Pembaca Setia

Rakan Pembaca

Sunday, September 18, 2016

SIAPA WATAK YANG MEMUSNAHKAN AGENDA ISLAH UMAR ABDUL AZIZ


Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM

Antara agenda utama selepas Umar Abdul Aziz dinobat dan dibaiah sebagai Khalifah Umayyah selepas kewafatan Sulaiman Abdul Malik adalah memecart, menggugur dan menurunkan pemimpin yang ada ‘track record’ korup, bengis, zalim, mudah tumpahkan darah serta tidak meletakkan rakyat sebagai agenda utama.

Antara pemimpin yang menerima takdir ini adalah :
1.Yazid bin Abu Muslim - Gabenor Afrika Utara
2.Muhammad Bin Yusuf- Gabenor Yaman (saudara Hajjaj yang 2x5 sifat bengisnya)
3.Yazid bin Muhallab- Gebenor Iraq
4.Harris Bin Abdul rahman - gabenor Andalusia (Andalus dibuka di zaman Al Walid Khalifah sebelum Sulaiman)

Yazid Bin Muhallab ini tidak mahu menyerahkan harta rampasan penaklukan Tabaristran serta bangun nmemberontak terhadap Umar. Umar berjaya menangkap dan memenjarakan Yazid. 

Yazid menerima keamanan dan tidak disiksa sepanjang dalam tahanan Umar. Hal ini menimbulkan rasa hormat pemberontah seperti Yazid terhadap Umar yang adil. Beliau melarikan diri daripada penjara di saat Umar sakit menahan keracuanan akibat pengkhianatan yang berlaku. Beliau menulis surat kepada Umar meminta maaf terpaksa melarikan dirikerana yakin Yazid Bin Abdul Malik (saudara kepada Walid, Sulaiman, Hisham anak-anak Abdul Malik) akan emmbunuhnya secara sadis.

Hal ini kerana Yazid Al Muhallab menyokong tindakan Sulaiman menyiksa keluarga Hajjaj yang zalim sedangkan Yazid Abdul Malik senada dengan bapa mereka (khalifah berempat) yang sayangkan hajjaj yang zalim itu.


Umar juga melakukan tindakan menaikan golongan ulama sebagai penasihat, pakar rujuk negara. Umar sendiri naik takhta akibat saranan ulama’ soleh bernama Raja’ Bin Haiwah Al Kindi terhadap Sulaiman. Jika tiada Raja’ maka keturunan Abdul Malik lah yang akan meneruskan legasi Sulaiman sedangkan Sulaiman tidak berkehendakkan saudara-saudaranya sendiri.

Antara ulama’ yang dinaik taraf sebagai qadhi dan mufti adalah:
1.Hassan Al Basri di Basrah (tabiin terkenal dan amat alim malah memiliki mazhab fiqh tersendiri)
2.Amir As Sya’bi di Kufah
3.Abu Bakar Abdul Rahman di Madinah
Beliau juga menarik semua elaun, duit keramaian dan harta yang diperolehi selain gaji para pembesar dan qadhi-qadhi tetapi menaikkan gaji Gebenor sehingga 300 dinar di saat itu untuk mengelakkan rasuah!
Umar juga menghentikan peperangan inter-mazhab/firqah serta menggalakkan dakwah terhadap syiah dan khawarij. 
Umar juga tidak memaksa Bahasa Arab menjadi uni-lingua sepertimana pemaksaan di zaman bapa mertuanya Abdul Malik Bin Marwan sekaligus menjadikan kaum ajam berbondong memeluk Islam kerana mudah menggunakan bahasa masing-masing.
Beliau juga menamatkan jizyah bagi muallaf yang sebelumnya dipaksa oleh Khalifah sebelumnya menyebabkan ramai non muslim tertarik memeluk Islam di zamannya. Hebat Umar ini!

Tindakan menzahir kebenaran dan menghilangkan kepalsuan persepsi adalah beliau menukar kalimah mencaci dan menyindir keturunan Saidina Ali kepada bacaan ayat Al Quran surah An Nahl ayat 90 yang mana bacaan itu kekal sehingga kini malah dipraktikkan dalam khutbah di Malaysia/Nusantara. (sebelumnya Empayar Umayyah menutup minda rakyat Syam, melarang diceritakan kisah sebenar  terutamanya hal mengenali kehebatan keluarga Ali menantu Rasulullah sehingga ada kepincangan rakyat Umayyah daripada mengenal sahabat-sahabat Nabi secara lengkap dan adil.)

Antara bidaah hasanah yang dilaksana Umar dalam menaiktaraf ilmu agama serta memudahkan pembelajaran agama adalah:
1.Umar bin Abdul aziz mengirim surat kepada beberapa ulama dan penguasa yang berisi perintah untuk segera menghimpun Hadis-hadis yang masih tersebar di masyarakat. Salah seorang penguasa yang mendapat perintah tersebut adalah Abu Bakar bin Amr bin Hazm (w. 120 H), sebagai gubernur Madinah. Dia diberi tugas untuk mengumpulkan Hadis yang ada pada Amrah binti Abdurrahman bin Sa’ad bin Zurarah bin ‘Adus al-Anshari (20-98 H), seorang murid kepercayaan ‘Aisyah, dan al-Qasim ibn Muhammad ibn Abu Bakar al-Shiddiq (w. 107 H) seorang pemuka tabi’in yang merupakan salah satu dari tujuh fuqaha Madinah. 
2.Memerintah ulama yang dipercaya melakukan tugas yang sama adalah Abu Bakar Muhammad Ibn Muslim ibn Ubaidillah ibn Syihab al-Zuhry (w. 124 H), seorang tabi’in yang ahli dalam bidang fiqih dan Hadis. 
3.Umar Abdul Aziz mewajibkan  negara menanggung nafkah para ulama, para dai, dan para ilmuwan agar mereka dapat beri tumpuan penuh terhadap program ilmiah yang mereka dalami secara terperinci dengan cara penetapan gaji bagi mereka sehingga mereka tidak sibuk menyelesai beban kehidupan.Umar Abdul Aziz memberi 100 dinar dari Baitul Mal bagi orang-orang yang berdakwah.
4.Beliau turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW. Beliau juga meriwayatkan hadis dari sejumlah tabiin lain dan banyak pula ulama hadis yang meriwayatkan hadis daripada beliau.
5.Beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
6.Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam.


Siapa peruntuh agenda Islah selama 2 setengah tahun ini?
Yazid bin Abd Malik atau Yazid II (687-724) ialah khalifah Kerajaan Bani Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 720 sehingga kematiannya pada tahun 724. (4 tahun)
Pemerintahan Yazid diselaputi dengan masalah dalaman dan luaran kerajaan. Pelbagai perang saudara tercetus di bahagian-bahagian yang berbeza dalam kawasan taklukan seperti di Sepanyol, Afrika, dan di timur.
Tatkala naik sahaja beliau habis kesemua polisi amar maruf dan nahi mungkar tinggalan Umar dipugarnya. 
Sebenarnya sebelum meninggal, Umar sempat menulis surat kepada Yazid, “Semoga keselamatan tetap terlimpah padamu. Saya ingatkan, jagalah umat Muhammad sebab engkau akan meninggal dunia. Engkau akan menghadap Zat yang tidak memberikan maaf untukmu.”
Pada masa awal pemerintahannya, Yazid bertindak menuruti polisi Khalifah Umar sebelumnya. Namun hal itu tidak lama. Menurut Imam As-Suyuti dalam Tarikh Al-Khulafa’, polisi itu berlangsung hanya empat puluh hari. Setelah itu terjadi perubahan ke arah negatif.

Yazid bin Muhallab yang melarikan diri dari penjara Umar dulu kemudiannya siap sedia memerangi Yazid Bin Abdul Malik di Iraq tetapi akhirnya tewas. Yazid melakukan biddah yang dicela ramai ulama apabila beliau menagkap semua ahli keluarga Yazid Muhallab dan dijadikan hamba sedangkan syariat Islam adalah ke arah penghapusan sistem hamba.
Yazid dianggap oleh ramai ulama’ sejarah sebagai bejat moral dan asyik dengan percintaan dengan dua hambanya bernama Sallamah dan Hubabah. Akibat kematian hambanya menyebabkan Yazid Abdul Malik menjadi separuh gila dan hanya terperuyk dalam istana. Demikian 4 tahun pemerintahannya yang cuba mengikis ketinggian taraf Umayyah yang dibina oleh Umar sebelumnya.
Yazid menletak adiknya Hisyam sebagai putera Makhkota kerana anaknya masih kecil (umar 15 tahun tatkala kematian Yazid) dan meletak anaknya Walid sebagai putera makhota kedua pula. 
Hisham umpama Umar kedua. Ramai yang tidak tahu sejarahnya secara terperinci sehingga hanya menganggap Umar sahaja khalifah Umayyah yang adil saksama. Hisyam amat berjimat, suka bersedakah dan memiliki sikap ‘transparency’ yang tinggi dalam audit negara. Rekod kewangan zamannya paling teratur dan telus. Hisham memerintah lama sekitar 20 tahun. Pernah menghukum anaknya agar jangan berkenderaan hanya kerana anaknya meninggalkan solat jumaat. Beliau juga membawa 40 orang saksi yang adil tatkala beliau ingin memasukkan wang ke dalam Baitul Mal. Inilah Umar Abd Aziz yang kedua. Namun begitu bezanya adalah Hisyam tetap bersifat assobiyah klerana hanya inginkan anaknya sebagai pewaris seumpama sikap abangnya dulu.
Siapa pula peruntuh selepas itu? Ya Walid bin Yazid kembali membuat onar selepas wafatnya Hisyam bapa saudaranya itu. Walid telah hidup dengan alkohol, bermaksiat dengan wanita secara terang-terangan dan menyiksa anak-anak Hisyam sepupunya sendiri! Malah At Tabari mencatat beliau  disyaki bersetubuh dengan para ibu tirinya!


Khalifah Walid ditentang oleh rakyat yang berbaiah dengan sepupunya yazid bin Al Walid bin Abdul Malik (anak Khalifah pertama keturunan Abdul Malik) segera melarikan diri ke kediamannya. Namun sepuluh orang di antara pasukan musuh berhasil menemukan persembunyiannya. Ketika dikepung beliau mengungkit, "Bukankah aku telah memberikan hadiah kepada kalian? Bukankah aku telah meringankan beban kalian yang berat? Bukankah aku telah memberi makan orang-orang fakir di antara kalian?"


Mereka yang mengepungnya menjawab, "Kami tidak membencimu dari diri kami sendiri. Kami mengepungmu kerana engkau terlalu banyak melanggar batasan-batasan aturan Allah. Engkau minum minuman keras, menikahi isteri ayahmu dan memperlekeh  perintah Allah."

Ia meninggal pada usia 40 tahun, dan kepalanya dipancung. Ia memerintah selama satu tahun dua bulan 22 hari. Penyokong Khalifah baru menggantungnya di dalam istananya sendiri.

Demikianlah kisah keadilan dan kezaliman yang pasang surut dalam pemerintahan Islam. Hal ini juga sama dengan mana-mana Empayar bukan Islam. Kecenderungan untuk kekal ego dan semangat assobioyah kekeluargaan menyebabkan yang mewarisi takhta tidak ingin dilihat sama seperti sebelumnya menyebabkan kezaliman dan kefasikan tidak menjadi perkara pelik bagi mereka.

Rujukan :
1.Prof Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam, 2007 Pustaka Darussalam
2.Prof. Dr. Ahmad Syalaby, Sejarah dan Kebudayaan Islam, 1976, Pustaka Nasional (Jilid 2)
3.https://www.academia.edu/16153031/UMAR_BIN_ABDUL_AZIZ_DAN_SEMANGAT_PENULISAN_HADIS?auto=download 
4.http://khazanah.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/11/04/23/lk38tp-daulah-umayyah-yazid-bin-abdul-malik-720724-m-menderita-tekanan-batin 
5.http://www.lampuislam.org/2013/09/kisah-walid-bin-yazid-raja-dzalim-yang.html 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...