran di usia muda4.


  1. Wanita
Pakar bedah di Britain mendakwa wanita hamil menjadi sasaran penembak hendap di Syria. Dr David Nott yang berada di Syria selama lima minggu mendedahkan kumpulan penembak hendap tersebut turut menganggap tindakan kejam itu sebagai satu 'hiburan' untuk mereka5. Mereka juga bertujuan mengurangkan jumlah penduduk Gaza yang kian meningkat kerana wanita Gaza juga sanggup bernikah dengan bekas askar yang cacat anggota demi kesinambungan pemuda-pemuda Hamas6.
  1. Merosak masjid
Sejak tahun 2008 telah 251 buah masjid di Gaza telah dimusnahkan oleh Zionis yang zalim! Hal ini tidak diperhebahkan sehingga kita kelihatan ketinggalan dalam membela sejumlah besar masjid-masjid ini7.
  1. Merosak institusi pendidikan.
Zionis membedil sekolah di bawah seliaan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) di selatan Rafah. Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra memaklumkan serangan itu berlaku ketika penduduk Palestin sedang berbaris untuk mendapatkan bekalan makanan8.
  1. Kem pelarian dibedil.
Israel juga mensasarkan kem-kem pelarian untuk memusnahkan semua pelarian yang ada9.
  1. Memusnah harapan masa depan.
Menurut laporan PBB, populasi Gaza dijangka meningkat daripada 1.6 juta kepada 2.1 juta, bertambah lebih 500,000 orang, yang semuanya memerlukan makanan, tempat tinggal dan pendidikan dan hal ini menjadi sukar jika Israel meneruskan polisi genosid mereka. Gaza adalah antara wilayah yang mempunyai jumlah penduduk muda paling ramai di dunia memandangkan separuh daripada penduduknya berusia kurang 18 tahun10.

Rata-rata media menyiarkan gambar pemuda pemudi Gaza berarak di sepanjang jalan dan bandar untuk meraikan pengunduran tentera Zionis. Hal ini dikongsi oleh sahabat mereka di Tebing Barat yang berkongsi keperitan atas satu bendera dan satu kerajaan.

Lebih menarik, bendera Malaysia turut kelihatan diarak oleh pemuda Gaza mungkin atas jasa besar rakyat Malaysia menyalur bantuan, kepakaran, perubatan serta dana membina sejumlah masjid di negara mereka. Itulah hadiah besar penduduk bumi Anbiya’ terhadap negara kita sempena menyambut Kemerdekaan Malaysia 31 Ogos akan datang.

Bukti besar kemenangan ini adalah gencatan senjata berpanjangan yang berhasil diperolehi selepas beberapa gencatan senjata sementara di Gaza. Sempena gencatan senjata ini beberapa siri tuntutan kerajaan Hamas wajib dipenuhi oleh Israel antaranya;

  1. Sekatan di sempadan Gaza, Israel dan Mesir segera ditarik balik
  2. Zon tangkapan ikan di Laut Mediterranean diperluaskan.
  3. Pembinaan sebuah pelabuhan laut di Gaza
  4. Pmbebasan pejuang Hamas yang dipenjarakan Israel di Tebing Barat yang diduduki,
  5. Pertukaran bagi mayat dua askar Israel yang dipercayai disimpan Hamas.
  6. Gencatan senjata itu juga akan membuka jalan kepada penghantaran bantuan kemanusiaan daripada orang awam dari luar Gaza.

Kemenangan kerana hasil gerakan boikot ekonomi Israel

Tahun ini kelihatan kempen boikot paling berjaya walaupun beberapa pemimpin beruacap agak pesimis atau skeptikal dengan matlamat dan kejayaan kempen berkenaan11. Hal ini mungkin benar kerana budaya melayu yang selaunya hangat-hangat tahi ayam akan memusnahkan perancangan besar melemahkan ekonomi Israel.


Flashmob, kempen bantahan, demostrasi aman, edaran risalah, pameran dan tayangan video berkenaan kempen boikot kali ini amat berkesan.

Terdapat juga individu yang konon lateral thinking, hebat berfikir memandang remeh hal boikot. Mereka kononnya memandang perlunya strategi melemahkan ekonomi Amerika secara lebih bersepadu dan komprehensif tanpa mengira keadaan umat isam Gaza yang memakan peluru saban hari. Biarkan mereka denga igauan bombastik mereka dan sebenarnya mereka hanya kelompok mutaqai’dun (berpeluk tubuh) yang tidak membuat apa-apa untuk umat Islam.
Pada Mac 2014, akhbar Israel melaporkan bahawa Israel telah kehilangan US$30 juta gara-gara BDS ataupun Boikot, Penarikan Pelaburan ( Disinvestment ) dan Sekatan oleh masyarakat dunia. Laporan itu pada Mac, maksudnya pada suku pertama tahun ini sahaja, Israel telah kerugian RM90 juta12.

Mesej boikot yang tersebar di timeline Twitter dan juga di wall FB sebenarnya memberikan kesan buat Israel. Ini kerana ia menyebabkan pelabur berpersepsi bahawa melakukan perniagaan yang melibatkan Israel ini boleh menyebabkan mereka diboikot.

Kemungkinan juga para pengurus Mc D dan Starbuck di Malayia ada yang menulis laporan ke HQ mereka di Amerika bahawa akibat sikap Israel, perniagaan mereka di sini rugi dan mungkin mengugut menutup cawangan. Hal ini tidak mustahil.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Palestin, Malaysia, Muslim Abu Umar berkata mengadakan kempen boikot adalah perjuangan penting kerana masyarakat antarabangsa boleh mengambil bahagian dalam mempertahankan Palestin menentang "peluru" rejim zionis13.

Sebelum ini Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengatakan kempen boikot itu adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan. Susulan ancaman beberapa negara termasuk Britain, beliau adakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk cari penyelesaian. Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya14.


Kemenangan kerana Israel tenat belanjawan hanya kerana Gaza

Kementerian Pertahanan Israel pernya berkata bahawa pihak mereka memerlukan 6-8 billion shekels ($1.7-2.3 billion) untuk membayar Operasi Perlindungan Edge, dan lagi 11 bilion ($ 3.2 bilion) untuk bajet 2014-2015 keseluruhan.

Bank of Israel mencatatkan dalam kajian terbarunya, bahawa ekonomi Israel adalah lemah walaupun sebelum perang di Gaza bermula, dan pertempuran yang berterusan hanya akan memburukkan lagi keadaan15.

Menurut akhbar Haaretz, Jawatankuasa Kewangan Parlimen Israel telah meluluskan pemindahan NIS 3.8 bilion ($ 1.1 bilion) kepada Kementerian Pertahanan Israel selepas Parlomen mendesak untuk meningkatkan belanjawan pertahanan dan keselamatan. Laman sesawang Palestine Online Kementerian Kewangan pada Rabu 13 Ogos mengatakan bahawa wang tambahan yang diperuntukkan kepada bajet ketenteraan telah diambil daripada dana yang telah diperuntukkan bagi perkhidmatan awam dan keselamatan seperti pengangkutan, pembangunan dan pengagihan air, dan persediaan gempa bumi. Ini menunjukkan Israel amat terdesak walaupun gah dikatakan menguasai dunia ekonomi antarabangsa16!

Bukti lain adalah Obama terpaksa menjadi Presiden Amerika paling banyak mengeluar belanja untuk tentera Israel berbanding Presiden kulit putih sebelumnya dan ini memadam terus dongeng kononnya Obama yang pernah berketurunan Islam itu bakal membawa sinar harapan kepada konflik di Gaza17.

*Pada tahun 2011, Israel menerima $2.994 billion;
*Pada tahun 2012, Israel dianggarkan telah menerima $3.075 billion;
*Pada tahun 2013, Obama menderma Israel $3.1 billion-hampir separuh daripada permintaan pembiayaan tentera luar global.



Berdasarkan maklumat wikipedia, sepanjang operasi Zionis ke Gaza bermula 8 Julai, jumlah askar aktif Israel adalah seramai 176,500 orang manakala serami 445,000 tentera simpanan menunggu. Manakala di pihak Hamas hanya memiliki tentera Briged Al-Qassam seramai 10,000 hingga 40,000 orang sahaja. Ia dibantu juga oleh Briged Al-Quds sekitar 5,000 orang sahaja18. Bukankah ini menunjukkan dengan ketumbukan Israel yang berlipat ganda mereka dengan mudah sepatutnya telah menjajah Gaza?

Kemenangan kerana menghalang pembunuhan lebih ramai dan mendesak tentera Zionis ke kemuncak tekanan

Majoriti rakyat Israel juga tidak menyokong keputusan menggunakan serangan darat. Kegagalan tentera darat Israel bermakna kekuatan tentera darat Palestin akan mara dan meneruskan operasi sehingga ke luar Gaza memasuki kawasan-kawasan Israel. Risiko paling tinggi adalah Palestin akan kembali meluaskan kawasan mereka dan 'menjajah' kawasan Israel. Namun dalam perang kali ini Israel terpaksa mengarahkan komando daratnya memasuki Gaza19.

Sokongan terhadap perang terhadap Gaza ini sudah merosot – dari 82 peratus di awal operasi selama 50 hari ini, turun jadi 38 peratus. Netanyahu semakin tidak popular. Rakyat Israel sedar kalau sekedar membunuh dan membunuh tidak akan berhasil menghentikan Mujahidin.

Jika ingin lakukan serangan udara pasti Israel akan bangkrap kerana bantuan White House belum juga tiba.

Israel sebenarnya ingin melakukan serangan darat sama tetapi operasi itu kelihatan seperti membunuh diri. Tentera Israel cukup penakut dan bacul sehingga ada yang menembak kaki sendiri untuk keluar dari skuad platun yang dihantar. Ramai juga yang membunuh diri.

Ekonomi Israel goyang kerana sejumlah penerbangan dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion harus dibatalkan. Sektor Pelancongan padam tiba-tiba20.

Dalam sejarahnya, belum pernah Zionis Israel kalah semalu ini. Tidak ada seorang pun Yahudi di tanah Palestin yang mereka jajah itu percaya bahawa mereka berada dalam keadaan selamat. Semua orang Yahudi di tanah jajahan mereka sedar, mereka dalam keadaan bahaya dan bila-bila masa boleh menjadi mangsa roket Mujahidin. Mujahidin Hamas berjaya menjadikan warga Yahudi ketakutan di rumah dan tanah yang mereka rampas daripada orang Islam sejak 1948.

Kemenangan kerana Israel gagal jajah seluruh Gaza

Penganalisa tentera Israel mendakwa Netanyahu dipengaruhi oleh agensi perisikan Israel, Shin Bet, untuk melancarkan perang menghapuskan Hamas di Gaza yang berkesudahan dengan kegagalan dari sudut politik, ketenteraan dan perisikan21. Mengapa mereka ghairah ingin menyerang Gaza? Tujuan akhir boleh dikatakan ingin menjarah segenap tanah Gaza atau erti kata lain melenyap terus peta Gaza.

Mantan penasihat keselamatan untuk perdana menteri Israel, Mayjen Ya'cov Amidror pernah berkata, Israel hanya mempunyai satu pilihan, iaitu menduduki atau menjajah Semenanjung Gaza, Palestin, jika usaha diplomatik untuk mendapatkan gencatan senjata gagal. Kononnya cadangan itu sebagai penyelesaian untuk mengatasi keganasan dari terowong di Gaza.
Kata beliau "Kami akan membayar harga yang sangat tinggi (sepanjang operasi menjajah), tetapi pada akhirnya kita akan mempunyai ketenangan dan tidak akan ada roket lagi”22.

Israel tidak berjaya menambah besar peta Gaza sepertimana yang mudah mereka lakukan di Tebing Barat. Kali ini juga Israel gagal. Bukan sahaja gagal merampas tanah gaza, mereka pula hidup diselimuti ketakutan.

Jika dahulu hanya penduduk di bandar Sederot saja yang dipindahkan ke kawasan selamat oleh kerajaan yahudi. Namun sekarang, semua bandar Israel seperti Tel Aviv, Haifa dan beberapa bandar penting yang lain boleh dicapai sasaran oleh roket pejuang dan akibatnya beberapa bandar dan wilayah Israel menjadi kota mati.


Hal ini kerana Roket pejuang Islam Palestin kini telah menjangkau jarak lebih dari 160 kilometer.23

Apa komentar antarabangsa berkenaan kekalahan Israel24?

  1. Richard Falks, seorang pengkritik politik Israel dan wartawan khusus PBB, mengatakan bahawa Israel sudah kalah dalam perang, dan hancurnya kredibiliti.

  1. Ari Avnery, seorang Israel yang terus-menerus mengkritik pemerintahannya, ia telah menulis, "Apa yang akan diingati oleh dunia akan peristiwa ini adalah wajah “monster” Israel yang haus darah. Ini niscaya akan memberikan akibat jangka masa panjang bagi orang-orang Yahudi.

  1. Avi Shalim, Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Oxford mengatakan bahawa ia percaya Israel telah menjelma menjadi negara biadab.

  1. Profesor Ilan Pappe, pengarang buku The Ethnic Cleansing of Palestine. "Zionisme adalah sebuah idelogi yang memakai pembunuhan etnik, pendudukan, dan sekarang pembantaian beramai-ramai. Apa yang dihasilkan oleh Israel di Jalur Gaza bukan saja mengutuk atas apa yang dilakukan Israel tapi juga menghilangkan semua nilai ideologi Yahudi."

Penulis berharap agar umat Islam Malayia mengekalkan momentum boikot beberapa produk yang telah dibuat selama dua bulan ini. Dengan istiqamah dan teratur, ia bakal menghancurkan terus gerakan Zionis walaupun kononnya merekalah yang mencatur dunia dalam pelbagai aspek dan sektor.

Muhammad Nuruddin bin Bashah
017 6291368


11 Antara pemimpin atau tokoh berkenaan antaranya Tan Sri Ali Hashim dan Tun Mahathir Mohamad. Ketua Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mendesak rakyat Malaysia menghentikan boikot produk AS dan Israel. Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad yang memiliki rangkaian restoran Pizza Hut dan pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad mengalami kerugian setelah kempen boikot dilancarkan.
18 Wikipedia memetik sumber ; Thursday 1 (17 July 2014). "Hamas growing in military stature, say analysts". Middleeasteye.net. Retrieved 4 August 2014.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...