Pembaca Setia

Rakan Pembaca

Saturday, November 30, 2013

Israel Makin Biadab; Marah Iran, Pukul Palestin


Israel Makin Biadab; Marah Iran, Pukul Palestin
Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan) UM
Kebiadaban negara bangsa yang bernama Israel telah terkenal lama. Antaranya menurut laman sindonews.coms, sepanjang tahun 2012 sahaja , Israel secara terang-terangan telah 3.400 kali melanggar resolusi Majlis Keamanan PBB bernombor 1701. Negara samseng ini melakukan kesalahan paling terkenal iaitu menceroboh wilayah kedaulatan Lubnan oleh pesawat dan drone (pesawat tanpa juruterbang)1.
(tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. mereka suka merobah Perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) Senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), Maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al Maidah 5: 13)
Kini Tel Aviv kembali melaksanakan agenda ‘cari pasal’ mereka dengan memukul Palestin melalui penambahan penempatan haram Israel di wilayah Palestin. Malah alasan yang dikemukakan oleh Tel Aviv amat tidak logik iaitu semata-mata membantah kejayaan Perjanjian Program Nuklear Iran.
Penulis yang mengikuti perkembangan kebiadaban Isreal cukup terkejut semaa menonton Berita TV3 pada 26 November 2013 yang lalu apabila Israel meluluskan pembinaan lebih 800 buah rumah di beberapa kawasan penempatan haram di tebing barat2.
Adalah wajar jika kerajaan Palestin beranggapan tindakan itu bertujuan membantah terhadap perjanjian bersejarah antara kuasa besar dunia berkaitan program nuklear Iran kerana di saat kelulusan penempatan haram itu, Isreal sibuk berkempen dan melobi Amerika agar hasrat membenarkan operasi nuklear Iran dibatalkan.
Berdasarkan maklumat Peace Now, pembinaan 831 buah rumah dirancang di lima buah lokasi penempatan haram. Di celahan rundingan damai bersama Palestin pada Julai 2013, Isreal menambah jumlah rumah haram walaupun telah ada ribuan lagi pembinaan yang menampung kira-kira 500,000 pendatang Yahudi di penempatan haram di tebing barat dan Baitulmaqdis Timur.
Sehari sebelum Isreal mengumumkan penambahan penempatan haram tersebut, media antarabangsa melaporkan penerimaan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry dan rakan sejawatannya dari British, William Hague, (25 November 2013) terhadap perjanjian nuklear yang ditandatangani antara Iran dan enam wakil kuasa besar dunia di Geneva3. Dalam perjanjian Geneva itu, enam wakil negara telah bersetuju untuk beberapa langkah termasuk membolehkan penghantaran balik sejumlah perolehan Iran di luar negara dan menggantung beberapa sekatan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat ke atas insurans dan pengangkutan minyak mentah Iran.
Perdana Menteri rejim Israel, Benjamin Netanyahu cukup marah selepas Kerry dan Hague yang menghadiri rundingan Geneva memuji perjanjian itu sebagai "satu perjanjian yang baik untuk Timur Tengah dan bagi dunia". Sebelum itu pula , Presiden Amerika Syarikat sendiri, Barack Obama mengatakan bahawa perjanjian itu sebagai "satu langkah pertama yang penting ke arah penyelesaian yang menyeluruh. "
Adalah pelik juga apabila Kerry yang kerap singgah ke Tel Aviv selepas sebarang persisanag Geneva seperti kebiasaannya kini memilih untuk ke London dan meneruskan mesyuarat bersama Hague pula. Hal ini cukup menambah cuka di atas luka Isreal.
Respon segera Menteri Luar Avigdor Lieberman yang menganggap perjanjian itu sebagai kesilapan sejarah (historic mistake) menggambarkan ketidakpuashatian Israel yang sedari awal menyucuk PBB agar skeptikal terhadap program nuklaer Iran. Pasca perjanjian itu menyaksikan status Iran adalah negara yang memiliki "hak yang sah untuk memperkayakan uranium."
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif pula hanya berkata, persetujuan itu telah dicapai. Sejak Hassan Rouhani menjadi Presiden Iran pada Ogos lalu, perbincangan program nuklear itu telah dilakukan sebanyak tiga kali di Geneva4.
Rundingan dibuat bagi mendesak Iran mengkaji semula program nuklearnya selepas sekian lama dikenakan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara Barat.Sebelum ini, usaha memujuk Iran menghentikan program nuklear mereka gagal selepas Tehran menegaskan, ia adalah untuk tujuan keamanan.
Untuk memuaskan hati kabinet Israel, Perdana Menteri Israel, berkata, bahawa akan datang satu pasukan Israel yang diketuai oleh Penasihat Keselamatan Negara Yossi Cohen akan pergi untuk mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat mengenai rundingan muktamad perjanjian dengan Iran. Israel sebelum ini cukup berbahagia apabila Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat mengadakan sekatan ke atas eksport bahan mentah Iran seperti petrokimia, emas dan logam berharga, industri automotif serta pembekalan alat ganti bagi kapal terbang Iran.
Berbalik kepada isu penempatan haram dia atas, warga palestin baik di Tebing Barat mahupun Gaza telah sekian lama membantah penempatan haram Yahudi di wilayah mereka.
Ya, jika diikutkan seinci pun tanah Palestin sebelum 1948 tidak layak diserahkan kepada Yahudi. Namun dalam suasana sekarang walaupun Palestin menolak kewujudan negara Israel, hakikatnya sistem two state seolah diiktiraf juga oleh Palestin.
Bagi pengamat isu Palestin, seringkali penyelesaian dua Negara (two state solution) diketengahkan sebagai jalan keluar kepada konflik di antara Palestin dan negara haram Israel.
Asalnya penyelesaian ini boleh menyelesaikan konflik melalui Resolusi 181 walaupun resolusi ini mengehendaki semua mengiktiraf Israel.
Pada tahun 1947 apabila PBB meluluskan Resolusi 181 yang membahagikan
Negara mandat Palestin (Mandated Palestine di bawah pentadbiran British) kepada wilayah Arab sebanyak 45% dan wilayah Yahudi sebanyak 55%. Pembahagian ini diusulkan oleh UNSCOP – Jawatankuasa Khas PBB untuk Palestin di bawah Pelan Pemisahan (partition plan).
Arab menolak dan terjadi perang Arab-Israel yang pertama sebaik sahaja negara haram Israel diistiharkan pada 15 Mei 1948 berdasarkan Resolusi 181.
Israel menang dan menduduki beberapa wilayah Arab berdasarkan Pelan pemisahan 1947. Siri-siri rundiungan di antara Israel dengan Mesir, Jordan, Lubnan dan Syria melakarkan semula sempadan di antara Israel dan jiran-jiran negara Arabnya pada tahun 1949. Siri-siri rundingan ini dinamakan The Rhodes armistice (Perjanjian Damai Rhodes).
Sempadan di antara Israel dan Jordan yang mengambil alih pentadbiran Tebing Barat di namakan garisan hijau (The Green line). Israel melancarkan serangan mengejut Arab di Sinai, Baitul Maqdis Timur, Tebing Barat, Tanah Tinggi Golan dan Selatan Lubnan di antara 5 hingga 10 Jun 1967 (Perang 6 hari).


Seluruh wilayah Palestin (Mandated Palestine semasa pentadbiran British 1917 – 1948) di kuasai sepenuhnya oleh Israel. Wilayah yang dirujuk tersebut ialah Genting Gaza dan Tebing Barat (termasuk Baitul Maqdis timur) yang masing-masing diambil alih oleh Mesir dan Jordan pada tahun 1948.
Masjid al-Aqsa yang terletak di Baitul Maqdis timur ditawan dan penguasaan ini berlanjutan sehingga hari ini (sudah menjangkau 46 tahun pada tahun 2013). Realitinya Isreal telah tertubuh maka sekurangya Resolusi PBB pelru dipatuhi untuk menyekat tanah Palestin daripada terus jatuh ke tangan Isreal.
Adalah merupakan tindakan yang salah (tidak sah) bagi penguasa sesebuah negara untuk memindahkan penduduk dari negaranya dalam jumlah yang signifikan ke dalam wilayah yang diduduki. Hal ini bertepatan Undang-undang Antarabangsa:
Fasal 49 (6) Konvensyen Geneva ke-IV, 1949;
Fasal 85 (4a) Protokol Tambahan I, 1977.
Seperti yang dinyatakan di atas lebih daripada 500 000 orang Israel tinggal di lebih 120 penempatan haram yang dibina sejak penawanan rejim Israel di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Timur al-Quds pada tahun 1967.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kebanyakan negara menganggap penempatan Israel sebagai haram kerana wilayah yang ditawan oleh Israel dalam perang pada tahun 1967 dan dengan itu tertakluk kepada Konvensyen Geneva, yang melarang pembinaan di atas tanah yang diduduki. Pemimpin dunia pelru bersikap seperti Turki, Costa Rica, Venuzuela dan ebberapa negara kiri yang berani mencabar Isreal.
Tidak hairan Allah menggelar Bani isreal sebagai pengkhianat.
Firman Allah Swt:
Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.” (QS Al Baqarah 2: 83)
Juga mereka adalah pelanggar perjanjian yang terbaik! Firman Allah; “Dan Sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.” (QS Al Baqarah 2: 65)
Menurut Agensi, Laura Chinchilla Presiden Costa Rica mengulangi hasrat kerajaannya untuk memindah keluar kedutaannya di Baitul Maqdis. Hal ini disebabkan bantahan layanan polis dan penguatkuasa Isreal terhadap rakyat Palestin di Baitul Maqdis. Sebelum ini pada 2006, Costa Rica pernah menyatakan hasrat yang sama sebagai satu lamparan kepada kerajaan Israel.
Ketika itu Presiden Costa Rica adalah Oscar Arias, bekas pemenang Hadiah Nobel Keamanan, bettindak untuk memenangi hai lebih ramai rakan di Timur Tengah dan mematuhi resolusi PBB.
 Kata beliau "Inilah masanya untuk membetulkan kesilapan bersejarah yang menyakitkan kita di peringkat antarabangsa yang menafikan kita dengan persahabatan dengan dunia Arab, dan lebih meluas dengan tamadun Islam,".
Muhammad Nuruddin bin Bashah
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Akaun GIRO : 07100 – 29- 00006952-7
IC : 820102-02-5203





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...