Perancis Langgar Mali,
Kerana Pengganas atau Laba?
Muhammad Nuruddin Bashah
Di saat Malaysia bergelut
menangani isu penceroboh daripada Selatan Filipina di Lahat Datu Sabah, dunia
Asia Tengah dan Eropah pula sedang memerhatikan isu ‘keganasan’ di Mali yang
dikatakan sebagai lubuk pengganas. Barat boleh melabel sesiapa sahaja sebagai
paksi pengganas. Daripada Afghanistan. Pakistan, Iraq sehinggalah Korea utara
mereka sewenang-wenangnya mendappat pangkat ‘proksi atau pusat pengganas
antarabangsa’. Walaupun begitu warga antarabangsa sedar kepura-puraan dan
tuduhan tanpa asas Amerika da Barat itu tambah-tambah apabila ada unsur berat
sebelah Amerika terhadap isu perlancaranroket oleh KoreaUtara barui baru ini
berbanding dengan Iraq dan Afghanistan yang jelas tiada bukti memiliki WMD
(Weapon Mass Destructive)
Menurut sumber AFP, pada 21 januari 2013 yang lalu, Pasukan
Perancis dengan kerjasama kerajaan Mali, mulai memasuki kota Diabaly yang
menjadi sasaran serangan udara dan pertempuran sejak dikuasai pasukan yang
digelar ‘pemberontak Islam’ sebulan yang lalu.
Sepertimana Somalia,
kebangkitan pemberontak bukan disebabkan isu politik tetapi disebabkan pihak
Barat tidak selesa dengan kebangkitan majlis Ulama’ Somalia yang mulai diterima
rakyat. Di sini Mali walaupun sebuah negara miskin tetapi pernah ditadbir oleh
Empayar Islam dan berlawanan dengan Etopia yang dikuasai Kristian.
Konvoi sekitar 30
kendaraan lapis keluli yang membawa 200
tentara Perancis dan Mali masuk ke Diabaly pukul 9.00 GMT atau pukul 16.00 WIB
tanpa mendapatkan perlawanan bererti.
Sebelum pasukan darat
kedua negara ini memasuki Diabaly, militer Perancis terus melakukan serangan
udara dengan menggunakan jet dan helikopter tempur.
Mudah sahaja tindakan
ketenteraan Perancis ini dikaitkan dengan laba dunia kerana bumi Mali memang
kaya dengan Uranium dan emas. Kumpulan nuklear Perancis, berkata baru baru ini
bahawa mereka telah meningkatkan tahap
keselamatan ke atas operasi perlombongan uranium di Niger[1].
Syarikat tenaga Perancis,
AREVA, telah lama mengetahui kewujudan sumber uranium di wilayah Mali di mana
syarikat tersebut telah mengekstrak sumber tenaga di sana selama beberapa dekad[2].
Bukan sahaja Perancis
malah majoriti negara Afrika mulai risau jika konflik ini memberi manfaat
kepada kelompok ‘pemberontak’.
Chad telah menghantar
2.000 tentera dan akan bekerja sama dengan tentara Mali dan pasukan Afrika
Barat di sana.
Nigeria pula sebelum
itu menjanjikan 900 tentaranya. Niger, Burkina
Faso, Togo, Senegal, Guinea dan Ghana juga membantu kerajaan Mali manakala PBB telah merestui pasukan multinasional
dengan kekuatan 3300 askar. Fakta ini menggambarkan betapa konflik ini
bersignifikan besar kepada negara jiran Mali dan masyarakat antarabangsa[3].
Bagaimana isu ini bermula?
Kumpulan tempatan yang
dikenali sebagai puak Tuareg dituduh mempunyai hubungan secara tidak langsung
dengan kumpulan al-Qaeda. Puak Tuareg merupakan salah satu puak Arab barbar
yang memiliki taburan populasi luas antaranya di Mauritania, Maghribi, Senegal
dan Sahara Barat. Puak Tuareg ingin menuntut kemerdekaan di negara tersebut
setelah kematian Muammar Gaddafi[4].
Pada 17 Januari 2013, Presiden
Mali Amadou Toumani Touré digulingkan melalui kudeta. Azawad National Liberation Movement MNLA dan Ansar Dine mengambil alih
seluruh wilayah Mali Utara. Ansar Dine, AQIM dan MOJWA mengambil alih seluruh
kota di Mali Utara.
Siapa kumpulan yang digelar pengganas tersebut? Terdapat
beberapa kumpulan terlibat dengan tujuan pelbagai sepertimana di Somalia. Azawad
National Liberation Movement (MNLa) yang menginginkan kemerdekaan tanah
air. Mereka berbeza tujuan dengan
kelompok Islam Ansar ad-Din yang kini mulai bekerjasama dengan Mujahidin AQIM. Antara
kumpulan militan yang didakwa aktif beroperasi di rantau tersebut adalah
Al-Qaeda Islamic Maghribi (Aqim), Pergerakan Individu dan Jihad di Afrika Barat
(Mujao), Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Azawad (MNLA), Boko Haram dan Anshar
Ad-Din yang dipimpin Iyad ag Ghali (dari puak Tuareg mewakili kumpulan
tempatan).
Ansar ad-Din ingin menerapkan hukum Syariah di wilayah Mali
utara dan mereka berhasil mengambil keuntungan atas konflik yang terjadi di
Mali.
Ansar ad-Din dipimpin oleh Iyad Ag Ghaly, yang memainkan
peranan penting dalam dua pemberontakan
sebelumnya di Tuareg pada tahun 1990 dan 2007.
Tujuan mereka untuk menegakkan Islam dan menjauhkan diri dari nasionalisme dan telah
mengembangkan hubungan dengan AQIM[5].
Sejak 17 Januari 2012, kelompok di atas melancarkan kempennya terhadap pemerintah Mali untuk meraih
kemerdekaan atau autonomi lebih luas bagi Mali utara, sebuah wilayah yang
dikenal dengan nama Azawad. Gerakan Nasional untuk Pembebasan Azawad (MNLA),
organisasi yang berjuang menjadikan Azawad tanah air bagi suku Tuareg, berhasil
mengambil alih kawasan tersebut pada April 2012. MNLA awalnya dibantu oleh
kelompok Islam Ansar Dine. Setelah militan kerajaan Mali diusir dari Azawad, Ansar Dine
mulai melaksanakan hukum syariah secara ketat. Sejak itu, MNLA terus
bertentangan dan bertempur melawan Ansar Dine dan kelompok Islamik lain bernama
Gerakan Persatuan dan Jihad di Afrika Barat (MOJWA), pecahan dari Al-Qaeda di
Maghreb Islam[6].
Setelah berakhirnya pertempuran dengan Angkatan Darat Mali,
MNLA dan Islamis terus menyatukan visi mereka yang saling bertentangan untuk
negara baru tersebut.
Perancis mengambil
kesempatan untuk menghantar 4 000 - 5 000 pasukan tenteranya ke negara Afrika
Barat tersebut. Campur tangan tentera Barat itu kononnya bertujuan untuk membebaskan
negara tersebut dari cengkaman militan. Rata-rata media percaya konflik ini dirancang
secara sulit oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan di kawasan tersebut.
Sebagaimana yang sudah
dijangka, keadaan persekitaran di Mali menjadi semakin tegang apabila Perancis
masuk campur urusan negara tersebut dengan bertindak mengebom sepanjang
perbatasan Algeria, negara yang berjiran dengan Mali yang didakwa kubu kumpulan
puak Tuareg[7].
Perancis, selaku negara
bekas penjajah Mali pada 22 September 1960, mengambil tindakan campur tangan
dengan 'keizinan' Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di bawah pengawasan
kelompok negara Afrika Barat (ECOWAS).
Alasan untuk menghapuskan Al-Qaeda diguna-pakai untuk
menyerang sebuah negara berdaulat. Kerapkali
ianya digunakan, bagaikan kata-kata
keramat. Walaupun Osama Laden didakwa
telah berjaya dibunuh, Amerika dan sekutu masih memerlukan banyak lagi alasan
untuk menjustifikasikan mereka memerangi Islam. Jika Islam menguasai tapak
laba, emas, minyak mereka, pasti mereka mengamuk bagaimana harimau tertembak.
Seperti Amerika Syarikat yang menyerang Iraq tidak berapa
lama dahulu, Perancis kini mengambil
tindakan yang sama, membelakangi Bangsa-Bangsa Bersatu, malah membelakangi
Parlimen Negaranya, tergesa-gesa menceroboh Mali, atas alasan untuk menghalang
daripada Undang-Undang Syariah Islam ditegakkan di negara tersebut. Perancis yang satu ketika dahulu pernah
mengkritik keras Amerika Syarikat kerana menyerang Iraq, kini mengikut
telunjuk, Negara Pembuli Nombor Satu Dunia[8]!
Kini Kementerian Pertahanan Perancis telah mengirim 1.400
tentara ke Mali malah ia ditingkatkan hingga 2.500 orang[9].
Menurut International Research Islamic Study, Amerika telah bersumpah akan terus mencegah ‘pengganas’ mengamankan wilayah yang membuat musuh Amerika
(pengganas) mampu merencanakan,
mengatur, melatih, dan menyiapkan operasi mereka. Dan pada akhirnya, Amerika akan menghapus sama sekali tempat perlindungan
tersebut.”
Itulah sumpah yang
dilontarkan AS sebagaimana termuat dalam Strategi Nasional dalam Memerangi
Terorisme tahun 2006. Dan sumpah itu dibuktikan dimulai dengan serangan
terhadap Somalia pada awal tahun 2007
dengan tujuan memusnahkan jihad di sana. Mereka risau Somalia menjadi ‘safe
haven’ baru bagi Al Qaeda dan kelompok jihad lain yang nantinya akan mengancam
Barat dan kepentingannya. Ramalan mereka, Al Qaeda akan memindahkan jihadnya ke
Afrika selepas gagal di Afghan dan Pakistan[10].
Ada satu pandangan yang
menarik telah penulis perolehi. Pandangan yang mengatakan al Qaeda sebenarnya hanyalah
'phantom of the opera' dalam panggung
permainan konspirator dunia. Ia tidak pernah wujud.
Apabila Perancis serang Maliia mengingatkan kita dengan Treatise of
Tordesillas 1494. Di mana dunia baharu dibahagikan kepada 2 kuasa iaitu
Spanyol dan Portugis. Sebarang penjajahan Sepanyol tidak akan diganggu Portugis
dan begitulah sebaliknya juga.
Tindakan Perancis ini
bukan yang pertama. Beberapa tahun lepas, Perancis menyerang Chad atas alasan yang sama. Hal ini
kelihatan Amerika dan Perancis mengambil tindakan menyekat penguasaan mana-mana gerakan
Islam mengikut pembahagian kawasan-kawasan yang tertentu seumpama dalam perjanjian Treatise of
Tordesillas. Logiknya pandangan ini apabila Amerika memasuki Iraq, Afghan, Perancis mendiam diri malah mengkritik pula. Kini apabila Perancis menjarah Chad dan Mali, Amerika
membisu.
Dalam satu tulisan Assed
Baig bertajuk The Conflict in Mali Has Nothing to Do With Fighting
Terrorists beliau menyatakan negara Barat dan bekas kuasa penjajah, telah
terlibat dalam lagi konflik lain dengan sebuah negara Afrika, pengeboman dari
udara dan menyerang dari tanah. Perancis
sedang berjuang di Mali untuk menghalang
pemberontak Islam pemberontak yang
pelampau, pengganas dan fanatik.
Menurut tulisan itu yang
pernah disiar dalam Huffington Post pada 21 January 2013, sekali lagi, seperti di
Afghanistan, kami (Assed Baig) sedang
diberitahu bahawa peperangan ini sedang berjuang atas sebab-sebab ideologi. Idea
bahawa Perancis telah pergi ke Mali untuk memerangi pelampau adalah satu mitos untuk
menghapuskan kebangkitan Islam sama sekali.
Bagaimana Islam hadir di
Mali?
Islam telah lama berakar
di Mali. Sejak tahun 700 M hingga
seterusnya emas dan garam menjadi barang dagangan di situ, dan perlahan-lahan Islam mulai berakar pada
masyarakat Sahel di Afrika Barat.
Seorang tokoh yang bernama
Sundiata Keita mendirikan Empayar Mali dan berperanan penting untuk penduduk
Muslim di Afrika Barat pada tahun 1230an. Beliau bergelar "Mansa", istilah
lain untuk Mandinka yang bermaksud Raja[11].
Dalam aspek materialisme,
alasan sumber kekayaan adalah antara sebab Perancis bersungguh untuk membantu penguasa Mali. Mali adalah kaya
dengan sumber, uranium dan emas. Ia adalah kerajaan Afrika telah dikenali kerana
rizab emas dan kini minyak dan
penerokaan uranium.
Jatuhnya lombong-lombong
emas dan uranium kepada mujahidin tidak dapat diterima oleh barat terutama
Perancis. Pemberontak dikaitkan dengan stigma tidak tahu berurusniaga. Hanya Barat
tahu menggunakan wang[12].
Kini, Mali dikenali
sebagai salah satu negara termiskin di dunia. Daya hidup dan tahap celik huruf di negara itu sangat rendah. Konflik
juga kerap melanda negeri ini.
Di saat di bawah naungan
kesultanan Islam, Mali pernah menjadi contoh sebuah negeri yang berjaya, yang dicemburui
jiran-jirannya. Negara itu benar-benar merupakan lombong dan lubuk emas di
padang gurun.
Emas dan kekayaan bumi
Mali terletak di kaki
Selatan Gurun Saharadan walaupun tidak memiliki tanah subur, negara itu
memiliki sumber daya alam yang berharga yang lebih dari cukup. Lombong emas dan garam menjadi pusat ekonomi Mali
selama ratusan tahun.
Boleh jadi kerana emas dan
kekayaan Perancis ingin pertahankan Mali dan kekayaan milik syarikat-syarikat
Barat. Dalam masa yang sama Barat amat paranoid dengan sebarang aktiviti
pertahanan dalam negara Islam dan kesemua kelompok pertahanan ini akan dilebal
sebagai pemberontak dan pengganas. Walaubagaimanapun kelompok Islam yang
menggunakan senjata untuk melebarkan pengaruh dalam suasana yang tidak dharuri
seperti Mali penah ditegur oleh Dr Fathi Yakan dalam bukunya Golongan
Yang Tercicir di Jalan Dakwah.
Benua Afrika akan menjadi lubuk pergelutan
Barat selepas Asia Tengah. Dr. Knocks Tapiwa Zengeni, dalam kertas kerjanya
yang bertajuk "Sino-African Concerns: Emerging Concerns and Dynamics"
yang telah dibentangkan di The Fourth International Conference on International
Studies (ICIS 2012), Kuala Lumpur menyebut bahawa benua Afrika yang diketahui
kaya dengan pelbagai sumber galian, mineral dan ekonomi kini sedang menjadi
'emerging battleground' di antara dua buah negara kuasa besar dunia iaitu China
dan Amerika Syarikat.
Sehingga hari ini, China
merupakan negara pedagang utama di Afrika. Dagangan luar China dengan
negara-negara di benua tersebut dikatakan telah meningkat lebih 16 kali ganda
antara tahun 2000 hingga 2011. Hal ini amat menggusarkan kelompok kapitalis
Barat terutama proksi NATO yang dikuasai Amerika-Israel.
[7] sekumpulan askar Mali yang berpaling tadah menggelar diri mereka sebagai
Jawatankuasa Kebangsaan bagi Penubuhan Demokrasi (CNRDR) pula merampas kuasa
daripada Presiden Amadou Toumani Toure dan turut menggantung Perlembagaan
negara tersebut. Ansar Dine di bawah
pimpinan Iyad ag Ghali dari puak pemisah Tuareg turut mengambil
kesempatan daripada ketidakstabilan politik di negara itu dan berjaya menawan
beberapa bandar termasuk Timbuktu daripada kawalan tentera kerajaan.
No comments:
Post a Comment