Pembaca Setia

Saturday, June 8, 2013

Jenayah Rogol kian sadis di India; apa punca?


Jenayah Rogol kian sadis di India; apa punca?
Muhammad Nuruddin Bashah

Ketika dunia sedang memerhatikan tindakan agresif kerajaan Sheikh Hasina di Bangladesh menangkap ulama’ dan pro Jamaat islami, benua India juga menjadi topik bahan perbincangan dalam isu sosial yang cukup menyedihkan iaitu gejala rogol yang cukup sadis.

Jenayah rogol beramai-ramai, menyeksa mangsa dan membunuh serta memasukkan objek keras ke dalam kemaluan mangsa adalah antara ‘trade mark’ jenayah rogol di India mutakhir ini.



Perhatikan kes dua anggota polis wanita berpangkat konstabel di India digantung tugas selepas memenjarakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang datang ke sebuah balai polis untuk membuat laporan bahawa dia telah dirogol. Mangsa tersebut terpaksa menghabiskan masa beberapa jam di dalam lokap selepas ia datang kembali ke balai itu bersama ibunya bagi membuat laporan bahawa dia telah dirogol oleh seorang lelaki. Dia kemudiannya diselamatkan selepas penduduk tempatan membuat tunjuk perasaan ekoran penahan kanak-kanak itu. Bukankah ia sam sahaja seperyi dalam filem-filem Tamil?

Pada 16 Disember 2012 lalu kes  seorang pelajar jurusan fisioterapi dibelasah dan dirogol bergilir-gilir di Delhi. Mangsa, dan teman lelakinya menaiki bas dalam perjalanan pulang selepas menonton sebuah filem di selatan Delhi. Di dalam bas tersebut, kedua-duanya dipukul oleh lima orang penumpang dan merogol mangsa. Mangsa kemudiannya dicampak keluar. Mangsa yang cedera parah, menjalani pembedahan di Delhi sebelum dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth diSingapura. Mangsa kemudiannya meninggal dunia pada 29 Disember[1]. Objek keras tumpul berbentuk L digunakan untu mneyula mangsa.


Bukan sekadar rakyat India, rakyat asing, pelaoncong juga menjadi idaman para perogol di India. Misalnya terkini 4 Jun 2013 lalu, seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang dalam perjalanan menuju utara India menjadi mangsa geng rogol oleh tiga lelaki dalam sebuah trak. Beliau yang berusia 31 tahun  itu dalam perjalanan pulang ke Manali, salah satu destinasi pelancongan terkenal[2].

Sebelum itu, pada bulan Mac di Bhopal, Seorang pelancong wanita warga Switzerland dirogol secara berkumpulan di tengah India  ketika kejadian mangsa sedang berbasikal bersama suaminya di negeri Madhya Pradesh, sebelum didatangai tujuh atau lapan lelaki yang menyerang pasangan itu.
Kumpulan penyerang itu merompak pasangan tersebut, sebelum merogol wanita terbabit di hadapan suaminya.

Jenayah sadis yang dilakukan hidup-hidup ini cukup menempelkan nama buruk kepada India secara amnya. Jika dalam siri filem tamil dan Hindi Bollywood, jenayah rogol dan ganggunag seks ditonjolkan dengan watak polis dan pegawai kerajaan yang korup. Malah banyak filem daripada negara berkenaan cuba menghebahkan realiti sosial dan kebejatan yang wujud kepada dunia, namun ia tidak cukup untuk mengetuk jiwa eksekutif dan legislatif di negara itu walaupun tidak kurang juga pegawai dan pemimpin temapatan yang berjuang untuk mengubah keadaan di negara itu.

Mungkin ada yang tersenyum sumbing jika mengaitkan berita polis India menahan tiga ekor kambing yang didakwa melakukan kerosakan ke atas sebuah kereta peronda polis. Dalam banyak-banyak kes, adakah isu tangkapan kambing yang dihebahkan? Adakah tindakan menangkap kambing lebih bermakna bagi polis India berbanding mereformasikan sistem kepolisan negara untuk mencegah jenayah yang cukup berakar umbi di kalangan rakyat India?

Lebih lucu  akhbar Times of India menggelar kambing-kambing itu sebagai  tindakan antisosial di daerah Kilpauk[3].

Rentetan jenayah rogol yang semakin menjadi-jadi di India menyebabkan sekumpulan penuntut kejuruteraan di India mencipta baju dalam  antirogol yang didakwa mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.

Menurut berita Agensi, ia dikatakan mampu mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik (sehingga 3,800 kilovolt) kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan. Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang  dipasang.     


Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa.

Kegiatan rogol di India menjadi api kemarahan rakyat. Akhir-akhir ini aktivis femenisme dan pejuang hak asasi mulai menunjuk perasaan sehingga ada yang mati dan cedera semasa bertembung dengan pihak berkuasa yang masih longlai dan pesemis dalam membendung aktiviti jenayah sosial ini.
Kes rogol di ibu negara India melonjak 23 peratus pada 2012. Kadar sabitan dalam kes rogol di Delhi lebih tinggi berbanding kadar negara. Untuk perenungan bayangkan selepas kes rogol yang membunuh pelajar 16 Disember lalu sehingga mencetus demostrasi besar-besaran di India, kira-kira 45 kes rogol dan 75 kes cabul pula dilaporkan dalam masa dua minggu.

Menurut Asian Center for Human Rights statistik yang berlaku antara tahun 2002 hingga 2010 menunjukkan bahawa seramai 45 orang wanita telah dirogol oleh pihak polis ketika dalam perlindungan pihak polis. Sekitar  53 orang wanita berketurunan Kashmir (Muslim) dirogol oleh pasukan tentera pemisah India. 
Jenayah rogol dilaporkan berlaku setiap 18 jam di India. Antara tahun 2007 hingga 2011, telah berlaku peningkatan jenayah rogol sehingga 17%. Lebih 93,000 kes yang melibatkan jenayah rogol di India masih lagi "tertangguh" perbicaraanya.

Suatu ketika India pernah ditadbir oleh kerajaan islam yang menjalankan hukum syariah lebih 800 tahun. Hukum Islam berjaya mengekang aktiviti rogol melalui undnag-undnag hudud. Namun kini hujah hukum Islam atau sistem Islam tidak cukup kuat meyakinkan rakyat India kerana rakyat India lebih  cenderung membandingkan Islam dengan kondisi di Pakistan negara jiran merangkap musuh tradisi mereka.

Cadangan baju dalam anti rogol sama sahaja dengan cadangan para menteri di Malaysia apabila mencadangkan seluar dalam besi semasa kes rogol dan bunuh adik Nurul Huda berusia 10 tahun di Gelang Patah Johor suatu ketika dahulu.
Adaklah ia menyelesaikan masalah? Islam mengajar mencegah punca masalah.
Lihat pula isu rogol di Pakistan yang menyebbakan sebahagian besar rakyat India tidak percayakan sistem syariah dalam isu pengawalan jenayah.

Semasa Perang Pembebasan Bangladesh, dianggarkan sekitar 200,000  hingga  400,000 wanita dan kanak-kanak perempuan telah didera secara seksual oleh angkatan tentera Pakistan.
Dalam satu kajianberkenaan  penderaan seksual kanak-kanak di Rawalpindi dan Islamabad, daripada sampel 300 kanak-kanak 17% mendakwa telah didera dan pada tahun 1997 satu kanak-kanak sehari dilaporkan dirogol,dirogol berkumpulan atau diculik untuk kepuasan seksual[4].

Pencabulan maruah, dan rogol di Pakistan menunjukkan perlindungan undang-undang yang tidak mencukupi untuk wanita.
Pada tahun 1979 Pakistan meluluskan undang-undang Ordinan Hudood, yang merangkumi  semua bentuk hubungan seks luar nikah, termasuk rogol. Namun di Pakistan  Ordinan Hudood hanya kelihatan kekal pada buku-buku undang-undang tetapi perlaksanaan yang korup menyebabkan Human Rights Watch mencatatakan peningkatan penderaan seksual  terhadap wanita.



Menurut Akhbar Indian Express satu kajian daripada Persatuan bagi Perlindungan Hak Kanak-kanak, melaporkan bahawa pada tahun 2011 sahaja hampir 2,000 wanita dari agama minoriti di Pakistan dipaksa memeluk agama Islam melalui rogol, penderaan dan penculikan[5].

Bagi  Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud dan perlaksanaannya dilakukan dengan baik,  pada tahun 2000 ( NationMaster.com) hanya terjadi  87 kes. Manakala Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, pada tahun 2000 berlaku  8 593 kes.



Graf 10 negara paling tinggi kes rogol daripada 2004 hingga 2010

Jika diperhatikan ststistik ini, jelas Amerika lebih tinggi malah jauh meninggalkana statistik India sehingga tahun 2010. 10 negara ang paling banyak kes rogol ini majoriti adalah negara maju Barat. Keadaan sosial negara maju tidak pelru diulas lagi apabiola kemelesetan akhlak dan etika hidup, serta keterhakisan sistem kekeluargaan, penghormatan dan budi bahasa telah berada di para kritikal. Namun begitu bagaimana India boleh termasuk di kalangan negara yang maju tetapi memilki tahap jenayah rogol paling banyak ini?
Keadaan struktur sosial yang teruk, kemiskinan, pembukaan rumah pelacuran berleluasa, tiada perbezaan antara  golongan pelacur dengan insan suci menyebabkan rogol menjadi amalan biasa bagi masyarakat India.
Faktor mabuk yang juga disinonimkan dengan masyarakat kaum lelaki India juga membawa kepada peningkatan kes rogol sadis.

Menurut laman http://alcoholrehab.com Negara India memiliki  tabiat minum berbeza antara negeri-negeri yang berbeza. Oleh itu, adalah mustahil untuk menggambarkan budaya minum tunggal bagi seluruh India. Mereka yang tinggal di negeri selatan barat Kerala adalah peminum berat. Orang yang tinggal di negeri ini minum purata sebanyak 8 liter per kapita, dan ini adalah empat kali ganda berbanding seluruh India.

Kawasan-kawasan lain di benua di mana orang ramai cenderung untuk minum agak banyak termasuk Haryana dan Punjab. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan yang ketara dalam bilangan lelaki bandar yang mendakwa menggunakan alkohol sebagai satu cara untuk berehat dan bertenang. Ia masih cenderung untuk menjadi orang-orang miskin dan orang-orang yang tinggal di kawasan luar bandar yang merupakan pengguna tertinggi alkohol. Adalah dipercayai bahawa serendah 5% daripada pengguna alkohol adalah wanita - walaupun angka ini adalah lebih tinggi di beberapa negeri[6].

India adalah salah satu pengeluar terbesar alkohol di dunia dan terdapat peningkatan yang stabil dalam pengeluaran sejak 15 tahun yang lalu, mengikut statistik terkini. India merupakan pengeluar dominan alkohol di rantau Asia Tenggara dengan 65% daripada jumlah saham dan menyumbang kepada kira-kira 7% daripada jumlah import minuman alkohol ke rantau ini. Terdapat peningkatan dalam pengeluaran alkohol di negara ini , dengan dua kali ganda pengeluaran daripada 887200000 liter pada tahun 1992-93 kepada 1,654 juta liter pada tahun 1999-2000 dan hingga 2300 juta liter pada tahun 2007 dan 2008[7].

Statistik penggunaan alkohol sebenarnya seiiring dengan statistik jenayah rogol di mana-mana negara sekalipun. Jelas syariah islam mengharamkan arak yang dikatakan sebagai ibu maksiat adalah benar. Kembalinya dunia kepada islam adalah suatu keperluan.
Muhammad Nuruddin Bashah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...