Mercun dan bunga api budaya syaitan di
Aidilfitri
Mengapa ada
pihak termasuk penulis tergamak melabelkan mercun dan bunga api yang menjadi
sumber rezeki sesetengah kaum Melayu sebagai budaya Syaitan? Ianya mudah kerana
tiada nas yang mengharuskan permainan ini. Sebaliknya jelas menyentuhnya
memberi 1001 mudharat tanpa membawa sebarang manfaat.
Jika Kelantan
pernah mengharamkan Dikir Barat suatu ketika kerana ada pengaruh rasukan,
serapah, mentera, pemujaan dan khurafat dalam permainan itu walaupun ia cukup
sinonim dengan kebudayaan orang Kelantan.
Mercun?
Adakah ia asal budaya Melayu seumpama Dikir
Barat? Sudah tentu tidakk. Ia adalah permainan kebudayaan Cina yang
bukan bertauhidkan Allah. Ia bukan permainan kaum Islam sejak awal lagi. Jika
kita mengritik kerajaan kerana membazir ratusan ribu ringgit hanya kerana
membakar mercun pada sambutan Tahun Baru, bagaimana dengan kita?
Kita
sebagai rakyat juga membazir.
Mercun dan
bunga api adalah punca saban tahun kanak-kanak islam hilang anggota badan. Malah
ia juga meragut nyawa dan memusnahkan rumah, harta benda. Tidak cukupkah
l;aporan media saban tahun bahawa petaka permainan syaitan ini merosakkan
kebahagian sebahagian besar di kalangan umat islam Malaysia? Ya, ia belum
terkena di kalangan keluarga kita. Itu yang bermain di fikioran manusiwa tidak
tahu bersyukur.
Mercun
memberi mudharat sedangkan permainanya tiada kaitan dengan agama.
Betapa ramai
ayah dan ibu yang melayan anak bermain mercun malah tergamak membeli mercun di
Bazar ramadhan untuk anaknya bermain..layan dengan sesungguh hati sedangkan
meninggalkan Terawikh. Peduli ada terawikh.
Mereka
dungu dan bodoh sehingga sanggup membiar anak mereka menyentuh permainan
syaitan sedangkan si anak tidak membaca Al Quran tidak ditegur mereka.
Mereka umpama
artis yang tidak tahu malu. Berhibur, menyanyi terlalak, buka aurat menyanyikan
lagu Syawal sedangkan ia adalah sambutan untuk orang yang tidak meninggalkan
Terawih, tidak meninggalkan tadarus dan tadabbur Al Quran, meraikan golongan
Qiam, golongan yang berpuasa. Bukan meraikan golongan fasik dan perosak umpama
artis dan pemain mercun!
Sedang
jemaah mendengar bacaan Imam dalam Terawih..diam dan mendengar dengan khusyuak
kerana ia arahan agama auntuk kita meneliti dan diam mendengar bacaan Al Quran
dalam solat mahupun luar solat (Mazhab hanafi), kekusyukan terganggu apabila
ada kanak-kanak bermain mercun. Paling malang
kanak-kanak itu bermain permainan syaitan itu melalui asuhan bu bapa sendiri!
Perumpamaanya
begini. Hari sukan sekolah adalah untuk mertaikan kemenangan atlit setiap rumah
sukan. Mereka berlatih setiap petang dan menang dalam olahraga. Akhirnya di
hari sukan mereka dianugerahkan hadiah. Itulah umpama golongan yang berpuasa
dan memenuhkan harian ramadhan dengan ibadat.
Manakala, penolong-penolong yang menyiapkan
pentas dan sebagainya hanya untuk meriahkan majlis bukan meraikan diri sendiri
kerana mereka tidak menyertai acara sukan walaupun satu pun.
Itulah
umpama golongan yang meraikan syawal secara berlebihan dan ditambahi amalan
syaitan seperti membuka aurat dan bermain mercun. Mereka tidak menang satu
acara pun dalam bulan Ramadhan tetapi suka dan gembiranya berlebihan. Alangkah
peliknya golongan sebegini.
Penulis menyeru
rakyat Malaysia agar sedar bahawa mercun walaupun diharam oleh kerajaan akan terus
dijual kerana amalan syaitan akan tetap disukai oleh penguatkuasa juga. Ia
umpama syariat jelas mengharamkan
membuka aurat. Siapa peduli? Rata-rata kaum Melayu membuka aurat. Ia biasa!
Begitu
juga dengan mercun. Jangan hanya peralatan syaitan itu dijual di bazaar Ramadhan
kita menghalalkannya seumpama golongan membuka aurat dan berpakaian ketat ke
Bazar Ramadhan. Hakikatnya yang haram tetap haram.
Muhammad
Nuruddin Bashah
No comments:
Post a Comment