Pembaca Setia

Sunday, April 20, 2014

Anugerah Nobel ; Adakah Menepati Hasrat Pengasasnya?


Anugerah Nobel ; Adakah Menepati Hasrat Pengasasnya?
Muhammad Nuruddin Bashah

Apakah peranan Hadiah Nobel? Adakah ia sekadar menghargai kehebatan kognitif manusiawi mencipta sesuatu yang hebat, ajaib dan mampu memanfaatkan insan sejagat? Juga mungkin menghargai keringat usaha individu yang mengusahakan sesuatu tindakan, polisi atau pentadbiran yang dianggap memberi manfaat kepada global.

Atau ia adalah suatu anugerah juga yang memiliki kontroversi serta melegitimasikan aktviti pihak yang sebenarnya zalim serta tidak berperikemanusiaan. Penulis memilih hamparan tajuk ini untuk dinilai oleh para pembaca agar kita sama-sama melihat kelibat kemunafikan manusia atas nama dan lesen halal Hadial Nobel.

Hadiah-hadiah Nobel ialah hadiah yang diberi berdasarkan wasiat Alfred Nobel, dan dianugerahkan kepada individu (dan juga pertubuhan dalam kes Hadiah Keamanan Nobel) yang telah melakukan penyelidikan hebat, mencipta teknik atau radas yang luar biasa, atau memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat1. Hadiah-hadiah Nobel yang umumnya dianugerahkan setiap tahun dalam beberapa kategori-kategori, dan mendapat pujian yang tertinggi dalam dunia pada saban tahun2.

Terdapat juga kes beberapa pemenang hadiah menolak penerimaan hadiah ini. Terdapat juga tahun-tahun yang hadiah ini tidak dianugerahkan; umpamanya, semasa Perang Dunia II, hadiah-hadiah Nobel langsung tidak dianugerahkan antara tahun 1940 dan 1942. Khususnya, pemilihan hadiah keamanan amat terjejas disebabkan pendudukan Jerman Nazi di Norway.

Hadiah Keamanan Nobel selalu mencetuskan kontroversi berpanjangan seperti kes Liu Xiaobo dari China dipilih menerimanya. Beliau yang merupakan tokoh pembangkang di China dituduh sebagai pencatur gerakan subersif serta terlibat dalam keganasan3.

إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا ظَالِمًا فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ مِنْهُ

“Sesungguhnya manusia, apabila mereka melihat si zalim dan mereka tidak menghalangnya, hampirlah Allah mengenakan mereka semua dengan azab daripadaNya” (Riwayat At Tarmizi, Abu Daud, Ahmad)
Penerima Hadiah Nobel Keamanan mencatur senjata pemusnah.
Program senjata atom Israel telah diakui oleh Ehud Olmert iaitu mantan Perdana Menteri Israel yang dipalit dengan tuduhan rasuah.4 Ini membenarkan hebahan dunia bahawa Isreal juga memiliki senjata nuklear tanpa kawalan dan pantauan.

Tidak jauh dari Dimona, di bahagian selatan jalan utama terdapat tanah besar berpagar. Jika ada yang bertanya , apa yang terdapat disebalik pagar, akan mendapat jawapan mudah iaitu sebuah kilang tekstil. Sebenarnya itulah kilang senjata atom Israel5.

Beberapa tahun setelah didirikannya negara Israel, mantan Perdana Menteri David Ben Gurion bersama pemenang hadiah Nobel Perdamaian Shimon Peres mendapat tugas membentuk pasukan jawatankuasa nuklear. Dengan bantuan Perancis, Israel memulai membangun 'kilang tekstil' tersebut di Dimona, dan sejumlah tempat penyelidikan atom di wilayah lainnya.

Setelah Amerika Syarikat menggantikan Perancis secara bertahap dalam memberikan bantuan militari kepada Israel, negara ini memiliki sebuah reaktor atom untuk penyelidikan. Ini semuanya terjadi menjelang dibentuknya Badan Tenaga Nuklear Antarabangsa IAEA tahun 1957, dan setelah diputuskannya perjanjian larangan penyebarluasan senjata atom pada tahun 1968. Terutama reaktor atom di Dimona mendapatkan pengawasan dan pengamanan yang ketat, meskipun Perdana Menteri Ben Gurion pada tahun 1968 mengatakan, reaktor tersebut dipergunakan untuk kepentingan damai.

Program senjata atom atom Israel dikembangkan dan diuji coba bekerjasama dengan rejim apartheid di Afrika Selatan. Sejak akhir tahun 60-an, semakin kuat khabar yang mengatakan Israel memiliki senjata atom. Tapi semua negara jiran Israel, termasuk Iran, sejak lama telah meyakini bahawa Israel secara tidak rasmi telah menjadi negara pemilik senjata nuklear. Sementara negara jiran Israel seperti Mesir dan Arab Saudi tidak memikiki penyelidikan atom sendiri. Libya menghentikan pembuatan senjata nuklear. Hanya Iran yang melanjutkan programnya.

Perancang keganasan Palestin menerima Hadiah Nobel.
Hadiah Nobel Keamanan 1994 telah dianugerahkan secara bersama kepada Yasser Arafat, Shimon Peres dan Yitzhak Rabin "untuk usaha mereka untuk mewujudkan keamanan di Timur Tengah". Mari kita lihat ‘jasa-jasa ‘ mereka ke arah kedamaian di Palestin.

Shimon Perez
Shimon Perez pencatur program nuklear Israel yang memenangi Hadiah Nobel pada 1994 juga menerima hadiah itu bersama Yitzhak Rabin dan Yasser Arafat atas jasa ‘keamanan’!

Apakah jasa Shimon Perez. Beliau adalah bekas Menteri Luar Israel kesembilan dan kini menjadi Presiden negara Israel. Beliau berkhidmat dua kali sebagai Perdana Menteri kelapan Israel. Pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah Pertahanan pada tahun 1952. Pada tahun 1969, Peres telah dilantik Menteri Penyerapan imigran dan pada tahun 1970 menjadi Menteri Pengangkutan dan Komunikasi. pada tahun 1974

Shimon disebeut-sebut jasa sebagai individu yang tidak berpuusa asa untuk membawa keamanan antara Isreal dan palestin malah dianggap hero keamanan seluruh bumi Arab. Lebih menimbulkan ketidakpuashatian apabila beliau dianugerahkan Presidential Medal of Freedom iaitu anugerah terhebat untuk awam oleh Barrack Obama6.

Jawatankuasa Hadiah Nobel Hanna Kvanmo dalam satu temubual bersama Norwegian newspape menyatakan rasa kesal atas penganugerahan hadiah kepada Shimon Perez. Kegagalan beliau yang berpengaruh sebagai dua kali Perdana Menteri malah masih berada dalam kabinet israel untuk menghalang pendudukan Israel ke tebing Barat dan Gaza menunjukkan beliau tidak layak untuk menerima anugerah Keamanan tersebut7.

Hipokrasi kepimpinan Perez diungkit oleh Erdogan pada tahun 2009 ketika Erdogan bertemu dengan Presiden Israel, Shimon Peres, di Forum Ekonomi Global, di Davos. Erdogan tidak segan-segan mengecam tindakan Zionis-Israel. Erdogan kemudian meninggalkan Shimon Peres di Forum berkenaan, dan kembali ke Turki8.

Hingga kini hubungan Turki dengan Israel terus buruk, dan Duta Besar Turki untuk Israel telah ditarik pulang, belum digantikan. Kerjasama militari dan pertahanan dengan Israel, serta latihan bersama NATO, juga dibatalkan kerana Israel juga turut serta.

Yitzhak Rabin
Beliau adalah Perdana Menteri israel ke 5. Selepas beliau Israel dipimpin oleh Manachen Bagin komander jenayah Irgun juga penerima anugerah Nobel. Bezanya Begin menerima hadiah lebih awal pada 1978 mungkin kerana keganasan beliau dengan gerakan Irgun menjadikan jawatankuasa Nobel kagum dan bangga. Rabin pula hanya menerima anugerah itu pada 1994 disebabkan Perjanjian Oslo yang memberi kelebihan kepada Israel serta Amerika.
Pada tahun 1941, Rabin menyertai seksyen Palmach sayap pengganas-pengganas Haganah, di bawah pengaruh Yigal Allon.
Yitzhak Rabin menjadi komandan pasukan Palmach yang mengetuai gerakan pengusiran warga Palestin dari perkampungan Qisriah di Haifa tengah dan menghancurkannya.

Pada 11 Julai 1948 Selepas Batalion ke-89 Komando Israel yang diketuai oleh Moshe Dayan menduduki Lydda, pihak Israel mengumumkan kepada orang-orang Islam melalui pembesar suara bahawa sekiranya mereka pergi ke sebuah masjid, mereka akan selamat. Tetapi yahudi laknat berbohong. 80-100 orang Islam telah dibunuh di dalam masjid tersebut. Penduduk di Lydda dan Ramle dihalau keluar dari bandar-bandar ini setelah segala barangan milik mereka diambil oleh askar-askar Israel. Brigadier Komander ketika itu, Yitzhak Rabin berkata,” Tiada cara lain kecuali dengan kekerasan dan tembakan amaran untuk memaksa mereka berjalan 10-15 batu ke tempat mereka bertemu tentera.9 Inilah kisah keamanan Rabin penerima hadiah Nobel.
-
Yasir Arafat
Yasir Arafat pejuang Palestin beraliran nasionalisme bukan Islamisme. Toleransi yang konon ditaja beliau jarang sekali berguna. Perjanjian Oslo yang menatijahkan beliau menerima Anugarah Nobel dinilai sebagai sia-sia.

Perjanjian Damai Oslo atau secara rasminya disebut "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Persediaan Pemerintahan Sendiri Secara Sementara" ialah satu batu tanda dalam penyelesaian konflik Israel-Palestin. Ia merupakan persetujuan bersemuka langsung yang pertama antara kerajaan Israel dan Palestin10.

Perjanjian ini telah dipersetujui di Oslo, Norway pada tanggal 20 Ogos 1993 dan secara rasmi ditandatangani di Washington, D.C. pada 13 September 1993 oleh Mahmoud Abbas yang mewakili Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) atau orang Palestin dan Shimon Peres yang mewakili Israel. Hal ini disaksikan oleh Warren Christopher dari Amerika Syarikat dan Andrei Kozyrev dari Rusia, di depan Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan pengerusi PLO Yasser Arafat.

Namun sehingga hari ini, Perjanjian Oslo ini tidak lagi bermakna kerana pihak Israel sering kali memecahkan perjanjian dengan cuba meluaskan tanah penempatan haramnya di tanah penempatan rakyat Palestin selain melakukan serangan tidak berperikemanusiaan kepada Palestin keseluruhannya.

Menachen Begin
Menachen Begin pula menerima hadiah Nobel pada 1978. Siapakah beliau? Begin pernah mengetuai pergerakan pengganas Irgun di Palestin semasa proses penubuhan negara haram israel dahulu. Kumpulan Irgun yang bersenjata atas bantuan British ini juga berjuang bersama kumpulan Haganah dan Stern Gang serta bertanggungjawab membunuh serta penembelih perkampungan Deir Yasin pada tahun 1948 dahulu. Seramai 750 orang Palestin mati di tangan mereka.

Tidak lama selepas berakhirnya Perang Dunia II, terdapat tiga para -tentera asas Zionis di Palestin, yang bekerja terhadap orang-orang Arab , dengan tujuan khusus memandu keluar dari Palestin. Ini adalah Haganah, Irgun Zvai Leumi dan Geng Stern.

Sebelum Mandat British, pebdatang Yahudi telah membentuk satu kumpulan bersenjata dipasang dipanggil " Hashomar " dan selepas kedatangan Mandat British , ia menjadi Haganah ( Pertahanan ). Dengan keahlian sebanyak 60,000 orang Yahudi Zionis, Haganah mempunyai tentera bidang 16,000 orang yang terlatih dan unit yang dinamakan Palmach , yang merupakan ketumbukan yang sepenuh masa, berjumlah kira-kira 6000.

Pada tahun 1939, salah seorang pegawai memerintah Irgun itu , Abraham Stern , membentuk Geng Stern, berjumlah kira 200 hingga 300 fanatik berbahaya11.

Irgun telah dilihat sebagai sebuah pertubuhan pengganas atau organisasi yang menjalankan tindakan keganasan. Khususnya Irgun telah dijadikan organisasi pengganas oleh tangan Britain, Kongres Zionis dan Agensi Yahudi12.
Begin laknat ini juga kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel ke 6 selepas Yitzhak Rabin.
Logo Irgun

Anwar Sadat dan Jimmy Carter
Sadat dan Begin berkongsi menerima Hadiah Keamanan Antarabangsa (Nobel Peace Prize) pada tahun yang sama.

Presiden AS ke-39, Jimmy Carter, selepas melepas diri daripada kerusi Presiden Amerika, dikenal sebagai ‘pejuang’ perdamaian Israel-Palestin. Namun , sikap tegas Carter di hadapan Israel tidak kelihatan langsung ketika beliau memerintah. Pada era kepresidenannya, Carter menjadi perancang Perjanjian Camp David yang kononnya sebagai tonggak pertama dalam upaya mewujudkan perdamaian di Timur Tengah. Akibat Perjanjian Camp David, Carter mendapat hadiah Nobel Perdamaian. Begitu mudah memenangi hadiah ini. Hanya sekadar merancang program keamanan walaupun keamanan tidak muncul sudah memadai untuk merangkul hadiah berkenaan.

Sedangkan , dalam perjanjian Camp David yang ditandatangani Anwar Sadat (Presiden Mesir) dan Menachem Begin (Perdana Israel ketika itu-bekas pengganas Irgun) itu, suara orang Palestin tidak diambilkira pun. Malah , akibat perjanjian celaka Perjanjian Camp David ini telah membuka ruang bagi Israel untuk memberi tumpuan penuh menghadapi Palestin, kerana melalui perjanjian ini, Mesir mengakui kewujudan Israel dan sebagai imbalannya, Gurun Sinai yang direbut Israel saat Perang 6 Hari tahun 1967 dikembalikan kepada Mesir. Inilah jasa Anwar Sadat disamping memenjarakan pejuang Ikhwanul Muslimin yang pada awal pemerintahannya beliau mengumpan ulama’ Ikhwan untuk menyokong agenda islamisasi kosmetiknya di Mesir.


Obama Nobel dan janji manisnya...
Presiden Barack Obama yang dianggap wira oleh pemimpin Arab diawal kemenangannya juga menerima Hadiah Nobel Perdamaian sehingga mengundang banyak kritikan daripada pelbagai pihak.

Beliau juga sering menyebut "kita akan berundur dari Iraq,tetapi kita akan terus memerangi pengganas di Afghanistan.
Dari ucapan ini kita sudah tahu bahawa misinya sama sahaja dengan Bush iaitu ingin memerangi pengganas.

Ini kerana Hadiah Nobel Keamanan bukan sebarang hadiah. Ia adalah hadiah moral, jati diri dan keberanian tertinggi yang pernah diwujudkan oleh manusia untuk manusia berwibawa. Antara pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang tersohor ialah
  • Martin Luther King Jr. Iaitu pejuang hak asasi manusia yang menentang penindasan terhadap kulit hitam di Amerika Syarikat (1969),
  • Andrei Sakharov kerana menentang penindasan semasa era Kesatuan Soviet (1975),
  • Mother Theresa yang diiktiraf atas sumbangannya bagi membantu golongan daif khususnya di dunia (1979),
  • Nelson Mandela atas perjuangannya menentang dasar aparteid di Afrika Selatan (1993).

Polisi perang yang diwarisi daripada George W. Bush. Obama bertegas akan meneruskan pendudukan tentera AS di Iraq dan masih terkial-kial hendak menambah atau tidak anggota tentera dii Afghanistan13.

Alasan rasmi yang dikemukakan oleh panel Hadiah Nobel di Norway semasa memilih Obama ialah pengiktirafan terhadap 'usaha-usaha luar biasanya bagi mengukuhkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama antara rakyat'. Apakah usaha luar biasa itu?

Hakikatnya Mahmoud Abbas sendiri mengakui warga palestin (Tebing Barat) masih kecewa dengan kegagalan Obama menghentikan pendudukan haram Israel di tanah Palestin14. Malah Obama sendiri mengakui kegagalan beliau membawa keamanan di bumi Palestin15.

Obama juga mengakui beliau gagal mengubah sikap dan moral pemimpin di White House agar lebih sopan dan menggunakan akal yang sihat16.

Yahudi dan Nobel
Bangsa Yahudi paling banyak memperoleh kemenangan Hadiah Nobel. Walaupun mereka mewakili 0.2 peratus penduduk dunia tetapi 20 peratus pemenang Hadiah Nobel terdiri daripada orang Yahudi. Mereka merupakan bangsa yang berjaya memenangi kesemua kategori hadiah tersebut.

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam17.
PERDAMAIAN


1978
Anwar al-Sadat
Egypt
1994
Yasser Arafat
Palestinian
2003
Shirin Ebadi
Iran
2005
Mohamed El Baradei
Egypt
2006
Muhammad Yunus
Bangladesh
2011
Tawakel Karman
Yemen
SASTRA


1988
Naguib Mahfouz
Egypt
2006
Orhan Pamuk
Turkey
FISIKA


1979
Abdus Salam
Pakistan
KIMIA


1999
Ahmed Zewail
Egypt/United States

Orang Yahudi yang pertama memenangi Hadiah Nobel ialah Adolf von Baeyer dalam bidang kimia pada tahun 1905. Pada tahun 2012, tiga orang berbangsa Yahudi menang dalam tiga kategori - kimia (Robert Lefkowitz), fizik (Serge Haroche) dan ekonomi (Alvin E. Roth)18.
Ada pandangan menyatakan penggunaan bahasa yang bukan majoriti dunia (selain English, France, Spanish, Germany) menyebabkan kekurangan peluang untuk kehebatan kajian bangsa selain Eropah memenangi hadiah ini. Yahudi yang memenangi hadiah ini lebih kepada genatik Ashkenazi yang memiliki daya IQ yang paling tinngi di dunia19.

Penerima Hadiah belum tentu berjaya
Fredrik Heffermehl dikenal sebagai pengritik hadiah Nobel. Dalam bukunya yang terbit tahun 2010 "The Nobel Peace Prize. What Nobel Really Wanted," beliau cuba meneliti sejarah surat wasiat Nobel dari tahun 1895 dan mentafsir hasrat Nobel. Pada pandangan beliau hanya sedikitpenganugerahan Nobel yang benar-benar menghormati idea asal Alfred Nobel itu.

Pakar lain mengatakan,jawatankuasa anugerah perlu sedikit membuka pandangan. Kriteria utama Alfred Nobel adalah "persaudaraan antara bangsa.20

Menurut Fredrik Heffermehl Hadiah Nobel antaranya bukan sekadar menghargai kepintaran manusiawi, malah ia bertujuan mencipta keamanan total di muka bumi. Selagi ada nuklear dan perumbaan senjata serta pemecahan perjanjian atau gencatan senjata semakin terpesong dunia daripada hasrat Nobel sendiri.

Lihat sahaja penerima seperti Perez yang gagal mengawal kesamsengan Israel. Hal ini juga berlaku kepada Aung Su Kyi. Beberapa aktivis mengkritik Aung San Suu Kyi yang berdiam diri pada 2012 semasa etnik Rakhine membuat rusuhan. Sejurus menerima hadiah keamanan, beliau mengaku tidak tidak tahu jika Rohingya boleh dianggap sebagai rakyat Burma atau tidak kerana Perlembagaan Myanmar sejak 1982 tidak mengiktiraf kewujudan etnik Rohingya.a. Oleh itu, mereka dianggap sebagai pendatang tanpa izin, dengan sekatan ke atas pergerakan dan pegangan hak tanah, pendidikan dan perkhidmatan awam mereka.

Thomas Woodrow Wilson (1856-1924), presiden AS ke-28 yang meraih Hadiah Nobel Keamanan (1919), di Kongres pada 8 Januari 1918, pernah menggariskan Empat Belas Perkara (Fourteen Points) yang menjadi tunjang dalam pembentukan dasar luar AS. Antara perkara yang diberikan penekanan ialah menyebarkan demokrasi, kapitalisme dan perlunya Amerika campur tangan untuk keamanan atas dasar kemanusiaan.
Boleh dianggap kenyataan tokoh Hadiah Nobel Keamanan inilah yang dijadikan lesen Amerika membentuk dasar luarnya, sehingga memperlekehkan ideologi politik yang tidak mengambil asas tersebut. Hal ini menyebabkan Amerika akan melabel sesiapa sahaja yang tidak sealiran sebagai musuh demokrasi walaupun dalam banyak hal mereka merestui pemerintahan Totalitarian seperti di kebanyakan negara arab21.

Kesimpulannya anugerah yang dianggap prestij ini tidak mampu menghasilkan bibit keamanan selagi mana ia hanya dijadikan hadiah menutup kezaliman, penindasan dan dosa silam pemimpin dunia.


Muhammad Nuruddin bin Bashah

017 6291368

1 Alfred Nobel dilahirkan di Stockholm tanggal 21 Oktober 1833 dari pasangan Immanuel Nobel dan Andriette Ahlsell. Keluarga Nobel menetap di Saint Petersburg dan hidup sederhana walaupun sebenarnya dapat berkecimpung dalam kemewahan. Immanuel membelanjakan kekayaannya pada pendidikan anak-anaknya. Alfred Nobel muda sangat tertarik akan sastrea, fisik, dan kimia. Memiliki perpustakaan peribadi yang terdiri dari 1.500 buku mulai dari bidang sains, filsafat, hingga teologi dan sejarah. Alfred pun mulai merantau sejak tahun 1850 hingga 1852. Negara pertama yang dikunjunginya adalah Amerika Syarikat. Di sana beliau mempelajari teknologi-teknologi terbaru. Beliau mencipta dinamit. Pada 1868 Alfred Nobel dan ayahnya memperoleh penghargaan Letterstedt Prize dari Royal Swedish Academy of Sciences. Penghargaan ini diberikan pada siapa saja yang menghasilkan penemuan yang berharga bagi umat manusia. Idea penghargaan Nobel berasal pula dari penghargaan yang diterima oleh Alfred Nobel di Swedia. Kekayaan yang melimpah dan tidak adanya keturunan membuat beliau bingung hendak diberikan kepada siapa harta yang dimilikinya. Pada 27 November 1895 beliau menuliskan wasiatnya di hadapan Swedish-Norwegian Club di Paris. Pada 1891 di pindah dari Paris menuju ke San Remo, Italia di mana beliau meninggal akibat pendarahan otak pada 10 Desember 1896. Beliau menghasilkan 355 paten selama hidupnya
5 Dimona adalah sebuah bandar Israel di padang pasir Negev, 36 kilometer ke selatan Beersheba dan 35 kilometer barat Laut Mati di atas lembah Arava di Daerah Selatan Israel. Penduduknya pada akhir tahun 2007 adalah 33,600.

21 Edward Wadie Said, Covering Islam: 1981, dan semakan 1997

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...