Pembaca Setia

Monday, July 29, 2013

Jejak Yahudi di Mesir


Jejak Yahudi di Mesir
Muhammad Nuruddin Bashah

Yahudi kerap dikaitakan dengan kebudayaan Mesir melalui pembongkaran logo, ritual dan arca tertentu berkaitan Freemason. Acara rahsia Freemason yang kini membentuk jaringan ‘intelligen’ sedunia dikatakan mengaut sejumlah besar ilmu ritual, sihir, kepercayaan kuno kebudayaan Nil.

Al Quran merakamkan peklbagai kisah melibatkan bumi Mesir antaranya kisah keluarga Imran, kisah Nabi  Yusuf dan Nabi Yaakub sekeluarga serta kisah terkenal iaitu kisah perjuangan Nabi Musa.

Dalam aspek kajian moden, penemuan sebuah batu tulis di daerah Rosseta oleh pasukan Perancis yang dipimpin Napoleon Bonaparte telah membuka banyak sisi sejarah Mesir yang kelam sebelumnya. Batu tulis itu berhasil dibaca oleh seorang Perancis yang bernama Jean Francois Champollion pada tahun 1800.
Tulisan ini cuba mengupas sedikit sebanyak kronologi kkehadiran masyarakat Bani Isreal berketurunan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub ini ke bumi Nil. Malah walaupun kini mereka tidak pernah menuntut tanah atau hak mereka di Mesir, Yahudi antarabangsa cukup terkesan dengan kebudayaan signifikan Mesir  ke dalam kebudayaan masyarakat yahudi hingga hari ini.
Sejarah supra purba Mesir bermula dengan kemunculan Raja Menes yang menjadikan Kota Memphis sebagai ibukota kerajaannya. Sejurus kebangkitan kerajaan ini, muncul piramid, Sphinx dan sebagainya di Mesir.
Sehinggalah kemunculan bangsa Haxsos ke bumi Mesir.
Kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab Amaliq telah menuju ke negara Mesir disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir pada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka.
Kaum Arab kuno ini telah memerintah 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587 SM. Di sepanjang pemerintahan mereka, berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan Mesir yang berpusat di Luxor.

Istilah “haxsos” pertama kali diperkenalkan oleh Manetho (seorang pendeta dan ahli sejarah Mesir). Menurut Manetho “hyksos” berasal dari dua akar kata yakni “hyk” yang berarti gembala, dan “sos” yang berarti raja, maka hyksos memiliki arti raja pengembala. Sebutan (nama) yang diperoleh kaum Hyksos adalah karena kaum tersebut berhasil menduduki dan menguasai Mesir tanpa pertempuran meskipun dengan latar belakang pengembala.
Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash atau dikenali sebagai Raja Ahmose telah berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18 untuk kembali memerintah Mesir.

Sebenarnya sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos inilah Bani Israel hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah ditempatkan di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil.

Apabila kerajaan Mesir asal memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan diketuai oleh Nabi Musa a.s.

Kaum Haxsos telah dihalau ke bumi Tihamah (Hijaz) asal bangsa kaum Amaliq[1].
Sebelum Ahmose berjaya menjatuhkan bangsa Haxsos, sekitar tahun 1570 hingga 1545SM Dinasti ke 18 Mesir tua yang diketuai oleh Raja Ahmose membangun kota Thebes di Lembah Nil.
Setelah hampir 100 tahun, pada tahun 1555 SM, Thebes telah mengumpulkan kekuatan yang cukup untuk melawan Hyksos dalam konflik selama 30 tahun[2].
Pada mulanya memang tidak diketahui adanya kekuasaan Hyksos di Mesir, dokumen hieroglif hanya sebatas pajangan saja. Akan tetapi pada akhirnya kekuasaan Hyksos di Mesir dapat dibuktikan setelah ditemukannya metode dalam membaca dan mengartikan tulisan hieroglif. Hieroglif baru dapat dibaca sejak tahun 1824, atas jasa Jean Francois Champollion (1780 – 1832 M).

Punca Bani Israel ke Mesir
Perjalanan Nabi Yusoflah yang berlaku pada tahun 1550SM menyebabkan punca kebanjiran bangsa Yahudi ke bumi Mesir. Nabi Yusof dimasukkan ke perigi buta oleh abang-abangnya pada tahun itu.
Pada sekitar tahun 1530SM    Nabi Yusof dipenjarakan kerana enggan berzina dengan Isteri Menteri Mesir  yang berbangsa Hexsos iaitu  Zulaikha.
Pada kira-kira tahun 1520SM , Nabi Yusof dibebaskan dan menjadi Menteri Kewangan Mesir.  Raja atau firaun yang memerintah pada zaman Nabi Yusuf itu bernama ar-Raiyyan bin al-Walid yang berasal dari kaum badwi Arab yang dikenali sebagai al-'Amaliq dalam bahasa Arab atau Hyksos dalam bahasa Mesir lama.
Istilah firaun digunakan untuk maksud raja Mesir yang memerintah sebelum dan selepas  zaman Nabi Yusuf kerana Nabi Yusuf wujud di Mesir di saat penguasaan kaum Arab Amaliq.
Istilah Firaun untuk panggilan raja Mesir, maka semua raja yang memerintah Mesir tidak kira orang tempatan atau orang luar dinamakan firaun belaka. Sebagai contoh bapa Cleopatra, Ptolemy XII yang memerintah Iskandariah di Mesir adalah firaun walaupun bukan bangsa Mesir tetapi berbangsa Roman.
Firaun Hatshepsut telah dilantik menjadi Firaun pertama selepas menjatuhkan suku Arab Amaliq Haxsos  di Mesir[3].
Pada sekitar tahun 1520 hingga 1240SM, Nabi Yusof dan adik beradiknya seramai 12 orang tinggal di Mesir menjadi kaum Yahudi. Mereka menjadi hamba kepada Raja Mesir. Permulaan komuniti Yahudi di Mesir.
Semasa zaman Nabi Musa, bangsa Mesir Qibti yang memerintah Mesir juga menggunakan gelaran Firaun. Disebabkan perjuangan memartabatkan bangsa serta ingin kekalkan kuasa dan diskriminasi terhadap kaum pendatang yang diamalkan oleh Bangsa Qibti, mereka telah menghalau Bani Israel keluar daripada bumi Mesir, ketika zaman Nabi Musa AS, atau ketika pemerintahan  Merenphetah, anak Ramses II[4].

Bangsa Kanaan dan Mesir
Jauh lebih awal sebelum Nabi Yusuf dan keluarganya hadir ke Mesir, moyang mereka yang berbangsa Kanaan dari Babilon pernah berhijrah ke Mesir dan berhubung dengan kerajaan Mesir Haxsos yang sejalur bangsa dengan Kanaan.
Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir keturunan Haxsos itu  tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil, maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu menghadiahkan pula seorang wanita  Mesir yang bernama Hajar.   

Freemason dan khazanah sihir Mesir
Encarta Encyclopedia (2005) menyebut bahawa istilah Kabbalah berasal dari bahasa Ibrani yang bermaksud  ilmu kebatinan Yahudi atau Judaism dalam bentuk dan pelbagai jenis  dan hanya difahami oleh sedikit sahaja  manusia.
Berbagai ensiklopedia dan kamus mendefinisikannya sebagai suatu cabang mistik agama Yahudi. Menurut definisi ini, Kabbalah bererti mempelajari perkara tersembunyi dari Taurat dan naskhah agama Yahudi. Tetapi, hakikatnya ilmu Kabbalah adalah bercanggah dengan ajaran Taurat.
Fakta-fakta ini membawa kita kepada kesimpulan bahawa Kabbalah adalah suatu sistem yang berakar kepada penyembahan dan pemujaan berhala, wujud ada sebelum Taurat, dan menjadi tersebar luas bersama agama Yahudi setelah Taurat diturunkan.
Menurut Murat Ozgen, seorang Freemason Turki, dalam bukunya, Masonluk Nedir ver Nasildir? (Apa dan Seperti Apa Freemasonry Itu?):
Kita tidak mengetahui dengan jelas dari mana Kabbalah datang atau bagaimana ia berkembang. Ia adalah nama umum untuk sebuah falsafah yang unik, berbentuk metafisik, esoterik, dan mistik, yang terutama berhubungan dengan agama Yahudi. Ia diterima sebagai ilmu kebatinan Yahudi, tetapi sebahagian elemen yang dikandungnya menunjukkan bahawa ia terbentuk jauh lebih dahulu dari Taurat”.
Manakala ahli sejarah Prancis, Gougenot des Mousseaux, menjelaskan bahawa Kabbalah memang jauh lebih tua daripada agama Yahudi.
Ahli sejarah Yahudi, iaitu Theodore Reinach, mengatakan bahawa Kabbalah merupakan “suatu racun teramat halus yang menyusupi dan memenuhi nadi agama Yahudi.”
Solomon Reinach mendefinisikan Kabbalah sebagai “salah satu penyimpangan fikiran manusia yang terburuk”.
Cara isyarat tangan, angkat sumpah, Faktor X ala-ala mumia, berjabat tangan yang diamalkan oleh Yahudi Freemason adalah sama sahaja seperti mana amalan Mesir kuno yang dimaktub pada dinding Piramid da lukisan artifak[5].

Yahudi hadir semula ke Mesir
Yahudi di  Mesir merupakan kedua-dua salah satu masyarakat Yahudi yang tertua di dunia. Teras bersejarah masyarakat asli terdiri terutamanya daripada Rabbanites berbahasa Arab dan Karaites. Selepas diusir  dari Sepanyol, ramai yahudi  Sephardim dan Karaite mula berhijrah ke Mesir, dan bilangan mereka meningkat dengan ketara dengan pertumbuhan ekonomi perdagangan selepas pembukaan Terusan Suez.
Oleh itu orang-orang Yahudi yang datang dari seluruh wilayah-wilayah Empayar Uthmaniyyah serta Itali dan Greece mula menetap di bandar-bandar utama di Mesir akhirnya menjadi  majoriti dan elit perdagangan dalam  masyarakat moden.
Komuniti Yahudi Ashkenazi yang berasal dari Khazar, hadir dan tiba di  Mesir selepas terjadi  gelombang pembunuhan beramai-ramai yang melanda Eropah pada akhir abad ke-19[6].
Pada tahun 629 M Maharaja Heraclius menghalau orang-orang Yahudi dari Jerusalem ini diikuti oleh pembunuhan beramai-ramai orang-orang Yahudi di seluruh empayar di Mesir, dengan  dibantu oleh kaum Qibti Nasrani
Semasa Islam membuka Mesir, Amr ibn al-' As, dalam suratnya kepada khalifah, menceritakan bahawa terdapat 40,000 orang Yahudi  di Mesir.
Semasa era pemerintahan Khalifah Fatimiyah (Syiah) sekitar tahun 969 hingga 1169 M secara umum diakui kerajaan ini berurusan baik dengan bangsa Yahudi di Mesir.
Tetapi semasa tempoh akhir pemerintahan al-Hakim bi-Amr Allah  tekanan terhadap yahudi kelihatan. Di zaman fatimiyah, sekolah-sekolah Talmud ditubuhkan.

Mesir dan Rasulullah.
Dari Abu Dzar dia berkata; Rasulullah saw telah bersabda: ‘Sesungguhnya kamu sekalian (kaum muslimin) pasti akan dapat menaklukan negeri mesir, iaitu suatu wilayah yang digelar Al Qirath. Apabila kalian telah dapat menguasai negeri Mesir, maka berbuat bailah kepada para penduduknya! Kerana, bagaimanapun, mereka memiliki hak untuk dilindungi, sebagaimana kaum dzimmi ataupun karena hubungan tali saudara ( atau sebagai dzimmi dan hubungan keluarga dari jalur pernikahan.) ( HR. Muslim)[7]

Rasulullah juga pernah mengutus surat kepada yahudi di Mesir. Buktinya terdapat Surat yang dihantar oleh Rasulullah kepada Yahudi Banu Janba di 630 M yang dikatakan oleh Al-Baladhuri telah dijumpai di Mesir. Satu salinan, yang ditulis dalam huruf  Ibrani, telah ditemui di Geniza Kaherah[8].
Hubungan Nabi Muhammad dengan Mesir bermula pada tahun 6 H, pasca perjanjian Hudaibiyah.Antara isinya adalah berkenaan isu gencatan senjata dan larangan  peperangan selama 10 tahun. Kesempatan ini dimanfaatkan Nabi untuk mengirimkan surat-surat kepada raja-raja serta pemimpin dunia untuk mengajak mreka masuk ke dalam agama islam. Diantara yang menerima surat itu adalah pemimpin Mesir, Raja Muqauqis. Surat itu disampaikan oleh sahabat Hatib bin Abi Balta’ah kepada Raja Muqauqis.
Raja menerima baik surat itu serta membalasnya dengan kata-kata yang baik, walaupun  raja tidak memeluk Islam.

Tangan Yahudi goncang pentadbiran Morsi
Bagaimana campur tangan Yahudi di Mesir zaman dahulu, ia berterusan hingga kini. Zionisme yang dikawal selia oleh Freemason memiliki ingatan sentimental dengan bumi Mesir asal muasal ajaran sesat dan ritual rahsia mereka.
Barat dan Israel tidak senang dengan keadaan yang berlaku di Mesir hari ini. Mereka tahu masa depan  mereka di Asia Barat sangat bergantung kepada Mesir yang menjadi tali barut mereka sekian lama bermula era kerajaan Beraja diikuti Gamal Abd Nasir, Anwar sadat dan Hosni Mubarak.
 Kejatuhan rejim Mubarak pastinya akan membawa kejatuhan Israel selepas itu. Mereka juga mengetahui ketidakstabilan Mesir yang mempunyai Terusan Suez jika berpanjangan akan juga memberikan kesan negatif kepada mereka dalam menguasai ekonomi dunia.

Amerika yang dikuasai yahudi  begitu bersungguh-sungguh agar Hosni Mubarak meletak jawatan kerana mereka melihat kestabilan di negara tersebut tidak akan berlaku kecuali dengan perletakan jawatannya walaupun mereka amat memerlukan Hosni. Barat mahukan  Omar Sulaiman yang kini adalah Naib Presiden Mesir. Beliau terkenal rapat dan banyak berjasa kepada Israel dalam menjayakan agenda mereka.
Justeru, kebijaksanaan gerakan Islam dalam menghalang agenda Barat dan Israel ini adalah sangat dituntut. Kita tidak mahu rejim yang sedia ada pada hari ini digantikan dengan rejim yang lain yang meneruskan agenda Barat dan Israel . Kebangkitan rakyat Mesir pada hari ini seharusnya digunakan sebaik mungkin sebagai peluang untuk menjatuhkan jahiliyyah dan membangunkan Islam di atas keruntuhan tersebut.
Saat kejatuhan Raja Farouk, pemerintah terakhir sistem beraja di Mesir yang digulingkan oleh rakyat kebangkitan rakyat ini gagal diambil peluang oleh gerakan Islam untuk menggantikan sistem pemerintahan Jahiliyyah apabila yang berkuasa selepas itu adalah Jamal Abdul Nasir yang meneruskan sistem Jahiliyyah yang sedia ada.

Ikhwan adalah gerakan yang bukan sahaja dibenci Israel malah juga dibenci oleh Yahudi di Mesir. Hal ini disebabkan Ikhwanlah yang awal bejuang menentang kehadiran pendatang Yahudi di Palestin, malah hampir berhasil dan hampir  tidak akan tertegak Negara haram Yahudi itu, namun boneka Barat di Mesir memaksa pulang sukarelawan Ikhwan dan tidak berapa lama kemudian As Syahid Hassan Al Banna dibunuh.
Yahudi mulai resah apabila Majlis Rendah di Parlimen Mesir dengan sebulat suara telah menyetujui sebuah teks deklarasi bersama yang menyatakan bahawa Israel adalah musuh nombor satu di Mesir. Dalam deklarasi bersama Parlimen Mesir tersebut telah menyeru pengusiran Duta Besar Israel dan menghentikan serta merta eksport minyak ke Israel[9].

Teks itu juga menyatakan Revolusi Mesir hadir bukan untuk menjadi kaki tangan kepada Zionis, kerana Israel adalah musuh nombor satu Mesir dan bangsa Arab.
Tidak hairan jika kini gerakan menjatuhkan Morsi secara kejam, tanpa demokratik berlaku walaupun Morsi tidak menzalimi rakyat seperti Mubarak.

Polisi tegas Morsi terhadap Israel  berkenaan isu pintu Rafah juga cukup menggetikkan  kaki tangan Yahudi di Mesir.

Apa yang disebutkan sebelum ini oleh bekas Menteri Undang-Undang Mesir, Hateem Bagato bahawa Mursi yang diumumkan sebagai Presiden Mesir tidak boleh dijatuhkan dengan pelbagai cara atau taktik melainkan kecuali dengan sebab tiga perkara:
1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri
2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden.
3) Pengkhianatan terbesar.
Jangkaan yang bakal berlaku bukan pada perkara  1 atau 2 tetapi perkara yang ke tiga. Pelbagai tafsiran boleh diandaikan dengan "pengkhianatan terbesar".
Perancangan tersusun yang dilakukan untuk menggulingkan Morsi di Mesir dan Edorgan di Turki membuktikan bahawa golongan sekularise dan liberal iaitu sekutu Yahudi akan lakukan apa saja kerana kebencian yang meluap-luap terhadap kebangkitan Islam.
Sekarang dunia sedang melihat siapakah petualang  yang tidak menjunjung demokrasi.
Dahulu, gerakan Islam selalu dicemuh kerana menolak demokrasi. Barat memfitnah gerakan Islam sebagai ganas kerana berjuang mengangkat senjata.

Apabila terdapat gerakan Islam memasuki pilihanraya sebagai 'wasilah' untuk mendaulatkan Islam maka mereka menjadi bahan mainan. Apabila diadakan piilihanraya yang telus dan kumpulan Islam memperoleh kuasa, mereka dinafikan hak.

Mursi naik sebagai Presiden melalui pilihanraya yang sah dan telus. Selepas setahun, pembangkang minta rakyat turun ke jalanraya dan secara tidak langsung mereka menolak demokrasi[10].

Muhammad Nuruddin Bashah
Hadapan 360 MKJ Kg Terang
11000 Balik Pulau PulauPinang
820102-02-5203


[1] Abdul Hamid Jaudah Al Sahhar, Bani Ismail, Dewan Bahasa Dan Pustaka,1992 (muka 60-61)
[4] Sami Abdullah, Tarikh Anbiya War Rusl, halaman (149 – 153)
[5] Ibnu Yaacob, Rahsia Simbol yahudi, Moon Media, 2011.
[7] Shahih Muslim dalam kitab keutamaan sahabat Bab Wasiat Nabi saw untuk penduduk Mesir. No Hadis : 4615

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt Akhi Muhammad Nuruddin Bashah,

    Tidak payah dan perlu lihat jauh, bacalah artikel dan kajiselidik mendalam dan terperinci Ustaz Mohd Fadhlullah :
    Isnin, 20 Oktober 2008
    BAHAYA ! BAKAL PM MALAYSIA ANGGOTA FREEMASON.
    Tidak ada ungkapan yang dapat saya ucapkan apabila melayari laman web pas Pahang pagi tadi melainkan ucapan Na’uzubillah minzalik. Semuanya gara-gara membaca artikel mengenai biografi bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Dalam ruangan penglibatan di bidang Sosial, didapati beliau adalah seorang Ahli Kehormat Freemason Malaysia. Keahliannya bermula sejak tahun 1980 sehingga kini.

    http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/10/bahaya-bakal-pm-malaysia-anggota.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...