Pembaca Setia

Rakan Pembaca

Tuesday, February 3, 2015

AMERIKA DAN SENJATA CUACA USAHA KEKAL BERKUASA


AMERIKA DAN SENJATA CUACA USAHA KEKAL BERKUASA
Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan) UM

Para ahli falsafah mekanistik berpandangan bahawa alam sekitar dan bumi ini adalah sesuatu yang mati tidak bernyawa. Justeru ia dianggap komoditi secara semulajadi terjadi untuk memenuhi nafsu dan kehendak manusia semata-mata.

Sedangkan Allah berfirman

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu. ( An Nisa’ : 126)

Jelas Alah sendiri meletakkan bahawa alam ada tuannya, ada pengurus dan penjaganya. Maka manusia yang bermain-main di atas muka bumi sebenarnya hanya menumpang sahaja dan jelasnya para penumpang wajib mengikuti manual peraturan tuan pemilik alam sekitar dan bumi berkenaan.

Ilmu alam semulajadi atau Ekologi adalah ilmu yang mempelajari interaksi antara organisme dengan lingkungannya dan yang lainnya. Berasal dari kata Yunani oikos (“habitat”) dan logos (“ilmu”). Ekologi diartikan sebagai ilmu yang mempelajari baik interaksi antar makhluk hidup maupun interaksi antara makhluk hidup dan lingkungannya. Dalam ayat di atas bukan sekadar islam menjaga sistem ekologi malah ekologi juga berangkaian dengan ilmu meteorologi iaitu ilmu kaji cuaca yang juga merupakan kuasa Allah SWT yang diatur dengan cantik dan bermanfaat untuk ekosistem dunia.


Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (Al A’raf : 31)

Manakala ayat kedua ini pula menjelaskan bahawa manusia selaku hamba merangkap penumpang di muka bumi berpeluang menggunakan sumber alam dan segala kekayaan muka bumi untuk makan minum, membiak, bersosial, berniaga dan mengumpul kekayaan namun ia bersuifat muqayyad (bersyarat) iaitu tanpa melebihi had dan batas.

Namun dunia yang dipacu oleh Amerika sejak Perang Dunia II kelihatan lebih rakus mengeksploitasi alam semulajadi malah kini mereka seolah berlagak sebagai tuhan apabila mampu ‘menguasai’ cuaca dunia pula!

Akhir zaman Dajjal dikatakan mampu menguasai segalanya termasuk cuaca dan bencana alam. Adakah teori yang menyatakan Amerika Syarikat sebagai dajjal sebelum kemunculan Dajjal sebenar suatu teori yang benar?

Punca malapetaka dunia - melampaui batas (toghut)

Tulisan ini cuba mendedah sebahagian kerja batil manusia memanipulasi cuaca sehingga ia merosakkan populasi manusia atas nama kepentingan perang. Ia juga sebenarnya kian merosak ekosistem, habitat haiwan serta flora baik di rimba mahupun ladang-ladang pertanian.

Sebenarnya punca kerosakan alam sekitar akibat kerakusan kapitalisme, mekanistik dan ahli ekonomi sekular adalah disebabkan gejala melampaui batas yang diamalkan. Lihat sahaja kapitalis yang ekstrim memberi lesen mengumpul harta kepada penganutnya, manakala komunisme pula melampaui batas dalam ideologi membela kelas manusia yang digelar proletariat (pekerja).

Akibat siap meampaui batas inilah menyebabkan alam sekitar mengalami kemerosotan dari aspek hasil dan kelestariannya.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972 menjelaskan bahawa alam sekitar adalah: “Suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk material dalam kelompok masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan tempat yang tertentu bagi menyempurnakan dan memenuhi keperluan manusia dari masa ke semasa”1.

Ibnu Abd. Rabbihi seorang sejarawan, ahli etika dan geografi Cordova (lahir 860 M) mentakrif alam sekitar di dalam kitabnya al-Jumanah bahawa: “Alam sekitar ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya”2.

Al-Quran dan sunnah memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar di mana kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan Allah walaupun dibenarkan menggunakan sumber alam. Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran bumi. Keseimbangan ekosistem adalah matlamat dalam pengekalan alam sekitar. Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan sekaligus menaikkan suhu dunia.

Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar yang bakal dirosakkan oleh tangan manusia sendiri bukannay kerja jin, iblis, malaikat atau haiwan.

Kata Allah :

Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)

Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

Nabi SAW bermaksud; Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya. (Riwayat Imam At Tirmizi)

Manusia cuba capai urusan tuhan.

Jika dahulu teah muncul sihir dan ilmu perbomohan yang cuba menguasai cuaca dan perjalanan alam sekitar , kini melalui kajian sains dan teknologi manusia cuba pula mengurus dan mencipta bencana alam melalui sains tanpa memerlukan sihir lagi.

Adakah perbuatan ini mulia berbanding perbuatan syirik menggunakan sihir? Ternyata matlamatnya sama sahaja. Mutakhir ini penggunaan sains untuk menghasilkan bencana alam sebagai senjata ekologi adalah suatu yang pasti dan nyata terjadi.

Baru-baru ini Telegraph.co.uk telah menyenarai 30 teori konspirasi terbesar sepanjang zaman, dan HAARP telah menduduki kedudukan ke 27. Walaupun hanya di urutan ke-27, tetapi akhir-akhir ini HAARP menjadi lebih sering dibahas di dunia maya pasca beberapa bencana yang terjadi seperti gempa dahsyat di China pada Mei 2008 yang disyaki diakibatkan oleh HAARP.

HAARP atau yang disebut sebagai High Frequecy Active Auroral Program diduga sebagai senjata rahsia milik Amerika. Dikhuatiri senjata ini nantinya akan menyebabkan kerosakan alam yang tak boleh dipulih semula. Jika Nuklear ada perjanjian antarabangsa dan undang-undang yang melarang atau menggencatkannya, senjata memanipulasi alam sekitar ini pula tiada had dan penghalang. Amerika kerja siang dan malam agar senjata tidak masuk akal berjaya dicipta demi mengekalkan empayar neo-penjajahan mereka.

Menurut wikipedia, High Frequency Active Auroral Program atau yang lebih dikenali sebagai HAARP adalah sebuah program penyelidikan ionosfera yang dibiayai oleh Tentera Udara Amerika (USAF), Tentera Laut Amerika Syarikat, Universiti Alaska (University of Alaska) dan Defense Advanced Research Project Agency (DARPA) , dan dikendalikan bersama-sama oleh Office of Naval Research (ONR) dan Air Force Research Laboratory3.

Selain itu Universiti-universiti ternama lain juga turut dalam pembangunan projek ini, diantaranya adalah Stanford University, University of Massachussets dan sebagainya. Program HAARP bermula pada tahun 1990. ASalnya ia bertujuan meneliti ionosfera dan menyiasat potensi pembangunan teknologi untuk peranti tambahan ionosfera yang berguna untuk komunikasi radio dan keperluan pendataan4.

Mantan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), William Cohen, pernah memberitahu satu seminar counter-terrorism pada April 1997, bahawa teroris sudah mula menggunakan `senjata ekologi’ untuk menukar cuaca, meledakkan gempa bumi atau meledakkan gunung berapi secara jarak jauh dengan menggunakan gelombang elektromagnatik5.

Menurut Cohen, perkembangan seperti di atas adalah benar. Lantaran itulah beliau
menggesa supaya usaha-usaha counter-terrorism AS diperhebatkan untuk menangani
gejala berkenaan.

Biasanya jika sesuatu kebimbangan Amerika diutarakan ia bermaksud untuk menjustifikasikan senjata atau taktik baru yang sebenarnya adalah keinginan mereka. Itulah sifat umum Yahudi -Amerika.

Oleh itu, tidak mustahil yang dimaksudkan dengan `usaha-usaha counter-terrorism AS diperhebatkan’ membawa erti bahawa AS juga wajar menguasai teknologi dan
teknosains dalam bidang menukarkan cuaca, meledakkan gempa bumi, meledakkan
gunung berapi secara jarak jauh menggunakan teknologi elektromagnatik dengan
lebih baik dan lebih canggih daripada yang ‘kononnya’ dikuasai oleh pihak teroris?

Sebab itulah banyak pihak mempercayai bahawa tentera udara AS kini mempunyai
kemampuan memanipulasikan cuaca, sama ada untuk ujian atau kegunaan sebagai
senjata ketenteraan6.

Persoalan menarik yang berhubung kait dengan keinginan Amerika 1997.

  1. Tsunami di Aceh, gempa bumi di Pulau Nias, perlanunan di Selat Melaka. Adakah ketiga-tiganya mengandungi agenda geopolitik asing terhadap Malaysia dan Indonesia di abad ke-21? Soalan ini wajar dihalusi oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia yang prihatin terhadap kesejahteraan Asia Tenggara, khususnya wilayah Nusantara yang mewarisi sejarah persahabatan sejak zaman berzaman.Keprihatinan ini wajar berpaksikan hakikat bahawa di abad ke-21 memang ada kuasa besar yang mahu menguasai beberapa lokasi strategik di Asia Tenggara. Antara lokasi tersebut ialah Selat Melaka yang dikuasai bersama oleh Malaysia dan Indonesia. Adakah satu kebetulan apabila pada 17 Disember 2004, Presiden George W. Bush mengeluarkan arahan eksekutif memberikan AS kuasa mengawal seluruh lautan di dunia, dan sembilan hari sesudah itu terjadi gempa bumi dan tsunami di perairan Aceh, Indonesia?
  2. `Misi kemanusiaan’ AS ke Aceh dikepalai oleh Leftenan Jeneral Blackman, Jeneral perang yang mengepalai pencerobohan AS ke Baghdad pada Mac 2003.
  3. Korea Utara dikatakan telah mengalami musim kemarau yang panjang dan kemudiannya diikuti pula oleh hujan dan banjir. Keadaan ini telah memusnahkan seluruh sistem pertanian di negara tersebut. Tidakkah ini akibat modifikasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik?
  4. Negara-negara seperti Iraq, Iran dan Syria juga mengalami keanehan cuaca sepanjang 1999. Adakah ini satu kebetulan? Atau, inikah kesannya manipulasi cuaca?
  5. Afghanistan pula mengalami kemarau empat tahun berturut-turut sebelum ia dilanda
Peperangan Antikeganasan Global (PAG) pada 2001. Akibatnya, seluruh ekonomi negara itu musnah dan rakyat jelatanya dicengkam kebuluran.

Adakah ini satu kebetulan? Bukankah ini kesan manipulasi cuaca yang digunakan
sebagai senjata strategik oleh sesetengah kuasa besar dunia?

Pada tahun-tahun awal abad ke-20, seorang saintis mistik , Nicholai Tesla, membuat penemuan bahawa fungsi bumi sebagai grid elektrik global, berdenyut pada frekuensi yang teramat rendah, dipanggil ELF [Frequency sangat rendah]. Seterusnya, Tesla mendapati bahawa grid elektrik global ini berfungsi sangat tepat, dan berterusan. Tetapi apabila mereka memancarkan frekuensi pada frekuensi yang sama, mereka boleh membuat dan mengendalikan semua cuaca dan fungsi tektonik bumi.

Idea di sebalik Kawalan Cuaca adalah mudah, jika anda melihat sesuatu bencana alam, gempa misalnnya, ada suatu kuasa tersebunyi yang menggerakkan bencana berkenaan. Hal ini dipercayai suatu getaran gelombang dan ia boleh dimanipulasi.

Didedahkan juga hari ini projek rahsia bernilai $30 juta oleh Pentagon, dinamakan HAARP (High-Frequency Active Auroral Research Program) dibuat untuk dipancar (dengan kekuatan) lebih 1.7 gigawatts (billion) dengan kuasa radiasi ke arah ionosfera - lapisan elektrik yang dicaj di atas atmosfera bumi. Untuk mudah difahami 'apparatus' adalah timbal balik daripada menerimanya. Ia akan menghangatkan lapisan atas atmosfera. Setelah (dipanaskan) dan mengubah (kestabilan) ionesfera, radiasi akan memantul balik ke arah bumi dalam bentuk gelombang yang tegar sehingga menghentam tubuh kita, tanah dan lautan7.

Saintis terkenal dunia Dr Rosalie Bertell mengesahkan bahawa Saintis Tentera Amerika memang bekerja untuk menjadikan sistem cuaca sebagai senjata yang berpotensi. Kaedah termasuk mencipta ribut dan pengalihan wap di atmosfera bumi untuk menghasilkan kemarau yang disasarkan atau penghasilan banjir8.

Pada tahun 1970-an, bekas penasihat Keselamatan Negara (US) Zbigniew Brzezinski telah meramalkan dalam bukunya "Between Two Ages" bahawa:

"Teknologi akan menyediakan, kepada pemimpin-pemimpin negara-negara besar, teknik untuk melakukan peperangan rahsia, di mana hanya sedikit sahaja pasukan keselamatan. Pengubahsuaian cuaca boleh digunakan untuk menghasilkan tempoh yang lama bagi kemarau atau ribut. "

Marc Filterman, bekas pegawai tentera Perancis, menggariskan beberapa jenis "senjata tidak konvensional" menggunakan frekuensi radio. Beliau merujuk kepada perang cuaca , menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet telah "menguasai pengetahuan yang diperlukan untuk melepaskan perubahan mendadak cuaca (taufan, kemarau) di awal 1980-an.9 Teknologi ini membuatnya "mungkin untuk mencetuskan gangguan atmosfera dengan menggunakan radar frekuensi sangat rendah (ELF).

Menipu massa adalah agenda biasa Amerika

HAARP telah dibentangkan kepada umum sebagai program penyelidikan saintifik dan akademik. Tentera AS seolah-olah mencadangkan, bahawa tujuan utama HAARP adalah untuk "mengeksploitasi ionosfera untuk keperluan Jabatan Pertahanan10.

Tanpa secara jelas merujuk kepada program HAARP, satu kajian Tentera Udara AS menunjuk pada penggunaan "pengubahsuaian ionosfera" sebagai satu cara untuk mengubah corak cuaca serta kononnya hanya untuk mengganggu komunikasi musuh dan radar11.

Menurut Dr Rosalie Bertell juga, HAARP adalah sebahagian daripada sistem senjata bersepadu, yang mempunyai kesan alam sekitar yang berpotensi merugikan:

Jika benar akan HAARP benar-benar dijadikan senjata massal dan bukan sekadar iuntuk memecah kod rahsia komunikasi musuh,maka AS memang sedang mengendalikan cuaca, gempa bumi, badai, bencana kelaparan dan sebagainya. Kreativiti manusia yang zalim da toghut tidak akan berhenti kerana selagi hayat dikandung badan, pemikiran dan tenaga akan dikerah untuk pengekalan kuasa dunia mereka.

Amerika kian berusaha jadi juara bencana alam

Baru-baru ini Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyatakan tegurannya kepada kerajaan Malaysia terus mengadakan kerjasama latihan ketenteraan Amerika dengan Angkatan Tentera Malaysia. Maklumat mengenai kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia adalah petanda jalinan Malaysia dengan tentera Amerika terus akrab.

Tentera Amerika tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis, 11 September 2014.

Menurut maklumat umum tujuan utama eksesais bilateral ini dikatakan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Namun benarkah Amerika benar-benar mahir serta ikhlas mendidik masyarakat dunia berkenaan bencana alam sedangkan ramai inteegensia negaranya sendiri mengesyaki sesuatu agenda jahat yang dilakukan oleh Pentagon melalui agenda penguasaan alam semulajadi dan cuaca.



Muhammad Nuruddin bin Bashah

017 6291368


1 Muhammad Sa’id dan Rasyid Ahmad. 1986. Al-Bi’ah wa musykilatiha. Kuwait: Maktabah al-Falah. Hal. 25
2 Muhammad Abd al-Qadir Al-Fiqqiyy. 1993. Al-Bi’ah Musykiluha wa Qadayaha. Kaherah: Maktabah Ibn Sina. Hal. 9
5 Others are engaging even in an eco-type of terrorism whereby they can alter the climate, set off earthquakes, volcanoes remotely through the use of electromagnetic waves.” – William S. Cohen, U.S. Secretary of Defense, 1997 http://www.paranoiamagazine.com/2013/01/invisible-warfare-geophysical-weapons-of-the-secret-government/
6
8 The Times, London, 23 November 2000
9 . Intelligence Newsletter, December 16, 1999
10 Nicholas Begich dan Jeane Manning, dalam The Military's Pandora's Box, Earthpulse Press.

11 Air University of the US Air Force, AF 2025 Final Report

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...