Pembaca Setia

Monday, July 29, 2013

Tembak mati; penyelesai masalah rakyat Malaysia?




Tembak mati; penyelesai masalah rakyat Malaysia?
Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM


Malaysia sudah jadi Maxico? Mungkin ada benarnya jika ia bermain di fikiran rakyat malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian selama ini.

Kehadiran British mengharamkan penggunaan keris untuk dibawa ke mana-mana oleh kaum lelaki negara kita suatu ketika diharapkan akan melenyapkan terus budaya membawa senjata dan rakyat mulai bergantung haraps epenuhnya terhadap penguatkuasa unsdang-undnag untuk melindungi mereka.

Kes tembak mati ala gangster di negara ini bukan isu baru. Akan tetapi frekuensi berlakunya jenayah ala Hollywood ini kelihatan menular selepas melepasi era melenium.

Sebagai seorang muslim suka untuk penulis memetik pandangan Cikgu Mohd Azmi Abd hamid Setiausaha MAPIM (presiden TERAS) bahawa penafian undnag-undang islam adalah antara punca major berleluasanya jenayah berat di negara kita. Beliau menolak keras pandangan sekular yang menganggap penghapusan Ordinan darurat menyebabkan peningkatan jenayah di Malaysia[1].

Sebelum ini, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim berpendapatt pemansuhan beberapa undang-undang seperti Akta Tahanan Rumah dan Akta Keselamatan Dalam Negeri menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kes kerana polis tidak boleh menahan penjenayah tanpa pembuktian yang cukup[2].

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Surah Taha, Ayat 124)[3]

Terdapat 12 kes tembakan dilapor bagi bulan April dan Mei setakat ini, melibatkan tembak mati, pembunuh upahan, tembak cedera dan balas dendam.

Pelbagai permasalahan hidup adakah menembak mati berjaya menyelesaikan masalah masyarakat? Hakikatnya ia (kaedah jenayah tembak) menjadi jalan keluar masalah bagi sesetengah masyarakat kita.

Antara kes-kes terhangat kini adalah:

  1. Kes tembak pengerusi MyWatch[4]

Bulan Julai 2013 menyaksikan kes cubaan membunuh Pengerusi Mywatch, pemerhati antijenayah, R.Sri Sanjeevan di Negeri Sembilan pada 27 Julai 2013. Kes beliau dikatakan ada kaitan dengan pendedahan berani beliau  dalam twitter sebelum ini bahawa seorang anggota polis merekrut anggota sindiket untuk melepaskan tembakan ke rumahnya.
  
Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berjanji bahawa Bukit Aman akan menyiasat kes itu sehingga kes itu sehingga ke akar umbi, nama baik PDRM sedikit sebanyak tercalar tambahan pula kenyataan berani beliau di tweeter beliau iaitu @SanjeevanSS berbunyi  "A @PDRMsia cop told some syndicate fellow that he’ll get them firearm & told them to fire few shots at my house to scare me/family!".
  
Mangsa iaitu Sri Sanjeevan  hanya berusia  29 tahun telah  cedera diperut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal apabila mangsa yang memandu kereta jenis BMW menurunkan cermin kereta untuk merokok di satu persimpangan berdekatan Taman Awana Indah di Jempol, negeri Sembilan.
  
 
  1. Segamat pekan Koboi?

Pada 20 Julai 2012 bulan Ramadhan seorang jurujual mati ditembak di Segamat[5]
Pekerja sebuah syarikat jualan langsung mati ditembak seorang lelaki tidak dikenali ketida dia sedang menunggu isterinya pulang daripada bekerja di sebuah pusat hiburan di Bandar Utama

Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, mangsa Asnar Yunus, 28, dari Felda Palong Timor mati setelah terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk, tengkuk, serta bawah telinga kiri menyebabkan mangsa mati ditempat kejadian.

Termasuk kes ini difahamkan, ia  adalah merupakan kejadian tembak ketiga di daerah ini dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Dalam kejadian pertama pada 12 Jun 2012, seorang ahli perniagaan mati ditembak dari jarak dekat oleh lelaki bermotosikal ketika mangsa sedang mengisi minyak. Mangsa warga emas, pemilik kedai Hardware Sieng Leong di Segamat. Ditembak sewaktu mengisi minyak di Mobil berhadapan bank OCBC, Segamat. Mangsa telah ditembak dari jarak dekat, enam das kesemuanya yang telah mengenai bahagian kepala dan kaki mangsa

Manakala pada 23 Jun 2012 pula, dua orang suspek melepaskan empat das tembakan ke atasa seorang pemandu trak penunda menyebabkan mangsa mengalami cedera dalam kejadian di Bandar Baru.


  1. Kelantan yang berjiran dengan Thailand juga terkenal dengan adegan tembak menembak.

Pada 5 Julai 2013 Polis Kelantan telah mengenal pasti suspek tembak guru[6]
Sehari sebelum itu, seorang guru di Kubang Panjang, Pasir Masditembak  lelaki suspek yang juga disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dan dikenali oleh mangsa.

  
Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari semalam, guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher.
  
  1. Timbalan KP Kastam ditembak mati[7]

Pegawai Kastam adalah anatar yang berisiko menajdi mangsa budaya gangser adan koboi di mana-mana sahaja negara termasuk Malaysia.

Pada 26 April 2013 Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.
   
Beliau bernama Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, menajdi mangsa  dua lelaki bermotosikal yang telah melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi. Hasil siasatan mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.
   
Mangsa selaku Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri cukup terdedah dengan risiko besar dan menggalas tugas yang cukup mencabar kerana menjaga cdn import eksport pertek.
Apakah  bidang tugas bahagian cukai dalam negeri dan perkastaman buat?[8]
  • mana-mana perniagaan yang layak dilesenkan dan dikenakan cukai dibawah akta cukai perkhidmatan, cukai jualan. (cukai dalam negeri).
  • pengawalan barang-barang bercukai keluar/ masuk ke negara kita. Pelabuhan-pelabuhan dan juga mana lapangan terbang yang mempunyai kargo udara.
Beliau kelihatan tegas selama ini menjalankan tugasnya menghalang penyeluduoan dan menggagalkan jenayah-jenayah antarabangsa.
Pada 18 mac 2013 lalu disiarkan berita bahawa pihak Kastam merampas dadah RM14 juta. Dadah seberat 73 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14 juta yang cuba diseludup ke negara ini melalui kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari India.
Pihak kastam menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Sri Merdeka, Ampang pada Jumaat lalu dan menemui dadah itu disembunyikan dalam 17 kotak daripada 50 kotak yang diikrarkan sebagai ‘Fresh Cut Roses’.
Adakah Malaysia negara selamat?
Menurut ramai aktivis sosial dan pihak Kastam, Malaysia masih dianggap dan dikategorikan sebagai negara selamat walaupun terdapat beberapa insiden tembakan yang dianggap terpencil[9].
Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar menyatakan  situasi masih dapat dikawal baik pasukan keselamatan negara sekali gus dapat mengelak tercetusnya huru-hara walaupun rata-rata rakyat mulai ragukan keselamatan mereka.
Menurut Akhbar lagi segala kejadian ini tidak sepenuhnya menggambarkan keadaan jenayah sebenar di negara ini kerana statistik Indeks Keamanan Global 2012 menunjukkan Malaysia merupakan negara ke-20 paling selamat di dunia, selain keempat di Asia Pasifik.
Beliau berkata berdasarkan statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia mempunyai rekod jenayah terendah jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain iaitu 500 orang dibunuh dalam kes jenayah setahun. "Jika dibandingkan dengan Indonesia, ia mencatatkan sebanyak 19,000 pembunuhan setiap tahun atau purata 57 orang dibunuh sehari dan Thailand 3,307 setahun atau purata 10 pembunuhan sehari.
"Di China, 4,300 pembunuhan berlaku setiap tahun dan di Amerika Syarikat sebanyak 13,000 kes pembunuhan berlaku setiap tahun atau 35 pembunuhan sehari.
Walaupun statistik menunjukkan Malaysia berada dalam kedudukan stabil, Akhbar turut percaya bahawa  kes pembunuh upahan atau tembak-bunuh tidak boleh dipandang remeh, sebaliknya semua pihak perlu memberi perhatian serius agar kejadian begitu tidak berulang.
Di sebalik penyeludupan senjata
Jenayah bersenjata pasti bermula dengan penyeleludupan senjata dan ia adalah jenayah paling asas.
Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad pernayh menerangkan bahawa berkata penyeludup masih dapat menyeludup masuk senjata api walaupun pelbagai sekatan di sempadan, termasuk proses pemeriksaan atau ''scanning''.bukan t sedar, hukumdak sedar risiko dan imlikasi an atas perbuatan mereka. Hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan, namun nafsu untuk mengaut untung menyebabkan mereka sedia melakukan kegiatan tidak bertanggungjawab itu. Beliau berkata kastam tidak sahaja mengawal pintu masuk rasmi, malah turut memantau semua kawasan di sempadan seperti ''jalan tikus'' yang sering digunakan untuk aktiviti haram tersebut.
Keadaan jalan-jalan rahsia di sempadan Malaysia-Thai juga mendorong meningkatkan penyeludupan senjata[10].

Dewan Rakyat pernah hangat berbahas isu sempadan ini sepas ditanya Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan. Jarak sempadan  Malaysia-Thailand yang begitu hampir antara faktor yang mendorong kepada rangkaian aktiviti penyeludupan senjata api masuk ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ‘lorong tikus’ di sepanjang sempadan juga telah digunakan oleh penduduk tempatan untuk menyeludup masuk barang ke negara ini.

Pergerakan keluar masuk pada kadar yang kerap, kesibukan lalu lintas di pintu masuk serta interaksi ekonomi antara penduduk kawasan sempadan membuka peluang kepada aktiviti penyeludupan. Hal ini dijelaskan beliau secara bertulis dalam Dewan Rakyat.

Sekitar tahun 2010 hingga Ogos 2012, sebanyak 435 kes rampasan senjata api telah berjaya dibanteras.

Sehingga April 2013, jumlah rampasan senjata api adalah sebanyak 76 senjata.

Mengapa jenayah tembak berlaku?

Daripada beberapa kes yang dibahas di atas ternyata ada beberapa faktor yang menyebabkan jenayah tembak bersenjata berlaku.

Antaranya adalah disebabkan penguatkuasaan undnag-undang yang menyebabkan gangser naik minyak.

Tembakan atas nama ugutan juga berlaku apabila pihak berkuasa atau pihak tertentu isytihar untuk bongkar sesuatu jenayah.

Motif  balas dendam juga berlaku dan berkemungkin dilakukan tugas menembak oleh penembak atau pembunuh upahan.

Kes Adam Lanza yang menembak mati puluhan kanak-kanak di sebuah sekolah di Amerika Syarikat tahun lepas menggambarkan betapa rosaknya masyarakat Amerika apabila lobi kuat  NRA (Pertubuhan Rifle Kebangsaan) berjaya menyebabkan rakyat Amerika terus bergantung dengan senjata peribadi. Malah jualan senjata dilakukan secara online dan dihantar terus di pintu rumah.

Adakah malaysia akan menjurus ke lembah sosial seperti mana Amerika hari ini?

Apa beza dengan Amerika jika baru-baru ini seorang remaja berusia 15 tahun yang ditahan polis kerana disyaki memiliki serta terlibat dalam kegiatan mengedar dan menyewa senjata api.

Dengan tertangkapnya suspek dan seorang lagi rakannya berusia 29 tahun dalam serbuan di Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan, polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes tembak yang berlaku di negeri itu dipercayai dengan menggunakan pistol yang disewa mereka dengan bayaran sekitar RM500 hingga RM1,000[11].

Lebih menggerunkan kita apabila ditemui di kawasan rumah dan sebuah setor berhampiran tempat serbuan, telah ditemui tiga pucuk pistol termasuk sepucuk pistol buatan sendiri, alat renjatan elektrik dan satu peket plastik berisi tiga biji pil dipercayai pil kuda.

Jika Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia (YPM) Tan Sri Shamsuri Arshad berkata, bahawa jenayah sewa senjata ini adalah kali pertama beliau dengar dan amat menakutkan beliau sendiri, inikan pula rakyat marhain bawahan.

Menyelesai masalah menurut kaedah Islam adalah cara terbaik dan ampuh untuk menyelesai jenayah bersenjata. Kaedah barat tidak layak digunakan lagi memandangkan kehidupan mereka lebih ‘tidak bertamadun’ daripada negara kita.

Muhammad Nuruddin Bashah




[1] Harakah 29 Julai- 1 Ogos 2013
[3] Ustaz Abd Ghani Shamsuddin menggunakan dalil ini sebagai hujah isu jenayah di Malaysia (lihat Harakah 29 Julai- 1 Ogos 2013)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...