Pembaca Setia

Rakan Pembaca

Monday, June 22, 2015

ERDOGAN MAHU BERAKHIR SEBAGAI SULTAN UTHMANIYAH?


ERDOGAN MAHU BERAKHIR SEBAGAI SULTAN UTHMANIYAH?
Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM

Erdogan tamakkan kuasa seumpama kuasa Khalifah Uthmaniah?

Benarkah susuk tubuh bernama Erdogan mula melancar agenda totalitarian, autokrasi dan bercita-cita untuk menjadi pemerintah feudalisme atau dengan kata ringkas berdasarkan media Barat Erdogan ingin kuasa umpama Sultan Uthmaniyah? Jika benar ingin mengembali Turki ke era kegemilangan Khalifah, ia bukan isu besar. Ramai pergerakan Islam akan menyokong Turki. Namun begitu monarki dan feudalisme hanyalah metod pentadbiran. Monarki bukan sisem yang popular untuk diperkenal bagi sebuah negara yang telah kehilangan takhta monarki selama 91 tahun. Sasaran adalah kegemilangan,sultoh dan kepimpinan Islam tisak kira dalam bentuk demokrasi, senat, republik mahupun monarki.

Kuasa Sultan yang dimomok barat itu sebenarnya kuasa Presiden yang ditambah nilai setara dengan negara maju lain. Presiden Turki yang baru mengekalkan kemenangan AKP dalam pilihanraya 2015 baru-baru ini mahu memerintah sebagai presiden dengan mengubah Turki daripada sistem parlimen sekarang kepada sistem presiden.

Walau bagaimanapun untuk menukar perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen, iaitu memerlukan 367 orang AP (Ahli Parlimen) menyokong daripada 550 orang AP..

Malangnya pasca Pilihanraya Umum 2015, AKP hanya mempunyai 313 anggota di Parlimen dan percubaan sebelumnya untuk menukar perlembagaan setakat ini tidak berjaya1.

Erdogan berusaha untuk menggunakan kuasa eksekutif presiden yang sah dari segi undang-undang tetapi setakat ini belum digunakan oleh Presiden terdahulu kerana itulah hal ini mampu mencetus ketegangan rakyat.

Dalam media Turki, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menolak kritikan bahawa beliau cuba untuk mengumpul kuasa seperti para sultan terdahulu. Menurut jawapan beliau, beliau benar-benar mahu memiliki wewenang jawatan selaku Presiden mirip dengan kuasa Ratu Elizabeth II Britain. Erdogan memberi contoh negara yang diidamkan umpama kuasa Queen Britain.

"Pada pendapat saya, walaupun Britain ditadbir oleh semi-presiden, namun unsur dan kuasa yang dominan di negara tersebut adalah Queen, "kata Erdogan memetik laman The Guardian pada artikel bertajuk Erdoğan presidential Turkey would be like UK, where Queen’s in charge. Britain merupakan sebuah negara raja berperlembagaan, ditadbir oleh sistem berparlimen, tetapi raja yanga ada pada hari ini turun-temurun bukan hanya mempunyai kuasa simbolik sahaja menurut Erdogan2. Komen yang dilontarkan Erdogan datang selepas menerima kritikan segar dari pihak pembangkang bahawa beliau akan bertindak seperti "Sultan Uthmaniyyah".

Erdogan juga menyangkal media Barat yang prejudis dengan Turki apabila media Barat mendiamkan diri melihat kuasa presiden yang sama diamal di beberapa negara di dunia seperti di Amerika Syarikat, Brazil, Korea Selatan, Mexico tetapi tidak pula dituduh bertindak seperti raja monarki.

Erdogan menjadi Presiden Turki secara sah pada bulan Ogos 2014 selepas lebih daripada satu dekad dilantik sebagai sebagai Perdana Menteri, Biarpun demikian, pihak pembangkang cuba menuduh beliau dengan mengubah negeri ini dengan mengenakan Islamisasi beransur-ansur sehingga mengetepikan demokrasi walaupun Pilihan raya Presiden Turki diadakan serta telah dipilih secara langsung oleh rakyat secara demokratik.

Erdoğan berulang kali menyatakan bahawa Turki memerlukan satu sistem politik berpusat untuk "mengukuhkan keperluan kebangsaan" (strengthen the national will).
"Kita perlu menggunakan kuasa yang diamanah dalam diri anda dengan mandat negara dengan cara yang terbaik mungkin tetapi pada masa ini, saya tidak dapat berbuat demikian, "katanya.

Menurut tulisan Raziye Akkoc dalam laman telegraph dan pada penulis beliau mewakili suara Barat, Erdogan bukannya ingin berkuasa seperti Queen yang dianggap mulia oleh Eropah sebaliknya ingin berkuasa seperti Sultan Uthmaniyah. Perumpamaan meniru Sultan ditegaskan Barat kerana mereka memang memusuhi Sultan Uthmaniyah sejak dahulu sehingga kejatuhannya3.

Menurut The Guardian, dalam kaji selidik baru-baru ini, 42.2% daripada rakyat Turki tidak gemar kepada sistem presiden di Turki dan inginkan perubahan Perlembagaan. Angka ini yang menyumbang kepada pretasi AKP dalam pilihanraya lalu dan sebelumnya. Satu tinjauan oleh Metropol menunjukkan bahawa 60% pula daripada rakyat Turki mengatakan bahawa mereka tidak berhasrat untuk memberi kuasa tambahan kepada Erdogan dan ia terjelma dalam hasil pilihanraya Jun yang lalu.


Manakala pengkritik bimbang sistem presiden dengan Erdoğan menerajuinya akan menghasilkan diktator untuk Turki4. Media barat mengungkit kemewahan istana Presiden dan lain-lain insiden ketegasan Erdogan terhadap penggunaan media sosial dan integriti medi cetak sebagai kuku besi sedangkan Barat mengagungkan bapak diktator kuku besi Turki iaitu Mustafa Kamal itu sendiri.

Kuasa Presiden diubah untuk Turki yang lebih Demokratik

Di atas telah dinyatakan hasrat AKP untuk mengubah kuasa presiden untuk merealisasikan kehendak nasional. Apakah maksud kehendak nasional itu?

Umumnya rakyat Turki inginkan:
  1. Negara Turki yang lebih demokratik
  2. Kurang kuasa tentera dan notmal seperti kebanyakan negara lain
  3. Ketua yang mampu membuat keputusan untuk mengekalkan keamanan inter-kaum di Turki.
Sewajarnya rakyat Turki memahami dan menyokong hasrat AKP dan tidak terikut-ikut dengan mainan media Barat kerana fakta di bawah.

Di antara kelebihan mengubah kuasa Presiden adalah:
  1. Memindah kuasa Eksekutif daripada Perdana Menteri ke Presiden.
  2. Presiden dipilih dari akar umbi dan pilihanraya Presiden berasingan. Ini dapat memberi pilihan lebih demokratik untuk rakyat memilih ketua negara.
  3. Berbeza dengan kuasa Perdana Menteri yang mana Perdana Menteri adalah ketua Parti yang menang majoriti dalam kerajaan. Terdapat rakyat yang meminati sesebuah Parti tetapi bukan menyokong Ketua parti berkenaan.
  4. Sehingga kini pertandingan Presiden menyukarkan penguasaan pembangkan kerana mereka ketandusan calon. Misalnya dalam pilihanraya presiden baru-baru ini pembangkang emilih Ihsanuglu mantan Setiausaha Agung OIC bukannya ahli parti CHP mahupun MHP.
  5. Kuasa tentera akan terhad kerana tentera dan hakim akan berada di bawah Presiden sama seperti negara maju lain.

Peranan Utama AKP yang ditakuti Barat

Perkara di bawah merupakan punca mengapa Barat memburuk-buruk Erdogan sebagai tamak kuasa selepas kempen AKP memberi kuasa tambah kepada Presiden sejajar dengan sistem di Barat.
  1. AKP dan Erdogan menunduk kuasa tentera:
Kredibiliti Erdogan bertambah apabila berjaya menjinakkan “Ergenekon” dalam tentera yang sentiasa mencuba merampas kuasa dari kerajaan demokratik.
Hari ini dengan usaha halus AKP, tentera Turki yang seringkali campur tangan dalam urusan politik kerana menganggap mereka sebagai pelindung Kemalisme/sekularisme sudahpun tunduk atas kuasa rakyat. Kalau rakyat mahu Erdogan dan AKP, maka itulah yang mereka akan undi. Makkal Shakti (kuasa rakyat) di Turki muncul sejak tentera ditundukkan kerana sebelum ini Jenerallah berperanan melobi kepimpinan negara.

  1. AKP dan Erdogan ingin menjadi jurubicara kaum Islam antarabangsa:

Dalam konteks dunia Islam yang tiada pelindung dan jurubicara, Turki adalah suara vokal dunia Islam. Lihat sahaja bagaimana dalam pertemuan di Davos, Erdogan tanpa diduga secara berani meninggalkan forum ekonomi dunia setelah bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Perez, pada 27 Januari 2009 lalu. Erdogan tanpa rasa takut berdebat panas dengan Perez tentang keganasan Israel di Gaza5.
Banyak kritikan Turki terhadap keganasan Israel, menghantar delegasi laut Mavi Marmara untuk membantu umat Islam terkepung di Gaza, membawa armada laut ke Myamar untuk membantu umat Islam Rohingya yang tersekat di atas bot dan pesisiran pantai Thailand. Ternyata tidakan Erdogan melambangkan sikap sejati Uthmaniyah suatu ketika dahulu dan ia amat dibenci oleh Barat. Turki juga berani memutuskan latihan tentera dengan Israel.

  1. AKP dn Erdogan melaksana Pasca Islamisme yang berperinsip dan terarah

Turki dikaitkan dengan agenda pasca Islamisme yang jinak dan bertoleransi dengan sekularisme walaupun masih berpegang dengan pandangan Islamisme. AKP yang sebenarnya tertubuh melalui eksperimen politik yang sangat panjang berdepan dengan ribuan usaha untuk memadamkan pergerakan Islam telah memilih pendekatan yang lebih lunak sekular untuk berhadapan dengan sekular asli yang amat kebal di Turki.

Namun begitu dalam banyak hal, peristiwa, kenyataan media, perayaan negara menampilkan sikap AKP yang sebenarnya hanya berkosmetikkan pasca Islamisme, hakikatnya mereka inginkan kegemilangan kepimpinan Islam sama di era Uthmaniyah.

Misalnya sejak AKP berkuasa, Turki kali pertama dalam sejarah menggelar perayaan besar-besaran Penaklukan Konstantinopel 1453 oleh Uthmaniyah.
Di akhir ucapan semasa himpunan berkenaan, Erdogan berjanji akan menjaga warisan Sultan Muhammad Al-Fatih dan tenteranya ini. Negara Turki akan berjuang menjaga keutuhan bangunan peradaban Uthmaniyah dalam ertika kata kegemilangan tamadun berasaskan Islam6.

Baru baru ini diadakan gimik Erdogan dikelilingi oleh para tentara yang memakai seragam tentera tradisional 16 negara yang pernah dikuasai oleh Khilafah Utsmaniyah sepanjang sejarah, semasa menerima kunjungan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, dan Presiden Palestin Mahmod Abbas di istana negara7.

Semasa umat Islam masih lagi melihat dunia Arab sebagai tempat lahir pemimpin umat Islam, datang pejuang di Turki dalam bentuk Badiuzzaman Said Nursi dan Necmettin Erbakan. Said Nursi yang pada awalnya memasuki politik akhirnya tersingkir kerana terlalu lantang mengkritik pemerintah.

Seperti Said Nursi, Erbakan kurang bernasib baik dalam mengubah Turki ke arah yang diimpikan beliau. Beberapa kali beliau diharamkan dari menyertai pilihanraya, malah walaupun sudah berjaya menjadi Perdana Menteri, digulingkan pula oleh tentera Turki.

Pelbagai eksperimen politik dilakukan. Ada yang berjaya, ada yang gagal. Namun semuanya menjadi pelajaran berguna untuk generasi masa depan. Islam di Turki juga berjaya diselamatkan melalui pendidikan berterusan kepada anak muda. Kini, fenomena Islamisasi di Turki sehinggakan solat subuh telah ada masjid yang dibanjiri jemaah umpama solat Jumaat dianggap sebagai fenomena Neo-Ottomanisme8.

Turki di bawah Erdogan serius ingin mengembalikan kedudukan negara tersebut sebagai pusat umat Islam dengan peringkat yang sistematik.

Erdogan juga berusaha mewujudkan kembali bahasa Turki Utsmani kuno yang mengguna aksara huruf arab dan berbunyi arab di sekolah-sekolah Turki yang pasti mengungkap semula sejarah kejayaan Khilafah Utsmaniyah.

Bahkan Erdogan diketahui telah menurunkan foto Mustafa Kemal di ruang kerjanya dan menggantinya dengan gambar Muhammad al Fatih9.

Langkah pasca Islamisme AKP bermula apabila fokus pentadbiran AKP hanya membangunkan ekonomi dahulu, kemudian barulah menunjukkan pengaruh Erdogan di peringkat antarabangsa.

Erdogan dan AKP pernah dikritik kerana menghormati Mustafa Kemal Attarturk yang dianggap menghancurkan Uthmaniyyah. Beliau dituduh sekular. Erdogan sebenarnya faqih dalam tadrij syariah (pemeringkatan perlaksanaan). Kini beliau berterus terang ingin menukar Aya Sophia kepada masjid, menampil ikon Sultan Muhammad Al Fateh dan menanggal gambar Mustafa Kamal At Tarturk. Adakah beliau membuat ‘u-turn’ aau itulah sebenarnya hasrat AKP sedari awal?

Pasca Islamisme Erdogan tidak mengembirakan Barat kerana Pasca islamisme Erdogan-AKP adalah berperinsip dan dijelmakan prinsip selepas kuasa ada di tangan.

AKP menang dan berpengaruh kerana susuk tubuh bernama Erdogan?
Tulisan Okay Gönensin dalam Turk Press, pada 3 May 2015 mengakui bahawa rentetan kerja kuat AKP menyelamatkan orang-orang yang menderita dari krisis ekonomi, dan memenuhi keperluan asasi rakyat, maka semakin besar dukungan yang diperolehi AKP10.

Teori politik performance atau politik prestasi adalah terserlah di Turki. Mainan media tidak berjaya mengabui mata rakyat daripada memilih parti yang mengamal good governance.

Semasa Sambutan Peringatan Penaklukan Konstantinople ke-562, 29 Mei 2015 yang lalu, sekitar sejuta rakyat Turki berkumpul di lapangan Yenikapi, Istanbul, untuk mendengar pidato Erdogan dan Davutoglu Perdana Menteri Turki. Ini jelas membuktikan populariti sangat besar yang dimiliki AKP. Dan bukannya hanya kerana susuk tubuh bernama Erdogan.

Selama 13 tahun berjuang, AKP telah berjaya mengurus masalah komuniti Kurdi dengan cara yang berhikmah walaupun pihak sebaliknya menyatakan antara kemerosotan undi AKPadalah kerana isu Kurdis yang belum selesai. Isu ini juga telah memberikan hasil dukungan rakyat yang sangat besar. Sedikit sebanyak di zaman AKP memerintah, Kurdis mula memilih jalan demokrasi, silmiyyah.

Jumlah yang sebesar itu tidak mungkin dikaitkan hanya dengan sosok Erdogan. Ini adalah hasil dari kerja jentera AKP, intelegensia dan kolaborasi yang sangat maksima. Walaupun benar bahawa Erdogan adalah umpama magnet yang berpesonaliti hebat di mata rakyat, namun ia bukan satu-satunya unsur yang menyebabkan AKP mendapatkan sokongan besar.

Sehingga kini tiada parti yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat bawahan, umpama AKP. Bahkan parti Rakyat Republik (CHP) dan parti Gerakan Nasional (MHP), yang merupakan parti pembangkang terbesar tidak memiliki program seperti AKP.

Misalnya Parti Rakyat Demokratik (HDP) yang mewakili minoriti Kurdi ketika ini masih berjuang menjadi parti yang mampu menyuarakan hasrat etnik tersebut. Ironinya masih banyak yang meragukan masa depan HDP kerana masih menggunakan kekerasan memaksa warga Kurdi untuk menyokong parti ini.

Landskap politik pasca Pilihanraya 2015
Pasca Pilihanraya 2015 menyaksikan Parti Adalet ve Kalkınma Partisi atau AKP kembali memenangi pilihan raya Turki yang berlangsung pada Ahad 7 Jun 2015.Kemenangan ini adalah kali keempat berturut parti yang ditubuh Erdogan dalam pilihan raya Turki (2002, 2007, 2011, 2015).

Daripada 21 parti yang menyertai Pilihan raya Turki, hanya 4 parti yang layak ke parlimen (parliamentary threshold, sebanyak 10%).

Hasil daripada 99,94% undi yang dibuang,
  1. AKP 40,81% (258 kerusi)
  2. CHP 25,01% (132 kerusi)
  3. MHP 16,33% (81 kerusi)
  4. HDP 13,06% (79 kerusi )
  5. dan parti lain: 4.79% (tiada kerusi, 17 parti tidak masuk parlimen)
Jumlah kerusi 550 kerusi di Parlimen Turki11.

Walaupun menang, undi AKP menurun 8% dari pilihan raya 2011. Dengan keputusan ini setakat tempoh artikel ini ditaip, AKP harus bersatu / tahaluf jika ingin membentuk kerajaan kerana tidak menguasai 50 peratus Parlimen (atau 276 kerusi). Sistem berparlimen Turki berbeza dengan sistem Indonesia dan Amerika.

Namun begitu Turki telah berpengalaman memiliki kerajaan Gabungan yang hanya bersifat sementara sebelum ini12. Gabungan di Turki kerapkali gagal namun ia bukan bersifat mutlak. Politik kenegaraan tiada yang mutlak kerana kerencaman akal fikir manusia dan perubahan sosial budaya dan gaya berpolitik masyarakat berkenaan. AKP yakin mereka mampu mentadbir dengan gabungan kesekian kalinya ini.

Wartawan senior Arab Saudi, Jamal Khashoggi, menulis dalam twitternya, "Keputusan pilihan raya Turki sangat memberi tamparan kepada rakyat Syria ". Khashoggi beralasan, "Hanya AKP, parti Turki yang menyokong penyelesaian krisis-krisis di Timur Tengah. Parti yang lain jauh sekali .. "13

Berdasarkan pengamat politik dunia, parti dominan Turki perlu melaksanakan perkara di bawah jika ingin bergabung membentuk kerajaan dan bukan sekadar retoreka ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’14.

  1. AKP - perlu gugurkan kempen sistem presiden ala negara maju jika mahu bekerjasama kerana polisi ini ditentang oleh kesemua parti pembangkang yang merasakan polisi itu tidak memihak keada mereka dan alasan sekularisme yang masih berakar di kalangan penyokong tentera.

  1. CHP - perlu menerima polisi dasar terbuka kerajaan terhadap pelarian Syria jika mahu membentuk kerajaan kerana Parti Republik ini amat menenang kehadiran pelarian Syria. CHP menjanjikan akan mengembalikan Turki kepada falsafah Kemal di dalam pemerintahannya. CHP juga menentang sistem presiden yang ditawar oleh Recep Tayyip Erdoğan kerana akan menyebabkan presiden Turki tu akan lebih berkuasa dan kata mereka menjadi diktator. Republican Peoples Party (CHP) yang diketuai oleh Kemal Kılıçdaroğlu.

  1. MHP - perlu akur dengan rancangan untuk mengiktiraf bangsa Kurdis termasuk menjadikan bahasa bangsa Kurdis sebagai bahasa pengantara di sekolah jika mahu bergabung dengan AKP mahupun HDP kerana Parti Nasionalis ini berfahaman uni-kaum iaitu bangsa Turki. Nationalist Movement Party (MHP) diketuai Devlet Bahçeli,

  1. HDP - perlu bertanggungjawab terhadap serangan pengganas Kurdis di bawah sayap militan PKKK yang HDP juga sebahagian daripadanya. Mereka juga mestilah lebih serius dalam usaha merealisasikan perjanjian keamanan bangsa Kurdis. People’s Democratic Party (HDP) diketuai Selahattin Demirtaş, bekas calon presiden pada pilihan raya presiden yang lepas.

Kebijaksanaan AKP telah terbukti sebelum ini dan ramai pengamat politik global berharap suasana politik Turki yang dianggap neo-payung Uthmaniyah kian stabil dan selesai melalui meja perundingan demi warga Muslim sejagat.


Muhammad Nuruddin bin Bashah
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Akaun GIRO : 07100 – 29- 00006952-7
IC : 820102-02-5203
017 6291368


4 http://www.theguardian.com/world/2015/jan/30/erdogan-president-turkey-queen-in-charge -uk
12 Antara yang lama dalam 20 kerajaan campuran adalah tiga tahun dan dua tahun iaitu:
  1. Kerajaan campuran selama 2 tahun (Mac 1975-Jun 1977) antara Justice Party (AP), Milli Selamet Partisi (MSP), Nationalist Movement Party (MHP) dan Republican Reliance Party (CGP)
  2. Kerajaan campuran selama 3 tahun (Jun 1997-Januari 1999) antara AP, Democratic Left Party (DSP) dan Democratic Turkey Party (DTP)
  1. Adapun dalam sejarah juga membuktikan perbedaan ideologi Islamis dan sekular tidak menjadi penghalang parti politik bergabung. Senario ini boleh dilihat apabila parti Islamis pimpinan Dr Necmettin Erbakan (MSP) bergabung dengan parti sekular yang ditubuhkan oleh Mustafa Kemal Ataturk (CHP) pada Januari 1974 untuk membentuk kerajaan.
  1. Perdana menteri pada ketika itu dari parti CHP iaitu Bulen Ecevit manakala timbalannya Erbakan. Malang sekali, gabungan ini hanya bertahan selama 10 bulan apabila ianya berakhir pada November 1974.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...