ILMU OSTEOLOGI DALAM AL QURAN DAN HADIS
Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan UM
“Beliau adalah tulang belakang keluarga”.
Kenyataan atau ayat ini merujuk perumpamaan dalam bahasa melayu yang
merujuk kepada individu yang berperanan sebagai penaung, penyara atau
individu yang kuat menyokong keperluan keluarganya. Ternyata organ
tulang dipilih sebagai menghargai individu yang menjadi harapan
keluarga. Tiada pula istilah otak keluarga, jantung syarikat atau
hati masyarakat. Yang ada hanya tulang belakang masyarakat, tulang
belakang organisasi.
Tulang adalah organ dalam tubuh badan manusia atau haiwan yang cukup
signifikan dengan keteguhan, asas yang menjadikan sesuatu makhluk itu
berbentuk, mampu bergerak, kuat serta menampung tubuh badan.
Menurut laman http://www.innerbody.com/
Sistem rangka ( skeletal system)
termasuk semua tulang dan sendi di dalam badan. Setiap tulang
adalah organ yang hidup yang kompleks yang terdiri daripada banyak
sel, gentian protein, dan mineral. Rangka bertindak sebagai struktur
yang menyediakan sokongan dan perlindungan bagi tisu lembut
yang membentuk seluruh badan. Sel-sel darah baru dihasilkan oleh
sum-sum tulang merah di dalam tulang kita.
Daripada takrifan ini jelas menunjukkan betapa besarnya peranan
tulang kepada kehidupan manusia.
Dalam tulisan ini penulis cuba menggariskan salah satu kebesaran
Allah SWT melalui penciptaan sistem tulang. Malah tulang bukan
sekadar dipandang melalui pandangan ilmu perubatan zahir yang
menyatakan ia sekadar menyokong pergerakan dan tonggang pergerakan
makhluk, malah ia adalah punca penciptaan dan kebangkitan kali kedua
selepas mati.
Dalam suasana tumbuhnya fahaman sesat anti hadis di Malaysia sejak
tahun 1980an lagi, terlalu banyak hujah ulama’ yang mengkritik
fahaman ini membahas dalam ruang lingkup keautentikan hadis dan
periwayatannya sahaja. Namun begitu golongan sesat ini juga terlupa
bagaimana Rasulullah boleh memperincikan keilmuan osteologi (sistem
tulang) dan embriologi dalam banyak ucapan-ucapan hadis beliau walaupun dalam Al
Quran ada menyelitkan sedikit sebanyak ilmu ini. Adakah alasan
Rasulullah mungkin belajar daripada ahli kitab menyebabkan Baginda
boleh mengeluarkan kenyataan berkenaan ilmu tulang ini?
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan
zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka,
dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia
bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?"
Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami
menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada
hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi
peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
( Al A’raf ayat 172)
Firman Allah,
"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami
telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu
(setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka
dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang
jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula
orang-orang yang mati),
Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada
kejadiannya; ia berkata:" Siapakah yang dapat menghidupkan
tulang belulang, yang telah hancur luluh?
"Katakanlah:" Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang
menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang
segala makhluk, "(QS. Yasin: 77-79).
Prof HAMKA dalam Tafsir Al Azharnya telah menjelaskan perihal kaum
musyrikin Mekah yang sombong dalam isu asal kejadian manusia sehingga
ingin mencabar Rasulullah. Inilah kisahnya dikaitkan dengan asbab an
nuzul bagi ayat di atas.
Menurut riwayat Mujahid, Ikrimah dan Qatadah, Ubai bin Khalaf yang
musyrik pernah datang menemui Rasulullah dengan membawa tulang yang
buruk serta berhabuk, beliau menghembus habuk dan debu pada tulang
berkenaan serta berkata kepada Rasulullah,
“ Wahai Muhammad benarkah engkau pernah berkata bahawa tulang yang
buruk sebegini akan dihidupkan kembali oleh Alah dan dibangkitkan
daripada kubur?”
Rasulullah menjawab bahawa ianya benar malah Allah akan himpunkan
beliau (Ubai bin Khalaf) di dalam api neraka.
Dalam riwayat melalui jalur Ibnu Abbas menyatakan, A’s bin Wail
yang hadir menempelak Rasulullah dengan tulang buruk berkenaan.
Dalam Hadis ini juga boleh diambil pengajaran sampingan dalam kaedah
berhujah dengan pihak yang kasar, melulu adalah dibenarkan untuk
diselitkan elemen menjatuhkan moral serta merendahkan pihak yang
batil, mencela sikap dan pegangan batil yang dipegang oleh si
penghujah melalui menyatakan akibat daripada pegangan batil mereka.
Menurut Ibnu Abi Hatim, kalimah al Insan di atas merujuk kepada kaum
manusia secara umum yang mengingkari hari kebangkitan. Manakala alif
lam makrifah pada kalimah al insan bermaksud golongan manusia yang
khusus menolak kepercayaan kebangkitan semula.
Bukan sahaja ayat Al Quran ini, malah Rasulullah selaku penafsir
utama Kalam Allah pernah menyatakan secara lebih jelas berkenaan
kehebatan ilmu tulang Allah.
Hadis 1:
Kata Rasulullah,
Tiada bahagian dari tubuh manusia kecuali akan hancur (dimakan
tanah) kecuali satu tulang, iaitu tulang ekor
(sulbi), daripadanya
manusia dibangkit
kembali pada hari kiamat, "(Riwayat Al Bukhari, Nombor:
4935).
Hadis 2:
Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda, "Seluruh
bahagian tubuh anak Adam akan (hancur) dimakan tanah kecuali tulang
ekor ( ‘ajbu
adz-dzanab) , daripadanya
tubuh diciptakan dan dengannya dipasang kembali." (Riwayat Imam Muslim 5254)
Hadis 3:
Diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasul saw bersabda, ’Ada satu
tulang pada anak Adam yang tidak dimakan tanah.’ Mereka bertanya,
‘Apa itu, ya Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Tulang sulbi.’
(Riwayat Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dalam kitabnya
al-Musnad, and Malik dalam kitabnya al-Muwaththa’).
Hadis 4:
“ Akan dimamah tanah setiap daripada
manusia melainkan ajbu az zanab. Berkata para sahabat, apakah benda
itu Ya Rasulullah, Rasulullah menjawab, seumpama biji sawi
daripadanya diterbitkan”
(Riwayat Imam Ahmad)
Berabad lamanya, hadis dan ayat Al Quran berkenaan
ilmu tulang tersebut menjadi hal ghaib yang tidak dapat
dijelaskan dengan logik. Zaman berubah dan
beberapa kajian ilmiah moden kelihatan
mampu menjelaskan kebenaran hadis ini.
Coccyx (tulang sulbi) atau ‘ajbu
adz-dzanab adalah tulang terbawah dari
vertebral column (tulang punggung)1.
Menurut pelbagai sumber juga, selepas 6 bulan hingga setahun kematian
manusia, jasad akan hancur manakala tulang tulang akan dileraikan.
Tulang ekor akan menyusut dan membentuk ketulan kecil umpama bijian
halus.
Han Spemann seorang saintis Jerman yang
berjaya mendapat hadiah nobel dalam bidang perubatan pada tahun 1935
telah membuktikan bahawa asal usul kehidupan adalah tulang ekor.
Dalam kajiannya beliau memotong tulang
ekor dari sejumlah haiwan, lalu mengimplantasikan ke dalam embrio.
Para saintis mendapati bahawa pembentukan sel dan organisasi janin
dimulakan oleh ‘primitive streak’
dan ‘primitive node’.
Sebelum bahagian-bahagian ini membentuk tiada
pembezaan sel-sel boleh berlaku. Salah seorang saintis
popular, yang membuktikan ini, adalah saintis Jerman Hans Spemann.
Dengan eksperimen primitive
streak dan primitive node ini mendapati bahawa mereka
menganjurkan pembangunan embrio dan menggelar
proses ini sebagai "the primary organizer”.
Menurut kajian Hans, primary organizer ini akan turun dan berada
dalam tulang sulbi manusia dan ia merupakan ibu segala sel dalam
badan manusia! Bukankah ini selaras dengan kenyataan Al Quran dan
hadis Rasulullah SAW?
Dalam eksperimen lain, Hans
cuba menghancurkan tulang ekor
(sulbi) tersebut. Beliau
menumbuknya dan merebusnya dengan suhu panas yang tinggi dalam waktu
yang sangat lama. Setelah menjadi serpihan halus, beliau
cuba mengimplantasikan tulang itu pada janin lain yang masih
dalam tahap permulaan embrio. Hasilnya, tulang ekor itu tetap tumbuh
dan membentuk janin sekunder pada guest body (organ tamu). Meskipun
telah ditumbuk dan dipanaskan sedemikian rupa, tulang ini tidak
'hancur'.
Ada juga pihak jurnalis mencatat bahawa bukan Hans
yang menjalankan ujikaji merebus tulang sulbi sebaliknya adalah
Johannes Holtfreter, Dorothy M. Needham, Joseph Needham dan
Conrad Waddington.
Dr Othman Al Djilani dan Syaikh Abdul Majid Al
Zindani melakukan beberapa eksperimen terhadap tulang sulbi
pada bulan Ramadhan 1423 (tahun 2003 M) di
Rumah Sheikh Abdul Majid Azzandani, di Sanaa, Yaman.
Keduanya memanggang tulang punggung berikut tulang sulbi dengan gas
selama sepuluh menit hingga benar-benar terbakar (tulang-tulang
berubah merah lalu hitam). Kemudian keduanya meletakkan
potongan-potongan dalam kotak steril, dan
membawanya ke makmal analisa terkenal di
Sanaa (Al Olaki Laboratory). Dr al Olaki, professor bidang histologi
dan pathologi di Sanaa University, menganalisa potongan-potongan
tersebut dan menemukan bahawa sel-sel pada
jaringan tulang coccyx tidak terjejas, dan
ia dapat bertahan terhadap pembakaran (hanya otot, jaringan lemak,
dan sel-sel sumsum tulang saja yang terbakar, sementara sel-sel
tulang tidak terjejas).
Dr. Utsman Gailan dari Mesir pada tahun
2003 melakukan penelitian dengan membakar dua rangkaian tulang ekor
terakhir dari lima tulang belakang kambing hingga hitam seperti
arang. Setelah diperiksa di makmal ternyata
sel-sel tersebut sama sekali tidak terjejas.
Pakar genetik Keith L. Moore juga
melakukan penelitian pada tulang ekor manusia dan mendapatkan
kesimpulan yang sama.
Ilmu tulang dalam Al Quran ini sebenarnya menempak hujah jahil
Darwinisme yang memandang kebarangkalian dan ketidak sengajaan yang
menjadikan manusia muncul daripada genetik asal haiwan. Hakikatnya
sainstis bermazhab evolutionis juga sehingga kini tidak mampu
menafikan fakta kehebatan tulang sulbi yang diceritakan dalam Al
Quran dan hadis.
Dalam isu tulang yang lain Rasulullah juga memberi gambaran sikap
wanita dengan asal kejadian Hawa di Syurga iaitu melalui tulang
rusuk.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ia berkata,
“Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Berwasiatlah kalian terhadap para wanita dengan wasiat yang
baik.
Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk,
dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah
bagian atasnya.
Oleh karena itu jika kamu meluruskannya dengan paksa
maka kamu akan mematahkannya,
akan tetapi jika kamu biarkan maka ia akan
tetap bengkok, maka
berwasiatlah kamu terhadap para wanita dengan wasiat yang baik”.
(Muttafaq ‘alaih HR: Bukhari dan Muslim)2
Dalam Hadis Rasulullah yang lain Rasulullah yang bukan merupakan
pelajar ilmu anatomi manusia telah mengungkapkan jumlah tepat
bilangan sendi pada tubuh manusia.
“Sesungguhnya setiap manusia dari keturunan Adam diciptakan
dengan 360 sendi. Barang siapa bertakbir, bertahmid, bertahlil,
bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu dari jalanan, duri atau
tulang dari jalalan, memerintahkan kebaikan, mencegah kemungkaran,
sejumlah 360 sendi tersebut, maka hari itu ia telah berjalan sambil
menjauhkan dirinya dari neraka”.
(Muslim; 1675)
Di dalam The Hatchinson Encyclopedia (1995)
menyebutkan jumlah tulang-tulang di dalam kerangka tubuh pada
manusia hanya 206 sahaja.
Namun Doktor muslim bernama Hamid Ahmad
Hamid di dalam bukunya ‘Perjalanan Iman di dalam tubuh manusia’
(“The Journey of Faith inside the Human Body”), menyebutkan
dengan terperinci 360 persendian pada
manusia, sebagaimana yang disebutkan secara jelas oleh Rasulullah di
dalam hadisnya 14 abad yang lalu3.
A. 147 persendian yang terdapat pada vertebrae/ tulang punggung:
- 25 sendi di kawasan vertebrae/tulang
punggung
- 72 sendi di antara vertebrae/tulang punggung dan costae/tulang
rusuk.
- 50 sendi di antara vertebraetulang punggung.
B. 24 persendian pada thorax/dada:
- 2 sendi di antara 2 tulang dada dan rongga dada
- 18 sendi di antara dada dan rusuk
- 2 sendi di antara tulang selangka dan tulang bahu
- 2 sendi di antara tulang bahu dan dada.
C. 86 persendian area atas:
- 2 sendi di antara 2 tulang bahu
- 6 sendi di antara 2 siku tangan
- 8 sendi di antara 2 pergelangan tangan
- 70 sendi di antara tulang-tulang tangan.
D. 92 sendi area bawah:
- 2 sendi di antara 2 paha
- 6 sendi di antara 2 lutut
- 6 sendi di antara 2 mata kaki
- 74 sendi di antara 2 kaki
- 4 sendi di antara tulang lutut
E. 11 sendi gelang panggul:
- 4 sendi di antara tulang punggung dan tulang ekor
- 6 sendi di antara tulang pangkal paha
- 1 sendi pada simfisis pubis (pubic symphysis).
Jumlah keseluruhan adalah: 147+24+86+92+11= 360 sendi.
Meneliti ilmu osteologi melalui beberapa potong Al Quran dan hadis
dia atas sebenarnya mampu memberi keinsafan kepada kita umat akhir
zaman. Bagaimana jika sebuah kitab yang dikatakan ciptaan manusia
serta hadis Nabi yang dikatakan melalui rekaan ulama’ semata-mata
mampu mengungkap setepat itu fakta-fakta berkenaan ilmu yang
sebenarnya asing di zaman tersebut.
Muhammad
Nuruddin bin Bashah
Hadapan
360 MKJ Kampung Terang
11000
Balik Pulau
Pulau
Pinang
Akaun GIRO : 07100 –
29- 00006952-7
IC : 820102-02-5203
2
Apakah memang wanita diciptakan dari tulang rusuk laki-laki ataukah
hanya penyerupaan sebagaimana ditunjukkan
dalam hadits yang kedua? Mengingkari
penciptaan Hawa dari tulang rusuk Adam tidaklah benar.” (Fatwa no.
20053, kitab Fatawa Al-Lajnah Ad-Da`imah lil Buhuts Al-Ilmiyyah wal
Ifta`, 17/10)
No comments:
Post a Comment