Pembaca Setia

Rakan Pembaca

Tuesday, October 15, 2013

Permusuhan Barat Terhadap Kelompok Islam Tiada Tanda Waqaf


Permusuhan Barat Terhadap Kelompok Islam Tiada Tanda Waqaf
Muhammad Nuruddin Bashah
Ulasan berkaitan perancangan musuh Islam terhadap umat islam cukup kerapkali diungkap malah begitu mudah ditemui bahan bacaannya baik dalam media buku cetak mahupun dalam talian.
Sebenarnya tulisan-tulisan ini bukan cuba menabur benih permusuhan tanpa kunjung padam, sebaliknya tulisan-tulisan dan wacana berkaitan strategi musuh umat Islam terhadap Islam dan ummahnya adalah suatu keperluan kerana terlalu banyak perkara zaman serba global ini yang melalaikan kita daripada fokus mempertahankan Islam.
Lantas kita akan leka, lalai dan kadang kala menari mengikut rentak musuh Islam dalam berfikir, mengeluar pandangan, membuat polisi atau cara kita mengurus negara, tempat kerja dan keluarga kita.
Lihat sahaja beberapa pemimpin umat Islam membuat kenyataan media berkenaan isu Mesir dengan menganggap Morsi sebagai pengganas, tidak layak memimpin kerana tiada lagi mandat malah dinasiat pula berundur demi keamanan rakyat Mesir walaupun hampir 80 peratus rakyat Mesir menolak sikap biadab tentera kali ini. Inilah pandang sarwa pemimpin sekular.

Sejak bermula era kolonialisasi ke atas umat Islam, fahaman pemisahan antara agama dan politik menjadi semakin jelas kedengaran khususnya dari para pimpinan tempatan yang terdidik dengan doktrin politik Barat. Muhammad Asad (1980) di dalam karya nya yang berjudul The Principles of States and Government in Islam mengutarakan tesis bahawa pemikiran umat Islam semakin condong kepada sekularisme dengan mengagungkan pemikiran-pemikiran politik yang terhasil akibat kekaguman kepada kebolehan penaakulan akal.
Istilah ‘barat’ telah dipilih penulis untuk mewakili suatu entiti ‘ahzab’ yang besar di mana entiti inilah yang sejak terbinanya sejak zaman Muktah peperangan tentera Rasulullah dengan tentera Rom Byzentium yang mewakili dunia Barat dan Eropah ketika itu.
Bukanlah bermaksud umat islam paranoid dengan ‘jihah’ atau arah barat. Malah puluhan ribu umat Islam belajar mengaut ilmu dan pelajara di negara Barat. Sebaliknya sesuai dengan ungkapan Yahudi-Barat sendiri apabila menggunakan kalimah ‘west burden’ semasa operasi penjajahan umat Islam menunjukkan mereka sendiri menggelar diri mereka sebagai dunia barat. Bererti barat memusuhi Islam.


Berfikir dan meneliti perancangan musuh islam adalah latihan minda wajib umat Islam. Kita perlu acakali merenung dan menghayati fakta-fakta, isu-isu umat isla sedunia dengan insaf dan berazam untuk memperthankan Islam sedaya mampu. Lantaran itu penulis kerap memilih ‘maudhuk’ ini sebagai metri penulisan dan pembentangan kertas kerja dan sebagainya.
Lihat sahaja bagaimana isu TTPA yang sebegitu mudah ditangani oleh pemipin negara Islam tetapi gagal ditangani dengan bijak malah menimbulkan kesangsian rakyat kerana adaya hidden agenda dan hidden agreement. TTPA dan globalisasi akan berjaya kerana minda kita yang mengganggap suaka politik Baratlah yang mampu mengekalkan ‘survival’ negara umat Islam. Hanya dengan bergantung dengan agenda TTPA sahajalah umat Islam mampu bangun. Inilah kurafat moden.
Sebagaimana ungkapan Syed Hussein Alatas sebagai “The Concept Of Captive Mind” ataupun konsep minda yang terjajah. Melalui konsep ini, Syed Hussein menganalisis bahawa walaupun selepas British tiada , masih terdapat pemimpin atau anak watan yang bersifat seperti British. Samada dari segi perwatakan, gaya hidup mahupun pemikiran. Natijahnya wujud golongan kapitalis tempatan yang terdiri dari anak watan yang menindas rakyat marhaen demi keuntungan. Mereka inilah ‘connector’ atau hab yang menyatukan kapitalisme antarabangsa untuk menembusi pertahanan ekonomi anak watan.
Eugene V. Rostow1, Pengarah Bahagian Perancangan Kementerian Luar Amerika Syarikat pernah berkata, “ kita mesti tahu bahawa percanggahan antara kita dengan bangsa Arab bukanlah percanggahan antara negara dengan negara atau bangsa dengan bangsa. Tetapi ia adalah percanggahan antara Islam dengan Kristian sejak kurun pertengahan lagi. Ia akan beterusan sehingga kini (tahun 1960an ketika ungkapan ini dikeluarkan).
Peterson Smith pernah menulis , “perang salib telah gagal tetapi selepas itu satu peristiwa penting berlaku di mana angkatan tentera British dalam siri Perang Salib ke-8 telah berjaya kali ini. Dalam kancah peperangan dunia pertama, Allenby telah mengirim tentera Salib ke-8 dan terakhir ke Baitul Maqdis”.
Menteri Luar Britain pernah mengucapkan tahniah kepada Edmund Allenby dalam Parlimen atas kejayaan menawan Palestin2.
Lihat juga bagaimana Jeneral Perancis Henri Joseph Eugène Gouraud mengalahkan tentera Islam di Mislun iaitu kawasan luar Damsyik. Beliau segera ke kubur Salahuddin Al Ayubi serta menendang kubur itu dan berkata, “ Wahai Salahuddin ini kami kami datang semula ke sini, Salib telah mengalahkan bulan sabit!”.
Gouraud adalah dalam perintah tentera Perancis yang berpindah ke Syria berdasarkan mandat Liga Bangsa yang meletakkan wilayah-wilayah Empayar Uthmaniyyah di bawah kawalan Bersekutu. Salahuddin adalah umum Islam yang telah mengalahkan tentera salib di pertempuran Horns Hattin yang membawa kepada kemusnahan akhir kerajaan Kristian yang diketuai oleh bangsa Frank (kini Perancis) di Jerusalem.


Pendek kata Gouround telah mengatakan mereka telah mengalahkan Empayar Uthmaniyyah dan berjaya menduduki Syria dan Tanah Suci umat Islam telah dikalahkan3.
Misiu Bideou Menteri Luar Perancis pernah mengungkap ‘Sebenarnya pertempuran di sana (Marokko) adalah pertempuran antara bulan dan salib!” semasa mengulas isu serangan di Marokko.
Akhbar Maaref (Israel) melaporkan bahawa Barat dan Israel sedang bersorak gembira dengan kejayaan Abdul Fattah As Sisi menggulingkan kerajaan islam Mesir. Kata wartawan “ Pahlawan kita telah menafikan kerajaan daripada dikuasai oleh kumpulan gerakan Islam yang telah banyak membantu kita walaupun kita tidak peru ke Mesir untuk membunuh umat islam di sana”.
Lihat contoh Islamofobia atau auratfobia yang dicetus musuh Islam. Menteri Pembangunan Wanita Maghribi, Bassima Hakkoui telah menjadi sasaran media kerana tampil menutup aurat kerana ianya janggal sejak Maghribi (Morokko) merdeka daripada tangan Perancis dan sepanyol tahun 1956. Inilah contoh senario yang dicipta anak didik penjajah yang dimaksudkan penulis di atas.
Al Akhbar iaitu media Algeria melaporkan bahawa pihak agensi pekerjaan di Algeria cenderung menerima calon kerja yang tidak menutup aurat. Malah didapati banyak majikan di Algeria tidak membenarkan solat dan tidak disediakan kawasan solat. Menurut Al Akhbar tindakan majikan tersebut tidak menyalahi akta pekerjaan di Algeria. Kini, sekitar 50 peratus muslimah Algeria menutup aurat walaupun negara itu pernah menajdi sebahagian Tamadun Islam suatu ketika dahulu.
Di Iceland, Setiausaha Agong Majlis Tertinggi Islam Iceland sedang bertarung untuk membantah larangan menutup aurat di khalayak ramai di negara itu. Mahkamah wiliayah Borgarnes mewartakan undang -undang ini dan sebeum ini larangan memakai hijab di pejabat kerajaan teah diadakan.
Tidak perlu memandang jauh di Jawa Barat Cirebon, sekolah Geeta International School telah mengadakan larangan pelajar Islam menutup aurat. Hal ini ditentang keras oleh geraan islam Indonesia.
Musuh Islam akan berbuat apa sahaja termasuk kepada kaum mereka sendiri misalnya kes Rachel Corie ang digilis jentolak Yahudi sebelum ini.
Israel hari ini mengeluar arahan untuk menghalang Penyair Jerman iaitu Gunter Grass daripada memasuki negara itu kerana Grass pernah mencipta sajak yang menghentam kezaliman israel yang menyokong konflik di Mesir. Pemilik Anugerah Nobel Keamanan itu telah mengarang puisi bertajuk Why Must Be Sad yang menceritakan kekejaman Israel. Grass telah dilabelkan sebagai’Nazi’ oleh Isreal.
Kini EU dan Britain menjadi juara keamanan apabila menyekat penjualan senjata kepada kerajaan Junta Mesir berbanding Amerika yang mendiam diri tanda setuju dengan tindakan As Sisi.
Yahudi sanggup menghantar sesiapa sahaja menyamar untuk menghancurkan Islam. Lihat Bagaimana Sultan Nuruddin Mahmud Az Zangki menangkap dua pemuda kafir yang menyamar sebagai tetemau baitulah yang ruanya hadir untuk mencuri jasad Rasulullah.

Kita juga ketahui Snouck Hurgoranje iaitu orientalis barat pernah menyamar sebagai Islam, menikah dengan anak Kiyai semata-mata mebuat kajian berkenaan islam di Indonesia. enam foto yang menarik perhatian. 6 foto diperolehi oleh Snouck Hurgronje secara rahsia dengan kamera kecil pada abad ke-19. Foto itu disiar dalam buku Durkje van der Wal, Christiaan Snouck Hurgronje, The First Western Photographer in Mecca, 1884-1885. Buku foto ini merupakan sebahagian daripada siri 'Rijksmuseum Studies in Photography'4.
Kita juga tahu Mustafa kamal At Tarturk adalah anak kelahiran yahudi Donamah yang secara terang-terangan mengaku keturunan beliau dalam beberapa media di London.
Kini dua petualang di Mesir pula tersingkap sejarah kejahatan mereka. Hamid Sidqi seorang pendakwaraya menfaikan dakwaan bernombor 67434 di bawah Akta 67 terhadap Jeneral As Sisi yang dikatakan beribu seorang Yahudi Maghribi yang memasuki Mesir pada tahun 1958 manakala Ibu Adly Mansour pula adalah warganegara Amerika yang sah. Kini Mahkamah Perlembagaan Mesir sedang sibuk untuk menangkis dakwaan ini. Jelas jika benar mereka bukan berketurunan warganegara Mesir kerakyatan mereka juga akan terlucut.
Perancangan dan aksi membenamkan islam tidak akan kunjung padam, tiada waqaf sehinggalah hari pembalasan.
Dan mereka (orang-orang kafir itu) tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) memalingkan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. (Al- Baqarah 217)
Muhammad Nuruddin Bashah

1 Eugene V. (Victor Debs) Rostow (Ogos 25, 1913 - November 25, 2002), sarjana undang-undang dan penjawat awam, Dekan Yale Law School, dan berkhidmat sebagai Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik di bawah Presiden Lyndon B. Johnson . Rostow dilahirkan pada 25 Ogos 1913 di Brooklyn, New York, seorang cucu pendatang miskin Yahudi dari Empayar Rusia, dan dibesarkan di Irvington, New Jersey, dan New Haven, Connecticut. Kedua ibu bapanya adalah sosialis aktif.



2 Edmund Allenby adalah salah satu daripada komander Britain paling berjaya semasa Perang Dunia I. Dilahirkan pada tahun 1861, mendapat pendidikan yang istimewa sebelum menyertai Dragoons Inniskilling, dan berkhidmat dengan cemerlang di Afrika Selatan (1884-1888) dan dalam Perang Boer (1889-1901). Menjelang Disember, 1917 (Pasca Perang Dunia I) Allenby telah ke Mesir dan menawan Jerusalem. Sebagai penakluk Kristian pertama Kota Suci sejak Perang Salib, Allenby mengarahkan tenteranya untuk dismount sebagai tanda hormat apabila mereka memasuki bandar. http://www.pbs.org/lawrenceofarabia/players/allenby.html
3 Selepas perang Dunia I , Gouraud berkhidmat 1919-1923 sebagai wakil Kerajaan Perancis di Timur Tengah dan komander Tentera Darat Perancis Levant. Sebagai komander tentera Perancis semasa perang Franco-Turki, beliau mempengerusikan Kuasa Perancis di Syria dan Lubnan. Berikutan pelaksanaan Perjanjian Sykes-Picot 1916 , yang membahagikan sisa-sisa Empayar Uthmaniyyah antara Perancis dan Britain, Gouraud adalah komander tentera dihantar untuk menguatkuasakan Bahagian Perancis.
Antara 20 Januari dan 10 Feb 1920 tentera Gouraud ini telah bergerak ke utara untuk menyokong pasukan dalam Perang Perancis-Turki. Gouraud membawa kuasa-kuasa Perancis yang dihancurkan monarki King Faisal ke dalam Pertempuran Maysalun pada 23 Julai 1920, dan berjaya menduduki Damsyik, mengalahkan tentera Revolusi Syria dan menubuhkan Mandat Perancis Syria.
Beliau diingatkan di Levant itulah yang menggambarkan beliau sebagai lambang kejayaan Barat di Timur Tengah.

4 Snouck adalah rakan rapat orientalis terkenal, Ignac Goldziher (1850-1921). Goldziher adalah keturunan Yahudi Hungary yang juga belajar di Leiden. Pada 1873 Goldziher diberi biasiswa oleh kerajaan Hungary untuk melakukan perjalanan melalui Syam (sekarang Palestin, Syria, Lubnan dan Jordan) dan Mesir. Hal ini telah menjadikan Goldziher sebagai non-Muslim pertama yang mempelajari Islam di Al-Azhar Kaherah. Goldziher akhirnya menulis sebuah buku tentang pengalamannya yang membuat dirinya seorang orientalis terkenal. Keadaan ini membuat Snouck bercita-cita untuk mencapai kedudukan yang sama dalam bidang orientalisme. Pada 1884 ia mendapat kesempatan. Konsul Belanda di Jeddah, Arab Saudi (pada waktu itu masih sebahagian daripada Empayar Uthmaniyah) menetapkan biasiswa bernilai 1,500 gulden untuk Snouck melalui Kerajaan Belanda. Dengan wang ini, Snouck boleh melakukan perjalanan ke Makkah.melakukan perjalanan ke Makkah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...