Pembaca Setia

Tuesday, March 25, 2014

Hukuman Mati 529 pimpinan Ikhwan kemuncak kezaliman terhadap gerakan Islam Abad ini


Hukuman Mati 529 pimpinan Ikhwan kemuncak kezaliman terhadap gerakan Islam Abad ini

Muhammad Nuruddin Bashah

Mahkamah Mesir dilaporkan semalam (24 Mac 2014) bersetuju untuk menjatuhkan hukuman mati kepada 529 anggota Ikhwanul Muslimin manakala melepaskan 16 individu tertuduh.

Kemuncak kebencian sekular terhadap gerakan Islam terbesar dunia ini terserlah melalui keputusan Mahkamah paling khianat dengan melaksanakan penghakiman secara semberono, borong tanpa ada pertuduhan dan bukti yang jelas.

Inilah kemuncak kebencian kuffar terhadap Islam abad ini.

Penulis adalah antara insan sedunia yang pernah menikmati kehebatan fikrah didikan fikrah ikhwan. Malah ia bukan suatu yang pelik jika kita menganggarkan hampir 90 peratus gerakan Islam di Malaysia memiliki pengaruh rangka kerja, fikrah, tarbiah dan politik cara Ikhwan Muslimin walaupun ada pertubuhan yang menafi atau mengalak daripada dibabitkan dengan pertubuhan mulia ini.

Ikhwan bangkit di saat bumi Arab tenggelam dengan kebangkitan humanisme, menganut berhala sekularisme serta pesimis dengan kebangkitan ummah. Tatkala dunia Islam kelam dan zulmat dalam kebangkitan dunia moden, di saat itulah mujaddid Imam Al Banna memain peranan membawa agenda ukhwah Islamiyyah sedunia tanpa sempadan atas nama aqidah dan perjuangan islam yang satu.

Dakwah Ikhwan cukup syumul dan kena dengan konteks waqi semasa. Dalam beberapa tahun permulaan dakwahnya Imam Hassan Al Banna menolak untuk menyertai pilihanraya Mesir. Namun atas nama gerakan dakwah yang dinamik, proaktif serta terbuka dengan ijtihad kontemporari,

Lantaran itu Ikhwan berjuang secara berpelembagaan ( an-Nidhal al-Dusturi) iaitu Ikhwan mencalonkan ahli-ahlinya terlibat dalam sistem pilihanraya untuk mewakili umat dalam kerusi parlimen ( dewan rakyat). Suara-suara dakwah diangkat dalam platform-platform rasmi dan saling bantu membantunya dan mendorongnya menuju kepada kekuatan pelaksanaan. Hal ini dinyatakan dalam Risalah Muktamar Keenam.

Penantian 80 tahun Ikhwan untuk menguasai parlimen adalah suatu tempoh bersabar yang cukup unik. Dalam temph berkenaan jutaan ahlinya ditarbiah dan diasuh dengan persiapa untuk memenangani tampok pemerintahan walaupun perjalanan kemenangan masih jauh.


Ratusan anggota Ikhwanul Muslimin yang dijatuhi hukuman mati merupakan sebahagian dari 545 yang didakwa terbabit pembunuhan seorang polis Mesir. Selain dituduh membunuh mereka turut didakwa merosakkan pejabat polis dan melakukan kekerasan kepada dua anggota polis lain.

PAS sebagai salah satu gerakan islam yang menerima pengaruh Ikhwan memberi respon yang sejajar dengan pandangan gerakan Islam lain seluruh dunia.

Presiden PAS sendiri menyatakan rasa kesal dan ketidakpuashatian pendakwah Islam sedunia apabila menyaksikan kes ini melibatkan perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden walaupun pihak tertuduh begitu ramai. Apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi. Hanya 123 tertuduh sahaja yang hadir semasa mendengar hukuman dijatuhkan.
PAS juga menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai piliharanya dalam sistem demokrasi di Mesir.
Menurut Presiden Dato Seri Abd Hadi juga, badan antarabangsa seperti PBB, Liga Arab dan OIC perlu mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota kesatuan Afrika kerana menceroboh demokrasi dan secara jelas membunuh rakyatnya sendiri.

Barat, Yahudi dan Amerika Syarikat khususnya cukup ‘jaki’ dan melihat kemenangan Ikhwan pada Janari 2012 sebagai petaka bagi permainan politik Barat. Ikhwan Muslimin Mesir, memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum bebas pertama, sekali gus memberikannya peranan besar dan kedudukan kukuh untuk merangka perlembagaan baru. Parti Salafist Nour berada di tempat kedua.

Ikhwan Muslimin diharamkan ketika kepimpinan bekas Presiden Hosni Mubarak muncul pemenang dalam pilihan raya umum Parlimen. Ia memperoleh dua pertiga kerusi. Rentetan kebangkitan Arab Spring, rakyat yang mulai menolak kepimpinan diktator Hosni Mubarak memaksa kerajaan Mesir mengadakan pilihanraya yang adil. Hasilnya gerakan Islam boleh menang jika pilihanraya adil dilaksanakan.

Antara reaksi Barat proksi Yahudi sejurus kemenangan Ikhwan di Mesir dahulu adalah ;
  1. Kemenangan Ikhwan Muslimin turut dilihat Israel sebagai halangan besar untuk mencaturkan geopolitik di Asia Barat .
  2. Salah seorang menteri Israel memberikan amaran, rejim zionis "bersedia berperang".
  3. Presiden Barrack Obama mengutuskan ucapan tahniah tetapi tidak memberi banyak ulasan.
  4. Morsi membuat kenyataan akan menyemak semula Perjanjian Kem David yang ditandatangani Jimmy Carter dan Anwar Sadat pada 1979. Akibat perjanjian itu, Sadat pada 1981 terbunuh manakala kumpulan Ikhwan Muslimin dituduh merancang pembunuhan tersebut dan hal ini menaikkan kemarahan Yahudi sedunia.
  5. "Keputusan ini lebih buruk dari apa yang kita ramalkan," kata Pegawai Kanan Keselamatan Israel seperti yang dipetik dari akhbar harian Yahudi Yedioth Ahronoth.
  6. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran beliau bahawa akan berlaku 'Arab Spring' di Mesir yang ia bakal merebak ke seluruh negara Arab. Lebih buruk lagi bagi Israel kata Netanyahu, ianya akan menjadi 'Iranian Winter' iaitu seperti revolusi Iran tahun 1979, yang memburukkan hubungan Arab-Israel.
  7. Parti-parti Islam mendapat undi percaya rakyat Mesir pada pilihan raya pasca Mubarak berbanding parti yang beraliran liberal dan sekular. Media massa menguatkan propaganda dengan memburuk-burukkan parti-parti pro Islamis kepada golongan Kristian dan masyarakat pertengahan setelah melihat banyak kerusi yang dimenangi pro Islam[


Tindakan melabel Ikhwan sebagai pengganas bukan tindakan baru.

Di zaman Jamal Abdul Naseer gerakan Ikhwan Muslimin dituduh menjadi dalang perancangan membunuhnya, perancangan yang akhirnya didedahkan oleh pengikut-pengikut setianya adalah lakonan semata-mata untuk menaikkan imej beliau di mata rakyat. Sebelumnya Jamal berlakon inginkan Islam, berpura-pura berbaiah dengan Ikhwan untuk menarik sokongan IKhwan menjatuhkan monarki di Mesir.

Ikhwan Muslimin yang diseksa dengan begitu dahsyat, namun tidak segila hari ini apabila 529 sekaligus dijatuhkan hukuman bunuh. Hari ini regim lebih zalim kerana terdesaknya Israel dengan polisi pemerintahan Ikhwan yang menyebabkan Israel ingin mempercepatkan proses kematian Ikhwan.

Di zaman Anwar Sadat yang melaksanakan ‘islamisasi kerajaan’ walaupun peranan Ikhwan Muslimin sangat besar di dalam perang menentang pengganas Israel khususnya perang Ramadhan atau Oktober yang menyaksikan kekalahan teruk tentera Israel di bawah pimpinan Jeneral Sa'duddin Syazzili, tetapi jasa Ikhwan Muslimin dibalas dengan tekanan dan pengharaman Ikhwan Muslimin, semata-mata tidak mahu gerakan ini menggugat kuasa pemerintahan tentera.

Amerika berkokok inginkan perlaksanaan demokrasi seluruh dunia. Hakikatnya sejak empayar British sehinggala ke zaman polis dunia Amerika, mereka hanya menananmkan monarki kediktatoran sahaja dalam dunia Islam.

Para defendan berhak merayu terhadap keputusan zalim berkenaan. Defendan yang dihukum mati itu termasuk defendan yang dikatakan terlibat pembunuhan, provokasi dalam demonstrasi, dan kemusnahan kemudahan awam . Sebahagian besar defendan ditangkap dalam rusuhan di Minya semasa pembubaran dua kem demonstrasi Ikhwanul Muslimin pada 14 Ogos 2013 .

Menurut Mohamed Tousson, hakim terus menjatuhkan hukuman hanya kerana selepas dia marah akibat dicetuskan seorang peguam yang mencadangkan agar hakim itu diganti dalam sesi persidangan pertama. Hukuman mati itu perlu dibatalkan. Persidangan itu ganjil, kerana mahkamah tidak memberikan peluang bagi tertuduh untuk membela diri.

Keganjilan persidangan itu juga diungkapkan peguam para pemimpin Ikhwan iaitu, Nabil Abdel Salam. Menurut Salam ini merupakan persidangan yang paling cepat dan hukuman mati terbesar sepanjang sejarah kehakiman dan persidangan hanya berlangsung beberapa hari saja . Hakim tidak mendengar pendapat peguam dan saksi. Hakim juga tidak memanggil para defendan.

Bumi Mesir pernah menyaksikan bagaimana raja Firaun pernah menjatuhkan hukuman mati kepada ratusan rakyatnya yang mengikuti Syariat Nabi Musa.
Persoalan pokok adalah syariat. Kuasa besar dunia cukup takutkan perlaksanaan syariat atau apa yang dikatakan sebagai keingin melaksana Islam secara kaffah.

Syariatlah yang menjadi sesuatu gerakan Islam itu dicemburi Barat atau direstui Barat.

Malaysia sebuah negara ‘Islam’ yang baru melahirkan kecintaan kepada Rasulullah melalui selawat dan qasidah bersaran-besaran yang disertai perdana Menteri baru-baru ini masih belum mengeluar kenyataan berkenaan kezaliman regim haram Mesir.

Amnesty International telah mengutuk hukuman mati ini dan menyebut bahawa hukuman tersebut tidak masuk akal.

Wakil Pengarah Pertubuhan Amnesty International di Timur Tengah dan Afrika Utara, Hassiba Hadj Sahraoui, berkata jumlah orang yang dijatuhi hukuman mati saat ini melebihi jumlah orang yang dijatuhi hukuman mati di Mesir dalam tempoh tiga tahun. Sahraoui juga menuntut mahkamah Mesir membatalkan keputusan hukuman mati tersebut.

Menteri Luar Negeri Britain, William Hague, menyatakan keprihatinan pemerintah Britain atas keputusan gila Mesir ini.

William Hague juga bersetuju bahawa banyak dari para terdakwa yang diadili dengan tuduhan rawak dan tanpa adanya pembelaan yang memadai terhadap mereka.

Kedengkian regim sekular sedunia masih belum puas selepas melihat Sheikh Hasina pemimpin sekular Bangladesh yang menjatuh hukuman mati kepada pemimpin da uama’ Jamaat islamy Sheikh Abd Qadir Mulla.

Mahkamah Antarabangsa Bangladesh yang diasaskan Sheikh Hasina Wajed telah mendakwa pemimpin Jamaat-El-Islami menjadi tali barut kerajaan Pakistan untuk menjatuhkan negaranya sendiri kerana tidak bersetuju dengan proses pemisahan Pakistan-Bangladesh. Konflik bersejarah itu berlaku selama 9 bulan, iaitu pada 16 Disember 1971 di mana Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan India, bertempur sehingga membawa kepada penubuhan negara Bangladesh.

Sheikh Hasina yang mendokong Parti Awami terpaksa menurut kehendak rakyat yang mahukan penjenayah perang 1971 diambil tindakan walaupun terpaksa mengambing hitam ulama’ yang tidak bersalah kerana itulah manfesto mereka iaitu membela mangsa perang 1971.
Mahkamah telah membuat keputusan As Syahid bersalah dan memutuskan hukuman mati di atas tanggungjawab kejahatan perang 1971. Sedangkan pada bulan Februari 2013, Abdul Kader Mullah dihukum penjara seumur hidup dan tiba-tiba berubah menjadi hukuman mati. Penghakiman berat sebelah ini juga ditegur oleh Amnesty International. Kini dikatakan 40 ribu ahli Jamaat Islami telah ditahan dalam penjara tanpa bicara.

Syariat adalah punca segala penindasan dan penghakiman gila sebegini. Pengikut syariat Nabi Isa pernah dihukum bakar hidu-hidup oleh Raja murtad yang asalnya menganut Injil telah memilih Yahudi yang dibernama Dzu Nuwas.

Begitu juga pembunuhan beramai-ramai Daqyanus kepada pengikut ajaran Injil di Rom Timur dahulu. Pejuang syariat Islam sepanjang zaman baal menerima ancaman, tekanan, hukuman serta siksaan. Bersabarlah para pejuang syariah sekalian.

26 Mac 2014

12.15 malam  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...