Pembaca Setia

Rakan Pembaca

Tuesday, November 19, 2013

Nota Talaqqi- Idhahul Bab (Munakahat) karangan Sheikh Daud Al Fatani mukasurat : 8

Nota Talaqqi
Tarikh Kuliah : 16 Nov 2013
Tempat : Masjid Abdullah Fahim Bertam.
Kitab : Idhahul Bab (Munakahat) karangan Sheikh Daud Al Fatani
mukasurat : 8

Bermula memperkenankan ia (jemputan kenduri kahwin) itu fardhu ainjika tiada redha yang menyeru itu uzur. (Dan kata) qil pula sunat jua.

Dan hanya wajib memperkenan itu dengan beberapa syarat

Setengahnya jangan ditentukan yang kaya jua (sebagai hadirin)

Dan jangan ada di sana pekerjaan yang mungkar dan melainkan jika dapat menghilangkannya maka wajib hadir ia.

Maka setengah perkara mungkar itu

1) hamparan sutera

2) rupa binatang di tabir, dinding melainkan dipotong kepala atau rupa pohon kayu.

Tiada gugur keaajipan hadir jika puasa.

Harus hukumnya mengambil makanan yang dihidangkan walaupun tanpa lafaz izin makan dan jangan tasarruf (melampau) melainkan makanan sendiri.

Harus mengambil akan barang yang dketahui redhanya.

Harus menebar dirham dan dinar dan harus mengambilnya (bermain-main) tetapi jika meninggalkannya lebih aula.

Masalah, wajib atas tiap-tiap orang yang berkahwin mengajar isterinya bab haid, sembahyang, puasa dan aqidah ahli sunnah al jamaah.

Muhammad Nuruddin Bashah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...